KONSEP PEMASARAN SECARA BERBILANG TINGKAT ATAU MLM
3.2 Konsep Umum Pemasaran secara Berbilang Tingkat atau MLM
3.2.4 Sistem Pemasaran MLM dan Skim-Skim yang lain
Selain daripada jualan langsung, perniagaan MLM juga boleh dikaitkan dengan skim piramid. Ini kerana struktur pelan pemasaran MLM pada zahirnya adalah sama dengan model yang ditawarkan melalui skim piramid. Bahkan realitinya mungkin ada syarikat yang menawarkan pakej perniagaan berdasarkan skim piramid tetapi berselindung di sebalik MLM.
3.2.4 (a) Pengenalan Skim Piramid
Skim Piramid merupakan skim cepat kaya di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim dengan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen24. Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo.
24 Portal 1 KLIK kendalian Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia boleh diakses di laman http://pmr.penerangan.gov.my, dilihat 3 April 2018
98
Berdasarkan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.
Justeru boleh dikatakan skim piramid ini adalah satu bentuk komplot yang tidak sah di mana sebilangan besar orang di peringkat bawahan (downline) membayar kepada sebilangan kecil orang di peringkat atasan (upline)25.
3.2.4 (b) Ciri-ciri Skim Piramid
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) telah mengeluarkan panduan ciri-ciri atau kriteria yang boleh dikaitkan dengan skim piramid ini26. Antara garis panduan khususnya mengenai ciri-ciri atau perkiraan skim piramid yang paling ketara ialah27 :
1. Bonus atau faedah-faedah ekonomi yang lain dibayar kepada peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain ke dalam skim28, pelan,
25 Panel Syariah HPA (2009), MLM Syariah HPA, hlm 17
26 Boleh juga dilihat di bawah senarai Jadual Ciri-ciri atau Perkiraan Skim Piramid di bawah Seksyen 27(a) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993, hlm 46 - 47
27 Boleh lihat lanjut di laman web rasmi KPDNKK, www.kpdnkk.gov.my, dirujuk pada 11 April 2018
28 John Counsel (t.t), The Beginner’s Guide To Multi-Level Marketing, hlm 37
99
pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang-barang atau perkhidmatan.
2. Pembelian barang-barang atau perkhidmatan jika ada pun hanya sekadar dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi penyertaan atau pembayaran bonus atau faedah lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.
3. Peserta dipaksa membeli barang-barang atau perkhidmatan dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah29. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak untuk membeli pakej barang-barang terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.
4. Dasar bayar balik bagi barang-barang atau perkhidmatan yang telah dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.
5. Dasar beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi barang-barang atau perkhidmatan yang boleh dipasarkan pada masa ini atas permintaan peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan30.
29 John Counsel (t.t), The Beginner’s Guide To Multi-Level Marketing, hlm 37
30 John Counsel (t.t), The Beginner’s Guide To Multi-Level Marketing, hlm 37
100
6. Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid adalah tidak dibenarkan.
7. Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pengendalian atau proses berantai piramid.
Kesimpulannya, setiap peserta skim berpeluang mendapat keuntungan dalam bentuk bonus atau komisen hasil daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Kebiasaannya peserta skim akan memegang serangkaian barangan semata sebagai gimik dengan mengakui terbabit dalam dunia perniagaan, padahal tiada usaha sebenar untuk pemasaran barangan tersebut. Peserta skim ini lebih mengambil berat mengenai keuntungan yang dikaut melalui yuran penyertaan ahli baru sahaja31.
Penjualan barangan atau perkhidmatan melalui skim piramid ini tidak menjadi keutamaan, bahkan tidak mengambil peduli dari sudut kualiti barang tersebut serta kepuasan pengguna untuk jangka masa panjang. Faedah keuntungan yang besar diperolehi oleh peserta skim adalah hasil pembayaran yuran penyertaan yang tinggi serta harga barangan yang tidak munasabah jika dibandingkan dengan harga pasaran biasa32.
Maknanya, asas keuntungan skim piramid adalah hasil duit penyertaan orang bawah yang akan digunakan untuk membayar komisyen orang atas. Oleh sebab itu, jika tiada penyertaan baru, maka sistem ini akan terhenti serta tiada lagi komisyen untuk orang di atas.
31 Panel Syariah HPA (2009), MLM Syariah HPA, hlm 17
32 Syahnaz Sulaiman (2011), Parameter Berasaskan Syariah Dalam Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing), Jurnal Muamalat, hlm 166 dan Buku MLM Syariah HPA, hlm 17
101
3.2.4 (c) MLM dan kaitannya dengan Skim Piramid
Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelas menunjukkan bahawa skim piramid amat berbeza sekali dengan sistem pemasaran MLM. Menurut pakar kewangan pengguna, Mohamad Fazli Sabri33, sekiranya diperhatikan secara rasional, struktur piramid dalam pelan pemasaran MLM sama sahaja dengan struktur piramid yang terdapat dalam bisnes model lain. Namun hakikatnya tidaklah sama antara MLM dengan skim piramid.
Pada umumnya, skim piramid adalah skim penipuan untuk mendapatkan pulangan melalui pusingan wang dengan tujuan utamanya mengajak lebih ramai orang masuk ke dalam skim tersebut tanpa melibatkan sebarang penjualan produk atau perkhidmatan34. Dalam bahasa paling mudah difahami, skim piramid memperoleh keuntungan melalui hasil memperkenalkan atau mengambil ahli baharu dan melupakan tentang pemasaran dan penjualan produk atau perkhidmatan35. Ini berbeza dengan perniagaan MLM yang sebenar yang menitiberatkan penjualan dan pengembangan jaringan secara saksama.
Menurutnya lagi, sekiranya sesuatu perniagaan atau skim itu tidak mempunyai produk perniagaan yang sah dan pengguna tidak akan mendapat sebarang pulangan modal, melainkan mereka berjaya memperkenalkan sebilangan ahli baru untuk menyertai skim tersebut, maka ia merupakan skim piramid. Skim piramid juga mengenakan yuran
33 Beliau adalah Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri yang merupakan Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
34 Syahnaz Sulaiman (2011), Parameter Berasaskan Syariah Dalam Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing), Jurnal Muamalat, hlm 165
35 Kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Fazli Sabri sebagaimana yang disiarkan oleh Utusan Online pada 1 April 2017, di laman http://www.utusan.com.my, dilihat pada 3 April 2018
102
pendaftaran yang tidak munasabah, harga barang yang dijual (sekiranya ada) lebih mahal daripada harga pasaran dan ahli tidak perlu menggunakan produk berulang kali36.
Oleh kerana struktur perniagaan nampak serupa, maka seringkali MLM itu disalahanggap sebagai skim piramid. Tidak dinafikan juga kemungkinan ada syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan skim piramid ini tetapi bertopengkan MLM atau sebaliknya. Justeru Akta Jualan Langsung dan Anti Skim Piramid 1993, digubal bagi membendong skim piramid di negara ini37. Justeru mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan MLM atau tidak, adalah tidak dibenarkan menjalankan perniagaan mengguna skim piramid. Ini menunjukkan bahawa perniagaan MLM tidak boleh disamakan dengan skim piramid.
3.2.4 (d) MLM dan kaitannya dengan Skim Cepat Kaya
Terdapat satu lagi skim yang sering dikaitkan dengan perniagaan MLM iaitu skim cepat kaya. Menurut Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia, skim cepat kaya sebenarnya adalah satu dari aktiviti skim pengambilan deposit secara haram. Pengambilan deposit secara haram ialah perbuatan menerima, mengambil atau bersetuju menerima deposit tanpa lesen yang sah di bawah akta dan institusi kewangan 198938. Mengikut kebiasaannya sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dengan mendakwa bahawa wang deposit itu akan dipulang balik dengan faedah atau keuntungan yang begitu tinggi mengatasi kadar faedah yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen.
36 Rujuk http://www.utusan.com.my, dilihat pada 3 April 2018
37 Boleh merujuk kepada Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (Akta 500)
38 Pusat Islam UTM, http://islamiccentre.utm.my/soalan-lazim/skim-cepat-kaya/, dirujuk pada 28 Jun 2018
103
Di antara ciri-ciri skim seumpama ini ialah seseorang pelabur boleh melabur seberapa banyak wang yang dikehendaki dan pihak pengurus skim akan membayar balik keuntungan mengikut peratus yang ditetapkan. Semua pelaburan yang dibuat selalunya dicatatkan dalam buku senarai pelabur dan resit akuan terima wang juga tidak dikeluarkan.
Urus niaga skim ini berdasarkan prinsip percaya mempercayai dan tiada surat perjanjian khusus tentangnya39.
Skim ini akan terus beroperasi sekiranya pada setiap masa ada pelabur baru yang melabur. Jika tiada, pihak pengurus akan menghadapi masalah untuk membuat pembayaran keuntungan kepada pelabur yang sedia ada. Apabila hal ini terjadi (tiada lagi pelabur baru) maka pelabur yang sedia ada yang baru menyertai skim ini tidak akan mendapat pulangan dan akan kehilangan wang yang telah dilaburkan40. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 di Johor Bahru telah memutuskan bahawa hukum terhadap skim cepat kaya ini adalah haram kerana ia mengandungi unsur-unsur judi, riba, gharar dan tadlis dan umat Islam dilarang daripada terlibat dengan skim ini41.
Terdapat segelintir syarikat MLM yang turut menggunakan skim cepat kaya dalam menawarkan keuntungan kepada peserta. Syarikat jenis ini lazimnya menyediakan dua bentuk pelan pemasaran42. Sebagai contoh, satu pelan A mengikut pelan pemasaran biasa yang diamalkan di dalam semua syarikat MLM. Dalam masa yang sama, satu pelan lagi iaitu pelan B, di mana ditawarkan pelaburan berkonsepkan ‘goyang kaki dapat duit’. Peserta yang menyertai pelan B ini ditawarkan pulangan tertentu setiap bulan bergantung kepada
39 http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/skim-cepat-kaya, dirujuk pada 28 Jun 2018
40 http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/skim-cepat-kaya, dirujuk pada 28 Jun 2018
41 http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/skim-cepat-kaya, dirujuk pada 28 Jun 2018
42 http://www.majalahniaga.com/manipulasi-bisnes-mlm-skim-cepat-kaya.html, dirujuk pada 28 Jun 2018
104
jumlah pelaburan yang dibuat. Biasanya dalam lingkungan 5% hingga 20% setiap bulan.
Fokus utama syarikat ini sebenarnya untuk mengaut keuntungan daripada ‘money game’ pelan B43. Tiada cara lain yang diguna pakai oleh mereka melainkan duit pelaburan orang baru digunakan untuk membayar pulangan pelaburan orang lama. Cara yang biasa diamalkan oleh penganjur skim cepat kaya yang lain. Pelan A itu pula sengaja dibuat-dibuat untuk mengaburi mata pihak berkuasa untuk mendapatkan lesen MLM.