• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN APLIKASI YOUTUBE DALAM KEMAHI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGGUNAAN APLIKASI YOUTUBE DALAM KEMAHI"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PROSIDING

PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU

PENDIDIKAN ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)

Mendepani Cabaran Globalisasi

PENERBIT

Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB,

(3)

PROSIDING

PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)

© Sekretariat ISPEN-i 2016,

Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA. 2016

Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Sekretariat ISPEN-i 2016, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 (ISPEN-i 2016) Sekretariat ISPEN-i 2016,

Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA 21 Mei - 22 Mei 2016 / Munawar et.al.

ISBN: 978-967-14229-0-8 1. Pendidikan Islam 2. Bahasa Arab

3. Ahmad Munawar Ismail

(4)

PERSIDANGAN KEBANGSAAN ISU-ISU PENDIDIKAN ISLAM 2016 (ISPEN-i 2016)

Mendepani Cabaran Globalisasi

Anjuran Bersama :

Persatuan Intelektual Muslim Malaysia & Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

21 – 22 Mei 2016

Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, MALAYSIA.

PENERBIT

Persatuan Intelektual Muslim Malaysia, Lot 2.03A, Aras 2, Wisma UNIKEB, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

(5)

EDITOR

Nur Hanani Hussin Mohd Aderi Che Noh Syed Najmuddin Syed Hassan

Bani Hidayat Mohd Shafie Ghazali Darusalam Mohd Faisal Mohamed Mohd Izzuddin Mohd Pisol

(6)

PENGGUNAAN APLIKASI YOUTUBE DALAM KEMAHIRAN

Aplikasi Youtube merupakan salah satu medium dalam pembelajaran bahasa. Kegunaannya yang meluas, pelbagai, mudah dan cepat mampu merangsang minat para pelajar terhadap pembelajaran bahasa khususnya Bahasa Arab sekaligus mampu meningkatkan kemahiran bahasa pelajar khususnya kemahiran mendengar pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk: 1) mengenalpasti tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab. 2) mengenalpasti sejauhmana aplikasi youtube ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab. Reka bentuk kajian merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengukur tahap penggunaan youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab dikalangan pelajar dan minat pelajar. Dijalankan ke atas 30 orang pelajar yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak daripada institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Pengumpulan data dilakukan menggunakan set soal selidik yang merangkumi pelbagai item penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran Bahasa Arab.

Kata Kunci : aplikasi youtube, Bahasa Arab, kemahiran mendengar, minat

ABTRACT

Youtube application is one medium of language learning. Its use is widespread, diverse, easily and quickly able to stimulate the interest of students towards learning languages, especially Arabic and can improve students' language skills, especially listening skills of students. Thus, this study aims to 1) identify the level of use of the application in the skills of listening youtube Arabic. 2) identify the extent of this youtube application can increase student interest in the Arabic language. The study design was a survey using a questionnaire. Questionnaire was used to assess the level of skills of listening youtube in Arabic among students and student interest. Conducted on 30 students selected randomly from institutions of higher learning (IPT) in Malaysia. The data was collected using questionnaire covers various items using youtube application in Arabic language skills.

Keywords: youtube application, Arabic languange, listening skills, interest

PENDAHULUAN

(7)

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM

231 pincang bila melihat pencapaian dan penguasaan pelajar dalam bahasa ini. Kesalahan dan kesilapan berbahasa masih berleluasa (Al-Muslim & Zamri Arifin, 2012).

Penguasaan bahasa Arab di kalangan mahasiswa amat mendukacitakan. Begitu juga bagi kemahiran mendengar yang kurang diterapkan dan diberi keutamaan dalam proses pengajaran Bahasa Arab. Sering berlaku perdebatan berkaitan penguasaan Bahasa Arab yang lemah dalam kalangan pelajar dan pelajar sering melakukan kesilapan dan kesalahan dalam berbahasa (Kamarul Shukri, 2009, Al-Muslim & Zamri Arifin, 2012). Jelas di sini, bahawa Bahasa Arab kurang dikuasai oleh pelajar- pelajar di sekolah rendah, menengah mahupun universiti.

Pemupukan minat terhadap pembelajaran Bahasa Arab menerusi kemahiran mendengar Bahasa Arab khususnya melalui Guru Bahasa Arab itu sendiri dengan memainkan peranannya dalam mendidik pelajar (Nik , Zamri & Kamarulzaman, 2008). Pengaruh bahasa ibunda amat mempengaruhi semasa proses pembelajaran bahasa kedua.

Selain itu, penggunaan Alat Bantu Mengajar(ABM) dan multimedia juga jarang digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa khususnya bagi kemahiran mendengar. ABM yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran kemahiran mendengar antaranya ialah pita rakaman audio atau makmal bahasa. Hal ini demikian, ABM akan meningkatkan kefahaman pelajar apabila mendengar teks petikan. Tambahan itu, didapati penggunaan ICT multimedia, termasuk teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio, dapat merangsang indera pendengaran pelajar Jamaludin dan Zaidaton (2003).

Penggunaan unsur grafik dan warna secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan tafsiran (Che Suriani & Fariza, 2014). Multimedia mempunyai keupayaan dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan (Zamri & Mohamed Amin, 2008). Melalui perkembangan penggunaan multimedia dan internet ini telah membuka lebih banyak peluang kepada pengajar dan pelajar meraih pengetahuan dan memberi kemudahan mendapatkan maklumat dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan mudah dan pantas secara atas talian (Wan Hazenah, 2014).

(8)

ISBN 978-967-14229-0-8

232 pengaplikasian video YouTube sebagai salah satu medium pembelajaran bahasa khususnya Bahasa Arab.

OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengenalpasti tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab.

2) Mengenalpasti sejauhmana aplikasi youtube ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab.

Manakala persoalan kajian pula adalah: 1)Apakah tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab dikalangan pelajar?. 2) Adakah aplikasi youtube ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab?.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Menurut Khalid Johari (2003), penggunaan soal selidik merupakan suatu bentuk alat pengumpulan data yang digunakan oleh banyak penyelidik. Hal ini kerana soal selidik dapat mengumpulkan data secara berstruktur dan standard. Selain itu, instrumen yang mudah dikendalikan, menjimatkan masa, wang dan fikiran penyelidik selama pengumpulan data (Nur Fadzilah, 2010).Responden yang terlibat seramai 30 orang pelajar dan teknik pemilihan adalah rawak daripada institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Soal selidik untuk kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A: Bahagian ini mengandungi latar belakang responden yang meliputi maklumat peribadi.

Bahagian B: Bahagian ini pula mengandungi pernyataan atau soalan berkaitan penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar bahasa arab

Bahagian C: Bahagian ini pula mengandungi pernyataan atau soalan mengenai penggunaan aplikasi youtube dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa arab.

Untuk tujuan intepretasi data, kajian ini mengkategorikan kepada tiga mata (Rudzi, 2003), iaitu min = 1.00 hingga min = 2.33 ialah rendah, min = 2.34 hingga min = 3.67 ialah sederhana, dan min = 3.68 hingga min = 5.00 ialah tinggi.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan taburan peratusan dan min tahap penggunaan Youtube dalam kemahiran mendengar bahasa Arab. Berdasarkan kepada keputusan min, tahap penggunaan aplikasi Youtube bagi kemahiran mendengar bahasa Arab berada pada tahap sederhana (min = 3.21), iaitu antara min = 2.34 hingga min = 3.67.

(9)

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM

233 Taburan peratusan bagi item B3 menunjukkan lebih ramai responden pelajar yang menyatakan setuju (46.7%) , bahawa youtube ini mampu menambah kosa kata Bahasa Arab, berbanding yang menyatakan tidak setuju (10%) bahawa youtube ini tidak menambah kosa kata Bahasa Arab mereka. Manakala bagi item B6 menunjukkan lebih ramai responden pelajar yang menyatakan tidak setuju(43.3%) bahawa aplikasi Youtube ini kurang membantu pembelajaran Bahasa Arab mereka, berbanding yang setuju(13.3%).

Jadual 1 Taburan peratusan dan keputusan min tahap penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab.

B. Penggunaan Aplikasi Youtube 1 2 3 4 5 Min

B1. Saya menggunakan aplikasi Youtube dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Arab

0% 16.7% 16.7% 53.3% 13.3% 3.63

B2. Saya suka menggunakan aplikasi Youtube dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Arab

0% 6.7% 33.3% 46.7% 13.3% 3.67

B3. Penggunaan Youtube ini mampu

menambahkan kosa kata Bahasa Arab saya

0% 10.0% 20.0% 46.7% 23.3% 3.83

B4. Saya selalu menggunakan aplikasi Youtube dalam membantu pembelajaran Bahasa Arab saya

0% 13.3% 36.7% 40.0% 10.0% 3.47

B5. Saya menggunakan aplikasi Youtube bersama rakan ketika belajar Bahasa Arab.

3.3% 20.0% 53.3% 20.0% 3.3% 3.00

B6. Saya tidak menggunakan aplikasi youtube dalam pembelajaran Bahasa Arab kerana ianya membosankan

10.0% 43.3% 40.0% 6.7% 0% 2.43

B7. Aplikasi Youtube ini kurang membantu pembelajaran Bahasa Arab saya.

6.7% 43.3% 36.7% 13.3% 0% 2.57

B8. Aplikasi Youtube ini kurang bahan-bahan di dalamnya yang berkaitan dengan Bahasa Arab

0% 23.3% 53.3% 20.0% 3.3% 3.03

B9. Guru menggalakkan saya dan rakan

menggunakan Youtube dalam pembelajaran Bahasa Arab

3.3 10.0 36.7 36.7 13.3 3.47

B10. Guru menggunakan video Youtube dalam P&P Bahasa Arab

10.0 26.7 23.3 33.3 6.7 3.00

Min keseluruhan= 3.21

(10)

ISBN 978-967-14229-0-8

234

Jadual 2 Taburan peratusan dan keputusan min penggunaan aplikasi youtube dapat menarik minat Pelajar dalam Bahasa Arab.

C. Penggunaan Aplikasi Youtube Dapat Menarik Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab.

1 2 3 4 5 Min

C1. Saya suka menghadiri kelas yang diajar dengan berbantukan video Youtube kerana ianya menarik

0% 13.3% 13.3% 53.3% 20.0% 3.8

C2. Saya lebih suka mempelajari Bahasa Arab dengan berbantukan aplikasi Youtube berbanding menggunakan buku teks sahaja

3.3% 3.3% 26.7% 43.3% 23.3% 3.8

C3. Saya mencadangkan kepada rakan agar menggunakan aplikasi Youtube dalam mempelajari Bahasa Arab

3.3% 10.0% 33.3% 43.3% 10.0% 3.47

C4. Penggunaan Youtube dalam pembelajaran Bahasa Arab menjadikan sesi pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab lebih menarik berbanding penggunaan buku teks sahaja.

2.2% 0% 10.0% 50.0% 36.7% 4.17

C5. Saya lebih suka mempelajari Bahasa Arab dengan bantuan aplikasi Youtube.

0% 6.7% 16.7% 60.0% 16.7% 3.87

C6. Aplikasi Youtube ini membantu menambah minat saya terhadap Bahasa Arab

0% 3.3% 13.3% 63.3% 20.0% 4.00

C7. Pembelajaran Bahasa Arab menggunakan Youtube menggalakkan saya belajar Bahasa Arab lebih mendalam

0% 6.7% 30.0% 50.0% 13.3% 3.7

Min keseluruhan = 3.83

Dapatan soal selidik bagi penggunaan aplikasi youtube dapat menarik minat Pelajar dalam Bahasa Arab ditunjukkan dalam Jadual 2. Berdasarkan keputusan min keseluruhan, penggunaan aplikasi Youtube dapat menambah minat pelajar terhadap Bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi min = 3.83, (antara 2.68- min = 5.00). Secara terperinci, dapatan menunjukkan ketujuh-tujuh item berada pada tahap yang tinggi.

Taburan peratusan bagi item C6, menunjukkan bahawa lebih ramai responden pelajar yang bersetuju (63.3%) bahawa membantu menambah minat mereka terhadap Bahasa Arab, berbanding yang tidak bersetuju bahawa youtube tidak membantu menambah minat mereka terhadap Bahasa Arab sebanyak 3.3% sahaja. Bagi item lain juga menunjukkan bahawa kebanyakan reponden bersetuju terhadap aplikasi Youtube ini dapat menggalakkan diri dan minat mereka terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Jelas bahawa aplikasi youtube ini boleh menjadi salah satu medium dan bahan pembelajaran bagi para pelajar dan orang umum untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Arab.

KESIMPULAN

Dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran, ilmu mahupun sesuatu bahasa, pelajar perlu kepada kaedah yang kreatif dan efisin mengikut kesesuaian cara pembelajaran seseorang individu. Tambahan dengan perkembangan teknologi pendidikan dari semasa ke semasa, menjadikan kaedah pembelajaran dan pengajaran semakin meluas dan menarik. Justeru pelajar perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, dalam menambahbaik proses pembelajaran pelajar itu sendiri. Pembelajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan kefokusan dan minat pelajar terhadap ilmu yang dipelajar.

(11)

Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Islam 2016 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, UM

235 sendiri. Selain itu, guru yang bertindak sebagai pendidik perlu memberi galakan dan saling bertukar idea bersama pelajar dalam penggunaan teknologi pendidikan serta menambahbaik teknik dan kaedah pengajaran agar pelajar lebih cenderung mendalami suatu pelajaran. Guru dan pelajar juga digalakkan untuk menambah koleksi dan bahan dalam aplikasi youtube bagi pembelajaran Bahasa Arab serta mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Aisah Hasmam. 2011. Teks Bahasa Arab untuk Pembelajaran Kemahiran Mendengar Peringkat Permulaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Muslim Mustapa & Zamri Arifin. 2012. Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab: satu tinjauan literatur di Negeri Sembilan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012, p15-33.

Habibah Elias & Zaidatol Akmaliah. 2001. A study on listening skills among university students: Implication for university teaching. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa: Cabaran dan prospek Pendidikan Guru. Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. 16-17 Julai.

Ibtisam Abdullah & Zamri Ahmad. 2012. Pengajaran kemahiran mendengar bahasa arab sebagai bahasa kedua. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012, p. 75-81.

Izyan Safwani Ismail, Melor Md Yunus & Maslawati Mohamad. 2015. Using Web TV Program On Youtube To Enhance Medical Students’ Communication Skills. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi.

Jamaludin Badusah & Hashimah Haji Hashim. 2005. Persepsi pelajar sekolah menengah terhadap penggunaan Internet dalam penulisan karangan. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti, 1-11

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Kajian kes penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajran guru cemerlang Pendidikan Islam sekolah Bandar dan luar Bandar: satu kajian perbandingan. Jurnal Teknologi (Sains Sosial), Sept.2011:179-198.

Kamarul Shukri Mat The. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan PelajarSekolah Menengah Agama . Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamaruzzaman Ismail. 2001. Penggunaan computer dalam kalangan pengajar dan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi teknikal. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi.

Khalid Johari. 2003. “Penyelidikan dalam Pendidikan (Konsep dan Prosedur)”. Malaysia :

Prentice Hall.

Mahzan Arshad. 2007. Memperkasa proeses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di Malaysia. Masalah Pendidikan, Jilid 30(1): 79-87

(12)

ISBN 978-967-14229-0-8

236 5) Pendidikan Islam & Bahasa Arab Pemangkin Peradapan Ummah. Fakulti Pendidikan UKM, hlm. 129-136.

Mohamed Amin Embi. 2011. Aplikasi Web 2.0 Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia. (Atas talian) http://ml.scribd.com/doc/65576530/Aplikasi-Web-2-0-Dalam-Pengajaran Dan Pembelajaran diakses pada 22/11/2012

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2005. Penilaian Kemahiran Mendengar dalam

Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi di Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Selangor. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman Abd. Ghani. 2006. Teknik Pembelajaran Kemahiran Mendengar: Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. ISLAMIYYAT 28: 109-124

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Kamarulzaman Ab. Ghani. 2008. Penggunaan Alat Bantu Mengajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Kamarulzaman Ab. Ghani. 2008. Motivasi Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab dan Hubungannya dengan Pencapaian Pelajar. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Fadzilah Binti Othman. 2010. Kajian Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.

Rosni Samah. 2012. Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan Lepasan Sekolah Menengah Agama. Fakulti Pengajian Bahasa. Universiti Sains Islam Malaysia.

Rudzi Munap. 2003. Penilaian Program Diploma Kesetiausahaan Eksekutif di Universiti Teknologi MARA. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Tan Choon Keong & Carol Binti Abu. 2013. Pengaplikasian Video Youtube : Bahan Bant Mengajar (BBM) Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial. Universiti Malaysia Sabah

Wan Hazenah wan Ismail . 2014. Aplikasi Google dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan. UKM. Bangi

Zamri Mahamod &Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi maklumat dan komnikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Teori dan praktis. Shah Alam.: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Ala-Uddin Othman. 2011. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA Di Malaysia. GEMA

Referensi

Dokumen terkait

Pusat Pengembangan Minat dan Bakat pemuda Tanjung Morawa atau lebih sering kita kenal dengan nama Gelanggang Remaja, merupakan suatu wadah yang memungkinkan

Setelah peneliti melakukan wawancara dan observasi secara Iangsung dalam proses pembelajaran di Madrasah Diniyyah Al Huda, diketahui bahwa KBM dilaksanakan pada

) NEGARA NEGARA BERKE BERKEMBANG MBANG DAN S DAN SINGAPU INGAPURA RA SEBAG SEBAGAI NE AI NEGARA GARA MAJU MAJU DI DI ASEAN ASEAN

Kedua indikasi tersebut sejalan dengan beberapa penelitian yang menyebutkan bahwa sebenarnya absorptive capacity tidak langsung berhubungan dengan inovasi perusahaan,

Dalam proses pembelian yang dilakukan konsumen tidak jarang dipengaruhi oleh faktor- faktor dasar yang ada dalam diri konsumen yang bersangkutan, tetapi juga

Peserta didik dalam proses Transfer of Knowledge keterampilan pengobatan tradisional pijat sangkal putung lazim dipanggil dengan peserta didik dan sumber belajar

Ketiga, sedangkan untuk komunikasi antara server dan mikrokontroler Arduino yang pertama, modul Johnny-Five digunakan sebagai media untuk menjembatani