i
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH FEP 2019 (VOLUME 1) /
PROCEEDINGS OF POSTGRADUATE COLLOQUIUM FEP 2019 (VOLUME 1)
ISBN: 978-983-99223-8-7 2019
DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY SEKRETARIAT SISWAZAH
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DICETAK OLEH / PRINTED BY PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ii Cetakan Pertama / First Printing 2019
Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by SEKRETARIAT SISWAZAH
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM 43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia
http://www.ukm.my/fep
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publications Data
Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019
iii
KOLOKIUM SISWAZAH FEP
Kolokium Siswazah FEP merupakan aktiviti dianjurkan setiap semester oleh Sekretariat Siswazah FEP dengan kerjasama Persatuan Siswazah FEP, UKM.
Kolokium Siswazah merupakan satu platform terbaik untuk melatih pelajar siswazah melakukan pembentangan penyelidikan serta berinteraksi secara terbuka dalam menyampaikan idea dan bertukar pandangan serta maklumat balas. Prosiding Kolokium Siswazah FEP 2019 dikeluarkan dalam tiga (3) Volume hasil gabunagn pembentangan Kertas Prosiding pelajar Sarjana Ekonomi dan Sarjana Ekonomi Islam.
Gabungan Kertas Prosiding yang dihasilkan melalui penganjuran Kolokium Siswazah Semester 1 Sesi 2018/2019 bertarikh 19 Disember 2018 dan Semester 2 Sesi 2018/2019 bertarikh 25 Jun – 26 Jun 2019.
Sekretariat Siswazah
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
iv
SIDANG EDITOR 2019 / EDITORIAL BOARD 2019
Prof. Madya Dr. Fathin Faizah Said (KETUA EDITOR) Prof. Madya Dr. Noorasiah Sulaiman
Prof. Madya Dr. Mariani Abd Majid Dr. Wye Chung Khain
Dr. Mohd Nasir Mohd Saukani Dr. Nor Shamliza Chamhuri Dr. Lai Wei Sieng
Dr. Hairunnizam Wahid Dr.Mohd Adib Ismail Dr. Riayati Ahmad Dr. Suhaili Al-Ma’amun
Dr. Mohd Hafizudin Syah Bangaan Abdullah Dr. Nafisah Mohammed
URUSETIA 2019
Pn. Siti Nora Mhd Isa
Pn. Noorsyam Noordin
Pn. Rosidah Satari
v
KANDUNGAN
Kandungan v
1 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Hutang Kerajaan di Malaysia Norhaslina Ismail, Norlin Khalid
1-17
2 Monetary Policy Shocks and The Term Structure of Bond Yield: A SVAR Analysis of Malaysia
Ahmad Khidir Othman, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan Shah Zaidi
18-32
3 Pengaruh Perbelanjaan Awam dan Pertumbuhan Ekonomi Terhadap Struktur Hasil Kerajaan Persekutuan di Malaysia
Nor Yushra Yunus, Zulkefly Abdul Karim
33-60
4 The Impact of Macroeconomic Factors on Foreign Direct Investment in GCC Countries
Tariq Adel Alkhamisi, Roziana Baharin, Fathin Faizah Said
61-68
5 The Nexus Between Remittance Outflow and Economic Growth in Malaysia
M. Aiman Arief M. Sidin, Noorasiah Sulaiman, Azrina Abdullah Al- Hadi
69-82
6 Kadar Asas Pinjaman Bank dan Faktor-Faktor Lain yang Mempengaruhi Kadar Inflasi di Malaysia
Barameswari Sinniah, Hairunnizam Wahid
83-93
7 Faktor-Faktor Mempengaruhi Kadar Keciciran Pendidikan dalam Komuniti Orang Asli di Malaysia
Nurul Farahanim Abdul Ghani, Doris Padmini Selvaratnam, Lai Wei Sieng
94-107
8 Kesan Pendidikan dan Modal Insan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi di Indonesia
Muhamad Malyan Saputra, Doris Padmini Selvaratnam, Lai Wei Sieng
108-121
9 The Determinants of Exports In Indonesia, Philippines, Malaysia and Thailand
Mohammed Y S Alimawi, Lai Wei Sieng, Roziana Baharin
122-132
10 Faktor Penentu Tahap Literasi Ekonomi dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Nurul Fazira Muhamad Nizam, Lai Wei Sieng, Noorasiah Sulaiman
133-144
vi
11 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perbelanjaan Isi Rumah di Malaysia
Izaty Hanim Ab Gapal, Norlin Khalid
145-159
12 Impact of Tariff, Non-Tariff Measures (NTMs) on Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP): A Case of Malaysia’s Export
Norsyuhada Azmi, Norlin Khalid, Tamat Sarmidi
160-168
13 Peranan Guna Tenaga Terhadap Aliran Masuk Pelaburan Langsung Asing (PLA): Suatu Perbandingan Antara Jantina Pekerja
Nur Ain Iliyana Ahmad, Wye Chung Khain, Zulkefly Abdul Karim
169-185
14 The Relationship Between Renewable Energy and Employment by Skills Najwa Mohd Nurudin, Wye Chung Khain, Zulkefly Abdul Karim
186-205
15 Does Health Really Matter for Economic Growth?: Evidence from Malaysia and Singapore
Nur Shaida Samsudin, Mohd Azlan Shah Zaidi, Roziana Baharin
206-223
16 Kecekapan Perkhidmatan Bas dan Van Sekolah Selepas Deregulasi Tambang Bas di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Nur Fadillah Mohamed, Azrina Abdullah Al-Hadi, Siti Hajar Mohd Idris
224-243
17 Determinants of Foreign Labour Migration in Malaysia: Evidence from A Dynamic Panel Data Analysis
Mohd Abduh Adni, Noorasiah Sulaiman
244-260
18 Daya Saing dan Potensi Pasaran Industri Farmaseutikal Halal di Malaysia
Shahhedan Ja’afar, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
261-280
19 Poverty Among Indigenous Community in Malaysia in Relations to the Country’s GDP Towards Sustainable Development Goals
Zansyuwari Mohamad Shahrullail, Doris Padmini Selvaratnam
281-291
20 Impak Pembangunan Ekopelancongan Terhadap Komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia
Noor Ashikin Mohamed Rahman, Doris Padmini Selvaratnam, Lai Wei Sieng
292-310
21 Causal Nexus Between Carbon Dioxide Emissions and Agriculture in Malaysia: A Bootstrap Rolling Windows
Siti Syafeera Syahnaaz Azman, Norlin Khalid, Mohd Helmi Ali
311-324
22 The Dynamic Linkage Carbon Dioxide Emission and Agriculture in Malaysia
Nor Fazila Mazlan, Norlin Khalid , Mohd Helmi Ali
325-338
vii
23 Impak Pelancongan Budaya, Hiburan dan Rekreasi kepada Ekonomi
Malaysia: Pendekatan Analisis Input Output
Muhammad Naim Ismail, Norlida Hanim Mohd Salleh, Norma Azuli Mohd Nor
339-349
24 Impak Pelaburan Langsung Asing Terhadap Eksport di Malaysia Johan Ariff Jafri, Tamat Sarmidi, Azrina Abdullah Al-Hadi
350-360
25 Lapan Negara Membangun (D-8): Kajian Aliran Perdagangan Pertubuhan Kesatuan D-8 dan Impak Tekanan Ekonomi Terhadap Perjanjian Perdagangan
Muhammad Hazmi Abdul Rahim, Lai Wei Sieng, Hazrul Izuan Shahiri
361-376
26 Do Tariff and Non-Tariff Measures Affect Malaysia’s Export in the Regional Comprehensive Partnership (RCEP) and its Import Trading Partners?
Nur Fairuz Asykeen Kamarulbahrin, Norlin Khalid, Tamat Sarmidi
377-388
27 Do Tariff and Non-Tariff Measure Affects the Malaysia Export Between Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Members and Non- Members?
Maisarah Hishamuddin, Norlin Khalid, Tamat Sarmidi
389-399
28 Keberkesanan Program Pembasmian Kemiskinan Menggunakan Dana Kerajaan dan Dana Zakat di Malaysia
Suhaidi Amin, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
400-418
29 Impak Perkembangan Pelancongan Perubatan di Malaysia: Analisis Input-Output Model Ekonomi Terbuka
Nurul Atiqah Mohd Suib, Norlida Hanim Mohd Salleh, Noorasiah Sulaiman
419-432
30 Impak Faktor Sosioekonomi Terhadap Kecekapan Pengeluaran Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil di Selangor
Muhammad Taufiqurrahman Ramli, Basri Abdul Talib, Aminudin Mokhtar
433-442
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH FEP (2019) VOLUME 1, 83 - 93 ISBN: 978-983-99223-8-7
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) ,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia
KADAR ASAS PINJAMAN BANK DAN FAKTOR-FAKTOR LAIN YANG MEMPENGARUHI KADAR INFLASI DI MALAYSIA
(BASE LENDING RATE AND OTHER FACTORS THAT AFFECTING INFLATION IN MALAYSIA)
BARAMESWARI SINNIAH Universiti Kebangsaan Malaysia
HAIRUNNIZAM WAHID Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius bagi sesebuah negara. Beberapa faktor dikenalpasti yang menyebabkan kadar inflasi di Malaysia. Namun, masih kurang terdapat kajian mengenai hubungan di antara kadar asas pinjaman bank dengan kadar inflasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang kajian dengan mengenalpasti hubungan di antara kadar inflasi dengan pembolehubah-pembolehubah seperti penawaran wang, kadar pertukaran mata wang asing, kadar pengangguran dan kadar asas pinjaman bank. Kajian ini menggunakan data siri masa yang bermula daripada tahun 1985 hingga tahun 2014. Terdapat 4 jenis ujian yang telah dijalankan dalam kajian ini iaitu ujian regresi (OLS), Autokorelasi, Multikolinerati dan Heterokedastisti. Hasil kajian ini membuktikan bahawa terdapat hubungan negatif di antara kadar pengangguran dan kadar pertukaran mata wang asing dengan kadar inflasi. Seterusnya, terdapat hubungan positif di antara penawaran wang dan kadar asas pinjaman bank dengan kadar inflasi. Hasil kajian ini mencadangkan kepada kerajaan bagi mengatasi masalah inflasi yang tinggi melalui kaedah kawalan kredit dan kawalan harga bagi barang keperluan harian.
Kata Kunci: Inflasi, Penawaran wang, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing, Kadar Pengangguran, Kadar Asas Pinjaman Bank
ABSTRACT
Inflation become one of serious economic matter for a country. Malaysia's inflation is caused by many factors. However, there is still less research to study the relationship between the base lending rate and inflation rate. Therefore, this study aims to fill the survey gap by identifying the relationship between the inflation rate and money supply, foreign currency exchange rate, unemployment rate and base lending rate. This study used time series data from 1985 to 2014. There are 4 tests have been conducted and discussed such as ordinary least square, autocorrelation, multicollinearity and heteroscedasticity.
The findings confirmed that there is a negative relationship between unemployment and foreign exchange rates with inflation rate. However, there is a positive relationship between money supply and base lending rate with inflation rate. This findings suggest that the government can overcome high inflation problems through credit and price controls.
Keywords: Inflation, Money Supply, Foreign Currency Exchange Rate, Unemployment Rate, Base Lending Rate
84 Barameswari Sinniah, Hairunnizam Wahid
PENGENALAN
Inflasi dikenali sebagai kenaikan tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi sesebuah negara. Apabila tingkat harga umum meningkat, setiap unit mata wang dapat membeli barangan dan perkhidmatan dengan kadar yang berkurangan. Secara umum, inflasi adalah peningkatan berterusan dalam tahap harga umum. Inflasi boleh menyebabkan banyak kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi dan juga meningkatkan kos sara hidup. Tambahan pula, peningkatan inflasi juga boleh mengakibatkan kejatuhan nilai mata wang dan kuasa beli.
Rajah 1 menunjukkan perbandingan kadar inflasi negara serantau seperti negara China, Thailand, Singapura dan Malaysia. Setiap negara tersebut mempunyai kesan kadar inflasi yang berbeza.
Apabila dibandingkan dengan negara Thailand, negara Malaysia telah menghadapi inflasi yang rendah daripada tahun 1986 sehingga 2016. Manakala, negara China menghadapi kadar inflasi hampir tinggi daripada tahun 1985 sehingga 2016.
Rajah 2 menunjukkan trend kadar inflasi di Malaysia daripada tahun 1985 sehingga 2014 dan purata kadar inflasi bagi Malaysia adalah 2.9 peratus setahun. Pada tahun 1990, kadar inflasi di Malaysia adalah 3.04 peratus tetapi pada tahun 1997 berlaku penurunan kadar inflasi kepada 2.65 peratus. Pada tahun 1998, berlaku peningkatan kadar inflasi kepada 5.3 peratus disebabkan oleh kejatuhan nilai mata wang ringgit di sekitar 28.2 peratus berbanding dengan Dolar Amerika pada akhir tahun 1997. Hal ini menyebabkan peningkatan kos yang berpunca daripada harga import yang lebih tinggi. Ketika awal tahun 2000, kadar inflasi Malaysia berada pada tahap yang sangat rendah kerana tekanan ke atas permintaan wang dan penawaran wang yang berlaku pada tahun akhir 1990-an. Dari tahun 2000 hingga 2004 kadar inflasi adalah melebihi 1 peratus. Walau bagaimanapun, kadar inflasi menunjukkan trend menaik daripada tahun 2005 dan mencapai sehingga 5.4 peratus pada tahun 2008.
Krisis kewangan global, ketidaktentuan harga global komoditi dan makanan adalah faktor luaran utama yang memberi kesan kepada kadar inflasi yang lebih tinggi dalam tempoh itu. Malaysia sedang menghadapi kadar inflasi melebihi 3 peratus yang meningkat daripada 2.1 peratus kepada 3.1 peratus pada tahun 2014.
Berdasarkan kajian lepas, terdapat beberapa pendebatan mengenai hubungan di antara inflasi dengan indikator ekonomi di peringkat makroekonomi (Omoke, 2010). Penawaran wang adalah salah satu faktor yang mempengaruhi inflasi di Malaysia (Cheng & Tan, 2010). Rankaduwa (2005), juga bersetuju bahawa terdapat hubungan positif antara penawaran wang dan inflasi. Dalam kajian Tan, 2001 membuktikan bahawa kadar pengangguran, kadar pertukaran dan harga minyak mempengaruhi kadar inflasi. Kadar asas pinjaman bank merupakan kadar purata pinjaman dikenakan atas pinjaman daripada institusi kewangan terhadap individu dan syarikat. Kajian Bui Thi (2008) membuktikan bahawa kadar asas pinjaman bank juga mempengaruhi secara signifikan terhadap inflasi di negara Vietnam. Mengikut cost push inflation theory, apabila kadar asas pinjaman bank meningkat, kadar inflasi akan meningkat dan sebaliknya (Bui Thi, 2008). Namun, masih kurang terdapat kajian di Malaysia mengenai hubungan di antara kadar asas pinjaman bank dengan kadar inflasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang kajian dengan mengenalpasti hubungan di antara kadar inflasi dengan pembolehubah- pembolehubah seperti penawaran wang, kadar pertukaran mata wang asing, kadar pengangguran dan kadar asas pinjaman bank.
KAJIAN LEPAS
Berdasarkan beberapa kajian yang lepas, terdapat banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kadar inflasi di Malaysia (Nurazidah et.al, 2013; Rabiul et. al, 2017), sama ada disebabkan oleh dasar ekonomi sesebuah negara atau faktor-faktor luaran (Rabiul et. al, 2017). Di antara faktor-faktor yang dibincangkan dalam kajian-kajian lepas adalah aspek permintaan dan penawaran barang dan perkhidmatan (Nurazidah et.al, 2013). Selain itu, melalui aspek kewangan, faktor penawaran wang, kadar pertukaran mata wang asing dan kadar pengangguran merupakan faktor ekonomi yang boleh mengakibatkan inflasi (Rabiul, 2013). Kajian yang dilakukan oleh Cheng dan Tan (2002), telah membuktikan bahawa terdapat hubungan positif di antara penawaran wang dan kadar inflasi. Menurut Menji (2009), kadar pertukaran mata wang asing dan kadar inflasi berhubung secara negatif di negara
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 1 85
Ethiopia. Rabiul et.al (2017) menyatakan bahawa kadar pengangguran berhubungan secara negatif dengan kadar inflasi. Tambahan pula, Endri (2013) juga menjelaskan bahawa faktor-faktor polisi kewangan, jurang pengeluaran dan kadar pertukaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan kadar inflasi di negara Indonesia.
Inflasi
Melalui perspektif ekonomi, inflasi merupakan salah satu proses peningkatan tingkat harga umum secara berterusan (Moh & Nadia, 2010, Harjunata et al., 2016). Manakala Nurazidah et.al (2010) menyatakan bahawa inflasi merupakan fenomena yang kenaikan harga secara menyeluruh dan berterusan dalam pasaran. James (1986) menyatakan bahawa inflasi merupakan peningkatan tingkat harga umum secara berterusan bagi sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu atau kenaikan berterusan tingkat harga umum (Nurazidah et.al, 2010). Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi hanya berlaku apabila kenaikan harga secara menyeluruh dan berterusan hingga beberapa suku tahun.
Jefferson (1977), inflasi juga dikenali sebagai kenaikan tingkat harga umum akibat daripada ketidakseimbangan antara peralihan barangan dan pengaliran wang (Nurazidah et.al, 2010).
Punca inflasi adalah disebabkan oleh penawaran wang melebihi daripada kuantiti barang dan perkhidmatan. Menurut Marlina et al. (2010), pertumbuhan ekonomi akan merosot sekiranya berlaku kadar inflasi yang tinggi dan seterusnya dapat mempengaruhi makroekonomi dan ketidakstabilan kewangan. Tambahan pula, Nurazidah et al. (2010) menjelaskan inflasi adalah salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara khususnya negara yang mengamalkan ekonomi pasaran yang bebas.
Kadar pertukaran mata wang asing, penawaran wang dan kadar pengangguran
Kadar pertukaran mata wang asing merupakan salah satu daripada rizab negara. Hal ini menunjukkan pertukaran mata wang asing merupakan aset yang penting untuk sesebuah negara. Agregat kewangan hanya digunakan untuk meramalkan inflasi dalam jangka masa panjang manakala dalam jangka masa pendek perhatian beralih kepada prospek ekonomi serta pengukuran jurang output. Oleh itu, faktor- faktor seperti kadar pertukaran, harga bahan mentah termasuk harga minyak dan kadar cukai ke atas nilai tambah juga signifikan dalam mempengaruhi tingkat inflasi dalam jangka pendek (Fauziana, 2010). Daripada laporan polisi kewangan yang diterbitkan pada tahun 2014 menyatakan bahawa kadar pertukaran mata wang asing adalah diantara faktor yang mempengaruhi inflasi. Menurut Micheal (2013), kadar pertukaran mata wang asing mempengaruhi aspek pendapatan lain seperti kadar faedah, inflasi dan juga keuntungan modal. Otuori (2013) menyatakan bahawa terdapat banyak teori penyebab inflasi malah teori-teori tersebut tidak pernah dibuktikan dan diperluaskan lagi. Micheal (2013) juga menerangkan bahawa terdapat hujah-hujah yang kukuh berkaitan teori inflasi mempengaruhi kadar pertukaran mata wang asing. Malah, Gheoge & Liona (2013) mendapati bahawa pengaruh kadar inflasi terhadap kadar pertukaran mata wang asing tidak memberi kesan serta-merta tetapi akan memberi kesan pada jangka masa pendek di negara Itali. Mengikut Teori Kuantiti Wang, perubahan dalam pertumbuhan penawaran wang akan seralas dengan perubahan dalam kadar inflasi dan kadar faedah nominal (Fauziana, 2010). Hubungan di antara inflasi dan pertumbuhan penawaran wang merupakan salah satu ciri gelagat purata bagi model ekonomi dalam jangka masa panjang.
Kajian yang telah dilakukan oleh Hossain & Akhtar (2005) di Indonesia antara tahun 1954 hingga tahun 2002 pula mendapati bahawa wujud hubungan dua hala antara pertumbuhan penawaran wang dengan inflasi dan antara penyusutan nilai mata wang dengan inflasi. Menurut Muhd Faiz &
Muhd Adib (2011), lebihan penawaran wang dalam pasaran akan mengakibatkan berlakunya inflasi manakala kekurangan penawaran wang akan berlakunya deflasi. Kajian Vikesh Gokal & Subrina Hanif (2004) juga menjelaskan bahawa inflasi memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara dan peningkatan penawaran wang yang tidak seimbang dengan pertumbuhan negara akan mendorong berlakunya inflasi.
Bagi sesebuah negara, tingkat pengangguran yang tinggi akan menganggu kestabilan ekonomi dan ia merupakan masalah yang sukar untuk dibendung serta ditangani. Peningkatan jumlah penduduk dalam sesebuah negara akan mendorong peningkatan dalam penawaran jumlah tenaga buruh. Jika tenaga buruh tidak digunakan sepenuhnya maka mereka akan digolongkan sebagai golongan
86 Barameswari Sinniah, Hairunnizam Wahid
penganggur. Sebahagian ahli ekonomi mendapati bahawa inflasi yang tinggi berkait rapat dengan kadar pengangguran yang tinggi tetapi sesetengah ahli ekonomi yang lain berpendapat bahawa kadar pengangguran yang tinggi tidak memberi kesan yang signifikasi terhadap kadar inflasi yang tinggi (Muhamad & Raza 2010). Metin (1991) menyatakan bahawa kadar pengangguran merupakan salah satu kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara dan ia juga mempengaruhi kadar inflasi (Muhamad & Raza, 2010). Manakala, Muhammad (2014) menyatakan bahawa terdapat banyak kajian yang menunjukkan inflasi mempunyai hubungan yang positif dengan pertumbuhan ekonomi.
Kajian Umair dan Raza (2013) di Pakistan membuktikan bahawa tidak ada hubungan di antara kadar inflasi dan juga kadar pengangguran.
Teori
Keluk Philips
Mengikut Keluk Philips, terdapat hubungan negatif diantara kadar pengangguran dengan kadar inflasi.
Keluk Phillips bagi jangka pendek menerangkan bahawa terdapat hubungan negatif diantara kadar inflasi dengan jumlah pengangguran (keluk mencerun ke bawah). Manakala, keluk phillips bagi jangka panjang menerangkan bahawa apabila ekonomi berkembang, pengangguran menurun tetapi kadar inflasi meningkat. Keadaan inflasi ini mendorong para pekerja menuntut upah yang lebih tinggi. Hal ini mengakibatkan keuntungan firma merosot dan mengalami kerugian. Seterusnya, pekerja terpaksa diberhentikan, maka ini menyebabkan pengangguran meningkat semula.
Teori Kuantiti Wang
Penawaran wang dengan tingkat harga barangan dan perkhidmatan yang dijual dalam pasaran. Menurut teori kuantiti wang, jika penawaran wang dalam ekonomi meningkat maka tingkat harga juga meningkat. Hal ini mengakibatkan kadar inflasi meningkat dalam sesebuah negara. Oleh itu pengguna membayar dua kali lebih banyak untuk mendapat jumlah barang dan perkhidmatan yang sama.
Teori Kuantiti Wang (versi fisher) adalah MV = PT Dimana;
M = Penawaran Wang V = Halaju Pusingan Wang P = Tingkat Harga Umum T = Jumlah urus niaga
Teori Inflasi kos mendorong (Cost-push inflation)
Inflasi kos mendorong (Cost-push inflation) ialah jika kos pengeluaran meningkat maka penawaran agregat barangan akan berkurangan dalam ekonomi walaupun permintaan terhadap barangan secara konsisten. Sebagai contoh, kadar asas pinjaman bank merupakan salah satu faktor kos pengeluaran. Jika kadar asas pinjaman bank meningkat maka kos pengeluaran bagi firma turut meningkat. Hal ini menyebabkan firma akan mengurangkan pinjaman daripada institusi kewangan dan penawaran agregat bagi barangan dan perkhidmatan akan berkurangan. Hal ini mengakibatkan tingkat harga barangan akan meningkat dan secara langsung mendorong kepada inflasi.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Pensampelan: Data-data dikumpulkan daripada Bank Negara Malaysia dan Jabatan Statistik daripada tahun 1985 sehingga 2014 untuk mengenalpasti hubungan di antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah tidak bebas. Data siri masa (data sekunder) telah digunakan dalam kajian ini.
Kadar inflasi, kadar pertukaran mata wang asing, kadar pengangguran, penawarang wang dan kadar asas pinjaman wang diukur dalam peratus (tahunan).
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 1 87
Spesifikasi Model
Y = β0 + β1X1 +β2X2 + β3X3 + β4X4 + Ui Di mana;
Y = Kadar Inflasi
X1 = Kadar Pertukaran Mata Wang Asing (KPMW) X2 = Kadar Pengangguran (KP)
X3 = Penawaran Wang (PW)
X4 = Kadar Asas Pinjaman Bank (KAPB)
Ui = Ralat yang telah mendapat daripada koleksi data
Oleh itu persamaan boleh diandaikan seperti di bawah:
Kadar Inflasi = β0 + β1 (Kadar Pertukaran mata Wang Asing) +β2 (Kadar Pengangguran) + β3( Penawaran wang)+ β4( Kadar Asas Pinjaman Bank)+ Ui
Kaedah Analisis Data: Perisian komputer SPSS telah digunakan untuk menguji setiap ujian dalam kajian ini. Perisian ini membantu untuk menguji kepentingan pembolehubah tidak bebas dan pembolehubah bebas dengan tepat. Terdapat 4 jenis ujian yang telah dijalankan dalam kajian ini iaitu ujian regresi (OLS), Autokorelasi, Multikolinerati dan Heterokedastisti. Durbin-Watson digunakan untuk menguji kewujudan masalah autokorelasi. Nilai Durbin Watson (Ujian d) yang diperoleh daripada SPSS, akan diperiksa selepas merujuk had bawah dan atas d berdasarkan nilai d statistik yang diperolehi.
Multikolinerati akan dikenalpasti oleh Variance Inflation Factor (VIF) daripada model yang terbentuk. Jika nilai VIF adalah melebihi 10, maka ia bermakna kolinerati antara pembolehubah- pembolehubah adalah tinggi. Jika VIF adalah kurang daripada 10, maka ia bermakna bahawa kolinerati adalah rendah. Heterokedasiti adalah boleh dikatakan sebagai ketiadaan homoskedasiti and ia boleh dikatakan sebagai heterokedasiti tidak wujud apabila nilai signifikan lebih daripda 0.05, 0.10 atau 0.01.
HASIL KAJIAN
Analisis regresi: Model menunjukkan hubungan di antara pembolehubah bebas iaitu penawaran wang, kadar pertukaran mata wang asing, kadar pengangguran dan kadar asas pinjaman bank terhadap kadar inflasi.
Y = β0 + β1X1 +β2X2 + β3X3 + β4X4 + Ui
Kadar Inflasi = 4.346 - 0.545 KPMWA – 0.546 KP +0.006 PW +0.276 KAPB se = (2.466) (0.510) (0.153) (0.014) (0.161)
Hasil kajian ini menyokong teori keluk Philips dimana terdapat hubungan negatif antara kadar inflasi dengan kadar pengangguran. Jika terdapat peningkatan dalam pengangguran maka hal ini mengakibatkan penurunan dalam kadar inflasi. Dalam kata lain, kadar pengangguran meningkat sebanyak satu unit maka kadar inflasi menurun sebanyak 0.546. Selain itu, hasil kajian ini mendapati bahawa kadar pertukaran mata wang asing juga mempunyai hubungan negatif dengan kadar inflasi. Jika kadar pertukaran mata wang asing meningkat satu unit maka kadar inflasi akan berkurang sebanyak 0.545.
Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan hubungan positif diantara penawaran wang dengan kadar inflasi seperti yang dijelaskan dalam teori Fisher iaitu jika penawaran wang meningkat sebanyak 1unit maka kadar inflasi meningkat sebanyak 0.006. Hasil kajian ini juga menyokong teori inflasi kos mendorong (Cost-push inflation) dimana terdapat hubungan positif di antara kadar inflasi dengan kadar asas pinjaman bank. Jika kadar asas pinjaman bank meningkat satu unit maka kadar inflasi
88 Barameswari Sinniah, Hairunnizam Wahid
akan meningkat sebanyak 0.276. Ujian t menunjukkan signifikan pada tahap 0.1 bagi pembolehubah kadar pengangguran (X2) dan kadar asas pinjaman bank (X4). Manakala kadar pertukaran mata wang asing (X1), penawaran wang (X3) tidak signifikan pada tahap 0.1. R Squared menunjukkan bahawa pembolehubah bebas telah mempengaruhi pembolehubah tidak bebas sebanyak 38.4%. Multikolinerati adalah wujud jika mempunyai R squared yang tinggi iaitu lebih mempunyai 90. Manakala R-squared daripada keputusan analisis regresi (OLS) menunjukkan 38.4% sahaja. Maka ia adalah dianggap sebagai kurang kolinerasi.
Multikolinerati: Nilai VIF untuk semua pembolehubah adalah kurang daripada nilai 10 seperti ditunjukkan dalam Jadual 4. Oleh itu, pembolehubah dianggap kurang kolinerasi kepada pembolehubah tidak bebas.
Heteroskedasiti: Kajian ini menggunakan Ujian Heteroskedasiti untuk menguji kewujudan heterokedasiti dalam model tersebut. Daripada keputusan tersebut (Jadual 5), nilai signifikan adalah lebih daripada 0.05 maka menolak H1 dan menerima H0. Hasil kajian ini menunjukkan tidak wujud heteroskedasiti dalam ujian ini dan semua pembolehubah adalah homoskedasiti.
Y = β0 + β1X1 +β2X2 + β3X3 + β4X4 + Ui se = (2.466) (0.510) (0.153) (0.014) (0.161) H0: Tidak wujud Heteroskedasiti
H1: Wujud Heteroskedasiti
Autokolerasi: Dalam kajian ini, kaedah Formal ujian Durbin Watson telah digunakan untuk menunjukkan masalah auto korelasi dalam model yang terbentuk. Maka hasil kajian bagi Ujian Durbin Watson mendapati nilai d (1.941) lebih daripada du (1.739) iaitu “Tidak boleh menolak Ho” seperti ditunjukkan dalam Rajah 4. Maka, Ho adalah tidak wujud autokorelasi dalam ujian ini. Kesimpulannya model ini tidak mengandungi masalah autokorelasi
Y = β0 + β1X1 +β2X2 + β3X3 + β4X4 + Ui se = (2.466) (0.510) (0.153) (0.014) (0.161) H0: Tidak wujud autokorelasi
H1: Wujud autokoreasi
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Secara amnya, inflasi merupakan masalah utama bagi ekonomi sesebuah negara iaitu boleh menjejaskan tingkat harga umum, pasaran buruh dan pelaburan. Hal ini secara langsung memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi negara. Hasil kajian ini membuktikan bahawa terdapat hubungan negatif di antara kadar pengangguran dan kadar pertukaran mata wang asing dengan kadar inflasi. Terdapat hubungan positif di antara penawaran wang dan kadar asas pinjaman bank dengan kadar inflasi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa kerajaan harus memainkan peranan yang penting dengan mengurangkan perbelanjaan mengurus untuk mengatasi masalah inflasi. Di mana, kerajaan harus mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak relevan (Rabiul et. al, 2017). Selain itu, kerajaan juga harus melaksanakan kawalan harga terhadap barangan dan perkhidmatan (Rabiul et. al, 2017).
Strategi ini boleh dilaksanakan terhadap barang keperluan seperti gula, minyak, beras dan sebagainya.
Hal ini secara langsung boleh mengawal harga pada kadar yang ditetapkan dan boleh mengelakkan spekulasi harga barangan di pasaran. Tambahan pula, kaedah kawalan kredit oleh bank pusat Malaysia perlu mengawal kuantiti dan kualiti kredit di negara. Kajian ini membuktikan bahawa jika penawaran wang meningkat maka inflasi juga akan meningkat. Bank pusat harus menekankan kepada kawalan pinjaman secara langsung dengan mengenakan sekatan berupa garis panduan untuk mempengaruhi haluan pemberian pinjaman.
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 1 89
Kajian ini memberikan pengetahuan baru terhadap teori makroekonomi. Hal ini kerana kebanyakan pengkaji tidak dapat membuktikan hubungan di antara kadar asas pinjaman bank dengan kadar inflasi. Di mana, dalam kajian ini dengan jayanya menunjukkan hubungan di antara kadar asas pinjaman bank dengan kadar inflasi adalah positif seperti dijelaskan dalam teori inflasi kos mendorong (Cost-push inflation). Daripada kajian ini saya ingin mencadangkan kepada kerajaan sentiasa memantau kadar asas pinjaman bank. Kadar asas pinjaman bank merupakan salah satu faktor kos pengeluaran.
Jika kadar asas pinjaman bank meningkat maka kos pengeluaran bagi firma turut meningkat. Hal ini menyebabkan firma akan mengurangkan pinjaman daripada institusi kewangan dan penawaran agregat bagi barangan dan perkhidmatan akan berkurangan. Hal ini mengakibatkan tingkat harga barangan akan meningkat dan secara langsung mendorong kepada inflasi. Kerajaan juga boleh menggunakan kajian ini sebagai bahan rujukan untuk melaksanakan dasar-dasar bagi mengimbangi ekonomi negara. Maka kajian ini memberi sumbangan kepada teori makroekonomi dan ekonomi negara.
KESIMPULAN
Secara tuntasnya, terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada kenaikan kadar inflasi bagi sesebuah negara. Menerusi kajian ini, 4 pembolehubah telah digunakan untuk menguji kesan terhadap kadar inflasi. Kajian ini telah membuktikan bahawa terdapat hubungan negatif di antara kadar pengangguran dan kadar pertukaran mata wang asing dengan kadar inflasi. Manakala, pembolehubah penawaran wang dan kadar asas pinjaman bank telah memberikan hubungan yang positif dengan kadar inflasi. Kadar inflasi harus dikawal bagi mengekang masalah kos sara hidup yang boleh memudaratkan taraf hidup rakyat. Hasil kajian ini mencadangkan kerajaan boleh mengatasi masalah inflasi yang tinggi melalui kaedah kawalan kredit dan kawalan harga bagi barang keperluan harian. Hal ini secara langsung mendorong kerajaan bagi mengawal kadar inflasi daripada terus meningkat dan kenaikan kos sara hidup rakyat turut dapat dikawal.
RUJUKAN
Cheng, M.Y, Tan, & H.B. 2002. Inflation in Malaysia. International Journal of Social Economics.
29(5): 411-425.
Harjunata et.al. 2014. Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi inflasi di Indonesia pada tahun 2014.
Jurnal Berkala Ilmiah Efisiensi. Vol, 16 (1): 706-717.
Rabiul I, Ahmad, Abdul G, Emil M, & Narmatha M. 2017. Determinants of Factors that Affecting Inflation in Malaysia. International Journal of Economics and Financial Issues. Vol, 7 (2):
355-364.
Endri. 2008. Analysis of Factors Influencing Inflation in Indonesia. Journal of Economic Development.
Vol, 13 (1): 1-13.
Micheal. 2013. The Effect of Interest Rate and Inflation Rate On Exchange Rates in Kenya. Research Project of Master of Science in Finance of the University of Nairobi.
Norazidah, & Mashan. 2013. Faktor-faktor Inflasi dan Kesannya Terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Prosiding PERKEM VIII. Jilid 1I :661-672.
Othman, & Tamat. 2011. Hubungan Pesongan Kadar Pertukaran Dengan Imbangan Perdagangan di Negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Prosiding PERKEM VI. Jilid 1I: 421-433.
90 Barameswari Sinniah, Hairunnizam Wahid
LAMPIRAN
Sumber: Bank Dunia (World Bank Data)
RAJAH 1: Kadar Inflasi (tahunan %)
Sumber: Bank Dunia (World Bank Data)
RAJAH 2: Trend Inflasi 1985 – 2014
-5 0 5 10 15 20 25 30
Kadar Inflasi di Negara China, Thailand, Singapura dan Malaysia
CHINA THAILAND SINGAPORE MALAYSIA
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 1 91
RAJAH 3: Keluk Philips
JADUAL 1 : Hasil Analisis Regresi (OLS)
Pembolehubah Pekali tidak diselaraskan (Unstandardized Coefficients)
t Sig.
B Sisihan Piawai
(Std. Error)
Konstan (Constant) 4.346 2.466 1.762 .090
KPMWA -.545 .510 -1.069 .295
KP -.546 .153 -3.563 .072
PW .006 .014 .390 .700
KAPB .276 .161 1.716 .098
JADUAL 2 : Hasil Analisis Regresi
Model R R Square Adjusted R Square Penganggaran Sisihan Piawai (Std. Error of the Estimate)
1 .620a .384 .285 1.17061
JADUAL 3 : Hasil Ujian Multikolineraliti
Inflasi KPMWA KP PW KAPB
Inflasi Pearson Correlation 1 -.089 -.447* .245 .142
Sig. (2-tailed) .640 .013 .192 .455
N 30 30 30 30 30
KPMWA Pearson Correlation -.089 1 -.438* -.198 -.503**
Sig. (2-tailed) .640 .015 .295 .005
N 30 30 30 30 30
KP Pearson Correlation -.447* -.438* 1 -.128 .447*
Sig. (2-tailed) .013 .015 .500 .013
N 30 30 30 30 30
PW Pearson Correlation .245 -.198 -.128 1 .159
Sig. (2-tailed) .192 .295 .500 .401
N 30 30 30 30 30
Kadar Inflasi (%)
Kadar Pengangguran (%) Keluk Philips
92 Barameswari Sinniah, Hairunnizam Wahid
KAPB Pearson Correlation .142 -.503** .447* .159 1
Sig. (2-tailed) .455 .005 .013 .401
N 30 30 30 30 30
Nota: * signifikan pada aras keertian 5%
** signifikan pada aras keertian 1%
JADUAL 4: Hasil Ujian Variance Inflation Factor
Pembolehubah VIF (Variance Inflation Factor)
X1X2 1.24
X1X3 1.04
X1X4 1.33
X2X3 1.02
X2X4 1.25
X3X4 1.03
JADUAL 5: Hasil Ujian Heteroskedasiti
Pembolehubah
Pekali tidak diselaraskan (Unstandardized Coefficients)
Pekali diselaraskan (Standardized
Coefficients)
Nilai t Signifikasi
B Sisihan Piawai Beta
Konstan KPMWA KP PW KAPB
4.346 2.466 1.762 .090
-.545 .510 -.207 -1.069 .295
-.546 .153 -.677 -3.563 .072
.006 .014 .065 .390 .700
.276 .161 .330 1.716 .098
JADUAL 6: Hasil Ujian Autokolerasi
Pembolehubah R R Square
Adjusted R Square
Penganggaran Sisihan Piawai (Std. Error of
the Estimate) Durbin-Watson
1 .620a .384 .285 1.17061 1.941
Prosiding Kolokium Siswazah FEP (2019) Volume 1 93
1.143 1.739 2.261 2.857
RAJAH 4 : Ujian Durbin Watson Autokorelasi
Positif
Autokorelasi Negatif Zon Ketidaktentuan
(Zone of indecision) Zon
Ketidaktentuan (Zone of indecision) Tidak Wujud
Autokorelasi
0 d
L d
U 2 4-d
U 4-d
L 4
d = 1.941