University of Malaya
1.9 TINJAUAN LITERATUR
1.9.2 Sejarah, Konsep dan Pendekatan aliran Salafiyyah
Fiqh Ikhtilaf34 satu-satunya buku berbahasa Melayu yang penulis dapati menjelaskan secara terperinci konsep ikhtilaf, latar belakang dan sejarah perkembangannya, faktor-faktor semasa dan yang lebih penting ialah memfokuskan kepada realiti dan pengurusan ikhtilaf dalam aspek syariah yang digabungkan antara karya turath dan kontemporari.
1.9.2 Sejarah, Konsep dan Pendekatan aliran Salafiyyah
Antara yang mengkritik pendekatan aliran Salafiyyah adalah Al-Buti35 di mana bagi beliau salaf merupakan suatu tempoh zaman seperti yang disebut oleh Rasulullah dan bukan satu aliran tertentu. Istilah Salafiyyah pula sebenarnya mengelirukan lantaran dengan nama ini akan timbul anggapan bahawa mereka adalah pengikut salaf dan secara tidak langsung menafikan manhaj orang lain yang turut mengikut jejak salaf. Al-Maghrawi36 di dalam kitabnya pula telah menukilkan bahawa Syaikh Mahmud Ahmad Khafaji berkata bahawa penetapan salaf tidak seharusnya dibatasi oleh waktu tetapi sesiapa yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah meskipun berbeza masa dan tempat maka disebut Salafiyyah begitulah sebaliknya.
Abu Zahrah37 di dalam kitabnya menerangkan sejarah perkembangan aliran Salafiyyah yang dikatakan bermula pada kurun ke empat hijrah dalam kalangan pengikut al-Hanabilah dan diteruskan perjuangannya oleh Ibn Taymiah pada abad ke 7 Hijrah dan Muhammad bin „Abd al-Wahab pada abad ke 12 Hijrah. „Abd al-Rahmān bin „Abd al-Khāliq al-Yūsuf38, di dalam karyanya mengupas konsep asas aliran Salafiyyah seperti konsep akidah dan tauhid aliran ini iaitu Tauhid Uluhiyyah,
34 Saadan Man, Abdul Karim Ali, Noor Naemah Abdul Rahman, Fiqh Ikhtilaf ( Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh dan Usul,APIUM Kuala Lumpur,2009).
35 Muhammad Sa„id Ramadan al-Buti, al-Salafiyyah Marhalah al-Zamaniyyah la Mazhab Islami (Beirut : Dar al-Fikr, 1999).
36 Muhammad bin „Abd Rahmān Maghrawi, Mufassirūn baina Ta‟wil wa Ithbāt fī Āyat al-Sifāt (Beirut : Muassasah al-Risālah, 2000).
37 Muhammad Abu Zahrah, Tārīkh al-Madhāhib al-Islāmiyyah: Fī al-Siyāsah wa al-„Aqā‟id, ( Beirut: Dār al-Fikri al-„Arabi,1954M/1373H ).
38 „Abd al-Rahmān Bin „Abd al-Khāliq al-Yūsuf, al-Usūl al-„Ilmiyyah li al-Da„wah al-Salafiyyah, (Kuwait Dar al-Salafiyyah).
14
Rububiyyah dan Asma‟ wa al-Sifat. Al-Zunaydī39, dalam penulisannya mentakrifkan Salafiyyah kepada beberapa takrifan seperti takrifan turath Islami, takrifan dalam konteks pemikiran asing dan pemikiran Arab kontemporari. Selain itu, buku ini juga menjawab beberapa isu semasa berkaitan aliran ini.
Svensson40 telah menyelidik faktor mikro gerakan Salafiyyah berkembang merentas sempadan geografi dan budaya. Antaranya ialah pertama penyerahan diri secara mutlak kepada autoriti teks agama, kedua kesepaduan idea tentang kesucian pada agama, diri dan kehidupan sosial seharian dan ketiga mengibadahkan aktiviti kehidupan seharian dengan menghidupkan sunnah Rasulullah dan kefahaman Sahabat. Manakala faktor makro adalah budaya, sosial, politik dan ekonomi. Faktor mikro tersebut bukanlah tiada pada mana-mana kelompok atau komuniti Islam lain di seluruh dunia tetapi Salafiyyah telah berjaya memanfaatkannya sehingga gerakan ini berkembang meluas.
Buku John Esposito41 The Oxford Encyclopedia of The Modern Islamic World pula menerangkan perkembangan Salafiyyah mengikut kronologi daripada zaman Imam Ahmad bin Hanbal sehingga gerakan Islam moden. Beliau membahagikan era Salafiyyah kepada Era Klasik Islam, Era Pra Moden Klasik, Era Salafiyyah Moden dan Gerakan Islam Moden. Ahmad Moussalli42 dalam penulisannya mengatakan bahawa Salafisme merupakan satu trend yang mempunyai pelbagai bentuk yang bermotivasikan idealogi keagamaan yang rumit. Beliau juga mengatakan bahawa selepas peristiwa 11 September dan pencerobohan ke atas Iraq, sebahagian daripada golongan Wahabiyyah
39 „Abd Rahmān bin Zayd Zunaydī, Salafiyyah wa Qadāyā „Asr ( Riyad: Dār Ashbīliyā li al-Nashr wa al-Tawzī„, 1418H).
40 Svensson,Jonas “ Mind The Beard : Deference, Purity and Islamization of Everyday Life as Micro-factor in a Salafi Cultural Epidemiology”, Comparative Islamic Studies . 2012, Vol. 8 Issue 1/2, p185-209.
41 John L. Esposito, The Oxford Encyclopedia of The Modern Islamic World ( New York: Oxford University Press, 1995).
42 Ahmad Moussalli, “Wahhabisme, Salafism and Islamism: Who is The Enemy?”( A Conflict Forum Monograph, 2009).
15
dan Salafiyyah telah bergabung dengan Islamis radikal yang akhirnya membentuk neo-salafisme dan takfiri-jihadi.
Souleimanov & Schwampe (2017)43 telah mengkaji sikap aliran Salafiyah berbangsa Chechen di beberapa negara Eropah terhadap etnik-nasionalisme dan racism dan mendapati bahawa biarpun konsep Salafiyyah menekankan bahawa semua Muslim adalah sama dan hanya ketaqwaan yang menjadi perbezaan namun bangsa Chechen masih mempunyai sikap perkauman yang menebal. Mereka percaya bahawa bangsa mereka adalah terbaik kerana tahan dengan cuaca sejuk gunung, berbanding bangsa Arab di padang pasir dan Asia Tengah di padang rumput dan lebih berani serta maskulin, berbadan tegap, berdada bidang, berkulit putih, berbanding Muslim Arab yang gelap dan Muslim Asia Tengah yang sepet. Begitu juga wanita mereka lebih terkawal dan damai kerana faktor pergunungan juga berbanding wanita Arab yang tidak sabar dan hipokrit biarpun sempurna menutup aurat.
Stewart44 mendapati bahawa Salafism menyemarakkan budaya ilmu Islam dengan mewacanakan amalan agama berteraskan ilmu dan dalil dari Quran dan al-Sunnah yang telah menarik minat anak muda dan professional Muslim di China. Pendekatan literal yang digunakan dalam berinteraksi dengan al-Quran dan al-Sunnah telah menggugat cara faham beragama yang diamalkan oleh kelompok Sufi dan orang awam, dan juga mazhabi seperti Yehiwani. Imam-imam masjid yang bergraduan dari Timur Tengah termasuk al-Azhar menggunakan pendekatan dan strategi halus untuk menyebarkan fahaman Salafiyyah agar tidak ditolak oleh orang awam.
43 Souleimanov, E. A., & Schwampe, J.“Devout Muslims or Tough Highlanders? Exploring Attitudes Toward Ethnic Nationalism and Racism in Europe‟s Ethnic-Chechen Salafi Communities”, Journal of Ethnic and Migration Studies. (2017), 43(15), 2616–2633.
44 Alexander B. Stewart “Where is Allah? Sectarian Debate, Ethnicity, and Transnational Identity Among the Salafis of Northwest China”, Journal of Islamic and Muslim Studies, Indiana University Press.(2016),1(1), 12–27.