• Tidak ada hasil yang ditemukan

Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Esei kerja kursus a.k.a PBS Sejarah STPM"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sosioekonomi merupakan kajian yang berkaitan atau melibatkan unsur-unsur dan faktor-faktor kemasyarakatan dengan ekonomi. Masyarakat pula ditakrifkan sebagai himpunan individu yang hidup bersama di sebuah tempat di mana mereka menjalani kehidupan, bekerja dan berfikir menurut sesuatu cara atau peraturan, tatatertib dan adat istiadat yang tertentu1. Dalam esei ilmiah ini pengkaji telah memfokus kepada perkembangan sosioekonomi masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau.

Kampung Lungkidau merupakan kampung yang terletak di kawasan agak pedalaman dalam Daerah Ranau. Penduduk di kampung ini semuanya terdiri daripada kaum Dusun. Masyarakat Dusun adalah peneroka yang bertanggungjawab ke atas pembukaan Kampung Lungkidau2. Masyarakat Dusun di kampung ini merupakan golongan yang berasal dari pelbagai tempat seperti Daerah Telupid,

Sandakan dan kampung-kampung sekitar Daerah Ranau3. Menurut Ajis Lapinah, masyarakat Dusun yang meneroka dan membuka petempatan di Kampung Lungkidau merupakan masyarakat yang sedang mencari petempatan baharu bagi menaiktaraf hidup mereka. Golongan tersebut kemudiannya

membawa dan mengamalkan sosiobudaya mereka yang pelbagai di Kampung Lungkidau. Selain sosiobudaya, golongan tersebut turut membawa amalan bertani sebagai aktiviti perekonomian yang utama selain berburu di kampung tersebut. Walau bagaimanapun, amalan sosiobudaya dan ekonomi masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau telah mengalami perubahan dan perkembangan seiring dengan peredaran masa iaitu dari tahun 1960 hingga 2013.

2.0 Latar Belakang Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau telah muncul sejak awal pembukaan kawasan petempatan tersebut iaitu pada awal 1960. Malahan, masyarakat Dusunlah yang meneroka serta bertanggungjawab ke atas pembukaan Kampung Lungkidau4.

(2)

Masyarakat Dusun yang membawa kepada pembukaan Kampung Lungkidau adalah mereka yang berasal dari pelbagai tempat dan kawasan termasuklah Daerah Telupid, Sandakan serta kampung-kampung sekitar Daerah Ranau5. Kumpulan masyarakat Dusun tersebut telah datang berhijrah ke kawasan Kampung Lungkidau yang pada asalnya merupakan hutan belukar. Mereka berhijrah bagi mencari petempatan baharu dan sumber tanih yang subur6. Penghijrahan dari tempat yang berbeza telah membawa kepada variasi masyarakat Dusun di kampung tersebut.

Selain perbezaan tempat asal, variasi etnik Dusun yang terdapat di Kampung Lungkidau juga dipengaruhi oleh perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat Dusun yang berhijrah di Kampung Lungkidau. Hal ini berlaku apabila pasangan yang berkahwin berasal dari etnik Dusun yang berbeza. Sebagai contoh, lelaki yang berbangsa Dusun Labuk mengahwini perempuan dari etnik Dusun Liwan7.

Masyarakat di kampung ini tidak dapat merujuk kepada mana-mana cabang etnik Dusun disebabkan kepelbagaian cabang etnik Dusun di Kampung Lungkidau. Walau bagaimanapun, majoriti masyarakat Dusun di kampung tersebut adalah terdiri daripada cabang Dusun Labuk, disusuli Dusun Liwan dan sebahagiannya merupakan masyarakat Dusun Tindal serta segelintir golongan Dusun Sungai.

3.0 Perkembangan Sosiobudaya di Kampung Lungkidau Sekitar Tahun 1960 hingga tahun 2013

Sosiobudaya di Kampung Lungkidau telah mengalami asimilasi dan hal ini memperlihatkan keunikan aspek sosiobudayanya yang tersendiri. Asimilasi tersebut adalah disebabkan faktor

masyarakat di Kampung Lungkidau yang terdiri daripada beberapa cabang etnik Dusun yang berbeza. Variasi etnik Dusun di Kampung tersebut menyebabkan kepelbagaian amalan sosiobudaya di kampung

(3)

ini. Dalam penulisan ilmiah ini, pengkaji cuba untuk mencari dan mengkaji maklumat yang berkaitan dengan sosiobudaya masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau.

Sosiobudaya masyarakat Dusun Kampung Lungkidau terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu warisan kebudayaan kesusasteraan lisan, unsur kebudayaan kebendaan, adat-istiadat dan lain-lain.

3.1.1 Kebudayaan Dari Aspek Kesusasteraan Lisan

Terdapat pelbagai jenis kesusasteraan lisan dan muzik vokal masyarakat Dusun seperti cerita rakyat kepada legenda, nyanyian sekular kepada puisi ritual8. Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau turut mempunyai warisan kesusasteraan lisan yang tersendiri dan unik.

a) Tanong atau Tangon

Jacqueline telah memberikan gambaran dan definisi tangon di dalam bukunya,

“ Tanong atau tangon boleh digambarkan sebagai cerita rakyat, cerita dongeng atau cerita pari-pari… cerita tersebut merupakan cerita rekaan sebagai hiburan dan kadangkala memberi nasihat

(4)

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau khususnya warga tua akan menyusur-galurkan atau menceritakan cerita dongeng yang menarik kepada golongan muda terutamanya kanak-kanak. Perkara ini disebabkan sikap kanak-kanak yang menyukai cerita atau tangon yang disampaikan.

Menurut Alexius Asir, pada awal 1960an, aktiviti manangon bukan sahaja diamalkan oleh warga tua malahan kaum muda juga menyertai acara manangon ini. Hal ini telah mengeratkan perhubungan masyarakat Dusun di kampung ini pada waktu itu.

Sehingga kini, aktiviti manangon masih diamalkan oleh masyarakat Dusun Kampung Lungkidau namun terhad kepada skop yang kecil iaitu antara sesama warga tua dan kanak-kanak. Teknologi moden yang semakin maju menyebabkan masyarakat Dusun di kampung tersebut khususnya remaja lebih berminat untuk menonton televisyen dan melayari internet untuk mencari cerita yang lebih menarik berbanding mendengar tangon warisan masyarakat Dusun.

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau telah mengambil beberapa inisiatif bagi

mengelakkan pupusnya budaya manangon di kampung ini termasuklah mengadakan pertandingan manangon setiap tahun iaitu pada Hari Pesta Menuai. Ganjaran dan hadiah yang ditawarkan mampu menarik minat setiap golongan untuk menyertainya sekaligus menanamkan sikap menghargai budaya warisan itu. Seterusnya para ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka untuk mendengar tangon daripada warga-warga tua di kampung. Hal ini bukan sahaja dapat mengekalkan warisan budaya tersebut di Kampung Lungkidau malah memupuk akhlak mulia dalam kalangan remaja dan kanak-kanak melalui teladan dalam tangon-tangon itu.

(5)

Upacara mogondi dan momurinait telah diamalkan oleh masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau sejak awal 1960 hingga akhir tahun 197910. Mogondi’ merupakan cara mengucap bacaan ritual oleh bobolian manakala rinait ialah ayat yang diucapkan11.

Terdapat banyak rinait dan upacara berbeza yang diamalkan oleh etnik Dusun di Kampung Lungkidau, antaranya termasuklah memulihkan orang yang sakit. Dalam upacara tersebut beberapa bahan seperti ayam jantan, kemenyan atau kemburongoh beserta tiga biji telur perlu disediakan oleh keluarga si sakit. Bobolian akan menjalankan upacara mogondi’ dengan momurinait di hadapan pesakit. Perkara ini dipercayai bertujuan untuk memanggil roh jahat dari badan pesakit supaya keluar. Sebagai balasannya, roh jahat tersebut akan dijamu dengan makanan yang telah disediakan12.

Selain bertujuan untuk menyembuhkan penyakit, upacara mogondi’ yang diamalkan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau juga bertujuan untuk monubak atau menjamu sesuatu semangat seperti semangat pokok Ara. Etnik Dusun di kampung ini percaya bahawa dengan berbuat demikian semangat yang menghuni di pokok tersebut tidak akan menganggu ketenteraman kampung.

Upacara mogondi’ dan momurinait sering dilakukan sekitar tahun 1960 hingga 1975, namun ia mula ditinggalkan menjelang tahun 1980. Hal ini disebabkan kedatangan mubaligh Kristian ke

Kampung Lungkidau bagi menyebarkan ajaran Katolik. Selepas sebahagian besar masyarakat Dusun di kampung ini memeluk agama kristian, secara perlahan-lahan amalan mogondi’ dan momurinait

ditinggalkan. Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih terdapat segelintir penduduk terutamanya warga tua yang sering menyanyikan irama rinait tanpa melakukan upacara mogondi’. Oleh yang demikian, golongan muda di kampung ini masih mengenali amalan tersebut meskipun tidak sempat melihat upacara tersebut dilaksanakan.

(6)

a) Sundait dan Sudawil

Sundait merupakan teka-teki dalam bahasa Dusun yang sering dijadikan hiburan13. Sudawil pula merupakan nyanyian antifon dan respon atau sahut-menyahut14.

Sejak awal 1960an sundait dan sudawil sering diamalkan oleh masyarakat Dusun Kampung Lungkidau terutamanya pada musim menuai. Biasanya kumpulan petani yang sedang menuai padi akan bersoal jawab dengan mengemukakan sundait masing-masing. Kadangkala , mereka juga akan berbalas pantun atau sudawil semasa menjalankan kerja-kerja menuai. Sundait dan sudawil ini diamalkan bagi menceriakan suasana dan menghilangkan rasa bosan kepada para penuai padi15.

Walaupun pelbagai teknologi masa kini semakin maju, namun pengamalan warisan sundait dan sudawil tidak dilupakan oleh masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau. Justeru warisan tersebut masih diamalkan oleh semua golongan dalam masyarakat Dusun pada musim atau masa-masa tertentu. Hal ini telah menjadi lambang keunikan masyarakat Dusun di kampung tersebut.

3.1.2 Adat Istiadat dan Pantang Larang

Terdapat beberapa adat istiadat dan pantang larang etnik Dusun di Kampung Lungkidau yang diamalkan sejak 1960 dan kekal diamalkan sehingga kini16. Adat istidat yang kekal diamalkan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau termasuklah adat mamantang do Bambarayon, adat pelaksanaan sogit dan sebagainya. Pantang larang yang masih diamalkan pula adalah pantang larang berburu dan pantang larang wanita yang mengandung.

(7)

a) Mamantang do Bambarayon

Sejak awal kedatangan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau, mereka telah mengamalkan adat mamantang do Bambarayon atau menghormati Bambarayon. Etnik Dusun di kampong ini percaya bahawa Bambarayon atau lebih dikenali sebagai semangat padi merupakan satu semangat yang mengekal dan menyuburkan tanaman padi17. Oleh yang demikian, mereka telah mengamalkan adat untuk menghormati semangat tersebut.

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau adalah dilarang untuk memakan nasi daripada beras baru dengan mencampurkannya dengan sayuran yang mudah layu dan lauk tertentu. Seboleh-bolehnya mereka perlu memakan nasi baru tanpa campuran sayuran dan lauk bagi hasil padi yang pertama. Sekiranya mereka tidak menuruti adat tersebut dikhuatiri Bambarayon akan marah dan tanaman padi akan musnah. Mereka percaya bahawa Bambarayon tidak suka akan sayuran yang mudah rosak dan lauk tertentu18. Selain itu, masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau juga tidak pernah membuang lebihan nasi bagi mengelak Bambarayon daripada kumaus atau merajuk kerana Bambarayon kononnya benci kepada pembaziran19.

Meskipun pada masa kini semua penduduk sudah mempunyai pegangan agama masing-masing, namun uniknya mereka tetap mengamalkan adat mamantang do bambarayon. Selain bertujuan untuk menjaga warisan budaya tersebut, mereka turut berpendapat bahawa amalan tersebut membawa teladan baik dan tidak salah disisi agama20.

(8)

b) Sogit

Sogit merupakan denda atau hukuman berbentuk kebendaan terhadap orang yang melakukan kesalahan21. Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau mengamalkan adat melaksanakan sogit sejak awal pembukaan Kampung Lungkidau sehingga kini.

Seseorang yang didapati melakukan kesalahan seperti mencederakan orang lain dan mogimpahu (berzina) adalah antara kesalahan yang akan dikenakan sogit tertentu. Sogit tersebut adalah berdasarkan dengan kesalahan mereka. Orang yang bersalah tersebut akan diminta untuk menyediakan seekor babi atau lembu untuk membayar kesalahan yang dilakukan. Sogit tersebut akan disembelih dan diagihkan kepada semua penduduk kampung mengikut rumah. Orang yang dikenakan sogit tersebut tidak dibenarkan untuk memakan sogit itu.

Selain itu, terdapat juga sogit yang dinamakan sebagai sogit Pitas. Pitas merupakan adat memutuskan tali persaudaraan sedia ada antara pasangan yang ingin berkahwin. Kebiasaanya, apabila lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang agak dekat hendak berkahwin, mereka perlu memberi barangan tertentu kepada keluarga pasangan masing-masing sebagai sogit pertalian darah atau pitas. Etnik Dusun di kampung ini biasanya memilih tajau atau tempayan sebagai barangan sogit pitas tersebut22.

Sogit-sogit ini dilaksanakan sebagai pengajaran kepada penduduk yang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Pelaksanaan sogit ini juga adalah bertujuan untuk mengelakkan terjadinya kalangou atau malapetaka di kampung ini seperti penyebaran penyakit berbahaya dan pergaduhan antara warga kampung23. Masyarakat Dusun di Kampung ini percaya sekiranya para pesalah tidak membayar sogit, perkara ini akan membawa impak negatif terhadap kampung.

(9)

Pelaksanaan sogit masih diamalkan sehingga kini oleh masyarakat Dusun di kampung ini. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perubahan dalam pelaksanaan sogit iaitu si pesalah dimestikan juga untuk menyediakan beberapa ekor ayam jika sogit utamanya adalah babi. Perkara ini ekoran daripada terdapatnya penduduk yang beragama Islam di kampung ini.

c) Pantang Larang Wanita Mengandung

Etnik Dusun di Kampung Lungkidau telah menetapkan beberapa pantang larang kepada

golongan wanita yang sedang mengandung sejak awal 1960 sehingga kini. Justeru, orang yang terdekat seperti suami kepada si isteri juga diwajibkan untuk mematuhi beberapa pantang larang, Pantang larang ini diwujudkan bagi mengelakkan kejadian buruk daripada berlaku kepada wanita dan kandungannya.

Masyarakat Dusun di kampung ini sangat percaya bahawa setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa akan memberi impak kepada bayi dalam kandungan. Oleh hal yang demikian ketika si isteri mengandung, si suami dilarang membunuh binatang atau melakukan pekerjaan tertentu seperti

menumbuk padi. Perbuatan membunuh binatang dan menumbuk padi boleh menyebabkan bayi dalam kandungan mengalami pinomoyoon iaitu menyerupai sesuatu benda, sebagai contoh, besar

kemungkinan bayi yang akan dilahirkan menyerupai atau mempunyai sifat tertentu tikus jika si bapa membunuh tikus ketika si ibu mengandung. Seterusnya , jika si ibu atau si bapa membunuh binatang seperti lelabi, dikhuatiri si ibu akan menghadapi kesukaran ketika melahirkan anak tersebut24.

Ketika melahirkan pula, setiap ruang udara rumah seperti jendela dan pintu di rumah yang didiami si ibu mesti diletakkan ranting dan daun limau. Kepercayaan etnik Dusun di kampung ini terhadap kewujudan kumokodong atau hantu penanggal mendorong mereka untuk mengambil langkah

(10)

berhati-hati tersebut. Wangi limau dipercayai dapat menakutkan kumokodong sekaligus mengelakkannya daripada mengganggu bayi yang baru lahir.

Walaupun teknologi perubatan semakin moden, wanita yang mengandung di kampung ini masih mengamalkan perubatan tradisional. Sebagai contoh, amalan meminum air didihan nasi daripada beras hitam dalam kalangan wanita yang baru melahirkan anak. Air didihan nasi hitam tersebut dipercayai dapat memulihkan sel darah merah wanita tersebut25.

Pengamalan pantang larang dan perubatan wanita mengandung dalam kalangan etnik Dusun di kampung ini dikekalkan dan masih diteruskan sehingga kini meskipun mereka sudah mempunyai pegangan agama masing-masing. Pengekalan ini mempunyai rasionalnya yang tersendiri iaitu bagi menjamin kesejahteraan ibu dan bayinya.

3.1.3 Budaya Kerja

Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau mempunyai budaya kerja yang tersendiri. Budaya mogitatabang dan misuli merupakan budaya kerja yang sinonim dalam masyarakat Dusun kampung ini26.

Mogitatabang atau gotong-royong diamalkan oleh etnik Dusun di kampung ini. Sejak awal pembukaan kampung sehingga kini. Budaya mogitatabang ini melibatkan kerja-kerja berat dan ringan seperti membuat rumah, membuka serta mengusahakan kawasan pertanian. Masyarakat Dusun di kampung ini juga sering mogitatabang dalam menjayakan sesuatu pesta atau majlis seperti Pesta Menuai dan Majlis Perkahwinan.

(11)

Misuli merupakan suatu budaya kerja dimana masyarakat Dusun berbalas-balas dalam melakukan sesuatu kerja27. Budaya misuli dan mogitatabang mempunyai banyak persamaan namun perbezaan yang ketara ialah apabila misuli sesuatu pihak wajib sumuli atau membalas kerja yang dilakukan oleh pihak lain kepada mereka. Sekiranya pihak ini tidak dapat sumuli kerja pihak lain, maka dia perlu membayar upah kepada orang berkenaan. Sebagai contoh, Petani A membantu Petani B dalam kerja-kerja menuai padi dan Petani B juga perlu membantu petani A dalam kerja-kerja menuai atau kerja yang telah dipersetujui.

Peredaran masa telah mengubah budaya kerja masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau. Kini masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau lebih selesa mengupah pekerja untuk menyiapkan sesuatu kerja. Perkara ini disebabkan masyarakat Dusun di kampung ini terlalu sibuk dengan komitmen masing-masing. Walau bagaimanapun, sebahagian besar masyarakat Dusun di kampung ini masih mengamalkan budaya mogitatabang dan misuli sebagai budaya kerja terutamanya ketika morobuat atau melakukan kerja-kerja pertanian. Perkara ini bukan sahaja mengeratkan perhubungan antara sesama malah dapat mengekalkan budaya kerja warisan Dusun.

3.1.4 Peralatan dan Perkakasan

Terdapat pelbagai jenis peralatan dan perkakasan tradisional yang digunakan oleh masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau sehingga kini. Peralatan tersebut termasuklah peralatan dapur, peralatan

pertanian dan lain-lain.

Peralatan dapur seperti sompuugi28, totodok dan dompuran29 telah digunakan sejak awal 1960 hingga kini30. Walaupun peralatan moden seperti dapur gas telah ada, namun peralatan tradisional tersebut masih digunakan terutamanya pada waktu-waktu kecemasan seperti kehabisan gas untuk

(12)

memasak. Jarak kampung yang jauh dengan kedai menjual tong gas menyebabkan masyarakat Dusun memasak menggunakan kaedah dan peralatan tradisional seperti dompuran dan sompuugi sementara menunggu tong gas diisi. Selain itu, peralatan ini juga digunakan dalam proses menyalai daging. Sebagai contoh, totodok atau pencucuk daging yang diperbuat daripada buluh digunakan ketika menyalai daging di dompuran.

Gagamas31,barait32 dan linggaman33 pula merupakan perkakasan pertanian tradisional masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau yang kekal digunakan sehingga kini. Kekurangan modal menyebabkan masyarakat Dusun tidak mampu membeli peralatan moden seperti jentera penuai untuk menuai padi. Walau bagaimanapun, masyarakat dusun di kampung ini telah menggunakan bahan moden seperti racun rumpai dan serangga untuk memusnahkan serangga dan tumbuhan perosak serta menggunakan baja subur dan baja buah untuk menyuburkan tanaman.

Peralatan tradisional lain yang masih kekal digunakan etnik Dusun di kampung ini ialah badas34, tosung35 dan toolu36. Badas biasanya digunakan untuk menyimpan sinalau. Peralatan moden yang mahal seperti peti sejuk tidak mampu dimiliki oleh sebahagian besar masyarakat Dusun Lungkidau menyebabkan peralatan tradisional masih digunakan. Meskipun peralatan moden seperti mesin padi sudah ada di kampung ini, namun segelintir orang Dusun di Kampung Lungkidau lebih selesa menggunakan tosung dan toolu untuk mengasingkan padi daripada kulitnya.

3.1.5 Makanan dan Minuman

Etnik Dusun di Kampung Lungkidau mempunyai makanan dan minuman tradisi yang tersendiri dan unik.

(13)

Pemikiran manusia yang semakin cerdik dan kreatif pada masa kini membawa kepada munculnya menu-menu makanan yang enak seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Pizza. Menu-menu makanan ini telah menarik minat ramai termasuklah masyarakat Dusun di kampung Lungkidau. Meskipun begitu, makanan tradisi tetap menjadi pilihan utama etnik Dusun di kampung ini. Makanan tradisi tersebut termasuklah linangot (campuran nasi dan ubi), linopot (nasi yang di bungkus dengan daun wangi), winulu (makanan yang dimasak di dalam buluh), tonsom (pekasam ikan atau daging), kinomulok37 dan bintanok38.

Kinomol dan tumpung merupakan minuman tradisi paling popular dalam kalangan masyarakat Dusun di kampung Lungkidau. Kinomol adalah tapai yang diperbuat daripada ubi dengan campuran lompog39 dan biasanya dimasukkan di dalam tajau besar. Tumpung pula merupakan tapai nasi yang disimpan di dalam bekas kecil atau baldi berpenutup. Amalan moginum atau meminum tapai masih kekal sehingga kini terutamanya pada musim mangasok (menanam padi) dan majlis perkahwinan. Selain itu terdapat juga minuman tradisi masyarakat Dusun Lungkidau untuk tujuan perubatan seperti air rebusan tulang ular yang di percayai dapat menyembuhkan penyakit sendi.

(14)

4.0 Perkembangan Ekonomi Masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau

Secara umumnya, perkataan ekonomi berasal daripada gabungan kata Greek, iaitu oikos dan

oikonomia yang bermaksud segala tindakan yang berkaitan dengan pengeluaran atau pengedaran

barangan ekonomi40.

Sumber ekonomi utama masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau adalah berteraskan kepada aktiviti pertanian. Pada awalnya aktiviti pertanian masyarakat Dusun di Lungkidau adalah secara primitif atau sara diri sehinggalah mengalami perubahan kepada pertanian komersil pada akhir tahun 2000. Selain aktiviti pertanian, aktiviti berburu juga merupakan salah satu sumber ekonomi masyarakat Dusun di kampung ini. Sekitar tahun 2005, muncul pula perniagaan runcit sebagai sumber ekonomi sampingan etnik Dusun di Lungkidau.

Aktiviti pertanian masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau pada asalnya berlaku secara kecil-kecilan. Tanaman yang menjadi pilihan untuk pertanian termasuklah ubi kayu, pisang dan padi bukit. Kawasan pertanian yang diusahakan hanya dalam skop kecil, iaitu kira-kira 0.5 ekar hingga 1 ekar. Keadaan ini disebabkan oleh tenaga buruh yang terdiri dalam kalangan keluarga sahaja dan peralatan yang digunakan adalah peralatan tradisional yang terhad. Lokasi pertanian masyarakat Dusun ini sering berpindah untuk mencari tanih yang subur. Hal ini disebabkan, masyarakat Dusun di

kampung ini bergantung kepada kesuburan tanah semula jadi. Orientasi pengeluaran hasil juga hanya dalam kalangan keluarga sahaja. Sekiranya terdapat lebihan hasil, perniagaan akan berlaku secara sistem barter.

(15)

Bermula tahun 2000, pertanian komersil dalam kalangan etnik Dusun di Kampung Lungkidau mula diperkenalkan. Pegawai-pegawai pertanian telah datang memberi ceramah sekaligus

memperkenalkan tanaman komersil seperti koko, kelapa sawit dan getah kepada masyarakat Dusun di kampung ini. Masyarakat Dusun yang telah tertarik dengan tanaman komersil tersebut, telah membuka tanah pertanian dan mula mengusahakan tanaman tersebut. Pertanian ini kemudiannya telah

membuahkan hasil sekaligus berjaya menaikkan taraf hidup masyarakat Dusun di kampung ini.

Kejayaan ini telah di dorong oleh faktor seperti bantuan baja dan biji benih selain penyediaan peralatan seperti tangki penyembur racun dan mesin pemotong rumput oleh lembaga-lembaga pertanian seperti Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Sabah. Keadaan ini telah memudahkan kerja para petani etnik Dusun di Kampung Lungkidau. Orientasi pengeluaran hasil iaitu pemasaran tempatan dan eksport telah meningkatkan pendapatan masyarakat Dusun di kampung ini. Meskipun pertanian komersil telah diperkenalkan namun pertanian primitif seperti tanaman padi bukit dan sayur-sayuran terus diusahakan oleh masyarakat Dusun. Aktiviti ini telah dianggap sebagai aktiviti pertanian yang wajib dilaksanakan41.

Ekonomi sampingan iaitu bidang pernigaan runcit dalam kalangan etnik Dusun di Kampung Lungkidau mula diperkenalkan sekitar tahun 2005. Faktor kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan seperti gula, tepung dan garam, telah mendorong masyarakat Dusun di kampung ini untuk menceburi bidang pernigaan secara kecil-kecilan. Perniagaan runcit di kampung ini hanya menyediakan bekalan barangan dengan terhad. Perkara ini disebabkan daya ketersampaian yang rendah di kampung ini sepaerti jarak yang jauh dengan kedai pembekal dan ketiadaan jalan raya yang sesuai42. Pendapatan

harian peruncit hanyalah kira-kira RM50 hingga RM100. Budaya berhutang turut berlaku disebabkan sumber pendapatan penduduk yang agak terhad.

(16)

Selain pertanian komersil dan perniagaan runcit, masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau turut terlibat dengan aktiviti perikanan dan berburu sebagai sumber ekonomi sampingan. Peralatan berburu telah mengalami perubahan bermula tahun 1960 hingga 2013. Pada awalnya, peralatan berburu yang digunakan adalah peralatan tradisional dan buatan sendiri iaitu tandus43, sopuk44 dan golui45. Walau

bagaimanapun pengenalan senjata moden seperti senapang yang lebih mudah digunakan telah mendorong masyarakat Dusun untuk mendapatkan lesen bagi memiliki senjata tersebut. Peralatan dalam aspek perikanan pula tidak mengalami sebarang perubahan46. Masyarakat Dusun di kampung ini

kekal menggunakan peralatan perikanan seperti tambong47, kayu pancing, siud48,tundalo49 dan wotu50. Orientasi pengeluaran hasil buruan dan perikanan hanyalah dalam kawasan kampung sahaja.

Secara ringkasnya aktiviti perekonomian masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau mengekalkan aktiviti pertanian sebagai sumber aktiviti utama. Walau bagaimanapun terdapat pembaharuan yang telah membawa kepada perubahan kaedah pertanian, peralatan dan orientasi pengeluaran hasil pertanian itu.. Etnik Dusun di Kampung Lungkidau turut mengekalkan aktiviti ekonomi sampingan seperti berburu dan aktiviti perikanan. Selain itu, kemunculan ekonomi perniagaan turut menambahkan pendapatan sampingan masyrakat Dusun di kampung ini.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau telah mengalami evolusi dari aspek budaya dan perekonomian bermula 1960 hingga 2013. Evolusi ini berlaku disebabkan peredaran masa dan kemajuan teknologi moden. Ekonomi yang rendah dan bersifat tradisi pada awalnya menyebabkan budaya hidup masyarakat Dusun dahulu terikat dengan persekitaran kampung sahaja. Walau bagaimanapun perkembangan sosioekonomi menyebabkan masyarakat Dusun di kampung Lungkidau mengalami perubahan terutamanya dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Sebagai contoh, golongan muda masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau kini mempunyai taraf pendidikan yang agak stabil. Meskipun telah mengalami perubahan yang agak ketara, namun sikap

(17)

masyarakat Dusun di kampung ini yang lebih suka mengamalkan sosioekonomi asal etnik Dusun di kampung ini, secara tidak langsung menggambarkan harapan masyarakat Dusun di Kampung Lungkidau yang ingin mengekalkan sosioekonomi etnik Dusun di kampung ini.

(18)

1 Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM SEJARAH (SEJARAH ISLAM),Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 2014,hlmn 3.

2 Temuramah dengan Ajis Lapinah 3 Temuramah dengan Ajis Lapinah 4 Temuramah dengan Kangob Sandakan 5 Temuramah dengan Kamilis Tahir 6 Temuramah dengan Kamilis Tahir 7 Temuramah dengan Jusilin Guntidong

8Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, UMS : KL, 2003, hlmn 146. 9 Ibid,147.

10 Temuramah dengan Kamilis Tahir

11Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, UMS : KL, 2003, hlmn 172. 12Temuramah dengan Kamilis Tahir

13Jacqueline Pugh-Kitingan, Kadazan Dusun, UMS : KL, 2003, hlmn 156. 14 Ibid, 155.

15 Temuramah dengan Januin Asir 16 Temuramah dengan Petrus Lapinah 17 Temuramah dengan Petrus Lapinah 18 Temuramah dengan Monilin Salubai 19 Temuramah dengan Monilin Salubai 20 Temuramah dengan Petrus Lapinah 21 Temuramah dengan Paun Guntidong 22 Temuramah dengan Paun Guntidong 23 Temuramah dengan Petrus Lapinah 24 Temuramah dengan Kangob Sandakan 25 Temuramah dengan Monilin Salubai

(19)

26 Temuramah dengan Petrus Lapinah 27 Temuramah dengan Petrus Lapinah

28 Sompuugi ialah buluh pendek yang digunakan untuk meniup api 29 Dompuran ialah tempat memasak menggunakan kayu api 30 Temuramah dengan Kangob Sandakan

31 Parang atau pisau kecil yang digunakan untuk membersihakan rumput 32 Beg yang diperbuat daripada anyaman rotan

33 Pisau kecil yang mempunyai pemegang khas untuk menuai padi 34 Labu sayung tua

35 Kayu besar dan keras yang dibelah dan dilubangkan ditengahnya dan digunakan sebagai medium menumbuk padi

36 Sebatang kayu yang agak panjang, keras dan bulat dan digunakan untuk alat menumbuk padi

37 Tapai nasi yang manis

38 Kuih yang diperbuat daripada ubi parut atau nasi dan pisang yang di bungkus dengan daun

39 Serbuk yis yang digunakan untuk membuat tapai

40 Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahmed, Teks STPM SEJARAH (SEJARAH DUNIA) PENGGAL SATU, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Malaysia, 2013. Hlmn 157.

41 Temubual dengan Januin Asir 42 Temubual dengan Monilin Salubai 43 Lembing

44 Sumpit 45 Jerat

46 Temubual dengan Ajis Lapinah 47 Bubu

(20)

49 Jala

50 Tuba ikan

Bibliografi Sumber Primer

(21)

Ajis Lapinah. 66 Tahun. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara 01.02.2014

Alexius Asir. 40 Tahun. Penduduk Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara 01.02.2014

Januin Asir. 53 Tahun. Penduduk Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara 02.02.2014

Jusilin Guntidong. 53 Tahun. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara. 02.02.2014

Kamilis Tahir. 62 Tahun. JKKK Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara 02.02.2014

Kangob Sandakan. 89 Tahun. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara 01.02.2014.

Monilin Salubai. 44 Tahun. Penduduk tetap Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara 03.02.2014

Paun Guntidong. 65 Tahun. Ketua Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. Wawancara 02.02.2014.

Petrus Lapinah. 50 Tahun. Penduduk asal Kampung Lungkidau. Kampung Lungkidau. 03.02.2014.

.

Sumber Sekunder

(22)

Jacqueline Pugh-Kitingan, Siri Etnik Sabah-Kadazan Dusun. KL : ITBM . 2012. Kamus Dewan Edisi Ketiga. DBP Kementerian Pendidikan Malaysia. KL : 1994

Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM SEJARAH (SEJARAH ISLAM), Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. 2014. Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahmed, Teks STPM SEJARAH ( SEJARAH

DUNIA) PENGGAL SATU, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Malaysia. 2013

Rosazman Hussin, Jalihah Md.Shah dan Dayu Sansalu. Orang Sungai. UMS. KL : 2012.

Lampiran

Gambar 1 : Badas.

(23)

cara monutu (menumbuk padi).

Referensi

Dokumen terkait

Penyebab hal ini terjadi adalah pada saat melakukan penvakuman, tekanan di adsorber jauh lebih rendah dibandingkan dengan tekanan pada masuk evaporator yaitu

Risiko pasar yang dinilai dengan menggunakan beta saham tidak memiliki pengaruh terhadap dividend payout ratio (DPR) karena naik turunnya harga saham tidak

FORENSIKA DIGITAL di Indonesia .Sedangkan untuk LINE Messenger menjadi aplikasi pengolah pesan yang PENUH TANTANGAN untuk dilakukan proses analisa forensika digital di

Merupakan pompa yang berfungsi mengangkat (jack) poros turbin dengan tekanan minyak yang tujuannya adalah menghindari terjadinya gesekan statik ketika poros turbin

Karena pada umumunya masyarakat menganggap sangatlah tidak adil jika perkara-perkara tersebut diancam dengan ancaman hukuman 5 (lima) tahun penjara sebagaimana diatur dalam pasal

berpendidikan tinggi masih ada yang kurang berminat ke posyandu disebabkan meskipun pendidikan tinggi dan memiliki kemampuan untuk menyerap informasi lebih banyak dan

Kuesioner ini disusun oleh penulis berdasarkan variabel yang terdapat dalam penelitian, yaitu memberikan keterangan dari data mengenai personal selling

Value Added Intellectual Coefficient (VAIC TM ) yang diproksi dengan Value Added of Capital Employed (VACA), Value Added Human Capital (VAHU), dan Structural Capital