• Tidak ada hasil yang ditemukan

213640018 Faktor Faktor Yang Menyumbang Kepada Keharmonian Negara Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "213640018 Faktor Faktor Yang Menyumbang Kepada Keharmonian Negara Malaysia"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1 1.0 Objektif

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang meletakkan perpaduan dan keharmonian antara kaum sebagai salah satu misi utama kerajaan.Oleh itu, isu perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan suatu topik yang sentiasa dibincangkan secara terperinci oleh kerajaan Malaysia.Perpaduan boleh disamakan dengan perkataan penggabungan yang membawa maksud “menjadi satu atau persatuan” (“Erti dan Kepentingan Perpaduan Negara,” 2012).Melalu definisi ini, perpaduan nyata merupakan suatu nilai murni yang wajib dipupuk dalam jiwa setiap rakyat Malaysia demi menjanjikan keamanan dalam Negara yang berbilang kaum ini.

(2)

2 2.0 Tujuan Pelaksanaan Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integrasi Nasional

2.1 Program Belia

Belia merupakan aset negara yang penting kerana mereka merupakan penggerak kemajuan serta penentu masa depan negara. Kepentingan golongan belia bagi kerajaan dapat dilihat melalui penggubalan Dasar Pembangunan Belia Negara pada tahun 1997 (“Dasar Pembangunan Belia Negara”, 2013).Secara definisi, belia dikategorikan berumur antara 15 hingga 40 tahun (“Dasar Pembangunan Belia Negara”, 2013).Namun, usaha dan aktiviti serta program belia difokuskan kepada mereka yang berumur di antara 18-25 tahun. Ini bermakna bahawa kategori belia adalah mereka yang dapat menyumbang secara aktif terhadap pembangunan negara samada secara ekonomi, mental atau cara lain melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan mereka.

Menurut Dasar Pembangunan Belia Negara, matlamat utama program yang melibatkan belia ialah untuk mewujudkan belia yang berkebolehan dalam pelbagai bidang termasuk dari aspek rohani dan jasmani serta mempunyai semangat sukarelawan dan patriotik yang tinggi. Secara khususnya, antara objektif utama ialah untuk memupuk gaya hidup sihat; Membangunkan sifat keusahawanan dan kemahiran; Serta meningkatkan jaringan antarabangsa (“Dasar Pembangunan Belia Negara”, 2013). Tiga objektif yang telah disebutkan menjadi asas kepada pembangunan nilai-nilai murni dalam diri belia yang membawa kepada perpaduan serta keharmonian negara.

Belia yang mengamalkan gaya hidup sihat menjadi aset kepada negara kerana gaya hidup sihat merangkumi pelbagai aspek seperti kesihatan fizikal dan mental yang menyeluruh. Dengan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti sihat seperti sukan, mereka tidak akan terjebak dalam kegiatan negatif yang boleh merosakkan perpaduan negara seperti gangsterisme, vandalisme dan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu, matlamat kerajaan untuk mendidik belia agar mempunyai semangat keusahawanan dan kemahiran dapat dibuktikan melalui penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara yang terletak di beberapa negeri di Malaysia di mana pelbagai kemahiran boleh dipelajari di sini seperti kemahiran menyediakan

(3)

negara-3 negara luar.Usaha-usaha yang dilakukan kerajaan bagi meningkatkan nilai belia kepada negara juga secara lansung menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia.

2.2 Sekolah Wawasan

Selain program belia, Sekolah Wawasan adalah satu lagi usaha kerajaan dalam memangkin perpaduan yang harmoni bagi rakyat Malaysia. Penubuhan Sekolah Wawasan dilaksanakan dengan meletakkan tiga atau dua sekolah rendah yang berbeza aliran seperti SK, SJKC atau

SJKC dalam satu kawasan dan mengekalkan bahasa pengantar bagi tiap-tiap aliran tetapi pada masa yang sama berkongsi infrastruktur seperti perpustakaan, kantin dan padang sekolah (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan Sekolah Wawasan nyata adalah usaha yang baik bagi mengukuhkan perpaduan. Menurut Norwati binti Abdul Manaf (2013), antara objektif utama sekolah wawasan ditubuhkan ialah untuk menanamkan sifat integrasi antara kaum walaupun berbeza aliran,bangsa dan agama; Membina negara yang mempunyai perpaduan tinggi melalui ketinggian toleransi rakyatnya; Serta menggalakkan komunikasi yang positif dari semua kaum melaui perkongsian pelbagai infrastruktur sekolah yang disediakan.

Sekolah wawasan merupakan antara cadangan kerajaan yang bertujuan untuk menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam satu suasana yang harmoni. Bagi menanam sifat integrasi antara kaum, setiap budaya dan agama kaun tersebut dihormati dengan mengekalkan identiti kaum masing-masing di sekolah tersebut tetapi pada masa yang sama, tetap menjalankan beberapa aktiviti sekolah secara bekerjasama. Warga sekolah juga diajar bertoleransi dengan mengamalkan konsep berkongsi fasiliti sekolah untuk kegunaan dalam pembelajaran dan aktiviti-aktiviti sekolah.Langkah-langkah sebegini nyata dapat mengeratkan lagi kesefahaman di antara kaum-kaum di Malaysia sekiranya setiap kaum itu memahami tujuan, konsep dan kebaikan sekolah wawasan.

2.3 Pelan Integrasi Nasional

(4)
(5)

5 3.0 Strategi dan Keberkesanan Pelaksanaan

3.1 Program Belia

Beberapa strategi telah disusun oleh kerajaan dalam program pembangunan belia.Pelbagai program belia telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan nilai perpaduan dalam kalangan belia Malaysia.Antaranya ialah pertubuhan Belia 1 Wawasan yang bertujuan untuk melaksanakan pelbagai program yang melibatkan belia berdasarkan moto “Wawasan Satu Belia Satu Malaysia” (“Pertubuhan Belia Satu Wawasan”, n.d.).Pertubuhan ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti positif yang memupuk nilai-nilai murni seperti mengadakan „Youth International Tour‟ pada tahun 2009 serta mengadakan pelbagai program dan bengkel untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran para belia.Selain itu, pertubuhan ini turut aktif menjalankan aktiviti kebajikan dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan miskin, ibu tunggal yatim piatu dan lain-lan. Ini dilihat sebagai usaha yang sangat baik dalam meningkatkan kesedaran belia akan kepentingan nilai-nilai murni perpaduan dan kerjasama bagi membantu golongan ini.

Tambahan, program Rakan Muda Fasa II telah dilancarkan pada tahun 2008 bagi memupuk fokus belia lebih kepada komuniti berbanding individu (“Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia”, 2012). Kelab ini mempromosikan 8 gaya hidup Rakan Muda yang melibatkan cinta terhadap alam, inovasi, kecergasan, masyarakat, seni budaya, wajadiri, wirausaha dan siber. Lapan gaya hidup ini melibatkan penerapan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seharian para belia. Secara tidak lansung, gaya hidup begini membawa kepada keharmonian dan perpaduan negara melalui pembinaan asas dalam menghasilkan insan dan pemimpin yang berjaya.

(6)

6 3.2 Sekolah Wawasan

Penubuhan sekolah wawasan juga dibarisi beberapa program yang diharap dapat merealisasikan objektif utama penubuhannya iaitu memupuk keharmonian dalam kehidupan masyarakat berbilangkaum.Antara program bagi memupuk perpaduan yang dilaksanakan di Sekolah Wawasan ialah seperti pengekalan identiti setiap kaum utama di Malaysia seperti kaum Cina, India dan Melayu.Ini dilaksanakan dengan membolehkan menggunakan bahasa pengantar kaum masing-masing dalam melaksanakan pembelajaran secara rasmi di sekolah.

Dengan pelaksanaan ini, setiap kaum akan mendapat kelebihan dalam usaha mengekalkan identiti bangsa masing-masing agar generasi hadapan dapat meneruskan legasi bangsa mereka.

Selain itu, perkongsian kemudahan sekolah antara sekolah berbeza aliran dapat meningkatkan kerjasama dan kesefahaman antara mereka.Komunikasi antara pelbagai kaum dibina melalui interaksi yang dilakukan sesama mereka sepanjang menggunakan kemudahan-kemudahan sekolah yang disediakan kerajaan. Malah, penggunaan kemudahan-kemudahan yang sama dapat meningkatkan perasaan kesamarataan antara setiap kaum. Ini kerana kerajaan dilihat sebagai adil dalam menyediakan infrastruktur buat setiap kaum.

Tambahan pula, setiap bulan, perhimpunan Sekolah Wawasan akan menggabungkan setiap aliran sekolah serta menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi bagi perhimpunan (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Ini dapat memastikan kelansungan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bagi meningkatkan interaksi serta kerjasama antara setiap sekolah tersebut. Langkah ini juga dilihat sebagai salah satu cara untuk tidak membelakangkan kpentingan bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian kaum-kaum di Malaysia.

Antara strategi lain yang dilakukan bagi memupuk nilai murni perpaduan ialah dengan menggalakkan Sekolah Wawasan untuk sambutan-sambutan di peringkat sekolah secara bersama seperti sambutan Hari Guru, Hari Sukan, Hari Kebangsaan dan lain-lain sambutan secara bersama (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Sambutan di peringkat sekolah memerlukan kerjasama yang tinggi antara guru-guru dan pelajar setiap sekolah

(7)

7 3.3 Pelan Integriti Nasional

Dalam pelaksanaan Pelan Integriti Nasional(PIN), kerajaan telah menamakan ia sebagai „Agenda Integriti‟. Agenda ini akan menghuraikan secara terperinci aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebagai strategi dalam memastikan pelaksanaan dan keberkesanan PIN.

Dalam agenda ini, beberapa institusi-institusi penting yang terlibat termasuk institusi sosiobudaya, institusi ekonomi dan institusi politik (“Pelan Integrasi Nasional: Edisi Ringkas”, 2013).

Institusi sosiobudaya melibatkan usaha kerajaan memupuk perpaduan dan keharmonian melalui pendidikan, kesihatan, media massa, sastera dan warisan (“Pelan Integrasi Nasional: Edisi Ringkas”, 2013). Dari aspek pendidikan, ia merangkumi pelbagai peringkat termasuk peringkat sekolah dan kolej serta universiti. Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti sambutan Hari Kebangsaan, Hari Sukan, serta aktiviti-aktiviti lain di institusi-institusi pendidikan ini merupakan cara yag sangat efektif dalam membangkitkan semangat kerjasama harmoni bagi pelajar-pelajar. Selain itu, penggunaan media massa dalam menyebarkan mesej-mesej yang mengandungi nilai-nilai murni perpaduan juga dilihat sebagai langkah yang berkesan dalam jangkamasa panjang. Dengan kukuhnya institusi sosiobudaya, kukuhla semangat kemasyarakatan tidak mengira kaum di Malaysia.

Dari sudut institusi ekonomi, kemajuannya dapat memberikan kemakmuran kepada rakyat dan negara dengan menambah peluang untuk mendapatkan pekerjaan serta peningkatan ekonomi masyarakat. Dengan peningkatan ekonomi masyarakat, gejala-gejala negatif seperti merompak, melepak, aktiviti social dan lain-lain dapat dikurangkan dan menyumbang kepada keharmonian negara. Setiap kaum juga diberi peluang yang samara dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Kemantapan institusi politik pula merupakan antara punca utama keruntuhan atau kejayaan usaha kerajaan dalam melaksanakan aktiviti memupuk perpaduan.Sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia melalui pilihanraya antara usaha agar keadilan dapat dilaksanakan kerana rakyat tanpa mengira kaum mempunyai peluang untuk memilih calon pemimpin

(8)

8 4.0 Pencapaian

Keberkesanan pelaksanaan ketiga-tiga program ini iaitu Program Belia, Sekolah Wawasan dan Pelan Integrasi Nasional dapat diperhatikan melalui penerimaan dan kesedaran masyarakat akan kewujudan serta objektif program-program ini.

4.1 Program belia

Pelbagai program belia yang telah dilaksanakan membabitkan perkembangan belia dari pelbagai aspek termasuk fizikal dan mental.Antara aktiviti yang biasa dilakukan oleh para belia serta menghasilkan impak yang positif ialah penyertaan mereka dalam aktiviti

kokurikukulum di sekolah.Aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti perkemahan, pertandingan dan sukan, dipercayai penyumbang besar dalam melahirkan integrasi kaum yang baik (Fahmi Aziz, 2009).Ini adalah kerana aktiviti-aktiviti seperti ini melibatkan pelbagai kaum di mana mereka perlu bekerjasama bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini.

Antara program belia yang menunjukkan kejayaan ialah Rakan Muda di mana Kelab yang disertai para belia ini menganjurkan pelbagai aktiviti yang dapat mengeratkan perpaduan yang melibatkan kesukanan, kesenian serta kemasyarakatan (Fahmi Aziz, 2009).Aktiviti-aktiviti ini yang dilakukan bersama dan memberi manfaat kepada masyarakat seluruhnya tanpa mengira kaum pasti menimbulkan semangat perpaduan yang tinggi kepada rakyat Malaysia.

4.2 Sekolah Wawasan

Pada awal cadangan penubuhan sekolah wawasan, ia telah mendapat tentang beberapa pihak termasuk sebuah persatuan guru-guru sekolah cina yang bernama Dong Jiao Zhong (Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat, n.d.). Antara kekhuatiran persatuan tersebut ialah tentang kemungkinan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) akan hilang identiti bangsanya dan mengakibatkan generasi muda mereka mengabaikan penggunaan bahasa cina. Lama-kelamaan, mereka khuatir bahawa bahasa cina tidak akan digunakan lagi

oleh generasi yang lebih muda. Namun apabila dibincangkan dengan lebih teliti dan jika konsep sekolah wawasan itu dipraktikkan secara berkesan, masalah kemusnahan identiti

(9)

9 Banyak manfaat yang diperoleh dengan melaksanakan sekolah wawasan seperti menimbulkan suasana persaingan dari segi akademik dan sosial yang sihat, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia bagi pelajar SRJKC, memupuk sifat saling bertoleransi dan berkongsi sesame kaum dan banyak lagi (Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat, n.d.).

Dari segi pelaksanaan, didapati bahawa bilangan sekolah wawasan yang telah ditubuhkan tidak begitu banyak kerana kesukaran dalam mendapatkan lokasi yang sesuai yang mempunyai komposisi kaum majoriti yang sesuai (“Sekolah wawasan diyakini dicapai matlamat perpaduan”, 2011).Masalah ini timbul kerana pelaksanaan konsep sekolah 1 sekolah kadangkala tidak begitu praktikal sekiranya penjadualan penggunaan kemudahan tersebut tidak dirancang secara teliti (Kamaruzzaman Yahya, 2011). Berkongsi kemudahan seperti kantin sekolah, dewan sekolah dan padang sekolah yang sama dilihat sebagai langkah yang positif tetapi perancangan dan persefahaman yang tinggi amat diperlukan dari semua pihak. Oleh itu, jelas bahawa pelaksanaan sekolah wawasan belum begitu menyeluruh serta belum menampakkan hasil yang begitu nyata. Ini mungkin kerana ia mengambil jangkamasa yang lebih panjang untuk mencapai matlamat utama. Namun begitu, sekolah wawasan dilihat mempunyai potensi yang besar untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia sekiranya pelaksanaannya disusuli dengan pelan tindakan yang terperinci.

4.3 Pelan Integriti Nasional

Dalam pelaksanaan PIN, beberapa faktor memainkan peranan yang penting dalam kejayaannya termasuk persekitaran budaya yang sesuai, kerjasama dari pelbagai pihak, sumber yang mencukupi dan cekap, pemimpin yang memberi contoh yang baik, keinginan individu untuk berubah dan lain-lain faktor (“Pelan Integriti Nasional”, 2011). Secara khususnya, dalam usaha mencapai integriti, didapati bahawa tiga faktor utama mempengaruhinya iaitu faktor individu, kepimpinan dan budaya (Abdul Rashid, 2008).

Faktor individu yang mempengaruhi integriti perlu diambilkira dalam pelaksanaan

(10)

10 Sukarela (SRS) yang menggalakkan individu menjadi sukarelawan dalam komuniti masing-masing bagi membanteras jenayah. Antara kejayaan yang telah dicatat dalam PIN dalam pelaksanaan SRS di mana lebih kurang 4,000 kes-kes mambabitkan jenayah seperti vandalisme dan kecurian berjaya diselesaikan (“Pelan tindakan perpaduan dan integrasi nasional dikaji semula”, 2013). Sekiranya lebih banyak aktiviti-aktiviti seperti ini dianjurkan, pasti kes-kes jenayah seperti ini dapat dikurangkan secara signifikan.

Selain itu, gejala rasuah dilihat sebagai suatu gejala yang perlu dibanteras bagi

mencapai integriti.Bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam mencegah rasuah, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah distruktur semula supaya membentuk sebuah suruhanjaya bebas yang dinamakan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (Saifulizam Mohamad, 2008).Dengan peningkatan taraf ini, suruhanjaya ini dapat menjanjikan ketelusan yang lebih dalam usaha kerajaan bagi menghapuskan jenayah berbahaya ini.

4.4 Pencapaian ketiga-tiga program

(11)

11 5.0 Faktor-faktor yang telah menyumbang kepada pembentukan masyarakat pluraliti di Malaysia.

5.1 Selepas 13 Mei

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini

adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya.

Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) „ .... the road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of “ onak dan duri”.

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial.

5.2 Pemisahan fizikal

Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang

(12)

12 Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semenanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya

yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara.

5.3 Sistem pendidikan

Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain.

Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada

(13)

13 dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib.

Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta

(IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

5.4 Ekonomi

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan iaitu penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.

Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.

(14)

14 masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik.

Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari

peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan

lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

5.5 Politik

Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak.

(15)

15 budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata.

Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

5.6 Perbezaan nilai etnik

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan.

Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain.

Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

5.7 Cabaran globalisasi

(16)

16 Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang akan menjadi bakal pemimpin negara, lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas.

Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan, kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian Malaysia, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka

(17)

17 Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan.

Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis

Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum.

Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang.

Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam

(18)

18 dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil

bagi semua kaum.

Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia

(19)

19 dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing.

Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadapan(1991) yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan

(20)

20 Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995.

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri. Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia uar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang „multiracial‟ dan „multiculture‟ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik.

Disamping itu kepentingan agama didahulukan..

(21)

21 ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa• adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'. Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut. Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara.

Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan 'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan.

Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah orang cina, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah. Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan

di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara

(22)

22 6.0 Kesimpulan

Melalui perbincangan yang telah dilakukan, didapati bahawa ketiga-tiga usaha kerajaan dalam menjana perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai kelebihan masing-masing.Program belia, sekolah wawasan dan Pelan Integrasi Nasional nyata memberi impak yang positif terhadap penyatuan rakyat Malaysia.Namun, masih terdapat ruang untuk memperbaiki program-program ini melalui pelaksanaan yang lebih berkesan dan terperinci. Setiap program ini jika dilaksanakan secara bersama dan efektif,

(23)

23 6.0 RUJUKAN

Abdul Rashid (2008). Individu, Kepimpinan dan Budaya: Tiga faktor yang menjejaskan perlaksanaan Integriti. Diperolehi pada 2 Februari, 2014 dari

http://kiasan.blogspot.com/2008/05/individu-kepimpinan-dan-budaya-tiga.html

Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat (n.d.). Sekolah Wawasan: Sejauh

manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang. Diperolehi pada 2

Februari, 2014 dari http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf

Dasar Pembangunan Belia Negara (2013) Diperolehi pada 2 Februari, 2014 dari

http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan%20Belia%20Negara.p

df

Erti dan Kepentingan Perpaduan Negara (2012, February 19) Diperolehi pada 2 Februari, 2014 dari http://spmbahasamelayu.blogspot.com/2012/02/erti-dan-kepentingan-perpaduan-negara.html

Fahmi Aziz (2009). 1 Malaysia: Belia berwawasan penggerak kejayaan. Diperolehi pada 2 Februari, 2014 dari http://aspirasifahmi.blogspot.com/2009/06/1-malaysiabelia-berwawasan-penggerak.html

Kamaruzzaman Yahya (2011). Keberkesanan penggunaan prasarana di kompleks sekolah wawasan Subang Jaya dalam usaha menggalakkan interaksi antara semua murid warga sekolah. Unpublished Thesis.

Norazah binti Abdul Hamid (2013) Diperolehi pada 2 Februari, 2014 dari

http://www.mdks.gov.my/c/document_library/get_file;jsessionid=0FFCAACC6D158B4B40

D72427CEFF1831?uuid=ac4537f0-7258-41de-a83c-15d5d062a2b5&groupId=504217

Norwati binti Abdul Manaf (2013). Diperolehi pada 3 Februari, 2014 dari

http://bpkupg.blogspot.com/2009/07/konsep-dan-pelaksanaan-sekolah-wawasan.html

Pelan Integriti Nasional ( 2011) Diperolehi pada 3 Februari, 2014 dari

http://www.slideshare.net/guestd56616/pelan-integriti-nasional/

(24)

24 Pelan Integriti Nasional: Edisi Ringkas (2006, January) Diperolehi pada 3 Februari, 2014 dari http://www.moa.gov.my/documents/10157/3f63ccea-c336-4f7f-8958-bf486c08836e

Pertubuhan Belia 1 Wawasan (n.d.) Diperolehi pada 4 Februari, 2014 dari

http://pertubuhanbelia1wawasan.page.tl/PROGRAM-BELIA-1-WAWASAN.htm

Program Pertukaran Belia Antarabangsa (2013) Diperolehi pada 4 Februari, 2014 dari

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/669-program-pertukaran-belia

-antarabangsa.html

Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (2012, September 27). Diperolehi pada 4 Februari, 2014 dari http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/69

Saifulizam Mohamad (2008). BPR jadi suruhanjaya – bagi meningkatkan keberkesanan, ketelusan perangi rasuah. Diperolehi pada 5 Februari, 2014 dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sekolah Wawasan diyakini dicapai matlamat perpaduan (2011). Diperolehi pada 5 Februari, 2014 dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Parlimen&pg=pa_04.htm

Tan Sri Dato‟ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. Malaysia Kita. Malaysia. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1991. Diperolehi pada 5 Februari, 2014 dari

http://www.jpnin.gov.my/v4/?q=ms/taxonomy/term/32&page=5

Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Wawasan 2020. Petaling Jaya. Penerbit Setiamas. 1995

Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. Pengajian Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn Bhd, 2007.

Referensi

Dokumen terkait

Persamaan dari dua penelitian ini yaitu peneliti sam-sama memiliki tujuan untuk meningkatkan motivasi belajar siswa, sedangkan segi perbedaannya yaitu 1 Penelitian yang ditulis

Sesuai dengan batasan diatas maka yang menjadi populasi dalam penelitian ini adalah mahasiswa S1 Reguler FEB Universitas Lampung angkatan 2013, terdiri dari Akuntansi,

Hasil penelitian ini tidak sesuai dengan penelitian yang telah dilakukan oleh Rizani, dkk (2011) pada studi kasus di Pemerintah kota di Provinsi Kalimantan Selatan yang

Tujuan desain alat pengering ini adalah perangkat keras dan lunak berbasis mikrokontroler yang akan digunakan untuk kontrol temperatur dan kelembaban pengeringan produk

3 Spammer yang melakukan spam di Twitter dengan menduplikasi

Jawaban dibuktikan dengan adanya daftar hadir dan dokumen kegiatan dalam bentuk laporan tertulis atau photo yang diikuti setidak-tidaknya oleh 90% siswa 3 (tiga) tahun

Mungkin, penggunaan rumput sintetis ini ditujukan untuk mengakomodasi gaya sepak bola konvensional yang dianut para pemain futsal kita.. Asal tahu saja, Ronaldinho,

Untuk mengetahui seberapa jauh teknologi gasifier yang dikombinasikan dengan sekam padi maka pada penelitian ini dilakukan simulasi uji performance motor bakar diesel