KONSEP PENGAWALAN HALAL HARAM MAKANAN MENURUT PERSPEKTIF PERUNDANGAN ISLAM
2.2 Konsep Halal Haram Makanan Menurut Perspektif Islam
2.2.6 Sumber Dan Jenis Makanan Halal Haram Dalam Islam
Sumber-sumber bahan yang menjadi makanan kepada manusia boleh dikategorikan kepada dua bahagian, iaitu makanan dari sumber haiwan dan sumber tumbuh-tumbuhan. Walau bagaimanapun, pecahan bahagian ini mempunyai huraian yang luas dalam memastikan makanan tersebut adalah halal berdasarkan kepada syariat Islam. Sumber-sumber ini adalah berasaskan kepada al-Quran dan hadith yang mana ianya terkandung hikmah dalam memastikan manusia beroleh manfaat daripadanya.
i. Tumbuh-Tumbuhan
Semua jenis tumbuh-tumbuhan adalah halal untuk dimakan sama ada yang berada di darat atau yang berada di dalam air144 serta boleh dimakan buah, daun, batang dan akarnya kecuali sekiranya terdapat najis, kekotoran, membahaya kepada akal atau tubuh badan dan memabukkan145 maka tidak halal dimakan.146 Allah S.W.T berfirman berkenaan dengan tumbuh-tumbuhan iaitu:
144 Lokman Ab. Rahman (1999), Halal dan Kepenggunaan. Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), h. 23
145 Al-Imam Malik bin Anas (2007), Al-Fiqh al-Maliki fi Thawbih al-Jadid, j. 7, c. 2. Damsyik: Dar al-Qalam, h. 153.
146 Wahbah Zuhayli (1985), Al-Fiqh Islami wa Adillatuh, j.3, c. 2. Damsyik: Dar Fikr li al-Tiba`ah wa al-Tawzi` wa al-Nashr, h. 506.
67
“Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar, dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman yang berlainan bentuk rupa dan rasanya. Dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan warna dan daunnya dan tidak bersamaan rasanya. Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya. Dan janganlah kamu melampau-lampau (pada apa-apa jua yang kamu makan dan belanjakan). Sesungguhnya Allah S.W.T tidak suka kepada orang-orang yang melampau-lampau”
Surah al-An`am (6): 141
“Dan tidakkah mereka tidak mahu taat dan bersyukur itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri. Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)”
Surah al-Sajdah (32): 27
Di dalam ayat ini menjelaskan bahawa Allah S.W.T telah mengharuskan dan menghalalkan kepada manusia makanan daripada sumber tumbuhan-tumbuhan. Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan yang merosakkan kehidupan seperti ganja
atau candu adalah dilarang, begitu juga hasil buah-buahan yang diproses untuk dijadikan arak atau minuman yang memabukkan maka hukumnya haram.147
Jika dilihat dalam hal tumbuh-tumbuhan ini, Allah S.W.T telah menjadikan pelbagai buah-buahan yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith untuk dimakan oleh manusia seperti buah kurma, anggur, zaitun, delima, timun, bawang putih, bawang merah dan sebagainya yang mana kesemuanya mempunyai khasiat yang tersendiri berdasarkan perspektif sains.148
Akar-akar kayu dan daun-daun pada tumbuh-tumbuhan juga mempunyai beberapa khasiat yang dikaji menurut sains kesihatan untuk kebaikan manusia, dan dalam hal ini, hikmah kejadian tumbuh-tumbuhan amatlah luas yang memberi manusia salah satu sumber makanan untuk memberi kekuatan dalam melaksanakan kewajiban-kewajiban agama149 dan amal seharian.
ii. Haiwan
Haiwan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu haiwan air dan haiwan darat,150 di samping kategori karnivor, herbivor dan omnivor.151 Berkenaan
147
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2000), op.cit., h. 21. 148 Abdul Basith Muhammad As-Sayyid (2009), op.cit., h. 123. 149
Wahbah al-Zuhayli (1985), op.cit., h. 505. 150 Ibid., h. 507.
151“Karnivor” adalah haiwan yang memakan daging sebagai sumber makanan utamanya seperti harimau. “Herbivor” adalah haiwan binatang yang makan tumbuh-tumbuhan sahaja. “Omnivor” adalah organisma yang memakan haiwan dan juga tumbuhan seperti manusia.; Lihat juga Noresah Baharom (ed.) (2007), op.cit., h. 679, 528 & 1097.
69 dengan pembahagian haiwan juga terdapat tiga bahagian yang dibahagikan kepada kehalalan dan keharamannya, iaitu:
a. Haiwan yang tidak boleh dimakan secara jelas dan tidak halal sama ada menjadi bangkai atau disembelih menurut hukum syarak seperti khinzir. b. Haiwan yang halal dimakan dengan syarat disembelih menurut syariat dan
bukannya menjadi bangkai.
c. Haiwan yang boleh dimakan bangkainya seperti ikan dan belalang.152
Maka dalam hal ini, kita akan melihat kepada dua kategori utama haiwan yang disebutkan, iaitu haiwan air dan haiwan darat yang bersangkutan soal halal haram dan melihat kepada hukumnya secara ringkas berdasarkan kepada pandangan fiqh berlandaskan kepada al-Quran dan hadith.
a. Haiwan Air
Haiwan yang hidup di dalam air adalah halal dimakan oleh manusia, perkara ini diterangkan di dalam al-Quran yang mana Allah S.W.T berfirman:
“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran”
152
Taqi al-Din Abi Bakr bin Muhammad al-Husayni (2001), Kifayah Akhyar fi Halli Ghayah
Surah al-Maidah (5):96
Di dalam ayat ini Allah S.W.T telah memudahkan manusia dengan memberikan kelapangan dalam mencari rezeki yang halal termasuklah mendapatkan haiwan-haiwan air untuk dimakan. Halal dalam hal ini adalah halal menangkapnya dan memakannya dengan syarat hendaklah haiwan itu mati terlebih dahulu dan bukan dalam keadaan hidup dimakannya kerana hukumnya adalah haram menyiksa haiwan.153
Pengertian istilah laut di dalam ayat ini bukanlah tertumpu kepada haiwan laut sahaja yang halal dimakan tetapi adalah haiwan air yang termasuk berada di sungai, kolam, danau, paya dan sebagainya. Rasulullah S.A.W juga menyatakan berkenaan dengan haiwan laut ini iaitu:
“Ia adalah bersih airnya yang halal bangkainya”154
(Riwayat Abu Dawud)
Di dalam hadith ini Rasulullah S.A.W jelas menyatakan bahawa apa-apa sahaja yang menjadi bangkai haiwan yang hidup di dalam air adalah halal dimakan155 seperti ikan,156 sotong, udang dan lain-lain dengan syarat dibersihkan
153 Ibid. 154
Abi Dawud Sulayman bin Ash`ath Sajastani (1423H), Sunan Abi Dawud, “Kitab
al-Taharah”. no. Hadith 83. Riyad: Maktbah al-Ma`arif li al-Nashr wa al-Tawzi`, h. 20.
155 Al-Shaykh Shams al-Din Muhammad bin Al-Khatib al-Shirbini (1997), Mughni al-Muhtaj ila
71 darah dan kotoran serta najisnya dahulu.157 Hadith ini adalah hadith khusus berkenaan dengan bangkai haiwan air sahaja dan tidak termasuk haiwan darat yang jelas keharamannya di dalam al-Quran.158
Haiwan-haiwan air yang beracun dan tidak bersih (khaba’ith) adalah haram dimakan,159 manakala haiwan yang hidup dua alam mempunyai perselisihan, tetapi sebahagian ulama menyatakannya adalah haram seperti ketam batu dan katak 160 yang mana Rasulullah S.A.W melarang membunuh katak dengan pentafsiran bahawa katak adalah haram dimakan.161
b. Haiwan Darat
Haiwan darat menurut Islam adalah halal dimakan seperti haiwan-haiwan ternakan yang mana disebutkan di dalam al-Quran bahawa haiwan ternakan ada yang dijadikan haiwan sembelihan untuk dimakan.162 Terdapat haiwan-haiwan yang haram dimakan yang jelas disebutkan pengharamannya di dalam al-Quran seperti bangkai binatang, darah binatang, daging babi, binatang yang disembelih bukan kerana Allah S.W.T, haiwan yang mati tercekik, mati dipukul, mati yang jatuh dari
Ibrahim Nuckcheddy (1999), Legitimacy of Consuming Sea Foods. Kuala Lumpur: Al-Hilal Publishing, h. 48.
156 Berkenaan dengan bangkai ikan telah disepakati oleh ulama bahawa ianya adalah halal sepenuhnya kerana Rasulullah S.A.W telah menyatakan bahawa bangkai ikan dan belalang adalah halal.; Lihat juga Taqi al-Din Abi Bakr bin Muhammad al-Husayni (2001), op.cit.
157 Ibid.
158 Al-Maidah (5): 3.
159 Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2000), op.cit., h. 22. 160
Taqi al-Din Abi Bakr bin Muhammad al-Husayni (2001), op.cit., h. 695.
161 Wahbah al-Zuhayli (1985), op.cit., h. 507.; Lihat juga Mohammad Ibrahim Nuckcheddy (1999),
op.cit., h. 45.
tempat yang tinggi, mati ditanduk, mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat disembelih dalam keadaan masih hidup.163
Walau bagaimanapun, terdapat juga haiwan-haiwan yang haram menurut fuqaha’ berdasarkan kepada alasan berpandukan kepada syariat. Binatang buas yang bertaring yang digunakan untuk mencakar dan membunuh seperti serigala164 harimau, singa dan sebagainya disepakati adalah haram oleh jumhur165 berdasarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W: