Conference on Local Knowledge (RCLK): Local Knowledge Axis of Global Knowledge, 14-16 October 2015 in Bandung
Persamaan Akal budi dan Kearifan Orang Melayu dan Cina Dalam Peribahasa
Ding Choo Ming Senior Visiting Fellow Nalanda-Srivijaya Center
Institute of Southeast Asian Studies Singapore 119614i
Email: [email protected]
Abstact
Proverbs would include philosophy, wisdom and local knowledge, the quintessence of a culture. In matching tones and rhythms, their well-turned phrases that help us to acquire cultural knowledge, truths and principles of life of the people. Among other things, they teach people to work hard and aim high, to be honest with others and mindful of one’s conduct, to be tacful and ready to help others, to prmote the good and shun the evil, to foster good relationships and detest evildoers. Although these important principles on how to conduct onself and deal with others were formulated centuries ago, they are by means out of date. On the contracy, they help the present generation to understand the traditional virtures and cultural values cherished by our ancestors. In other words, how the present day Malay and Chinese view their life, world and way of thinking are highly dependent on the lessons learned from these traditional proverbs. We keep alive the memory of these ‘wisdom of the ages’ simply by repeating them in our conversation, writing, and quotations. In this paper, we attempt to compare some equivalents of Malay and Chinese proverbs to detect their parallels to essentially drive home the message that despite our ethnic differences, the Chinese and the Malays have many similarities. This similarity has transcended our cultural divides. This exercise is useful to foster a deeper understanding of Malay and Chinese cultures.
Dalam catatan dokumen yang disimpan di China, detik sejarah hubungan antara China dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara (Nanyang) yang paling awal sudah bermula pada tahun 220-221SM. Seterusnya, kita dapati sami Buddha Fa Hsien( 法 显)sudah mempelajari bahasa Sanskrit di Palembang selama 5 tahun sebelum meneruskan perjalanannya ke India pada 412 TM. Selain itu, semasa Dinasti Song (宋 朝,960-1279), perdagangan antara China dengan Nanyang sudah berkembang maju setelah manusia menggunakan kuasa musim angin untuk menolak tongkang pergi dan balik. Selepas kurun ke 14, orang Cina sudah kelihatan bermastuatin di kota pelabuhan di Brunei, Indonesia dan Tanah Melayu dan lain-lain. Yang lebih menarik lagi ialah antara 1403-1511, senarai kata-kata (bukan lagi kamus)bahasa Melayu menurut sebutan dialek suku Cina sudah dikumpulkan, maka jauh sebelum senarai kata Antonio Pigafetta pada 1521.
Sampai di sini ingin dinyatakan bahawa kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu sudah berlaku ratusan tahun sebelum penjajah Inggeris membawa mereka ke Tanah Melayu pada abad ke 18 untuk membuka hutan, melombong bijih, menaman sayur, membuka kedai dan sebagainya. Walapun orang Cina sebafai pendarang dan Melayu sebagai peribumi masa itu tinggal berpisahan, tetapi sudah ada sebanyak sebanyak interaksi kebudyaan lama-kelamaan, sampaikan sudah ada perkahwinan campur antara orang Cina dengan orang Melayu, maka sudah meninggalkan keturunan baba nyonya, misalnya di Melaka padsa mula-mulanya. Berlakunya perkembangan sosial yang baru itu pasti dipengaruhi persamaan akal budi dan kearifan antara orang Melayu dan Cina. Antara contoh persamaan kebudayaan itu adalah buku-buku Xu You Nian (2001 & 2015 dan Yang Quee Yee (2014).
Kertas kerja ini adalah laporan awal daripada projek
yang lain. Sehubungan itu seyogia disebut bahawa projek itu sudah mendapat ilham dan nafas baru daripada gagasan IMalaysia yang dilancarkan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Najib Tun Razak pada 16 September 2010. Beliau menyeru jemaah menteri, agensi kerajaan dan kakitangan kerajaan Malaysia memberi perhatian kepada keharmonian etnik, perpaduan Negara dan pengurusan yang cekap. Sesuai dengan tema perpaduan nasional yang menitikberatkan semangat toleransi antara suku etnik dalam masyarakat yang berbilang kaum, maka projek kecil meneumpukan perhatian kepada akal budi dan kearifan orang Melayu dan Cina daripada aspek ketabahan, penerimaan, kesetiaan, pendidikan, rendah diri, integriti dan meritokrasi yang telah membentuk kecemerlangan tamadun Melayu dan Cina yang kita ketahui sekarang. Sementara itu, antara sebab utama perhatian diberi kepada peribahasa sudah diberi dalam abstrak: memori, akal budi dan kearifan kolektif bangsa yang diwairisi itu disampaikan dalam ungkapan bahasa yang berpasangan dengan ada rimanya, susunan kata yang teratur, maka sedap didengar, senang disebut, selain bernas isinya. Misalnya dalam bahasa Cina terdapat: 长袖有人穿,长话无人 听(Makna: Baju lengan panjang ada orang pakai, berucap panjang tiada orang dengar ) , 小 洞 不 补 , 大 洞 吃 苦 (Bila bocor kecil dibiarkan, sudah bocor besar tentu memudaratkan), 活到老,学到 老 (Makna: Hidup sampai tua, belajar sampai tua) dan 玉不琢,不 成器;人不磨,不成道 (Jed jika tidak dikilir tidak bernilai, manusia jika tidak diasuh tidak berguna).
terdiri daripada empat perkataan (misalnya诡计多端, 忘恩负义 &
多此一举). Yang
menarik ialah ungkapan bahasa yang lain-lain yang disebut tadi itu lazimnya berpasangan, dengan rhymenya ( 押 韵 ), dengan kata-katanya yang teratur, maka bukan sahaja sedap didengar, tetaspi juga mudah disebut semacam puisi (verse,韵文) dengan formulanya (formulaic) yang memberi suasana dan rasa semacam memorable poetry (诗 意 ). Sifat istimewa ungkapan bahasa yang menjadi buah mulut kaum cendakiawan, bangsawan, rakyat biasa (termasuk petani yang buta huruf) di majlis perayaan, dalam ucapan dan pertuturan adalah bahasanya sedap didengar, isinya bernas, kata-katanya mudah disebut, maka mudah diingat. Sebahagian besarnya berasal daripada semacam ‘social dialect’, sedangkan yang lain-lain itu adalah ungkapan, ‘saying’, ‘expression’ yang mengandungi kisah sejarah dalam sastera Melayu dan Cina. Antara contohnya adalah Bercerai tidak bertalak, bernikah tidak berkadi, Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, Bersapa tinggi terbagan bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga, Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang masam’, Harapkan anak biuta mata sebelah, harapkan teman buta mata keduaya, Bukit jadi paya, paya jadi bukit, lain bengkak, lain menanah, lembua punya susu, sapi dapat nama dalam Bahasa melayu. Dan, 闻 音 知 鸟 , 闻 言 知 人
(Makna: Dengar kicau tahulah jenis burung; dengar bahasa kenallah jenis orang), 当 面 是 人 , 背 后 是 鬼(Makna: Di depan orang dia jadi manusia, di belakang orang di jadi hantu), 有饭大家吃,无饭大家饿(Makna: Bila ada nasi kita makan bersama, bila tidak ada nasi kita berlapar sama), 儿要自养,谷要自 种(Makna: Anak perlu bela sendiri, bijirin perlu tanam sendiri), 天燥有雨,人燥 有祸(Makna: Hari panas aka nada hujan, orang panas aka nada bencana),
Yang dimaksudkan dengan persamaan dalam kertaskerja ini bukanlah persamaan struktur dan susunan kata-kata antara peribahasa Cina dan Melayu, tetapi persamaan dari segi segi pemikiran dan arus fikiran kedua-dua bangsa dalam setengah peribahasa masing-masing. Namun, sebelum memperkatakannya, elok disenaraikan beberapa persamaan strkuktur dan susunan kata peribahasa Cina dan Melayu. Antaranya
Peribahasa Melayu Peribahasa Cina 1 Umpama terkilat ikan di air,
sudah tahu jantan betinanya 鸟飞过去,就知道公母 2 Pelanduk melupakan jerat,
tetapi jerat tidak melupakan pelanduk.
旮旮鸟忘记了绊扣,绊扣却没忘记 它
3 Mendengarkan guruh di langit, air
tempayan dicurahkan .. 丢掉手中的金碗,去抓一个破瓢 4 Kecil jangan di sangka anak,
besar jangandisangka bapa. 学无老少,达者为先 5 Kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai. 怕淌汗不要爬山,怕野兽不要打猎 6 Asam di gunung, garam di laut,
dalam belanga bertemu jua 有缘千里来相会,无缘对面不相逢 7 Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan 进山要进到山谷深处,挖洞要挖到最低层 8 Manusia hanya berusaha tetapi Tuha
n yang menentukan 万事不由人计较,一生都是命安排
9 Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. 恨老鼠吃谷,放火烧仓
10 Biar lambat asalkan dapat 不怕慢,全怕站
jiwa, hati nurani, akal budi, dan kearifan mereka. Pada asasnya, mereka rata-ratanya masih bersikap konservatif, berjiwa artistik dan naturalistic. Sehubungan itu, kita mesti sedar bahawa bersikap konservatif tidaklah bermakna mereka mundur, kolot dan sudah ketinggalan zaman, kerana sikap itu masih lagi didapati membawa banyak kebaikan. Ini disebabkan konsep konservatif dan kemajuan adalah dua konsep yang bertentangan secara relatif, dan bukanlah dua konsep yang bertentangan secara mutlak. Selain itu, menjadi artistik dan naturalistik tidak pula bermakna orang Melayu dan Cina tidak boleh berfikir secara saintifik. Buktinya ada banyak sekali kreativiti dan inovasi di bidang sastera, sains, teknologi, perubatan dan kejuruteraan di sepanjang sejarah perkembangan tamadun Melayu dan Cina. Disebabkan ruang yang terbatas dalam kertaskerja ini, kejayaan, kreativiti dan inovasi itu tidak akan diperkatakan.
Yang akan disentuh selanjutnya adalah beberapa aspek positif daripada konservatisme Melayu dan Cina. Antara yang ketara tidaklah lain daripada sikap mereka menghormati ibu bapa, menghormati orang lain yang lebih tua usianya, selain sifat sabar, tolerans, pengawalan nafsu, saling bergantungan, kesederhanaan dan keharmonian yang juga telah menjadi asas masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang aman damai selama ini.
必大,仰头的庄稼穗必小(Makna: Padi yang tunduk buahnya besar, padi yang tegak buahnya kecil), 吹 什 么 风 , 落 什 么 雨 (Makna: Angin sebegini, hujan pun sebegini), 屋漏更遭连夜雨,船迟又遇打头 风(Makna: rumah bocor hujan bermalam-malam, perahu lambat pula kena ombak), 身正不怕影子斜,船稳不怕浪来颠(Makna: Badan tegak tidak takut bayangnya condong, kapal kukuh tidak takut ombak memukul), 什么云,下什么雨;什么水,生什么鱼 (Makna Kalau sebegini awannya, sebeginilah hujannya; kalau sebegini airnya, sebeginilah pula ikannya) (ismet Fanany).
Keterikatan itu telah selanjutnya membuat kedua-dua masyarakat itu mempunyai kepekaan yang kuat sekali terhadap ketetapan (permanency) dengan kampong halaman setelah mendapati mereka sudah bersifat amat terikat kepada bumi (earth attaching). Gejala tipikal ini mungkin akan membuat kita sukar untuk menerangkan sebab-sebab orang rumpun Melayu dan Cina berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pemindahan orang Melayudari sebuah pulau ke sebuah pulau yang lain di Alam Melayu yang mempunyai kira-kira 35,000 buah pulau, kecil dan besar dan orang Cina dari tempat di utara benua China, ke kawasan pertengahan, kemudian ke selatan China dan daripada situ sebahagiannya berpindah ke negara lain di luar benua China, termasuk Nanyang adalah untuk melarikan diri daripada peperangan, kebuluran, bencana alam, misalnya di satu pihak ke tempat lain yang lebih murah rezeki hidup, selain lebih selamat dan aman di satu pihak yang lain.
Berbalik kepada jalinan dan kepekaan yang kuat terhadap ketetapan dan konservatisme, kita perlu tahu bahawa orang Melayu dan Cina juga sudah menerima perubahan dalam alam semesta (universe) mereka sejak dahulu lagi. Daripada penerimaan itu, maka sudah lahir falsafah sehubungan itu sebagai fakta utama dalam hidup mereka seperti yang terbayang dalam peribahasa Melayu seperti Sekali air bah, sekali pasir berubah, Batu kecil berguling baik, batu besar berguling turun, Bukit jadi paya, paya jadi bukit, Ibarat negeri berubah resam, ibarat tahun berubah musim, dan peribahasa China seperti 金丝雀
有换羽毛的时候,聪明人有办错事情的时候 (Makna: Ada masanya
silap), 穷有好时,福有倒时 (Makna: Orang miskin ada masanya hidup senang, orang kaya ada masanya hidup susah), 风无常顺, 兵无常胜(Makna: Angin bukan selalu lancar , askar bukan selalu menang )dan 万事不由人计较,一生都是命安排 (Makna: Mnausia punya asa, Tuhan punya kuasa).
Peribahasa yang dipetik tadi bukan sahaja mengisahkan perubahan, tetapi juga menggambarkan pengertian orang Melayu dan Cina tentang takdir, alam semesta, kemanusiaan dan nilai-nilai lain sehubungan itu. Ternyata di sini bahawa kesemua peribahasa tadi juga telah mengiaskan sedikit sebanyak perubahan alam dan pengaruhnya ke atas diri mereka. Daripada itu fahamlah kita serba sedkit tentang pengertian perubahan orang Melayu dan Cina itu bukanlah sekadar fluks, huru-hara, semata-mata, tetapi adalah semacam peraturan, atau semacam ‘undang-undang’ alam semesta yang didapati bukan sahaja telah mengawal pertumbuhan organisma hidup, tetapi juga menguasai putaran musim mengikut masanya. Ini juga bermakna pandangan orang Melayu dan Cina tentang perubahan adalah proses organik, yang kreatif dan yang membangun sesuai dengan prinsip hidup yang maknanya sudah dinyatakan dalam peribahasa Melayu yang berikut: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas, Dahulu besi, sekarang timah, Lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk dan lain-lain dan juga peribahasa Cina seperti 好花不常开,好景不常在 (Makna: Bunga tidak berkembang selalu, pemandangan tidak indah selama-lamanya), 天有不测风云 , 人有旦夕祸福 (Makna: Cuaca ada panas dan sejuknya, manusia ada untung dan malangnya), 天 变 一 时 , 人 变 一 刻 (Makna: Cuaca berubah mengikut masanya, manusia berubah mengikut rasanya) dan古古今今多更改,贫贫富富有循环(Makna: Masa dahulu dan kini banyak sudah berubah, orang kaya dan miskin banyak sudah berkitar).
menerima perubahan yang berlaku dari masa ke masa, termasuk Hindu-Buddhisme, Islam, pemodenan, sehinggakan Malaysia dan China adalah dua buah negara berbilang kaum, budaya, ugama kepercayaan, adat resam dan bahasa, walaupun pada hakikatnya mereka amatlah konservatif sifatnya, tetapi bersikap terbuka. Kesemua itu menunjukkan bahawa perubahan sememangnya adalah sebahagian daripada kehidupan orang Melayu dan Cina yang bergantung pada pertanian masa dahulu. Sehubungan itu, sebahagian besar cara pengeluaran yang digunakan dalam masyarakat pertanian itu telah membentuk gaya hidup dan ciri-ciri kebudayaan mereka. Ini jelas kelihatan setelah diperbandingan kehidupan pedagang dan penggembala yang selalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain, dengan kehidupan petani yang agak tetap, dan secara relatifnya adalah kekal.
pada rezeki daripada tanah yang mereka kerjakan dan berbakti. Sikap ini juga mungkin telah mengambil kira sedikit sebanyak kualiti daripada kebaikan nilai sabar seperti yang terbayang dalam peribahasa Baik berjagung sementara padi masak dan Naik tangga dari bawah, selain Biar lambat asalkan selamat yang sudah dipetik sebelum ini. Demikian juga dalam peribahasa Cina seperti 有尺水,行尺船(Makna: Air naik sekaki, sampan juga naik sekaki), 水有源,病有根(Makna: Air ada asalnya, penyakit ada puncanya), 生 在 铁 匠 家 能 擂 锤 , 长 在 木 匠 家 会 使 锛 Makna: Anak tukang besi pandai menukul, anak tukang kayu pandai mengetam), 鹅离开湖泊无法生存,人背叛祖国寸步难行Makna: Angsa mati kerana meninggalkan kolamnya, manusia mati kerana mengkhianati negaranya), 祸 由 恶 生 , 福 自 德 生 (Makna: Sial balasan perbuatan jahat, tuah balasan perbuatan baik)dan 鸟靠 翅 膀 兽 靠 腿 , 人 靠 智 慧 鱼 靠 尾 ( Maknya: Kuat burung kerana sayapnya, kuat haiwan kerana kakinya, kuat manusia kerana alanya, kuat ikan kersana ekornya)
Berbalik kepada akal budi dan kearifan tradisional orang Melayu dan Cina, kita dapati pandangan hidup mereka masih amat naturalistic walaupun sebahagian besar mereka tidak lagi bergantung hidup pada pertanian. Ini sudah tentu adalah disebabkan pengaruh yang kita warisi daripada nenek moyang kita yang sebegitu akrab dengan alam semula jadi selama ribuan tahun maka sudah meninggalkan ratusan, jika bukan ribuan peribahasa yang menunjukkan adanya hubungan mereka dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan dalam aktiviti seharian mereka yang membanting tulang empat kerat di sawah bendang dan kebun di kawasan terbuka masa lalu. Kajian yang menarik sehubungan itu sudah juga dilakukan Ismet Fanany dan Rebeca Fanany (2003). Yang menariknya ialah pandangan hidup yang naturalistic sejak masa dahulu itu masih berakar umbi dalam minda sebahagian besar orang Melayu dan Cina masa sekarang walaupun Malaysia dan China sudah beralih secara beransur-ansur daripada asas ekonomi pertanian ke arah masyarakat perindustrian dan moden dalam masa kebelakangan ini.
Yang dimaksudkan itu masih boleh dinampak dalam penggunaan peti sejuk di banyak keluarga orang Melayu dan Cina yang masih menggunakannya untuk menyimpan minuman, selain makanan lebihan. Ini bermakna ramai orang Melayu dan Cina lebih suka membeli daging, ikan dan sayur untuk dimakan setiap hari, kerana lebih suka masak barang-barang segar, maka berbezalah mereka dengan kebanyakan keluarga Inggeris dan Amerika yang sudah lama menggunakan peti sejuk untuk menyimpan daging, ikan, buah-buahan dan makanan mentah untuk beberapa hari, minggu malahan bulan.
Melayu dan 不入 虎 穴,焉 得 虎子(Makna: kalau tidak masuk gua harimau masakan dapat anaknya) dalam peribahasa Cina.
Berkait dengan prinsip tentang kesederhanaan itu adalah pandangan orang Melayu dan Cina terhadap kepuasan tentang kemewahan hidup. Sebagai petani, mereka sudah berpuas hati dengan hasil yang boleh didapati daripada titik peluh sendiri. Sampai sekarang petani Melayu dan Cina di kampong tidaklah seperti kebanyakan ‘sepupu’ mereka yang tamak di bandar dan kota besar. Sebaliknya, mereka yang hidup di kampong, lebih-lebih lagi pada masa lampau, tidak mengharapkan keuntungan yang berlebihan, seperti yang datang daripada kenaikan harga saham yang turun naik dengan dengan mendadak di pasaran saham. Sebahagian daripada akal budi dan kearifan tradisional mereka sudah dimanifestasikan dalam peribahasa yang berikut Asal ada, kecil pada pada, Asal berisi tembolok senanglah hati, Daripada cempdek baik nangka, Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, Mendengar guruh di langit, air
tempayan dicurahkan. dan bukannya Diberi betis hendakkan
paha dalam peribahasa Melayu. Begitulah juga dengan peribahasa Cina yang berbunyi 别人 的 金窝 银 窝, 不如自己的草 窝 (Makna: Sarang emas dan perak orang lain, lebih baik sarang rumput sendiri), 什 么 都 抓 的 人 , 什 么 都 抓 不住(Makna: Semua hendak, akhirnya semua juga tidak dapat), 大火开锅,小火焖饭
(Makna: Api besar memanaskan kuali, api kecil menanak nasi),
千羊在望, 不如一兔在 手( Makna: Ribuan ekor kambing di depan mata, lebih baik seekor arnah di dalam tangan) dan bukannya seperti 小 鸟 翅 膀 软, 总 想 攀 高 枝 (Makna: Anak burung yang sayapnya lembut hendak terbang ke pokok yang tinggi).
tanaman mereka yang didapati daripada usaha mereka yang berterusan, dengan jujur dan ikhlas tanpa melibatkan unsur perjudian yang tinggi risikonya. Perkaitan antara gaya hidup sederhana berkat usaha rajin itu boleh juga dilihat dalam peribahasa yang berikut: Alang-alang mandi, biar basah, Berjagung-jagung dahulu, sementara menanti padi masak, Berkayuh sambil bertimba,Belakang parang diasah lagikan tajam, Orang mahu seribu daya, orang tak mahu seribu daleh dan bukanya Asyik dengan memangku tangan, mati dengan angan-angan. Begitulah juga pengajaran dalam peribahasa Melayu, termasuk 有 心 打 石 石 成 砖 , 无 心 打 石 石 原 原 ( Makna: Ada kesungguhan, batu boleh jadi bata; tiada kesungguhan, batu tetap tinggal batu), 小来穿线,大来穿绢(Makna: Masa kecil pakai kain kain, masa besar pakai kain sutera), 进山要进到山谷深处,挖 洞要挖到最低层 (Makna: Masuk ke hutan, biarlah sampai ke tempat yang paling dalam; gali lubang biarlah sampai ke dasar yang paling dalam), 如果把绳子拧紧了,石头也能破;如果团结起来,沙土也
能打城墙(Makna: Kalau tali diikat, batu boleh pecah, kalau manusia bersatu, pasir boleh jadi tembuk).
Sampai di sini ingin ditekankan bahawa kepuasan yang dimaksudkan itu bukanlah penafian terhadap keseronokan sama sekali. Sebaliknya, yang dimaksudkan itu adalah hidup yang bebas daripada kekecewaan, kebimbangan dan kesengsaraan. Di sini, yang menarik adalah prinsip orang Melayu dan Cina terhadap kepuasan itu juga dikawal selia oleh prinsip kesederhanaan, seperti yang dinyatakan dalam peribahasa yang sudah dipetik sebelum ini. Antaranya adalah Asalkan ada, sedikit pun pada, dan Asal berisi tembolok, senanglah hati. Demikian juga dalam peribahasa Cina yang berbunyi 有多大的笼子,养多大的鸡(Makna: Sebegitu besarnya reban, sebegitu besarlah ayamnya), dan 身边 带着量身尺,先量自己再量别人 (Makna: Kayu ukur dibawa, biarlah ukur dirinya sebelum mengukur orang lain).
jimat sementara sebelum habis dalam kalangan orang Melayu dan 兵可千日而不用,不可一日而不备(Makna: askar boleh seribu hari tidak berperang, tetapi tidak boleh bersiap sedia setiap hari), 常将有日 思无日,莫 待无 时思有 时 (Makna: Masa berada ingatlah masa yang tiada, jangan sampai tiada baru ingat masa berada), 居安思危,常备不懈(Makna: fikirkan bahaya semasa selamat, beringat selalu pantas bermalas, dan 要想长久富,不怕吃 大苦(Makna: Jika inginkan kekayaan berkekalan, janganlah takut bersusah-susah)dalam kalangan orang Cina.
Sebelum ini sudah banyak disebut ciri artistik sebagai cara hidup orang Melayu dan Cina. Ini mungkin juga disebabkan mereka bukan sahaja suka ungkapan dan bunga bahasa yang berima seperti dalam pantun, syair, gurindam, seloka, teromba, endui, mentera, nazam, rumbai, teka-teki, peribahasa, talibun, dikir, masnavi, bayt, rubai, kitah, masnawi, ghazal dan rejang dalam kebusayaan Melayu, tetapi juga shi (詩), ci (詞), qu (曲) dan
fu (賦) yang sudah disebut sebagai 诗 篇,kerana ditulis secara verse (韵 文) dengan rhyme (押 韵). Hampir kesemua peribahasa Melayu dan Cina yang dicipta itu adalah hasil daripada bagaimana orang Melayu dan Cina melihat hubungan antara manusia dengan alam semula jadi, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang mengelilingi mereka.
Yang menarik sehubungan itu adalah banyak flora dan fauna telah digunakan secara simbolik dan artistik dalam meluahkan perasaan, pemikiran dan kebijakan mereka dalam peribahasa, malahan pantun. Kata kunci di sini ialah disebabkan maksud dalam peribahasa seumpama itu lebih bersifat kiasan, maka ia membolehkan si penggunanya memberi nasihat, sindiran malahan teguran secara berselindung, maka tidak akan melukakan hati dan menyingung perasaan orang yang disasarkan.
Hei ulat bulu
Aku tahu asal usulmu
Engkau bulu hidung Nabi Adam Makanan engkau daun sekam
Engkau keluar dari daging anak adam
Kalau engkau tidak mahu keluar dari daging Adam Aku sumpah engkau dengan berkat Allah
Berkat Doa: La ilaha illa 'Llah Muhammadu r-Rasulullah."
Satu lagi aspek daripada sifat aritistik orang Melayu dan Cina boleh dilihat dalam masakan dan cara memasak tradisional kedua-dua masyarakat itu yang kebetulannya banyak menggunakan unsur seni, sedangkan cara memasak dan masakan orang Inggeris didapati sudah menjadi prosedur saintifik. Perbezaan itu juga dapat diketahui daripada hakikat bahawa menyediakan makanan tradisional orang Melayu dan Cina tidak boleh dipelajari secara eksklusif dengan berpandukan buku buku resipi semata-mata, tetapi berguru dengan sifunya selama bertahun-tahun untuk menyelami seluk beluk memasak tadi.
Aspek penting yang lain dalam hidup orang Melayu dan Cina di kampong sekarang, lebih-lebih lagi masyarakat pertanian masa dahulu ialah konsep bergotong royong. Nilai pergantungan hidup bersama yang mereka kembangkan dan hargai turun temurun itu dapat dilihat dalam peribahasa Melayu yang berikut Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing, Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecap, Berkuah sama menghirup, bersamal sama mencolek dan Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul, dan peribahasa Cina yang berbunyi 有财同享,有马同期
(Makna: Ada harta sama-sama nikmati, ada kuda sama-sama tunggangi, 有饭大家吃,无饭大家饿 (Makna: Ada nasi makanlah sama-sama, masa tiada nasi berlaparlah sama-sama), 弟兄三人一
条 心,黄 土 也能 变 成 金 (Makna: Bila adik beradik sehati sejiwa, tanah boleh juga jadi mutiara), 水帮鱼 , 鱼帮水 (Makna: Air menolong ikan, ikan menolong air)dan 父子相合家不败,弟兄相合不
Konsep tentang pentingnya hidup saling bergantungan itu menunjukkan satu lagi perbezaan akal budi dan kearifan orang Melayu dan Cina masa lampau dengan realiti hidup masa sekarang di kota dan bandar besar yang sudah lebih mengutamakan individualisme dan sifat berdikari. Namun, akal budi dan kearifan traditional itu masih kekal dalam masyarakat di kampong. Ini boleh ditinjau daripada perbuatan orang kampong yang dirundung masalah peribadi akan minta pertolongan daripada saudara-mara dan sahabat handalnya sebelum ke agensi-agensi kerajaan. Jarang sekali permintaan itu ditolak kerana saudara-mara dan sahabat handalnya tahu budi baik itu akan dibalas suatu hari nanti bila mereka memerlukan pertolongan. Lihatlah peribahasa sehubungan itu, Air dicincang
takkan putus dan juga 打不断的亲,骂不断的邻(Makna: Sekalipun
sudah bergaduh, tali persaudaraan tidak terputus, sekalipun sudah bertumbuk hubungan kejiranan tidak habis). Maklumlah ikatan persaudaraan yang erat sudah mengatasi kesusahan dan kemalangan yang tidak berbau yang memang didapati terendap di mana-mana dan bila-bila masa itu boleh menyerang mangsanya. Sehubungan itu, sangatlah menarik bila kita dapati konsep hidup bergantungan itu telah juga membuat orang Melayu dan Cina di kampong dan masa dahulu lebih bersedia untuk berkorban daripada sepupu mereka di bandar dan kota sekarang. Daripada sini, orang Melayu dan Cina sejak dahulu lagi sudah memperkembangkan nilai bersedia untuk berkompromi.
Perkembangan lanjut sehubungan itu adalah kesediaan mereka untuk mengimbangi komponen dan kepentingan yang saling bercanggahan untuk mengelakkan keterlaluan atau berat-sebelah demi kepentingan keluarga, masyarakat dan negara yang harmoni. Sebahagian akal budi dan kearifan yang sering dirujuk itu juga dikenali dengan konsep wasatiayyah dalam ajaran ugama Islam. Ia merujuk kepada ciri-ciri kesederhanaan dan keseimbangan yang sudah diperkatakan sebelum ini, selain ia juga memang bertentangan dengan sifat keesklusifan (excessiveness) dan ekstremisme, maka ia bukanlah cara hidup yang betul untuk menjaga kepentingan keluarga, masyarakat dan negara yang harmoni.
paksi dan asas keseimbangan dalam mana-mana juga organisasi. Ia adalah minyak pelincir, maka berupa jaminan yang terbaik untuk mengekalkan hubungan, lebih-lebih lagi kerjasama dalam kalangan ahli-ahli sebuah keluarga, anggota sebuah masyarakat dan rakyat sebuah negara. Keharmonian keluarga, masyarakat dan negara sememangnya bergantung pada kebaikan zuhud, kesederhanaan, pergantungan bersama, kesabaran, toleransi, dan sifat-sifat mulia dalam nilai keharmonian itu. Lihatlah peribahasa Cina sehubungan itu 子孝双亲乐,家和万事成(Makna: Kepatuhan anak membuat ibu bapanya bahagia; keharmonian rakyat membuat negara maju jaya)dan lain-lain yang sudah diberi tadi. Perkembangan yang menarik sehubungan itu adalah konsep keharmonian telah dimanfaatkan Sultan Mansur Shah (1459-1477), Sultan keenam di Empayar Melaka dahulu. Baginda Sultan telah mengamalkannya dalam pentadbiran Duli Baginda dan seterusnya menjadi amalan hidup rakyat di Melaka masa itu. Setelah mengetahui puak-puak yang berlainan kepentingan yang ada dalam kerajaan dan negara Melaka, Duli Baginda sudah mencari titik persamaan kesemua pihak itu. Dengan itu, Melaka berkembang terus sehingga sudah menjadi lebih makmur daripada sebelumnya.
Orang yang mengetahui sejarah Kesultanan Melaka akan mengatakan dengan sebulat suara bahawa Melaka adalah tempat penumpuan ramai orang, daripada pelbagai suku kaum dan ras dari banyak tempat di dunia. Mereka yang datang itu sudah sama-sama memberi sumbangan untuk membuat Kesultanan Melaka berjaya dan makmur sehingga terkenal ke seluruh dunia. Setelah menjadi pelabuhan dan kota kosmoplitan, ribuan orang asing itu akhirnya sudah membuat keputusan untuk menetap di Melaka. Sekarang sebahagian besar daripada cucu cicit mereka sudah menjadi warga negara Malaysia.
kolektif orang Melayu dan Cina yang memang kaya dengan pelbagai nilai-nilai yang bukan sahaja bersifat universal, maka boleh diterima semua masyarakat dan kekal abadi, maka tak lekang dek panas, dan tak lapuk dek hujan. Antara contoh yang lain adalah Alah bisa tegal biasa, Alah jadi abu, menang jadi arang, Api itu pada kecil adalah kawan, apabila besar menjadi lawan dan Hendak kaya berdikit-dikit, hendak bertuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai dalam masyarakat melayu dan 树怕伤了根,人怕伤了心(Makna: Pokok takut terluka akarnya, manusia takut terluka hatinya), 取其所长,弃其所短Makna: Ambil yang baik, buang yang buruk), 站得 高,看 得 远(Makna: Yang berdiri tinggi dapat nampak jauh), 开口之前要有考虑,动手之前要有
准 备 ( Makna: Berfikir sebelum bercakap, bersedia sebelum bertindak ) , 不 怕 慢 , 全 怕 站 ( Makna: Biar lambat asalkan bergerak), 先说断,后不乱(Makna: Biar putus dahulu, janganlan kacau kemudian)dan 宁可悔了做,不可做了悔(Makna: Biar sesal dahulu, jangan sesal kemudian)dalam peribahasa Cina.
RUJUKAN:
Goh Sang Seong (ed). Koleksi Peribahasa China Terindah. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2014
Ismet Fanany & Rebecca Fanany. The Wisdom of Malay Proverbs. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.
Ng Hean Tatt. Hang Tuah’s Strategy Mind: Strategies of Managment Leadearship & Business Success Secrets of The Malacca Sultanate! Subang Jaya: Gui Management Centre, 2004
Shellabear, W. G. (ed) dengan bantuan Guru Sulaiman bin
Muhammad nor. Kitab Kiliran Budi iaitu kumpolan beberapa
perumpamaan Melayu. Singapura: Malaya Publishing House
Ltd, 1961.
Xu You Nian. Kamus Peribahasa Melayu-Mandarin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
--- Kajian Perbandingan Pantun Melayu dengan Nyanyian Rakyat
Cina. Penterjemah: Ding Choo Ming & Go hang Seong.