• Tidak ada hasil yang ditemukan

Komitmen Belia Tani Dalam Projek Pertanian Di Negeri Selangor Dan Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengannya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Komitmen Belia Tani Dalam Projek Pertanian Di Negeri Selangor Dan Faktor-Faktor Yang Berkaitan Dengannya"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

     

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KOMITMEN BELlA TANI DALAM PROJEK

PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR

DAN FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGANNYA

NORSIAH BT. MOHD. NOOR

(2)

KOMITMEN BELlA TAN! DALAM PROJEK PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR

DAN FAKTOR-FAKTOR YANG BERKAITAN DENGANNYA

Oleh

Norsiah Bt. Mohd. Noor

Tesis Dikemukakan Untuk Memenuhi Sebahagian Keperluan Ijazah Master Sains Di Pusat Pengembangan

Dan Pendidikan Lanjutan Universiti Pertanian Malaysia

(3)

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,

Pada kesempatan 1m penulis mgm merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Hj. Azimi Hj. Hamzah, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan atas nasihat, bimbingan dan cadangan beliau kepada penulis dalam menyediakan tesis ini. Penulis juga merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Jawatankuasa khususnya Dr. Turiman Suandi dan Dr. Mazanah Mohammad atas sumbangan dan cadangan bernas mereka.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Puan Saodah Wok dan Pak Mei Rochjat Darmawiredja yang banyak membantu dalam kerja menganalisis data kajian. Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada Puan Norizan, Jun dan semua pensyarah serta kakitangan PPPL yang sentiasa membantu penulis semasa menjayakan program pengajian ini.

Penulis tidak lupa juga menghargai bantuan kewangan yang diberi dalam

bentuk biasiswa oleh SEARCA selama penulis berada di UPM ini. Begitu juga kepada pihak UPM sendiri dan kakitangannya yang memberikan kemudahan dan peralatan kepada penulis. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak Jabatan Pertanian Negeri Selangor, pegawai serta kakitangannya di semua daerah yang dilawati yang banyak membantu dalam proses pungutan data.

(4)

Akhir sekali penghargaan yang tidak ternilai kepada suami dan anak-anak penulis yang banyak memberikan sokongan, bantuan dan aspirasi. Penulis agak terharu di atas kembalinya ke Rahmatullah ayahandanya di saat-saat akhir penulisan tesis ini. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.

Kepada semua yang disebutkan di atas, hanya Allah sahaja yang layak membalas budi saudara/i semua dan didoakan agar diberikan ganjaran oleh Allah akan usaha dan jihad yang telah dicurahkan. Semoga uSaha kita diberkati Allah. Amin.

(5)

lSI KANDUNGAN Muka Surat PENGHARGAAN . 11 SENARAI JADUAL . IX SENARAI RAJAH Xl ABSTRAK X11 ABSTRACT XIV BAB 1. PENGENALAN 1 Latar Belakang 1

Status Komitmen Belia Tani

Dalam Projek Pertanian 3 Masalah Komitmen Belia Tani . . 4

Kenyataan Masalah . 6 Objektif Umum .. 6 Kepentingan Kajian 7 Skop Kajian 8 2. SOROTAN LITERATUR 9 Konsep Komitmen. . . . . 9 Definisi Komitmen . . 1 0 Kepentingan Komitmen . . 1 2 IV

(6)

3.

Komitmen Individu Komitmen Belia Dalam Projek Pertanian . . . .

Konsep Umum Mengenai Sikap Dan Tingkahlaku Individu Yang Komited Teori Yang Berkaitan Dengan Komitmen .

Teori Psikologi Pergerakan Masyarakat . . . . . Teori Mobilisasi Sumber . Konsep Dan Teori Motivasi

Kajian Terdahulu Mengenai Komitmen Faktor Latar Belakang

Kebolehan Individu Faktor Keinginan . Galakan Sosial . Sifat Personaliti .

METODOLOGI KAJIAN .

Rangka Konseptual Kajian . . Hipotesis Kajian. Populasi Kajian . Persampelan. . . v 1 3 14 1 5 1 9 1 9 1 9 20 24 25 27 30 3 1 32 . 36 36 38 38 39

(7)

Pembentukan Peralatan Dan Pengumpulan Data . . . . . Pembentukan Peralatan . .

Prauji Borang Soal Selidik . . Ujian Reliabiliti Ke atas Skala . Pengumpulan Data

Analisis Data . . .

Definisi Istilah Dan Kriteria Mengukur Angkubah Bergantung Dan Angkubah Bebas . . . . .

Komitmen Dalam Projek. Angkubah Bebas . . .

Faktor Latar Belakang Faktor Kebolehan . Sifat Personaliti . .

Faktor Dorongan Keinginan . . Faktor Galakan Sosial . . . .

4. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN .. .

Hasil Kajian

Tahap Komitmen Belia Tani Dalam Projek Pertanian . . . . Latar Belakang Responden Faktor Kebolehan . . . . VI 39 39 42 43 44 44 46 46 47 48 49 50 5 1 52 . 53 54 54 55 63

(8)

Faktor Sifat Personaliti Faktor Keinginan Faktor Galakan

Perkaitan Antara Angkubah Bebas Terpilih Dengan Tahap Komitmen Perkaitan Antara Faktor Latar

Belakang Dengan Tahap Komitmen . Perkaitan Antara Angkubah

Kebolehan Dengan Komitmen . Perkaitan Angkubah Sifat Personaliti Dengan Komitmen . Perkaitan Antara Komitmen Dengan Dorongan Keinginan . Perkaitan Antara Faktor Galakan Dengan Komitmen Ujian Regrasi Berganda Antara Komitmen Dengan Angkubah Bebas .

5. RINGKASAN KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN . . Ringkasan Latar Belakang Objektif Kajian . . Metodologi Kajian Angkubah . . . Penemuan Kajian . . . . . Vll 65 67 68 72 72 73 74 75 76 77 80 80 80 8 1 81 82 84

(9)

Tahap Komitmen Responden . Faktor Latar Belakang . . . . Perkaitan Antara Tahap Komitmen Dengan Angkubah Bebas Terpilih. Analisis Regresi Berganda

Terhadap Angkubah-Angkubah Bebas Dengan Komitmen . Kesimpulan

Perbincangan Hasil Kajian Cadangan Untuk Meningkatkan Tahap Komitmen Belia Tani . Cadangan Untuk Kajian Pada Masa Hadapan . . . . 84 84 86 86 87 . 88 97 99 RUJUKAN . . . 101

LAMPIRAN A Borang Soalselidik . . . . . . . 1 09

VITA 1 24

(10)

SENARAI JADUAL

Jadual

1 Populasi Belia Tani Di Bawah Jabatan Pertanian Mengikut Daerah Di Negeri Selangor . .

2 Skor Angkali Realibiliti Untuk Skala .

3 Taburan Responden Untuk Angkubah Bergantung .. . . .

4 Taburan Responden Mengikut Tahap Komitmen

5

6

7

Taburan Responden Mengikut Jantina, Umur Taraf Perkahwinan Dan Tempoh Menyertai Projek . . . . . . . .

Taburan Responden Mengikut

Tempoh Penglibatan Dalam Projek Pertanian. Taburan Responden Mengikut Status

Pemilikan Tanah Dan Penglibatan Status 8 Taburan Responden Mengikut

Pendapatan Bulanan Daripada Hasil Pertanian.

9 Taburan Responden Mengikuti Kursus. . . . .

10

11

12

13

Taburan Responden Dalam Pertubuhan Tempatan Dan Penilaian Tahap Kejayaan . . " . . . .

Taburan Responden Mengikut Kumpulan Angkubah Bebas . . . . . . . . .

Taburan Responden Mengikut Tahap Kebolehan . . . . Taburan Responden Mengikut Sifat Personaliti . . . . . . . . . IX Muka Surat 40 43 54 56 S8 59 60 61 62 63 64 66 67

(11)

14

15

Taburan Responden Mengikut Tahap Keinginan . . . .

Taburan Responden Mengikut Galakan Diterima . . . .

16 Perkaitan Antara Tahap Komitmen Dengan Latar Belakang . . . . 17 Perkaitan Antara Faktor Kebolehan

Responden Dengan Komitmen .

18 Perkaitan Antara Faktor Sikap Personaliti Dalam Komitmen . .

19 Perkaitan Antara Faktor Keinginan Responden Dengan Komitmen . . 20 Perkaitan Antara Galakan Terhadap

Responden Dengan Komitmen .

21 Ringkasan Hasil Ujian Regrasi Berganda (Stepwise) . . . . x 70 71 73 74 75 76 77 78

(12)

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

1 Model Penentuan Terhadap

Tingkahlaku Pencapaian Dan Keberkesanan

Individu Dalam Organisasi. . . . . 18

2 Model Motivasi Porter Dan Lawler 24

3 Model Kajian . . . ... . . 37

(13)

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Pertanian Malaysia sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mendapatkan Ijazah Master Sains.

Pengerusi Fakulti

KOMITMEN BELlA TANI DALAM PROJEK PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR

DAN FAKTOR-FAKTOR BERKAITAN DENGANNYA Oleh

NORSIAH BT. MOHD. NOOR

September 1994

Prof. Madya Dr. Haji Azimi Haji Hamzah Pusat Pengembangan Dan Pendidikan Lanjutan

Komitmen belia dalam pertanian merupakan perkara penting dalam usaha memenuhi keperluan makanan dalam negara. Tren yang dapat dilihat ialah belia sudah kurang berminat untuk terus berada dalam bidang pertanian atau menjadikan bertani sebagai suatu kerjaya. Walau bagaimanapun terdapat sebilangan kecil belia yang masih mahu terus berusaha dalam bidang ini. Justeru itu profil latar belakang dan sikap belia yang komited ini merupakan masalah yang releven untuk dikaji.

Objektif am kajian ini ialah untuk mengetahui tahap komitmen belia tani dalam projek pertanian. Kajian ini dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor melalui seramai 140 orang belia tani yang dipilih secara rawak.

(14)

Penemuan kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen responden yang masih berada dalam projek-projek pertanian adalah tinggi. Tahap komitmen belia tani didapati mempunyai perkaitan dengan tempoh masa mereka berada dalam bidang pertanian; pendapatan yang diperolehi; sikap personaliti yang baik, dan tahap keinginan mereka yang tinggi. Di antara lima kumpulan pembolehubah, faktor keinginan merupakan faktor utama yang menyumbangkan 47 peratus daripada variasi tahap komitmen, manakala faktor sifat personaliti menambah dua peratus lagi kepada variasi tahap komitmen.

Kajian ini memberikan rumusan bahawa aspek motivasi dalaman individu seperti faktor keinginan dan sifat personaliti amat penting dalam menentukan tahap komitmen belia tani. Faktor-faktor pendapatan, taraf pendidikan, tempoh berada dalam projek dan galakan pegawai merupakan faktor sokongan dalam menentukan tahap komitmen. Manakala pemilikan tanah individu tidak memberi erti terhadap tahap komitmen belia tersebut.

Di akhir kajian ini dicadangkan supaya belia tani dan pegawID yang bertanggungjawab ke atas kemajuan mereka lebih didedahkan dengan idea usahawan tani. Juga perkara utama yang perlu diberi pertimbangan oleh pihak berkuasa ialah menukar persepsi masyarakat umum terhadap kerjaya sebagai usahawan tani dan memperuntukkan tanah sebagai pusat pengeluaran bahan makanan di setiap negeri.

(15)

Abstract of thesis submitted to the Senate of Universiti Pertanian Malaysia in partial fulfilment of the requirements for the degree of Master of Science.

FARM YOUTH COMMITMENT IN AGRICULTURE PROJECT IN THE STATE OF SELANGOR

Chairman Faculty

AND FACTORS ASSOCIATED by

NORSIAH BT. MOHD. NOOR September 1994

Assoc. Prof. Dr Hj. Azimi Haji Hamzah. Centre for Extension and Continuing Education

Farm youth commitment in agriculture projects is important in order to meet the nation's food supply. Studies have shown that farm youths seem to loose interest in farming as a career. On the other hand, there are few youths who are still involved in agriculture. Thus, their profile and attitute towards agriculture should be identified in relation to their commitment in agricultural projects.

The general objective of this study is to determine the commitment level of farm youth in agricultural projects. The study was conducted in the state of Selangor through 140 respondents who were randomly selected.

The findings of the study revealed that the level of commitment among the respondents was high. The level of commitment of farm youth was found to be significantly related to their duration of projects, income, needs achievement

(16)

contributed 47 percent of the variability in the level of commitment while two percent of the variability in the commitment was attributed to personality traits.

The study concluded that individual internal aspects of motivation that is, needs achievement and personality traits, are important indicators in determining the level of commitment among youths. Other factors such as income, level of education, duration of projects and encouragement by extension are supporting factors. Meanwhile land ownership does not contribute to the increase in the level of commitment.

Lastly, the study suggests that farm youths and their most immediate extension should be made aware of the idea of farm enterprenuership. On top of that government should help to change public perception on farming as a career, and to allocate a piece of land as production centre in every state.

(17)

BABI

PENGENALAN

Latar Belakang

Belia tani telah dikenalpasti dalam Dasar Pertanian Negara (DPN) sebagai golongan sasaran yang penting se1ain daripada petani dewasa termasuk wanita tani. Komitmen belia dalam program pembangunan khususnya pertanian adalah penting, kerana pertanian merupakan sektor asas bagi penduduk negara ini. Di samping itu sektor pertanian juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar (Dasar Pertanian Negara, 1991; Asian Productivity Organization, 1990).

Sehubungan dengan itu kerajaan telah merancang berbagai program supaya golongan ini terlibat dan seterusnya komited dalam aktiviti pertanian. Aktiviti­ aktiviti program tersebut dilaksanakan melalui berbagai projek pertanian oleh berbagai agensi seperti Jabatan Pertanian, Kementerian Belia Dan Sukan, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA). Selain daripada agensi kerajaan dan separa kerajaan terdapat juga pertubuhan-pertubuhan sukarela yang menjalankan aktiviti pertanian, seperti Pergerakan Belia 4B, yang bergerak di bawah penyelarasan Majlis Belia Malaysia.

Dalam usaha untuk mendapatkan komitmen yang serius dalam projek yang dilaksanakan, beberapa strategi telah dibuat untuk belia luar bandar oleh pihak kerajaan. Antara strategi yang telah dibuat ialah pembukaan tanah barn untuk Rancangan Tanah Belia; memberikan bantuan input pengeluaran seperti Rancangan

(18)

2

Belia Peladang; dan menyediakan program latihan yang berterusan bagi belia-belia yang berada di luar daripada projek rancangan pembukaan tanah (Khairuddin dan Shamsuddin, 1991; Jabatan Pertanian , 1987; Kementerian Belia dan Sukan, 1985).

Rancangan pembukaan tanah seperti yang dilaksanakan oleh RISDA,

FELCRA dan FELDA merupakan strategi yang hanya dapat dinikmati oleh sebilangan belia yang terpilih sahaja. Strategi ini memerlukan penggunaan banyak tanah banI. Oleh itu para belia Iuar bandar yang terlibat dengan pertanian sarna ada di dalam ataupun di Iuar projek rancangan pembukaan tanah baru perlu diberi Iatihan dan pendedahan mengenai teknologi baru.

Sehubungan dengan itu program latihan telah dikenalpasti sebagai strategi penting dalam Dasar Pertanian Negara. Program ini bertujuan untuk melatih golongan belia dan beliawanis supaya mereka mempunyai lebih maklumat dan pengetahuan dalam bidang pertanian moden. Maklumat dan pengetahuan tersebut kelak dapat membantu dan mendorong mereka menjadikan pertanian sebagai pekerjaan yang menguntungkan (Dasar Pertanian Negara, 1984).

Sebenarnya program latihan untuk menyediakan belia dalam teknologi pertanian moden telah dilakukan secara formal dan tidak formal sejak tahun 1960an lagi. Latihan formal bermula apabila belia dilatih di beberapa institusi pengajian seperti Kolej Pertanian dan Institut Pertanian. Latihan formal ini bertambah luas

apabila Pendidikan Vokasional Pertanian diwujudkan di peringkat sekolah

menengah dan Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan (Asian Productivity Organization, 1991). Program dan aktiviti Iatihan formal dan tidak formal ini diteruskan dalam tahun 1970an oleh berbagai agensi, walaupun kesan latihan pada masa itu kurang diberi perhatian. Dalam program Rancangan Malaysia Keenam

(19)

3 (1986 - 1990), usaha melatih golongan belia ini telah dipergiatkan semula, apabila isu pembentukan belia sebagai usahawan telah diketengahkan ( Asian Productivity

Organization, 1990, Jabatan Pertanian 1987, Kementerian Belia Dan Sukan, 1985).

Status Komitmen Bella Tani Dalam Projek Pertanian

Pada amnya penglibatan belia dalam sektor pertanian terbahagi kepada tiga kategori, iaitu sebagai petani sepenuh atau separuh masa; keduanya sebagai pengedar, pembekal atau pemproses bahan pertanian di kawasan luar bandar ; dan

ketiga sebagai pemimpin tempatan yang berusaha untuk meningkatkan

pembangunan sektor pertanian ( Azimi dan Khairuddin, 1990; Adhikarya dan

Posamenteir, 1986). Kategori pertama iaitu belia sebagai petani sepenuh atau

separuh masa merupakan kumpulan terbesar berbanding dengan kategori kedua dan

ketiga (Azimi dan Khairuddin, 1990). Mereka merupakan belia luar bandar yang

dibesarkan dalam masyarakat tani dan mewarisi bidang pertanian daripada

keluarga mereka (Keating dan Little, 1991; Asian Productivity Organization,

1990). Komitmen mereka dalam pengeluaran hasil pertanian merupakan kerjaya warisan untuk saraan hidup keluarga tani tersebut.

Arus perkembangan dalam sektor pertanian telah menjadikan tugas belia tani bertambah komplek dalam menuju tahap komersil. Misalnya belia tani dalam kategori kedua kini tidak lagi hanya menceburi bidang pengeluaran hasil tetapi telah komi ted dalam aspek pembekalan input, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian

(Azimi dan Khairuddin 1991, Jabatan Pertanian, 1987). Komitmen belia tani dalam

aspek ini telah memperluaskan lagi bidang dan saluran pemasaran hasil pertanian, mengikut keadaan dan citarasa semasa. Contohnya belia tani kini tidak hanya

(20)

4

menanam ubi kayu malah memprosesnya menjadi makanan ringan untuk meluaskan lagi pasaran komoditi ini di dalam dan luar negara.

Belia yang termasuk dalam kategori ketiga menurut Azimi dan Khairuddin

(1991) ialah pemimpin belia yang merancang pembangunan ekonomi pertanian. Kumpulan ini merancang, menyusun dan menguruskan projek-projek, seperti projek koperasi kampong. Rumusan yang dapat dibuat di sini ialah ketiga-tiga kategori komitmen belia tani mempunyai kepentingannya tersendiri dalam menggerakkan sektor pertanian ke arah yang lebih berdaya maju untuk mencapai tahap komersil.

Masalah Komitmen Bella Tani

Masalah utama yang dihadapi dan perlu diberikan perhatian ialah bagaimana untuk menjadikan sektor pertanian lebih menarik supaya komitmen belia dalam projek pertanian dapat dipertingkatkan. Soal komitmen belia ini mempunyai perkaitan rapat dengan sejauh mana projek pertanian dapat memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada para belia. Ini bererti sikap kaum belia terhadap sektor ini amat perlu diberi perhatian yang utama. (Asia Productivity Organization, 1990).

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa belia yang menyertai projek pertanian, biasanya berminat hanya pada peringkat permulaan projek dan setengah­ setengahnya di peringkat memohon sahaja. Minat tersebut akan semakin berkurangan apabila mereka merasakan bidang pertanian memberikan pendapatan yang rendah (Jabatan Perdana Menteri, 1985).

Para penyelidik mendapati walaupun belia tani yang mengikuti program pertanian ini, termasuklah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) di

(21)

5 seluruh negara, telah diajar menggunakan teknologi barn dan diberikan subsidi oleh pihak kerajaan, namun penglibatan dan komitmen mereka dalam sesuatu projek masih pasif (Chamhuri dan Nik Hashim, 1988). Menurut Chamhuri dan Nik Hashim (1988) komitmen yang pasif ini telah menjadikan matlamat strategi Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) tidak tercapai sepenuhnya. Tujuan IADP ialah untuk mengubah sikap para petani yang pasif ke arah yang lebih cergas di samping memupuk personaliti individu yang berdikari, namun perkara sebaliknya terjadi apabila petani lebih bergantung kepada kerajaan.

Selain daripada masalah yang disebutkan di atas, maklumbalas yang

diperolehi oleh Jabatan Pertanian pula menunjukkan bahawa komitmen terhadap usaha korrtersil dan kegiatan berkumpulan juga masih kurang mendapat sambutan. Sedangkan kaedah pengembangan bersepadu serta berkumpulan dan pengurusan ladang secara komersil telah diperkenalkan sejak tahun 1978 lagi (Cawangan Pengembangan, Jabatan Pertanian, 1987).

Kaedah pengembangan seperti yang disarankan dalam Dasar Pertanian Negara telah dilaksanakan oleh kebanyakan agensi melalui berbagai projek belia

tani. Contohnya Rancangan Tanah Belia dan Rancangan Ladang Belia

Berkelompok. Tujuan utama kaedah ini ialah untuk mewujudkan penyelarasan antara agensi, memudahkan penyaluran segala bentuk bantuan dan kemudahan daripada agensi-agensi yang berkenaan (Wan Ibrahim, 1984).

Walaupun telah banyak diperkatakan mengenai soal kurangnya penglibatan dan komitmen golongan petani dan belia tani khususnya, tidaklah bermakna semua projek yang telah dilaksanakan gagal belaka. Terdapat beberapa projek kumpulan petani dan belia tani yang telah berjaya menunjukkan prestasi pencapaian yang baik

(22)

6 dan telah diberikan penghargaan oleh pihak kerajaan dengan berbagai anugerah seperti 'Peladang Jaya' dan Xumia Belia Jaya'. Kejayaan belia-belia ini walaupun cuma di kalangan segelintir belia sahaja (Jabatan Pertanian, 1991) namun mereka masih sanggup terns berada dalam bidang pertanian sedangkan rakan-rakan mereka telah lama menceburi bidang-bidang lain.

Kenyataan Masalah

Komitmen belia dalam projek pertanian adalah penting untuk kesinambungan sektor tersebut pada masa hadapan.

Bagi tujuan mendapatkan komitmen yang serius di kalangan belia, berbagai strategi telah dilaksanakan oleh banyak agensi antaranya Kementerian Belia, Jabatan Pertanian, FELDA, FELCRA dan RISDA. Pada masa yang sarna Dasar Pertanian Negara juga mengeluarkan garis panduan dalam memberikan latihan kepada belia mengenai aspek pertanian. Dalam menilai projek-projek yang diselenggarakan oleh agensi-agensi tersebut, beberapa kajian telah dibuat. Kajian-kajian penilaian projek belia tani menunjukkan terdapat banyak projek yang kurang maju dan tidak mampu untuk bertahan lama ( Jabatan Perdana Menteri, 1985; Kementerian Belia Dan Sukan, 1982). Malah Asian Productivity Organisation (1991) melaporkan tahap kornitrnen belia tani di Malaysia telah merosot.

Walau bagaimanapun, terdapat belia tani yang telah menunjukkan pre stasi yang cemerlang dan berjaya dalam aspek pertanian serta mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan. Kajian dan pemerhatian yang lepas menunjukkan kejayaan dan kemunduran belia tani ini ada kaitannya dengan sikap dan personaliti individu itu sendiri (Azizan, 1991; Noorshita, 1990). Namun hingga kini tiada kajian yang

(23)

7 menjurus ke arah mengetahui sikap dan personaliti individu yang komited tersebut. Oleh yang demikian persoalan utama yang cuba diberi tumpuan dalam kajian ini ialah untuk memahami apakah sikap dan personaliti belia yang komited dalam projek pertanian, dan bagaimanakah ciri-ciri tersebut berkaitan dengan tahap komitmen.

Objektif Umum

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang berkaitan dengan komitmen belia tani dalam projek pertanian.

Objektif spesifik kajian adalah untuk mengetahui:

1. Mengetahui profil belia tani (latar belakang, kebolehan, sifat personaliti,

dorongan keinginan dan galakan yang diterima oleh belia tani) yang terlibat dalam projek pertanian di Negeri Selangor.

2. Mengetahui tahap komitmen belia tani dalam projek pertanian, dan

3. Mengetahui perkaitan di antara faktor latar belakang, kebolehan, sifat

personaliti, dorongan keinginan dan galakan sosial dengan tahap komitmen belia tani dalam projek pertanian.

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijangka akan dapat membantu jabatan dan agensi-agensi pembangunan yang terlibat dalam membangunkan belia. Hasil kajian ini akan dapat memberikan maklumat mengenai tahap kesediaan belia tani untuk komited dalam

(24)

8

berbagai projek khususnya pertanian. Maklumat yang diperolehi akan dapat

menjadi panduan kepada jabatan dan agensi tersebut terutamanya Jabatan Pertanian dan Kementerian Belia dan Sukan dalam mengatur strategi perancangan program belia taninya di masa akan datang.

Maklumat seperti latar belakang, faktor sikap, tingkahlaku dan motivasi dan hubungkaitnya dengan tahap komitmen akan dapat membantu jabatan dan agensi membuat pemilihan peserta projek di masa akan datang. Pada masa yang sarna,

ciri-ciri tersebut juga boleh dijadikan sebagai aspek yang perlu diberikan

penekanan dalam program-program latihan agensi berkenaan.

Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di negeri Selangor Darul Ehsan iaitu salah sebuah negeri yang proses pengindustrian berjalan paling pesat. Kebanyakan belia- belia di Negeri Selangor bekerja di kilang. Walau bagaimanapun terdapat belia yang masih terus bertani. Mereka ini merupakan responden dalam kajian ini.

Kajian ini mengambilkira belia tani yang mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian Negeri Selangor sahaja. Kaedah pengembangan selain khidmat nasihat, seperti bantuan atau galakan yang berupa pemberian tanah daripada mana­ mana agensi termasuk Jabatan Pertanian tidak terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini juga meliputi angkubah terpilih sahaja. Ia cuma terbatas dari segi perkaitan angkubah-angkubah bebas (iaitu faktor latar belakang, kebolehan, personaliti, faktor dorongan dan faktor galakan) dengan angkubah bergantungnya komitmen dalam projek.

(25)

BAB1

SOROTAN LITERATUR

Bab ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama merangkumi bahan bertulis yang dibincangkan mengikut lima tajuk iaitu : Konsep Komitmen, Komitmen Belia dalam Projek, Konsep Umum Mengenai Sikap dan Tingkahlaku Individu yang Komited, Teori Berkaitan dengan Komitmen, dan Ciri-ciri Individu yang Komited. Bahagian kedua menerangkan tentang rangka konseptual dan bahagian ketiga pula membentangkan hipothesis kajian.

Konsep Komitmen

Komitmen merupakan isu penting yang senng ditimbulkan dalam pembentukan sesuatu kumpulan keIja. Malah isu ini lebih banyak: dibincangkan oleh institusi atau organisasi formal seperti syarikat-syarikat pemiagaan daripada institusi

yang tidak formal seperti perkumpulan belia. Contohnya Staw (1977)

membincangkan mengenai komitmen pekeIja dalam membantu orgamsasmya mencapai matlamat dan nilai-nilai organisasi tersebut. Perbincangan dan kenyataan beliau dikaji dan disokong oleh ramai saIjana seperti Ferris dan Aranya (1983), Hom Katerberg dan Hulin (1979), dan Mowday, Steers dan Porter (1979).

Komitmen, sarna ada dalam organisasi pemiagaan atau sosial, memberi penekanan kepada sikap individu mengenai keseluruhan aspek organisasi tersebut. Ini termasuklah aspek keIja, kepimpinan, komunikasi, pengalaman di tempat keIja

dan persekitarannya. Dalam aspek ini kepuasan bekeIja hanya merupakan sebahagian

daripada proses pembentukan komitmen. Kepuasan bekeIja lebih mudah dicapai

Referensi

Dokumen terkait

Adapun permasalahan dalam penelitian ini yaitu bagaimana Peran Kepolisian Sektor Tampan dalam mengimplementasi Undang-undang Nomor 22 Tahun 2009 Tentang Lalu Lintas dan Angkutan

S jedne strane, pokazalo se da dio mladih misli da su njihovi vršnjaci kriti č ki distancirani od politike (na što upu ć uju stavovi da je politika 12 Na temelju

Sesudah datanya lengkap maka akan dibuat kesimpulan (Anggito and Setiawan, 2018). Lokasi penelitian ini adalah Desa Ujung Tanjung III yang terletak di Kecamatan

Perumahan adalah k elompok rumah yang berfungsi sebagai lingkungan tempat tinggal atau hunian yang dilengkapi dengan prasarana lingkungan yaitu kelengkapan dasar

Efektivitas pelatihan didukung pula dengan metode ceramah yang efektif untuk menciptakan pemahaman seseorang akan sesuatu (Blanchard & Thacker, 2007), karena

Kirakan kadar haba terbebas daripada turbin dan luas keratan rentas salur masuk jika isipadu tentu dan halaju di salur masuk masing-masing adalah 0.5m 3 /kg.. dan 200m/s

2. Kongres Pemuda Kedua adalah kongres pergerakan pemuda Indonesia yang melahirkan keputusan yang memuat ikrar untuk mewujudkan cita-cita berdirinya negara Indonesia, yang

Untuk pengujian uji Triaksial UU tanah yang dicampur abu serabut kelapa, tanah sudah terlebih dahulu dicampur dan didiamkan selama 24 jam dan 3 hari agar bahan campuran abu sabut