• Tidak ada hasil yang ditemukan

b. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Dato Mohammad Hassan Mukhtar yang telah diberi mandat sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung kali ini.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "b. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Dato Mohammad Hassan Mukhtar yang telah diberi mandat sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung kali ini."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

MINIT MESYUARAT AGUNG YANG KEDUA

KEHADIRAN

Seramai 51 orang anggota telah hadir daripada 133 yang layak (membayar saham 100) pada mesyuarat AGM yang kedua yang diadakan pada 10 Disember 2015 bermula pukul 9 Pagi dan bertempat di Astana Era Mewah Lot 2896, Jalan Paya Jaras Tengah Pinggiran Sg Buloh, Seksyen U 19, 40160 Shah Alam, Selangor.

Hadir (Jawatan selepas AGM1)

1. Dato’ Mohammad Hassan Mukhtar Mohd Ali - Timbalan Pengerusi / Pengerusi (MAM) 2. Hj Azmi bin Aris - Bendahari (AA)

3. En Adillah bin Abu Samah - Setiausaha (AAS) 4. Hj Badruddin bin Ishak - ALK

5. Hj Abd Hamid bin Ariffin - ALK 6. Hj Naemuddin Bim Abdullah - ALK

7. Hj Abdul Manan Bin Sidik - ALK

8. Hj Arifin Bin Mohamad - ALK

Turut Hadir (Wakil SKM)

1. Puan Rabiatul Adawiyah bt. Mohamed Hashim

Nota: AGM1 – Mesyuarat Agung Pertama pada 5 April 2014

PENDAHULUAN

a. Mesyuarat Agung Tahunan kali ini diadakan di Astana Era Mewah dan dibiayai

sepenuhnya oleh pengurusan Astana Era Mewah dari segi persediaan tempat, peralatan mesyuarat dan makanan bagi kegunaan anggota yang hadir.

b. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh Dato’ Mohammad Hassan Mukhtar yang telah diberi mandat sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung kali ini.

c. Mesyuarat di mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Othman Abdul Karim Imam Masjid Al Huda, Paya Jaras)

d. Pengerusi memaklumkan jumlah kehadiran anggota untuk AGM 2 adalah seramai 51 orang daripada 133 anggota yang mempunyai saham minima RM100. Korum adalah 1/3 iaitu sekurang-kurangnya 44 anggota.

(Peraturan - Bahagian III, 7(2)(b) dalam hal sesuatu koperasi yang mesyuarat agung dihadiri oleh perwakilan, kuorum bagi pindaan undang-undang kecil adalah satu pertiga daripada jumlah keseluruhan perwakilan koperasi itu, atau lima ratus perwakilan,

mengikut mana-mana yang kurang, yang hadir di mesyuarat agung itu). e. Notis pemberitahuan Mesyuarat Agung Tahunan telah dimaklumkan kepada

Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 26 November 2015, Encik Mohd Rizam bin

(2)

AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KEDUA – KOPERASI BBMB MALAYSIA

AGENDA 1.

Mengesah dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 1 yang telah diadakan pada 5 April 2014.

1.1 Pengerusi meminta anggota yang hadir untuk meneliti dan memberikan maklumbalas berkenaan catatan Minit Mesyuarat Agung Pertama yang disediakan didalam buku Mesyuarat Agung Ke 2, iaitu daripada mukasurat 9 sehingga mukasurat 13.

1.2 Minit kemudian dicadangkan untuk disahkan oleh Hj Mohd Fadzil Tahir dan disokong oleh Hj Abdul Rahman Dahalan dan di sahkan sebulat suara oleh anggota yang hadir

AGENDA 2.

Menimbang akaun-akaun teraudit bagi tahun berakhir 30 September 2014 dan tahun berakhir 30 September 2015 serta laporan-laporan Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (jika ada).

2.1 Pengerusi meminta Bendahari koperasi, Hj Azmi bin Aris membentangkan laporan akaun.

2.2 Bendahari (AA) memberikan penerangan atas akaun teraudit bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2014 dengan merujuk buku Mesyuarat Agung Ke 2, iaitu daripada mukasurat 22 sehingga mukasurat 45 dan seterusnya penerangan akaun teraudit untuk Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2015 daripada mukasurat 46 sehingga

mukasurat 68. Bendahari seterusnya meminta anggota yang hadir untuk meneliti dan memberikan maklumbalas.

2.3 Bendahari (AA) melaporkan tiada aktiviti untuk tahun teraudit 2014 dan 2015 dan memaklumkan punca pendapatan koperasi adalah melalui yuran fi masuk dan melalui penjualan cenderahati koperasi kepada anggota melalui cenderahati t-shirt, tuala dan topi. 2.4 Bendahari (AA) memaklumkan kerugian yang dicatatkan adalah termasuk perbelanjaan

terkumpul sebanyak RM19,746 yang telah digunakan untuk Mesyuarat Agung Permulaan (2013) dan Mesyuarat Agung 1 (2014) termasuk penyediaan keperluan untuk mesyuarat agung, pendaftaran harta intelek, penyediaan cenderahati koperasi, pembayaran untuk cetakan Buku Mesyuarat Agung 1, sewa dewan mesyuarat, dan jamuan makan untuk anggota yang hadir pada mesyuarat MAP dan AGM1 sebelum ini.

2.5 Bendahari (AA) juga memaklumkan teguran daripada Juruaudit (rujuk mukasurat 35 untuk tahun teraudit bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2014) kerana 2.5.1 Kegagalan melampirkan Modal Saham Anggota melalui Buku Daftar Modal Saham

Anggota.

(3)

2.6 Setiausaha (AAS) memaklumkan koperasi menggunakan sistem e-koperasi dalam talian yang disediakan oleh AAS yang mengandungi maklumat daftar modal saham anggota dan sistem perakaunan asas. Maklumat tidak disertakan semasa audit dan telah diambil tindakan dan telah disertakan selepas maklumbalas. Senaraian laporan modal saham anggota juga disediakan untuk rujukan anggota semasa pendaftaran AGM2.

2.7 Setiausaha (AAS) memaklumkan kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung selepas Tahun Teraudit 2014 di selesaikan dengan menyegerakan Mesyuarat Agung 2 yang diadakan di dalam masa yang ditetapkan selepas tahun teraudit bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2015.

2.8 Bendahari (AA) memaklumkan bahawa ALK telah bersetuju untuk tidak menerima elaun mesyuarat RM50 untuk kehadiran pada setiap kali diadakan mesyuarat ALK pada tahun 2014 dan 2015.

2.9 Laporan teraudit bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 September 2014 dan Tahun

Kewangan Berakhir 30 September 2015 dicadangkan untuk disahkan oleh Hj Fadzil Tahir dan disokong oleh Hj Aziz Nor dan seterusnya di luluskan sebulat suara oleh anggota yang hadir.

AGENDA 3.

Melantik panel Juruaudit Luar untuk mengaudit akaun-akaun Koperasi.

3.1 Mesyuarat bersetuju melantik SKM sebagi juruaudit luar.

AGENDA 4.

Memilih dan Melantik 4 orang Anggota Lembaga Koperasi yang baru.

UUK Fasa 36. (1) Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada tiap-tiap mesyuarat agung tahunan.

4.1 Pengerusi memaklumkan mesyuarat agung kali ini akan memilih 4 orang anggota ALK bagi mengisi kekosongan mengikut giliran seperti mana yang termaktub didalam UUK koperasi iaitu seperti tersenarai.

Item ALK mengosongkan Jawatan 1. Datuk Dom Amy Hussain

2. Mashitah Binti Dato Mohamad Shariff 3. Ramjit B Nairulal

4. Dato Raduan Bin Md Taib

4.2 Seramai lima pencalonan diterima bagi ALK untuk mengisi empat kekosongan tersebut. 4.3 Pengerusi mengumumkan keputusan pengiraan undi melalui kiraan (show of hand) bagi

(4)

4.3.1 Jumlah anggota yang hadir – 51

Item Calon Yang Bertanding Terpilih 1. Mohd Sabri Bin Abdullah Ya (24/51)

2. Nadir Bin Yusoff Ya (22/51)

3. Abdul Aziz Md Noor Ya (19/51) 4. Nor Azleen Binti Abdullah Ya (19/51) 5. Mohd Fadzil Hj Tahir Tidak (14/51)

AGENDA 5.

Menimbang dan Meluluskan perancangan aktiviti tahun 2016 termasuk belanjawan 2016.

5.1 Pengerusi meminta Setiausaha, Encik Adillah Bin Abu Samah (AAS) membentangkan laporan aktiviti koperasi.

5.2 Setiausaha (AAS) memberikan penerangan atas aktiviti terdahulu dan perancangan aktiviti 2016 dengan merujuk buku Mesyuarat Agung Ke 2, iaitu daripada mukasurat 13 sehingga mukasurat 16. Setiausaha seterusnya meminta anggota yang hadir untuk meneliti dan memberikan maklumbalas.

5.3 AAS meminta MAM sebagai tuan punya Resort, Nur Merang Inn Resort memberikan maklumbalas dan hala tuju perundingan dengan koperasi dan strategi pengambil alihan resort oleh koperasi. Satu taklimat slide show dan video presentataion disediakan oleh Pengurus Besar Resort, Hj Ibrahim Mohamed Rashid, juga salah seorang ahli koperasi.

5.4 Koperasi diminta untuk menetapkan had maksima keberhutangan koperasi bagi tahun 2015/2016 dengan kadar faedah tidak melebihi kadar pasaran semasa.

5.4.1 Mesyuarat seterusnya bersetuju sebulat suara menetapkan had maksima

keterhutangan koperasi sebanyak RM50 juta melalui cadangan Hj Fadzil Tahir dan disokong oleh Hj Arifin Mohamed. Jumlah merangkumi kemudahan bank bagi aktiviti yang telah dipersetujui.

5.5 Koperasi diminta menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan koperasi bagi

tahun 2015/2016

5.5.1 Mesyuarat seterusnya bersetuju sebulat suara menetapkan had maksima pelaburan koperasi sebanyak RM50 juta melalui cadangan Hj Fadzil Tahir dan disokong oleh Hj Arifin Mohamed. Jumlah merangkumi kemudahan bank dan pelaburan anggota bagi aktiviti yang telah dipersetujui.

(5)

AGENDA 6.

Melantik satu Jawatankuasa yang terdiri daripada 3 orang anggota ALK sedia ada dan 2 orang anggota Lembaga yang baru dilantik termasuk Pengerusi untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan 2.

Senarai ALK sesi 2015/2016 akan menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Tahunan 2.

Item Senarai ALK Penentusah

Minit Mesyuarat AGM 2

Tandatangan

1 Dato’ Mohammad Hassan Mukhtar Mohd Ali Ya 2 Hj Azmi bin Aris

Ya 3 En Adillah bin Abu Samah

Ya

4 Hj Naemuddin Bin Abdullah Ya

5 Hj Badruddin bin Ishak Ya 6 Hj Abd Hamid bin Ariffin Ya

7 Hj Abdul Manan Bin Sidik Ya

8 Hj Arifin Bin Mohamad Ya

9 Hj Mohd Sabri Bin Abdullah Ya

10 Hj Nadir Bin Yusoff Ya

11 Hj Abdul Aziz Md Noor Ya

(6)

PENUTUP

Pengerusi - Dato’ Mohammad Hassan Mukhtar Mohd Ali mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota yang hadir dan seterusnya mengucapkan tahniah untuk ALK yang baru di lantik bagi sesi 2015/2016. Pengerusi juga mengharapkan semoga ALK dapat bersama-sama berganding bahu memajukan koperasi dan memastikan urusan dan operasi koperasi berjalan lancar pada masa hadapan dan akan berusaha untuk memberikan pulangan kepada anggota di masa hadapan melalui aktiviti yang akan dijalankan.

Pengerusi seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil SKM yang sudi hadir dan berterimakasih atas pandangan, teguran dan tunjuk ajar semasa pengendalaian AGM2 yang telah selesai. Pengerusi juga terharu dengan kesudian wakil SKM untuk membantu didalam urusan kajian dan perundingan pelaburan didalam pengambil alihan Nur Merang Inn Resort yang dibincangkan semasa AGM2.

Pengerusi juga merakamkan setinggi tinggi perhargaan kepada pengurusan Astana Era Mewah yang bersama-sama berusaha bagi memastikan keselesaan anggota dan kelancaran AGM2 dari segi penyediaan tempat, peralatan mesyuarat dan makanan bagi kegunaan anggota yang hadir.

Pengerusi seterusnya memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama didalam penubuhan koperasi (19 Julai 2012) dan 19 Julai 2015 telah 3 tahun ditubuhkan) terutama kepada mantan pengerusi Hj Fadzil Tahir dan Dato’ Dom Amy Hussain dan kini telah tiba masanya untuk ALK yang baharu bersama-sama bekerja keras bagi menjayakan wawasan koperasi BBMB.

(7)

LAPORAN LEMBAGA KOPERASI

LAPORAN TAHUNAN ANGGOTA LEMBAGA 2014 / 2015 DAN PERANCANGAN AKTIVITI 2016

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamua’alaikum dan Salam Sejahtera kepada semua anggota Koperasi BBMB Malaysia Berhad. Saya sebagai setiausaha koperasi diamanahkan oleh ALK bagi membuat laporan tahunan koperasi dan mengemukakan perancangan aktiviti 2016 yang dibaincangkan bagi pengesahan anggota pada mesyuarat AGM koperasi tahunan yang ke 2 ini.

1. Suasana Semasa dan Scenario 2014 - 2015

a. ALK selepas AGM pada 5 April 2014, dengan mandat dan semangat baru daripada anggota, telah bersama-sama berganding bahu mengadakan beberapa siri perjumpaan bermula pada 12 April 2014 dengan kehadiran penuh bagi merancang dan meneruskan usaha yang dimaklumkan semasa AGM 1.

b. ALK telah membahagikan aktiviti koperasi kepada beberapa perkara seperti tersenarai: i. Promosi untuk mendapatkan anggota baru dengan penglibatan wakil ALK di dalam semua

aktiviti bulanan google group BBMB yang diuruskan oleh Hj Kamaruzzaman bagi memberikan penerangan dan maklumat terkini aktiviti koperasi.

ii. ALK dengan kebolehan tersendiri dan yang bersedia membantu koperasi diminta mengatur strategi berterusan dan seterusnya semua ALK bersetuju membantu untuk menjayakan aktiviti koperasi seperti tersenarai:

 Datuk Dom untuk projek Tabung Umrah  Dato Hassan untuk projek Pengurusan Resort

 Adillah untuk sebarang projek Teknologi Maklumat dan Perkhidmatan  ALK lain untuk projek-projek lain yang bersesuaian

b. ALK telah ambil maklum dengan aktiviti yang dirancang dan kekangan sedia ada serta cabaran yang bakal di tempohi jika aktivi yang dirancang memerlukan dana untuk aktiviti kerana koperasi BBMB adalah koperasi yang masih baru dan memerlukan pengorbanan sepenuhnya daripada ALK dari segi tenaga, pengetahuan, masa dan sumber kewangan sendiri bagi menguruskan aktiviti.

c. ALK besetuju memberikan sumbangan yang terdaya.

2. Status Projek Tabung Umrah

 Perbincangan dan perancangan dibuat antara ALK bersama wakil Kawakib Travel  Kertas kerja telah disediakan dan telah disemak oleh ALK.

 Perjumpaan dibuat bersama pihak bertanggungjawab di pihak kerajaan dan telah mendapat kelulusan secara prinsip dengan hala tuju yang ditawarkan.

 Dana yang diperlukan hendaklah dikumpulkan dalam masa terdekat bagi menyertai konsortium 3 pihak, di Arab Saudi, Kawakib dan Koperasi.

 Koperasi tidak dapat meneruskan projek memandangkan tempoh masa singkat yang diberikan untuk projek untuk urusan keseluruhan

 Pengajaran : Koperasi perlu ambil maklum perlaksanaan projek samada projek adalah projek baru, projek dalam jadual perlaksanaan atau projek dalam perancangan kerana perjalanan dan perbincangan adalah bergantung kepada status keperluan projek.

(8)

3. Status Projek Pengurusan Resort

 Perbincangan dan perancangan dibuat antara ALK bersama Dato Hassan, sebagai salah seorang tuan punya resort. Perbincangan meliputi samada koperasi mendapat komisen dari segi promosi, pengambilaan pengurusan resort atau mengambil alihan resort secara komersial.

 Perbincangan telah mengenal pasti salah satu resort dalam kumpulan Nur Eco Resort iaitu NUR MERANG INN di Lot 51, Pantai Peranginan Merang, 21010 Setiu, Terengganu yang boleh diserahkan kepada Koperasi BBMB melalui satu urusan komersial ‘win win situation’.  Urusan komersial yang difikirkan adalah samada mendapatkan dana daripada SKM bagi

pembelian dibawah harga pasaran atau secara pemberian saham dengan timbal balik pengurusan bagi mendapatkan perolehan kepada koperasi disertakan dana daripada pinjaman koperasi.  Satu Jawatankuasa kecil dari ALK akan menjalankan feasibility study bagi menyediakan kertas

kerja yang akan dibentangkan kepada ALK 2015/2016 untuk perancangan seterusnya.

 Perkembangan terkini berkemungkinan tidak berpihak kepada koperasi memandangkan terdapat pihak lain yang berminat keatas resort sama yang ditawarkan kepada pihak koperasi yang mana pihak terbabit telah menawarkan untuk pembelian dan pengambil alihan resort dengan harga pasaran kepada tuan punya resort. Walaubagaimanapun pihak Koperasi telah diberikan first right of refusal untuk pembelian Resort terbabit.

 Pengajaran : Koperasi perlu melakukan perubahan strategi dengan memulakan sesuatu aktiviti perniagaan melalui kenalan dan hubungan sesama anggota yang berkepentingan atau yang mempunyai projek sedia ada dengan kerjasama strategik bagi projek yang dijalankan bersama koperasi BBMB.

4. Status Projek Teknologi Maklumat

 Sistem pengurusan koperasi dalam talian telah disediakan secara percuma untuk kegunaan anggota mendapatkan maklumat anggota lain, mengemaskini maklumat, melihat penyata dan sistem juga boleh digunakan untuk pembayaran yuran dan saham dalam talian dan boleh digunakan sebagai promosi ke seluruh negara untuk pendaftaran keahlian dalam talian.

 Sistem pengurusan koperasi di bahagian pengurusan memudahkan urusan pentadbiran koperasi dari segi perakaunan, penyimpanan maklumat keanggotaan serta penyediaan laporan yang diperlukan oleh koperasi dan juga laporan yang diperlukan oleh SKM

 Perbincangan melalui syarikat kawalan en Adillah dengan pembekal produk seperti pembekal produk khairat, set jenazah, pakej darul jenazah, wakaf dan penulisan wasiat dalam talian telah berjaya dan ini membolehkan koperasi mendapat manfaat melalui sistem dalam talian yang disediakan dan membolehkan koperasi mendapat komisen yang bersesuaian dengan hanya kebenaran penggunaan logo koperasi BBMB sebagai koperasi yang menyokong aktiviti terbabit  Perbincangan bersama Pengurusan Operasi Kereta Sewa KLEZCAR telah mendapat persetujuan

awal daripada KLEZCAR dan daripada ALK koperasi bagi meneruskan kerjasama dengan koperasi BBMB adalah pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan permit yang diperlukan dan KLEZCAR bertanggungjawab menguruskan operasi dengan imbuhan kepada koperasi sebanyak 20,000 saham syarikat KLEZCAR Travel and Tours Sdn Bhd dan peratusan bulanan keuntungan operasi melalui syarikat dibawah akta LLP – SSM iaitu KLEZCAR RENTAL CORPORATE PLT atau KLEZCAR AUTO CORPORATE PLT.

 Pengajaran : Kejayaan perancangan perlu mendapat kelulusan anggota bagi mendapatkan sokongan bagi aktiviti berkonsepkan kerjasama win win situtaion untuk koperasi.

(9)

5. Status Projek Lain

 Koperasi telah membuat satu persefahaman dengan syarikat AwasiApi Sdn Bhd yang membekalkan peralatan mencegah kebakaran kepada Kumpulan Era Mewah dimana sebagai timbal balik, koperasi akan mendapat 2% perolehan daripada harga barangan yang dibekalkan.  Pengajaran : Anggota koperasi boleh memberikan peratusan yang sesuai kepada koperasi sebagai

sumbangan bagi penjanaan dana koperasi melalui kerjasama strategik dengan kebenaran penggunaan logo koperasi BBMB sebagai koperasi yang menyokong aktiviti syarikat anggota. 6. Perancangan masa hadapan

 ALK akan berusaha memastikan perancangan akan membolehkan koperasi menjana pendapatan dengan penningkatan kadar perolehan yang bersesuaian.

7. Penghargaan

 Bagi pihak ALK, kami mengucapkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam pelbagai bentuk demi kemajuan dan kejayaan koperasi BBMB.

 Bagi pihak ALK juga, kami mengalu-alukan sebarang bentuk sokongan dan komitmen yang boleh diberikan oleh anggota termasuk idea dan pandangan bagi tujuan melahirkan cetusan idealogi, inovasi dan kreativiti dalam menjalankan dan menjayakan Visi Koperasi iaitu menjadi Koperasi Terbaik Malaysia Bertaraf Dunia dan mencapai Misi Koperasi iaitu untuk memberi pulangan pelaburan terbaik melalui penglibatan di dalam semua sektor ekonomi yang berlandaskan syariah.  Semoga Koperasi BBMB akan terus maju kehadapan dan berkembang dalam menyahut cabaran

di masa akan datang. Semoga usaha kita diberkati Allah, In Sya Allah.

Disediakan oleh

Adillah Bin Abu Samah Setiausaha

Bagi Pihak Koperasi BBMB Malaysia Berhad

Referensi

Dokumen terkait

Tahniah kepada Yang Dipertua KESUMBA, barisan Ahli Jawatankuasa Induk dan semua ahli KESUMBA kerana sentiasa memastikan KESUMBA bergiat aktif melaksanakan aktiviti yang memberi

b) penggunaan anggaran belanja yang bersumber dari PNBP di atas pagu APBN untuk Satker BLU.. 3) Revisi Anggaran yang dilaksanakan pada Kantor Wilayah Direktorat

Permasalahan di atas maka perlu diperlukan blueprint sebagai acuan untuk mengembangkan pemetaan mutu pendidikan agar semua sistem terintegrasi memiliki

Pada Gambar 7 dibawah ini terdapat salah satu wilayah dengan persebaran potensi pencemaran nitrit yang tinggi yaitu di daerah Pantai Cemara Udang sebab tambak udang di

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

Berdasarkan pada tabel 3.2 tersebut di atas maka dapat terlihat bahwa yang paling berpengaruh adalah pengetahuan dari luar pesantren, hal ini dimungkinkan

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui perubahan tutupan hutan Kabupaten Tasikmalaya pada periode 1990-2011, dan membangun model spasial deforestasi di

menetapkan pada sebagian besar wilayah daerah penyangga atau yang berbatasan langsung dengan TNGHS dengan peruntukan bagi tanaman tahunan yang merupakan bentuk