• Tidak ada hasil yang ditemukan

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. Judul Pengakuan Penulis. Penghargaan Abstrak. Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. Judul Pengakuan Penulis. Penghargaan Abstrak. Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i Pengakuan Penulis ii Dedikasi iii Penghargaan v Abstrak vi Abstract vii Kandungan viii Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xii

Senarai Lampiran xiii

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Objektif Kajian 6 1.4 Kepentingan Kajian 6 1.5 Hipotesis Kajian 7 1.6 Limitasi Kajian 8 1.7 Delemitasi Kajian 8 1.8 Definisi Operasional 9 BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

(2)

2.3 Kajian Berkaitan 15

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 18

3.2 Reka Bentuk Kajian 19

3.3 Tempat Kajian 19 3.4 Sampel Kajian 19 3.5 Instrumen Kajian 20 3.6 Prosedur Kajian 21 3.7 Pembolehubah Kajian 31 3.8 Pengumpulan Data 34 3.9 Penganalisaan Data 34 3.10 Kajian Rintis 34

BAB IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Diskriptif 36 4.3 Analisis Inferensi 64

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

(3)

5.3 Perbincangan Kajian 67 5.4 Kesimpulan 69 5.5 Cadangan 70 5.6 Penutup 72 RUJUKAN 73 LAMPIRAN 76 SENARAI JADUAL

(4)

NO. TAJUK MUKA SURAT JADUAL

1 Senarai semak peralatan Electromyography I, 28 Standard and Integrated (EMG)

2 Senarai semak peralatan Back Strength Helmas 28 3 Taburan Bilangan dan Peratusan Subjek 36

Mengikut Umur

4 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Berat Badan 38 5 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Ketinggian 40

6 Aktiviti Latihan Bebanan Minggu Pertama

(Isnin, Rabu Dan Jumaat) 42 7 Aktiviti Latihan Bebanan Minggu Kedua

(Isnin, Rabu Dan Jumaat) 44 8 Aktiviti Latihan Bebanan Minggu Ketiga

(Isnin, Rabu Dan Jumaat) 46 9 Aktiviti Latihan Bebanan Minggu Keempat

(Isnin, Rabu Dan Jumaat) 48 10 Kekuatan Maksimum Otot Trapezius Subjek Bagi

Ujian Pra 51

11 Kekuatan Maksimum Otot Trapezius Subjek Bagi

Ujian Pos 57

12 Kekuatan Maksimum Otot Trapezius Subjek Bagi

(5)

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Peratusan Subjek Mengikut Umur 37 2 Peratusan Subjek Mengikut Berat Badan 39 3 Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 41 4 Bilangan Ulangan Dan Set Setiap Latihan

Pada Minggu Pertama 43 5 Bilangan Ulangan Dan Set Setiap Latihan

Pada Minggu Kedua 45 6 Bilangan Ulangan Dan Set Setiap Latihan

Pada Minggu Ketiga 47 7 Bilangan Ulangan Dan Set Setiap Latihan

Pada Minggu Keempat 49 8 Peratus Bebanan Daripada 1 Ulangan

Maksimum Latihan Pada Setiap Minggu 50 9 Kekuatan Maksimum Otot Trapezius Subjek

Bagi Ujian Pra 56 10 Kekuatan Maksimum Otot Trapezius Subjek

Bagi Ujian Pos 62

11 Perbandingan Skor Min Kekuatan Maksimum

Subjek Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos 63 12 Kawasan Penerimaan Dan Penolakan Hipotesis 65

(6)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Rekod Kesihatan Dan Kecergasan Diri 76

B Panduan Pemilihan Subjek Kategori A Daripada

American College of Sport Medicine (ACSM,1980) 77

C Surat Perlantikan Sebagai Subjek Kajian 78

D Surat Perjanjian 79

E Borang Rekod Data

Electromyography I Standard Integrated (EMG) 80

F Jadual Latihan Bebanan 81

G Analisis Ujian-t (T-test) 84

H Aktiviti Sampel 85

(7)

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepelbagaian sukan di negara kita menjadikan negara kita adalah di antara negara yang mementingkan kesihatan untuk rakyatnya. Bukan itu sahaja, negara kita juga terkenal dengan penganjuran sukan terbesar di dunia di peringkat antarabangsa. Dunia mula memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang berkemampuan untuk menjadi tuan rumah penganjuran sukan yang berprestij Tetapi, adakah negara kita hanya mampu untuk menjadi tuan rumah sahaja tanpa menghasilkan atlit-atlit yang bertaraf

antarabangsa?.

Tanggapan orang ramai pada masa dahulu mengenai sukan hanyalah sebagai aktiviti rekreasi untuk kesihatan diri , tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa sukan hanyalah aktiviti sampingan untuk mengisi masa lapang, apa yang lebih

menghairankan ada yang beranggapan sukan hanya memenatkan badan sahaja, lebih baik berehat di rumah menyimpan tenaga untuk melakukan aktiviti yang lebih penting seperti bekerja.

Namun begitu, semua tanggapan negatif mengenai sukan dapat dibuktikan sebagai tuduhan tidak berasas pada masa kini. Menurut Roy Hawkey (1991), sukan adalah aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal, melibatkan petandingan dan aktiviti

(8)

yang melibatkan pengukuran kuantiti seperti masa, matlamat, kemenangan dan tujuan. Apa yang lebih penting adalah aktiviti bersukan dapat menyihatkan badan serta dapat menghindarkan diri daripada mudah diserang penyakit.

Pada masa kini sukan bukan sahaja dianggap sebagai aktiviti rekreasi tetapi ianya juga antara aktiviti dunia yang dapat menguntungkan pelbagai pihak, pendek kata sumber pendapatan. Sukan boleh dikategorikan kepada banyak bahagian, diantaranya adalah trek, bola, sasaran, air, lasak dan sebagainya.

Setiap jenis sukan itu disertai oleh mereka yang mempunyai fizikal yang bersesuaian. Sebagai contoh sukan lasak sepeti ragbi disertai oleh mereka yang

mempunyai keadaan fizikal yang berotot kuat. Menurut Mahamd Amran Kamsi (1993), suatu masa dahulu ragbi dianggap permainan untuk golongan elit dan cuma sekolah-sekolah di asrama dan terpilih sahaja yang bermain ragbi. Menurut beliau lagi, kepopularitiannya tidak begitu meluas disebabkan tidak ramai yang mengetahui selok belok mengenai permainan ini.

Segilintir pendapat menyatakan kebimbingan untuk melibatkan diri di dalam sukan ragbi disebabkan oleh keganasan permainan ini. Namun begitu, adakah tanggapan ini boleh diterima oleh semua pihak? Bagaimana yang berminat dengan permainan ini?. Tetapi kini sukan ragbi telah mula mendapat mendapat perhatian dan mula diminati oleh sebahagian daripada masyarakat. Semakin banyak sekolah-sekolah yang telah

mengambil bahagian dalam sukan ini, termasuk di peringkat sekolah rendah.

Kebanyakan sekolah menengah kini telah menjadikan sukan ragbi sebagai sukan utama untuk menaikkan nama sekolah. Ini tidak keinggalan juga di peringkat institusi pengajian tinggi.

Apa yang lebih membanggakan lagi ialah Kementerian Pendidikan sendiri

mengeluarkan sukatan isi pelajaran ragbi untuk dipelajari oleh pelajar menengah atas. Ini membuktikan bahawa sukan ragbi bukanlah sukan yang sangat merbahaya cuma

(9)

memerlukan fizikal yang berotot kuat. Kekuatan otot yang maksimum dapat memuaskan hati pemain menikmati kepuasan sebenar setiap sukan yang mereka ceburi.

Jika kita melihat serba sedikit mengenai sejarah sukan ragbi, ramai percaya bahawa sukan ini telah wujud sejak 1823 semasa William Webb Ellis iaitu orang pertama yang membuat peraturan mengenai bola sepak ketika itu, pada mulanya membawa bola dengan tangannya sambil berlari. Maka tercetuslah untuk membuat peraturan mengenai permainan ragbi. Tetapi dipercayai bahawa peraturan yang digunakan pada masa ini adalah perubahan demi perubahan yang dilakukan dari masa ke semasa untuk menjadikan sukan ragbi lebih menarik untuk dimainkan.

Menurut De Vries (1980), dalam kebanyakan aktiviti sukan sekiranya kekuatan otot atlit semakin baik maka semakin cemerlanglah aktiviti sukan dipersembahkan. Tahap latihan yang berterusan dan bersesuaian serta mengikut program latihan yang telah dirancang dapat memaksimumkan kekuatan otot. Terdapat pelbagai jenis latihan untuk membina kecergasan fizikal di antaranya adalah latihan bebanan. Latihan bebanan ialah latihan upaya yang membolehkan badan bergerak daripada secara biasa kepada

pergerakan yang sukar dilakukan dan menyebabkan otot-otot menjadi lebih kuat (sumber daripada American Orthopaedic Society for Sports Medicine)

Menurut Mohd. Khairi Zawi (1989), terdapat beberapa kesan fizikal dan fisiologi hasil daripada latihan bebanan. Di antara kesan-kesan tersebut adalah perubahan pada fungsi otot, perubahan pada saiz otot, perubahan-perubahan biokimia, perubahan pada komposisi tubuh dan perubahan pada sendi pergerakan.

Tahap kekuatan otot juga mampengaruhi sesuatu latihan. Keupayaan otot melakukan bebanan yang tinggi dalam tempoh masa yang lama akan mempengaruhi keputusan pencapaian seseorang atlit. Ini akan memberi kesan positif terhadap prestasi, kepantasan dan ketangkasan. Mengikut aspek fisiologi seseorang akan mempunyai tubuh

(10)

fizikal yang tegap dan sasa serta struktur tulang yang keras bagi menjamin risiko mendapat kecederaan yang dioptimakan.

Menurut Fox dan Mathews (1981), menyatakan bahawa kekuatan otot adalah merupakan jumlah daya yang dihasilkan oleh sekumpulan otot untuk mengatasi sesuatu rintangan atau halangan. Terdapat 6 faktor yang mempengaruhi kekuatan otot seseorang iaitu otot fiber, kepanjangan otot, tempat pelekatan tendon dan latihan yang sistematik. Seseorang yang mempunyai kepanjangan otot yang pendek mempunyai tahap kekuatan yang rendah berbanding seseorang yang mempunyai kepanjangan otot yang lebih panjang. Pernyataan ini turut disokong oleh Chad Tackett (2001) yang menyatakan individu yang memiliki otot yang pendek kurang berpotensi untuk membina saiz dan kekuatan otot.

Secara amnya, fizikal seseorang memainkan peranan penting bagi memastikan latihan pembinaan otot-otot badan yang sesuai untuknya. Latihan yang bermutu adalah latihan yang mematuhi prinsip-prinsip latihan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, jika latihan yang diberikan adalah sama untuk atlit dan tidak ada prinsip ansur maju, maka tiada peningkatan dari segi pembinaan otot akan diperolehi oleh atlit walaupun latihan yang dijalani mengambil masa yang panjang.

Tahap kekuatan otot yang optimum membantu proses pembelajaran sesuatu kemahiran dengan lebih lancar dan akan memeberikan kestabilan yang baik kepada bahagian-bahagian sendi. Ia juga dapat mengurangkan risiko mendapat kecederaan. Kekuatan merupakan komponen yang penting melibatkan bahagian seluruh anggota badan. Seseorang yang mampu mengeluarkan tenaga maksimum di dalam tempoh masa yang ditetapkan dikatakan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

(11)

1.2 Penyataan Masalah

Negara kita adalah di antara negara yang terkenal dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Kita tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti segala kemajuan yang telah dinikmati oleh negara barat. Segala usaha untuk membangun bersama dengan negara maju sedang dijalankan, tidak kira siapa yang menjalankannya samada anak tempatan kita sendiri atau pun dari orang luar.

Apa yang penting negara kita juga mampu untuk maju setapak demi setapak tidak kira apa jua bidang yang diceburi. Kerajaan kini sedang berusaha untuk bersaing dalam satu bidang yang tidak pernah putus untuk dibicarakan iaitu sukan. Jika kita merenung sejenak banyak kemajuan sains dan teknologi yang telah dicapai dalam bidang sukan, tetapi persoalannya mengapa atlit di negara kita tidak setaraf dengan negara lain yang sama-sama mempunyai kemajuan sains dan teknologi dalam bidang sukan? Di manakah silapnya, adakah dari pengurusan, jurulatih atau pun atlit itu sendiri?

Kita tidak seharusnya menunding jari kepada mana-mana pihak kerana jika difikirkan secara logiknya Tuhan telah memberikan akal fikiran kepada kita, tidak salah jika kita memikirkan jalan penyelesaian bersama-sama terutamanya orang yang telah atau lebih berpengetahuan kepada masalah yang dinyatakan.

Hasil daripada kesedaran ini, penyelidik berpendapat adalah lebih baik mempraktikkan apa yang telah dipelajari bermula daripada awal, bermula daripada golongan yang kita kenal dan ini amat penting untuk menyediakan diri di masa akan datang iaitu mendidik anak bangsa dan bakal-bakal atlit negara.

Ragbi adalah permainan yang mementingkan kekuatan otot, tidak kira apa jua teknik yang dilakukan dalam permainan tersebut. Jika kita lihat permainan ragbi, teknik individu atau pun berpasukan seperti ‘tackling’ terhadap pihak lawan, ‘scrummage’,

(12)

‘ruck’ atau ‘maul’ banyak menggunakan otot bahagian bahu iaitu otot trapezius untuk memenangi semua teknik tersebut. Siapa kuat, dia menang.

Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengkaji kekuatan otot bahu terutamanya otot trapezius (bahagian atas belakang) ke atas pemain-pemain ragbi pasukan Sains Sukan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang boleh dikatakan baru berjinak-jinak dalam sukan tersebut. Perubahan otot pada bahagian otot bahu (trapezius) menjadi punca utama penyelidik berminat untuk melihat perubahan otot yang berlaku. Hal ini adalah kerana otot bahu (trapezius) banyak

digunakan di dalam permainan ragbi yang tidak pernah diceburi oleh semua subjek sebelum ini.

Referensi

Dokumen terkait