• Tidak ada hasil yang ditemukan

SULALAT US-SALATIN SEBAGAI SUMBER SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

2.4 Sulalat us-Salatin Sebagai Dokumen Sejarah

Setelah ditinjau versi-versi penyelenggaraan moden Sulalat us-Salatin, seterusnya kajian akan mengetengahkan hujah-hujah pengkaji yang membuktikan bahawa karya itu sememangnya dokumen sejarah dan bukan kisah sastera atau mitos semata-mata. Pentingnya Sulalat us-Salatin dilihat sebagai dokumen sejarah memberi impak yang besar dalam kajian yang dilakukan ini kerana kandungan yang terdapat di dalam Sulalat us-Salatin akan diguna dan dinilai untuk mencari kebenaran. Sebelum pergi lebih jauh, wajar untuk dilihat makna Sulalat us-Salatin itu sendiri. Pengertiannya juga dapat dilihat secara jelas dalam petikan berikut :

...Demikian bunyinya titah yang maha mulia itu: „Bahawa hamba minta diperbuatkan [2] hikayat pada hari pertuturan segala raja-raja Melayu dengan isti‟adatnya supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan

69Qasim Ahmad, “Sumber, Pengesahan Fakta dan Pentafsiran Sejarah,” dalam Isu-isu Pensejarahan (Esei Penghargaan kepada Dr. R. Suntharalingam), disunting oleh Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng (Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 1995), hlm. 63.

78

diketahuinyalah segala perkataan syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya‟.

...fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala, supaya akan menyukakan duli hadrat baginda, maka fakir namainya hikayat ini Sulalat us-Salatin, yakni Petuturan70 Segala Raja-Raja....

...Demikian mula perkataan hikayat ini ceriterakan oleh yang empunya ceritera.71

Daripada petikan Sulalat us-Salatin itu jelas menunjukkan karya ini dibuat untuk mengetengahkan keturunan raja-raja atau sultan yang memerintah. Disebut juga tujuan penulisan karya itu dibuat adalah sebagai panduan untuk masyarakat yang akan datang supaya menjadikan segala peristiwa di dalamnya sebagai pengajaran dan iktibar.

Petikan juga menunjukkan karya tersebut dihasilkan daripada perintah raja yang memerintah pada ketika itu. Justeru tidak hairanlah kandungannya banyak menumpukan kepada golongan pemerintah iaitu raja atau sultan. Hal ini bersesuaian dengan makna karya tersebut iaitu tentang salasilah atau keturunan raja-raja.72 Tambahan pula pendedahan kehidupan raja itu bertujuan memberi pengajaran kepada pembaca. Di sini, secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengarang menceritakan segala peristiwa sejarah yang berlaku sekaligus menjadikan karya Sulalat us-Salatin sebuah dokumen sejarah yang

70 Menurut Abdul Rahman Haji Ismail yang merumikan MS Raffles No. 18 ada mengatakan kemungkinan sebutan yang sebenar adalah “petuturan” yang membawa maksud salasilah atau keturunan. Lihat Cheah Boon Kheng, hlm. 66.

71 Ibid., hlm. 66.

72 Ibid.

79

berharga. Hujah-hujah yang menyokong bahawa karya itu dikatakan sebagai dokumen sejarah menjadi huraian seterusnya.

Sebagai permulaan akan disentuh terlebih dahulu pengkaji yang benar-benar menyokong dan mengatakan Sulalat us-Salatin sebagai dokumen sejarah.

Bermula dengan tokoh sejarahwan yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Abdullah Zakaria Ghazali. Beliau telah menyebut bahawa Sulalat us-Salatin sebagai sebuah karya Melayu yang cukup agung pada abad ini. Hujahnya adalah karya ini banyak memaparkan pengajaran dengan mengingatkan pembaca supaya menjauhi sikap-sikap yang tidak baik kerana boleh mengundang kepada kehancuran sesebuah kerajaan. Baginya lagi, Sulalat us-Salatin menjelaskan perjalanan pemerintahan sebelum dan semasa menghadapi masalah besar seperti kedatangan penjajah Portugis tahun 1511. Ketegasan beliau mengatakan karya tersebut sebagai dokumen sejarah terserlah apabila beliau menyebut gambaran yang diberikan untuk pengasasan dan kehebatan kerajaan Melaka itu merupakan gambaran yang lengkap dan tidak terdapat pada mana-mana manuskrip Melayu lain kecuali Sulalat us-Salatin sahaja.73

Seorang pengkaji seperti Ali Ahmad yang menulis sebuah karya bertajuk

„Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah‟ ada mengatakan dan mengakui bahawa Sulalat us-Salatin merupakan dokumen sejarah. Beliau berhujah dengan melihat kepada tujuan sebenar Sulalat us-Salatin dikarang. Di awal mukadimah, pengarang memperturun jurai keturunan raja atau sultan yang memerintah.

73 Abdullah Zakaria Ghazali, “Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu: Menjejaki Tahun Berdirinya Kerajaan Melaka di Semenanjung Tanah Melayu),” hlm. 1.

80

Asal-usul raja disentuh dan penerusan pemerintahan oleh setiap sultan dikisahkan secara terperinci. Walaupun judulnya merujuk kepada jurai keturunan raja-raja, tetapi menurut Ali Ahmad jika sekadar memaparkan nama tidak akan memberi sebarang makna. Sebaliknya usaha seorang raja atau sultan itu dalam membentuk dan mengukuhkan kerajaan adalah lebih mustahak. Di sini peranan pengarang disifatkan sebagai jujur dalam meletakkan kisah-kisah sultan74 dan mereka yang berada di bawah pimpinannya dengan baik sekali.

Sifat-sifat sultan75 yang ditonjolkan menunjukkan bahawa Sulalat us-Salatin diyakini sebagai dokumen sejarah dan bukan omongan kosong.

Sulalat us-Salatin dikatakan sebagai dokumen sejarah juga disuarakan oleh seorang pengkaji sejarah seperti Zainal Abidin Wahid. Tidak dinafikan bahawa kegiatan perdagangan telah mengangkat nama Melaka sehingga menjadi sebuah kerajaan yang agung dan unggul. Namun begitu, bagi Zainal Abidin peranan agama Islam juga tidak kurang pentingnya dalam usaha menjulang kedudukan kerajaan tersebut. 76 Kesan kedatangan dan penyebaran Islam menyebabkan pelbagai impak positif seperti berkembangnya sistem tulisan iaitu Jawi. Daripada perkembangan itu, karya Sulalat us-Salatin dapat

74 Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987), hlm. 56.

75Ibid., hlm. 56-57. Ali Ahmad ada menjelaskan secara ringkas sifat-sifat kepimpinan sultan seperti dinamik dan bijak dimiliki oleh Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah mempunyai imej yang baik sebagai sultan dan mempunyai kerajaan yang kuat serta berdaulat.

Sultan Alauddin Ri‟ayat Syah dikatakan mempunyai gaya memerintah yang tersendiri dan Sultan Mahmud sebagai sultan terakhir Melaka menunjukkan kelemahan-kelemahan tertentu yang membawa kepada kehancuran. Semua ini terakam di dalam Sulalat us-Salatin sebagai karya sastera tetapi isinya penuh dengan bukti-bukti sejarah.

76 Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, hlm. 29.

81

dihasilkan. Karya yang telah memuatkan pelbagai cerita dan peristiwa yang berlaku dalam kerajaan Melaka sememangnya tidak boleh dipertikaikan. Jadi, kedatangan Islam yang menyebabkan adanya aktiviti penulisan mengundang kepada lahirnya satu sumber sejarah yang lengkap dan kekal hingga kini sekaligus menjadi bukti yang cukup penting dan utama bagi mendalami sejarah sebuah kerajaan ulung seperti Melaka sebelum tibanya penjajahan Portugis.77

Selain daripada itu Kamaruzzaman Shariff yang merupakan pengkaji bidang sejarah juga ada mengatakan karya Sulalat us-Salatin seperti berikut :

The Sejarah Melayu, commonly known as the Malay Annals, is the most famous distinctive and the best of all Malay literary works. Apart from its literary significance, basing its contents on the stories of rulers their court life and procedures, it can be regarded as an important historical source for the writing of that part of Malaysian history between 1403 till 1511.78

Daripada petikan itu jelas beliau mengatakan bahawa Sulalat us-Salatin itu adalah dokumen atau sumber sejarah yang penting. Hal ini kerana dengan

77 Ibid., hlm. 32-33. Zainal Abidin juga ada menyebut penulisan sejarah memang memainkan peranan utama dalam memberi sumbangan untuk memahami sejarah terutamanya di bahagian Malaysia Barat. Di sini sumbangan manuskrip Melayu seperti Sulalat us-Salatin sangat penting dan amat terkenal sebagai sumber sejarah. Pentingnya karya ini dalam memberi maklumat sejarah khususnya kerajaan Melaka juga dapat dibuktikan dengan tarikan pengkaji seperti Shellabear yang menyalin dan menerbitkan semula karya Sulalat us-Salatin edisi beliau.

Sila lihat Zainal Abidin Abdul Wahid, “Sejarah Melayu,” (tiada tahun terbitan) (Artikel 741), hlm. 1.

78Kamaruzzaman Shariff, “Sejarah Melayu As A Historical Source,” dalam Sejarah Politik Malaysia Dari Kesultanan Melaka hingga 1941 (tiada tahun terbitan), (Artikel 899), hlm. 41.

82 dijadikan tujuan utama penulisan karya agung tersebut.

Sulalat us-Salatin terus diangkat martabat dan kedudukannya bukan sahaja pada mata pengkaji tempatan malah pengkaji dari luar. Buktinya seorang ahli sejarah Asia Tenggara yang terkenal iaitu Hsu Yun Tsiao ada menyebut :

Kedudukan Sejarah Melayu dalam kepustakaan Melayu boleh disamakan dengan Kitab Tawarikh oleh Sze Ma Chien di

83

dijadikan pelajaran dalam setengah-setengah buku teks, Sejarah Melayu ini jugalah satu-satunya buku yang dipergunakan oleh penyusun-penyusun sejarah, ketika menyusun Sejarah Malaya, kebanyakan kesan-kesan dan peristiwa-peristiwanya berdasarkan buku ini.81

Daripada petikan tersebut, jelas dan ternyata Sulalat us-Salatin merupakan karya penulisan Melayu pada zaman dahulu yang mendapat pengiktirafan tinggi sebagai sumber sejarah oleh pengkaji luar dan sekali lagi ditegaskan oleh beliau di dalam penulisannya sebagai satu-satunya kitab sejarah yang terpenting di alam Melayu.82

Terdapat pengkaji lain yang turut menyokong Sulalat us-Salatin sebagai dokumen sejarah. Pengkaji tersebut ialah P. E. Dejosselin De Jong yang merupakan seorang ahli antropologi terkenal. Beliau ada mengkaji Sejarah Melayu dari aspek ciri-cirinya dan mengatakan karya itu selain ditulis untuk menceritakan keabsahan dan keagungan kerajaan Melaka juga berfungsi dalam memberi pengajaran serta panduan untuk dipelajari pada era moden ini.

Pengarang telah menyusun sejarah istana dengan memberi gambaran tentang dinasti iaitu raja, bendahara dan kerajaan secara keseluruhan.83 Beliau juga menyangkal pengkaji yang menolak karya ini sebagai sumber sejarah dan

81 Hsu Yun Tsiao, “Meninjau Sejarah Melayu Dari Segi Nilaian Sejarah,” dalam Sastera Sejarah Interpretasi Dan Penilaian, disunting oleh Zahrah Ibrahim (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), hlm. 37.

82 Ibid., hlm. 54.

83 P. E. Dejosselin De Jong, “Ciri Sejarah Melayu,” dalam Sastera Sejarah Interpretasi Dan Penilaian, disunting oleh Zahrah Ibrahim (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), hlm.

63-64.

84

menyarankan supaya Sulalat us-Salatin perlu dilihat dari kaca mata penulisan tempatan. Hujah beliau dapat dilihat dalam petikan berikut :

...bagi penyusunnya, Melaka itu adalah pusat alam semesta.

Sebagai sebuah negara yang unggul, dengan suatu dinasti yang keabsahannya sempurna dan bertunjang dari zaman purba, segala yang berlaku di sekitar dunia ini harus mempunyai tumpuannya di sini. Dia tidak merakamkan peristiwa-peristiwa yang berlaku ini hanya sebagai hiasan semata-mata, atau akan menambahnya dari suatu pengertian yang dilebih-lebihkan tentang kepentingan Melaka, tetapi didorong oleh pandangannya terhadap dunia ini. Tambahnya lagi “sejarah” bermakna rakaman apa yang dianggap bernilai oleh suatu zaman yang harus dicatatkan dalam zaman yang lain, dan bagi penyusun Sejarah Melayu, apa yang bernilai dicatatkan itu ialah mengenai Melaka.84

Jelaslah, pengkaji yang mendakwa karya agung Sulalat us-Salatin sekadar mitos atau hanya berunsur sastera perlu memandang semula dari perspektif yang berbeza kerana pengarangnya cuba menceritakan situasi yang berlaku di zamannya mengikut kaca mata mereka ketika itu. Jadi, karya ini berfungsi sebagai bahan bukti dan harus dikategorikan sebagai dokumen sejarah.

Pendapat De Jong itu ada asasnya dan mendapat sokongan daripada Sanusi Samid iaitu seorang pengkaji dari Singapura yang berbangsa Tiong-hua.

Beliau banyak melakukan kajian tentang karya-karya sejarah bangsa Melayu termasuklah Sulalat us-Salatin. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pengkaji yang memandang karya ini sebagai sastera sejarah.

Sebaliknya beliau cenderung untuk meletakkan Sulalat us-Salatin sebagai

84 Ibid., hlm. 57.

85

dokumen sejarah. 85 Sungguhpun diakui ada kecatatan di sana sini dan unsur mitos, tetapi seorang pengkaji harus melihatnya dari sudut sejarah. Baginya karya agung itu merupakan satu sumber sejarah yang amat berguna untuk menulis dan mengetahui sejarah Melaka sekitar tahun 1400 hingga 1511.

Banyak peristiwa sejarah sebenar ditonjolkan terutama sejarah raja-raja Melaka, hubungan diplomasi, kedatangan penjajah86 dan sebagainya. Jadi, karya tersebut wajar disebut sebagai dokumen sejarah dan bukan karya sastera bercorak sejarah.

Huraian tadi menunjukkan bahawa Sulalat us-Salatin disebut sebagai dokumen sejarah oleh ramai pengkaji dan mereka telah mengemukakan hujah masing-masing untuk membuktikannya. Namun begitu, ada pengkaji terutamanya dari Barat enggan mengakui Sulalat us-Salatin sebagai sebuah dokumen sejarah sebaliknya gemar mengatakan karya itu bersifat sastera dan hanya mengandungi unsur mitos dan lagenda sahaja. Seterusnya kajian ini akan mengupas pandangan mereka yang tidak bersetuju itu secara ringkas dan alasan yang mereka nyatakan.

Antara pengkaji yang menyebut Sulalat us-Salatin sebagai karya sastera yang penuh dengan mitos adalah seperti J. Crawfurd, J. C. Bottoms,87

85 Sanusi bin Samid, “Sejarah Melayu Sebagai Satu Sumber Sejarah,” dalam Sastera Sejarah Interpretasi Dan Penilaian, disunting oleh Zahrah Ibrahim (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), hlm. 65.

86 Ibid., hlm. 66-69.

87 Kedua-dua pengkaji itu disebut oleh Siti Hawa Haji Salleh menerusi tulisan “Naskhah Melayu Berunsur Sejarah (Kerajaan Melayu),” dalam Kesultanan Melayu, diselenggara oleh

86

Wilkinson,88 R. O. Winstedt,89 dan R. Roolvink.90 Rata-rata mereka berpandangan sama dan tidak dapat menerima Sulalat us-Salatin sebagai dokumen sejarah.

Hujah mereka berasaskan kepada ciri-ciri yang harus dipenuhi dalam penulisan sejarah seperti bersifat objektif, berunsur kemanusiaan, rasional91 serta soal pentarikhan yang cukup penting. Sulalat us-Salatin gagal memenuhi ciri-ciri tersebut dan dakwa mereka lagi karya itu banyak menunjukkan ciri-ciri karangan yang cenderung berbentuk sastera. Ciri-ciri tersebut ialah :

1) Ketiadaan aspek pentarikhan yang konkrit;

Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006), hlm. 26.

J. C. Bottoms ada mengatakan sejarah bagi orang Melayu cumalah alat hiburan, jadi penulis-penulis sastera yang berbentuk sejarah tidak mengutamakan penyusunan fakta yang konkrit.

Dengan pandangan sebegini, beliau terus melabel Sulalat us-Salatin yang merupakan salah satu penulisan di alam Melayu sebagai sastera sejarah yang penuh dengan lagenda, fantasi, cerita istana, pelabuhan dan kesemuanya itu dianggap merepek. Sila lihat Muhammad Yusoff Hashim dan Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu (Edisi Shellabear) : Persepsi Sejarah dan Kesusasteraan (Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd., 1994), hlm. 24.

88 Sila rujuk Roland Bradell, The Study of Ancient Times in the Malay Peninsula and Straits of Malacca (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS Reprint No. 7, 1980), hlm. 69. Di sini ada mengetengahkan pandangan Wilkinson yang menyatakan bahawa Sejarah Melayu itu padat dengan cerita dongeng dan lagenda yang berkaitan dengan golongan istana.

89 Winstedt ada menyebut Sejarah Melayu seperti berikut : This work, commonly known as The Malay Annals, is the most famous, distinctive and best of all Malay literary works.

Baginya karya tersebut terkenal tetapi hanya sebagai karya berbentuk sastera dan terpengaruh dengan pelbagai unsur sastera dari luar seperti India. Sila rujuk R. O. Winstedt, A History Of Malay Literature (Singapore: Royal Asiatic Society of Great Britain & Ireland Malayan Branch, 1940) hlm. 106-109.

90 R. Roolvink, “The Variant Versions Of The Malay Annals,” dalam Sejarah Melayu or Malay Annals, xx. Dalam tulisannya, beliau ada menyebut Sejarah Melayu seperti berikut : The Malay Annals or Sejarah Melayu as we know it today is primarily a book of tales and anecdotes of the past and not so much a historical work, although it contains a wealth of historical material. (Roolvink ini merupakan pengkaji sastera Indonesia menurut sumber Khoo Kay Kim, Melaka Dan Sejarahnya (Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia, 1982), hlm. 5.

91 Muhammad Yusoff Hashim dan Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu (Edisi Shellabear) : Persepsi Sejarah dan Kesusasteraan, hlm. 22. Ciri-ciri itu dinyatakan oleh R. G. Collingwood menerusi The Idea of History dan diulas oleh Muhammad Yusoff Hashim dan Abdul Rahman Kaeh.

87

2) Pelambakkan cerita-cerita mitos dan dongeng;

3) Penceritaan peristiwa-peristiwa yang tidak dapat dipertanggungjawabkan;

4) Turutan peristiwa, tokoh-tokoh, dan hal-hal lain yang tidak tersusun dan tidak teratur92

Mereka juga menambah dengan mengatakan Sulalat us-Salatin wajar diletakkan atau sama kedudukannya dengan karangan sebuah hikayat. Pendapat mereka itu tidak berasas kerana penulisan hikayat tidak memaparkan jurai keturunan raja-raja.93 Sebaliknya soal raja atau sultan sangat ditekankan dalam Sulalat us-Salatin.

Pendapat para pengkaji Barat yang enggan menerima Sulalat us-Salatin sebagai dokumen sejarah dari satu segi boleh diterima dan berasas jika karya agung itu dihasilkan pada masa kini dan sezaman dengan pengkaji-pengkaji tersebut. Mereka boleh menilainya dengan menggunakan pendekatan moden dan terus melabel Sulalat us-Salatin bukan dokumen sejarah. Hakikatnya hal demikian tidak berlaku dan Sulalat us-Salatin bukan karya moden. Perbezaan masa dan tindakan menyamakan atau membandingkan94 karya sejarah zaman terkemudian dengan zaman tradisional memang tidak wajar dilakukan dan satu tindakan yang kurang bijak. Jika terus dilihat dan dikaji berdasarkan penulisan

92 Siti Hawa Haji Salleh, “Naskhah Melayu Berunsur Sejarah (Kerajaan Melayu),” hlm.

21.

93 Ibid., hlm. 38.

94 Muhammad Yusoff Hashim dan Abdul Rahman Kaeh, hlm. 22-23.

88

sejarah moden, sudah pasti akan menampakkan banyak kekurangan dan kelemahan pada karangan atau penulisan yang terdahulu.

Pandangan pengkaji Barat yang tidak menggelarkan Sulalat us-Salatin sebuah dokumen sejarah juga berpunca daripada sudut pandangan dunia (worldview) yang berbeza. Mereka seharusnya sedar dan mengkaji Sulalat us-Salatin berdasarkan kaca mata masyarakat dan tradisi penulisan tempatan.

Bukannya mengkaji dari sudut budaya dan gaya penulisan Barat. Hal ini ada diperkatakan oleh Siti Hawa Haji Saleh. Beliau mengatakan kebanyakan gaya penulisan karya di alam Melayu mempunyai banyak persamaan seperti Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lain. Segala fakta-fakta sejarah dan unsur-unsur mitos yang dikemukakan sebenarnya sudah menjadi kelaziman dan diterima oleh masyarakat setempat dan sezaman sebagai satu realiti yang berlaku.95 Unsur mitos yang diguna juga bersebab iaitu untuk mengangkat martabat golongan pemerintah96 dan bukan bertujuan suka-suka atau hiburan.

Jadi, pengkaji Barat perlu menerima budaya tempatan yang sebegini dan tidak boleh menolak bulat-bulat mengikut kaca mata mereka.

Sungguhpun pengkaji Barat menafikan Sulalat us-Salatin sebagai dokumen sejarah, tetapi jika diteliti semula mereka tetap menjadikan karya itu sebagai sumber untuk mengetahui sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan

95 Siti Hawa Haji Saleh, “Hikayat Merong Mahawangsa: Antara Metos Dan Realiti,” dalam Konvensyen Sejarah Negeri Kedah (Alor Setar,1981), hlm. 1.

96 Siti Hawa Haji Salleh, “Naskhah Melayu Berunsur Sejarah (Kerajaan Melayu),” hlm.

45.

89

menjadikannya sebagai sumber terpenting. Hal ini diakui oleh Roolvink yang mengatakan seperti berikut :

Since it was published the Sejarah Melayu has rightly been considered the most important Malay historical work.97

Selain Roolvink, Winstedt yang sekeras-kerasnya mengatakan Sulalat us-Salatin tidak lebih sekadar karya sastera yang terkenal juga telah menjadikan penulisan itu asas untuk beliau bersungguh-sungguh melakukan kegiatan penyalinan salah satu edisi Sulalat us-Salatin iaitu MS Raffles No. 18.

Percubaannya itu dikatakan sebagai satu langkah yang berani dan bererti dalam penulisan karya sejarah.98

Jadi, dapatlah dikatakan bahawa walaupun pengkaji Barat menyangkal Sulalat us-Salatin sebagai sebuah dokumen sejarah, tetapi keadaan bertukar sebaliknya dengan tindakan mereka yang menjadikan karya itu sebagai rujukan atau sumber sejarah terpenting untuk mengetahui tentang Melaka. Pendapat-pendapat pengkaji tempatan yang sememangnya menyokong karya itu sebagai sebuah dokumen sejarah jelas dapat dilihat melalui hujah-hujah yang mereka lontarkan. Kesannya, karya itu telah mendapat pengiktirafan dari ramai pengkaji termasuk dalam dan luar. Mereka telah mengakui Sulalat us-Salatin banyak memberi sumbangan yang besar terhadap bidang sejarah Kesultanan

97 R. Roolvink, “The Variant Versions Of The Malay Annals,” hlm. xv.

98 Cheah Boon Kheng, hlm. 8.

90

Melayu Melaka dan Tanah Melayu amnya sekaligus mengangkat karya tersebut menjadi magnum-opus sejarah tradisional Melaka.99

Penulisan yang lahir daripada tradisi keintelektualan Melayu daripada golongan istana dan menyentuh banyak perihal istana juga telah menyebabkan ramai pengkaji moden, Barat dan tempatan menganggapnya sebagai par excellence.100 Perkara tersebut menjadi dorongan utama penyelidik untuk menggunakan Sulalat us-Salatin yang telah diakui sebagai dokumen sejarah menjadi fokus dalam kajian. Lebih menarik karya ini mengetengahkan :

Every Sultan was regarded as brave, good-looking, courageous, affectionate, so that when one reads the Sejarah Melayu one tends to have the impression that the Malacca Sultanate was attributed with the best administration, best rulers, peace and prosperity. Therefore the expected theme would be the

“greatness of Malacca over all others.101

Daripada petikan jelas disebut tentang sifat-sifat kepimpinan sultan Melaka yang telah menjadikan kerajaan dan pimpinannya adalah yang terbaik dalam sejarah.

Jadi, atas sebab yang menarik itulah kajian ini menggunakan salah satu versi Sulalat us-Salatin yang telah diakui sebagai dokumen sejarah iaitu edisi rumi Abdul Rahman Haji Ismail yang disusun oleh Cheah Boon Kheng untuk

99 Muhammad Yusoff Hashim, Islam Dalam Sejarah Perundangan Melaka Di Abad Ke-15/16 (Tiada sumber penerbit, 1900), hlm. 3.

100 Noriah Taslim, “Sejarah Melayu Dalam Tuhfat al-Nafis : Sikap Raja Ali Haji Terhadap Warisan Tradisi,” dalam Jurnal Ilmu Kemanusiaan, Jil. 4 (Oktober 1997), hlm. 54.

101 Kamaruzzaman Shariff, hlm. 45.

91

menilai sifat kepimpinan sultan yang dianggap hebat dalam kerajaan Melayu Melaka. Teori ketua negara sempurna al-Farabi diguna untuk melihat sejauh mana kebenaran tentang kehebatan sifat kepimpinan sultan Melaka seperti yang terkandung dalam karya agung itu. Walau bagaimanapun, kupasan lebih lanjut hanya akan dibuat dalam bab analisis. Seterusnya dengan menggunakan edisi

menilai sifat kepimpinan sultan yang dianggap hebat dalam kerajaan Melayu Melaka. Teori ketua negara sempurna al-Farabi diguna untuk melihat sejauh mana kebenaran tentang kehebatan sifat kepimpinan sultan Melaka seperti yang terkandung dalam karya agung itu. Walau bagaimanapun, kupasan lebih lanjut hanya akan dibuat dalam bab analisis. Seterusnya dengan menggunakan edisi