• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rekod Anekdot

Dalam dokumen Analisis Swot Dan Kajian Kes (Halaman 61-64)

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

11.5 Rekod Anekdot

Penialian tak formal kepada subjek juga menggunakan kaedah rekod anekdot. Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Saya telah menjalankan pemerhatian kepada subjek untuk mendapati maklumat yang tepat dan telus bagi sesuatu tingkah laku yang diperhatikan. Ia penting untuk membantu saya membuat pentafsiran atau inteprestasikan tingkah laku. Hasil daripada rekod anekdot terhadap tingkah laku subjek seperti berikut:

Rekod Anekdot

Nama : Pavitdren a/l Sam Kelas: 6 Bijak Tempoh: 2 Minggu

Tarikh Jenis Perlakuan Komen

2 Julai 2012

4 Julai 2012

9 Julai 2012

10 Julai 2012

Tidak berdiri tegak semasa menyanyikan lagu “ Negaraku”

Membuang sampah di kaki lima kelas.

Lambat beratur setelah loceng di bunyikan selepas waktu rehat..

Bergaduh dengan rakan

Berbual bersama rakan bersebelahan. Subjek berhenti berbual dan berdiri tegak apabila ditegur guru bertugas.

Tidak membuat pertimbangan semasa membuat sampah. Apabila ditegur tidak mengaku membuang sampah.

Alasan yang diberikan kerana pergi ke bilik air kerana sakit perut.

Berpunca daripada bergurau dan berakhirnya tercetus tolak menolak. Akibatnya pergaduhan kecil berlaku. Subjek memberikan alasan untuk membela diri dengan

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 62

11 Julai 2012

13 Julai 2012

Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin

Keluar kelas tanpa kebenaran guru

mengatakan rakan mengejek nama bapanya.

Subjek memotong barisan dan tidak mendengar nasihat dari rakan. Pengawas bertindak menyuruh subjek untuk kembali kepada ke kedudukan asal. Subjek mematuhi arahan yang disuruh oleh pengawas.

Apabila ditegur guru mengatakan beliau terlupa untuk memakai pas keluar. Apabila rujukan dilakukan guru tiada di dalam kelas kerana mengambil buku. Subjek telah menggunakan kesempatan untuk keluar kelas tanpa kebenaran.

Nama Guru : Hazly bin Hamzah Tanda Tangan: ___________________

Analisis daripada rekod anekdot yang dilakukan ke atas subjek banyak menunjukkan tingkah laku subjek yang tidak bertanggungjawab dan melanggar peraturan sekolah. Ini menunjukkan subjek seorang yang kurang dalam penghayatan nilai-nilai terhadap tingkah laku di sekolah. Subjek tidak dapat berfikir dengan baik serta tidak membuat pertimbangan tindakannya.

Pemerhatian pertama berlaku pada 2 Julai 2012 subjek tidak menyanyikan lagu “Negaraku” pada perhimpunan mingguan sekolah. Subjek telah berbual bersama rakan bersebelahan menunjukkan sikap yang tidak patriotik subjek kerana tidak berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh semangat. Keadaan berubah pada subjek apabila ditegur guru yang bertugas. Selepas teguran subjek telah

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 63

menyanyikan lagu “Negaraku” dengan penuh semangat dan berdiri tegak. Ini menunjukkan perubahan tingkah laku subjek dengan bertindak positif dengan menyanyikan lagu dengan penuh penghayatan. Andaian daripada pemerhatian yang dicatatkan dalam borang rekod anekdot menunjukkan subjek berubah setelah peneguhan negatif dilakukan. Subjek masih lagi tidak memahami tanggungjawab dan peraturan semasa menyanyikan lagu “ Negaraku”.

Pemerhatian yang kedua berlaku pada 4 Julai 2012 dikaki lima kelas semasa murid beratur untuk pulang ke rumah. Subjek telah membuang sampah makanan dari kantin. Subjek telah melanggar peraturan sekolah iaitu membawa makanan dari kantin ke dalam bilik darjah dan membuang sampah merata tempat. Ini menunjukkan subjek tidak mengamalkan kebersihan kawasan sekolah. Subjek juga tidak jujur kerana tidak bertanggungjawab terhadap kesalahannya. Subjek menyatakan bukan dirinya yang membuang sampah. Namun akhirnya apabila di tanya beberapa kali oleh guru yang menhannya barulah subjek mengaku bahawa dia yang membuang sampah. Subjek menunjukkan sikap yang baik dengan mengambil dan membuang sampah kedalam tong sampah. Tingkah laku subjek menunjukkan tanggungjawab dan mempunyai sifat bersalah pada dirinya. Subjek juga meminta maaf kerana kesalahannya kepada guru yang menahannya.

Pemerhatian yang ketiga bertempat di kantin sekolah pada 9 julai 2012. Subjek telah diperhatikan bersama rakan bermain di kawasan hadapan bilik darjah Pra Sekolah. Subjek tidak mengendahkan peraturan sekolah untuk beratur di kawasan kantin apabila loceng dibunyikan. Subjek terus bermain dalam jangka masa 3 hingga empat minit selepas loceng dibunyikan. Ini dapat memperlihatkan subjek tidak menghargai masa yang diberikan untuk berehat sebelum pengajaran dan pembelajaran diteruskan. Subjek juga bertindak untuk menyembunyikan diri bersama rakan untuk menggelakan daripada beratur bersama rakan di kantin. Subjek memasuki barisan kelasnya semasa murid beratur untuk masuk ke dalam bilik darjah.

Pemerhatian yang keempat dilakukan bertempat di kantin sekolah pada 10 Julai 2012. Subjek sedang bermain dengan rakan pada waktu rehat sebelum mengikuti kelas tambahan tahun 6. Pada mulanya subjek diperhatikan bergurau bersama rakan namun terjadi pertengaran kecil dan akhirnya tolak menolak berlaku dan

ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH 64

tercetus pergaduhan kecil. Setelah diberikan teguran supaya memberhentikan pergaduhan subjek telah memberhentikan. Guru menasihati dan subjek memberikan alasan rakannya telah mengejek nama bapanya. Pergaduhan dapat dielakkan dan subjek bersalaman dengan rakan dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi.

Pemerhatian yang kelima dilakukan bertempat di kantin sekolah pada 11 Julai 2012. Subjek telah bertindak memotong barisan semasa murid beratur membeli makanan. Ini dapat memberikan maklumat bahawa subjek bertindak menyalahi peraturan tidak berbaris semasa membeli makanan dikantin. Subjek juga tidak berjaya untuk menahan kesabaran dalam dirinya untuk menunggu giliran semasa membeli makanan dikantin. Sikap subjek juga tidak menghoramati rakan –rakan lain yang beratur untuk membeli makanan. Subjek juga menunjukkan sikap yang positif dengan mengikuti arahan yang diberikan oleh pengawas untuk menyuruhnya beratur Pemerhatian yang keenam adalah di kawasan luar bilik darjah pada 13 Julai 2012. Subjek dilihat tidak mengenakan pas keluar yang merupakan pas khas untuk keluar kelas dengan kebenaran guru. Seorang guru telah menegur subjek mengapa tidk memakai pas keluar. Subjek memberikan alasan terlupa untuk memakainya dan menjelaskan bahawa telah mendapat kebenaran guru yang mengajar. Rujukan dibuat nyata guru tidak memberikan kebenaran kepada subjek untuk keluar ke tandas. Ini mengambarkan sikap subjek yang berbohong kepada guru yang menanyakan kepadanya mengenai pas keluar.

Dalam dokumen Analisis Swot Dan Kajian Kes (Halaman 61-64)

Dokumen terkait