• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELAN ANTIRASUAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TAHUN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PELAN ANTIRASUAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TAHUN"

Copied!
80
0
0

Teks penuh

(1)

FRONT COVER BACK COVER

TAHUN 2021 - 2025

PELAN

ANTIRASUAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TAHUN 2021 - 2025

PELAN

ANTIRASUAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(2)

PELAN

ANTIRASUAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

(3)

FRONT COVER BACK COVER

TAHUN 2021 - 2025

PELAN

ANTIRASUAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Cetakan Pertama 2021

©Unit Integriti

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Diterbitkan oleh:

Unit Integriti

Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900, Tanjung Malim, Perak.

No. Tel: 605-4506451

Laman sesawang: www.integriti.upsi.edu.my

Dicetak oleh:

Ambang Kemas Sdn Bhd (391098-M) GC-52, Block A, Kelana Square Jalan SS 7/26, Kelana Jaya

47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Telefon - 03-7804 9376 / 03-7886 9370 Faks - 03-7804 9370

Emel - [email protected]

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

PELAN ANTIRASUAH : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TAHUN 2021-2025.

ISBN 978-967-2851-99-8

1. Universiti Pendidikan Sultan Idris--Corrupt practices.

2. Corruption--Prevention.

3. Government publications--Malaysia.

364.132309595

Atur Huruf: Ramli Mosmin & Khairol Ezedy Abdul Rahman Reka bentuk kulit depan: Khairul Aizat Abdul Rauf

(4)

Al-Qasas Ayat 26

Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.

Al-Anfal Ayat 27

Wahai orang - orang beriman janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah

kamu sedang kamu mengetahui salahnya

Hadis Riwayat Abu Daud

Barang siapa yang kami angkat menjadi pegawai dengan tugas tertentu dan telah kami berikan upah sebagaimana mestinya, maka apa

yang dia ambil di luar daripada apa yang telah diberikan, maka itu namanya pengkhianatan

(rasuah)

(5)

Integriti Prelim

iv v

(6)

AMANAT NAIB CANSELOR

ALU-ALUAN KETUA UNIT INTEGRITI SINGKATAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang 1.2 Pelan Strategik 1.3 Objektif Kualiti

1.4 Polisi Sedia Ada dalam Menangani Rasuah 1.5 Bidang Keutamaan Terdedah kepada Rasuah

CABARAN MENANGANI RASUAH

2.1 Dasar Integriti dan Tadbir Urus Pelan Antirasuah UPSI

2.2 Isu dan Cabaran Menangani Rasuah 2.3 Sektor yang Cenderung kepada Rasuah

MEMPERKASA USAHA PENCEGAHAN RASUAH

3.1 Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) UPSI

3.2 Tujuan Pembangunan OACP UPSI 3.3 Skop dan Metodologi

3.4 Penilaian Risiko Rasuah

(Corruption Risk Management) 3.5 Bidang-Bidang Berisiko

3.6 Kupasan Data

Kandungan

BAB 1

BAB 2

BAB 3

(7)

KERANGKA DAN PELAN TINDAKAN PELAN ANTIRASUAH

4.1 Kerangka Antirasuah 4.2 Pelan Antirasuah UPSI 4.3 Bidang Keutamaan 1 4.4 Bidang Keutamaan 2 4.5 Bidang Keutamaan 3

MEKANISMA PEMANTAUAN & PELAPORAN

5.1 Mekanisme Penyelarasan Pemantauan dan Penilaian

5.2 Peranan dan Fungsi dalam Pemantauan dan Penilaian

PENUTUP DAN PENGHARGAAN

BAB 4

BAB 5

BAB 6

(8)

Amanat

Naib Canselor

Saya ingin memetik ayat daripada Surah Al-Baqarah ayat 188:

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula

kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana

hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu

mengetahui (salahnya).

(9)

Integriti Prelim

i ii

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat

Sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita bersama sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan limpah kurnia- Nya kita semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus bekerja dan berbakti kepada negara. Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja UPSI untuk komitmen dan kerja keras sepanjang tahun 2021.

PELAN ANTIRASUAH UPSI TAHUN 2021-2025 telah digubal bermula tahun 2020 dan merupakan kesinambungan kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2019 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah.

Bertepatan dengan Visi Pelan Antirasuah UPSI, iaitu pembentukan warga UPSI yang bebas rasuah dengan mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti yang tinggi, pelan yang dirangka ini menggambarkan komitmen dan keseriusan pemimpin dan warga UPSI dalam menyemai rasa tanggungjawab, amalan yang berintegriti tinggi dan sekali gus menangani dan mengekang penularan, pembudayaan dan amalan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam kalangan warga UPSI.

Pembentukan keperibadian yang tinggi dalam kalangan warga UPSI dilihat amat penting bagi memastikan kesinambungan human capital yang lebih berdaya saing dan berintegriti tinggi. Hal ini seterusnya dapat mengekang penularan dan pembudayaan aktiviti yang tidak bermaruah di universiti yang kita cintai ini.

Dengan terhasilnya pelan tersebut, diharapkan agar warga UPSI dapat menjadikan dokumen berkenaan sebagai bahan rujukan utama dan seterusnya menentukan perancangan terbaik dalam menangani isu tersebut.

Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk merakamkan rasa syukur dan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penggubal Pelan Antirasuah UPSI Tahun 2021-2025 yang diketuai oleh Pendaftar UPSI atas komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang menguruskan dan membina pelan tersebut.

Akhir kata, marilah kita bersama- sama untuk terus membina institusi yang kita cintai agar lebih berdaya saing, bersih dan berintegriti tinggi.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah Wassalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

(10)

Alu-aluan

Ketua Unit Integriti

Memetik kata-kata Warren Buffet:

Somebody once said that in looking for people to hire,

you look for three qualities:

integrity, intelligence, and energy. And if you don’t have the first, the other two will kill

you.

(11)

Integriti Prelim

iii iv

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan- Nya, Buku Pelan Antirasuah UPSI Tahun 2021-2025 dapat diterbitkan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UPSI kerana dengan kepercayaan dan sokongan padu yang diberikan kepada sekretariat, Unit Integriti dan Ahli Jawatankuasa Penggubal Pelan Antirasuah UPSI, maka terhasillah sebuah dasar antirasuah yang mencerminkan harapan tinggi warga UPSI untuk bebas daripada gejala rasuah dan seterusnya mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti dalam kehidupan seharian.

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) UPSI Tahun 2021-2025 yang dibangunkan ini adalah bagi memastikan warga UPSI mendukung aspirasi dan agenda nasional dalam membanteras perilaku gejala rasuah dan pelanggaran integriti. Integriti merupakan kualiti asas yang perlu ada dalam jiwa setiap penjawat awam.

Untuk memenuhi harapan rakyat, sistem penyampaian perkhidmatan awam perlu berteraskan nilai-nilai amanah.

Walaupun inisiatif yang digubal dalam OACP ini dihasilkan untuk pelaksanaan pada tahun 2021-2025, namun ia perlu diteruskan pada masa hadapan untuk memastikan pembangunan UPSI yang lestari dan bebas rasuah. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi dengan pemantauan dan penyelarasan yang efektif.

Unit Integriti merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam menghasilkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) UPSI Tahun 2021-2025. Semoga semua warga UPSI dapat memanfaatkan penghasilan pelan antirasuah ini dalam merealisasikan hasrat untuk memerangi rasuah dan salah laku integriti.

Sekian dan terima kasih.

(12)

Ringkasan Eksekutif

Pelan Antirasuah Organisasi OACP UPSI 2021-2025 ini telah dibangunkan seiring dengan komitmen Kerajaan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dan Pelan Antirasuah Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 - 2024.

Objektif utama OACP UPSI 2021 - 2025 adalah seperti yang berikut:

i. Menggariskan kerangka dan hala tuju tindakan pencegahan bagi menangani isu dan permasalahan rasuah khususnya di dalam universiti dengan lebih jelas dan berkesan.

ii. Membudayakan amalan kerja yang berteraskan kecemerlangan melalui sistem pentadbiran UPSI yang cekap, berintegriti, bermoral, beretika serta mempunyai minda kelas pertama.

iii. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama berpasukan warga UPSI untuk membanteras rasuah.

iv. Meningkatkan imej UPSI dan kepercayaan pemegang taruh serta masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh universiti.

Visi utama OACP UPSI 2021 - 2025 adalah menjadikan warga kerja UPSI yang bebas rasuah dengan membudayakan ketelusan, akauntabiliti dan integriti yang sangat tinggi melalui tiga misi yang telah ditetapkan, iaitu:

i. Mengenal pasti faktor, bentuk, kebarangkalian, potensi dan kesan rasuah dalam UPSI mengikut bidang keutamaan.

ii. Membaiki kelemahan tadbir urus dan integriti dalam UPSI.

iii. Melaksanakan inisiatif secara kolektif bagi menangani rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

(13)

Integriti Prelim

v vi

Dokumen ini menggariskan tiga (3) bidang keutamaan yang memayungi tiga (3) strategik utama, sebelas (11) objektif strategik, dua puluh lapan (28) potensi risiko dan tujuh puluh lapan (78) inisiatif secara keseluruhan. Setiap pelan tindakan yang dirangka mengambil kira keperluan terhadap pemantapan integriti, pengukuhan tadbir urus dan pemerkasaan pencegahan rasuah.

Untuk mencapai kejayaan pelaksanaannya maka aspek-aspek seperti pengukuhan struktur organisasi, penambahbaikan dalam aspek peningkatan sistem teknologi, perubahan dasar, pemantauan dan pemantapan modal insan perlu diberi perhatian serius.

Unit Integriti selaku urus setia bagi pelaksanaan Pelan Antirasuah ini akan memastikan aspek pemantauan dan penilaian dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja OACP Universiti dan dikawal selia oleh Jawatankuasa Antirasuah bagi memantau prestasi pelaksanaannya sehingga 2025. OACP ini akan menjadi panduan terbaik untuk meningkatkan imej UPSI sebagai sebuah universiti yang berintegriti tinggi dan bebas rasuah dalam menyahut seruan kerajaan “Malaysia Dikenali dengan Integriti, Bukan dengan Rasuah.”

(14)

SINGKATAN

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris KSAJS Kampus Sultan Abdul Jalil Shah KSAS Kampus Sultan Azlan Shah OACP Pelan Antirasuah Organisasi NACP Pelan Antirasuah Nasional IPT Institut Pengajian Tinggi SPRM Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia

ASPRM Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

CRM Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management) JAR Jawatankuasa Antirasuah

BPSM Bahagian Pembangunan Sumber Manusia

BPU Bahagian Perundangan

BSM Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

UI Unit Integriti

JPPHB Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda

BHEA Bahagian Hal Ehwal Akademik BG Bahagian Governan

JB Jabatan Bendahari

Btrans Bahagian Pengangkutan

PPPI Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi

PKM Pejabat Karang Mengarang

PPA Pusat Pembangunan Akademik

PTj Pusat Tanggungjawab

(15)

Integriti Prelim

vii 1

Prelim

1

PENDAHULUAN BAB 1

(16)

1.1 LATAR BELAKANG UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

UPSI yang Terletak di Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan mempunyai tiga (3) kampus utama iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) dan terkini Kampus Teluk Intan dengan keluasan 983.138 ekar. UPSI begitu komited untuk membawa perubahan dalam pendidikan melalui penyebaran ilmu menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan modal insan cemerlang di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

1922

Maktab Latihan Guru ditubuhkan dan dirasmikan oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

1922

Penjenamaan semula kepada Sultan Idris Trainning College (SITC) diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Abdul Jalil

1957

SITC ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) apabila cendekiawan Melayu mula mengambil alih pentadbiran Eropah

1987

Era MPSI berakhir pada tanggal 21 Februari 1997 apabila taraf sebuah maktab ditingkatkan menjadi institusi dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)

1997

10 tahun menerajui era pendidikan dengan menjulang nama IPSI, pada tahun 1997 dengan langkah penuh bergaya apabila institusi ini secara rasminya dinaikkan taraf sebagai sebuah universiti awam dengan membawa nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

2002 2012 2022

Pada 22 April 2002 dengan rasminya UPSI mempunyai 2 kampus, iaitu kampus utama, Kampus Sultan Abdul Jalil (KSAJ), manakala kampus baharu, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS)

KSAS secara rasmi beroperasi sepenuhnya dengan memberi impak pembangunan kepada kawasan sekitar terutamanya Proton City

Sempena 100 Tahun SITC-MPSI-IPSI-UPSI, selama 100 tahun legasi institusi pendidikan yang terbilang ini telah berjaya mahsyur dalam membina kebitaraan pendidikan negara bertepatan dengan tema 100 Tahun UPSI: Peneraju Kebitaraan Pendidikan daripada orang

(17)

3

Pendahuluan

1.2 PELAN STRATEGIK

Dalam usaha mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, amat penting untuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan yang signifikan terutamanya dalam merencana pengajaran dan pembelajaran untuk generasi akan datang. Dalam mengejar arus kemodenan dan kepesatan teknologi, elemen pengajaran dan pembelajaran berteraskan kasih sayang, etika dan kemanusiaan juga harus diberikan perhatian yang sewajarnya. Justeru, melalui penghasilan Pelan Strategik UPSI 2021-2025, penetapan beberapa teras, strategi dan Sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dilihat sebagai usaha yang murni dan seiring dengan matlamat serta hala tuju negara.

(18)

1.3 OBJEKTIF KUALITI

1.4 POLISI SEDIA ADA DALAM MENANGANI RASUAH

1.4.1 Definisi Rasuah

Menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, rasuah didefinisikan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun.

Mencapai kebitaraan akademik menerusi kecemerlangan staf akademik, pelajar dan penawaran kursus

Menerajui kecemerlangan menerusi aktiviti penyelidikan, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan

Memperluaskan kolaborasi

strategik bersama pihak

industri dan komuniti sehingga ke

peringkat antarabangsa

Objektif Kualiti

Memperhebatkan tadbir urus dalam penyediaan sumber, infrastruktur dan

infostruktur

1 2

3 4

5

Menghasilkan graduan holistik yang

unggul dari perspektif akademik dan

akhlak serta keusahawanan

(19)

5

Pendahuluan

1.4.2 Mengapa Perlu Tangani Rasuah?

Jenayah Rasuah merupakan amalan yang membawa kepada pelbagai impak negatif seperti keruntuhan moral dan penindasan dalam kalangan masyarakat, kerosakan dan ancaman kepada negara, serta menggugat keselamatan dan keamanan. Rasuah ibarat virus. Rasuah akan menjejas dan menghancurkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

Rasuah perlu dielakkan kerana ia membawa pelbagai kesan termasuk risiko pendakwaan jenayah, risiko kerugian kewangan, perdebatan moral, kenaikan kos pembiayaan, modal operasi dan kos penyelenggaraan sesuatu projek, kenaikan harga tanah atau utiliti, atau kenaikan yuran atau kos untuk menggunakan sesuatu kelengkapan. Selain itu, rasuah menimbulkan ancaman kepada negara dan individu, boleh menyebabkan pergolakan sosial dan menggalakkan lebih banyak jenayah.

Berdasarkan sumber rasmi iaitu Global Financial Integrity Report 2017, antara tahun 2005 hingga 2014, Malaysia telah kehilangan RM1.8 trilion menerusi aliran kewangan tidak sah yang sebahagian daripadanya berpunca daripada amalan rasuah.

Manakala sektor yang paling terdedah dengan rasuah mengikut laporan SPRM ialah sektor awam kerana 63.30%

daripada aduan rasuah yang diterima adalah melibatkan sektor awam di Malaysia.

Hal ini disebabkan oleh tadbir urus yang lemah dalam bidang perolehan, agensi penguatkuasaan undang-undang serta pentadbiran. Fenomena risiko rasuah yang tinggi di sektor

(20)

awam ini turut disokong oleh statistik SPRM. Pada tahun 2015 hingga 2018, seramai 30 orang pegawai peringkat pengurusan tertinggi dalam sektor awam telah ditangkap kerana terlibat dalam rasuah. Keterlibatan pegawai tertinggi sektor awam ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian dana awam tetapi turut menimbulkan pelbagai persoalan tentang integriti sektor awam dalam menjamin keselamatan dan kemakmuran negara.

1.4.3 Langkah Ke Arah Menangani Gejala Rasuah

Selari dengan dasar dan komitmen Kerajaan Malaysia dalam menangani isu rasuah, UPSI sentiasa menyokong dan berusaha merealisasikan dasar tersebut. Antara usaha universiti dalam mencapai hasrat kerajaan adalah dengan membangunkan dan menggubal Pelan Antirasuah UPSI Tahun 2021-2025. Pelan ini akan menjadi rujukan induk bagi UPSI dalam mencegah dan menangani isu-isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi.

1.5 BIDANG KEUTAMAAN TERDEDAH KEPADA RASUAH

Tiga (3) bidang keutamaan yang dikenal pasti terdedah kepada risiko rasuah di UPSI adalah seperti yang berikut:

i. TADBIR URUS

Tadbir Urus merujuk semua pengurusan hal ehwal pentadbiran di universiti. Penyampaian perkhidmatan dilihat sebagai faktor penting yang mencerminkan imej UPSI. Asas bagi sektor pentadbiran dan tadbir urus terletak pada pelan strategik UPSI untuk memastikan bahawa

(21)

7

Pendahuluan pemegang taruh dan pelanggan UPSI pada umumnya menikmati hak mereka melalui penyampaian perkhidmatan yang disediakan. Pendekatan yang lebih sistematik adalah diperlukan dalam membangunkan dasar yang sesuai bagi menguruskan kecekapan pentadbiran universiti. Tadbir urus pula ditakrifkan sebagai pelaksanaan kuasa ekonomi, politik dan pentadbiran untuk menguruskan hal ehwal organisasi.

Antara kepentingan mewujudkan tadbir urus adalah memastikan organisasi diuruskan mengikut undang-undang dan nilai etika yang baik untuk meyakinkan pemegang taruh demi kepentingan pelanggan.

ii. PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan Kewangan ialah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah iaitu dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperoleh, dibelanja dan diperakaunkan, termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan,perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Mengikut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perolehan awam merujuk pembelian barangan, perkhidmatan dan kerja oleh agensi awam. Oleh sebab perolehan awam melibatkan sejumlah besar wang pembayar cukai dan beberapa sumber peruntukan perbelanjaan universiti adalah daripada kerajaan, UPSI perlu melaksanakannya dengan cekap agar kepentingan awam dilindungi. Perolehan merupakan satu daripada bidang dalam UPSI yang terdedah kepada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Selain, itu, perolehan juga melibatkan bidang pembangunan, termasuklah proses penyiapan projek-projek pembangunan. Bidang keutamaan ini merangkumi urusan pengurusan dan penyelarasan bajet serta pelaksanaan projek pembangunan di UPSI.

(22)

iii. PENGURUSAN AKADEMIK

Pengurusan akademik adalah fungsi utama sebuah universiti yang merangkumi urusan pengajaran, pembelajaran, pengambilan pelajar, pelantikan ahli akademik dan penyeliaan pelajar, serta hal-hal ahli akademik di fakulti dan pemantapan kokurikulum serta aktiviti pelajar. Oleh itu, adalah amat penting bagi memastikan aktiviti utama ini tercapai dan tadbir urus pengurusan yang berkaitan dengannya diperkasa bagi memastikan objektif dan fungsi- fungsi di atas dapat berjalan dengan sempurna.

Dalam konteks OACP UPSI ini, bidang keutamaan Pengurusan Akademik turut merangkumi empat (4) elemen utama, iaitu Penyelidikan, Penerbitan, Pengkomersialan dan Perundingan yang merupakan elemen penting dalam peningkatan taraf sesebuah universiti. Usaha untuk memastikan ketekalan kualiti penyelidikan dan inovasi yang memberikan manfaat kepada masyarakat dan diiktiraf oleh penyelidik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, ketelusan dan integriti dalam hal ehwal berkaitan dengan penyelidikan juga perlu ditingkat dan diperkasakan.

(23)

Pendahuluan

CABARAN MENANGANI RASUAH

BAB 2

(24)

2.1 DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS PELAN ANTIRASUAH UPSI

Dalam menuju status negara maju dan berpendapatan tinggi, agenda pembanterasan rasuah telah menjadi keutamaan negara.

Oleh itu, beberapa inisiatif utama di peringkat nasional telah dibangunkan bermula dengan Pelan Integriti Nasional (PIN), Pelan Transformasi Kerajaan 1.0 (GTP) 2010, Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP) 2012, dan yang terkini ialah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

Pelan Antirasuah UPSI sentiasa menyokong kerajaan dalam membanteras rasuah. Bagi tujuan ini, Pelan Antirasuah UPSI telah mengambil inisiatif selari dengan dasar integriti dan tadbir urus nasional dengan melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah Warga UPSI pada tahun Februari 2018 dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 pada tahun 2021.

2.2 ISU DAN CABARAN MENANGANI RASUAH

Isu rasuah wujud dalam pelbagai sektor dan bidang tanpa mengira status atau kedudukan individu yang memberi atau menerima rasuah. Tekanan ekonomi dan sosial membuka ruang dan peluang kepada berlakunya rasuah dan pelanggaran etika dalam pengurusan awam. Secara amnya, isu dan cabaran rasuah Pelan Antirasuah UPSI boleh dibahagi kepada tiga (3), iaitu tadbir urus, integriti dan rasuah.

Kelemahan organisasi

Menggunakan pengaruh luar untuk mendapatkan sokongan bagi sesuatu perkara yang dikehendaki

Penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan kewangan

Tadbir Urus

1

2

3

(25)

Cabaran Menangani Rasuah

11

Penyalahgunaan kuasa dalam menjalankan tugas

Kebocoran maklumat terperingkat (dokumen kajian) semasa

peringkat penyediaan terma rujukan

Wujud ruang dan peluang untuk rasuah dan pelanggaran integriti semasa pelaksanaan tugas

INTEGRITI

1 2 3

Campur tangan pihak yang berkepentingan dalam proses membuat keputusan

4

Pegawai membuat kerja perundingan dengan bayaran

5

Membuka ruang dan peluang kepada penyelewengan dan salah guna kuasa dalam menjalankan tugas

Campur tangan pihak berkepentingan dalam proses membuat keputusan

Kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan

RASUAH

1 2 3

Kelemahan sistem dan prosedur

4

Kekurangan sumber (contohnya:

logistik, kewangan, kakitangan dan lain-lain)

5

Sikap dan mentaliti kakitangan yang mengambil mudah isu rasuah dan penyelewengan

6

(26)

2.3 SEKTOR YANG CENDERUNG KEPADA RASUAH:

2013-2018

(Aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM])

0.00%

5.00%

10.00%

15.00%

20.00%

25.00%

30.00%

35.00%

40.00%

45.00%

Pertahanan dan Keselamatan Perkhidmatan

Perolehan Pelaburan Penguatkuasaan

Perlesenan dan permit Pembiayaan dan hasil Pentadbiran

Perniagaan dan Industri Hal Ehwal Undang-undang dan Kehakiman

0.10% 0.50% 0.40%

23.90%

8.60%

8.10%

42.80%

13.40%

1.20% 0.90%

Sumber : Pelan Antirasuah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020 - 2024

(27)

Cabaran Menangani Rasuah

13

MEMPERKASA USAHA PENCEGAHAN RASUAH

BAB 3

(28)

3.1 PEMBANGUNAN PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) UPSI

Bab ini menerangkan tujuan pembangunan OACP Pelan Antirasuah UPSI dan kaedah pengenalpastian bidang keutamaan berdasarkan isu dan cabaran kepada UPSI. Berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan, UPSI telah mengenalpasti tiga (3) bidang keutamaan yang mungkin memberi kesan negatif kepada Universiti dan akan menjadi teras dalam usaha pembanterasan rasuah, iaitu Tadbir Urus, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Akademik.

3.2 TUJUAN PEMBANGUNAN OACP UPSI

3.2.1 Dalam mendukung usaha pemantapan tadbir urus, integriti dan rasuah dalam sistem pengurusan pentadbiran kerajaan, IPTA melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018, Siri 2 No.1 Tahun 2019 pada 29 Mac 2019, telah diarahkan untuk mewujudkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi mematuhi strategi dan inisiatif di dalam NACP di bawah:

3.2.2 Pelan Antirasuah Organisasi UPSI sangat komited merealisasikan aspirasi kerajaan di peringkat nasional untuk memastikan Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai negara yang berintegriti dan bebas rasuah. Pelan Antirasuah Organisasi UPSI

STRATEGI 2:

Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan

INISIATIF 2.1.5:

Mewajibkan sektor awam untuk membangunkan OACP dengan dibantu oleh tiga agensi iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pusat Tadbir Urus,

Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dan Institut Integriti Malaysia.

(29)

Cabaran Menangani Rasuah

15

merupakan satu komitmen dan usaha Jabatan dalam menangani rasuah. OACP yang disediakan meliputi aspek tadbir urus, integriti dan rasuah dalam organisasi serta melibatkan semua bidang dan aktiviti yang ada di dalam organisasi. Ia akan menjadi satu platform yang sistematik dalam menangani isu rasuah dengan mekanisme pelaporan kepada pengurusan tertinggi organisasi secara berkala.

3.3 SKOP DAN METODOLOGI

Skop OACP UPSI adalah meliputi aspek tadbir urus, integriti dan rasuah dalam organisasi. Semua bidang dan aktiviti universiti diteliti dan dikenalpasti sekiranya ia memberi risiko rasuah kepada jabatan. Metodologi penyediaan OACP adalah seperti di Rajah 1.

Rajah 1: Metodologi Penyediaan OACP UPSI

Terima Arahan Penyediaan Pelantikan JK OACP

Membuat analisis

Penyediaan Draf OACP

Kelulusan di peringkat MJAR, MJKPU & LPU

Townhall Mengumpul maklumat/ data (Sekunder) berkaitan isu rasuah,

integriti dan tadbir urus

Mengenal pasti bidang dan aktiviti Jabatan yang berisiko dan kelemahan sistem tadbir

urus sedia ada - CRA (Corruption Risk Assesment)

Pembentangan Draf OACP di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

Pelan Antirasuah UPSI

Unit Integriti telah menerima arahan penyediaan pada 25 November 2020 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJKPU) Surat lantikan JK OACP berkuat kuasa 04 Januari 2021. Seramai 20 orang telah dilantik sebagai ahli JK OACP Bengkel 1: Penyediaan OACP telah diadakan bersama pihak SPRM pada 7-9 April 2021. Sumber data adalah daripada soal selidik, laporan, aduan, penemuan audit, maklum balas dan lain-lain data berkaitan.

Menganalisa data-data yang dikumpul berkaitan , integriti dan rasuah daripada pelbagai sumber.

Bengkel Pemurnian Kali Ke- 2 secara dalam talian diadakan bersama JK OACP bagi memurnikan pelan tindakan dan inisiatif OACP UPSI pada 29 Julai 2021.

Pembentangan Draf Akhir OACP semasa Bengkel Pemurnian Kali Ke-3 pada 27 Ogos 2021 sebelum diangkat ke peringkat MJAR & MJKPU.

Pembentangan OACP UPSI di peringkat MJAR, MJKPU & LPU untuk kelulusan pelaksanaan.

Hebahan kepada seluruh warga UPSI Dilaksanakan

semasa Bengkel 1

Dilaksanakan semasa Bengkel 1

(30)

3.4 PENILAIAN RISIKO RASUAH (CORRUPTION RISK ASSESMENT)

Penilaian risiko dibuat berdasarkan isu yang timbul daripada data yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Ia kemudiannya diperincikan mengikut bidang yang cenderung kepada rasuah.

Berikut adalah mekanisme yang digunakan untuk membuat penilaian terhadap risiko rasuah.

3

Membuat semakan data-data daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Laporan Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi tempoh 2015-2020.

5 1

Membuat semakan data-data dalaman organisasi

Laporan Aduan, kes-kes tatatertib tahun 2015-2020, Laporan

Audit Dalam dan Laporan dari Unit Integriti.

2

4

Menganalisis data-data berkaitan risiko rasuah sebelum dan semasa Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) UPSI pada 7- 9 April 2021 bersama dengan pihak konsultan bebas (Mantan pegawai SPRM);

Menganalisis data-data yang dikumpul berkaitan tadbir urus, integriti dan rasuah semasa Bengkel Pembangunan OACP 7 hingga 9 April bersama mantan Pegawai SPRM.

Mengkategorikan risiko-risiko yang dikenal pasti kepada bidang-bidang utama agar pelan tindakan boleh dirangka.

(31)

Cabaran Menangani Rasuah

17

3.5 BIDANG-BIDANG BERISIKO

Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, tiga (3) bidang keutamaan telah dikenal pasti iaitu Tadbir Urus, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Akademik. Huraian adalah seperti berikut:

3.5.1 Tadbir Urus

Secara umumnya sesebuah organisasi yang diteraju dengan kawalan, amalan terhadap sistem pentadbiran serta urus tadbir yang baik, dapat mewujudkan satu sistem pengurusan yang cekap, peka, mesra dan responsif terhadap kehendak pemegang taruh (stakeholders).

Dalam konteks UPSI, pentadbiran dan tadbir urus organisasi merupakan bidang utama yang sangat penting kerana ia meliputi aktiviti serta program utama Jabatan yang terdedah kepada risiko integriti dan rasuah. Oleh itu, beberapa strategi dan objektif strategik dirangka bagi melonjakkan kecekapan pengurusan dan tadbir urus dengan integriti kakitangan yang tinggi bagi memperlihatkan penambahbaikan berterusan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan.

Satu (1) strategi dan enam (6) objektif strategik dirangka untuk menangani sepuluh (10) risiko iaitu lapan (8) potensi risiko dengan kebarangkalian dan impak tinggi, satu (1) potensi risiko dengan kebarangkalian dan impak signifikan dan satu (1) potensi risiko dengan kebarangkalian dan impak sederhana. Risiko yang dikenal pasti adalah seperti pada lampiran 1.

(32)

3.5.2 Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan merupakan bidang yang paling terdedah kepada rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Menjadi matlamat Jabatan untuk memastikan perancangan dan pengurusan kewangan dan perolehan adalah berteraskan peraturan dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa.

UPSI sentiasa komited dalam memastikan pengurusan kewangan dan perolehan dilaksanakan secara telus dan berhemah. Justeru itu, semua urusan perolehan di UPSI perlu diurus berlandaskan dasar dan prinsip perolehan kerajaan bagi menjamin perolehan yang terbaik dan berkesan. Penelitian terhadap amalan, sistem dan prosedur ditekankan bagi tujuan penambahbaikan proses kerja dan menutup ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Satu (1) strategi dan tiga (3) objektif strategik dirangka untuk menangani sembilan (9) risiko atau potensi risiko dengan kebarangkalian dan impak tinggi dan dua (2) risiko atau potensi risiko dengan kebarangkalian dan impak signifikan. Risiko yang dikenal pasti adalah seperti pada lampiran 2.

3.5.3 Pengurusan Akademik

Pengurusan akademik merupakan fungsi utama Universiti Pendidikan Sultan Idris selaras dengan usaha dan peranannya sebagai sebuah universiti pendidikan terulung di negara dan rantau ini. Ia melibatkan pelbagai kluster merangkumi sains

(33)

Cabaran Menangani Rasuah

19

sosial, sains tulen dan gunaan, sastera dan ikhtisas, warisan alam dan budaya, teknologi maklumat dan komunikasi, teknologi dan kejuruteraan dan sains kesihatan dan klinikal.

Sejajar dengan perkembangan penyelidikan di UPSI, universiti perlu memastikan dan memantau semua aktiviti berkaitan melibatkan manusia, haiwan dan biokeselamatan dijalankan dengan memenuhi aspek-aspek penghormatan terhadap privasi, kerahsiaan, kesejahteraan haiwan dan pemuliharaan terhadap kepelbagaian biologi dan alam sekitar.

Dalam memastikan tadbir urus yang baik dalam pengurusan akademik universiti ini, pemantauan terhadap sistem pengurusan dan sumber kewangan yang diperuntukkan juga adalah menjadi fokus utama universiti dalam memastikan unsur-unsur penyalahgunaan kuasa, penyelewengan serta rasuah tidak berlaku.

Satu (1) strategi dan satu (1) objektif strategik dirangka untuk menangani satu (1) risiko atau potensi risiko dengan kebarangkalian dan impak tinggi, empat (4) risiko atau potensi risiko dengan kebarangkalian dan impak signifikan dan dua (2) risiko atau potensi risiko dengan kebarangkalian dan impak sederhana. Risiko yang dikenal pasti adalah seperti pada lampiran 3.

3.6 KUPASAN DATA

Kupasan data diperoleh sepanjang proses penilaian risiko.

Data-data daripada pelbagai sumber telah digunapakai dan dinilai untuk mendapatkan maklumat yang berguna dalam membuat keputusan.

(34)

3.6.1 Data yang Dikumpul

STATISTIK BERKAITAN UNIVERSITI AWAM (SELURUH MALAYSIA) BAGI TAHUN 2016 – 2020

Sumber: Unit Statistik, Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat, SPRM pada 10 Februari 2021

STATISTIK MAKLUMAT (PECAHAN KESALAHAN SEKSYEN KESALAHAN) UNIVERSITI AWAM (SELURUH MALAYSIA) BAGI TAHUN 2016 -2020

Sumber: Unit Statistik, Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat, SPRM pada 10 Februari 2021

2016 2018

2020

0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50

Terima Rasuah Beri Rasuah

Tuntutan Palsu Salhguna Kuasa

Sistem dan Prosedur AMLA

Kanun Keseksaan Lain-lain

2016 2017 2018 2019 2020 0

20 40 60 80 100 120 140

2016 2017 2018 2019 2020

121

76

107 103

84 47

7 7 17 14

18 5 18 14 14

2 2

19 11 11

1 1 2 3 6

Maklumat Kertas Siasatan Tangkapan Pertuduhan Siasatan

(35)

Cabaran Menangani Rasuah

21

STATISTIK BERKAITAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) BAGI TAHUN 2016 – 2020

Sumber: Unit Statistik, Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat, SPRM pada 10 Februari 2021

STATISTIK MAKLUMAT (PECAHAN KESALAHAN SEKSYEN KESALAHAN) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) BAGI TAHUN 2016 -2020

Sumber: Unit Statistik, Bahagian Pengurusan Rekod & Maklumat, SPRM pada 10 Februari 2021

0 1 2 3 4 5 6 7

2016 2017 2018 2019 2020

2016 2017 2018 2019 2020

Maklumat 5 4 7 3 6

Kertas Siasatan 1 1 0 0 0

Tangkapan 0 0 1 0 0

Pertuduhan 0 0 1 0 0

Siasatan 0 0 0 0 0

2016 2018

2020

0 0.51 1.52 2.53 3.54 4.5 5

Terima Rasuah Beri Rasuah

Tuntutan Palsu Salahguna Kuasa

Sistem dan Prosedur AMLA

Kanun Keseksaan Lain-lain

2016 2017 2018 2019 2020

(36)

0 5 10 15 20 25

2018 2019 2020 2021

1

11

3

0

4 5

1 0

2

10

21

8 STATISTIK KES YANG DITERIMA OLEH UNIT INTEGRITI

BERDASARKAN PUNCA KUASA

Kehilangan Aset/Inventori Jawatankuasa Audit Aduan 0

1 2 3 4 5 6

Tidak Hadir Bertugas Dadah

Tidak mengetik kad perakam waktu Penyataan Awam

Gagal dan ingkar untuk melaporkan diri kembali bertugas Pelanggaran peraturan

kewangan

Tidak menjalankan tugas yang diarahkan

Mendedahkan maklumat di dalam dokumen terperingkat Tidak mengisi LNPT cuai dalam

melaksanakan tugas Keterhutangan yang serius

STATISTIK KESALAHAN TATATERTIB STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) TAHUN 2015 - 2020

2015 2016 2017 2018 2019 2020

STATISTIK KESALAHAN TATATERTIB STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) TAHUN 2015 - 2020

Sumber : Bahaian Perundangan, UPSI pada 25 Mac 2021

STATISTIK KES YANG DITERIMA OLEH UNIT INTEGRITI BERDASARKAN PUNCA KUASA

Sumber: Unit Integriti, UPSI pada 18 Jun 2021

(37)

Cabaran Menangani Rasuah

23

STATISTIK TINDAKAN YANG DIJALANKAN BERHUBUNG

KEHILANGAN ASET/INVENTORI, ADUAN YANG DITERIMA SERTA MYSTERY SHOPPER YANG DIBUAT OLEH UNIT INTEGRITI

Sumber: Unit Integriti, UPSI pada 18 Jun 2021

Selain daripada kes-kes yang diadu dan dilaporkan ke Unit Integriti, terdapat juga kes-kes lain yang diperoleh daripada sumber lain seperti Laporan Ketua Audit Negara, Laporan Audit Dalaman, Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) Jabatan, Laporan Risiko Jabatan dan maklum balas pelanggan.

0 2 4 6 8 10 12

SIASATAN KEHILANGAN ASET/INVENTORI

SIASATAN

DALAMAN PENGESANAN DAN

PENGESAHAN PENASIHATAN MYSTERY SHOPPER

1

5

1

0 0

11

5

6

4

0 3

6

11

5

2 0

2

6

0 0

STATISTIK TINDAKAN YANG DIJALANKAN BERHUBUNG KEHILANGAN ASET/INVENTORI, ADUAN YANG DITERIMA SERTA

MYSTERY SHOPPER YANG DIBUAT OLEH UNIT INTEGRITI

2018 2019 2020 2021

(38)

BIL KES KATEGORI RISIKO 1 Kelewatan ke pejabat tanpa kebenaran dan alasan

munasabah I

2 Ketidakhadiran pegawai tanpa kebenaran atau

alasan yang munasabah I

3 Mengemukakan sijil cuti sakit/ tuntutan palsu I

4 Tiada kelulusan ke luar negara I

5 Kegagalan merekod kedatangan I

6 Aduan awam tidak dijawab G

7 Mengurus hal peribadi pada waktu bekerja dan

meninggalkan tugas hakiki I

8 Salah guna kuasa (keputusan, perolehan) R 9 Penjualan data secara tidak sah atau tanpa kebe-

naran R

10 Ketidakcekapan pegawai menjalankan tugas menyebabkan bebanan tugas banyak dan kualiti rendah

G

11 Ketua membuat pembahagian tugas secara tidak

adil dengan dipengaruhi unsur peribadi G 12 Kecuaian pegawai menjalankan tugas I 13 Mendapatkan sokongan (orang berpengaruh)

untuk mempengaruhi keputusan dalaman jabatan (penempatan)

R

14 Membocorkan maklumat kerajaan R

Kategori Risiko: I – Integriti, G – Tadbir Urus, R - Rasuah

Berikut adalah kes-kes utama mengikut kategori isu integriti, rasuah dan tadbir urus.

(39)

Cabaran Menangani Rasuah

2525

KERANGKA DAN PELAN TINDAKAN PELAN ANTIRASUAH

BAB 4

(40)

4.1 KERANGKA PELAN ANTIRASUAH UPSI

Bab ini menerangkan tentang kerangka bidang keutamaan yang telah ditentukan diperingkat Pelan Antirasuah UPSI.

Sebanyak tiga (3) bidang keutamaan akan menjadi teras utama dalam usaha menambahbaik tadbir urus, integriti dan rasuah dalam Pelan Antirasuah UPSI. Tiga bidang keutamaan tersebut adalah Tadbir Urus, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Akademik.

Daripada tiga (3) bidang keutamaan ini, tiga (3) strategi yang telah dikenalpasti iaitu memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memperkasakan ketelusan sistem tadbir urus UPSI, meningkatkan akauntabiliti dan profesionalisme dalam pengurusan kewangan universiti dan mempertingkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan akademik universiti.

Strategi ini seterusnya membawa kepada sebelas (11) objektif strategi yang mempunyai tujuh puluh lapan (78) inisiatif yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

di lampiran 1.

VISI OACP

OACPMISI

MATLAMAT

STRATEGI

Pembentukan warga kerja UPSI yang bebas rasuah dengan membudayakan ketelusan, akauntabiliti

dan integriti yang sangat tinggi

Mengenal pasti faktor, bentuk, kebarangkalian, potensi dan kesan rasuah dalam UPSI mengikut bidang keutamaan

Membaiki kelemahan tadbir urus dan integriti dalam UPSI Melaksanakan inisiatif secara

kolektif bagi menangani rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa

Mengamalkan budaya kerja yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti di UPSI

Tadbir Urus Pengurusan Kewangan Pengurusan Akademik

BIDANG KEUTAMAAN Memperkukuhkan kecekapan

penyampaian perkhidmatan dan memperkasakanketelusan

sistem Tadbir urus UPSI Meningkatkan Akauntabiliti Dan Profesionalisme Dalam Pengurusan

Kewangan Universiti Mempertingkatkan ketelusan

dan akauntabiliti dalam pengurusan akademik universiti

(41)

Kerangka Dan Pelan Tindakan Pelan Antirasuah Upsi

27

4.2 PELAN ANTIRASUAH UPSI

4.3 BIDANG KEUTAMAAN 1

RINGKASAN INISIATIF BIDANG KEUTAMAAN

TADBIR URUS BIDANG KEUTAMAAN

PENGURUSAN KEWANGAN BIDANG KEUTAMAAN PENGURUSAN

AKADEMIK INISIATIF

43 INISIATIF

20 INISIATIF

15 JUMLAH KESELURUHAN INISIATIF:

78

RINGKASAN

Bidang Keutamaan 1 Tadbir Urus

Strategik 1 Memperkukuhkan kecekapan

Penyampaian Perkhidmatan dan Memperkasakan Ketelusan Tadbir Urus

di UPSI

Objektif Strategik Inisiatif

1.1 Menggalakkan merit dan integriti dalam proses pengambilan, pemilihan dan pelantikan, kenaikan

pangkat ke mana-mana jawatan di dalam universiti

7

1.2 Meningkatkan ketelusan pengurusan peman-

tauan projek universiti 7

1.3 Meperkukuhkan akauntabiliti dalam pengurusan

kemasukan pelajar 12

1.4 Meningkatkan ketelusan dalam pengendalian

kursus/ latihan/ program universiti 5 1.5 Memperkukuhkan akauntabiliti dan tanggung-

jawab pegawai pentadbiran & kewangan dalam melaksanakan hal-hal pentadbiran

8

1.6 Meningkatkan nilai etika dan integriti warga universiti dalam memastikan keharmonian

organisasi terjaga

4

(42)

4.3.1 PELAN TINDAKAN DAN PEMANTAUAN

Objektif Strategik 1.1 Menggalakkan merit dan integriti dalam proses pengambilan, pemilihan dan pelantikan, kenaikan pangkat ke mana-mana jawatan di dalam universiti BIL. RISIKO /

POTENSI RISIKO (Kelemahan:

Governans, Integriti &

Antirasuah)

INISIATIF / TINDAKAN (Tangani / Atasi

Risiko) UNIT /

BAHAGIAN / PENERAJUI / PELAKSANA

TEMPOH MASA PELAKSANAAN 2021-2025

1 Penyalahgunaan kuasa dalam proses permohonan kenaikan pangkat pengurusan

& profesional yang tidak telus yang boleh menyebabkan universiti mengalami krisis kepimpinan pengurusan universiti

1 Menambahbaik keberkesanan pembangunan profesional dan kompetensi berterusan dalam kalangan pegawai melalui program latihan dalaman/luaran

BPSM 4 Tahun (22-25)

2 Mengenakan tindakan punitif dan tatatertib kepada pelaku dan pegawai penyelia yang gagal mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa.

BPU 4 Tahun (22-25)

3 Memperkasakan Peranan &

Tanggungjawab Jawatankuasa Pemilih BSM 2 Tahun (22-23) 4 Melaksanakan Ujian Psikometrik ke atas

pegawai baharu/sedia ada secara berkala BSM 4 Tahun (22-25)

5 Menguatkuasakan dasar pusingan kerja bagi pegawai yang telah berkhidmat 3 - 5 tahun selaras dengan pekeliling perkhidmatan Bil 3/2004 (Panduan pertukaran pegawai Awam)

BPSM 4 Tahun (22-25)

6 Mengadakan taklimat integriti kepada Ahli Jawatankuasa Pemilih mengenai kesalahan yang biasa berlaku dalam proses perjawatan

BPSM 4 Tahun (22 -25)

7 Membangunkan Dasar Pemberi

Maklumat (Whislte blower) UI 2 Tahun (22-23)

(43)

Kerangka Dan Pelan Tindakan Pelan Antirasuah Upsi

29

Objektif Strategik 1.2 Meningkatkan ketelusan pengurusan pemantauan projek Universiti

BIL. RISIKO / POTENSI RISIKO (Kelemahan:

Governans, Integriti &

Antirasuah)

INISIATIF / TINDAKAN (Tangani / Atasi

Risiko) UNIT /

BAHAGIAN / PENERAJUI / PELAKSANA

TEMPOH MASA PELAKSANAAN 2021-2025

1 Pegawai menerima rasuah daripada kontraktor yang tidak melaksanakan pemantauan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang dijalankan kontraktor yang mengakibatkan risiko tinggi kepada warga universiti.

8 Melaksanakan program kesedaran berkaitan pengurusan projek yang berkualiti secara berterusan kepada pegawai universiti yang terlibat dalam proses berkaitan.

BPSM 4 Tahun (22-25)

9 Mewujudkan mekanisma pemantauan dan pelaporan yang lebih sistematik menerusi bengkel bagi penambahbaik berterusan.

JPPHB 1 Tahun (22)

10 Melaksanakan mekanisma pemantauan

dan pelaporan yang lebih sistematik. JPPHB 4 Tahun (22-25) 11 Menambahbaik program latihan dan

pembangunan kompetensi berterusan pegawai yang mengendalikan projek Universiti.

BPSM 4 Tahun (22-25)

12 Mewujudkan sistem pemantauan secara dalam talian (Project Integrated Management System) bagi Pegawai Pengawal Universiti (Naib Canselor) atau pegawai yang diturun kuasa.

JPPHB 2 Tahun (22-23)

13 Melaksanakan Tapisan Keselamatan/

Profiling terhadap kontraktor yang dipilih. JPPHB 4 Tahun (22-25)

14 Memperhebatkan kempen kesedaran antirasuah dengan meletakkan papan tanda/digital banner di tempat/media lama/media baharu yang menjadi tumpuan warga universiti.

UI 4 Tahun (22-25)

(44)

Objektif Strategik 1.3 Memperkukuhkan akauntabiliti dalam pengurusan kemasukan pelajar

BIL. RISIKO / POTENSI RISIKO (Kelemahan:

Governans, Integriti &

Antirasuah)

INISIATIF / TINDAKAN (Tangani / Atasi

Risiko) UNIT /

BAHAGIAN / PENERAJUI / PELAKSANA

TEMPOH MASA PELAKSANAAN 2021-2025

1 Penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkepentingan dalam proses pemilihan calon/pelajar ke universiti mengakibatkan kualiti graduan yang dihasilkan tidak mencapai tahap yang ditetapkan.

15 Menyemarakkan program pembudayaan

integriti, tadbir urus dan antirasuah. UI 4 Tahun (22-25) 16 Memperkasakan Peranan &

Tanggungjawab Jawatankuasa Pemilihan Pelajar ke universiti.

BHEA 2 Tahun (22- 23)

17 Menguatkuasakan Polisi Tiada Surat Sokongan bagi pemilihan dan kemasukan pelajar.

BHEA 4 Tahun (22-25)

18 Mewujudkan Proses pengisytiharan kepentingan kepada semua pegawai yang terlibat dalam proses kemasukan pelajar (Kepentingan Hubungan kekeluargaan).

BHEA 1 tahun (22)

2 Penyelewengan oleh pegawai yang menguruskan data calon yang memohon kemasukan ke universiti menyebabkan data peribadi calon tersebar ke pihak yang tidak bertanggungjawab (Kolej swasta, scammer).

19 Menyemarakkan program pembudayaan

integriti, tadbir urus dan antirasuah. UI 4 Tahun (22-25) 20 Menguatkuasakan dasar pusingan kerja

bagi pegawai yang telah berkhidmat 3 - 5 tahun selaras dengan pekeling perkhidmatan Bil 3/2004 (Panduan pertukaran pegawai Awam).

BSM 4 Tahun (22-25)

21 Mengenakan tindakan punitif dan tatatertib kepada pelaku dan pegawai penyelia yang gagal mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa.

BPU 4 Tahun (22-25)

22 Mengadakan taklimat integriti dan pendedahan Arahan Keselamatan kepada pegawai yang mengendalikan dokumen terperingkat.

BPSM 4 Tahun (22-25)

23 Mewujudkan insentif/penghargaan kepada pegawai yang cemerlang melaksanakan tugas dengan rekod perkhidmatan yang baik (Sijil Bitara Rasuah) bagi jawatan HotSpot.

UI 2 Tahun (22-23)

24 Menyediakan Polisi yang jelas mengenai proses pelaporan kes salahlaku/

jenayah/rasuah kepada pihak Agensi Penguatkuasaan.

UI 2 Tahun (22-23)

(45)

Kerangka Dan Pelan Tindakan Pelan Antirasuah Upsi

31

2 Penyelewengan oleh pegawai yang menguruskan data calon yang memohon kemasukan ke universiti menyebabkan data peribadi calon tersebar ke pihak yang tidak bertanggungjawab (Kolej swasta, scammer).

25 Menguatkuasakan dasar pusingan kerja maksimum tiga (3) tahun bagi kakitangan yang menguruskan kemasukan pelajar.

BHEA 4 Tahun (22-25)

26 Melaksanakan pengurusan dokumen terperingkat mengikut tatacara Inspektorat.

BG 4 Tahun (22-25)

3 Pegawai menerima rasuah dengan menawarkan kemasukan kepada pelajar baharu untuk program pengajian yang dipohon.

27 Memperkasakan penggunakan teknologi maklumat dalam pengurusan proses kemasukan pelajar.

BHEA 2 Tahun (22-23)

28 Mengenakan tindakan punitif dan tatatertib kepada pegawai dan penyelia yang bertanggungjawab.

BPU 4 Tahun (22-25)

29 Meningkatkan kesedaran warga Universiti

berkaitan Akta SPRM 2009 . UI 4 Tahun (22-25)

30 Melaksanakan program kesedaran

berkaitan Akta 605. BPU 4 Tahun (22-25)

Referensi

Dokumen terkait