BAB I PENDAHULUAN
G. Sistematika Penulisan
Untuk memudahkan pembahasan dalam penulisan, skripsi ini dibagi atas lima bab yang saling berkaitan satu sama lain.
Bab pertama dalam penulisan ini berisi pendahuluan yang meliputi latar belakang masalah, pembatasan dan perumusan masalah, tujuan dan manfaat penulisan, metode penulisan, review studi terdahulu dan sistematika penulisan.
Kemudian pada bab kedua, membahas tentang sejarah kemasukan serta perkembangan Enakmen Pemegangan Adat Bab 215 di Negeri Sembilan.
Selanjutnya pada bab ketiga, penulis akan membahas tentang pewarisan menurut Islam dan pandangan Islam terhadap perwarisan adat menurut Enakmen Pemegangan Adat Baab 215.
Selanjutnya di bab 4, penulis akan membahas mengenai hak perempuan di dalam adat ini sesuai dengan peruntukan di Enakmen Pemegangan Adat Bab 215 beserta bagaimana adat tersebut dalam mengekalkan hak perempuan.
Penulis juga akan membahas mengenai alasan kenapa laki-laki tidak di benarkan mewarisi tanah adat.
Adapun pada bab lima, penulis akan menjelaskan mengenai hasil dari kajian, penutup dan saran.
9
BAB II
SEJARAH ENAKMEN PEMEGANGAN ADAT BAB 215 DI NEGERI SEMBILAN
A. Sistem Torrens di Malaysia
Sistem Torrens merupakan suatu sistem yang diperkenalkan oleh Inggris yang bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pendaftaran yang lengkap dengan maksud untuk mewujudkan satu pegangan hak milik yang tidak boleh dinafikan.1 Dalam arti kata lain, Sistem Torrens mementingkan pendaftaran hak milik tanah demi mengelakkan unsur penipuan atau pemalsuan hak milik tanah seseorang.2
Untuk memahami sejarah perkembangan undang-undang tanah di Malaysia, pertama sekali harus memahami tentang sejarah penjajahan Inggris ke atas tanah Melayu. Hal ini karena sistem Torrens ini dibawa ke tanah Melayu pada zaman penjajahan Inggris. Di dalam penjajahan Ingris di Tanah Melayu, Inggris telah membagikan Tanah Melayu kepada tiga bagian yaitu Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan, dan Negeri Melayu tidak Bersekutu yang terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. 3
1 Ridzuan Awang, Undang-Undang Tanah Islam Pendekatan Perbandingan, ( Selangor:
Perpustakaan Negara Malaysia, Cetakan Pertama, 1994 ), h. 70.
2 Hendun Abdul Rahman Shah, dkk, “Dinamika Undang-Undang Tanah Adat di Negeri Sembilan: Kajian Perkembangan dan Isu Undang-Undang”, Malaysian Journal of Syariah and Law, Vol. V, 2017, h. 6
3 Rabi’ah Binti Muhammad Serji, “Application of Islam And Malay Customs In Torrens Sistem In Malaysia”, Al-Irsyad: Journal of Islamic And Contemporary Issues, Vol. I, 2016, h. 14.
1. Negeri-Negeri Selat
Penggunaan undang-undang Inggris di Negeri Selat bermula apabila Pulau Pinang dipajak oleh Syarikat Hindia Timur Inggris daripada Sultan Kedah. Pulau Pinang pada waktu itu merupakan bagian daripada provinsi Kedah yang diperintah oleh sultan. Adapun cara penyerahan Pulau Pinang kepada Inggris adalah dengan cara sewaan dan bukannya sebagai suatu wilayah yang diduduki. Dan penyerahan itu dilakukan pada tahun 1791.
Berdasarkan norma undang-undang antarabangsa, undang-undang yang harus digunakan di Pulau Pinang adalah undang- undang tempatan yaitu Undang-undang Islam beserta adat Melayu yang bersesuaian dengan undang yang dipakai oleh Negeri Kedah. Akan tetapi, undang-undang yang dipakai di Pulau Pinang pada waktu itu adalah undang-undang-undang-undang yang dibawa oleh Inggris. Hal ini adalah rentetan daripada kasus Ong Cheng Neo melawan Cheah Neo pada tahun 1872 di mana Majelis Privi telah menyatakan bahwa Pulau Pinang “tidak didiami orang” pada waktu kedatangan Inggris. Antara inti daripada kasus tersebut adalah:4
“Disebabkan Pulau Pinang dikira sebagai sebuah kawasan yang tidak mempunyai undang-undang sendiri sebelum kedatangan Syarikat Hindia Timur, maka tidak perlu lagi untuk mempertimbangkan bahwa Pulau itu sebagai satu wilayah yang diserah atau diduduki. Oleh itu, Undang-undang Inggris hendaklah dianggap sebagai Undang-undang-Undang-undang yang digunapakai di kawasan itu setelah undang tersebut telah disesuaikan dengan keadaan setempat.”
Adapun justifikasi Inggris untuk menggunakan undang-undang yang dibawa oleh mereka di Pulau Pinang adalah karena pulau tersebut dinggap tidak berpenghuni sedangkan pada asalnya, Pulau tersebut disewa oleh
4 Rabiah Muhammad Serji, “Application of Islam and Malay Customs in Torrens Sistem in malaysia”, Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Vol I, 2016, h. 14.
11
Inggris daripada Sultan Kedah. Perbuatan Inggris ini seperti menidakkan hak Sultan Kedah dan undang-undang Kedah ke atas Pulau Pinang.5
Adapun situasi yang terjadi di Melaka adalah berbeza dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang. Sebelum penjajahan Portugis dan Belanda pada abad ke-16 dan 17, Melaka merupakan sebuah provinsi yang dikuasi oleh Sultannya sendiri. Pada waktu Inggris mengambil alih Melaka daripada Pihak Belanda, Melaka telah mempunyai undang-undang tempatannya yang tersendiri. Adapun pengambil alihan yang terjadi adalah berdasarkan perjanjian Inggris-Belanda yang berlaku pada tahun 1824.6
Dan berdasarkan keputusan mahkamah di dalam kasus Sahrip menetang Mitchell dan Anor pada tahun 1870, jelas menunjukkkan bahwa undang-undang tanah yang dipakai merupakan campuran antar adat Melayu dan undang-undang Islam. Akan tetapi, penggunaan undang-undang tesebut di Melaka telah berakhir pada tahun 1861. Peggunaan undang-undang itu berakhir apabila suatu undang-undang baru telah diluluskan oleh penadbir Inggris yang memerintah Melaka pada waktu itu. Berdasarkan undang-undang baru tersebut, semua tanah yang belum dihapuskan di negeri Melaka telah dinyatakan menjadi milik pemerintah sesuai dengan undang-undang tanah Inggris yang diguna pakai di England pada masa itu. 7
Pada tahapan awal, Pulau Pinang dan Melaka menggunakan undang-undang tanah yang dikenali sebagai Sistem Surat Ikatan Inggris. Undang-undang tanah di Pulau Pinang dan Melaka kemudiannya telah berubah kepada sistem Torrens dan hal ini dilakukan atas dasar penyeragaman undang-undang tanah di antara dua provinsi itu.8
5 Rabiah Muhammad Serji, “Application of Islam and Malay Customs in Torrens Sistem in malaysia”, Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Vol I, 2016, h. 14.
6 Rabiah Muhammad Serji, “Application of Islam and Malay Customs in Torrens Sistem in malaysia”, Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Vol I, 2016, h. 14.
7 Rabiah Muhammad Serji, “Application of Islam and Malay Customs in Torrens Sistem in malaysia”, Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Vol I, 2016, h. 15.
8 Rabiah Muhammad Serji, “Application of Islam and Malay Customs in Torrens Sistem in malaysia”, Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Vol I, 2016, h. 14-15.
2. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Kesemua sebelas buah provinsi di Malaysia telah mengamalkan sistem undang-undang tanah yang sama mulai Januari 1966, yang dikenali sebagai Sistem Torrens atau Sistem Pendaftaran Hak Milik. Sistem Torens telah diperkenalkan buat pertama kali di Negeri-negeri Melayu bersekutu sewaktu kemasukan Inggris di negeri tersebut.9 Sistem ini didasarkan pada Real Property Act 1857 yang berasal dari Australia Selatan dan ianya mempunyai ciri-ciri Sistem Torrens yang di New Zealand dan Fiji. Sistem Torrens mula diperkenalkan di semenanjung tanah Melayu pada tahun 1864.10
Sebelum penggunaan sistem Torrens di Negeri Melayu Bersekutu, undang-undang yang digunakan di Provinsi Selangor, Perak dan Pahang adalah undang-undang Islam dan undang-undang yang digunakan di Negeri Sembilan adalah undang adat. Akan tetapi, penggunaan undang-undang Islam dan Adat ini mula dihapuskan dan diganti oleh sistem Torrens selepas kedatangan penadbir Inggris di Negeri Melayu Bersekutu.11 Dan kemasukan pengaruh british ke Negeri Sembilan adalah secara bertahap disebabkan tumpuan British pada waktu itu adalah lebih tertumpu di kawasan yang kaya dengan sumber galian.12
Sistem Torrens yang diamalkan di keempat-empat Negeri Melayu Bersekutu sebelum tahun 1911 adalah tidak seragam dan mempunyai ciri yang berlainan. Walau bagaimanapun, peraturan ini kemudiannya dibentuk menjadi sebuah undang-undang yang digunakan oleh Negeri-negeri Melayu
9 Salleh Buang , Malaysian Torrens Sistem, ( Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia, 2001), h. 9
10 Ridzuan Awang, Undang-Undang Tanah Islam Pendekatan Perbandingan, ( Selangor:
Perpustakaan Negara Malaysia, Cetakan Pertama, 1994 ), h. 59-60
11 Rabiah Muhammad Serji, “Application of Islam and Malay Customs in Torrens Sistem in malaysia”, Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Vol I, 2016, h. 16.
12 Ishak Yussof dkk. “The Implementation of Customary Tenure Enactment (CTE) in Colonial Time and Effects on The Administration of Customary Land in Negeri Sembilan”, Kajian Malaysia, Vol. 33, No. 1, 2015, h. 71.
13
Bersekutu dan diperluaskan penggunaannya kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu secara bertahap.13
Antara Peraturan yang terdapat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu adalah:
1. Peraturan-peraturan Pelupusan Tanah Selangor Tahun 1877, yang mempunyai ciri berikut:
a. Tanah negeri boleh diberi milik bagi tempoh waktu maksimum selama 99 tahun dengan bayaran premium dan cukai tanah tahunan.
b. Tanah itu boleh diberi milik bagi tujuan pertanian, pembangunan atau tujuan tertentu.
c. Adapun tanah yang diberi milik bagi tujuan pertanian haruslah diusahakan di dalam tempoh waktu yang diberikan oleh undang-undang.
2. Peraturan-peraturan Khusus Pajakan Tanah Terbiar, tahun 1879 di Perak dan Selangor. Peraturan ini mempunyai ciri berikut:
a. Tanah pertanian diberi milik selama 99 tahun.
b. Bayaran premium dan cukai tanah tahunan hendaklah dibayar terhadap pemberian milik itu.
3. Peraturan-peraturan Tanah Am tahun 1879 dan 1885 bagi Negeri Perak dan tahun 1882 bagi Negeri Selangor serta tahun 1887 bagi Negeri Sembilan (Sungai Ujong). Antara ciri yang terdapat dalam peraturan ini adalah:
a. Pemberian milik boleh berlaku terhadap empat jenis tanah yaitu tanah pertanian, bandar, kampung dan tanah lombong.
b. Pemberian milik tanah pertanian adalah melalui sewaan selama 99 tahun atau sertifikat pemilikan tanah untuk selama-lamanya yang terikat kepada bayaran cukai tahunan dan tanaman yang dibenarkan atau yang ditetapkan oleh undang-undang.
13 Salleh Buang , Malaysian Torrens Sistem, ( Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia, 2001), h. 9
4. Kanun Tanah (Land Code) tahun 1891 di Selangor mengenai kepentingan sewaan dan mempunyai bagian yang khusus bagi pegangan bumiputera. 14
5. Enakmen Pendaftaran Hak Milik (Registration of Titles Regulatios) tahun 1891 di Selangor, 1897 di Pahang dan Perak, 1898 di Negeri Sembilan. Antara ciri utama enakmen ini adalah:
a. Semua tanah terletak pada sultan yang berkuasa memberi hak kepemilikan sama ada untuk selamanya atau untuk suatu jangka waktu yang tidak melebihi 99 tahun.
b. Kewujudan hak milik yang tidak boleh diragukan yang mana ianya pertama kali diperkenalkan di Malaysia.
c. Segala kesepakatan bisnis terkait tanah hendaklah dilakukan menurut ketentuan undang-undang sehingga urusan yang dilakukan tanpa mengikut undang-undang dianggap batal.
d. Kesepakatan bisnis tanpa pendaftaran seperti sewaan, dan cagaran hanya dianggap sah sekiranya tidak melebihi tiga tahun.15
Enakmen Pendaftaran Hak Milik (Registration of Titles Enactment) ini telah diamendemen sebanyak dua kali yaitu pada tahun 1903 dan 1909.16
Kemudian, pada tahun 1911 telah diluluskan dua undang-undang tanah yang sama di seluruh Negeri-negeri Melayu Bersekutu yaitu Enakmen Tanah tahun 1911 yang berdasarkan Ordinan tanah Melaka 1886 dan Enakmen Pendaftaran Hak Milik tahun 1911. Enakmen Tanah tahun 1911 pada asanya adalah untuk pendaftaran tanah desa yang kurang dari 100 hektar manakala Enakmen Pendaftaran Hak Milik adalah tentang pendaftaran tanah yang melebihi 100 hektar. Kedua-dua undang-undang ini
14 Ridzuan Awang, Undang-Undang Tanah Islam Pendekatan Perbandingan, ( Selangor:
Perpustakaan Negara Malaysia, Cetakan Pertama, 1994 ), h. 60-62.
15 Salleh Buang , Malaysian Torrens Sistem, ( Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia, 2001), h. 9-10
16 Ridzuan Awang, Undang-Undang Tanah Islam Pendekatan Perbandingan, ( Selangor:
Perpustakaan Negara Malaysia, Cetakan Pertama, 1994 ), h. 62-63
15
masih kekal dan digunakan sehinggalah undang-undang tersebut diamendemen oleh Kanun Tanah 1926 yang mula digunakan pada Januari 1928 dan dinamakan sebagai Kanun Tanah 1928.17
Kanun Tanah 1928 kemudiannya mengalami perubahan sambil mengekalkan dua kategori tanah di dalam undang-undang tersebut. Adapun antara perubahan yang dilakukan terhadap Kanun Tanah 1928 tersebut adalah pengekalan Undang-undang tanah adat di dalam Adat Pepatih.18
Kanun Tanah 1928 tersebut kemudiannya menjadi asas di dalam pembentukan Kanun Tanah Negara yang kemudiannya menjadi undang-undang yang diamalkan di seluruh Semenanjung Malaysia yang mulai digunakan pada 1 Januari 1966.19
3. Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Pengaruh British di dalam 5 Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah lebih telat dibandingkan dengan 4 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Ini disebabkan oleh bagian utara Kedah dan Perlis pada waktu itu masih berada di bawah pengaruh Raja Siam dan hal ini adalah sama terhadap Kelantan dan Terengganu. Cuma di Kelantan dan Terengganu, pengaruh Raja Siam adalah tidak sekuat seperti di Kedah dan Perlis. Dan pada tahun 1909, telah berlaku suatu perjanjian di antara Inggris dan Kerajaan siam yang dinamakan Perjanjian Bangkok.20 Akibat daripada perjanjian ini, Inggris dibenarkan untuk meletakkan seorang Penasehat atau Residen Inggris di Setiap Negeri Melayu Tidak Bersekutu.21 Inggris akhirnya berjaya menguasai keempat-empat negeri tersebut daripada Siam. Johor
17 Salleh Buang, Malaysian Torrens Sistem, ( Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia, 2001), h. 10
18 Salleh Buang, Malaysian Torrens Sistem, ( Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia, 2001), h. 10
19 Ridzuan Awang, Undang-Undang Tanah Islam Pendekatan Perbandingan, ( Selangor:
Perpustakaan Negara Malaysia, Cetakan Pertama, 1994 ), h. 63-64
20 Salleh Buang, Malaysian Torrens Sistem, ( Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia, 2001), h. 8-9.
21 Rabiah Muhammad Serji, “Application of Islam and Malay Customs in Torrens Sistem in malaysia”, Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Vol I, 2016, h. 16.
adalah negeri terakhir yang berada di bawah pengaruh British, meskipun begitu, Sultan Johor masih mengekalkan hubungan baik dengan Raja British. Pada akhirnya, Sistem Torrens dapat diperkenalkan dan dilaksanakan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu22
B. Sejarah Pembentukan Undang-Undang Tanah di Negeri Sembilan
Pengaruh British yang berkembang di Negeri Sembilan adalah secara bertahap dan hal ini dikarenakan minat Inggris yang hanya tertumpu kepada hasil galian bijih. Sebagai contoh, kemasukan British di Negeri Sembilan adalah bermula daripada Sungai Ujong yaitu pada 10 Oktober 1874. Dan hal ini dikarenakan hasil bijih yang terbanyak di negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong. Kemudian pengaruh British meluas ke Jelebu pada tahun 1883, juga disebakan jumlah bijih yang terdapat di Kawasan itu. Dan selepas daripada itu, British meluaskan pengaruhnya di Kuala Pilah yaitu suatu wilayah adat yang mempunyai jumlah bijih yang banyak. Tidak lama selepas itu, British juga telah menawan Rembau. Dan pada tahun 1889, Rembau dan Kuala Pilah berada di bawah pemerintahan Inggris dan diperintah oleh seorang Pegawai Tadbir yang digelar sebagai Residen Negeri Sembilan. Sedangkan Sungai Ujong dan Jelebu berada di bawah pengaturan yang bebeda. Pada tahun 1891, daerah pengaturan ini telah disatukan di bawah satu persekutuan yaitu Negeri Sembilan. Negeri Sembilan ini pula kemudiannya ditadbir oleh seorang Residen British yang bertanggungjawab ke atas semua urusan kecuali urusan yang terkait agama dan adat istiadat orang Melayu.23
Suatu sistem birokrasi telah diwujudkan oleh Inggris setelah perjanjian penyerahan kuasa dibuat. Dan untuk tujuan memudahkan lagi sistem pengaturan, Pihak Inggris telah memisahkan daerah pengaturan kepada beberapa mukim yang mana di setiap mukim tersebut, telah diwujudkan jawatan Penghulu Mukim dan di setiap desa diwujudkan jawatan Kepala Desa. Adapun
22 Salleh Buang, Malaysian Torrens Sistem, ( Selangor: Perpustakaan Negara Malaysia, 2001), h. 9.
23 Nadzan Harun, Pemilikan dan Administrasi Tanah Adat 1800-1960, ( Negeri Sembilan:
Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan, 1997 ) h. 42.
17
kedua jawatan tersebt adalah dikhaskan buat bumiputra karena dasar yang dibawa oleh British adalah “Bumiputra sebaiknya ditadbir oleh bumiputra sendiri.” Adapun tujuan utama pihak Inggris menyusun sistem pengaturan tersebut adalah untuk mewujudkan suatu pengaturan yang lebih jelas, teratur, cekap dan berkesan. Bagi pengaturan tanah, Penadbir Inggris telah menyusun ulang sistem pengaturan tanah dengan mengadakan penyesuaian undang-undang tanah dari semasa ke semasa. Hal ini bertujuan bagi mewujudkan suatu undang-undang tanah yang lengkap sekaligus menjaga kepentingan ekonomi mereka dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pelindung pada soal agama dan adat orang Melayu.24
Sistem pengaturan tanah yang dibentuk oleh British adalah dengan cara penguasaan penuh terhadap tanah melalui ketentuan dalam perjanjian yang dibuat bersama pembesar-pembesar tempatan. Dengan itu, semua undang-undang tanah yang dimaksudkan untuk pengaturan tanah di Kuala Pilah adalah undang-undang yang dibentuk oleh pegawai Tadbir British yang telah berkhidmat di daerah tersebut. Disebabkan itu, semua undang-undang yang terkait dengan pengaturan tanah adalah sentiasa berubah. Perubahan ini dilakukan bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi British berserta melindungi hak orang Melayu di dalam hal terkait agama dan adat istiadat orang Melayu. Frank Swettenham ketika menjadi Resident-General pernah mengeluarkan surat yang memerintahkan kepada pegawai tadbir yang menyelaraskan undang-undang tanah supaya tidak mencampuri soal pengaturan tanah mengikut adat tempatan.25
Ketika melaksanakan sesuatu perubahan, pegawai tadbir Inggris diarahkan untuk berhati-hati agar tidak bertentangan dengan agama dan adat istiadat orang Melayu.26 Segala aspek yang terkait dengan agama dan adat orang
24 Nadzan Harun, Pemilikan dan Administrasi Tanah Adat 1800-1960, ( Negeri Sembilan:
Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan, 1997 ) h. 43-44.
25 Nadzan Harun, Pemilikan dan Administrasi Tanah Adat 1800-1960, ( Negeri Sembilan:
Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan, 1997 ) h. 44-45.
26 Hendun Abdul Rahman Shah, dkk, “Dinamika Undang-Undang Tanah Adat di Negeri Sembilan: Kajian Perkembangan dan Isu Undang-Undang”, Malaysian Journal of Syariah and Law, Vol. V, 2017, h. 6.
Melayu hendaklah diberi perhatian. Sebagai contoh, bagi tanah kepunyaan masyarakat bukan Adat Perpatih, pewarisan dilakukan dengan dua cara yaitu berdasarkan hukum faraidl atau adat masyarakat tersebut. Sehingga tahun 1909, pembagian dan pewarisan terhadap tanah adat dan tanah bukan pusaka adat adalah mengikut ketentuan yang telah ditetapkan oleh Adat Perpatih. Setelah dari tahun itu, pengaturan tanah yang telah dicatatkan Customary Land pada sertifikat tanahnya, hendaklah mengikuti peraturan adat.27 Antara kepentingan status sebuah tanah dicatatkan sebagai Customary Land adalah bagi mengelakkan perpindahan tanah adat suatu suku kepada suatu suku lainnya.28
Menurut E.N Taylor, adalah menjadi dasar British di dalam sistem pengaturan yang mereka perkenalkan untuk mengekalkan segala sistem pewarisan dan pembagian tanah sesuatu masyarakat itu. Hal ini dilakukan berdasarkan prinsip Undang-Undang Am atau The General Principle of Law yang mengatakan bahwa harta seseorang itu hendaklah ditentukan pembagian beserta pewarisannya mengikut adat dan agama yang dianuti oleh individu yang berkaitan. Hal ini bersesuaian dengan adagium The Law Follows the Person.29 C. Revolusi Enakmen Pemegangan Tanah Adat Bab 215 di Negeri Sembilan
Undang-undang dan bentuk pengaturan tanah bagi Negeri Sembilan adalah merupakan sambungan dari kanun-kanun tanah dan bentuk pengaturan tanah yang telah diamalkan di Negeri-negeri selat dan di negeri-negeri Melayu lain. Perkembangan pengaturan tanah adat Negeri Sembilan adalah terkait rapat dengan pengaturan undang-undang di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), Selangor dan Perak yang mana adalah hasil usaha Maxwell, seorang pegawai Britsh. Maxwell telah melakukan penyusunan semula undang-undang tanah yang terdapat di Negeri-Negeri Selat, Selangor
27 Nadzan Harun, Pemilikan dan Administrasi Tanah Adat 1800-1960, ( Negeri Sembilan:
Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan, 1997 ) h. 45.
28 Hendun Abdul Rahman Shah, dkk, “Dinamika Undang-Undang Tanah Adat di Negeri Sembilan: Kajian Perkembangan dan Isu Undang-Undang”, Malaysian Journal of Syariah and Law, Vol. V, 2017, h. 6
29 Nadzan Harun, Pemilikan dan Administrasi Tanah Adat 1800-1960, ( Negeri Sembilan:
Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan, 1997 ) h. 46.
19
dan Perak yang dibuat oleh pegawai British di negeri tersebut. Penyusunan semula ini adalah disebabkan ketidaksesuaian di samping mempunyai kelemahan di dalam pelaksanaannya.30
Pada tahun 1881, Maxwell telah dihantar ke Australia, Ceylon, dan Burma oleh Pejabat Tanah Jajahan untuk melakukan lawatan sambil belajar ke pejabat tanah di sana. Setelah kembali dari sana, Maxwel telah melakukan penyusunan semula ke atas sistem pengaturan tanah di Negeri-Negeri Selat dan telah menambah beberapa pembaruan. Adapun pembaruan yang dilakukan adalah meliputi sistem permohonan untuk memperoleh hak milik, status pemegangan hak milik, pengiktirafan hak milik orang Melayu, Pembagian Kawasan pengaturan kepada mukim dan lain-lain lagi.31 Maxwell telah menyarankan supaya pendaftaran hak milik dilaksanakan mengikut sistem torrens yaitu suatu sistem di mana hak kepemilikan tanah yang dimiliki oleh seseorang yang tidak dapat diganggu gugat akan hak kepemilikannya.32 Matlamat sistem ini adalah untuk memudahkan urusan yang terkait dengan tanah dan untuk menjamin hak kepemilikan tanah seseorang yang telah didaftarkan namanya. Dan setiap pendaftaran tanah yang dilakukan mengikut sistem ini akan dikeluarkan suatu dokumen hak milik yang diperakui sah dan dilindung oleh undang-undang.33
Maxwell kemudiannya telah dilantik sebagai Residen Selangor pada tahun 1889 dan dua tahun setelah pelantikannya, Maxwell telah memperkenalkan suatu kanun tanah baru yang telah diluluskan oleh Majlis Negri Selangor. Perkembangan tanah yang berlaku di Negeri-Negri Selat dan Selangor telah memengaruhi perkembangan pengaturan tanah di Negeri
Maxwell kemudiannya telah dilantik sebagai Residen Selangor pada tahun 1889 dan dua tahun setelah pelantikannya, Maxwell telah memperkenalkan suatu kanun tanah baru yang telah diluluskan oleh Majlis Negri Selangor. Perkembangan tanah yang berlaku di Negeri-Negri Selat dan Selangor telah memengaruhi perkembangan pengaturan tanah di Negeri