• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEMA BANGUNAN BERSEJARAH TUGASAN SOALAN KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH ARAS CEMERLANG ( 80 – 85 MARKAH )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TEMA BANGUNAN BERSEJARAH TUGASAN SOALAN KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH ARAS CEMERLANG ( 80 – 85 MARKAH )"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

TEMA BANGUNAN BERSEJARAH

TUGASAN SOALAN KEPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

ARAS CEMERLANG ( 80 – 85 MARKAH )

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia wujud daripada ketamadunan silam iaitu Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan awal, seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Kedah Tua. Sementara itu, beberapa kerajaan lain di pantai Timur Semenanjung. Malaysia pernah dijajah selama 446 tahun dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejarah penubuhan kerajaan ini pastinya banyak meninggalkan bangunan bersejarah sama ada yang bercirikan tempatan mahupun Eropah. Sejak UNESCO mengiktiraf bandar Melaka dan Georgetown sebagai bandar warisan bersejarah atau tapak warisan dan ketamadunan dunia, barulah timbul kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memulihara bangunan bersejarah. Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah dalam konteks Malaysia?

(2)

monumen lama amat penting sebagai bahan bukti yang kukuh tentang peristiwa yang telah berlaku untuk ditunjukkan kepada generasi akan datang.

Selain itu, bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Kita sedia maklum bahawa remaja pada hari ini kurang mempunyai kesedaran diri terutamanya berkaitan dengan sejarah Malaysia. Dengan adanya bangunan bersejarah di negara kita. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjadikannya sebagai panduan hidup mereka. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Jika kita menghayati sejarah, di sebalik bangunan tersebut serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku maka kita dapat terus mara tanpa mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun kita tidak harus menjadikannya sebagai halangan untuk mencapai kejayaan. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil ikhtibar daripada sejarah silam negara. Tuntasnya, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya dapat memberi ikhtibar dan pengajaran kepada generasi muda kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

(3)

Eropah, Perancis, Itali dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik pelancong dari seluruh dunia dengan lebih banyak dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Seterusnya, pemuliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Kita sedia maklum bahawa bangunan bersejarah amat penting kerana semangat patriotisme dalam kalangan remaja sejak belakangan ini semakin menipis. Dalam konteks ini, bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda. Sebagai contoh, Kota A Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kedaulatan negeri Melaka dan Pulau Pinang pada zaman penjajahan dahulu. Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda tentang segala pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air. Peribahasa Melayu biar putih tulang jangan putih mata sentiasa tersemat di dalam hati para pejuang negara ketika itu. Secara tidak langsung, hal ini dapat mencelikkan minda generasi muda agar sentiasa berwaspada terhadap musuh negara yang sentiasa mencari peluang untuk menjajah negara kita sekali gus berjuang bermati-matian untuk ibu pertiwi daripada dicerobohi oleh kuasa asing. Oleh itu, bangunan bersejarah penting dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda bagi mempertahankan negara kita yang tercinta.

(4)

kemaslahatan bangunan bersejarah dapat memberi maklumat kepada pelajar tentang peristiwa yang pernah berlaku di negara kita kerana tak kenal maka tak cinta. Sesungguhnya, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan menjadi bahan rujukan kepada pelajar dan penyelidik.

Referensi

Dokumen terkait