• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 PENTADBIRAN NEGERINEGERI MELAYU BERSEKUTU. Sejarah Tingkatan 3 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BAB 3 PENTADBIRAN NEGERINEGERI MELAYU BERSEKUTU. Sejarah Tingkatan 3 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor"

Copied!
94
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 3 PENTADBIRAN NEGERI- NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Sejarah Tingkatan 3 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid

Smk Ulu Tiram, Johor

(2)

3.1 KEKAYAAN HASIL BUMI DI PERAK, SELANGOR,NEGERI

SEMBILAN DAN PAHANG

(3)

K E K AYAA N H A SI L B U M I D I P E R A K , SE L A N G OR , N E G E R I SE M B I L A N DA N

PA H A N G

Perak, Selangor, Negeri

Sembilan dan Pahang kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan emas.

Kekayaan hasil bumi ini ditadbir urus dengan baik sehingga menjadikan

negeri tersebut makmur.

Kekayaan dan kemakmuran negeri-negeri Melayu ini

telah menarik minat kuasa Acheh, Belanda dan British untuk menguasai negeri tersebut.

(4)

KEKAYAAN BIJIH TIMAH

Bijih timah merupakan barangan dagangan yang penting di negeri-negeri Melayu sejak Zaman

Kesultanan Melayu Melaka.

Para pedagang dari seluruh Alam Melayu datang ke

pelabuhan Melaka untuk mendapatkan bijih timah.

(5)

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH AB AD

KE-15

(6)

Kaedah

tradisional

melombong bijih timah, iaitu

melampan.

(7)

A N TA R A K A N D U N G A N S U R AT K UA S A B E RTA R I K H 2 8 F E B RUA R I 1 8 5 0

P E N G U R N I A AN DA E R A H L A RU T K E PA DA L O N G J A A F AR DA R I PA DA PA D U K A S E R I S U LTA N S A H A BU D IN

R I AYAT S YA H

“Che Long Jaafar telah membuka

sebuah daripada jajahan negeri Perak yang dinamakan Larut dan segala

sungai-sungai telah dijadikan lombong bijih timah. Segala pekerjaan itu telah dibuatnya dengan usaha dan

belanjanya sendiri. Oleh itu, dengan sukacita beta menyerahkan jajahan Larut kepadanya dan anak cucunya

bolehlah menerima jajahan itu seperti

hak miliknya.” Long Jaafar

(8)

P E R LO M BO N GAN BIJIH T IM AH AB AD

K E -1 6 H IN GGA AB AD K E -1 7

Perak terkenal dengan hasil bijih timah sejak zaman Kesultanan Perak.

Perlombongan

tertumpu di sepanjang Sungai Perak dan anak sungai di daerah sekitar Kuala Kangsar dan

Kelian Intan.

Pada tahun 1616, bijih

timah mula dilombong di Manjung dan Beruas.

(9)

P E R L O M B ON GA N B I J I H T I M A H A B A D K E - 16 H I N G G A A B A D

K E - 17

Perak merupakan pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah dan sering dikunjungi

pedagang, terutamanya Portugis.

Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh

meletakkan Perak sebagai negeri naungannya pada abad ke-16

hingga abad ke-17.

Portugis

(10)

P E R L O M B O N G A N B I J I H T I M A H A B A D K E - 1 6 H I N G G A A B A D K E - 1 7

Perak menggunakan bijih timah sebagai bahan bernilai untuk mendapatkan

perlindungan Portugis di Melaka bagi

membebaskan Perak daripada naungan Acheh.

(11)

PERAK

Pada pertengahan abad ke-18, bijih timah

dikeluarkan oleh

pelombong-pelombong kecil Melayu di kawasan Larut seperti Kerian, Kurau, Larut, Terong dan Beruas.

Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah memeterai

perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka..

(12)

PERAK

Menjelang akhir abad ke-18, pengeluaran

bijih timah Perak

merosot akibat aktiviti penyeludupan bijih

timah kepada

pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau.

(13)

S EL ANG OR

Kekayaan bijih timah di Kuala Sungai Selangor menarik ramai pedagang luar ke Kuala Selangor.

Pada tahun 1790, Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian penjualan hasil timah antara Selangor dengan Belanda.

Belanda di Selangor

(14)

Kekayaan negeri-negeri Melayu abad ke-18

diakui oleh pedagang persendirian.

Surat Francis Light

kepada Gabenor Jeneral British di India pada 7 Januari 1789

memerihalkan bahawa Perak menghasilkan 5000 pikul bijih timah setiap tahun dan

mempunyai kontrak perdagangan dengan Belanda di Melaka

Francis Light

(15)

P E R L O M B ON GA N B I J I H T I M A H A B A D

K E - 19

Kekayaan bijih timah mencapai tahap

penting pada abad ke- 19.

Perkembangan

perlombongan bijih timah melalui

beberapa fasa yang melibatkan

pelombong-pelombong Cina menjadikan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sebagai

pengeluar bijih timah utama dunia.

pelombong-pelombong Cina di Perak

(16)

P E R LOMBONGA N BI J I H T I MA H A B A D

KE -1 9 DI P E R AK

Larut

Lembah Kinta

(17)

LARUT

Perlombongan bijih timah di Perak mencapai tahap penting pada tahun 1840-an, hasil penemuan bijih timah di Larut.

Pembesar Melayu Long Jaafar dan

anaknya Ngah Ibrahim telah memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru dengan membawa masuk pelombong Cina.

Ngah Ibrahim menjadikan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang.

Ngah Ibrahim

(18)

L EMB AH KINTA

Pada akhir abad ke-19, Lembah Kinta muncul sebagai pengeluar utama bijih timah dunia

Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah

menyebabkan kemunculan bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan

Kampar

Pada tahun 1870-an, Sultan Ismail mengusaha dan memajukan

kawasan perlombongan baharu di Lembah Kinta yang menyebabkan kemunculan bandar Papan dan

Pangkalan Peguh.

(19)

A N TA R A V E R SI P E N E MUAN B I J I H T I M A H D I L A RU T, P E R A K

PA DA A B A D K E - 19.

Gajah milik Long Jaafar bernama Si Larut terlepas ke dalam hutan.

Apabila ditemukan semula, didapati kaki gajah tersebut terlekat lumpur hitam bercampur bijih.

Menyedari kepentingan bahan tersebut, Long Jaafar mengikut jejak gajah

tersebut dan menemukan tempat gajah mendapat lumpur hitam tersebut.

Tempat ini dibangunkan oleh Long

Jaafar dalam aktiviti perlombongan bijih timah.

(20)

P E R L O M B ON GA N B I J I H T I M A H A B A D K E - 19 D I SE L A N G O R

• Jugra

• Kuala Lumpur

• Lukut

(21)

JU G RA

Sultan Abdul Samad (1857-1898) menjadikan Jugra di daerah Langat sebagai pusat pentadbiran Kesultanan Selangor.

Jugra memainkan peranan penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan berpindah ke Klang.

Jugra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Langat untuk dibawa ke

pelabuhan Melaka.

(22)

KUAL A L U MPU R

Menjelang tahun 1860, Kuala Lumpur

menjadi pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor.

Bijih timah berjaya dilombong di Ampang.

Kuala sungai yang menjadi pertemuan di antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur

dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah.

Kejayaan tersebut mendorong ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di situ yang membentuk bandar Kuala Lumpur.

Sungai Lumpur

(23)

L U KU T

Lukut merupakan wilayah Kesultanan Selangor.

Perlombongan bijih timah di Lukut mula diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina.

Pada tahun 1830-an, selepas kemangkatan Raja Busu, Raja Jumaat berjaya menjadikan

Lukut sebagai pusat perdagangan bijih timah yang terkenal.

Perlombongan bijih timah di Lukut

(24)

LUKUT

Pada tahun 1880, Lukut diserahkan kepada daerah

Sungai Ujong, Negeri Sembilan melalui rundingan antara Sultan Selangor bersamasama

pemerintah Sungai Ujong.

Kajang, Semenyih dan

Beranang yang sebelumnya di dalam kawasan Sungai Ujong menjadi sebahagian daripada

wilayah Kesultanan Selangor. Sungai Ujong

(25)

K E K AYAAN HASIL E MAS

Perlombongan emas di negeri-negeri Melayu bertumpu di kawasan jalur emas yang

sebahagian besarnya

terdiri daripada negeri Pahang.

Jalur emas Pahang meliputi kawasan perlombongan yang

terdapat di Raub dengan berkeluasan 14,000 batu persegi.

(26)

KEKAYAAN HASIL EMAS

Mengikut rekod negara China, emas telah menjadi eksport

utama Pahang sejak abad ke-13.

Menurut catatan Portugis pula, pada abad ke-16 emas yang

dihasilkan di negeri Pahang diperdagangkan di Melaka.

Sultan Pahang juga menggunakan emas sebagai hadiah kepada

negerinegeri lain.

(27)

L O K A SI

P E R L O M B ON GA N E M A S D I PA H A N G

Perlombongan emas

telah dilakukan di Hulu Pahang, iaitu di sekitar Sungai Tembeling,

Sungai Jelai dan Sungai Semantan.

Kawasan-kawasan

penting perlombongan emas ialah Raub, Tui, Tersang, Selinsing,

Penjom, Kechau dan Hulu Dong.

(28)
(29)

3.2 PELUASAN KUASA BRITISH DI

PERAK, SELANGOR,

NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG

(30)

P E L UA S A N K UA S A B R I T I S H D I P E R A K , S E L A N G O R , N E G E R I

S E M B I L A N DA N PA H A N G

Perubahan yang berlaku di Eropah

terutama perkembangan perindustrian menyebabkan British memerlukan

bahan mentah yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri di Eropah.

Kemakmuran negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mendorong

British berusaha meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Lombong bijih timah

(31)

ST R ATE G I B R I T I SH M E L UA SKA N K UA SA D I N E G E R I-N EGER I M E L AYU

Pelbagai strategi digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Demi mencapai matlamat peluasan kuasa, British

melaksanakan taktik manipulasi, desakan dan ugutan serta

mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk

meletakkan negeri Melayu tersebut di bawah pengaruh British

(32)

S TRATEG I BRITIS H MEL UAS KAN KUAS A DI NEG ERI -NEG ERI MEL AYU

Strategi Manipulasi

Desakan dan Paksaan kepada Raja-raja Melayu Menerima Perlindungan British

Strategi Menandatangani

Perjanjian dengan Pemerintah

Tempatan

(33)

S TRATEG I MANIPU L AS I

Suasana yang tidak stabil dan kekacauan yang berlaku di

Perak, Selangor dan Negeri Sembilan membuka peluang kepada British untuk

melaksanakan strategi manipulasi di negeri Melayu tersebut

British memberikan bantuan kepada pihak yang

berkepentingan untuk

membolehkan British meluaskan pengaruhnya di negeri Melayu

tersebut.

(34)

MANIPU L AS I BRITIS H DI PERAK

British memperoleh peluang untuk

menguasai Perak apabila berlaku Perang Larut dan perebutan takhta Kesultanan Perak dalam kalangan kerabat diraja Perak.

Gabenor Negeri-negeri Selat, Andrew Clarke mengambil peluang daripada

kedua-dua peristiwa tersebut untuk campur tangan dan bertindak sebagai orang tengah menamatkan kekacauan di Perak.

Alasan British adalah untuk

menyelamatkan rakyat Perak daripada keadaan kucar-kacir.

Andrew Clarke

(35)

PERANG L ARU T 1861 -1874

• Pemerintah Larut, Tengku Menteri Ngah Ibrahim membawa masuk ramai pelombong Cina memajukan

perlombongan bijih timah di Larut.

Pergaduhan pelombong Cina

antara kumpulan Ghee Hin dengan Hai San untuk mempertahankan hak dan kepentingan masing-masing

menyebabkan tercetusnya Perang Larut.

Perang Larut.

(36)

PERANG L ARU T 1861 -1874

Pergaduhan yang berpanjangan di Larut menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat.

Golongan pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat meminta British campur tangan

untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih timah.

(37)

PEREBU TAN TAKHTA KES U LTANAN PERAK

Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak yang

diasaskan pada awal tahun 1820-an.

Mengikut sistem ini, bakal raja perlu melalui tiga jawatan, iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda, sebelum berhak ditabalkan sebagai Sultan

Pada akhir abad ke-19, berlaku krisis dalam

kalangan kerabat diraja Perak berkaitan sistem pewarisan takhta dalam Kesultanan Perak.

(38)

PERTAB ALAN SULTAN ISMAIL

Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail, iaitu Raja Bendahara dilantik sebagai Sultan.

Mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim, Menteri Larut.

(39)

B ANTAHAN RAJA YUSUF

Raja Yusuf, iaitu Raja Di

Hilir menuntut

haknya sebagai

Sultan setelah

sekian lama

diketepikan

(40)

TUNTUTAN RAJA AB DULLAH

Raja Abdullah, iaitu Raja

Muda tidak ditabalkan sebagai sultan kerana tidak hadir ke upacara pemakaman Sultan Ali walaupun dijemput.

Menuntut kembali haknya sebagai sultan akibat masalah kewangan dan desakan

golongan pelabur Eropah dan Cina.

Mendapat sokongan

pembesar di Hilir Perak seperti Dato’ Maharaja Lela.

(41)

PEREBUTAN TAKHTA KESULTANAN PERAK

Kekacauan di Perak membuka ruang kepada British untuk melakukan

manipulasi politik.

Andrew Clarke, iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat menyokong Raja Abdullah dan menyatakan

kesediaan British untuk membantu mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan menamatkan

persengketaan pelombong Cina di Larut demi mewujudkan keamanan

di Perak. Andrew Clarke

(42)

MANIPULASI B RITISH D I SE LANGOR

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad

(1857-1898), tercetus pertelingkahan dalam kalangan kerabat diraja Selangor yang

menyebabkan berlakunya Perang Klang.

British turut campur tangan dalam

pertelingkahan tersebut untuk meluaskan

pengaruh di Selangor.

(43)

MANIPU L AS I BRITIS H DI S EL ANG OR

Kekacauan di Selangor memberikan peluang

kepada British melaksanakan manipulasi politik.

British memihak kepada Raja dan pembesar Melayu yang boleh membawa keuntungan dari segi ekonomi terutama perdagangan bijih timah.

Oleh sebab itu, British memberikan bantuan ketenteraan kepada Tunku Kudin untuk

menamatkan Perang Klang.

Melalui bantuan tersebut, British mengharapkan Sultan Selangor sedia menerima perlindungan British bagi mewujudkan kestabilan di Selangor.

Tunku Kudin

(44)
(45)
(46)

M A N I P U LA S I B R I T IS H D I S U N G A I U J O N G ,

N E G E RI S E M B I LA N

British berpeluang

melakukan manipulasi politik di Negeri

Sembilan apabila berlaku perbalahan pembesar Melayu di daerah Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah.

Sungai Ujong

(47)

KEPENTING AN S U NG AI L ING G I

Sungai Linggi merupakan laluan

penting yang menghubungkan daerah Sungai Ujong dengan kawasan

sekitarnya.

Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar mendapat hak memungut cukai terhadap

pedagang yang membawa keluar bijih timah melalui sungai tersebut untuk dibawa ke pelabuhan Melaka

(48)
(49)

P E R SA I NG AN P E M B ESAR M E M U N GU T C U K A I D I

SU N G A I L I N G G I

Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi saling bersaing untuk mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi.

Namun begitu, persengketaan Dato Kelana dan Dato’ Syahbandar

dimanipulasi oleh British.

Melalui bantuan ketenteraan kepada Dato’ Kelana untuk

mengalahkan Dato’ Syahbandar, British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi.

(50)

P E R SAIN GAN P E M BE SAR M E M U N GU T C U K AI D I SU N GAI LIN GGI

Perbalahan pembesar di daerah

Sungai Ujong dan persaingan untuk menguasai Sungai Linggi

menjejaskan kegiatan perdagangan di Negeri-negeri Selat.

Manipulasi British dalam konflik ini berjaya meletakkan daerah Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah di bawah kekuasaan British.

(51)
(52)

D ESAKAN DAN PAKSAAN KEPADA R AJ A- R AJ A MEL AY U

MENER I MA PER L I ND UNGAN

BR I TI SH

British turut

menggunakan strategi mengugut dan

mendesak pemerintah tempatan untuk

menerima perlindungan

British.

(53)

DESAKAN BRITISH DI SELANGOR

Walaupun British memberikan bantuan ketenteraan untuk

menamatkan kekacauan di Selangor, namun British tidak berjaya

memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan British.

British terus mencari alasan untuk meletakkan Selangor di bawah

pengaruhnya bagi menguasai

kekayaan bijih timah di Selangor.

(54)

D E SAK AN BR IT ISH D I SE LAN GO R

British mendapat

alasan untuk mendesak Sultan Selangor

menerima

perlindungan British apabila berlaku

peristiwa yang

menggugat aktiviti

perdagangan British di perairan Selangor.

(55)

ROMPAKAN KAPAL DAGANG

BRITISH

Pada tahun 1873, kapal dagang

British dalam

pelayaran dari Pulau Pinang ke Melaka dirompak

berdekatan perairan Kuala Langat.

(56)

SERANGAN RUMAH API

Pada tahun 1874, berlaku serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachado.

(57)

DES AKAN DAN PAKS AAN BRITIS H DI PAHANG

British tidak mempunyai ruang melakukan manipulasi dan

memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British.

Hal ini demikian kerana di Pahang tidak berlaku kekacauan dalam

kalangan kumpulan pelombong Cina yang boleh dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan.

pelombong Cina di Pahang

(58)

D E SAK AN DAN PAK SAAN BR IT ISH

D I PAHAN G

Sultan Ahmad amat berhati- hati dalam rundingan dengan pihak British yang berusaha memujuk baginda

menerima perlindungan British.

Pada tahun 1887, British mendapatkan bantuan

Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan

Pahang menerima seorang wakil British di Pahang.

(59)

DESAKAN DAN PAKSAAN BRITISH DI PAHANG

Pada tahun 1888, British

memperoleh peluang untuk

mendesak dan memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British apabila berlaku

kematian seorang lelaki

berbangsa Cina bernama Goh Hui yang ditikam di pekarangan

istana.

Sultan Pahang

(60)

DES AKAN DAN PAKS AAN BRITIS H DI PAHANG

British mendakwa Goh Hui ialah rakyat British dan Sultan diminta bertanggungjawab atas kematian rakyat tersebut.

Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British dengan alasan Sultan tidak mampu mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.

(61)

STRATE GI ME NANDATANGANI PE RJANJIAN DE NGAN PE ME RINTAH TE MPATAN

Bagi mengukuhkan kuasa, British mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan untuk

mengikat persetiaan menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Perjanjian pertama British dengan negeri Melayu ialah perjanjian dengan pembesar Perak di Pulau Pangkor

yang dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 1874.

(62)

P E R J A NJ IA N PA N G KOR 1 8 7 4 M E N G U KUH KAN K UA SA

B R I T I SH D I P E R A K

Andrew Clarke, iaitu Gabenor Negeri- negeri Selat bertindak memanggil

ketua kumpulan Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka

. Pembesar-pembesar Melayu yang

bertelagah dipanggil untuk berunding di Pulau Pangkor bagi menamatkan

perselisihan di Perak

Antara pembesar Melayu yang hadir termasuklah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor.

Sultan Ismail dan Raja Yusuf tidak menyertai rundingan tersebut

(63)

ANTARA SYARAT

PERJANJIAN PANGKOR

Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.

Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan diberikan sebuah jajahan kecil untuk ditadbir.

Sultan menerima seorang Residen British.

Nasihatnya mesti diminta dan dipatuhi dalam semua urusan pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu.

(64)

ANTARA SYARAT PE RJANJIAN

PANGKOR

Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen.

British berkuasa penuh ke atas

pungutan cukai di Perak.

(65)

PERJANJIAN BRITISH -SUNGAI UJONG 1874

Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong.

British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi.

Dato’ Kelana

(66)

PERJANJIAN BRITIS H-S EL ANGOR 1875

British membantu Sultan memerintah negeri.

British menghantar J.G.

Davidson menetap di Klang dan Frank Swettenham

menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor.

Frank Swettenham

(67)

PERJANJIAN BRITIS H -PAHANG 1887

British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti

pegawai konsul di Pahang.

British bertanggungjawab menjaga keamanan Pahang.

Pahang tidak membenarkan

membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British.

Gabenor Frederick Weld

(68)

PERJANJIAN BRITISH -NEGERI SEMBILAN 1895

Perjanjian ini lebih memihak kepada British berbanding dengan manfaat diperoleh negeri Melayu

Bagi mengesahkan pelbagai perjanjian terdahulu yang bertulis dan yang tidak bertulis, maka Yam Tuan Besar Sri Menanti bersama

dengan Undang Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tampin dengan ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Luak mereka di bawah naungan Kerajaan British.

(69)

S IS TEM RES IDEN

Melalui pelbagai strategi

peluasan kuasa, British dapat melaksanakan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri

Sembilan dan Pahang.

British menempatkan Residen

melalui perjanjian yang dibuat

dengan pemerintahan tempatan

dan Raja-raja Melayu.

(70)

PERANAN RESIDEN BRITISH

Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu.

Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi.

(71)
(72)

CIRI-CIRI SISTEM RESIDEN

Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan.

Nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi boleh membuat

undang-undang seperti sebelumnya.

Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai.

James W. W. Birch di Perak

(73)

C IRI-C IRI S IS TEM RES IDEN

Residen mengambil alih

pentadbiran pada peringkat

pembesar-pembesar dan negeri.

Peranan pembesar-pembesar ini digantikan oleh pegawai-pegawai British.

Jabatan-jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisional.

martin lister di Negeri Sembilan

(74)

3.3 PEMBENTUKAN NEGERI-

NEGERI MELAYU BERSEKUTU

(75)

PEMBENTU KAN NEG ERI-NEG ERI

MEL AYU BERS EKU TU

Selepas pelaksanaan Sistem Residen, British

mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian Persekutuan 1895.

(76)

CIRI-CIRI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang membentuk sebuah persekutuan.

Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan.

Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan agama Islam dan adat Melayu.

(77)

C IRI-C IRI NEG ERI - NEG ERI MEL AYU

BERS EKU TU

Kuala Lumpur menjadi pusat

pentadbiran Negeri- negeri Melayu

Bersekutu.

Negeri-negeri

Melayu Bersekutu juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.

(78)

FAKTOR PEMBENTUKAN NEGERI -NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Mengatasi Kelemahan Sistem Residen

Menyeragamkan Pentadbiran

Menangani Masalah kewangan Pahang

Menjamin Keselamatan Negeri

(79)

MENGATASI KELEMAHAN SISTEM RESIDEN

Raja dan pembesar Melayu tidak berpuas hati kerana kehilangan kuasa dalam

pentadbiran dan pungutan cukai

Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

Residen tidak diberikan garis panduan

yang jelas untuk melaksanakan tugas.

(80)

MENANG ANI MAS AL AH KEWANG AN

PAHANG

Gabungan

negerinegeri Melayu yang kaya.

Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat membantu mengurangkan beban kewangan negeri Pahang.

(81)

MENYERAGAMKAN PENTADBIRAN

Pentadbiran di Perak, Selangor,

Negeri Sembilan dan Pahang tidak seragam kerana mempunyai

undang-undang sendiri.

Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang.

British memerlukan pentadbiran yang cekap dan seragam untuk

memudahkan eksploitasi ekonomi.

(82)

MENJAMIN KES EL AMATAN NEG ERI

Penggabungan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai pasukan keselamatan sendiri

Menjaga keamanan tanpa mengharapkan bantuan luar.

(83)

3.4 PENTADBIRAN NEGERI-

NEGERI MELAYU BERSEKUTU

(84)

P E N TA D B IR AN N E G E R I-

N E G E R I M E L AY U B E R SE K UT U

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) diketuai oleh Residen Jeneral.

Beliau bertanggungjawab kepada Majlis Mesyuarat Negeri dan

Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang juga

merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat.

(85)

M A J L I S M E SY UA R AT N E G E R I

Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan selepas

British berjaya campur tangan dalam

pentadbiran negeri Melayu

Majlis ini dipengerusikan oleh Raja Melayu dan berperanan menggubal undang-undang serta membantu pentadbiran negeri

(86)

MAJLIS MESYUARAT NEGERI

Selepas pembentukan Negeri-

negeri Melayu Bersekutu, Majlis Mesyuarat Negeri tidak lagi

berkuasa kerana kuasa

perundangan terletak di tangan Residen Jeneral.

Dari sudut pentadbiran, peranan Raja-raja Melayu diambil alih oleh Residen Jeneral.

(87)

MAJLIS

MESYUARAT NEGERI

Kuasa Raja-raja Melayu semakin terhakis kerana terpaksa menurut

nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara pentadbiran kecuali

dalam hal berkaitan

dengan agama dan adat Melayu.

(88)
(89)

MAJL IS MES YUARAT PERS EKU TUAN

Pada tahun 1909, British menandatangani perjanjian dengan Raja-raja Melayu bagi menubuhkan Majlis Mesyuarat

Persekutuan.

Majlis ini berkuasa meluluskan undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

(90)

MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN

Penubuhan Majlis

Mesyuarat Persekutuan memberikan ruang

kepada British untuk

mengawal undang-undang dan kewangan negeri serta memberikan kuasa

pentadbiran kepada

Pesuruhjaya Tinggi British.

Hal ini menjejaskan kewibawaan Raja-raja Melayu yang hanya

diletakkan sebagai ahli biasa dalam majlis

tersebut.

(91)
(92)

PEMBENTUKAN DURB AR

British membentuk Durbar untuk

mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu

terhadap Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Pada asasnya, Durbar memperlihatkan tanggungjawab bersama-sama oleh Raja- raja Melayu sebagai pelindung orang

Melayu.

(93)

AHLI DURB AR TERDIRI

DARIPADA

Pesuruhjaya Tinggi British

Raja-raja Melayu

Residen Jeneral

Residen British

(94)

TAMAT

Referensi

Dokumen terkait

◦ Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan meliputi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai

84 Perkembangan baik dalam sektor getah digunakan oleh kerajaan NNMB untuk memperkenalkan cukai tambahan pada tahun 1917 yang bertujuan untuk membantu kerajaan

pembangunan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dengan cara membantu usahawan PKS untuk berdaya maju dan tidak mempunyai cagaran untuk mendapatkan

Walau bagaimanapun, ketika menyerahkan petisyen Ahli Tidak Rasmi MMP tersebut, Guillemard menzahirkan kebimbangannya kepada Setiausaha Tanah Jajahan terhadap

Pembekal/vendor  Laporan kewangan digunakan untuk menilai keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang sebelum memberi kemudahan kredit atau memberikan pinjaman kepada

• Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan.. • Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan

• Usahawan perlu mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti, memilih tempat yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatan, menetapkan harga yang sanggup

 Kulat saprofit dan bakteria saprofit merupakan mikroorganisma utama yang menjalankan penguraian bahan organik daripada pereputan organisma yang mati dalam ekosistem.  Kulat