• Tidak ada hasil yang ditemukan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 : Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 : Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN SEKOLAH JABATAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN)

PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Telefon : 03-2556900

Fax : 03-2535150

Kawat : “PELAJARAN”

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : KP(BS)8591/Jld.VIII / (18)

Tarikh : 19 Oktober 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 : Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas

Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6

Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Tuan sedia maklum, selepas tamat peperiksaan UPSR, murid-murid khasnya di Tahun 6, kurang tertarik untuk datang ke sekolah. Untuk menarik minat murid-murid supaya terus hadir di sekolah, adalah dicadangkan pihak sekolah merancang dan melaksanakan program, projek dan aktiviti yang dapat mendatangkan faedah dan manfaat kepada mereka.

2. Bersama ini dilampirkan Lampiran A yang mengandungi cadangan-cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memenuhi masa murid-murid dengan lebih bermakna.

3. Harap maklumkan dengan segera kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua Guru Bear di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

(2)

s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Mohd. Khalid b. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn

Timbalan Menteri Pendidikan 4. Ketua Setiausaha

Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I

Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Timbalan Ketua Setiausaha I

Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II

Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Timbalan Ketua Setiausaha II

Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Ketua-Ketua Bahagian

Kementerian Pendidikan Malaysia 10. Pegawai Perhubungan Awam

(3)

LAMPIRAN A GARIS PANDUAN

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR UNTUK TAHUN 6

Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan cadangan danpihak sekolah bolehlah memilih melaksanakannya mengikut kemampuan, kemudahan-kemudahan yang ada dan kedudukan sekolah.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DICADANGKAN 1. Pelajaran Tambahan

2. Kegiatan-Kegiatan Di Dalam/Luar Kawasan Sekolah

2.1 Permainan-permainan olahraga, gimnastik, permainan-permainan seperti mencungkil bakat, syarahan, pantun, muzik, nyanyian, lakonan/drama, bahas, kuiz, karangan dan lain-lain;

2.2 Peraduan syarahan, kuiz, catur, bahas dan sebagainya; 2.3 Rancangan ”Buku Hijau”, berkebun, menternak;

2.4 Khidmat gotong-royong di sekolah seperti :

(a) Membersih dan mencantikkan alam sekitar (environment) sekolah; (b) Mengecat perabot, membaiki harta benda sekolah, menyelenggara

perpustakaan.

2.5 Tayangan filem-filem pendidikan, Radio/TV Pendidikan, Video. 3. Lawatan Sambil Belajar

Melawat tempat-tempat yang berfaedah dan menarik seperti :- 3.1 Kilang-kilang dan kawasan perindustrian;

3.2 Ladang-ladang dan kilang-kilang getah, kelapa sawit dan tempat-tempat lain yang sesuai;

3.3 Kolam air, kolam ikan, rancangan tali air; 3.4 Tempat-tempat ternakan, zoo;

3.5 Pejabat-pejabat kerajaan, Pejabat Pos, Pejabat Daerah, Mahkamah, Balai Polis, Bomba dan lain-lain;

3.6 Hospital, pusat kesihatan, klinik-klinik dan lain-lain; 3.7 Ke sekolah-sekolah luar bandar dan sebaliknya;

(4)

3.9 Institusi-institusi pendidikan dan latihan; 3.10 Dan lain-lain.

4. Ceramah Keselamatan,, Kemasyarakatan Dan Lain-Lain

Mengundang para jemputan luar seperti ibu bapa/ahli PIBG, ahli Jemaah Pengurus Sekolah, Pegawai Polis, Pegawai Tentera dan lain-lain untuk memberi ceramah yang ada kaitan dengan keselamatan, kemasyarakatan dan lain-lain.

Tajuk-Tajuk Ceramah Keselamatan, Kemasyarakatan Dan Lain-Lain Yang Dicadangkan

i. Keselamatan (jalan raya, di rumah, di sekolah, air dan lain-lain). ii. Pendaftaran Kad Pengenalan.

iii. Pendidikan alam sekitar (Environmental Education), pencemaran dalam (pollution), ekologi dan lain-lain.

iv. Perkhidmatan kemasyarakatan – rukun tetangga, kelab-kelab belia, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan lain-lain.

5. Pertunjukan

5.1 Kebudayaan

i. Adat istiadat perkahwinan berbilang kaum/bangsa ii. Tarian-tarian asli dan moden kaum di Malaysia

iii. Permainan seperti congkak, gasing, kompang dan lain-lain. iv. Seni mempertahankan diri (martial arts).

5.2 Pameran

Pameran-pameran seperti hasil projek-projek yang disediakan.

5.3 Hari Pesta

6. Hobi-Hobi Berunsur Kreatif (Termasuk Hobi Saintifik) Karya-karya diperbuat daripada bahan- bahan seperti : i. Kayu;

ii. Tanah liat; iii. Kertas; iv. Kain; v. Plastik; vi. Kaca/Tembikar; vii. Logam; viii. Batu;

(5)

7. Rancangan Kegiatan Dakwah Islamiah Untuk Murid Tahun 6 Selepas Peperiksaan UPSR

7.1 Tujuan

(i) Menyubur dan menjiwai murid-murid dengan ajaran Islam sebagai benteng menyekat mereka dari tercebur di dalam perkara-perkara maksiat seperti dadah, judi dan sebagainya.

(ii) Untuk menarik minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah disamping membasmi anggapan tempoh belajar telah habis dengan berakhirnya peperiksaan UPSR.

(iii) Mendedahkan kepada murid-murid ajaran Islam yang murni sebagai satu cara hidup yang mesti diikuti di samping memberi peluang murid-murid mengemukakan kemusykilan mereka di dalam hal beragama. (iv) Menambah pengetahuan murid-murid dari perkara-perkara yang tidak

terdapat dalam buku teks mereka.

(v) Mempraktikkan ajaran-ajaran yang pernah diterima di segi ibadat dan muamalat.

(vi) Menyemai kesedaran beragama dengan cara yang betul dan mengikis fahaman yang tidak tepat mengenai agama Islam.

(vii) Menolong guru-guru mengawal disiplin sekolah dan juga ibu bapa menyelesaikan masalah pendidikan Islamiah di kalangan anak-anak mereka dengan cara yang lebih tepat dan berkesan.

7.2 Susunan Gerakerja

(i) Penceramah bukan dari guru yang mengajar mereka tetapi guru-guru agama yang mengajar darjah lain bagi menambah sambutan murid-murid (jika guru sekolah sendiri).

(ii) Adakan pertukaran penceramah dikalangan guru-guru agama bagi sekolah-sekolah berhampiran.

(iii) Penceramah dari luar yang diperakui oleh pihak Jabatan Pendidikan boleh dijemput ke majlis ini, tetapi jika melibatkan wang hendaklah dari wang sekolah/persatuan agama.

(iv) Tajuk dan corak kegiatan hendaklah ditukar tiap-tiap hari, masa kegiatan hendaklah pada waktu pagi dan awal petang bagi sekolah-sekolah bersesi.

7.3 Rancangan

(i) Syarahan/ceramah (ii) Soal jawab agama (iii) Forum agama

(6)

(v) Latihan kerohanian seperti berzikir, berdoa dengan diterangkan cara-caranya sekali.

(vi) Latihan amali perkara-perkara yang melibatkan kehidupan harian seperti sembahyang dan sebagainya.

(vii) Lain-lain rancangan agama yang sesuai. 7.4 Tajuk-Tajuk

7.4.1 Fiqah

(i) Kebersihan (attaharah), makanan/minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain.

(ii) Sembahyang dan hikmah-hikmahnya, bagaimana boleh sembahyang dengan baik dan jenis-jenis sembahyang termasuk sembahyang sunat yang selalu diamalkan.

(iii) Zikir dan doa yang diamalkan tiap-tiap hari seperti tahlil, doa selepas sembahyang serta aturan-aturannya sekali.

(iv) Konsep halal dan haram dan hikmat-hikmatnya kepada manusia.

7.4.2 Tauhid

(i) Mengadakan perbincangan umum mengenai ketuhanan, kenabian dan soal-soal akhirat.

(ii) Sejaran/Budi Pekerti.

(a) Hormat dan taat kepada kedua-dua ibu bapa (b) Hormat dan taat kepada guru

(c) Apakah maksud taat kepada pemerintah (d) Adab bergaul dengan jiran

(e) Sifat-sifat terpuji Nabi Muhamad s.a.w. yang patut dicontohi

(f) Nilai-nilai moral dalam ajaran Rasulullah (g) Memperkenalkan tokoh-tokoh Islam

Referensi

Dokumen terkait