• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN SEKTOR TEKNOLOGI TERDIRI DARIPADA BEBERAPA a) Sektor Kejuruteraan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAHAGIAN SEKTOR TEKNOLOGI TERDIRI DARIPADA BEBERAPA a) Sektor Kejuruteraan"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

C

C

C

h

h

h

a

a

a

p

p

p

tt

t

e

e

e

rr

r

9

9

9

::

:

I

II

N

N

N

T

T

T

E

E

E

G

G

G

R

R

R

A

A

A

S

S

S

A

A

A

II

I

T

T

T

E

E

E

K

K

K

N

N

N

O

O

O

L

L

L

O

O

O

G

G

G

II

I

D

D

D

A

A

A

L

L

L

A

A

A

M

M

M

S

S

S

E

E

E

K

K

K

O

O

O

L

L

L

A

A

A

H

H

H

9.1 MUKADIMAH

Bab ini membincangkan integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi. Fokus adalah pada menentukan integrasi teknologi, perbincangan mengenai faedah menggunakan teknologi dalam pengajaran, garis panduan untuk menentukan tahap integrasi teknologi dan proses perancangan bagi integrasi teknologi.

Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:

 Menerangkan maksud integrasi teknologi dalam sekolah

 Mengenal pasti kepentingan integrasi teknologi

 Membincang standard teknologi untuk guru dan murid

 Nyatakan ciri-ciri pelan integrasi teknologi dalam sekolah

 Menjelaskan fungsi Bahagaian Teknologi Pendidikan, Jabatan Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru

 Membincang peranan EduWebTV

RINGKASAN BAB

9.1 Mukadimah

9.2 Apakah integrasi teknologi? 9.3 Mengapakah integrasi teknologi?

9.4 Sebab penggunaan teknologi Dalam bilik darjah

9.5 Standards teknologi untuk guru 9.6 Standard teknologi untuk murid 9.7 Bahagian Teknologi Pendidikan

9.8 Jabatan Teknologi Pendidikan Negeri

9.9 Pusat Kegiatan Guru 9.10 EduWebTV

(2)

9.2 Apakah Integrasi Teknologi dalam Sekolah?

1. Integrasi teknologi melibatkan penerapan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran bilik darjah. Teknologi digunakan untuk membantu guru dan murid mendapatkan maklumat yang tepat pada masanya, menganalisis dan mensintesis maklumat. [International Society for Technology in Education, ISTE, 2009].

 Integrasi teknologi ditakrifkan sebagai penggunaan teknologi dalam rutin harian, kerja, dan pengurusan sekolah. Sumber-sumber komputer terdiri daripada perisian khusus, sistem komunikasi berasaskan rangkaian, dan peralatan lain dan infrastruktur. [National Forum on Education Statistics, Forum Unified Education Technology Suite, 2005].

 Integrasi teknologi ialah penggunaan sumber teknologi seperti komputer, kamera digital, CD-ROM, perisian aplikasi, Internet, dan lain-lain dalam amalan harian bilik darjah, dan dalam pengurusan sekolah. Integrasi teknologi dicapai apabila penggunaan teknologi adalah rutin dan telus. Integrasi teknologi dicapai apabila seorang kanak-kanak atau guru tidak berhenti untuk berfikir bahawa dia menggunakan komputer atau menyelidik melalui Internet [Edutopia: What Works in Public Education. The George Lucas Educational Foundation, 2009].

Berdasarkan ini TIGA definisi di atas, terdapat beberapa persetujuan bahawa integrasi teknologi di sekolah-sekolah adalah usaha yang dibuat untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah.

Teknologi digunakan untuk menyokong pencapaian matlamat kurikulum dan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran mereka secara berkesan. Integrasi teknologi adalah satu proses yang berterusan dan sentiasa berubah. Penerimaan perubahan adalah keperluan utama bagi integrasi teknologi dan perubahan tidak selalunya mudah. Reaksi awal manusia ialah untuk menentang perubahan tetapi perubahan tidak dapat dielakkan.

(3)

9.3 Integrasi Teknologi Merentasi Kurikulum

Teknologi adalah di sekeliling kita, menyentuh hampir setiap aspek daripada kehidupan kita, masyarakat kita dan rumah kita. Kemahiran teknologi adalah penting untuk masa depan pendidikan. Menurut Marc Prensky (2005), pelajar hari ini; yang dipanggil “digital natives” (atau “pribumi digital‟) telah menguasai segala peralatan teknologi dan arif menggunakan blog, wiki, podcast, video dan sebagainya. Komunikasi dilakukan blog, twitter, e-mail, wiki dan sebagainya. Penggunaan teknologi faktor utama yang memacu ekonomi global (Anderson,

2006). Peralatan teknologi dan internet mewujudkan budaya berkongsi maklumat dan pengalaman yang membawa manusia kepada Zaman Maklumat.

Bagaimana pun kebanyakan sekolah jauh ketinggalan dalam mengintegrasikan teknologi ke dalam bilik darjah (Lihat Rajah 9.3). Ramai guru sedang bermula meneroka potensi teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran. Jika digunakan dengan betul, teknologi dapat membantu pelajar memperoleh kemahiran yang mereka perlukan untuk terus maju dalam kehidupan yang kian kompleks; iaitu dalam ekonomi teknologi tinggi yang berasaskan pengetahuan. Sebagaimana yang ditakrifkan sebelum ini, mengintegrasikan teknologi ke

dalam pengajaran lebih daripada mengajar kemahiran menggunakan komputer dan perisian-perisian.

Khususnya, teknologi harus menyokong empat komponen utama pembelajaran:

 penglibatan secara aktif dalam pengajaran & pembelajaran,

 penyertaan dalam kerja kumpulan,

 berinteraksi dengan lebih kerap & menerima maklum balas,

 disambungkan kepada pakar-pakar dunia sebenar.

Integrasi teknologi yang berkesan dicapai apabila penggunaan teknologi adalah rutin dan telus dan membantu pencapaian matlamat sesuatu kurikulum.

Rajah 9.2 “Digital native”

(4)

Ramai orang mempercayai kaedah projek berasaskan teknologi akan menjadi kaedah utama dalam pembelajaran di bilik darjah. Pembelajaran melalui projek yang berbantu teknologi membolehkan pelajar akan dicabar secara intelektual di samping menyediakan mereka dengan gambaran yang realistik apa yang kelihatan seperti tempat kerja moden. Melalui projek, kemahiran penyelesaian masalah, analisis dan sintesis dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar.

Sumber maklumat yang begitu banyak yang terdapat atas talian terdiri daripada pelbagai bahan pembelajaran yang menarik dan terkini. Juga internet merupakan saluran berkesan untuk menghubungkan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan pelajar dengan pakar,

Teknologi secara tak langsung akan mengubah cara kita mengajar. Pemikiran visual akan menjadi cara berkesan mengajar pelbagai konsep, prinsip dan kemahiran. Contohnya, pada masa kini, ramai pelajar merujuk kepada YouTube dan laman web lain yang menyediakan klip video untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu. Iji telah menajadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

9.4 Sebab-Sebab Teknologi digunakan dalam Bilik Darjah

Kyle L. Peck dan Denise Dorricott dalam artikel bertajuk “Realising the Promise of

Technology?” dalam Educational Leadership telah menyenaraiakan beberapa sebab untuk penggunaan teknologi di sekolah-sekolah:

 Teknologi dapat menyesuaikan pembelajaran mengikut kebolehan dan keupayaan seseorang pelajar. Pada masa kini, pelajar terpaksa mengatur pembelajarannya dengan mengikuti urutan dalam buku teks. Dengan bahan-bahan yang terdapat atas talian, pelajar mengubah cara pembelajaran mengikut minta dan kecenderongan masing-masing. Contohnya, yang lebih selesa mempelajari sesuatu dengan menonton, dia boleh merujuk kepada beribu-ribu klip video yang terdapat di internet.

 Internet dipenuhi dengan berbilion-bilion halaman maklumat berguna yang mudah diakses dan kebanyakkannya adalah percuma. Oleh itu, pelajar AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah yang maksudkan dengan „integrasi teknologi‟ dalam Bilik darjah?

(5)

hendaklah fasih mengakses dan menilai bahan-bahan tersebut untuk kegunaan dalam pembelajaran. Pelajar juga perlu mahir membina ilmu dengan mewujudkan carta, graf, imej dan pelabagi jenis tulisan. Pelajar juga perlu mahir berkomunikasi atas talian yang memerlukan mereka membaca, berfikir, menyusun dan bertulis,

 Penulisan menggunakan komputer menggalakkan pelajar menjadi kreatif kerana dia sanggup risiko tidak seperti menulis pada kertas. Penyuntingan dan penyemakan boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.

 Video, fotografi digital, animasi dan sebagainya menggalakkan ekspresi kreatif serta seni pelajar. Pelajar dapat menghasilkan produk yang bernilai yang dapat dipamerkan atas talian yang dikongsi dengan orang lain.

 Pelajar perlu dilengkapkan dengan segala kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk membolehkan mereka berfungsi dengan lebih berkesan dalam dunia pekerjaan kelak.

 Teknologi maklumat dan internet membuka peluang untuk pendidikan jarak jauh yang bolehkan lebih ramai orang mengikuti program-program yang ditawarkan oleh institusi-institusi pendidikan.

9.5 Standard Teknologi Untuk Guru

The International Society for Technology in Education (ISTE) telah memperkenalkan standard tertentu untuk guru dan pelajar dalam teknologi. Standard-standard ini telah diterima pakai di Norway, Costa Rica, Malaysia, Japan, Australia, Philippines, Micronesia, Korea Selatan dan Turkey.

AKTIVITI

a) Adakah anda bersetuju dengan sebab-sebab penggunaan teknologi yang disenaraikan?

(6)

 Guru menggalakkan dan menyokong kreativiti dan daya cipta pelajar dengan menggunakan peralatan digital.

 Guru menggunakan teknologi untuk membolehkan pelajar membina ilmu dan berinteraksi di antara satu sama lain atas talian.

 Guru menyesuaikan dan memperibadikan aktiviti pembelajaran dengan kebolehan dan stail pembelajaran pelajar.

 Guru mempamerkan pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan memindahkan ilmu kepada kepada teknologi baru.

 Guru bekerjasama dengan pelajar, rakan sebaya, ibu bapa, dan ahli-ahli masyarakat dengan menggunakan alat-alat digital.

 Guru berkomunikasi dengan ibu bapa dan komuniti dengan menggunakan teknologi digital dan internet.

 Guru peka tentang isu-isu hak cipta terperlihara dan etika berkaitan dengan penggunaan teknologi.

 Guru memahami dan sedar tentang pelajar serta rakan sejawat yang berlainan budaya dengan menggunakan alat digital dan internet.

 Guru terlibat dengan perkembangan profesional terutama sekali dalam menguasai peralatan teknologi baru.

 Guru sentiasa membaca penyelidikan tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

[sumber: 2008, National Educational Technology Standards - NET▪T; International Society for Technology in Education (ISTE), www.iste.org]

9.6 Standard Teknologi untuk Pelajar

 Pelajar dapat menghasil idea, produk dan kaedah baru dengan menggunakan teknologi.

 Pelajar dapat menggunakan model dan simulasi komputer untuk mengkaji dan menyiasat sistem dan isu yang kompleks,

(7)

 Pelajar dapat berinteraksi dengan pelajar lain serta guru menggunakan teknologi dan internet serta terlibat dengan projek secara berkumpulan.

 Pelajar berkongsi maklumat serta memahami berlainan budaya.

 Pelajar menggunakan maklumat daripada internet secara beretika dan sentiasa maklumat yang diperolehi.

 Pelajar menggunakan peralatan teknologi dan internet untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

 Pelajar mempamerkan tingkahlaku yang mencerminkan ciri-ciri „warga digital‟ yang menggunakan teknologi dengan bertanggungjawab dan tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang salah disisi undang-undang.

[sumber: 2008, National Educational Technology Standards - NET▪S; International Society for Technology in Education (ISTE), www.iste.org]

9.7 Bahagian Teknologi Pendidikan - BTP)

Program Teknologi Pendidikan mula diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara semenjak sebelum Merdeka, melalui alat bantu mengajar. Melalui penggunaan alat-alat bantu mengajar seperti filem jalur secara terancang, dapat menjelaskan konsep pembelajaran dan memperkayakan suasana pembelajaran dengan bantuan gambar, teks dan audio.

Pada tahun 1949, sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc Alat Pandang Dengar (APD) Persekutuan telah dibentuk bagi menyelaraskan penerbitan topik-topik tempatan dan penggunaan alat bantu mengajar. Dengan perkembangan penerbitan bahan dan keperluan khidmat nasihat yang

(8)

Pada peringkat awal, perkhidmatan Unit Alat Pandang Dengar diletakkan di bawah Bahagian Latihan Guru, memandangkan guru-guru digalakkan menggunakan APD dalam proses pengajaran masing-masing. Dengan perombakan Kementerian Pelajaran pada tahun 1963, Unit APD dipindahkan ke Bahagian Sekolah-Sekolah dan seterusnya telah menubuhkan sebuah Pusat APD Kebangsaan dan 302 buah Pusat APD Daerah di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan kepada 1.500 buah Sekolah Rendah Kebangsaan.

Usaha untuk memperluaskan penyampaian pendidikan ke kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia diteruskan dengan melancarkan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah pada tanggal 2 Mei 1966. Usaha ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan Penyiaran dan Kementerian Pelajaran. Penumpuan diberikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seterusnya, pada tahun 1967, perkhidmatan ini diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah.

Pada tanggal 18 Mei 1970, Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran, tetapi Kementerian Penerangan dan Penyiaran terus menyediakan kakitangannya sehingga Kementerian Pelajaran mengganti kakitangannya sendiri pada satu tempoh yang sesuai kelak.

Pada akhir 1960-an, konsep multi-media telah berkembang dan diyakini berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan pelancaran siaran rancangan television pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran telah menjalankan dua projek rintis pada tahun 1965 di sekolah rendah dan pada tahun 1966 di sekolah menengah untuk mengkaji kesesuaian mengadakan perkhidmatan TV Pendidikan. Dapatan ke atas kajian amat menggalakkan dan mencadangkan untuk menubuhkan Perkhidmatan Televisen Pendidikan.

Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah melantik En. Alan Hancock dari The Centre for Educational Television Overseas (London) menjalankan kajian tentang kemungkinan menggabungkan perkhidmatan alat bantu mengajar, radio pendidikan dan television pendidikan. Hasil laporan yang dikemukakan dan disokong dengan perkembangan konsep multi-media yang berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran, dalam tahun 1971, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek penubuhan TV Pendidikan pula dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Haji

Abdul Razak bin Dato‟ Hussein.

(9)

Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah. Kini, BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.

Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki.

[sumber: Bahagain Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.moe.edu.my/btp/]

BAHAGIAN TEKNOLOGI TERDIRI DARIPADA BEBERAPA

SEKTOR

a) Sektor Kejuruteraan

Sektor Kejuruteraan, Bahagian Teknologi Pendidikan memberikan khidmat bantuan teknikal untuk penerbitan rancangan Sektor Penyiaran Pendidikan dan sektor-sektor lain di BTP. Sektor ini juga memberi khidmat rakam salin rancangan TV Pendidikan ke sekolah dan bahagian lain di Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem keselamatan, penyenggaraan dan pengawasan bangunan BTP dari segi mekanikal dan elektrikal juga di bawah kawalan sektor ini.

Sektor ini berperanan menjayakan rakaman atau siaran langsung bagi rancangan-rancangan TV Pendidikan dengan menekankan aspek-aspek teknikal bagi menghasilkan rancangan-rancangan yang bermutu tinggi setanding dengan kemajuan teknologi penyiaran elektronik digital pada masa kini.

b) Sektor Pembestarian Sekolah

(10)

c) Sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme

Sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme (PKP) merupakan sektor yang bertanggungjawab di BTP untuk merancang, melaksana/mengurus dan menilai latihan-latihan atau kursus yang dihadiri oleh semua staf BTP dan cawangan. Perancangan dan pelaksanaan kursus yang dianjurkan seiring dengan kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 – Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang berkehendakkan agar semua penjawat awam menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari latihan dalam setahun. BTP juga bekerjasama dengan Bahagian Pendidikan Guru dalam merangka dan melaksana kursus untuk pegawai-pegawai pendidikan, guru dan bukan guru untuk memberi nilai tambah dalam pembangunan modal insan warga KPM.

d) Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan

Sejarah sektor ini bermula dengan Sektor Smart School Management System (SSMS) pada era Fasa Rintis Sekolah Bestari pada tahun 2005 yang dikelompokkan di bawah sayap(wing) Bestari, Bahagian Teknologi Pendidikan. Apabila tamat Fasa Rintis Sekolah Bestari, Sektor SSMS telah bertukar namanya kepada Sektor Aplikasi Pendidikan (AP). Sektor AP ini kemudian telah ditukarkan namanya kepada Sektor Perkhidmatan Sokongan ICT (PSI).

Pada 8 Julai 2009 Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan (PAP) telah mula dijenamakan. Sebelumnya, Sektor PAP telah diberi nama sebagai Sektor Aplikasi Pendidikan (AP), setelah Sektor PSI dijumudkan pada akhir tahun 2008.

e) Sektor Penyiaran Pendidikan

Program TV Pendidikan yang dilancarkan secara rasminya pada 19 Jun 1972 oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Ke-2 Tun Haji Abdul Razak bin Dato‟ Hussein, merupakan langkah kerajaan pada masa itu untuk merapatkan jurang pembelajaran antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar. Selama 27 tahun TV Pendidikan bersiaran melalui Saluran RTM 2 bermula tahun 1972 hingga 1999. Seterusnya TV Pendidikan telah bersiaran di ASTRO melalui Saluran 13 dari tahun 2000 hingga 2006. Pada tahun 2007 hingga 2008, rancangan TV Pendidikan disiarkan melalui TV9. Mulai Mac 2008, rancangan TV Pendidikan tidak lagi dipancarkan melalui televisyen terestrial tetapi telah disalurkan ke internet melalui portal www.eduwebtv.com yang membolehkan murid-murid dan warga pendidik mengakses rancangan TV Pendidikan secara VOD (Video On Demand) pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat yang mempunyai talian internet.

f) Sektor Pengurusan Strategik

(11)

cawangan serta memastikan supaya fungsi dan peranan BTP terutama dalam pembestarian pendidikan berjalan seiring dengan dasar pendidikan negara.

g) Sektor Repositori dan Rangkaian

Sektor Repositori dan Rangkaian (RR) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) wujud pada Januari 2009 selepas BTP membuat penstrukturan baru. Dahulunya peranan Repositori dan Rangkaian adalah di bawah Sektor Infrastruktur dan Repositori. Sektor RR berperanan memberi khidmat bantu dan nasihat berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada BTP. Menyediakan perkhidmatan rangkaian yang berterusan kepada BTP dengan memastikan rangkaian diselenggara dan berfungsi dengan baik. Bersama-sama mewujudkan budaya penggunaan ICT secara optimum demi kecemerlangan Pendidikan dengan menyokong budaya penggunaan ICT bagi mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan misi Bahagian Teknologi Pendidikan

h) Sektor Resos Pembelajaran

Sektor ini asalnya dikenali sebagai Sektor Pelbagai Media Pendidikan. Penstrukturan peringkat dalaman Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pada akhir tahun 2006, nama sektor ini ditukar kepada Sektor Penyelidikan dan Bahan Teknologi Pendidikan. Dalam hal ini, fungsi dan peranan sektor ini turut berubah. Namun begitu, penjenamaan semula nama sektor dilaksanakan sekali lagi. Sektor ini kemudian dikenali sebagai Sektor Penyelidikan dan Galak Guna Bahan Teknologi Pendidikan. Seterusnya, sektor ini dikenali sebagai Sektor Promosi dan Inovasi Teknologi Pendidikan dan memantapkan organisasi BTP ke arah inisiatif ICT kini diwujudkan pula Sektor RESOS Pembelajaran disamping usaha BTP memantapkan lagi fungsi dan peranan sektor-sektor dalam organisasinya.

Pada awalnya, sektor ini berperanan untuk melaksanakan pembangunan e-Bahan dan perisian kursus kepada keberkesanan produk-produk teknologi pendidikan yang digunakan di sekolah-sekolah. Kini, dalam usaha menerap dan membudayakan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah, sektor memberi fokus kepada usaha promosi dan inovasi dalam bidang teknologi pendidikan. Peranan ini adalah sejajar dengan visi BTP untuk mewujudkan budaya penggunaan teknologi pendidikan di sekolah dengan misi membina dan mengekalkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dalam kalangan guru dan murid bagi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

(12)

9.8 PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI

BTPN lahir sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui pembaharuan dan perubahan khususnya dalam bidang teknologi. Penubuhan BTPN dan rangkaian Pusat Kegiatan Guru (PKG) masing-masing serta Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah untuk membantu sekolah khusus di dalam peningkatan kecemerlangan melalui penggunaan teknologi pendidikan.

Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah dengan cara:

a. Mengadakan pelbagai kegiatan guru dengan memberi peluang dan kemudahan untuk berkumpul dan bekerjasama bagi menjalankan kegiatan profesional. b. Menghasilkan pelbagai bahan/alatan mengajar untuk digunakan dalam proses

pengajaran pembelajaran.

c. Menyediakan tempat dan kemudahan serta menjalankan latihan bagi guru-guru dalam meningkatkan profesionalisme guru-guru.

d. Mengadakan aktiviti serta projek peningkatan kurikulum pengajaran dan pembelajaran.

e. Mengadakan usaha inovasi serta kreativiti dalam pendidikan selaras dengan kemajuan dan perkembangan teknologi moden.

f. Memberi khidmat bantuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, pemulihan, pengayaan dan bimbingan

Fungsi Pusat Sumber Pendidikan Negeri

 Memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah

 Menyedia dan menerbitkan bahan pelbagai media.

 Mempromosi dan menyiarkan bahan pelbagai media yang diterbitkan.

 Mengurus dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber di sekolah

 Mengurus pelaksanaan program gerakan tabiat membaca di peringkat negeri.

 Mengurus pelaksanaan program ICT di sekolah. AKTIVITI

a) Apakah tujuan penubuhan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia?

b) Apakah peranan BTPN?

(13)

 Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian, pembangunan dan pelaksanaan dasar.

 Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 2 kepada sekolah

.

9.9 Pusat Kegiatan Guru

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

(14)

Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif diwujudkan PKG adalah :

 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknologi pendidikan.  Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya

dalam teknologi pendidikan ke sekolah-sekolah

 Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

 Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah.

 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat

 Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat

(15)

Fungsi PKG adalah untuk:

 Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan

 Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.

 Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.

 Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah  Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan

program gerakan membaca di sekolah.

 Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah

 Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.

9.10 EDUWEBTV

Penggunaan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya telah lama dilaksanakan. Bermula dengan TVP pada tahun 1974 dan kemudiannya Penggunaan TV pendidikan melalui ASTRO telah dilaksanakan mulai Tahun 2000 dengan pemasangan peralatan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh Negara. Selepas itu, Kampus Asto juga telah dilancarkan pad tahun lepas (2008) dan akhir sekali Education Web Television (EduwebTV) pada tahun ini (2009). 4 fasa perlaksanaan kemudahan TV yang agak berbeza ini menandakan bahawa medium TV penting dalam proses P&P. TV juga merupakan alat bantu belajar yang terkenal di negara-negara maju seperti AS, Eropah, Jepun, China dan Australia. Di negara-negara membangun seperti Malaysia, kesedaran menggunakan TV dalam P&P masih rendah meskipun ia telah bermula sejak 35 tahun yang lepas.

AKTIVITI

a) Senaraikan tujuan penubuhan Pusat Kegiatan Kegiatan Guru.

b) Apakah fungsi Pusat Kegiatan Guru?

(16)

EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua. Pembangunan EDUWEBTV membolehkan sistem penghantaran

program pendidikan untuk Guru-guru dan Murid-murid menjadi lebih baik serta mampu mewujudkan lebih banyak lagi sekolah yangbertaraf Bestari. EDUWEBTV juga merupakan satu usaha untuk mengurangkan jurang digital antara bandar, luar bandar, pedalaman dan juga hilir bandar.

Poral EDUWEBTV menyediakan saluran-saluran berikut:

 berita

 akademik

 rencana

 wawancara

 kurikulum

 interaktif

 siaran langsung

 panduan

 Saluran BERITA merupakan saluran yang menenmpatkan video-video yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti KPM dan rangkaian

 Saluran AKADEMIK merupakan saluran yang menempatkan video berkaitan akademik seperti kursus-kursus ahli akademik yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar negara

 Saluran RENCANA merupakan saluran video yang menempatkan video-video rencana yang dirancang khas untuk tujuan penyebaran dan perkongsian maklumat.

 Saluran WAWANCARA merupakan saluran video wawancara atau temubual bersama personaliti pendidikan yang berperanan mewarnai hala tuju program dan agenda pendidikan negara

 Saluran TV PENDIDIKAN merupakan bahan P&P yang dihasilkan oleh BTP KPM

 Saluran INTERAKTIF menempatkan video-video mengenai program-program utama KPM seperti PPSMI dan Pembestarian sekolah

(17)

Standard Teknologi Guru Standard Teknologi Pelajar Integrasi teknologi

Pusat Kegiatan Guru Pusat sumber sekolah

Sekolah Bestasi SchoolNet EduWebTV

Bahagian Teknologi Pendidikan Negara

mempunyai potensi yang luas untuk digunakan sebagai pengajaran yang berkesan dan alat pembelajaran di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, video sentiasa perlu dinilai dan diubahsuai dengan mengikuti pengetahuan semasa dan permintaan pelajar. Dengan langkah-langkah ini, EDUWEBTV akan dapat memenuhi hasrat sebagai sumber yang sejajar dengan piawaian Malaysia dan global, dan penyumbang kepada peeningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia, tanpa mengira lokasi geografi sebagaimana yang dibayangkan oleh Kementerian Pelajaran.

PERKATAAN PENTING

SUMMARY

 Integrasi teknologi melibatkan penerapan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran bilik darjah.

 Teknologi digunakan untuk menyokong pencapaian matlamat kurikulum dan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran mereka secara berkesan.

 Peralatan teknologi dan internet mewujudkan budaya berkongsi maklumat dan pengalaman yang membawa manusia kepada Zaman Maklumat.

AKTIVITI

a) Bincangkan ciri-ciri EduWebTV

b) Pernah anda menggunkan EduWebTV dalam bilik bilik darjah anda? Jika tidak, mengapa?

c) Sila lawat laman web di bawah ini: http://eduwebtv.com/v2/home/

(18)

 Integrasi teknologi yang berkesan dicapai apabila penggunaan teknologi adalah rutin dan telus dan membantu pencapaian matlamat sesuatu kurikulum.

 Ramai orang mempercayai kaedah projek berasaskan teknologi akan menjadi kaedah utama dalam pembelajaran di bilik darjah.

 Teknologi dapat menyesuaikan pembelajaran mengikut kebolehan dan keupayaan seseorang pelajar.

 Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan.

 Pusat Kegiatan Guru ditubuhkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknologi pendidikan serta mengumpul dan menyebarkan maklumat dalam teknologi pendidikan ke sekolah-sekolah

 EDUWEBTV telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai satu wadah Pendidikan Digital untuk Semua.

RUJUKAN

Anderson, C. (2006, July). People power: Blogs, user reviews, photo-sharing – the peer production era has arrived. Wired, 132.

Bailey, M. (2002). Education and Values: Interface on the Internet: Reconceptualising Teaching and Learning in a Technocracy Bloom's Revised Taxonomy (2001). Berglund Center for Internet Studies. Pacific University. Oregon.

Cohen, D. K. (1988). Educational technology and school organization. In R. S. Nickerson, & P. P. Zodhiates (Eds.), Technology in education: Looking toward 2020 (pp. 231-264). Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Cuban, L. (1986). Teachers and machines: The classroom use of technology since 1920. New York: Teachers College Press.

Fine, M. F. (1991). Going high tech: Computerized literacy instruction. Adult

Guidebook for Developing an Effective Instructional Technology Plan Version 2.0 Learning, 2(4), 11-14. Mississippi State University. 1996.

Harris, J. (1998). Virtual Architecture: Designing and Directing Curriculum-Based Telecomputing. International Society for Technology.

(19)

Holmes, K., & Rawitch, D. (1993). Evaluating technology-based instructional programs: An educator's guide. Denton, TX: Texas Center for Educational Technology.

Peck, K. & Dorricott, D. (1994). Realizing the Promise of Technology. Educational Leadership. 51(7). 11-14

Piele, P. K. (1989). The politics of technology utilization. In D. E. Mitchell & M. E. Goertz (Eds.), Educational politics for the new century: The twentieth anniversary yearbook of the Politics of Education Association (pp. 93-106). London: Falmer Press.

Prensky, M. (2005, Dec/Jan). Listen to the natives. Educational Leadership, 63(4), 9-13.

North Central Regional Technology in Education Consortium (2005). Guiding Questions for Technology Planning. Version 1.0. Regional Technology in Education Consortia.

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini sesuai dengan pernyataan dari responden 1 yang telah peneliti wawancarai. Berdasarkan hasil observasi, aspek keamanan isi untuk menjaga keamanan berkas rekam medis,

Walau bagaimanapun kekerapan pelupusan boleh bergantung kepada kuantiti sisa terjadual yang dikumpulkan di UPM (tidak melebihi 20 tan metrik atau diarahkan oleh

Sedangkan batuk kronis, perlu perhatian tersendiri karena batuk kronis biasanya adalah tanda atau gejala adanya penyakit lain yang lebih berat.. Banyak penyakit berat

Orangtua dengan pendapatan lebih tinggi akan mempunyai alokasi dana yang lebih untuk menyekolahkan anak, sehingga kesempatan anaknya untuk sekolah menjadi lebih

Tinjauan hukum Islam terhadap hal ini adalah secara produk yang dijual di GIANT merupakan produk yang halal dan tidak menimbulkan kemudharatan bagi konsumennya, tidak menimbulkan

Universitas Terbuka dengan segaJa kemarnpuannya, yang juga angal terbata akan tetap mendedikasikan dirinya pada peningkatan kemampuan dan kualJftkasi guru p ndidikan

Peneliti megusulkan agar perusahaan mengadakan pengecekan kembali tentang berhasil atau tidaknya rebranding dengan mengacu pada : tujuan rebranding, pengenalan identitas yang

Perubahan sosial adalah keniscayaan yang tak bisa ditawar. Perubahan dimaksud merupakan variasi atas cara hidup yang telah diterima bersama, baik karena perubahan-perubahan