307
INTEGRASI AQLI DAN NAQLI DALAM KARYA TURATH ISLAM SEBAGAI MEDIUM MEMAHAMI NAS SYARAK: TINJAUAN TERHADAP KANDUNGAN DAN METODOLOGI
PENULISAN RISALAH WASAIL ILMU AL-KALAM WA RA’FAH WA RAHMAH LI AL-
‘AWAM
THE INTEGRATION OF AQLI AND NAQLI IN THE WORKS OF ISLAMIC TURATH AS A MEDIUM TO COMPREHEND THE ISLAMIC LEGAL TEXTS: A REVIEW OF THE CONTENT AND METHODOLOGY OF WRITING RISALAH WASAIL ILMU AL-KALAM WA RA’FAT WA
RAHMAT LI AL-‘AWAM
i*Syed Salim bin Syed Shamsuddin & iiMuhammad Farid Wajdi bin Ab. Rahim
iPensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
iiCalon Ijazah Sarjana, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
*(Corresponding author) email: [email protected]
ABSTRAK
Artikel ini meninjau peranan akal menurut perspektif syarak dan bagaimana integrasi aqli dan naqli yang terdapat di dalam karya-karya turath Islam bertindak sebagai perantara untuk memahami nas-nas syarak.
Para ulama telah mengarang banyak karya yang menggunakan instrumen akal sebagai tunjang, lalu muncullah ilmu-ilmu seperti usul fiqh, usuluddin, mantik dan bahasa Arab. Perbahasan tentang dalalat, qiyas dan istinbat hukum contohnya menjadi salah satu topik utama. Tinjauan tentang kandungan dan metodologi penulisan dilakukan kepada karya Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah yang bertajuk Risalah Wasail Ilmu al-Kalam Wa Ra’fat Wa Rahmat Li al-‘Awam yang membahaskan hukum akal dengan terperinci. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen terhadap karya- karya turath Islam dan penulisan yang berkaitan serta analisis terhadap risalah Wasail Ilmu al-Kalam secara khusus. Dapatan penulisan ini menunjukkan karya-karya turath ulama silam telah memartabatkan akal dalam memahami nas-nas syarak melalui pelbagai cabang ilmu alat yang penting. Nas-nas al-Quran dan hadis mesti difahami mengikut konteks, kaedah dan selok-belok disiplin ilmu yang berasaskan akal seperti ilmu mantik dan ilmu kalam yang menjadi tunjang kepada pengeluaran hukum melalui ilmu usuluddin, usul fiqh dan fiqh. Inilah pendekatan dan manhaj yang dijalani oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. Dalam memahami perbahasan ulama di dalam karya-karya mereka seseorang itu perlu kepada ilmu yang mendalam dan mantap dalam bidang berkenaan terutama untuk memahami maksud istilah-istilah yang diguna pakai. Risalah Wasail Ilmu al-Kalam perlu dipelajari dan diletakkan sebagai teks asas bagi semua penuntut ilmu syarak. Ini kerana risalah ini merupakan antara karya terpenting yang menghuraikan secara terperinci maksud-maksud ulama ilmu kalam ketika menghuraikan perbahasan usuluddin dengan fahaman yang sebenar.
Kata Kunci: Integrasi, akal, turath Islami.
308 ABSTRACT
This article examines the role of the mind or intellect according to the Islamic perspective and how the integration of aqli and naqli found in Islamic works acts as an intermediary to understand the Islamic legal texts. Muslim scholars have authored many works that utilize the instrument of reason as a backbone, then came the sciences such as usul al-fiqh (principles of Islamic jurisprudence), usuluddin (Islamic theology), mantiq (science of logic) and Arabic linguistic. Debate on dalalat, qiyas and the derivation of fiqh rulings for example are one of the main topics. A review of the content and methodology of writing is done to the work of Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah entitled Risalah Wasail Ilmu Al-Kalam Wa Ra’fat Wa Rahmat Li al-‘Awam which discusses the law of reason in detail. This article uses descriptive qualitative methods through document analysis of Islamic turath works and related writings as well as analysis of the Wasail Ilmu al-Kalam specifically. The findings of this writing show that the works of the turath scholars have elevated the intellect in understanding the Islamic legal texts through various branches of important tools. The texts of the Qur’an and hadith must be understood according to the context, methods and intellect-based disciplines such as logic and theology. Both are the bases of the production of Islamic rulings by the means of usuluddin, usul fiqh and fiqh sciences. This is the approach and manhaj practiced by the scholars of Ahli Sunnah Wal Jamaah throughout the ages. In understanding the debate of scholars in their works, one needs to have in-depth and solid knowledge in the field especially to understand the meaning of the terms used. The Risalah Wasail Ilmu al-Kalam should be studied and placed as the basic text for all students of Islamic knowledge. This is because this writing is considered as one of the most important works that elaborates in detail the meanings of the terms used by the theologians when describing the debate of usuluddin with the true understanding.
Keywords: Integration, ‘aql, Islamic turath.
Pendahuluan
Penggunaan akal tidak boleh dipisahkan daripada agama, tetapi akal perlu bergerak seiring dengan agama.
Islam merupakan agama yang memartabatkan akal dan meletakkannya sebagai kayu pengukur dalam banyak perkara. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyuruh manusia berfikir dan menggunakan akal. Akal bukan hanya menjadikan manusia sebagai makhluk yang tinggi upayanya tetapi ia juga menjadi unsur pembeza utama dengan makhluk-makhluk lain. Selain itu, akal juga merupakan penentu dalam meletakkan hukum bagi setiap manusia yang mukalaf.
Antara kegunaan akal terpenting ialah untuk mengenal Tuhan dan memahami syariat Islam yang telah diturunkan melalui wahyu-Nya kepada para rasul, seterusnya tunduk dan patuh kepada segala perintah dan larangan-Nya. Potensi akal yang sihat sepakat memperakui tiga kategori hukum akal iaitu wajib, mustahil dan harus pada tahap yang tertentu. Para ulama telah mengambil tiga hukum akal ini sebagai sandaran hujah dalam mensabitkan konsep ketuhanan, kenabian dan hari kebangkitan menurut akidah Islam, sekali gus menangkis syubhah pengeliruan fahaman palsu.
Selain itu, akal digunakan sebagai instrumen penting dalam mengenalpasti dan menganalisis sesuatu hukum dalam syariat Islam. Buktinya kita dibenarkan berijtihad bagi sesuatu hukum yang baru apabila terdapat nas-nas yang jelas bagi permasalahan tersebut. Melalui instrumen qiyas contohnya sesuatu hukum dapat ditetapkan bagi permasalahan baru berdasarkan hukum yang sedia ada melalui persamaan illah. Dalam permasalahan fiqh pula akal menjadi kayu ukur dalam penentuan sah batal sesuatu amalan.
Menurut Imam al-Ghazali (w. 505H) (t.th.) di dalam Ihya ‘Ulum al-din, kitab Aja‘ib al-Qalb, akal merujuk kepada empat perkara. Pertama, pembawaan tabii dalam diri manusia yang membezakan manusia daripada makhluk lain. Kedua, akal itu merujuk kepada apabila ilmu dharuri atau ilmu yang pasti datang pada diri seseorang kesan daripada kemampuan akal untuk menerima tanggungjawab atau taklif dan
309
memilih baik dan buruk, benar dan jahat. Ketiga, akal merujuk kepada pengalaman hidupnya. Jika seseorang itu lama hidupnya, lebih banyak pengalamannya dan sepatutnya lebih kuat daya akalnya.
Keempat, akal itu merujuk kepada kekuatan dalam diri yang membolehkan seseorang itu mengetahui akibat sesuatu itu baik atau buruk. Kekuatan akalnya dapat dilihat dari kekuatannya untuk membuat penilaian terhadap baik buruk sesuatu perkara. Ini bertepatan dengan definisi akal oleh Imam al-Fairuzabadi (w.
817H) (2005) di dalam al-Qamus al-Muhit bahawa akal merupakan cahaya ruhani, dengannya jiwa dapat mencapai ilmu-ilmu dharuri dan nazhari. Akal mula wujud ketika ruh ditiupkan ke dalam janin dan mulai sempurna ketika usia baligh.
Para ulama dalam pelbagai bidang khususnya ulama turath telah menulis banyak karya yang menjadikan akal sebagai teras utama dalam memahami sesuatu nas syarak. Oleh itu, artikel ini akan melihat integrasi akal dan naqal yang terdapat dalam karya-karya turath ulama silam sebagai medium dan perantara penting dalam memahami wahyu, terutama yang berbentuk al-zanniyyat sama ada dari sudut thubut mahupun dalalahnya. Tinjauan dilakukan terhadap karya Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah yang bertajuk Risalah Wasail Ilmu al-Kalam Wa Ra’fat Wa Rahmat Li al-‘Awam dengan melihat kandungan dan metodologi penulisan risalah ini.
Peranan Akal Dari Perspektif Syarak
Perkataan akal berasal dari bahasa Arab iaitu al-‘aql (
ُلْقَعلا
) masdar dari ‘aqala – ya‘qilu – ‘aqlan. Al-‘aql bermaksud menahan (رْجنلحا
), kebijaksanaan (ىَهُّ نلا
) lawannya ialah lemah fikiran (قْمُلحا
). Adakalanya juga al-‘aql bermaksud hati (ُب ْل َقلا
) dan juga memberi maksud memahami (Ibn Manzur, 1990). Menurut pengertian ini, akal merupakan alat untuk berfikir dan alat untuk menimbang di antara baik dan buruk serta menegah daripada melakukan perkara yang dilarang atau mungkar. Akal merupakan kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia. Dalam surat Al-Isra’ 17: 70 Allah SWT berfirman:َن ۡلَّضَف َو ِتٰـَبِ يَّطلٱ َنِ م مُهٰـَنۡق َز َر َو ِر ۡحَبۡلٱ َو ِ رَبۡلٱ یِف ۡمُهٰـَنۡلَمَح َو َمَداَء ۤیِنَب اَن ۡم َّرَك ۡدَقَل َو ﴿
ࣲريِثَك ٰىَلَع ۡمُهٰـ ࣰ
لي ِضۡفَت اَنۡقَلَخ ۡنَّمِ م
﴾
Terjemahan: “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.”
Dari ayat tersebut jelas bahawa akal merupakan kelebihan yang diberikan Allah SWT kepada manusia dan sekaligus menjadi faktor yang membezakan di antara manusia dengan makhluk-makluk lain.
Karena itu, Allah SWT mendorong manusia agar menggunakan akalnya untuk berfikir. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl 16: 12:
َرَّخَسُم ُموُجُّنلٱ َو ََۖرَمَقۡلٱ َو َس ۡمَّشلٱ َو َراَهَّنلٱ َو َلۡيَّلٱ ُمُكَل َرَّخَس َو ﴿ َذ یِف َّنِإ ۤۦِهِر ۡمَأِب ُُۢت
ࣲم ۡوَقِ ل ࣲتٰـَيأَـَل َكِل
َنوُلِقۡعَي
﴾
Terjemahan: Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal”.
310
Banyak ayat al-Quran yang menunjukkan dorongan kepada manusia agar menggunakan akalnya untuk berfikir dengan pelbagai bentuk lafaz dan ayat seperti:
Ayat Terjemahan Kedudukan Di
Dalam al-Quran
﴾ َنْوُلنقْعَ ت َلََفأ ﴿
“tidakkah kamu berakal?” Surah Al-Baqarah 2:44
﴾ ْو َن ُظ ُر َ ي ْن َلَ َأ َف
﴿
“tidakkah mereka memperhatikan ?” Surah Al-Ghasyiah88: 17
﴾ َنْوُلنقْعَ ت ْمُكَّلَعَل ﴿
“supaya kamu memahaminya” Surah Al-Baqarah 2:73
﴾ َن ُر ْو َّك َ ت َف ْم َ ت ُك َل َع َّل ﴿
“supaya kamu berfikir” Surah Al-Baqarah:219
﴾ او ُظ ُر َ ي ْن َأ َو َْلم ﴿
“Patutkah mereka (membutakan mata) tidakmahu memperhatikan?”
Surah Al-A‘raf 7:
185
َأ َو َْلم َ ي َ ت َف َّك ُراو
﴾ ﴿
“Patutkah mereka merasa cukup denganmengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan?”
Surah Al-Rum 30: 8
﴾ َن ُل ْو َ ي ْع نق ٍم َق ْو نل ٍتيالآ
﴿
“sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal”Surah Al-Baqarah 2:
164
﴾ َن ُر ْو َّك َ ي َ ت َف ٍم َق ْو نل نتيالآا ُلنِصَفُ ن ﴿
“Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).Surah Yunus 10: 24
Allah SWT memerintahkan agar manusia menggunakan akal bagi mengetahui kewujudan Pencipta dengan memerhati dan menganalisis hubungan sebab atau akibat bagi kejadian alam yang wujud ini. Objek kajian adalah ayat-ayat kauniyyah. Terdapat lebih dari 750 ayat dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa manusia diminta untuk memikirkan pelbagai kejadian alam sebagai usaha untuk mengenal dan lebih mengenal Tuhan melalui tanda-tanda-Nya. Semua yang ada di alam ini merupakan bukti yang jelas kepada wujudnya Pencipta dan Pengaturnya di mana sesuatu kewujudan itu sudah pasti ada penciptanya.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut 29: 61:
311
﴾ َنوُكَف ۡؤُي ٰى َّنَأَف َُۖ َّللّٱ َّنُلوُقَيَل َرَمَقۡلٱ َو َس ۡمَّشلٱ َرَّخَس َو َض ۡرَ ۡلأٱ َو ِت َوٰـَمَّسلٱ َقَلَخ ۡنَّم مُهَتۡلَأَس نِٕىَل َو ﴿
Terjemahan: “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?”.
Oleh itu, banyak ayat yang memerintah manusia mengenali Tuhan yang mencipta alam ini melalui akal fikiran yang sihat. Di antara contohnya ialah firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 2:164:
َوٰـَمَّسلٱ ِقۡلَخ یِف َّنِإ ﴿ یِف ی ِر ۡجَت یِتَّلٱ ِكۡلُفۡلٱ َو ِراَهَّنلٱ َو ِلۡيَّلٱ ِفٰـَلِت ۡخٱ َو ِض ۡرَ ۡلأٱ َو ِت
ُعَفنَي اَمِب ِر ۡحَبۡلٱ
ِ لُك نِم اَهيِف َّثَب َو اَهِت ۡوَم َدۡعَب َض ۡرَ ۡلأٱ ِهِب اَي ۡحَأَف ࣲءۤاَّم نِم ِءۤاَمَّسلٱ َنِم ُ َّللّٱ َل َزنَأ ۤاَم َو َساَّنلٱ ࣲةَّبۤاَد
ࣲتٰـَيأَـَل ِض ۡرَ ۡلأٱ َو ِءۤاَمَّسلٱ َنۡيَب ِرَّخَسُمۡلٱ ِباَحَّسلٱ َو ِحٰـَي ِ رلٱ ِفي ِر ۡصَت َو َنوُلِقۡعَي ࣲم ۡوَقِ ل
﴾
Terjemahan: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia;
demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh- tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang;
demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran”.
Firman Allah SWT lagi di dalam surah Taha 20: 128:
﴾ ٰىَهُّنلٱ یِل ۟وُ ِ لأ ࣲتٰـَيأَـَل َكِل َذ یِف َّنِإ ۡۚۡمِهِنِكٰـَسَم یِف َنوُش ۡمَي ِنو ُرُقۡلٱ َنِ م مُهَلۡبَق اَن ۡكَل ۡهَأ ۡمَك ۡمُهَل ِد ۡهَي ۡمَلَفَأ ﴿
Terjemahan: “Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran”.
Firman Allah SWT lagi di dalam surah Fussilat 41: 53:
َرِب ِف ۡكَي ۡمَل َوَأ ُُّّۗقَحۡلٱ ُهَّنَأ ۡمُهَل َنَّيَبَتَي ٰىَّتَح ۡمِهِسُفنَأ ۤیِف َو ِقاَفأَـۡلٱ یِف اَنِتٰـَياَء ۡمِهي ِرُنَس ﴿ ِ لُك ٰىَلَع ۥُهَّنَأ َكِ ب
ديِهَش ࣲء ۡیَش ٌٌ
﴾
Terjemahan: “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada
312
mereka bahawa al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Anbiya’ 21: 22:
﴾ َنوُف ِصَي اَّمَع ِش ۡرَعۡلٱ ِ ب َر ِ َّللّٱ َنٰـَحۡبُسَف ۡۚاَتَدَسَفَل ُ َّللّٱ َّلاِإ ٌةَهِلاَء ۤاَمِهيِف َناَك ۡوَل ﴿
Terjemahan: “Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan”.
Di sini jelas bahawa Allah SWT mengarah akal manusia supaya berfikir dan menganalisis melalui setiap penciptaan tersebut. Manusia yang menggunakan akal fikirannya dengan baik pasti akan menemui jawapan bahawasanya Allah SWT Maha Berkuasa menciptakannya dan Pemilik alam maya ini lalu ia pun bersedia untuk tunduk patuh menyembah dan mentaati-Nya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 2: 269:
﴾ ِبٰـَب ۡلَ ۡلأٱ ۟اوُل ۟وُأ ۤ َّلاِإ ُرَّكَّذَي اَم َو ُّۗا ࣰريِثَك ا ࣰرۡيَخ َیِتوُأ ۡدَقَف َةَمۡكِحۡلٱ َت ۡؤ ُي نَم َو ُۡۚءۤاَشَي نَم َةَم ۡك ِحۡلٱ یِت ۡؤُي ﴿
Terjemahan: “Allah menganugerahkan al-Hikmah (kefahaman yang dalam tentang al- Quran dan al- Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak, dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah”).
Selain itu, dalam konteks akidah dan usul fiqh, para ulama telah mengiktiraf bahawa akal merupakan manat al-taklif (
فيلكتلا طانم
). Akal adalah syarat utama dan wajib ada dalam diri seseorang manusia untuk menerima taklif (kewajipan atau tanggungan hukum) syariat yg dikenakan pada seseorang daripada Allah SWT (Al-Dusuqi, 2001, Al-Zuhaily, 2017). Para ulama juga bersepakat bahawa akal merupakan asas kepada al-naql/wahyu (لقنلا ساسأ لقعلا
), kerana jika tidak sabit kewujudan Allah SWT dan kebenaran para Nabi maka wahyu itu juga tidak sabit. Akallah yang menerima dan mengukuhkan kenabian, dan kebenaran Nabi yang diterima melalui jalan wahyu menjadi bukti kebenaran kenabian melalui bukti-bukti yang diterima oleh akal. Atas dasar ini, ulama usuluddin berbeza pendapat pada masalah muqallid atau orang yang mengikut pendapat orang lain dalam urusan akidah tanpa mengetahui dalil dan tanpa menggunakan akal untuk berfikir berkenaan hal tersebut. Jumhur ulama seperti Imam Ahli Sunnah Imam al-Asy‘ari (w. 324H), Qadhi al-Baqillani (w. 403H), al-Isfirayini (w. 418H) dan Imam al-Haramain (w. 478H) berpendapat bahawa tidak boleh bertaklid dalam urusan akidah, bahkan wajib melakukan nazhar (رظن
), kerana yang dituntut dalam urusan keimanan adalah keyakinan yang jitu dan putus (al-jazm).Pendapat ini juga dinisbahkan kepada Imam Malik bin Anas (w. 179H) serta ditarjih oleh Imam Fakhruddin al-Razi (w. 606H). Nazhar ialah pemerhatian, penelitian dan penggunaan akal, iaitu berfikir untuk membezakan antara benar dan salah, atau untuk mendapat keyakinan, atau untuk mengetahui sesuatu perkara, atau hanya untuk mendapat sangkaan yang kuat. Selain itu, ia juga boleh bermaksud pemerhatian dan penelitian (Al-Baijuri, 2008; Al-Dusuqi, 2001; Zainal Abidin al-Fatani, t.th.). Orang yang tidak melakukan pemerhatian dan tidak berfikir, sebaliknya hanya menerima kata-kata orang lain, kebiasaannya mereka tidak terlepas dari keraguan dan syak yang bercanggah dengan makna akidah itu sendiri iaitu pegangan dan kepercayaan yang mantap.
313
Dari sudut fiqh pula, kewajipan sesuatu amalan itu terhenti kepada adanya akal secara sempurna iaitu dengan mencapai umur baligh. Selain itu, secara umumnya segala amalan tidak dikira sah tanpa adanya akal walaupun dengan kadar yang paling minima iaitu mempunyai sifat al-tamyiz. Ulama fiqh telah menetapkan bahawa syarat sah amalan-amalan ibadat seperti bersuci, azan, sembahyang, puasa dan haji perlu dilakukan oleh seorang kanak-kanak yang mumayyiz. Namun, bagi syarat ini tidak berlaku bagi mereka yang tidak memiliki akal seperti orang gila, ataupun mereka yang hilang akal disebabkan oleh mabuk, pengsan, pitam dan sawan (Ba ‘Isyin, 2004; Al-‘Aitah, t.th.). Ini dapat difahami lagi menerusi hadis daripada Sayyidatina Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
( تّح مئانلا نع :ثلَث نع ملقلا عفر قيفي وأ لقعي تّح نونلمجا نعو ،بركي تّح يرغصلا نعو ،ظقيتسي
)
Terjemahan: “Diangkat qalam (taklifan iaitu tidak dikira berdosa) daripada tiga golongan iaitu orang yang tidur sehingga terjaga, dari kanak-kanak sehingga ia besar (mencapai usia baligh) dan orang gila sehingga ia berakal atau sedar kembali.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i).
Dalam disiplin Maqasid al-Syariah yang membicarakan berkenaan tujuan sesuatu pensyariatan, dinyatakan bahawa al-dharuriyat al-khams iaitu keperluan asas manusia antaranya ialah memelihara akal (Ibn Abd al-Salam, 2014). Ini kerana tanpa akal, manusia akan jatuh ke martabat yang lebih rendah daripada haiwan. Firman Allah SWT di dalam surah al-A‘raf 7: 179:
َل َۖ ِسن ِ ۡلإٱ َو ِ ن ِجۡلٱ َنِ م ا ࣰريِثَك َمَّنَهَجِل اَنۡأَرَذ ۡدَقَلَو ﴿ اَهِب َنو ُر ِصۡبُي َّلا ࣱ
نُي ۡعَأ ۡمُهَل َو اَهِب َنوُهَقۡفَي َّلا بوُلُق ۡمُه ࣱ
َنوُلِفٰـَغۡلٱ ُمُه َكِٕىٰۤـَل ۟وُأ ُّۡۚلَضَأ ۡمُه ۡلَب ِمٰـَعۡنَ ۡلأٱَك َكِٕىٰۤـَل ۟وُأ ۤاَهِب َنوُعَمسَي َّلا ࣱ
ناَذاَء ۡمُهَل َو ﴾
Terjemahan: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”.
Untuk memelihara akal, seseorang itu wajib melihat kepada dua aspek iaitu membina dan mempertahankan akalnya. Dari sudut membina akal, syarak telah menetapkan kewajipan menuntut ilmu.
Lantaran itu, Allah SWT mengangkat darjat orang yang berilmu serta menyatakan secara jelas perbezaan antara mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Zumar 39: 9 Allah S.W.T:
﴾ ِباَبْلَ ْلأا وُلوُأ ُرَّكَذَتَي اَمَّنِإ ُّۗ َنوُمَلْعَي َلا َنيِذَّلا َو َنوُمَلْعَي َنيِذَّلا يِوَتْسَي ْلَه ْلُق ﴿
Terjemahan: “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang- orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
Manakala memelihara akal dari sudut mempertahankannya ialah dengan pengharaman arak serta apa sahaja yang mempunyai illah kepada pengharaman arak iaitu memabukkan. Ini kerana arak dan apa jua jenis yang memabukkan akan menyebabkan akal tidak sempurna dan menghilangkan pertimbangan rasional dan kewarasan yang tidak sekadar merosakkan dirinya malah melibatkan masyarakat luar. Arak
314
tidak sekadar diharamkan malah peminumannya jika sabit kesalahan dikenakan hukuman di dalam kategori jenayah hudud.
Integrasi Ilmu Aqli Dan Naqli dalam Karya Turath Islam dalam Memahami Wahyu
Para ulama bertindak sebagai pemangkin kepada jati diri dan tamadun umat Islam. Mereka menyalurkan pemikiran mereka melalui karya penulisan sama ada berbahasa Arab atau Jawi. Mereka bukan hanya mendidik masyarakat dalam ilmu keagamaan khusus, bahkan ilmu pengetahuan yang dikategorikan sebagai ilmu yang berteraskan akal sebagai penguat kepada ilmu agama. Kedua-duanya tidak wajar dipisahkan agar tidak wujud pemisahan antara aliran ilmu berteraskan wahyu (al-naql) dan ilmu yang berdasarkan akal manusia (al-‘aql). Menyedari hal ini, ramai ulama Melayu silam telah berusaha untuk mempertautkan beberapa disiplin ilmu yang dianggap terasing daripada kategori ilmu agama, sebagai pengiktirafan bahawa ilmu tersebut juga adalah sebahagian daripada ajaran Islam dan penting dalam pemantapan akidah dan kesahihan amal ibadat.
Misalnya, Syeikh Zainal Abidin al-Fatani atau dikenali sebagai Tuan Minal (w. sekitar 1913M) telah berusaha menjalinkan beberapa disiplin ilmu yang berteraskan dalil akal dengan ilmu usuluddin dan membuktikan bahawa kefahaman terhadap ilmu tersebut mampu memantapkan akidah seseorang Muslim.
Dalam karyanya ‘Aqidah al-Najin, beliau telah menyentuh tentang disiplin ilmu usuluddin yang terkandung di dalamnya tiga aspek utama iaitu ketuhanan, kerasulan dan hari akhirat. Dalam membincangkan isu-isu ini, pengarang telah menyelitkan pelbagai keterangan logik akal, selain rujukan utama kepada al-Quran dan hadis. Penekanan terhadap konsep pemikiran akal amat dititikberatkan dalam pemahaman karya ini bagi mendorong umat Islam agar sentiasa berfikir, mengkaji dan memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam. Bagi memantapkan hujah tentang ketuhanan, pengarang telah mengemukakan pelbagai dalil akal bagi membuktikan keesaan Allah SWT seperti penerangan konsep sains fizik tentang zarah dan atom dalam perbincangan hakikat jirim dan ‘aradh bagi menerangkan perbezaan antara Allah SWT sebagai Pencipta dengan makhluk yang dicipta.
Menurut Dr. ‘Ali Jum‘ah (2007) cabang-cabang ilmu yang terhasil dari akal manusia ini seperti ilmu usul fiqh, nahu, saraf, wadh‘ dan balaghah adalah untuk berkhidmat dan berbakti kepada nas-nas syarak. Ilmu-ilmu seperti ini yang turut dikenali dengan nama “ilmu alat” berfungsi sebagai alat atau pengantara untuk memahami nas-nas al-Quran dan hadis.
Antara ilmu-ilmu alat yang sangat perlu untuk dikuasai ialah disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab. Nas-nas al-Quran dan hadis yang berbahasa Arab tidak akan dapat difahami maksud sebenarnya melainkan dengan ilmu berkaitan kaedah dan disiplin bahasa Arab itu sendiri. Menurut Dr. ‘Ali Jum‘ah (2015) lagi, falsafah bahasa (al-falsafah al-lughawiyyah) memainkan peranan yang sangat penting untuk memahami teks-teks al-Quran, hadis dan turath. Oleh itu para ulama silam sangat mementingkan permasalahan “dalalat al-alfaz” untuk memahami pengertian dan makna sebenar yang hendak disampaikan oleh sesuatu lafaz dalam nas-nas syarak. Sultan al-‘Ulama Imam ‘Izzuddin bin Abdus Salam (w. 660H) (2014) mengatakan bahawa mempelajari dan menguasai ilmu tatabahasa Arab adalah suatu bid‘ah (perkara baharu) yang wajib untuk memahami al-Quran dan sunah. Kewajipan mempelajari ilmu ini adalah untuk memelihara syariah, sebagaimana kaedah usul fiqh menyatakan bahawa apabila sesuatu perkara yang wajib tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara yang lain, maka perkara yang lain itu turut menjadi wajib (ma la yatimm al-wajib illa bihi fahuwa wajib).
Terdapat tiga ilmu yang saling kait-mengait dan mempunyai metode dan tajuk yang hampir sama dari sudut perbahasan topik-topik yang dibincangkan iaitu ilmu usul fiqh, ilmu usuluddin atau ilmu kalam dan ilmu mantik. Apabila ditelusuri karya-karya ulama dalam ketiga-tiga bidang ilmu tersebut didapati pendekatan dan manhaj yang digunakan adalah berkisar pada perbahasan dan permasalahan kalam dan lafaz, bahasa dan logik akal. Oleh itu, kandungan karya-karya tersebut tidak lari daripada topik-topik tentang pengetahuan (al-ma‘rifah), dalil, amarat, zan, syak, peletakan al-muqaddimah al-sughra dan al- kubra, qadhaya serta perbahasan tentang dalalat mantik.
315
Ilmu usuluddin merupakan ilmu yang membahaskan prinsip-prinsip serta doktrin-doktrin kepercayaan yang sabit dengan dalil-dalil yang yakin (Al-Khin & Misto, t.th.). Dalil-dalil tersebut sama ada datang dari nas al-Quran dan hadis mahupun akal manusia. Dalam membincangkan dan memahami akidah Islam, para ulama menggunakan logik dan kefahaman akal terhadap maksud sesuatu lafaz atau perkataan yang disampaikan oleh nas-nas al-Quran dan hadis. Ini bersesuaian dengan tuntutan-tuntutan syarak agar manusia menggunakan akal untuk mengenal Allah SWT dan memperkukuhkan keimanan.
Ilmu mantik atau ilmu logik ialah suatu alat yang mengatur kerja otak dalam berfikir agar terhindar dari kesalahan (Al-Jurjani, 2012) dengan menyusun al-muqaddimah al-sughra dan al-muqaddimah al- kubra untuk memperoleh suatu kesimpulan (al-natijah) dalam memahami sesuatu perkara dan memperoleh kebenaran. Ilmu ini membahaskan kaedah-kaedah yang dapat membimbing akal manusia dalam berfikir supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang benar dan terhindar dari kesalahan. Bidang perbahasan ilmu mantik berkaitan dengan maklumat tasawwuriyyah (gambaran yang ada pada akal manusia secara langsung dengan sendirinya tanpa melibatkan sifat dan hukum lain) dan tasdiqiyyah (tasawwur yang disertai dengan hukum, sama ada secara nafi atau isbat). Maklumat berkaitan al-tasawwur akan membantu untuk membina definisi, manakala maklumat berkaitan al-tasdiq akan membantu untuk membina penyataan, penghujahan atau pembuktian (Al-Damanhuri, 2006). Dengannya dapat membantu seseorang individu untuk mengenal dan mendapat gambaran tentang sesuatu yang tidak diketahui serta membantu untuk mendapat kepastian tentang hakikat sesuatu yang belum pasti.
Topik utama perbahasan ilmu mantik berkisar pada al-kulliyat al-khams sebagai prinsip-prinsip asas dalam al-tasawwurat dan perbahasan tentang al-qadhaya sebagai prinsip-prinsip asas dalam al- tasdiqat. Untuk membincangkan tajuk-tajuk ini, ulama mantik memuatkan tajuk-tajuk penting dalam kitab- kitab mantik seperti perbahasan al-alfaz, al-dalalat dan al-qiyas (Al-Damanhuri, 2006). Kemahiran dalam ilmu ini sangat penting bagi memahami ilmu usuluddin, kerana dalam memahami perbahasan akidah setiap mukalaf dikendaki untuk menggunakan akal. Dengan akal manusia membuat kesimpulan atas sesuatu perkara berdasarkan tiga hukum di bawah sebagai dasar untuk memahami ilmu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah agar seseorang itu dapat mengelakkan dari pemahaman yang keliru. Tiga hukum tersebut ialah (Fudah, 2017):
1. Hukum akal atau hukum logik. Hukum akal ialah suatu hukum atau kesimpulan yang dibuat oleh akal berdasarkan logik akal. Kesimpulan terhadap sesuatu benda atau kejadian menurut hukum akal dibahagi kepada tiga perkara iaitu; perkara wajib (sesuatu yang mesti benar atau ada dan tidak mungkin sebaliknya), perkara mustahil (sesuatu yang mesti tidak benar atau tidak ada dan tidak mungkin sebaliknya) dan perkara harus/jaiz (sesuatu yang boleh jadi benar atau ada dan boleh jadi tidak benar atau tidak ada).
2. Hukum adat atau hukum kebiasaan atau sering disebut juga hukum alam atau sunnatullah.
Hukum adat atau hukum alam adalah suatu hukum atau kesimpulan yang dibuat oleh akal berdasarkan pengamatan dan pengalaman secara berulang-ulang, paling kurang dua kali.
Kesimpulan atas dasar pengamatan dan pengalaman ini kemudian disusun menjadi berbagai-bagai ilmu. Allah SWT telah menjadikan alam ini dengan peraturan dan ketetapanNya agar memudahkan kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain.
3. Hukum syarak iaitu hukum yang diwahyukan oleh Allah. Hukum yang diwahyukan adalah suatu hukum yang diyakini atas dasar al-Quran dan hadis. Dalil yang dipakai untuk menentukan hukum ini disebut dalil naqli iaitu dalil yang dinukil dari al-Quran atau hadis. Hukum ini dikenali sebagai hukum taklifi dan hukum wadh‘i.
Melalui ilmu mantik perkara-perkara yang dihukumkan oleh akal akan menjadi pengetahuan, seterusnya menjadi landasan ilmu-ilmu lainnya. Jika tidak memahami ilmu mantik seseorang individu akan tersilap dalam menghukumkan sesuatu perkara yang kadang-kala menyebabkan ia jatuh ke lembah kekufuran, seperti tersilap memahami hukum akal dan hukum adat (Abdul Aziz, 1994). Hal ini telah terjadi kepada kaum musyrikin Mekah yang menjadi kufur kerana mereka menafikan mukjizat-mukjizat
316
Rasulullah SAW. Mereka mengatakan sesuatu yang terjadi di luar kebiasaan dan mencarik adat adalah perkara mustahil akal, padahal perkara itu adalah perkara yang jaiz atau harus pada akal walaupun mustahil pada hukum adat.
Pecahan dari mantik pula, timbulnya ilmu al-maqulat bagi mengenal ciri-ciri makhluk berjisim dan mempunya aradh. Apabila sudah mengenal hakikat dan sifat makhluk, sudah pasti seseorang itu dapat mengenal Allah SWT yang tidak sama dengan mana-mana makhluk ciptaan-Nya. Ilmu maqulat merupakan sebuah disiplin ilmu yang membicarakan berkenaan gambaran kita tentang alam musyahad dan tatacara berinteraksi dengannya (Fudah, 2011).
Ilmu usul fiqh pula ialah ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh para mujtahid untuk mengeluarkan hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf daripada dalil- dalil tafsili (Al-Zuhaily, 2017). Dalam ilmu usul fiqh, integrasi yang mantap berlaku antara dalil nas dan penggunaan akal. Beberapa aspek teknikal dalam ilmu usul fiqh seperti qiyas dan proses mengeluarkan ilat (takhrij al-manat), kaedah linguistik asas (al-qa‘idah al-lughawiyyah al-usuliyyah) seperti al-dalalat, al- istihsan, al-istishab, percanggahan nas dan penyelarasan (al-ta‘arudh wa al-tarjih) dan kaedah pemansuhan (nasakh) menjadikan ilmu usul fiqh sebagai metode penyelidikan dan berfikir yang sah dan tepat. Hasil gabungan daripada aspek-aspek di atas menjadikan ilmu usul fiqh sebagai ilmu yang tidak terhad kepada sumber-sumber dan dalil-dalil perundangan syarak sahaja, bahkan merangkumi bidang akidah, logik, morfologi, epistemologi dan lain-lain. Menurut Ahmad Fauwaz (t.th.), untuk menguasai ilmu usul fiqh, seseorang itu perlu terlebih dahulu menguasai ilmu bahasa Arab, ilmu mantik dan ilmu usuluddin. Hal ini kerana kebanyakan perbahasan ilmu usul fiqh mempunyai perbahasan bahasa dan penggunaan istilah mantik.
Dari konteks ilmu usul fiqh dan ilmu mantik pula, Mohd Fauzi Hamat (2000) menegaskan bahawa kedua-duanya sama-sama berteraskan akal manusia atau berdasarkan perkaedahan khusus yang bersangkut secara langsung dengan cara berfikir tepat. Kedua-dua disiplin ini sama-sama menekankan aspek pendalilan berasaskan kaedah-kaedah yang tertentu. Perbezaan antara kedua-duanya pula ialah disiplin mantik lebih menumpukan perbahasan kepada pengetahuan tentang metode-metode derivasi minda dari maklumat- maklumat yang sudah diketahui (al-ma‘lumat) kepada maklumat-maklumat yang masih belum diketahui (al-majhulat). Manakala disiplin usul fiqh pula lebih difokuskan kepada pengetahuan tentang bentuk- bentuk (wujuh) bagaimana dalil-dalil syarak menunjuk atau menentukan hukum-hakam secara keseluruhan (ijmali), bukan secara terperinci (tafsili). Ini bermakna kedua-dua disiplin ilmu ini jelas berkisar kepada penggunaan akal manusia dalam berfikir malahan tabii disiplin usul fiqh itu sendiri telah meletakkan perbahasan ilmiah yang bersandarkan kepada akal sebagai sebahagian dari topik perbincangannya.
Mohd Fauzi Hamat (2000) seterusnya menegaskan bahawa pendekatan yang menggabungkan disiplin mantik yang berasaskan kepada akal semata-mata dengan ilmu usul fiqh yang tergabung di dalamnya perbincangan yang berasaskan kepada akal dan al-sam‘ secara samarata adalah suatu usaha yang dipelopori oleh Imam al-Ghazali dalam karya usul fiqhnya yang terkenal al-Mustasfa. Gabungan antara perbahasan yang bercorak ‘aqliyyah dan sam‘iyyah inilah sebenarnya yang meletakkan disiplin usul fiqh sebagai semulia-mulia ilmu, berbanding dengan disiplin lain yang membahaskan aspek ‘aqliyyah semata- mata seperti Matematik, Aritmetik dan Astronomi atau yang membahaskan aspek al-sam‘ semata-mata seperti ilmu hadis dan tafsir. Imam al-Ghazali (1997) mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tentang mukadimah mantik yang diletakkan di bahagian awal kitab al-Mustasfa maka ilmunya tidak boleh dipercayai langsung. Ini membuktikan bahawa beliau amat menyanjung tinggi peranan mantik dalam bidang ilmu pengetahuan, bukan sahaja dalam bidang usul fiqh yang menjadi fokus utama perbahasan kitab tersebut, malah mencakupi semua bidang ilmu pengetahuan yang lain.
Apabila dibandingkan antara ilmu mantik, usul fiqh dan usuluddin, pengaruh dan peranan ilmu mantik terserlah apabila banyak perbahasan dalam ilmu usul fiqh dan usuluddin menggunakan kaedah- kaedah mantik. Mukadimah dan definisi yang terdapat dalam ilmu usul fiqh dan ilmu usuluddin mutaakhkhirin diambil daripada ilmu mantik. Perkaitan antara ilmu usuluddin, mantik dan usul fiqh sangat jelas dilihat ketika perbahasan tentang qiyas. Ketiga-tiganya saling terkait dalam perbahasan yang sama, meskipun tujuannya berbeza. Usul fiqh untuk menentukan kesimpulan hukum yang terkait dengan
317
perbuatan mukalaf secara praktis, sementara usuluddin untuk menentukan hakikat ketuhanan dan kerasulan.
Lebih jelas apabila dilihat dari sudut perbahasan ‘illah ma‘lul, sebab, syarat, baik buruk adakah dengan akal atau syariat (al-tahsin wa al-taqbih), hikmah dan lain-lain.
Di samping itu, tajuk-tajuk perbahasan yang terdapat dalam ilmu lughah (linguistik Arab), mantik dan kalam telah menjadi sebahagian daripada perbahasan utama dalam disiplin usul fiqh. Misalnya, tajuk- tajuk perbahasan dalam ilmu lughah ialah seperti kaedah-kaedah istinbat, perbahasan lafaz-lafaz dan dalalat seperti ‘am dan khas, musytarak, sarih dan kinayah, haqiqah dan majaz. Manakala tajuk-tajuk perbahasan dalam ilmu kalam pula merangkumi huraian tentang had, rasm, burhan, ‘illah, hujjah, wadh‘
dan wadhi‘, tahsin dan taqbih, qiyas, isabah dan khata’ dalam ijtihad dan lain-lain (Sano, 1997).
Jelaslah di sini bahawa ketiga-tiga ilmu ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk akal yang tersusun dalam menganalisis nas-nas syarak, realiti semasa dan menyelesaikan masalah masyarakat. Aliran ulama turath yang telah disepakati oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sangat berkemahiran tinggi dalam ketiga-tiga bidang ilmu ini dan mereka telah mengintegrasikan akal dan naqal dengan sangat baik sekali. Aliran ini menjadikan manhaj sebegini sebagai kaedah yang sangat penting untuk memahami al-Quran dan sunnah dengan kefahaman yang sebenar (Muhammad Rabi‘ Jawhari, 2013).
Peranan Hukum Akal Dalam Pembentukan Asas Akidah Yang Kukuh
Mengetahui hukum akal dengan kefahaman yang tepat dapat mengukuhkan pegangan akidah seseorang Muslim. Para ulama usuluddin sangat mengambil berat akan perkara ini sehingga Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini mengatakan bahawa mengetahui pembahagian-pembahagian hukum akal yang tiga ialah diri akal itu sendiri, sesiapa yang tidak mengetahui makna-maknanya maka dia tidak dianggap sebagai orang yang berakal. Oleh itu, Imam Muhammad al-Sanusi (w. 895H) telah meletakkan pengenalan tentang hukum akal di awal kitab beliau yang masyhur Umm al-Barahin (Al-Dusuqi, 2001).
Hukum akal ialah keputusan yang diputuskan oleh seseorang dengan akal fikirannya yang bertepatan dengan perkara yang difikirkannya itu (Abdul Aziz, 1994). Keputusan ini tidak memerlukan percubaan sepertimana hukum adat. Hukum akal boleh dibahagikan seperti pembahagian-pembahagian berikut (Zainal Abidin al-Fatani, t.th.; Abdul Ghani & Umar, t.th.):
1. Wajib ‘Aqli iaitu perkara yang tiada diterima akal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada (sesuatu yang mesti benar atau ada dan tidak mungkin sebaliknya). Contohnya wajib bagi Allah SWT bersifat qidam. Wajib ‘Aqli terbahagi kepada dua:
i. Wajib ‘Aqli Dharuri iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan, seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua.
ii. Wajib ‘Aqli Nazhari iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu, seperti menghukumkan wajib wujud Tuhan yang menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.
2. Mustahil ‘Aqli iaitu perkara yang tidak diterima akal akan adanya, hakikatnya mesti tiada (sesuatu yang mesti tidak benar atau tidak ada dan tidak mungkin sebaliknya) contohnya mustahil atas Allah SWT bersifat baharu. Mustahil ‘Aqli terbahagi kepada dua:
i. Mustahil ‘Aqli Dharuri iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap tiada dengan tidak berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil, seperti contoh menghukumkan tiada terima akal satu itu separuh daripada tiga.
ii. Mustahil ‘Aqli Nazhari iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap tiada dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu, seperti menghukumkan tiada terima akal ada syarik (yang menyengutu) bagi Allah SWT dengan diadakan bahasan dan mendatangkan dalil.
318
3. Harus ‘Aqli iaitu perkara yang diterima akal adanya dan tiadanya (sesuatu yang boleh jadi benar atau ada dan boleh jadi tidak benar atau tidak ada). Contohnya keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak atau diam. Harus ‘Aqli terbahagi kepada dua:
i. Harus ‘Aqli Dharuri iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil, seperti menghukumkan keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam.
ii. Harus ‘Aqli Nazhari iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil, seperti Tuhan memberi ganjaran pahala kepada orang Islam yang tidak beramal dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil.
Risalah Wasail Ilmu Al-Kalam Sebagai Karya Integrasi Aqli Dan Naqli Dalam Memahami Wahyu
Bagi menerangkan tajuk ini, penulis membahagikan perbahasan kepada tiga bahagian utama: biografi dan ketokohan pengarang, latar belakang dan tujuan penulisan dan analisis metodologi penulisan.
Biografi dan Ketokohan Pengarang
Nama lengkap pengarang seperti yang tertulis pada karangan-karangan beliau ialah Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah bin Abdul Latif bin Uthman. Beliau lahir pada tahun 1340 Hijrah bersamaan 1921 Masihi di Kampung Sekam, Patani. Bersempena dengan nama tempat kelahiran beliau, Tuan Guru Haji Abdul Qadir lebih dikenali dengan panggilan Haji Dir Sekam atau Ayah Dir Sekam (Ahmad Fathi, 2002; Masakaree Ardae, 2008).
Pendidikan awal Ayah Dir bermula di Pondok Balur tidak jauh dari kampung kelahirannya. Beliau belajar dengan seorang ulama bernama Haji Ahmad bin Muhammad Darawi yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Balur. Selepas empat tahun belajar di sana, Ayah Dir telah berpindah ke Pondok Kubang Pasir untuk berguru dengan Haji Ahmad Kubang Pasir, Binjai Lima. Namun selepas dua tahun, gurunya itu telah meninggal dunia lalu beliau telah menyambung pengajiannya di Pondok Pusan, Perigi. Di sana beliau telah berguru dengan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Wahab al-Fusani iaitu seorang tokoh ulama terkenal dalam bidang usuluddin, qiraat dan ilmu falak di Patani ketika itu. Setelah belajar di tiga buah pondok di Patani, pada tahun 1949 Ayah Dir telah menyambung pengajiannya di Kelantan dengan berguru dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir Bunut Payong yang merupakan seorang tokoh ulama terkenal dalam bidang fiqh Syafie di sana. Selain di Pondok Bunut Payong, beliau juga berguru dengan ulama-ulama lain seperti Haji Muhammad Nur Ibrahim Penambang (mufti Negeri Kelantan) dan Haji Ali Solahuddin Pulau Pisang di Masjid Muhammadi di bandar Kota Bharu (Ahmad Fathi, t.th.).
Pada musim haji, iaitu pada akhir tahun 1370 Hijrah (bersamaan awal tahun 1951), Ayah Dir telah berangkat ke Mekah untuk menyambung pengajiannya di sana bersama isterinya Zainab binti Haji Abdullah Mayor iaitu isteri dari perkahwinan beliau yang kedua. Di Mekah, Ayah Dir telah belajar selama lima tahun dengan ramai ulama di sana terutamanya Syeikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir al-Fatani (Pak Da Eil).
Pak Da Eil telah membimbing beliau mahir di dalam bidang usuluddin dan ilmu-ilmu alat seperti nahu, saraf, balaghah dan mantik. Di sana beliau lebih banyak berguru secara khusus atau dalam kumpulan kecil berbanding dalam halaqah yang besar. Pada tahun 1375 Hijrah (bersamaan 1955), Ayah Dir pulang ke Patani bersama-sama isterinya dan dua orang cahaya mata bernama Hafsah dan Ismail (Ahmad Fathi, 2002
& 2012).
Sumbangan Ayah Dir Sekam sangat banyak. Sumbangan beliau boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumbangan dalam bentuk dakwah dan sumbangan dalam bentuk karya-karya penulisan (Ahmad Fathi, 2012). Sumbangan beliau dalam bidang dakwah terserlah melalui pembukaan pondok pengajian beliau yang menjadi tumpuan ribuan pelajar. Sekembalinya dari Mekah, Ayah Dir telah membuka pusat pengajian pondok yang diberi nama al-Maahad al-Islami bertempat di Wakaf Budi (atau nama lainnya Selabudi),
319
Sekam, Patani. Beliau menjadi syekh atau pengasuh pondoknya ini sehingga ke akhir hayatnya, iaitu kira- kira selama 35 tahun. Selama waktu ini, beliau berjaya muncul sebagai salah seorang ulama Patani yang disegani. Kerana reputasinya yang sebegini, beliau telah dijemput menganggotai Lujnah Ulama Fatani oleh Majlis Agama Islam Fatani (Rijalmuhibbin, 2010).
Memandangkan kepakarannya dalam bidang usuluddin, tidak hairanlah Ayah Dir lebih menumpukan dakwahnya dalam bidang tersebut. Menurut murid yang juga menantu beliau Tuan Guru Hj.
Ghazali Ahmad, beliau mengajar kedua-dua kitab iaitu kitab Jawi dan kitab Arab. Bagi kitab ilmu usuluddin Jawi, antara kitab yang beliau selalu menggunakannya ialah kitab Faridah al-Faraid, Bakurah al-Amani, Siraj al-Huda dan Aqidah al-Najin. Manakala bagi kitab ilmu usuluddin berbahasa Arab pula, beliau menggunakan kitab Hasyiah al-Baijuri Syarah Matan al-Sanusi, Hasyiah al-Dusuqi, Kifayah al-
‘Awam, Matan Jauharah al-Tauhid, al-Syarqawi ‘ala al-Hudhudi, Fath al-Majid dan lain-lain (Ahmad Fathi, 2012). Selain daripada ilmu usuluddin, Ayah Dir juga mengajar ilmu fiqh daripada kitab-kitab kecil seperti Fath al-Qarib Syarah Matan al-Ghayah wa al-Taqrib hinggalah kepada kitab-kitab yang besar seperti Fath al-Wahhab, al-Iqna‘ dan Mahalli. Di samping itu beliau juga mengajar tafsir menggunakan kitab Tafsir al-Jalalain, kitab Hasyiah al-Sawi ‘ala Tafsir al-Jalalain dan kitab al-Futuhat al-Ilahiah bi Taudhih Tafsir al-Jalalain li al-Daqaiq al-Khafiyyah (juga dikenali dengan nama Hasyiah Jamal). Ayah Dir juga mengajar beberapa buah risalah kecil yang tidak melebihi 50 halaman karangan beliau sendiri (Masakaree Ardae, 2008).
Selain mengajar di pondok, Ayah Dir juga mengajar masyarakat awam di masjid-masjid, surau- surau dan balai raya di sekitar tempat tinggalnya termasuk Masjid Jamik Bandar Patani pada setiap hari Jumaat. Dalam bidang akidah, beliau menggunakan kitab-kitab pondok seperti Faridah al-Faraid, Bakurah al-Amani dan Siraj al-Huda. Manakala dalam bidang fiqh pula beliau menggunakan kitab Kifayah al- Muhtadi, Munyah al-Musalli dan Matla‘ al-Badrain.
Hasil daripada didikan beliau, Ayah Dir telah melahirkan ramai ulama antaranya ialah Tuan Guru Abdul Rahman Pauh Manis, Rakak (pengarang kitab Khulasah al-Tauhid fi Ma‘rifah al-‘Aqaid), Tuan Guru Haji Husin Bendang Pedur, Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang, Tuan Guru Abdul Wahhab Chenak, Tuan Guru Haji Ahmad Amanu, Baba Ismail Kok Tat Chenak, Tuan Guru Haji Nujum Chenak, Tuan Guru Abdullah Kok Sumut Narathiwat, Tuan Guru Abdul Rahman Mat Rusa, Tuan Guru Abdul Aziz Ismail (lebih dikenali dengan Baba Aziz) yang merupakan menantu Ayah Dir dan pengarang kitab al-Misbah al- Munir fi Ma‘rifah Allah al-Qadir, Tuan Guru Haji Husin Ijok (menantu Ayah Dir), Tuan Guru Haji Abdullah Merjum, Ijok, Tuan Guru Ismail Kampung Petai, Jaha, Tuan Guru Hj. Ghazali Ahmad (menantu Ayah Dir dan penggantinya sebagai mudir di pondoknya sekarang), Ustaz Hamzah, Pondok Tahfiz, Tuan Guru Haji Ismail Chemuan, Belukar Samak, Tuan Guru Haji Mat Pinis, Tuan Guru Haji Yusuf Kok Tal (mengasaskan pondok di Kampung Tok Diang) dan Tuan Guru Muhammad Beruas (digelar sebagai Anak Harimau Ayah Dir Sekam) (Ahmad Fathi, 2012; Masakaree Ardae, 2008).
Bagi sumbangan dalam bentuk karya penulisan, dikatakan bahawa Ayah Dir sebagai tokoh mutakhir Patani sehingga penghujung abad ke-20 yang paling banyak menulis (Ahmad Fathi, 2002). Ayah Dir banyak mengarang kitab-kitab khususnya dalam bidang usuluddin kerana beliau adalah seorang pakar di dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kepakaran beliau itu bukan hanya digunakan untuk mengajar kitab-kitab akidah yang telah ada pada zamannya tetapi beliau juga telah mengarang kitab-kitab yang banyak dalam bidang tersebut. Kitab-kitabnya itu telah banyak diterbitkan di Patani dan banyak digunakan di pondok-pondok di Patani dan Malaysia sehingga kini. Antara kitab-kitab beliau yang masyhur ialah (Ahmad Fathi, 2012):
1. Mabda’ al-Fikrah fi al-Maqulat al-‘Asyarah.
2. Mabhas al-Kalam fi ‘Ilm al-Kalam.
3. Asas al-I‘tiqad li Dhu‘afa al-Bilad.
4. Cermin Suluhan Pada Menyatakan Hukum Sembelihan.
5. Taqrib al-Ikhwan fi Ta‘lim ‘Aqaid al-Iman.
6. Tashil al-Dhu‘afa wa Radd Ba‘dh Ahwal al-Sufaha.
320 7. Ta‘lim al-Aulad fi Zikr Ba‘dh Ahwal al-‘Ibad.
8. Tabyin Kazb al-Muftari fi Ma Yata‘allaqu bi al-Bari.
9. Tazkirah li Zawi al-Afkar fi Ma Yamur al-insan Min al-A‘mar.
10. Wasail Ilm al-Kalam Wa Ra’fah Wa Rahmah Li al-‘Awam.
11. Risalah Manhaj ahl al-Sunnah.
12. Irsyad al-Jawiyyin Ila Sabil al-‘Ulama al-‘Amilin.
Berkenaan dengan peribadi Ayah Dir, menurut Ustaz Abdul Rahman (2017) Ayah Dir merupakan seorang yang tegas. Selain dari mempunyai mata yang cukup garang, beliau juga dikurniakan kepetahan dalam berhujah dan mengajar sehingga beliau digelar dengan gelaran “Harimau Patani”. Sebagaimana umum mengetahui bahawa Ayah Dir seorang yang garang, namun garangnya bertempat. Di samping itu, beliau ialah seorang yang cukup sederhana, baik dari segi pemakaian hinggalah dari segi kehidupan sehingga beliau tidak dikenali sebagai Tuan Guru oleh orang-orang awam yang tidak mengenalinya.
Bagi Ayah Dir, disiplin dalam menuntut ilmu ialah perkara yang paling penting baginya. Beliau boleh berkompromi dengan perangai anak-anak muridnya melainkan dalam perkara-perkara yang melibatkan pengajian. Di samping itu, beliau mendidik dengan menunjukkan suri tauladan dari diri beliau sendiri terlebih dahulu. Ayah Dir tidak gemar anak muridnya berambut panjang. Oleh itu sebelum beliau menegur anak muridnya yang berambut panjang, beliau terlebih dahulu memastikan bahawa rambut beliau sendiri sentiasa pendek. Hingga pernah dikatakan bahawa rambut Ayah Dir tidak pernah dilihat melebihi seruas jari pun. Selain itu, beliau juga sangat menitikberatkan agar anak muridnya belajar hingga boleh mengajar. Bagi beliau, ilmu itulah perkara yang mampu mencorak peribadi seseorang Muslim.
Ayah Dir Sekam telah meninggalkan jasa yang besar dalam perkembangan pengajaran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Alam Melayu. Usaha-usaha beliau dalam menyemarakkan institusi pengajian pondok juga telah diwarisi oleh anak-anak muridnya. Melalui sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan karya-karya penulisan, ramai ulama yang telah dihasilkan. Antara yang paling masyhur ketika ini ialah Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang yang lebih dikenali dengan Baba Eil Sepanjang yang sangat aktif berdakwah kepada masyarakat di Patani dan juga Malaysia sehingga sekarang. Karya-karya Ayah Dir sehingga kini masih digunakan di pondok-pondok di Patani dan Malaysia khususnya di Kelantan dan Kedah. Ayah Dir juga merupakan seorang yang sangat lantang menentang fahaman yang lebih dikenali dengan al-Wahhabiyyah semasa zamannya. Sesungguhnya sumbangan Ayah Dir sehingga kini masih diingati dan digunakan sehingga kini. Ayah Dir Sekam meninggal dunia pada hari Khamis, 18 Rabiulawal 1412 Hijrah bersamaan 26 September 1991, sewaktu berusia 72 tahun Hijrah atau 70 tahun Masihi (Ahmad Fathi, 2002).
Latar Belakang dan Tujuan Penulisan Risalah Wasail Ilmu al-Kalam
Menurut tradisi ilmu dalam Islam, sesuatu penulisan adalah ditulis kerana dipicu oleh beberapa faktor sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Hazm iaitu untuk mengutarakan sesuatu yang asli, melengkapkan sesuatu yang belum lengkap, memperbaiki sesuatu yang dilihatnya salah, menjelaskan sesuatu yang rumit dan sukar, meringkaskan sesuatu karya yang panjang, menggabungkan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber dan menyatukan serta menyusun pelbagai maklumat secara tersusun (Wan Mohd Nor, 2019; Al- Hafnawi, 2017). Pada bahagian mukadimah kitab ini, pengarang telah menyatakan secara jelas tentang permasalahan yang ingin diketengahkan dalam penulisan beliau yang mana secara tidak langsung telah membayangkan topik perbincangan yang akan dibahaskan pada bahagian utama kitab beliau. Beliau menyebutkan pada perenggan kedua:
“Ketahuilah kamu hai saudara-saudara muslimin dan muslimat bahawa humbi dan sebesar-besar perkara yang mesti di atas kita itu ialah kenalkan Allah Taala dan Rasul- Nya. Iaitu sebagaimana yang tersebut didalam kitab-kitab ulama yakni yang alim-alim yang pandai-pandai itu ialah dengan menengahi mengetahui dan renti perkara-perkara
321
yang tiga bangsa yang bersakut paut dengan keduanya ialah hukum-hukum akal yang tiga. Maka hukum-hukum akal itu banyak dah orang-orang kita ingat dan tahu nama- namanya tetapi barangkali banyak lagi orang-orang yang tak kenal tuannya dan perkaranya. Oleh itu cuba saudara-saudara sudi perati serta pelage dan banding dengan ibarat-ibarat ulama pengarang-pengarang yang dahulu-dahulu dengan insaf…”.
Berdasarkan kenyataan ini, pengarang mengisyaratkan kepada pembaca bahawa karangan beliau ini adalah ditulis bagi membahaskan tentang hukum akal dengan secara terperinci bagi menyempurnakan lagi pengetahuan sedia ada para pembaca mengenai hukum akal. Hal ini kerana kebanyakan kitab-kitab tauhid khasnya kitab Jawi hanya menerangkan secara umum tentang hukum akal sahaja tanpa membincangkan secara mendalam mengenainya. Tambahan lagi, kebanyakan kitab Jawi tauhid meletakkan definisi hukum akal dengan menggunakan definisi subjek bagi hukum akal (al-mahkum), bukan pula definisi sebenar hukum akal. Sebagai contoh di dalam kitab tauhid yang terkenal di Nusantara iaitu Faridah al-Faraid yang dikarang oleh Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fatani menyebutkan:
“Dan erti wajib pada akal itu barang yang tiada tasawur pada akal ketiadaannya…dan mustahil itu barang yang tiada tasawur pada akal adanya…dan jaiz itu barang yang sah pada akal adanya dan tiadanya”.
Manakala Syeikh Daud al-Fatani di dalam kitabnya al-Dur al-Thamin turut memberikan definisi sepertimana yang disebutkan di atas juga iaitu:
“Ketahui olehmu bahawasanya hukum akli itu tersimpan ia atas tiga bahagi: wujub dan istihalah dan jawaz…maka yang wajib itu barang yang tiada dapat pada akal ‘adamnya dan yang mustahil itu barang yang tiada dapat pada akal wujudnya dan yang harus itu barang yang sah pada akal adanya dan tiadanya”.
Gaya penerangan tentang hukum akal seperti yang dipetik daripada karya-karya tauhid yang terkenal di atas turut dijelaskan oleh penulis kitab pada perenggan ketiga:
“Maka tiga-tiga yang kemudian ini ialah dikatakan perkara atau benda yang bersifat dengan hukum-hukum akal, maka ulama pengarang yang dahulu-dahulu metakrifkan mereka itu akan tiga-tiga yang akhir ini selalu kerana terkandung dan termasuk di dalamnya hukum-hukum akal gatik (juga) wallahu a‘lam”.
Melalui petikan di atas, pengarang menzahirkan metodologi penulisan ulama terdahulu yang hanya menyebutkan definisi bagi perkara yang dihukumkan oleh akal iaitu perkara wajib, mustahil dan jaiz, bukan pula diri hukum akal iaitu wujub, istihalah dan jawaz. Pendekatan sebegini diambil adalah kerana kefahaman terhadap definisi perkara wajib, mustahil dan jaiz sekaligus secara tidak langsungnya mengandungi kefahaman tentang diri hukum akal (Jamal Faruq, 2016). Disebabkan keadaan inilah penulis cuba mengarang sebuah karya bagi membahaskan tentang hukum akal dengan secara yang tepat dan komprehensif sebagaimana yang akan dinyatakan pada bahagian isi kandungan kitab. Penghasilan kitab ini dapat menjadi sebagai wasilah kepada para penuntut ilmu untuk memahami hukum akal dengan cara yang lebih sempurna bertepatan dengan tajuk kitab ini iaitu Wasail Ilmu al-Kalam yang membawa maksud
“wasilah-wasilah kepada ilmu kalam”. Lebih menarik lagi, berdasarkan pemerhatian penulis, risalah ini merupakan satu-satunya karya di Alam Melayu yang ditulis khas membincangkan tentang perbahasan hukum akal dan segala perkara yang berkaitan dengannya.
322
Isi Kandungan dan Analisis Metodologi Penulisan Risalah Wasail Ilmu al-Kalam
Pengarang telah meletakkan nama bagi risalah ini dengan Wasail ‘Ilm al-Kalam Wa Ra’fah Wa Rahmah Li al-‘Awam. Di halaman hadapan risalah ini pengarang menggunakan nama Abdul Qadir bin Wangah Wakaf Budi Sekam. Seperti yang dinyatakan di halaman judul tersebut, pengarang menyatakan tujuan utama risalah ini ditulis iaitu untuk menerangkan tentang hukum-hukum akal dan beberapa istilah asas ulama usuluddin yang ditujukan kepada keturunan beliau, murid-murid beliau dan orang Islam yang ingin mulai belajar asas agama Islam mengikut kaedah didikan ulama terdahulu.
Dalam penulisan artikel ini, penulis menggunakan versi cetakan yang tidak dinyatakan penerbit, tempat dan tahun penerbitan. Risalah ini mengandungi 23 halaman termasuk mukadimah. Walaupun karya ini agak ringkas dan nipis, tetapi ia merupakan sebuah risalah yang penting dan popular di kalangan pelajar- pelajar aliran pondok dan pengajian tradisional. Sepertimana yang dinyatakan oleh pengarang di halaman terakhir, risalah ini telah selesai ditulis pada pagi hari Selasa, 22 Syawal 1392 Hijrah (bersamaan 29 November 1972 Masihi menurut Islamicity.org Hijri-Gregorian Converter).
Secara ringkas, pengarang telah membahagikan kandungan risalah ini kepada sebelas tajuk perbincangan seperti berikut:
1. Mukadimah penulis (halaman 2-4).
2. Penjelasan secara ringkas mengenai maksud hukum akal (halaman 4-5).
3. Ringkasan terhadap topik sebelumnya (halaman 6).
4. Penjelasan mengenai hubungan antara ringkasan hukum akal dengan kenyataan/ibarat ulama (halaman 7-11).
5. Huraian mengenai akidah berkaitan ketuhanan melalui aplikasi hukum akal (halaman 11-12).
6. Kenyataan mengenai beberapa peringatan berkaitan perkara-perkara wajib, mustahil dan harus pada akal serta hubung kaitnya dengan hukum adat dan syarak (halaman 12-14).
7. Penjelasan mengenai sebahagian daripada ilmu makulat seperti zat dan sifat atau aradh (halaman 14-16).
8. Huraian mengenai perkara yang wujud, perkara yang sabit, perbezaan qadim dan azali (halaman 16-17).
9. Perbahasan mengenai definisi qadim, azali dan perkara baharu yang hakiki serta majazi (halaman 18-19).
10. Penerangan mengenai perkara mustahil yang tidak termasuk dalam perkara yang qadim, baharu dan azali (halaman 19-21).
11. Penutup dan beberapa nasihat serta peringatan kepada orang-orang Islam (halaman 21-23).
Secara umumnya kitab ini memfokuskan perbincangan tentang hukum akal dan segala perkara yang berkaitan dengannya seperti pembahagian hukum akal serta definisi bagi setiap satu daripadanya.
Bersesuaian dengan tujuan penulisan di atas, pengarang telah memuatkan hampir daripada separuh kitab beliau mengenai huraian secara halus dan terperinci berkenaan hukum akal. Kemudian beliau membahaskan pula tentang kewujudan dan ontologi yang merangkumi kewujudan Tuhan dan makhluk seterusnya dimuatkan dengan penerangan tentang sebahagian daripada ilmu maqulat seperti jirim dan jauhar fard yang merupakan zat kepada makhluk. Pada bahagian seterusnya, pengarang menerangkan maksud bagi beberapa istilah seperti qadim, azali, baharu hakiki dan baharu majazi yang mana kesemuanya ini merupakan sifat kepada perkara yang berkaitan dengan perbincangan kewujudan sebelum ini. Manakala pada bahagian akhir kitab, pengarang memberikan peringatan kepada kaum Muslimin agar berusaha dengan sebenar-benarnya dalam melakukan ketaatan dan meninggalkan perkara yang ditegah seterusnya mencari jalan yang membawa kepada syurga.
Dari aspek pendekatan metodologi yang dipraktikkan oleh pengarang, ianya boleh dilihat pada tiga perkara iaitu penterjemahan istilah bahasa Arab, penggunaan tamsilan yang bersifat setempat dan penggunaan bahasa tempatan. Perbahasan tentang hukum akal dan segala perkara yang berkaitan dengannya
323
adalah merupakan sebahagian daripada perbincangan ilmu kalam. Manakala ilmu kalam pula adalah perbincangan tentang akidah yang bersumberkan al-Quran, hadis dan kitab-kitab ulama yang ditulis di dalam bahasa Arab. Apabila perbincangan tentang ilmu ini ingin dibahaskan di dalam bahasa Melayu maka antara kesukaran dan cabaran yang perlu dihadapi adalah penterjemahan bagi istilah dan juga kata kunci bagi beberapa perkara. Disebabkan itu sesuatu terjemahan itu mestilah bertepatan dengan maksud asal bagi sesuatu perkara melalui penggunaan istilah-istilah bahasa Melayu yang tepat dan betul. Ini adalah kerana bahasa itu akan membayangkan hakikat bagi sesuatu (Al-Attas, 2019). Jika kalimah terjemahan yang digunakan tidak tepat maka kefahaman asal bagi sesuatu hakikat itu juga akan terpesong.
Dalam kitab ini, pengarang telah melakukan proses penterjemahan dengan secara yang teliti melalui pemilihan istilah bahasa tempatan yang bertepatan dengan maksud asal bagi istilah Arab yang diterjemahkan. Bagi sesetengah perkataan, pengarang turut mendatangkan beberapa istilah lain yang mempunyai makna yang sama. Berikut merupakan senarai kata-kata kunci yang diterjemahkan oleh penulis:
Bil. Bahasa Arab Bahasa Melayu
1. Wujub Mesti
2. Istihalah Tidak
3. Jawaz Padan atau Patut
4. Intifauhu Ternafinya
5. Ma Barang/Perkara/Benda
6. Thubutuhu/Tahaqququhu Sungguhnya
7.
همدع لقعلا فى روصتي لا ام بجاولاف
Maka wajib itu ialah barang yang tidakdibenarkan pada fikiran akal tiadanya
8.
ءافتنلاا لبقي لا ام بجاولا
Yang wajib pada akal itu ialah barang yangtidak menerima ia akan ternafinya
9.
هدوجو لقعلا فى روصتي لا ام ليحتسلماف
Maka mustahil itu barang yang tidakdibenarkan pada akal adanya
10.
توبثلا لبقي لا ام ليحتسلما
Mustahil itu barang yang tidak terima ia akansungguh
11.
هل لوأ لا ام
Barang yang tidak ada mula baginya12.
هل لوأ لا دوجوم
Perkara yang ada yang tidak ada mula baginya13.
مدع دعب دوجوم
Perkara yang ada kemudian daripada takdak14.
مدع دعب ددجتم
Yang berdatangi kemudian daripada tidakSeterusnya bagi memudahkan para pembaca daripada kalangan masyarakat Melayu, pengarang telah membuat tamsilan dan contoh yang bersifat tempatan dengan menggunakan alatan, binatang dan buah- buahan yang terdapat di kawasan setempat seperti buah “nyor” (buah kelapa), kapal terbang, ular, butir kekacang, basikal, bubur, rumah ibu, serambi, buah kayu, bajak dan parang. Penggunaan istilah sebegini di dalam jumlah ayat contoh akan membuka ruang yang lebih luas untuk difahami oleh orang awam kerana contoh tersebut terdiri daripada perkara yang biasa dilihat dan diketahui umum. Antara perumpamaan yang dibuat oleh penulis adalah seperti berikut:
“Disini nampaknya jaiz itu ialah terkena di atas perkara yang menerima ia akan adanya dan akan tiadanya jua seperti buah nyor dan umpamanya”.
324
“…maka ini takrif misalnya seperti kita mentakrifkan ular iaitu binatang menguja yang tidak ada kaki baginya”.
“…lagi pula budak-budak pun tahu bahawa butir kekacang umpama basikal itu tidak boleh dibuat bubur kerana tidak bergaulnya dengan lemak manis bekakas bubur itu”.
Manakala pendekatan pengarang daripada aspek penggunaan istilah dan perkataan tempatan dapat dikenalpasti dalam hampir keseluruhan teks. Perkataan yang digunakan adalah merujuk kepada bahasa Melayu Patani yang merupakan negeri asal bagi pengarang. Seperti karya-karya pengarang yang lain, Risalah Wasail Ilmu al-Kalam ini ditulis dalam bentuk yang mudah dan bersahaja menggunakan bahasa Melayu loghat Patani. Banyak perkataan dan istilah dalam loghat Patani yang pekat digunakan sepanjang penulisan risalah ini. Hal ini kerana pengarang menumpukan penulisan beliau ini untuk menjelaskan kepada audiens masyarakat tempatan agar lebih mudah difahami dan diterima, terutama mereka yang tinggal di pedalaman. Maka tidak hairanlah beliau menggunakan perkataan atau loghat tempatan kerana karya ini ditulis khas kepada anak cucu dan juga warga masyarakat setempat. Antara perkataan yang digunakan adalah:
Bil. Bahasa Tempatan Maksud
1. Pelaga )
كلَف
( Bandingkan2. Renti )
تينر
( Faham3. Halak )
قلاه
( Biarkan4. Hak Dak )
قد قح
( Yang Tidak5. Gatik (
قيتاك
) Juga6. Setokor (
روكوتس
) Seketul7. Buah Nyor (
روينأ هاوب
) Buah Kelapa8. Kerisik (
كيسيرك
) Mengetam9. Kepet (
تيفك
) Kemik/Leper10. Binatang menguja (
اجوغم غتانب
) Binatang melata 11.Bergumur (
روموكرب
) Bergaduh12. Butir kekacang basikal (
لكيسب غجاكك يرتوب
) Bearing basikal13. Cuta (
تَوج
) Contoh14. Itar (
راتيإ
) Cari/Selidik15. Saru (
وراس
) Haru biru16. Salah gamak (
قماك هلاس
) Salah faham325
17. Memisah (
هسيمم
) Berusaha18. Berkocing (
غيجوكرب
) Bergoyang19. Semabul (
لوباسَ
) Kesamaran20. Wit (
تيو
) Tempat maksiat21. Bong (
غوبا
) Tempat berjudi22. Ragang (
غكار
) JalanDisamping pendekatan yang dijelaskan di atas, terdapat juga beberapa perkataan yang digunakan oleh pengarang bagi memulakan sesuatu perbincangan dan untuk menegaskan sesuatu perkara yang penting dan membuat kesimpulan seperti “ketahuilah kamu hai saudara-saudara muslimin dan muslimat”, “hamba menerangkan”, “jaga-jaga”, “kaum-kaumku yang dikasihi” dan “sepatah kata”.
Kesimpulan
Karya-karya turath yang ditulis oleh para ulama silam memuatkan perbincangan dan perbahasan yang menggabungkan pendekatan dan fahaman akal bagi memahami nas-nas syarak sama ada al-Quran atau sunnah. Dengan kefahaman yang jelas bahawa Islam tidak menolak akal secara total bahkan mengiktiraf akal sebagai wadah untuk memahami wahyu, terhasillah pelbagai bidang ilmu Islam seperti ilmu usul fiqh, usuluddin dan mantik yang sarat menggunakan pendekatan dan elemen aplikasi akal. Dari sini terhasil juga pelbagai istilah dalam bahasa Arab mengikut kehendak maksud bidang ilmu yang berkenaan. Oleh itu, karya-karya ini perlu dipelajari dan disebarkan kepada masyarakat Islam dengan kaedah dan manhaj pengarang dan bidang ilmu tersebut agar tidak tersalah dalam memahami dan menafsir nas-nas syarak.
Penterjemahan karya-karya ini ke dalam bahasa tempatan adalah sangat perlu agar ilmu-ilmu Islam dapat disampaikan secara rata, namun proses penterjemahan ini perlu dilakukan oleh mereka yang ahli dan pakar serta menguasai perbahasan ilmu dalam bidang yang berkenaan dan selok-belok bahasa Arab.
Risalah Wasail Ilmu al-Kalam hasil penulisan Ayah Dir Sekam merupakan satu karya yang sangat tinggi nilainya. Penjelasan yang tepat tentang istilah-istilah ulama usuluddin terutama berkenaan hukum akal yang diutarakan oleh karya ini sangat penting untuk dipelajari dan diperjelaskan kepada para penuntut ilmu dan orang awam bagi mengelakkan berlakunya kesilapan dalam memahami maksud para ulama silam.
Karya ini merupakan salah satu teks asas ilmu usuluddin yang sangat sesuai untuk diambil isi-isi pentingnya dan panduan-panduan ringkas yang terdapat di dalamnya sebagai rujukan dan panduan masyarakat Islam di Nusantara, khususnya Malaysia. Walaupun agak ringkas tetapi karya ini mampu menjelaskan dengan baik asas-asas yang meliputi beberapa pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang Muslim agar tidak salah dalam beriktikad.
Rujukan
‘Ali Jum‘ah Muhammad. (2007). Al-Madkhal Ila Dirasat al-Mazahib al-Fiqhiyyah (Cet. 2). Kaherah: Dar al-Salam.
‘Ali Jum‘ah Muhammad. (2015). Al-Tariq Ila al-Turath al-Islami. Jizah: Dar Nahdhah Misr.
Abdul Aziz bin Ismail al-Fatani. (1994). Risalah al-Misbah al-Munir fi Ma‘rifat Allah al-Qadir (Cet. 3).
Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
Abdul Ghani Yahya & Umar Yusuf. (t.th.). Risalah al-Tauhid. Johor Bahru: Al-Ahmadiah Press.