• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Dalam dokumen PENGARUH KEGANASAN DALAM MEDIA TERHADAP (Halaman 53-56)

TINJAUAN LITERATUR

2.3 Teori-Teori Berkaitan Pembelajaran Keganasan

2.3.1 Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Manusia sentiasa mencari cara yang mudah dan senang untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan. Adakalanya adalah lebih senang mempelajari sesuatu dengan cara melihat apa orang buat iaitu dengan cara meniru. Satu daripada kajian awal yang melihat kepada perkara ini telah dilakukan oleh Bandura (1965 dan 1973). Beliau ingin tahu apakah kanak-kanak boleh mempelajari tingkah laku agresif dengan hanya melihat orang lain bertingkah laku agresif.

Dalam kajian tersebut, Bandura (1973) mengumpulkan beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan, dan menayangkan filem yang mempunyai tingkah laku agresif. Kanak-kanak tersebut dipecahkan kepada tiga kumpulan berasingan. Kumpulan pertama melihat aksi individu yang bertingkah laku agresif dan selepas bertingkah laku demikian, dia mendapat ganjaran. Kumpulan kedua juga melihat rakaman aksi individu yang bertingkah laku agresif tetapi individu ini kemudian dihukum kerana perbuatannya. Kumpulan ketiga hanya melihat rakaman aksi-aksi agresif tanpa melihat pelakon itu mendapat ganjaran atau hukuman. Hasil daripada kajian itu, beliau dapati kesemua kanak-kanak meniru tingkah laku agresif tetapi kekerapan tingkah laku aggresif yang dilakukan oleh kumpulan dua berkurangan berbanding dengan kumpulan satu dan tiga. Tetapi apabila mereka bertingkah laku agresif dan kemudiannya diberi ganjaran kerana berkelakuan sedemikian, Bandura (1973) dapati yang kekerapan bagi semua kumpulan meningkat dengan kadar yang tinggi.

Kesimpulannya mengapakah kita harus meniru untuk mempelajari sesuatu tingkah laku boleh dibahagikan kepada tiga perkara iaitu;

1. Melalui cara meniru kita mengambil contoh bagaimana tingkah laku itu dapat dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Kita tidak perlu membayangkan bagaimana ia harus dilakukan.

2. Meniru merupakan jalan terdekat untuk kita mempelajari sesuatu. Sesuatu tingkah laku akan lebih mudah dipelajari cara-caranya dengan memerhati contoh- contoh bagaimana ia perlu dilakukan daripada membaca arahanarahan tertentu dalam buku-buku panduan.

3. Dengan cara meniru melalui pemerhatian, kita mengelakkan kegagalan yang mungkin timbul hasil daripada proses cuba jaya. Kita tahu dan dapat lihat di mana kesilapan berlaku dan ini boleh dielakkan dengan serta merta.

Peniruan (modeling) merupakan teknik modifikasi tingkah laku yang

melibatkan pemerhatian ke atas tingkah laku orang lain yang dinamakan model dan meniru perbuatan tersebut. Bandura (1973) tidak menafikan kepentingan aspek peneguhan dalam mempengaruhi tingkah laku, tetapi beliau tidak bersetuju jika tingkah laku boleh dipelajari hanya melalui peneguhan secara langsung. Bandura (1973) telah menjalan satu kajian di mana beberapa orang kanak-kanak prasekolah telah ditunjukkan adegan seorang dewasa yang memukul patung bernama Bobo. Kemudian, apabila kanak-kanak tadi dibiarkan bersendirian dengan patung tadi, mereka telah memukul patung tersebut sebagai mana telah dilakukan oleh orang dewasa tadi. Kadar tingkah laku agresif yang ditunjukkan adalah sama, sama ada dilihat secara langsung, menonton televisyen atau watak- watak dalam filem.

Dalam satu kajian lain, Bandura (1973) membuat perbandingan antara tingkah laku ibu bapa yang mempunyai anak yang agresif dan anak yang terkawal. Teori Bandura mengatakan bahawa tingkah laku anak sepatutnya selari dengan tingkah laku ibu bapa. Kajian tersebut mendapati ibu bapa yang mempunyai anak yang terkawal terdiri daripada ibu bapa yang tidak agresif dan

boleh mengawal tingkah laku mereka, manakala ibu bapa yang mempunyai anak yang agresif adalah terdiri daripada mereka yang juga bersikap agresif.

Verbal modeling’ juga boleh melahirkan tingkah laku tertentu selagi ia

disertakan dengan penerangan yang difahami. Dengan kata lain, verbal modeling

melibatkan arahan atau kaedah yang selalu digunakan dalam proses pengajaran untuk mendapat kemahiran tertentu seperti memandu kereta. Ia biasanya disertai dengan demonstrasi, seperti pelatih dalam latihan memandu kereta yang menjadi model dalam menunjukkan cara-cara memandu kereta yang betul.

Bandura (1973) percaya kebanyakan tingkah laku manusia, sama ada baik atau buruk, normal atau tidak normal, dipelajari dengan meniru tingkah laku orang lain. Dari bayi bermula dengan ibu bapa sebagai model, manusia belajar bahasa dan bergaul dengan cara yang diterima oleh budaya masyarakat. Bandura mendapati 3 faktor yang mempengaruhi peniruan tingkah laku iaitu;

1. Karektor model. 2. Karektor pemerhati

3. Kesan atau ganjaran ke atas perbuatan.

Ciri-ciri yang ada pada model mempengaruhi kecenderungan untuk meniru perbuatannya. Dalam kehidupan, kita lebih cenderung dipengaruhi oleh seseorang yang penampilannya seperti kita daripada oleh seseorang yang menampilkan perbezaan yang ketara dengan kita. Dalam kajiannya, Bandura (1973) mendapati kadar peniruan tingkah laku berkurangan jika ciri-ciri persamaan antara kanak- kanak dan model kurang. Terdapat kadar peniruan tingkah laku yang tinggi jika model adalah organisma yang hidup daripada watak kartun dalam televisyen. Usia dan jantina model juga memainkan peranan dalam peniruan tingkah laku. Bandura mendapati manusia lebih cenderung meniru model yang sama jantina dengannya. Umur juga mempengaruhi peniruan tingkah laku seseorang, contohnya, remaja didapati mudah terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya. Status dan pangkat juga penting dalam mempengaruhi tingkah laku. Didapati bahawa pejalan kaki lebih cenderung untuk menyeberangi jalan raya pada masa lampu hijau. Kebanyakan pelaku ini adalah yang berpakaian mahal, bergaya dan kemas. Ini berbeza dengan orang yang berpakaian lusuh dan kotor yang lebih suka melintas

tanpa mengira keadaan. Iklan ditelevisyen sangat berkesan dalam mempamerkan status yang tinggi, ahli sukan terkenal, pelakon yang glamor dan sebagainya supaya penonton membeli produk yang diiklankan. Jenis tingkah laku yang ditunjukkan oleh model juga memainkan peranan apabila tingkah laku yang kompleks agak lambat ditiru jika dibandingkan dengan perbuatan yang mudah. Tindakan yang agresif lebih cenderung ditiru, terutama oleh kanak-kanak dan

remaja. Sifat semulajadi pemerhati menentukan keberkesanan ‘observational

learning’. Individu yang kurang keyakinan dan mempunyai konsep kendiri yang rendah lebih cenderung meniru tingkah laku model. Begitu juga jika tindakan meniru perbuatan tertentu diberi ganjaran atau mendapat kesan yang positif, lebih cenderung dipengaruhi oleh tingkah laku model, seperti seorang kanak-kanak yang menunjukkan kelakuan seperti adik-beradiknya yang lebih tua dan diberi pujian oleh ibu bapa mereka.

Dalam dokumen PENGARUH KEGANASAN DALAM MEDIA TERHADAP (Halaman 53-56)

Dokumen terkait