• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. Apa produk ini berkenaan?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1. Apa produk ini berkenaan?"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

CashLite CIMB

Lembaran Penerangan Produk seperti pada 22 Dec 2016

Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil CashLite CIMB. Sila pastikan anda juga membaca terma-terma dan syarat-syarat umum.

1. Apa produk ini berkenaan?

CashLite CIMB (“CashLite”) adalah kemudahan pendahuluan tunai yang memberikan anda bahagian daripada ketersediaan had kredit di bawah kad kredit CIMB yang dibayar ke akaun bank pilihan anda dengan Bank CIMB atau bank-bank lain dan dibayar balik ke Bank CIMB jumlah yang dibayar kepada anda bersama-sama dengan faedah yang dikenakan melalui ansuran bulanan. Bank CIMB menyimpan haknya untuk menolak mana-mana permohonan keseluruhannya atau meluluskan amaun CashLite yang rendah di mana terma-terma (seperti amaun, kadar faedah dan/atau tempoh) adalah berbeza dari terma-terma yang diminta oleh anda. Anda boleh menerima tawaran secara lisan melalui panggilan telefon.

2. Apakah yang akan saya dapat dari Produk ini?

Anda akan dapat menikmati pendahuluan tunai tiada kerumitan pada kadar faedah yang lebih rendah. CashLite yang dipohon, adalah tertakluk kepada kelulusan Bank CIMB, akan diperolehi daripada had kad kredit anda. Kadar Faedah CashLite dikenakan seperti berikut:

Kadar Faedah Rata Sehingga 9.88% setahun

Tempoh 12, 24, 36, 48 bulan

Kadar Faedah Efektif Sehingga 17.95% setahun

Setelah permohonan CashLite anda diluluskan, had kredit gabungan anda akan dikurangkan dengan menyekat keluar amaun yang sama dengan amaun CashLite yang diluluskan (dan fi pemindahan antara bank ("IBG") sebanyak RM2.00 dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kena dibayar ke atas IBG sekiranya anda meminta amaun CashLite dikeluarkan ke akaun bank anda yang lain). Had kredit anda akan secara progresif dipulihkan dan disediakan untuk kegunaan anda (mengikut budi bicara mutlak Bank CIMB) dengan amaun bahagian prinsipal setiap Pembayaran Bulanan CashLite (kemudian dari ini didefinisikan) yang dibayar dan setakat pembayaran sebenar diterima oleh Bank CIMB.

Amaun CashLite yang diluluskan akan membentuk sebahagian daripada jumlah ketersediaan had kredit untuk kesemua akaun kad kredit Pemegang Kad Bank CIMB, termasuk akaun kad kredit tambahan dan Pembayaran Bulanan CashLite akan digambarkan di dalam penyata kad kredit anda, iaitu akaun kad kredit yang dipilih oleh anda.

Amaun minimum untuk permohonan CashLite ialah RM1,000.00 dan amaun maksimum adalah tertakluk kepada ketersediaan had kredit anda dan mengikut budi bicara Bank CIMB.

Apa-apa penggunaan kad kredit di antara masa permohonan dan masa kelulusan akan mengurangkan had kredit anda. Bergantung kepada had kredit anda pada masa kelulusan, Bank CIMB boleh meluluskan dan mengeluarkan amaun CashLite yang lebih rendah daripada apa yang anda pohon.

3. Apakah obligasi bulanan saya?

Pembayaran ansuran bulanan anda (“Pembayaran Bulanan CashLite”) dikira berdasarkan kaedah pembayaran balik baki pengurangan seperti yang ditunjukkan di bawah. Setiap Pembayaran Bulanan CashLite akan dibilkan ke akaun kad kredit anda dan anda harus membuat Pembayaran Bulanan CashLite secara penuh sebelum tarikh matang setiap bulan.

(2)

Ilustrasi di bawah menunjukkan potongan bulanan pada amaun prinsipal dan faedah dari amaun prinsipal CashLite berdasarkan kepada Pembayaran Bulanan CashLite.

Amaun CashLite RM5,000.00

Kadar faedah 9.88% setiap tahun

Tempoh 12 bulan

Pembayaran Bulanan RM 457.83*

Bulan Amaun Prinsipal

CashLite Tertunggak

Pembayaran Balik Prinsipal Bulanan

Faedah

Bulanan Pembayaran Bulanan CashLite

1

5,000.00

381.83

76.00

457.87

2

4,618.17

388.17

69.67

457.83

3

4,230.00

394.50

63.33

457.83

4

3,835.50

400.83

57.00

457.83

5

3,434.67

407.17

50.67

457.83

6

3,027.50

413.50

44.33

457.83

7

2,614.00

419.83

38.00

457.83

8

2,194.17

426.17

31.67

457.83

9

1,768.00

432.50

25.33

457.83

10

1,335.50

438.83

19.00

457.83

11

896.67

445.17

12.67

457.83

12

451.50

451.50

6.33

457.83

Jumlah 5,000.00 494.00 5,494.00

* Pembayaran Bulanan CashLite untuk bulan pertama mungkin berbeza. 4. Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar?

Tiada fi untuk pendahuluan tunai, fi pemprosesan atau fi penyelesaian awal yang dikenakan kepada kemudahan CashLite.

5. Apakah akibat sekiranya saya gagal untuk memenuhi obligasi pembayaran saya?

Caj Kewangan:

Berdasarkan kepada garis panduan Bank Negara Malaysia, Bank CIMB boleh mengenakan caj kewangan 18% setahun ke atas apa-apa wang yang belum dibayar yang kena dibayar dan masih belum dibayar kepada Bank CIMB di bawah kemudahan CashLite yang dikira berdasarkan baki harian dan dipermodalkan pada tarikh matang setiap penyata kad kredit. Caj kewangan terakru mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata kad kredit seterusnya.

Caj Pembayaran Lewat:

Sekiranya Pembayaran Bulanan CashLite tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata kad kredit setiap bulan, caj pembayaran lewat 1% atas baki tertunggak pada Pembayaran Bulanan CashLite (tertakluk kepada RM10.00 minimum dan RM100.00 maksimum) akan dicajkan selepas tarikh matang dan caj pembayaran lewat mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang seterusnya.

Hak Penolakan:

Kami mempunyai hak untuk menolak sebarang baki kredit dalam akaun anda yang dikekalkan dengan kami terhadap apa-apa baki tertunggak dalam akaun kad kredit ini dengan memberi tujuh (7) hari kalendar notis terlebih dahulu. Apabila notis dikeluarkan kepada Pemegang Kad, Bank CIMB boleh dengan serentak menguntukkan apa-apa wang yang ada dalam akaun anda terhadap baki tertunggak dalam akaun kad kredit.

(3)

6. Apakah sekiranya saya menyelesaikan sepenuhnya kemudahan CashLite sebelum kematangan?

Tiada tempoh penguncian atau fi penyelesaian awal yang dikenakan pada kemudahan CashLite anda. Anda boleh melaksanakan penyelesaian awal pada amaun jumlah tertunggak sebelum tarikh tamat tempoh sebenar, dengan memanggil kami di pusat panggilan kami dan memberikan kami tidak kurang daripada 30 hari notis terlebih dahulu. Untuk penyelesaian awal tersebut, anda dikehendaki membayar Bank CIMB amaun prinsipal tertunggak CashLite.

Berdasarkan ilustrasi berikut, sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk membuat penyelesaian awal (menyelesaikan sebelum tarikh matang) pada bulan 6, pelanggan dikehendaki membayar amaun prinsipal jumlah tertunggak CashLite sebanyak RM3,027.50.

Amaun CashLite RM5,000.00

Kadar faedah 9.88% setiap tahun

Tempoh 12 bulan

Pembayaran Bulanan CashLite RM 457.83

Bulan Amaun Prinsipal

CashLite Tertunggak Pembayaran Balik Prinsipal Bulanan Faedah Bulanan Pembayaran Bulanan CashLite 1

5,000.00

381.83

76.00

457.87

2

4,618.17

388.17

69.67

457.83

3

4,230.00

394.50

63.33

457.83

4

3,835.50

400.83

57.00

457.83

5

3,434.67

407.17

50.67

457.83

6

3,027.50

413.50

44.33

457.83

7

2,614.00

419.83

38.00

457.83

8

2,194.17

426.17

31.67

457.83

9

1,768.00

432.50

25.33

457.83

10

1,335.50

438.83

19.00

457.83

11

896.67

445.17

12.67

457.83

12

451.50

451.50

6.33

457.83

7. Apakah risiko-risiko utama yang terlibat?

Pembayaran Bulanan CashLite perlu dibayar sepenuhnya pada atau sebelum tarikh matang penyata kad kredit. Sila fikirkan tentang keupayaan pembayaran balik anda apabila memohon untuk CashLite.

Caj kewangan dikenakan ke atas wang yang belum dibayar yang kena dibayar dan masih belum dibayar di bawah kemudahan CashLite pada tarikh matang untuk setiap penyata kad kredit.

Sekiranya anda mempunyai masalah dalam pembayaran wang di bawah kemudahan CashLite pada tarikh matang penyata kad kredit, sila hubungi kami awal untuk membincangkan pembayaran balik alternatif.

8. Apakah yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan kepada butiran perhubungan saya?

Adalah mustahak anda memberitahu kami apa-apa perubahan kepada butiran perhubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat disampaikan kepada anda tepat pada masanya. Sila hubungi Unit Resolusi Pelanggan kami di 603-6204 7788 untuk menukar butiran perhubungan. Secara alternatif, anda boleh mengubah butiran perhubungan anda dengan mengunjungi kami di mana-mana cawangan CIMB seluruh negara.

(4)

9. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan CashLite CIMB, sila hubungi kami di 603-6204 7788.

10. Produk kad kredit lain yang boleh didapati:

Tidak berkenaan.

11. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan?

a) Sekiranya anda mempunyai masalah dalam membuat pembayaran balik, anda harus menghubungi kami seawal mungkin untuk membincangkan pembayaran balik alternatif. Anda boleh menghubungi kami di:

Unit Resolusi Pelanggan

Alamat: Tingkat 19, Menara Bumiputera Commerce No.11, Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur

Tel: 603-6204 7788

Faks: 603-2691 3248

Emel: cru@cimb.com

Secara alternatif, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), satu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan perkhidmatan percuma atas pengurusan wang, kaunseling kredit dan penyusunan semula hutang untuk individu. Anda boleh menghubungi mereka di:

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.

Tel: 603-2616 7766

Emel: enquiry@akpk.org,my

b) Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di:

Unit Resolusi Pelanggan

Alamat: Tingkat 19, Menara Bumiputera Commerce No.11, Jalan Raja Laut,

50350 Kuala Lumpur

Tel: 603-6204 7788

Faks: 603-2691 3248

Emel: cru@cimb.com

c) Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di:

Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK

Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn

50480 Kuala Lumpur.

Tel: 1-300-88-5465

Faks: 03-2174 1515

(5)

NOTA PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA SEKIRANYA ANDA TIDAK MENERUSKAN PEMBAYARAN BALIK KEMUDAHAN CASHLITE CIMB ANDA.

Anda boleh melayari www.cimbbank.com.my/cards untuk melihat Terma-terma dan Syarat-syarat lengkap. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit Resolusi Pelanggan di 603-6204 7788.

Gambar

Ilustrasi  di  bawah  menunjukkan  potongan  bulanan  pada  amaun  prinsipal  dan  faedah  dari  amaun  prinsipal  CashLite berdasarkan kepada Pembayaran Bulanan CashLite

Referensi

Dokumen terkait

(1) Dalam hal sebagian dari KPR yang diterbitkan oleh Kreditor Asal pada saat perusahaan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 15 beroperasi belum memenuhi persyaratan untuk

Pada Gmbar 5, grafik diatas menunjukan pada saat kondisi full open, tekanan fluida juga tidak menunjukkan adanya peningkatan perubahan.. Nilai perubahan tekanan

melalui pelatihan ini, kontribusi yang dapat diberikan kepada SMK N 1 Percut Sei Tuan adalah siswa dapat menggunakan Google Classroom dengan baik yang hasil akhirnya adalah

5.5.7 Sebarang bil, invois atau apa-apa jenis pembayaran yang tidak dapat dibayar atau diakaunkan sebagai pemiutang atau akruan pada tahun kewangan 2021 perlu diselesaikan

 Biaya modal adalah biaya riil yang harus dikeluarkan oleh perusahaan untuk memperoleh dana baik hutang, saham preferen, saham biasa, maupun laba ditahan untuk mendanai suatu

Klausa 11 Sekiranya sewa adalah tertunggak dan tidak dibayar selama satu bulan selepas tarikh matang, atau terdapat apa-apa kemungkiran atau ketidakpatuhan atau

i) Pelajar mesti telah membuat pembayaran secara penuh untuk yuran semester semasa dalam masa satu (1) bulan dari tarikh pendaftaran semester berkenaan. Rebat pembayaran

Ini ialah Kad Kredit Pantai American Express, dengan jumlah kredit maksimum yang diberikan oleh kami kepada anda dan apabila apa-apa amaun kredit yang digunakan oleh anda belum