• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN INTERAKSI LISAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN INTERAKSI LISAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

453

PENGGUNAAN TEKNIK BERCERITA UNTUK MENINGKATKAN INTERAKSI LISAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Mohd Rafi bin Ghazali* & Zanariah Binti Ibrahim Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka

Abstrak

Kajian ini merupakan kajian tindakan secara kolaboratif antara pengkaji dengan guru pelatih yang bertujuan meningkatkan interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Seramai 36 orang murid tahun tiga dan seorang guru pelatih sebuah sekolah rendah di Ayer Hitam, Muar telah dijadikan responden kajian. Pendekatan kualitatif melibatkan teknik pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual telah digunakan dalam kajian ini. Teknik bercerita digunakan sebagai tindakan kajian. Data dianalisis secara deskriptif. Pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran dianalisis untuk melihat kekerapan interaksi lisan antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Dokumen Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu dianalisis untuk melihat kekerapan penggunaan kemahiran lisan dalam P&P Bahasa Melayu. Dokumen Keputusan Pentaksiran Lisan dianalisis untuk melihat penguasaan kemahiran lisan murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik bercerita dapat meningkatkan kekerapan penggunaan kemahiran lisan dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan interaksi lisan sewaktu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu serta dapat meningkatkan penguasaan lisan murid.

Kata Kunci: Teknik bercerita, interaksi lisan, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

PENGENALAN

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa pengantar utama dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah. Mata pelajaran ini bertujuan melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan ini sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu sangat penting untuk menggalakkan murid mendengar dan bertutur. Seterusnya dapat mewujudkan interaksi antara murid dengan murid dan juga antara murid dengan guru sama ada dalam situasi formal mahupun tidak formal. Hakikat ini tidak berlaku dalam senario P&P Bahasa Melayu di sekolah rendah terutama dalam kalangan guru pelatih yang sedang menjalani praktikum.

Atas kesedaran ini, pengkaji melaksanakan kajian tindakan secara kolaboratif dengan guru pelatih yang sedang menjalani praktikum fasa 2 di salah sebuah sekolah rendah di daerah Muar, Johor. Pengkaji bertindak sebagai

(2)

454

pembimbing dan guru pelatih sebagai pelaksana untuk meningkatkan interaksi lisan dalam kalangan murid sewaktu proses P&P berlangsung.

REFLEKSI AWAL

Melalui pemerhatian awal pengkaji ketika membimbing guru pelatih sewaktu praktikum fasa 2, kemahiran lisan kurang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan interaksi lisan antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru amat minimum. Interaksi lisan hanya berlaku ketika guru menyoal murid.

Hal ini mewujudkan masalah dalam keterampilan berbahasa murid terutama yang melibatkan komunikasi lisan. Murid kurang yakin untuk memberikan idea sewaktu berbincang. Pengkaji berasakan perlunya guru pelatih tersebut diberikan bimbingan menggunakan teknik bercerita untuk menjadikan P&P lebih interaktif. Atas sebab permasalahan daripada tinjauan awal inilah, pengkaji melaksanakan kajian tindakan terhadap penggunaan teknik bercerita untuk meningkatkan interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu sekolah rendah.

TINJAUAN LITERATUR

Permasalahan ini dijelaskan lagi dengan dapatan kajian Seman (2005), interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu banyak berfokus kepada guru. Keseluruhan pengajaran dikawal oleh guru dan pelajar hanya terlibat dalam soal jawab dan pembentangan. Penglibatan pelajar juga agak terbatas. Pengajaran guru juga berfokus kepada peperiksaan menyebabkan aspek-aspek perbincangan lebih tertumpu kepada aspek-aspek komponen struktural sesebuah karya. Perkara ini menyebabkan interaksi lisan berlaku sehala iaitu kebanyakan guru akan memulakan soalan dan pelajar akan menjawab apabila diarah oleh guru. Roselan (2001), mendapati interaksi lisan membolehkan guru memindahkan pengetahuan dan kemahiran penulisan kepada pelajar. Tanpa interaksi lisan, pembelajaran tidak akan berlaku kerana guru tidak mempunyai saluran untuk menyalurkan pengetahuan dan kemahiran penulisan mereka kepada pelajar.

Mastura et. al. (2009) mendapati, penyampaian secara penceritaan oleh guru menyebabkan suasana pembelajaran menghiburkan dan pelajar sentiasa memberi

(3)

455

respon positif dan bersoal jawab bersama guru. Kesannya pembelajaran tersebut membentuk kelas yang interaktif dan saling interaksi antara pelajar dan guru.

Rumusan daripada dapatan pengkaji-pengkaji lepas, menjelaskan interaksi lisan dalam P&P berlaku disebabkan oleh gaya pengajaran guru. Penggunanaan teknik bercerita pula boleh digunakan sebagai satu cara untuk menggalakkan interaksi lisan dalam kalangan murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan interaksi lisan melalui aktiviti yang interaktif dengan menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga oleh guru pelatih yang menjalani praktikum fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam Bt. 18, Muar Johor.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum

i. Meningkatkan interaksi lisan menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tahun tiga

Objektif Khusus

i. Meningkatkan pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga

ii. Meningkatkan interaksi lisan antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga.

iii. Meningkatkan pencapaian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dalam kalangan murid Tahun Tiga

SASARAN KAJIAN

Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan seorang guru pelatih praktikum Kursus Diploma Perguruan Malaysia Jabatan Agama Islam Johor (KDPM JAIJ)

(4)

456

Major Bahasa Melayu Fasa 2 iaitu Siti Masrina binti Shamsudin dan 36 orang murid Tahun 3 Hasan di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam Batu 18, Muar Johor. Kumpulan sasaran murid terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Kajian dijalankan selama dua bulan untuk tempoh rawatan dan pemerhatian selepas tindakan selama satu jam sesi P&P sebanyak empat kali. Kajian ini juga terbatas kepada penggunaan teknik bercerita dalam meningkatkan interaksi lisan sewaktu proses P&P berlangsung. Penggunaan teknik bercerita ini mencakupi kepelbagaian cara pelaksanaan iaitu murid mendengar cerita rakyat dengan paparan slaid dan memberi pendapat tentang cerita yang ditonton, murid bercerita menggunakan boneka dan kostum, murid membaca cerita, murid melakonkan semula dialog cerita yang telah dibaca menggunakan perkataan sendiri dan murid menyambung cerita secara lisan dan bertulis.

PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan model Kemmis & Mc Taggart yang melibatkan proses perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Kajian yang dilaksanakan merupakan kolaboratif antara pensyarah pembimbing dan seorang guru pelatih yang sedang menjalani praktikum Fasa 2 iaitu Siti Masrina binti Shamsudin. Kajian ini merupakan satu kajian kes terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu tahun tiga. Beberapa teknik telah dilaksanakan bagi menjawab soalan kajian.

Kaedah Pelaksanaan Kajian

Bil Persoalan Kajian Teknik Kajian 1. Bagaimanakah guru pelatih

meningkatkan pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga?

Temu bual dan perbincangan

2. Sejauh manakah interaksi lisan wujud sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

Pemerhatian dan rakaman proses P&P

(5)

457 Bahasa Melayu Tahun Tiga? 3. Sejauh manakah pencapaian

kemahiran lisan Bahasa Melayu murid-murid Tahun Tiga?

Analisis dokumen Ujian PLBS

Proses pelaksanaan kajian ini telah dijalankan dengan cara pengumpulan maklumat, analisis tinjauan masalah, tindakan mengatasi masalah dan refleksi.

Pengumpulan Maklumat

Instrumen pengumpulan maklumat dalam penyelidikan ini meliputi teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pengumpulan maklumat ini bertujuan meninjau masalah-masalah yang dihadapi secara terperinci sebelum tindakan dilaksanakan.

Pemerhatian P&P

Pemerhatian terhadap pelaksanaan proses P&P oleh guru pelatih dijalankan untuk meninjau masalah-masalah yang dihadapi dari segi penggunaan kemahiran bahasa, aktiviti yang dijalankan dan kekerapan interaksi yang wujud dalam kalangan guru dengan murid dan murid dengan murid.

Temu Bual

Pengkaji menggunakan teknik temu bual dengan responden yang terdiri daripada murid dan guru pelatih untuk mendapatkan maklumat tentang masalah, kesan, perasaan dan harapan mereka sebelum, semasa dan selepas proses P&P berlangsung.

Analisis Dokumen

Teknik analisis dokumen dilaksanakan untuk mengumpul maklumat terhadap pemilihan Hasil Pembelajaran sebagai satu cara perancangan aktiviti P&P dalam buku Rancangan Pelajaran Harian (RPH) guru pelatih. Keputusan ujian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) juga dianalisis untuk melihat

(6)

458

pencapaian kemahiran lisan murid. Dokumen-dokumen ini dianalisis sebelum dan selepas kajian dilaksanakan.

Analisis Tinjauan Masalah Pemerhatian P&P

Melalui pemerhatian pengkaji selaku pensyarah pembimbing terhadap proses P&P yang dilaksanakan oleh guru pelatih selama satu jam sebanyak empat kali pencerapan sebelum kajian dijalankan, membuktikan P&P lebih menekankan aktiviti menulis dan digilirkan dengan aktiviti membaca. Daripada tempoh satu jam, hanya 5-10 minit sahaja masa P&P melibatkan aktiviti kemahiran lisan. Hal ini menyebabkan interaksi antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru agak terbatas. Interaksi hanya berlaku dalam konteks penyoalan apabila guru menyoal satu soalan dan murid menjawab hanya sebaris ayat dan kadang kala sepatah perkataan.

Murid kelihatan pasif dan takut untuk memberikan pendapat apabila disoal walaupun guru tersebut sangat ceria dan mesra dengan murid sewaktu P&P berlangsung.

Temu Bual

Berdasarkan temu bual pengkaji dengan guru pelatih pada awal praktikum Fasa 2, masalah kurangnya pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan dalam P&P bahasa Melayu sewaktu menjalani praktikum Fasa 1 disebabkan beberapa faktor;

i. guru pelatih kurang mahir melaksanakan teknik P&P yang pelbagai ii. gaya P&P yang berorientasikan peperiksaan

iii. masalah pengurusan kelas dari segi kawalan murid dan masa P&P

Guru pelatih juga hanya dapat menggunakan amalan P&P Bahasa Melayu yang betul sewaktu menjalani praktikum. Selepas tamat praktikum, guru pelatih kembali mengajar mata pelajaran agama di sekolah agama Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ). Hal ini menyebabkan ilmu kandungan Bahasa Melayu dan pedagogi yang dipelajari di institut tidak dapat diaplikasikan di sekolah asal.

(7)

459 Analisis Dokumen

i. Keputusan Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

Ujian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) merupakan satu cara mengukur penguasaan lisan murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap murid perlu menjalani ujian ini sebanyak dua kali dalam setahun persekolahan. PLBS ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu yang terlatih bagi setiap kelas yang diajar oleh mereka. Kemahiran yang diuji pula mencakupi kemahiran lisan yang termaktub dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Aspek penilaian pula meliputi konstruk K1= tatabahasa dan kosa kata, K2= sebutan, intonasi dan nada, K3= fasih dan bermakna, K4= bertatasusila.

Merujuk kepada keputusan PLBS murid-murid yang dijadikan responden dalam kajian ini, membuktikan penguasaan lisan responden bagi konstruk K1 dan K3 pada tahap sederhana kerana masih ada responden yang mendapat gred C manakala pencapaian bagi kontruk K2 dan K4 lebih baik kerana tiada seorang pun responden yang mendapat gred C. Jadual 7.1 menjelaskan keputusan PLBS Penggal 1 responden secara terperinci. Kemahiran yang dinilai meliputi kemahiran 1.2 seperti yang terdapat dalam Model 1 PLBS Tahun 3.

Jadual 7.1 Keputusan PLBS Tahun 3 Hasan bagi Penggal 1/2010 (Sebelum Kajian) Konstruk/ Gred Tatabahasa/ Kosa kata (K1) Sebutan/Intonasi/ Nada (K2) Fasih dan Bermakna (K3) Bertatsusila (K4)

Bil % Bil % Bil % Bil %

A 18 50 24 67 17 47 25 69

B 15 42 12 33 18 50 13 31

C 3 8 1 3

D

(8)

460

Keputusan PLBS ini membuktikan penguasaan kemahiran lisan dalam kalangan responden masih pada tahap sederhana. Kemampuan responden menggunakan tatabahasa dan kosa kata yang baik dan bermakna dalam interaksi lisan masih perlu diberi perhatian. Data ini menjelaskan interaksi lisan dalam kalangan responden masih perlu ditingkatkan.

Tindakan Menangani Masalah

Bagi mengatasi masalah kurangnya interaksi lisan dalam kalangan reponden sewaktu proses P&P Bahasa Melayu berlangsung, pengkaji telah menjalankan beberapa tindakan sebagai rawatan terhadap masalah yang dihadapi seterusnya menjawab objektif kajian. Jadual 7.2 menjelaskan tindakan yang telah dilaksanakan.

Jadual 7.2 Ringkasan Tindakan Menangani Masalah

Bil Objektif Kajian Tindakan

1. Meningkatkan pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga.

Temu bual dan perbincangan menulis RPH menggunakan teknik bercerita antara pengkaji dan guru pelatih. 2. Meningkatkan interaksi lisan murid

Tahun Tiga sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Pemerhatian dan rakaman P&P yang menggunakan teknik bercerita

3. Meningkatkan pencapaian kemahiran lisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun Tiga.

Murid menjalani Ujian PLBS selepas rawatan dijalankan

Perbincangan Menulis RPH

Mengkaji terlebih dahulu berbincang dengan guru pelatih dalam merancang aktiviti yang berfokus kepada kemahiran lisan menggunakan teknik bercerita sebelum P&P dijalankan. Guru pelatih dibimbing oleh pengkaji untuk memilih kemahiran dan aktiviti yang sesuai dengan tajuk. Dalam tempoh tiga

(9)

461

bulan setengah guru pelatih menjalani praktikum Fasa 2, pengkaji telah mengadakan perbincangan dan bimbingan sebanyak empat kali secara bersemuka dan secara atas talian bagi merancang aktiviti P&P yang interaktif. Perbincangan juga diadakan selepas P&P dilaksanakan sebagai refleksi untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik bercerita dalam meningkatkan interaksi lisan sewaktu P&P.

Perbincangan antara pengkaji dengan guru pelatih telah diadakan sebanyak empat kali secara bersemuka dan empat kali secara atas talian bagi merancang RPH yang berfokus kepada kemahiran lisan. Teknik bercerita telah digunakan sebagai fokus aktiviti dalam setiap RPH yang dirancang. Pengkaji telah membimbing guru pelatih memilih kemahiran lisan sebagai fokus utama Hasil Pembelanjaran untuk meningkatkan aktiviti lisan dalam P&P. Guru pelatih terlebih dahulu menghantar RPH untuk disemak oleh pengkaji melalui emel dua hari sebelum P&P dilaksanakan. RPH yang telah disemak oleh pengkaji digunakan dalam P&P sebenar. Penekanan diberikan kepada aktiviti kemahiran lisan. Masa untuk menjalankan aktiviti lisan ditingkatkan.

Teknik bercerita pelbagai kaedah yang interaktif telah digunakan dalam kajian ini sebagai tindakan utama untuk meningkatkan interaksi lisan dalam P&P Bahasa Melayu iaitu;

i. murid menyambung cerita secara lisan.

ii. murid mendengar cerita rakyat dengan paparan slaid dan memberi pendapat tentang cerita yang ditonton,

iii. murid bercerita menggunakan boneka dan kostum,

iv. murid membaca cerita dan bercerita semula cerita yang telah dibaca menggunakan perkataan sendiri,

v. murid melakonkan semula dialog cerita yang telah dibaca menggunakan perkataan sendiri,

Refleksi Terhadap Pelaksanaan P&P

Guru pelatih dan murid telah diminta mencatatkan perasaan mereka sewaktu P&P Bahasa Melayu yang menggunakan teknik bercerita berlangsung. Harapan

(10)

462

responden juga dicatatkan bagi melihat keberkesanan penggunaan teknik bercerita dalam P&P Bahasa Melayu.

Temu Bual

Pengkaji juga telah menemu bual guru pelatih dan murid selepas P&P dilaksanakan. Temu bual dilaksanakan bertujuan untuk melihat reaksi murid dan guru pelatih terhadap pemfokusan aktiviti lisan dalam P&P menggunakan teknik bercerita.

Ujian Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)

Keputusan ujian PLBS murid 3 Hasan selepas kajian dijalankan, dianalisis oleh pengkaji untuk melihat pencapaian lisan murid. Ujian yang dijalankan oleh guru Bahasa Melayu yang terlatih ini telah dijadikan ukuran untuk melihat penguasaan lisan murid selepas kajian dijalankan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian bertujuan menjawab persoalan kajian berikut;

i. Bagaimanakah guru pelatih meningkatkan pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan dalam P&P Bahasa Melayu Tahun Tiga?

ii. Sejauh manakah teknik bercerita mempengaruhi interaksi lisan sewaktu P&P Bahasa Melayu Tahun Tiga?

iii. Sejauh manakah pencapaian kemahiran lisan Bahasa Melayu murid-murid Tahun Tiga?

Dapatan analisis kajian pula menghuraikan data mengikut soalan kajian dalam bentuk analisis deskriptif berhubung dengan tindakan yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah kajian.

Analisis Diskriptif Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Kemahiran Lisan dalam P&P Bahasa Melayu Tahun Tiga

Analisis penulisan RPH guru pelatih selepas tindakan dijalankan, menunjukkan peningkatan terhadap penggunaan kemahiran lisan sebagai

(11)

463

pemilihan Hasil Pembelajaran. Analisis untuk tempoh sebulan penulisan RPH menunjukkan kemahiran lisan lebih kerap digunakan dalam pelaksanaan P&P berbanding sebelum kajian dijalankan. Jadual 8.1 menjelaskan kekerapan pemilihan kemahiran lisan dalam penulisan RPH untuk menjawab soalan kajian berikut;

i. Bagaimanakah guru pelatih meningkatkan pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga?

Berdasarkan analisis penulisan RPH guru pelatih selepas kajian, membuktikan teknik bercerita dapat meningkatkan kekerapan pemilihan kemahiran lisan dalam RPH, seterusnya dapat meningkatkan pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan dalam P&P Bahasa Melayu. Carta pai pada Rajah 8.1 menjelaskan peratus kekerapan pemilihan Hasil Pembelajaran dalam RPH. Kemahiran lisan lebih tinggi peratus penggunaannya dalam RPH berbanding kemahiran membaca dan menulis.

Rajah 8.1 Carta Kekerapan Pemilihan Hasil Pembelajaran dalam RPH (Selepas Kajian)

Melalui temu bual selepas tindakan dijalankan, pengkaji mendapati guru pelatih memerlukan bimbingan dalam merancang RPH yang melibatkan pelbagai aktiviti yang interaktif. Hal ini dapat dijelaskan melalui pengakuan guru pelatih seperti berikut,

―….sekarang saya tahu macamana nak jadikan P&P saya menarik dan interaktif. Sebelum ni saya selalu abaikan kemahiran lisan. Kalau saya tulis pun dalam RPH, saya jarang laksanakannya sebab takut murid bising.”

(12)

464

Analisis Diskriptif Terhadap Interaksi Lisan Murid Tahun Tiga Sewaktu Proses P&P Bahasa Melayu

Pemerhatian terhadap pelaksanaan P&P Bahasa Melayu telah dianalisis dari segi masa yang digunakan untuk menjalankan aktiviti lisan dan kekerapan berlakunya interaksi lisan antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Pemerhatian pelaksanaan P&P ini dilaksanakan untuk menjawab soalan kajian berikut;

ii. Sejauh manakah teknik bercerita mempengaruhi interaksi lisan sewaktu P&P Bahasa Melayu Tahun Tiga?

Melalui pemerhatian pelaksanaan P&P sebanyak empat kali, dapatan kajian menunjukkan peningkatan interaksi dari segi masa pelaksanaan aktiviti. Interaksi antara murid dan guru kerap berlaku melalui aktiviti mendengar cerita menggunakan slaid dan memberi pendapat berdasarkan cerita. Interaksi ini lebih kerap berlaku apabila guru mengasak murid dengan ramalan kesudahan cerita. Murid berbalas cakap untuk menegakkan pendapat masing-masing. Aktiviti ini telah dilaksanakan selama lebih kurang 35 minit. Interaksi lisan juga berlaku apabila murid menyatakan pandangan terhadap perwatakan dalam cerita. Situasi ini berlaku dalam pemerhatian P&P pada 10 Ogos 2010 yang bertajuk Arnab dengan Kura-kura.

Interaksi lisan juga kerap berlaku apabila murid diberi peluang melaksanakan perbincangan dalam kumpulan. Murid berinteraksi sesama sendiri untuk menjana idea bagi menghasilkan tugasan yang diarahkan oleh guru. Situasi ini berlaku dalam pemerhatian P&P pada 15 Julai 2010 yang bertajuk Permainan Gasing. Interaksi berlaku antara murid dengan murid apabila mereka perlu melaporkan maklumat tentang bahan yang dibaca menggunakan perkataan sendiri. Teknik bercerita menggunakan perkataan sendiri ditekankan dalam aktiviti ini.

Kelas menjadi meriah dengan suasana perbincangan dan laporan yang dibuat oleh ahli dalam setiap kumpulan. Dalam situasi ini, guru bertindak sebagai fasilitator. Guru memberi kebebasan kepada murid melaporkan maklumat dengan cara tersendiri. Aktiviti ini telah mengambil masa selama lebih kurang 20 minit. Rumusannya, penggunaan teknik bercerita dalam P&P Bahasa Melayu dapat meningkatkan interaksi lisan antara murid dengan murid dan antara guru dengan

(13)

465

murid. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui temu bual pengkaji dengan murid dan guru pelatih selepas pemerhatian terhadap P&P dilaksanakan. Pengakuan murid ini menjelaskan situasi yang berlaku;

“ ….. seronok belajar macam ni. Saya dapat berbual dengan kawan tapi berbual perkara yang cikgu nak.”

Guru pelatih pula menjelaskan perkara berikut apabila P&P dilaksanakan dengan tumpuan terhadap teknik bercerita ;

―……murid yang dulunya tak nak bercakap, sekarang dah berani bercakap. Murid bersemangat membuat aktiviti yang diberi. Kalau tak faham, mereka tak malu bertanya pada saya. Keadaan ni sangat berbeza sebelum ni. Murid malu sangat nak beri pendapat. Saya pun lebih kerap suruh murid buat latihan bertulis.”

Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Mastura, Nurulhuda Tasrip, Nurulhuda Razak (2009), yang mendapati penyampaian secara penceritaan oleh guru menyebabkan suasana pembelajaran menghiburkan dan pelajar sentiasa memberi respon positif dan bersoal jawab bersama guru. Kesannya pembelajaran tersebut membentuk kelas yang interaktif dan saling interaksi antara pelajar dan guru. Seterusnya menolak dapatan kajian Seman (2005), interaksi lisan hanya berfokus pada guru dan berlaku sehala apabila guru menyoal murid.

Analisis Diskriptif Terhadap Pencapaian Kemahiran Lisan Murid-murid Tahun 3.

Murid-murid yang menjadi responden kajian telah menjalani ujian PLBS penggal dua selepas kajian dijalankan. Keputusan PLBS responden ini telah dianalisis untuk menjawab soalan kajian berikut

iii. Sejauh manakah pencapaian kemahiran lisan Bahasa Melayu murid-murid Tahun Tiga?

Dapatan kajian menunjukkan keputusan ujian PLBS responden selepas kajian dijalankan secara keseluruhannya telah meningkat. Jadual keputusan ujian PLBS di bawah menjelaskan peningkatan penguasaan kemahiran lisan responden.

(14)

466

Ujian PLBS penggal dua ini melibatkan kemahiran 1.2 seperti yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003).

Keputusan PLBS Tahun 3 Hasan bagi Penggal 2/2010 (Selepas Kajian)

Konstruk/ Gred Tatabahasa/ Kosa kata (K1) Sebutan/ Intonasi/Nada (K2) Fasih dan Bermakna (K3) Bertatsusila (K4)

Bil % Bil % Bil % Bil %

A 36 100 36 100 26 72.2 32 88.8 B 10 27.8 4 11.2 C D Jumlah 36 100 36 100 36 100 36 100

Keputusan ujian PLBS penggal 2 menunjukkan peningkatan dari aspek tatabahasa dan kosa kata (K1) dengan 100 peratus responden mencapai gred A berbanding sebelum kajian dijalankan hanya 50 peratus responden yang mendapat gred A. Begitu juga dengan kontruk sebutan/nada/intonasi (K2) dengan peningkatan sebanyak 33 peratus iaitu daripada 67 peratus kepada 100 peratus mendapat gred A selepas kajian dijalankan. Bagaimanapun bagi konstruks fasih dan bermakna (K3) masih belum mencapai keputusan 100 peratus gred A. Responden hanya mencapai gred A 72.2 peratus tetapi masih menunjukkan peningkatan kerana tiada lagi reponden yang mendapat gred C selepas kajian dijalankan. Bagi konstruk bertatasusila K4) pula, pencapaian kemahiran lisan responden juga telah meningkat daripada 69 peratus yang mendapat gred A kepada 88.8 peratus gred A selepas kajian dijalankan. Peningkatan juga berlaku apabila tiada lagi responden yang mendapat gred C.

Perbandingan pencapaian kemahiran lisan responden dalam ujian PLBS sebelum dan selepas kajian dijalankan dapat dilihat dengan jelas menggunakan jadual dan graf bar di bawah.

(15)

467

Jadual 8.3 Perbandingan Keputusan PLBS 3 Hasan Sebelum dan Selepas Kajian

Konstruk/ Gred

K1 K2 K3 K4

Pra Post Pra Post Pra Post Pra Post

A 50 67 36 100 47 72.2 69 88.8

B 42 33 50 27.8 31 11.2

C 8 3

D

Jum 100 100 36 100 100 100 100 100

Rajah 8.2 Graf Bar Perbandingan Keputusan PLBS 3 Hasan Sebelum dan Selepas Kajian

Rumusannya, tindakan penggunaan teknik bercerita dalam P&P Bahasa Melayu tahun 3 telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran lisan responden. Keputusan ini juga telah membuktikan kesinambungan antara pelaksanaan aktiviti yang telah dilaksanakan dalam P&P dengan interaksi lisan yang wujud sewaktu P&P Bahasa Melayu mampu meningkatkan penguasaan kemahiran lisan responden.

REFLEKSI AKHIR

Perancangan Aktiviti dalam P&P

Hasil kajian ini menunjukkan guru pelatih perlu dibimbing dalam merancang aktiviti yang menepati objektif pengajaran agar murid dapat mencapai kemahiran yang telah dilaksanakan dalam P&P. Bimbingan ini lebih perlu dalam pelaksanaan aktiviti bagi kemahiran lisan.

(16)

468

Guru pelatih juga perlu berani menggunakan pelbagai teknik pengajaran terutama teknik bercerita agar kelas menjadi lebih ceria dan menyeronokkan. Guru pelatih juga perlu diberi pendedahan penggunaan teknik bercerita yang pelbagai agar mereka mendapat idea untuk melaksanakan aktiviti menggunakan semua kemahiran bahasa yang terdapat dalam Kajian Sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Prihatin kepada Keperluan Murid dalam P&P

Dapatan kajian ini juga membuktikan murid-murid mempunyai pelbagai kecerdasan. Hal ini perlu disedari oleh guru agar potensi murid dalam pelbagai kecerdasan ini dapat digilap dan ditonjolkan untuk meningkatkan keterampilan murid berbahasa sama ada secara lisan mahupun tulisan. Oleh itu pelaksanaan aktiviti yang pelbagai dalam P&P amat perlu bagi menyerlahkan kecerdasan pelbagai murid. Penulisan jurnal guru pelatih pada minggu kelapan menjalani praktikum Fasa 2 menjelaskan situasi tersebut;

PENUTUP

Kajian yang merupakan satu kajian tindakan ini berjaya menjelaskan kepentingan pelaksanan aktiviti yang pelbagai dan terancang dapat meningkatkan interaksi lisan murid sewaktu P&P berlangsung. Kolaboratif antara pengkaji dan guru pelatih serta guru pembimbing dapat mengatasi masalah pelaksanaan aktiviti yang membosankan murid dan hanya bertumpu kepada kemahiran membaca dan menulis sewaktu P&P. Kesedaran terhadap kepentingan pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan dalam P&P kepada guru pelatih dapat ditingkatkan. Guru pelatih mula menyedari hakikat murid-murid perlu diberi peluang melaksanakan aktiviti kemahiran lisan dalam P&P agar keterampilan bertutur murid dapat dikesan dan bakat mereka dalam komunikasi lisan dapat digilap.

CADANGAN

1. Kesedaran terhadap kepentingan pelaksanaan aktiviti kemahiran lisan dalam P&P Bahasa Melayu perlu ditingkatkan kepada semua guru pelatih terutama guru pelatih program Kursus Perguruan Lepas Ijazah(KPLI) major Bahasa Melayu. Impilkasi kajian ini perlu dipanjangkan kepada semua guru pelatih

(17)

469

yang sedang menjalani praktikum sama ada yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai subjek major mahupun elektif.

2. Penggunaan pelbagai teknik pengajaran perlu ditingkatkan dalam P&P Bahasa Melayu dan tidak terbatas kepada penggunaan teknik bercerita sahaja. Hal ini bermakna teknik bercerita hanya salah satu cara untuk meningkatkan interaksi lisan dalam P&P Bahasa Melayu. Tindakan seterusnya boleh dipelbagaikan menggunakan teknik yang lain daripada bercerita seperti permainan bahasa dan sebagainya.

3. Kajian ini juga boleh dilaksanakan kepada murid-murid di Tahap 2 dengan pengisian tindakan aktiviti yang lebih mencabar kecerdasan murid yang seharusnya dilaksanakan oleh guru-guru terlatih.

RUJUKAN

Alias Baba. (1997). Statistik Penyelidikan dalam pendidikan Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alias Baba. (1999). Statistik Penyelidikan Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arfah Abdul Aziz. (1981). Strategies for communication between teachers and pupils in a rural Malaysian school. Singapore: Singapore University Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ( PLBS) Tahun 1-6 (SK/SJK). Lembaga Periksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran bersepadu sekolah rendah Bahasa Melayu. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mastura Hasim@Mohamad, Nurulhuda T.,Nurulhuda R. (2009), Penceritaan dan permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Roselan Baki. (2001). Interaksi lisan dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu daripada perspektif guru.Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Tesis Ph. D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Evaluation has revealed these results: Studies are mostly between 2006 and 2010, qualitative and descriptive scan models are employed as research models, teachers are determined as

Dengan demikian MOS dapat mempertahankan lingkungan usus dari serangan mikroba patogen yang masuk melalui saluran cerna, meningkatkan kondisi fisik usus sehingga

一方(鍵盤操作側) がアイデアを出す: 音でアイデアを次々 に提示。一方の参加 者は鍵盤に貢献して

Hasil penelitian yang dilakukan menunjukkan bahwa siswa yang berada pada kategori kreatif adalah salah seorang siswa yang memiliki kemampuan matematika tinggi dan

Assessment Center bertujuan untuk mengidenfikasi kebutuhan pengembangan sumber daya manusia agar siap menghadapi tugas-tugas yang akan diberikan ke depan serta digunakan untuk

Keterangan: Y* garis anggaran atau pengeluaran konsumtif rumah tangga pada tingkat keseimbangan dasar, Y = kurva kemungkinan pendapatan rumah tangga dari hasil kerja; I*

: Tidak boleh melakukan tindakan yang menyangkut risiko pribadi atau tanpa pelatihan yang sesuai.. Jika terduga bahwa masih ada asap, petugas penolong harus mengenakan

menikah atau karena alasan lain yang tidak memungkinkan untuk berumah tangga. orang tersebut dapat menunda pernikahannya, sampai dia merasa telah