• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sekatan Bekalan Perubatan, Makanan dan Bahan Binaan

Dalam dokumen Sejarah dan Isu isu Palestin (Halaman 32-40)

Israel telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Palestin sejak tahun 2006 apabila Israel mengundurkan semua penempatan haramnya di semenanjung Gaza. Sejak itu, Israel telah menetapkan sekatan ke atas bahan binaan, bekalan makanan dan perubatan sehingga menjadikan Palestin seperti sebuah “penjara terbuka”. Semenjak “Operation Cast Lead” pada tahun 2008 yang menyaksikan lebih 700 kaum muslimin terkorban, Israel tidak pernah menghentikan sekatan ekonomi sehinggalah ke hari ini. Serangan-serangan ini sebenarnya

16

menunjukkan bahawa Israel takut dengan bayang-bayang mereka sendiri kerana khuatir tidak selamat untuk merampas Palestin.17

Sebagai contoh, kisah serangan yang terkini seperti yang digambarkan oleh media-media sejurus serangan yang hampir seminggu pada 14 November 2012 oleh rejim Zionis terhadap Palestin, ternyata bahawa kematian yang meningkat juga berpunca akibat kekurangan bekalan perubatan di hospital-hospital. Berdasarkan Biro Pusat Statistik Palestin, terdapat 1.7 juta, manakala di Israel, terdapat 377 buat pusat perubatan bagi populasi kira-kira 7.93 juta. Terdapat juga 21 pusat kesihatan yang dikelolakan UNRWA di Gaza. Pusat ini turut beroperasi pada hari Sabtu walaupun kekurangan tenaga kerja.

Menurut Abbas, Ketua Pengarah Hospital al-Shifa di Semenanjung Gaza memberitahu agensi berita al-Jazeerah bekalan yang sepatutnya cukup untuk seminggu telah habis digunakan dalam masa beberapa jam. Dengan itu, mereka berharap agar pintu Rafah dibuka supaya pesakit-pesakit dapat dihantar ke Mesir bagi menjalani rawatan. Kisah tragis ini, jelas menunjukkan kepada dunia hari

17

Israel Resah di Sebalik Konflik. 2012. http://www.mykhilafah.com/analisis/3766-israel-resah-di-sebalik-konflik. 26 November.

ini bahawa Palestin sedang mengalami krisis bekalan perubatan yang sangat teruk.18

Begitu juga dengan sekatan bekalan makanan yang dihadapi oleh rakyat Palestin.mereka terpaksa hidup dalam keluburan. Lebih malangnya, kanak-kanak yang masih kecil terpaksa menghadapi semua ini. Walaupun bantuan bekalan makanan telah dilakukan dari pelbagai negara untuk rakyat Palestin, namun kekejaman Israel telah menghalang daripada bekalan-bekalan tersebut terus masuk ke susur Gaza. Ada ketika rakyat Palestin ini, terpaksa berkongsi makanan walupun hanya sekeping roti. Sedangkan masyarakat luar mengetahui bahawa bumi Palestin adalah tanah yang diberkati Allah dan disebabkan itu tanaman-tanaman di buminya hidup dengan subur dan mereka kaya dengan pertanian dan hasil lautan. Namun, disebabkan penindasan Isarel ini, rakyat Palestin terhalang untuk mendapatkan hasil-hasil tersebut.

Palestin juga kekurangan dari sudut bahan binaan untuk membina semula bangunan-bangunan yang telah dimusnahkan oleh rejim Israel dengan pengeboman yang dilakukan. Melalui sumber beberapa orang rakyat Palestin, mereka meluahkan bahawa tidak sempat bangunan hendak dibina semula, rejim Israel telah memusnahkannya. Oleh sebab inilah, kos peruntukan yang

18

Hospital Gaza Hadapi Ancaman Kekurangan Bekalan Perubatan. 2012. http://map2street.blogspot.com/2012/11/hospital-gaza- hadapi-ancaman.html. 18 November.

diperlukan sangat tinggi. Namun, semangat yang wujud dalam diri mereka, tidak pernah berputus-asa untuk menghentikan kegiatan pembinaan-pembinaan tersebut walaupun sekatan bahan binaan dilakukan.

2.8 Tindakan Memboikot Produk Israel

Persoalan ini sering bermain di fikiran orang-orang Islam kemana sahaja kita pergi. Biasanya ada tiga bentuk jawapan yang kita perolehi. Ya boikot!. Jawapan ini diperolehi oleh mereka yang faham asal usulkonflik yang berlaku di antara Palestin.Tidak, jawapan ini diberi oleh orang yang tidak pernah ambil kisah tentang isu Palestin ataupun yang mempunyai kepentingan tertentu. Tak pasti, jawapan orang yang suka berdalih ataupun dari orang yang samar-samar kefahamannya tentang isu Palestin. Dalam surah al-hasyr ayat 5, Allah S.W.T berfirman:





























Apa saja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknyaMaka (semua itu) adalah dengan izin Allah; dan Karena dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik.

Mengambil iktibar dari surah ini yang menceritakan tentang peristiwa pengusiran kaum Yahudi bani Nadir dari Madinah oleh Baginda Rasulullah S.A.W dalam peristiwa ini kaum Yahudi telah membelot kepada kaum muslimin di mana sebelum berlaku peperangan antara kaum kafir musyrikin dengan muslimin mereka telah berjanji tidak akan berpihak kepada mana-mana kumpulan. Tetapi ternyata bila perang meletus kaum Yahudi telah membantu kaum musyrikin dalam peperangan dengan kaum muslimin. Tetapi dengan pertolongan Allah S.W.T akhirnya kaum muslimin menang, dan akhirnya kaum Yahudi yang belot telah menerima hukuman dari kaum muslimin, antaranya dibunuh, diusir keluar madinah dan sebahagian harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan. Ayat ini menjawab tohmahan orang-orang kafir bahawa Nabi tidak menepati etika peperangan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama orang Yahudi cuba membelot terhadap kaum muslimin malahan sikap permusuhan mereka terhadap kaum muslimin sebelum itu sudah diketahui umum ketika itu. Cuma yang menarik dari ayat 5 surah al-Hasr tersebut ialah tentang keizinan Allah S.W.T membenarkan Nabi memusnhkan rumah serta pokok-pokok tanaman kurma milik orang Yahudi, sedangkan etika peperangan yang telah dikeluarkan oleh baginda dalam peperangan kepada para sahabat ialah mereka tidak boleh membunuh kanak-kanak, orang tua hatta memusnahkan rumah dan tanaman serta binatang ternakan.

Tetapi pengajaran dari ayat 5 surah al-Hasr ini nampaknya ada pengecualian. Ayat ini seolah-olah memberi suatu prosedur khusus kepada Nabi dan umat Islam bahawa kalau kamu nak menewaskan musuh Yahudi yang jahat, antara perkara pokok yang harus diperhatikan ialah melumpuhkan kekuatan ekonomi mereka. Malah pengajaran ayat ini bertambah relevan sekarang dimana rejim Zionis yang mewarisi kejahatan kaum Yahudi dizaman Madinah yang cuba membunuh Nabi, telah menggunakan kekuatan ekonomi mereka untuk mencapai cita-cita jahat iaitu membunuh rakyat Palestin dan menghalau mereka keluar dari tanah air mereka untuk mendirikan negara haram Israel. Yahudi yang mendokong fikrah Zionis terang-terangan menyalurkan keuntungan syarikat multi nasional mereka yang bernilai ratusan juta kepada penegakan rejim Zionis Israel di Palestin. Syarikat-syarikat multinasional itu pula malangnya bertebaran diseluruh pelusuk dunia termasuk negara umat Islam. Walau atas nama sumbangan yang berbagai, tetapi umum mengetahui bahawa sebarang bantuan kewangan kepada rejim Zionis hanya akan digunakan untuk dua perkara terbesar, iaitu membeli senjata dan kelengkapan tentera bagi membunuh dan memusnahkan rumah rakyat Palestin dan kedua ialah untuk pembangunan, iaitu mendirikan penempatan-penempatan haram Yahudi di atas tapak rumah orang Palestin yang dirobohkan. Lantas mengambil iktibar ayat 5 surah al-Hasr, wajarlah kita memboikot barangan buatan Israel, Amerika dan sekutunya Britain. Walaupun demikian memandangkan realiti umat Islam yang serba lemah, pemboikotan kita haruslah terpilih terutamanya produk-produk yang bersifat memusnahkan akal dan kesihatan termasuk yang bersifat bukan keperluan asas.

Adapun produk-produk lain yang bersifat keperluan asas bergantung kepada kemampuan umat Islam menyediakan barangan alternatif ataupun paling tidak buatan rakyat Malaysia. Apapun usaha pemboikotan ini perlulah berlaku secara kolektif iaitu secara beramai-ramai dan berterusan supaya kesannya akan terasa kepada syarikat-syarikat tersebut. Produk yang paling utama yang harus diboikot tanpa dolak dalih ialah rokok. Syarikat rokok terbesar dunia dimiliki oleh Philip Morris sebuah syarikat Yahudi. Mengikut kajian, umat Islam seluruh dunia yang merokok telah menyumbang sebanyak USD8.9 juta sehari kepada Israel sahaja.

Professor Dr Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa pada tahun 2002 yang mengatakan bahawa setiap wang yang dibelanjakan untuk membeli produk-produk Israel dan Amerika seolah-olah kamu telah membeli sebutir peluru yang akan menusuk tubuh saudaramu di Palestin. Kesan boikot cukup mendalam seperti mana yang telah berlaku pasca intifadah ke-2 pada tahun 2000 di mana umat Islam Mesir memboikot makanan McDonald, dan ini menyebabkan jualan syarikat itu di seluruh negara Mesir jatuh merundum sehinggakan syarikat itu bertindak melakukan promosi dimana setiap sen wan yang dibelanjakan itu, sebahagian kecil akan disumbangkan kepada Palestin.

Kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat senjata membantu rakyat Palestin yang dizalimi, tetapi jika usaha sekecil dan semudah boikot ini tak mampu untuk

dilaksanakan, maka perlu untuk kita mempersoalkan dalam diri di tahap mana keimanan dan keprihatinan terhadap umat yang seakidah dengan kita.19

2.9 Perjuangan HAMAS untuk Palestin

Hamas tidak muncul secara tiba-tiba. Kemunculannya juga bukan kerana kekecewaan sesetengah golongan Fatah seperti yang pernah didakwa. HAMAS juga bukan gerakan yang dicipta untuk memporak-perandakan rakyat Palestin sepertimana yang difitnah oleh sesetengah orang.

Gerakan HAMAS merujuk kepada perjuangan yang panjang. HAMAS menjelaskan bahawa sesungguhnya perjuangan mereka kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam semasa Revolusi Palestin 1936. Secara pastinya, perjuangan HAMAS seperti yang diterangkan dalam perlembagaan mereka adalah berasal daripada gerakan Ikhwan Muslimin (IM). Gerakan IM ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928 oleh Imam Hassan al-Banna.20

19

Md Roslan Hashim. 2010. Membongkar Kejahatan Israel. Kuala Lumpur : JIMedia & Pace. Hlmn. 157.

20

Maszlee Malik. 2006. Hamas Daripada Underground Kepada Parti Pemerintah. Kuala Lumpur ; PTS Millenia Sdn.Bhd. Hlmn. 1.

Dalam dokumen Sejarah dan Isu isu Palestin (Halaman 32-40)

Dokumen terkait