• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELABURAN DALAM ISLAM

ISBT : KONSEP DAN OPERASINYA

2.2 Masyarakat Islam Dan Sejarah Sistem Kewangannya Di Thailand

2.2.1 Masyarakat Islam di Thailand

2.2.1.1 Sejarah masyarakat Islam Pattani Thailand

Masyarakat Islam Thailand mempunyai cerita yang cukup panjang di dalam sejarah negara Thailand. Hubungan mereka dengan masyarakat Thai serta peranan mereka dalam negara itu dapat dilihat sejak dari zaman kerajaan Ayuthaya pada abad ke-13 dahulu. Pada zaman itu, terdapat dua orang bersaudara yang datang dari Parsi iaitu Syeikh Ahmad dan Syeikh Mohammad Said yang turut dikenali sebagai “Khaek

Chao Sen” (satu cabang mazhab Syi„ah) telah menetap di kerajaan tersebut serta

melakukan kegiatan perdagangan yang luas. Mungkin disebabkan sumbangan mereka terhadap kerajaan serta layanan peribadi mereka kepada raja sangat menyenangkan, Syeikh Ahmad diberi salah satu jawatan penting dan dianugerahkan gelaran “Pheraya

295

Surin Pitsuwan (1998), “The Islamic Banking Options in Thailand” Islamic Banking in Southeast Asia, Mohamed Ariff et. al (eds), Institute of Southeast Asian Studies, Kuala Lumpur: University Malaya, h. 164; Wayne A. Bougas (1994), The King of Pattani, UKM: Institut Alam dan Tamadun Melayu, h. 164.

Syeikh Ahmad Raca Setthi” yang bertanggungjawab terhadap urusan luar dan dalam

negeri.296

Dipercayai bahawa Syeikh Ahmad merupakan asal-usul kepada beberapa keluarga Thai yang berpengaruh di Thailand pada hari ini. Namun, disebabkan perkara-perkara yang di luar kawalan, mereka telah menganut agama Buddha. Kini, keturunan ini tersebar di beberapa daerah khususnya di bahagian tengah Thailand.297

Majoriti penduduk Thailand adalah beragama Buddha manakala umat Islam dan penganut agama lain seperti agama Kristian, Hindu, dan Sikh merupakan penduduk minoriti di negara ini.298

Seperti yang telah penulis sebutkan di atas, masyarakat Islam Thailand sebahagian besar tinggal di empat wilayah bahagian selatan iaitu daerah Pattani, Yala, Narathiwat, Satun dan sebahagian daripada wilayah Songkhla. Wilayah-wilayah tersebut dahulunya termasuk di bawah pemerintahan kesultanan Melayu, wilayah kerajaan Pattani Darussalam yang kewujudannya adalah sebagai satu kesinambungan daripada kerajaan Langkasuka yang dipercayai telah wujud sejak abad ke-2 Masehi. Mereka adalah suku kaum Melayu yang hingga kini masih mempertahankan bahasa serta budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka.299

Pada suatu ketika dahulu, empat wilayah dan sebahagian daripada wilayah Songkhla selatan Thailand yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu dikenali

296

Kancanat Momai dan Nantana Kabinkan (1999), “Peranan Umat Islam dalam Kerajaan Ayuthaya dan Thonburi”, hasil kajian tahun 1976, Universiti Kasetsat, (ed.), dalam Muslim News, Jun, h. 36.

297

Arong Suthasaana (1993), “Hukum Islam dalam Sistem Politik Thailand”, dalam Suderman Tebba (ed.), Perkembangan Mutakhir Hukum Islam di Asia Tenggara, Bandung: Mizan, h. 118.

298

Chulalongkorn University, Faculty of Law (t.t), Thailand and The Islamic World., Bangkok: Chulalongkorn University, h. 7.

299

sebagai „Semenanjung Emas‟. Kawasan ini terletak di antara garisan lintang 11

42` - 5

37` dan garisan bujur pada 98

–102

. Keluasan wilayah kerajaan Pattani Darussalam ialah 1,940.4 kilometer persegi, Yala 4,521.1 kilometer persegi, Narathiwat 4,475.5 kilometer persegi dan Satun 2,470 kilometer persegi. Kedudukan geo-politik bagi empat wilayah selatan Thailand adalah bersempadan dengan Malaysia hanya dipagari oleh pergunungan Sankhalakiri.300

Tidak diketahui secara pasti bilakah masyarakat Pattani mula memeluk Islam. Persoalan ini terus diperdebatkan oleh para sarjana, namun masih belum ada kata putus yang tepat untuk menjawab persoalan ini.301

Setakat ini, bukti paling awal yang menunjukkan permulaan Islam di Semenanjung Tanah Melayu ditemui pada inskripsi batu bersurat Sungai Tersak, Terengganu. Di situ, Syed Naguib al-Attas menyebut berhubungan dengan tarikhnya iaitu pada hari Jumaat 4 Rejab 702H. bersama 22 Februari 1303M.302

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa masyarakat Pattani mula menerima agama Islam tidak lama setelah berdirinya kerajaan Islam yang pertama di Nusantara, Samudera Pasai. Kenyataan ini dapat diselusuri antara lainnya dalam buku A. Bangnara, “Pattani Dulu dan Sekarang” yang menyatakan bahawa agama Islam telah dianuti oleh

300

Ahmad Omar Capakiya (2002), Politik dan Perjuangan Masyarakat Islam di Selatan Thailand

1902-2002, UKM: Bangi, 21.

301

Lihat: S.Q.Fatani (1963), Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Social Logical Research Institute LTD, h. 37; Lihat Mohd Zamberi A. Malek (1993), Umat Islam Patani Sejarah dan Politik, Malaysia: Hizbi, Shah Alam. h. 22. Buku ini merupakan buku sejarah dan sosio politik Pattani yang pertama kali diterbitkan dalam bahasa Malaysia.

302

S. Naguib al-Attas (1969), A General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 12; Lihat juga Hamka (1981), Dari Perbendaharaan

masyarakat Pattani lebih daripada 300 tahun sebelum Raja Pattani (Praya Tu Naqpa) secara rasminya memeluk agama Islam pada tahun 1457 Masehi.303

Mengikut „Hikayat Patani‟ raja Islam yang pertama iaitu Phaya Tu Nakpa @

Phaya Tu Antira304 yang mula membuka negeri Pattani. Bagindalah yang digelar Raja Merkah Dada kerana telah menderita penyakit yang menyebabkan kesan-kesan pecah di dadanya. Penyakit tersebut diubati oleh Syeikh Sa„id Barsisa305 iaitu seorang ulama‟ yang juga merupakan tabib dari Pasai yang dikatakan sampai di Pattani pada tahun 1457.306

Kerajaan Melayu Pattani dipercayai mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negara pada tahun 1457M. KeIslaman Pattani membawa kepada kemunculan kesedaran baru mengenai identiti etnik yang membezakan orang Islam Pattani daripada orang Thai Buddha. Pertukaran Pattani kepada negara Islam melahirkan ikatan akidah Islam di kalangan penduduk tempatan. Islam menjadi satu kesedaran komuniti yang baru dalam semua peringkat tempatan dan wilayah. Malah, Islam juga menjadikan kuasa penyatu penduduk Pattani dalam menghadapi pencerobohan daripada perluasan penjajahan Thai yang dilakukan dari semasa ke semasa sejak abad ke-17.307

Hubungan penduduk Pattani dengan agama Islam bermula dengan kedatangan pedagang-pedangang Arab, Parsi dan India ke Negara tersebut. Pedagang-pedagang ini menduduki pusat perdagangan Pattani pada abad ke-12 dan berkahwin dengan

303

A. Bangnara (1997), Patani Dulu dan Sekarang, Penal Penyelidikan Angkatan Al-Patani, h. 7.

304

Ada kemungkinan juga nama baginda ialah “Indra”. Lihat: A. Teeuw and D.K. Wyatt (1970), The

Story of Patani, The Hague-Mertinus Nijhoff, h. 4.

305

Dalam riwayat lain namanya ialah Syeikh Safyuddin. Ibrahim Shukri (1958), Sejarah Kerajaan

Melayu Patani (SKMK), Pasir Putih, Kelantan, h. 33; Lihat juga Wan Kader Che Man, op. cit., h. 57.

306

Haji Abdul Halim Bashah (1994), Raja Campa & Dinasti Jembal dalam Patani Besar (Patani,

Kelantan&Terangganu), Malaysia: Pustaka Reka, h. 49.

307

Wan Kadir Che‟ Man (1998), “Melayu Muslim Selatan Thailand” dalam: Minoriti Muslim di

penduduk tempatan yang kemudiannya membentuk asas penting dalam mewujudkan masyarakat Islam.308

Pattani mencapai zaman kegemilangannya pada zaman pemerintahan ratu-ratu yang terdiri daripada Ratu Hijau (1584-1616M.), Ratu Biru (1616-1624M.), Ratu Ungu (1624-1635M.) dan Ratu Kuning (1635-1688M.). Pada waktu itu, jumlah penduduk telah menjadi bertambah pesat dan padat jika dibandingkan dengan negeri-negeri Melayu yang lain di Semenanjung Tanah Melayu. Ia disifatkan sebagai satu pusat perdagangan yang penting bagi pedagang-pedagang Eropah dan Asia. Setelah kematian Ratu Kuning, pemerintahan negeri Pattani diambil alih pula oleh Dinasti Kelantan.309

Zaman kejatuhan Pattani bermula setelah Siam melaksanakan polisi pecah dan perintah (divide and rule) ke atasnya. Pattani dibahagikan kepada tujuh wilayah kecil iaitu Patani, Legih, Nongchik, Raman, Saiburi, Yala dan Yakring. Setiap wilayah kecil itu diperintah oleh seorang raja atau putera yang perlantikkannya perlu mendapat persetujuan dari Bangkok. Sebanyak 39 orang raja dan putera pernah memerintah wilayah-wilayah kecil tersebut. Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk membebaskan wilayah-wilayah kecil tersebut supaya keluar daripada naungan Siam namun, usaha mereka masih tidak berjaya.310