• Tidak ada hasil yang ditemukan

SARANAN BAGI PENGEKALAN DAN PEMANTAPAN JATI JIRI

Dalam dokumen VOL. 4 (2) NOV. 2017 (Halaman 73-78)

Address System within The Brunerian Malay Community:

SARANAN BAGI PENGEKALAN DAN PEMANTAPAN JATI JIRI

- 112 (48.28 %) 43 (18.53%) - 22 (9.48%) 8 232

*Jawapan tiada adalah bagi responden yang belum bekerja.

SARANAN BAGI PENGEKALAN DAN PEMANTAPAN JATI JIRI

Secara keseluruhannya, didapati kata panggilan atau kata sapaan dalam sistem panggilan kekeluargaan bagi masyarakat Melayu Brunei ada pelbagai. Ada yang masih mengekalkan panggilan tradisi. Sebaliknya, banyak juga yang mengalami perubahan, terutama bagi panggilan antara adik-beradik. Misalnya, memanggil nama kepada saudara tertua, memang tidak menunjukkan identiti masyarakat Melayu Brunei yang tulen, yang bersopan santun dan berawar galat.

Di samping itu, terdapat perubahan dan penambahan yang ketara bagi kata panggilan atau kata sapaan dalam sistem panggilan masyarakat Melayu Brunei. Kajian juga mendapati bahawa generasi muda masyarakat Melayu Brunei sekarang ini masih ramai yang tidak mengetahui terasul, iaitu bagaimana menggunakan kata rujukan atau sapaan hormat, baik kata panggilan dalam lingkungan keluarga, mahupun untuk merujuk pengiran lelaki dan pehin.

Sehubungan dengan hasil dapatan ini, pengekalan penggunaan kata panggilan yang betul dan tepat sepertimana yang sedia ada dalam bahasa Melayu Brunei adalah penting, dan perlu dimantapkan lagi penggunaannyasupaya ia dapat mencerminkan identiti masyarakat Melayu Brunei. Disarankan supaya pihak tertentu di Negara Brunei Darussalam mengambil inisiatif yang lebih proaktif.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam mengekalkan penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang betul dan tepat, pihak yang berkaitan, khususnya ibu bapa yang merupakan agen terpenting dalam mengajarkan kata panggilan yang betul dan tepat sejak dari kecil lagi dan menanamkan sifat mencintai bahasa ibunda, khususnya mengaplikasikan penggunaan kata panggilan tradisional dalam kalangan anak-anak mereka. Kedua, melalui pendidikan formal di sekolah.

Pihak Kementerian Pendidikan perlu menekankan pentingnya penggunaan sistem panggilan atau kata ganti nama diri yang betul dan tepat dalam hubungan sosial masyarakat Melayu Brunei. Sistem panggilan dan penggunaan kata ganti nama diri perlu diajarkan secara bersistematik pada peringkat sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah lagi, iaitu diajarkan sama ada melalui mata pelajaran Sivik ataupun subjek Melayu Islam Beraja (MIB).

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, badan penyiaran seperti Media

Permata, dan Jabatan Penerangan perlu lebih proaktif dalam menangani hal ini.

Misalnya, media massa tempatan seperti Radio Televisyen Brunei, dan akhbar Media

Permata dan Pelita Brunei disarankan mewujudkan kolum khusus dalam

menguar-uarkan kata panggilan atau kata sapaan yang betul dan tepat yang seharusnya digunakan oleh komuniti masyarakat Melayu Brunei. Masyarakat Melayu Brunei sendiri (tanpa mengira usia) seharusnya lebih peka tentang penggunaan kata panggilan yang betul dan menggunakannya dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Selain itu, Jabatan Adat Istiadat Brunei juga disarankan supaya akan lebih proaktif dalam memberikan taklimat atau bengkel-bengkal tentang penggunaan terasul, terutama

kepada para remaja atau pelajar-pelajar sekolah, malah kepada seluruh masyarakat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil analisis, didapati generasi muda masyarakat Melayu Brunei masih lagi mengekalkan kata panggilan tradisional yang diberikan oleh nenek moyang mereka, terutama bagi kata panggilan ibu bapa, datuk, nenek dan bapa atau ibu saudara. Meskipun begitu, terdapat juga terminologi bahasa Inggeris seperti “daddy” (1) dan “mummy” (3), tetapi dari segi panggilan adik-beradik kebanyakan mereka menggunakan kata panggilan nama, kecuali bagi panggilan adik-beradik yang sulung yang mengekalkan kata panggilan abang atau kaka.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa hubungan sosial telah banyak mempengaruhi wujudnya kata panggilan yang bervariasi dan rencam.Dalam kaji selidik terdapat juga kata panggilan yang berasal daripada terminologi bahasa Inggeris seperti

uncle, aunty, bro, you, tetapi tidaklah begitu banyak.

Dari segi terminologi kata panggilan datuk, nenek, anak atau adik- beradikada yang becampur bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, seperti nini boy, nini girl, alai

boy dan terdapat juga kata panggilan sepertinini pipik, dan anjang, iaitu kata panggilan

yang berasal dari luar.

Seperti yang diketahui umum, bahasa itu bersifat dinamis dan tidak statik. Oleh sebab sifatnya yang dinamis itu, tanpa kita sedari banyak aspek ataupun perkara yang berhubungkait dengannya turut mengalami perubahan. Contoh yang jelas yang dapat kita lihat ialah perubahan penggunaan kata ganti nama dirikedua (KGND2) “kau” dalam masyarakat Melayu Kedayan. Dalam konteks sekarang ini, penggunaan KGND2 kau dalam masyarakat Melayu kedayan telah diubah kepada KGND2kita/kadikitaseperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu Brunei. Perubahan seperti ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu perubahan sosial, antaranya ialah pandangan masyarakat,pengaruh pendidikan agama Islam,pengaruh bahasa Inggeris, dan pengaruh sosial seperti kahwin campur, pendidikan dan pergaulan.

BIBLIOGRAFI

Afful, J.B.A. (2007). Address Forms and Variation Among University Students in Ghana. Nordic

Journal of African Studies 16 (2), 179-196.

Aini Haji Karim. (1994). “Pemindahan Leksis: Dialek Melayu Brunei Kedalam Bahasa Melayu Standard”. Tesis Sarjana, Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam.

Aini Haji Karim. (2000). “Sistem Panggilan dalam Pemikiran Masyarakat Melayu Brunei” dalam Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia 1. Kuala Lumpur: Dewan bahasa danPustaka. Hlm. 129-147.

Aini Haji Karim. (2005). “Terminologi Kekerabatan dan Cabaran Asimilasi Leksikal Bahasa Inggeris Ke dalam Bahasa Melayu Brunei”, Kertas Kerja Seminar Antarabangsa

Dialek-dialek Austronesia Di Nusantara II, pada 1 – 3 Oktober 2005. Anjuran JabatanBahasa

Melayu dan Linguistik, Fakulti sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam. Aini Haji Karim. (2009). “Terminologi Kekerabatan Dalam Dialek Melayu Brunei:

Kepelbagaian Dalam kelangsungannya”. Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Melayu Ke-V, bertempat di DewanBahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada 17-18 November 2009.

Amat Juhari Moain. (1989). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis

Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia.

Asmah Haji Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Asni Ayub et al. (1984). Sistem Sapaan Bahasa Minangkabau. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Departmen Pendidikan dan Kebudayaan.

Braun, Friederike (1988). Terms of Address: Problems of Patterns and Usage in Various Languages and Cultures. Berlin: Mouton de Gruyter.

Dani, N. A. (2011). Aplikasi kaedah analisis kandungan: gambaran budi bahasa dan nilai murni orang Melayu dalam buku Malay Courtesy. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun

Melayu, 29(1), 121-136.

Dickey, E. (1997), Forms of Address and Terms of Reference. Journal of Linguistics, 33(02), 255-274. Cambridge University Presshttp://journals.cambridge.org.

Djamour, Judith. (1979). Kekeluargaan dan perkahwinan Orang Melayu Singapura. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dk Hajah Mahani binti Pg Hj Mohd. Yusof. (1993). Ganti Nama Diri dalam Dialek Melayu Brunei Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan SainsSosial, UBD.

Endang Susilawati. (2016). Kata panggilan Dalam Komuniti Bahasa Melayu Sambas di Kalimantan Barat: Sistem dan Konteks. Tesis Ph.D, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hafidz Naquiyuddien bin Lamat. (2001). Penggunaan Kata Sapaan dan Kata Ganti Nama dalam Lingkungan Sesebuah keluarga Luas. Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UBD.

Hajah Fatimah Haji Damit. (2008). Sistem Panggilan dalam Dialek Melayu Kampung Air.Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Halizah Karim. (2000). Sistem Sapaan dalam Bahasa Tutong. Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UBD.

Holmes, J. (2001).An Introduction of Sociolinguistics. London: Longman Group UK Limited and Pearson Education Limited.

Hurul „Ain Nukhbah @ Nur Syakimah binti Rabaha. (2010). Kata Sapaan „Kau‟ dalam Komunikasi Dialek Melayu Kedayan. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Hymes, Dell. (1962). “The etnograpgy of speaking”. Dalam Galdwin, Thomas; Sturtevant, William C. Anthropology and Human Behavior. Washington, D.c.: Anthropology Society of Washington.

Hymes, Dell. (1972). Models of the Interaction of Language and Social Life. In J. J. Gumperz and D. Hymes (Eds). Directions in Sociolinguistics: The Ethnography of Communication. 35-71. New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keshavarz, M. H. (2001).The Role of Social Context, Intimacy, and Disrance in the Choice Of Forms of Address. International Journal of Sociology of Language University for Teacher

Education Teheran. 148 (2001). 5-18.

Key Indicators. (2014). Brunei Darussalam: Department of Statistics, Department of Economic

Planning & Development, Prime Minister‟s Office.

Mansor bin Ahmad. (1992). Sapaan Masyarakat Melayu di Pulau Langkawi: Satu Analisa Sosiolinguistik. Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti S asteradan Sains Sosial, UBD.

Media Sandra Kasih. (2004). Kata Sapaan Bahasa Minangkabau Cerminan Adat dan Sistem

sosial. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UBD.

Noor Azlina Abdullah. (1975). Decisions and Variability: the Usage of Pronouns. Terms of Address and Languages from West Malaysia. M.A. Thesis. United Kingdom: University of Lancaster.

Nordin Selat, Dr. (1976). Sistem Sosial Adat Perpatih. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad.

Nor Hashimah Jalaluddin et al. (2005). Sistem Panggilan dalam Keluarga Melayu: Satu

Dokumentasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Nur Hafizah binti Md. Adam. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Kata Sapaan dan Panggilan oleh Generasi Muda. Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, FakultiSastera dan Sains Sosial, UBD.

Prasithrathsint, Amara dan Tingsbadh, Kalaya M. R. (1985). The Use of Address Terms in Thaiduring the Bangkok Period dalam The 18th International Conference of Sino-Tibetan

Language and Linguistics. Bangkok. 1-2.

Radford et al (1999; 2009). Linguistics: An Introducation. New York: Cambridge University Press.

Saville-Troike, Muriel. (2003). The Ethnography of Communication: An Introducation. Oxford: Blackwell Publishing.

Siti Hamnah binti Haji Budin. (2007). Deksis Kata Ganti Nama Diri dalam Dialek Bahasa Melayu. Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu danLinguistik, Fakulti Sastera danSains Sosial, UBD.

Sumalee Nimmanupap. (1994). Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Thai: Satu

Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Teo Kok Seong.(1996).“Kesopanan Bahasa” dalam Pelita Bahasa. ShahAlam:Universiti Press. Tyler, S. A. (1972). Context and Alternation in Koya Kinship Terminology dalam J. J.

Gumperz danDell Hymes(Eds). Direction in Sociolinguistics: The Ethnography of

Communication. 251-269. New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

Winchartz, M. R. (2001). Social Meanings in German Interactions: An Ethnographic Analysis of the Second-Person Pronoun Sie. Journal Research on Language and Social Interaction, 34 (3), 337-367. Dimuat turun dalam http://www.tandfonline.com/loi/hrls20.

MAHAWANGSA 4 (2): 259 – 271 (2017)

MAHAWANGSA

Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/

Dalam dokumen VOL. 4 (2) NOV. 2017 (Halaman 73-78)