• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Masyarakat Setempat Terhadap Pe

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Persepsi Masyarakat Setempat Terhadap Pe"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

Persepsi Masyarakat Setempat Terhadap Pembangunan Homestay Rumah Benjamin Angki di

Kanowit

Jeniffer Empiang Liman Penyelia: Encik Shaik Azahar Shaik Hussain

Ismail

_______________________ _______________________ _____________

Abstrak

Homestay merupakan salah satu tempat penginapan semasa pelancongan yang berteraskan satu budaya sesebuah kaum. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor dan strategi-strategi yang digunakan oleh pihak

homestay dalam

(2)

masyarakat setempat dalam aktiviti yang dijalankan. Dalam kajian ini seramai 335 orang masyarakat setempat dijadikan sebagai responden. Pengkaji telah menggunakan beberapa analisa data untuk menganalisis data yang diperolehi semasa proses

pengumpulan data

(3)

Pengenalan

Program ini diperkenalkan

oleh Kementerian

Pelancongan dan

Kebudayaan Malaysia pada tahun 1955. Ia telah

memberikan ruang

penginapan kepada para pelancong sama ada pelancong asing mahupun pelancong tempatan. Ia juga akan berkonsepkan budaya atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau kaum di kawasan tersebut. Para pelancong memperolehi pengalaman yang luar biasa

sekiranya mereka

menjadikan inap desa sebagai tempat penginapan

mereka sepanjang

pelancongan mereka.

Memilih homestay sebagai

tempat penginapan

sepanjang percutian mereka merupakan satu pilihan yang tepat. Walaupun dengan harga penginapan homestay

(4)

pengalaman yang mereka perolehi daripada itu sangat berguna dan unik. Para pelancong berasa puas hati dengan layanan yang diterima jika dibandingkan dengan hotel-hotel mewah. Selain daripada menerima layanan yang baik, para pelancong juga berpeluang untuk merasakan dan menjalankan gaya hidup masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak penganjur berdasarkan budaya dan warisan kaum mereka sendiri.

Pada tahun 8 Februari 2011, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) telah mengiktiraf homestay Rumah Benjamin Angki sebagai salah satu homestay yang terdapat di Sarawak. Pada 21 Mei 2011, YB Datuk Gramong Juna selaku Menteri Muda Pelancongan (Acara & Barangan Tempatan) dan Menteri Muda Kemajuan Tanah

Sarawak telah

(5)

pengiktirafan homestay di Rumah Benjamin Angki, Kanowit.

Permasalahan Kajian

Bagi permasalahan kajian yang pertama ialah penglibatan masyarakat setempat dalam aktiviti program homestay yang diadakan oleh pihak homestay ini masih dalam keadaan yang kurang memberangsangkan.

Permasalahan penyelidikan yang kedua ialah permilihan bilik yang dijadikan sebagai

tempat penginapan

sepanjang percutian disebabkan beberapa ciri yang dititikberatkan oleh pengunjung atau pelancong dalam permilihan tempat penginapan.

Pengkaji juga telah

mengemukakan isu

(6)

mempunyai strategi yang

sistematik dalam

menjalankan aktiviti atau acara yang melibatkan kerja promosi sesuatu produk.

Objektif

1. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan

masyarakat setempat dalam program homestay di daerah Kanowit.

2. Menganalisa ciri-ciri rumah pilihan utama para pelancong semasa program homestay diadakan.

3. Mengkaji strategi-strategi yang digunakan oleh pihak penganjur untuk memperkenalkan program homestay kepada orang awam.

Hipotesis Kajian

(7)

program homestay ini sangat tinggi.

Hipotesis 0: Penglibatan masyarakat setempat dalam program homestay ini sangat rendah.

Kerangka Konsep

Ia merupakan sebuah gambaran secara kasar

sebuah kajian. Ia

memainkan peranan yang penting dalam sebuah

penyelidikan yang

berunsurkan tujuan ilmiah. Ini bagi memudahkan proses

Masyarakat

Setempat

Masyarakat

Setempat

Pembolehubah

Tidak

Bersandar

Pembolehubah

Tidak

Bersandar

Program

homestay

Program

homestay

Pembolehubah

Bersanda

(8)

kerja para pengkaji dalam

menentukan taraf

pencapaian kajian yang diperolehi oleh mereka. .

Pembolehubah tidak bersandar merupakan idea utama dalam kajian ini. Ia merupakan tajuk bagi kajian ini. Ia tidak bergantung kepada objektif kajian. Ia boleh berdiri sendiri dalam kontek kajian ini. Manakala pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang mengabungkan pelbagai idea yang akan mencapai satu pembolehubah tidak bersandar. Ia merupakan objektif kajian yang hendak dicapai oleh pengkaji dalam penyelidikannya.Ia juga merupakan satu aliran yang akan digunakan oleh pengkaji dalam mencapai objektif kajian.

Sorotan Kesusasteraan 1. Pelancongan

(9)

dan Holloways (2012)

mengatakan bahawa

pelancongan melibatkan pergerakan orang atau perjalanan seseorang dari tempat kediaman ke satu tempat yang lain. Ini merupakan satu proses yang biasanya menanggung beberapa perbelanjaan walaupun ini semestinya begitu.

(10)

pelancongan harus mempunyai beberapa perjalanan, tetapi tidak semua perjalanan adalah pelancongan. Pelancongan terdiri daripada aktiviti orang-orang pergi dan tinggal di tempat-tempat luar biasa persekitaran untuk tempoh kurang daripada setahun dan tujuan utama yang perjalanan adalah selain dari perlaksanaan sesuatu aktiviti yang dibayar saraan dari dalam tempat yang dilawati. Istilah "persekitaran biasa" adalah

bertujuan untuk

(11)

2. Persepsi

Menurut Blake dan Sekuler (1990) persepsi adalah pautan terakhir dalam rantaian peristiwa yang berkaitan. Untuk memahami persepsi sepenuhnya, anda perlu memahami setiap pautan dalam rantai. Untuk memulakan, anda perlu tahu sesuatu tentang alam sekitar menentukan apa yang ada untuk menyedarinya. Ini link pertama dalam rantaian digambarkan menggunakan istilah yang dipinjam dari fizik, kerana rangsangan datang dalam pelbagai bentuk tenaga fizikal seperti haba, mekanikal, akustik dan elektromagnet. Tenaga fizikal yang memulakan rantaian peristiwa yang dipanggil rangsangan. Menurut Ornstein dan

Carstenses (1991)

(12)

dengan penerimaan maklumat oleh deria dan kemudian melibatkan pemilihan serta pengiraan dan penciptaan.

3. Homestay

Manakala menurut Razzaq (2011) program inap desa ini adalah entiti bukan dikomersialkan yang bertentangan dengan sebuah hotel dan tempat tidur. Program inap desa yang dikendalikan oleh pemilik rumah individu di kawasan perumahan.

Berdasarkan kajian Xiao dan Pusiran (2013) program inap desa ini bermaksud di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan dengan bayaran yang munasabah.

4. Pembangunan

(13)

dan bersepadu yang mengarah kepada semua isu tentang kewujudan manusia dari segi fizikal dan rohani. Selain itu, ia juga berpendapat bahawa pembangunan ssperti mengajak dan memimpin manusia kepada kemajuan kemanusiaan, keselamatan, kebahagiaan dan kedamaian.

Menurut Al- Attas (2000), pembangunan ialah merubah sesuatu keadaan sedia ada

kepada yang lebih

baik.masyarakat setempatu memberikan lima syarat yang perlu dipenuhi untuk mencpaai sebuah kejayaan.

Antaranya ialah,

pembangunan mengandungi sifat insaniah, mesti dilaksanakan oleh pemimpin yang jujur, kesedaran

masyarakat tentang

pembangunan, berdasarkan ilmu dan pembangunan mempunyai ciri-ciri estetika.

(14)

Dalam bab ini, metodologi ini telah menerangkan perjalanan kajian ini. Ia juga telah menetapkan orang yang telah dijadikan sebagai responden kajian ini. Kaedah-kaedah kajian juga telah ditetapkan oleh pengkaji dalam metodologi ini. Metodologi Kajian merupakan salah satu rangka perancangan bagi kajian ini. Secara menyeluruh kajian ini ditentukan oleh metodologi yang dibuat oleh pengkaji. Ia merupakan satu tanda aras bagi menjalankan satu kajian penyelidikan.

1. Teknik

Pengumpulan Data

(15)

menjalankan pemerhatian, mengedarkan borang soal selidik dan kerja lapangan ke tempat kajian.

2. Sampel Kajian

Pengkaji telah memilih seramai tiga ratus tiga puluh lima orang sebagai responden yang terdiri dalam kalangan masyarakat setempat.

3. Kaedah Kuantitatif Dalam kajian ini, pengkaji telah menetapkan kaedah analisis data bagi kajian ini ialah kaedah kuantitatif. Pengkaji telah menggunakan kaedah

pengumpulan data secara mengedarkan borang soal selidik.

4. Kaedah SPSS

(16)

ini mencapai objektif ataupun tidak.

Dapatan Kajian

43% 57%

JANTINA

Lelaki Perempuan

Analisa Deskriptif

(17)

meminati program homestay ini berbanding golongan lelaki yang lebih meminati aktiviti yang lasak.

Analisa Kekerapan

FAKTOR-FAKTOR

SS S TP KS STS

K % K % K % K % K %

Kawan 265 79.1 48 14.3 18 5.4 4 1.2 -

-Keluarga 230 68.7 82 24.5 18 5.4 4 1.2 1 0.3

Minat 202 60.3 97 29.0 32 9.6 2 0.6 2 0.6

Tanggungj awab

180 53.7 87 26.0 47 14.0 9 2.7 12 3.6

Paksaan 93 27.8 75 22.4 63 18.8 38 11.3 66 19.7

Suka-suka 157 46.9 113 33.7 42 12.5 12 4.2 9 2.7

Penglibatan masyarakat setempat dalam program homestay ini banyak disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang di atas. Faktor kawan merupakan salah satu faktor yang tinggi

dalam mendorong

(18)

79.1 pada skala sangat setuju manakala pada skala setuju 14.3%, skala tidak pasti mewakili 5.4% skala kurang setuju 4.5% dan skala sangat tidak setuju hanya mewakli 0.0% sahaja . Manakala faktor minat berada pada tahap sederhana dengan mendapat peratusan sebanyak 60.3% pada skala sangat setuju. Manakala pada skala setuju mewakili 29.0%, skala tidak pasti mewakili 9.6%, pada skala kurang setuju hanya mewakili sebanyak 0.6% dan pada skala sangat tidak setuju hanya 0.6% sahaja. Manakala faktor paksaan berada pada tahap yang rendah dengan mendapat peratusan sebanyak 27.8% pada skala sangat setuju. Manakala pada skala setuju mewakili 22.4%, skala tidak pasti mewakili 18.8%, pada skala kurang setuju hanya mewakili sebanyak 11.3% dan pada skala sangat tidak setuju hanya 19.7% sahaja. Faktor kawan lebih

banyak mendorong

(19)

setempat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak homestay. Pada masa kini masyarakat setempat lebih banyak meluangkan masa

bersama kawan-kawan berbanding keluarga. Selain itu, ia juga disebabkan oleh syarat pertandingan atau aktiviti yang dianjurkan banyak melibatkan acara atau aktiviti yang berpasukan.

ANALISA TABURAN SILANG ANTARA BENJAMIN ANGKI, JANTINA DAN GAWAI DAYAK

Benjamin Angki Gawai Dayak Jumla

h

Perempuan 110 35 40 5 1 191

(20)

Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah mengajukan beberapa soalan kepada responden berkaitan dengan perayaan atau aktiviti dan homestay mana yang paling banyak menerima kedatangan para pelancong dari luar negara.

Pada tahap yang paling tinggi pada skala SANGAT SETUJU, seramai 109 orang responden yang terdiri daripada 44 orang lelaki dan 65 orang responden perempuan yang sangat setuju bahawa Gawai Dayak merupakan perayaan atau aktiviti yang yang paling banyak menerima kedatangan pelancong luar negara dan memilih inap desa Benjamin Angki sebagai tempat

penginapan mereka

(21)

pihak penganjur. Skala tidak pasti merupakan skala yang berada pada tahap sederhana dengan mempunyai 17 orang responden yang terdiri darpada 9 orang lelaki dan 8 orang responden perempuan yang mengatakan bahawa perayaan gawai dayak yang paling banyak menerima kedatangan pelancong dari luar negara, Namun demikian, mereka sangat setuju bahawa homestay Benjamin Angki merupakan homestay yang lebih menarik minat para pelancong dari luar negara, Manakala skala sangat tidak setuju merupakan skala yang berada pada tahap rendah dengan mempunyai 2 orang responden sahaja dimana seorang responden lelaki dan

seorang responden

(22)

Angki yang paling banyak menerima kedatangan pelancong luar negara sempena perayaan Gawai Dayak.

(23)

dan setuju bahawa homestay Benjamin Angki merupakan homestay yang paling ramai menerima kedatangan pelancong luar negara sempena perayaan Gawai Dayak diadakan. Tahap rendah hanya seorang sahaja responden iaitu responden perempuan yang mengatakan kurang setuju bahawa Gawai Dayak merupakan satu aktiviti atau perayaan yang paling ramai menerima pelancong dari luar negara dan setuju bahawa homestay Benjamin Angki merupakan homestay yang paling ramai menerima kedatangan pelancong luar negara sempena perayaan Gawai Dayak diadakan.

(24)
(25)

Angki merupakan homestay yang paling ramai menerima kedatangan pelancong luar negara sempena perayaan Gawai Dayak diadakan.

(26)

kedatangan para pelancong dari luar negara.

Pada skala SANGAT TIDAK SETUJU, seramai 3 orang responden yang terdiri daripada 3 orang responden lelaki sangat setuju bahawa Gawai Dayak merupakan aktiviti yang menerima kedatangan para pelancong dari luar negara dan sangat tidak setuju bahawa homestay Benjamin Angki paling ramai menerima kedatangan para pelancong dari luar negara.

Homestay Benjamin Angki menerima lebih ramai para pelancong jika dibandingkan dengan homestay lain disebabkan susun atur, kebersihan dan layanan yang

diberikan menjamin

(27)

ramai menerima kedatangan pelancong terutamanya pelancong dari luar negara. Hal ini demikian, Gawai Dayak merupakan satu perayaan yang penting dan diadakan hanya setahun sekali dalam kalangan masyarakat Iban. Selain itu, Gawai Dayak mempunyai keunikan yang tersendiri dan mampu menarik minat para pelancong terutamanya

pelancong dari luar negara.

Analisa Kebolehpercayaan dan Kesahihan

Reliability Statistics

Pernyataan Cronbach's Alpha

Cronbach' s Alpha Based on Standardiz

ed Items

N of Items

Faktor penglibatan

masyarakat .653 .712 6

Ciri-ciri bilik yang

menjadi pilihan .950 .951 6

Strategi yang digunakan untuk promosi

(28)

Berdasarkan jadual diatas, analisa kepercayaan dan kesahihan yang berasaskan soalan borang selidik yang berkaitan dengan objektif yang pertama iaiti berkaitan dengan faktor penglibatan masyarakat setempat dalam

program homestay

menunjukkan nilai

Cronbach’s Alpha =. 653 iaitu mencapai tahap meragukan dan nilai Cronbach’s Alpha Based on Standardized Items = .712 iaitu mencapai tahap boleh diterima. Manakala soalan borang soal selidik yang berkaitan dengan objektif yang kedua iaitu ciri-ciri bilik yang menjadi pilihan para pelancong yang

menunjukkan nilai

(29)

dan nilai Cronbach’s Alpha Based on Standardized Items = .951 iatu kedua-duanya mencapai tahap cemerlang. Tambahan lagi, soalan borang soal selidik yang berkaitan dengan objektif yang ketiga iaitu berkaitan dengan kaedah atau strategi promosi yang digunakan oleh pihak

penganjur dalam

mempromosikan homestay tersebut kepada orang luar yang menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha = .916 dan nilai Cronbach’s Alpha Based on Standardized Items = .918 kedua-duanya mencapai tahap cemerlang.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, homestay semakin dikenali dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara untuk dijadikan sebagai

tempat penginapan

sepanjang masa percutian

mereka. Pengkaji

(30)

sejauhmanakah penglibatan masyarakat setempat dalam program homestay dan strategi yang digunakan oleh pihak homestay bagi memperkenalkan homestay tersebut kepada orang ramai. Pengkaji telah memilih Homestay Rumah Benjamin Angki sebagai lokasi kajian kerana homestay ini merupakan homestay yang mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri. Selain itu, aktiviti yang dijalankan kebanyakannya berteraskan budaya masyarakat setempat itu sendiri.

Terdapat beberapa teori yang digunakan oleh pengkaji bagi menyempurnakan kajian ini. Berdasarkan kajian ini, pengkaji dapat

mendalami maksud

(31)

Berdasarkan dapatan kajian, penglibatanmasyarakat setempat dalam program homestay lebih cenderung dipengaruhi oleh kawan-kawan berbanding dengan minat mahupun keluarga mereka. Penglibatan masyarakat setempat dalam program homestay ini hanya bergantung sepenuhnya pada tahap atau jenis aktiviti yang dijalankan. Kebanyakan program yang melibatkan program berpasukan maka ia akan menerima sambutan dalam kalangan masyarakat setempat.

(32)

Rujukan

Aziz, R. A (2001). Pengantar Sosiologi Pembangunan (2nd ed). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka

Bernstein, D. A., Penner, L.A., Stewart, A. C., & Roy, E. J. (2006). Psychology (7th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company.

Christou, E. (2005). Heritage and cultural tourism: a marketing-focused approach. Dalam M. Sigala & D. Leslie (Eds.), International cultural tourism management, implications and cases (pp. 4-15). Great Britain: Elsevier Butterworth-Heinemann. DeVito, J. (1993). Messages

building interpersonal communication skills (2nd

ed.). New York:

HarperCollins College Publishers

(33)

Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia

Heijden, A. (2004). Attention in vision: perception, communication and action. Canada: Psychology Press. Hua, C. C., & M, C. (2014).

Rural tourism detination competitiveness: A study on Annah Rais longhouse homestay, Sarawak. Procedia Social and Behavioral Sciences, 144(2014), 35-44. Jamaludin, M., & N, O. (2010).

Community based homestay programme: A personal experiences. Procedia Social and Behavioral Sciences, 42 (2012), 431-459.

Kayat, K. (2002). Exploring factors influencing individual participation in community-based tourism. The case of

(34)

States of America: Harcourt

Brace Jovanovich

Publishers.

Razzaq, A., R.A., & M. Y. (2011). Local community participation in homestay program development in

Malaysia. Modern

Accounting and Auditing , 7 (12), 1418-1429

Sekuler, R. B. (1990). Perception ( 2nd ed.). United States: McGraw Hill. Sekuler, R. B. (2006). Perception (5th ed). New York: McGraw Hill.

Referensi

Dokumen terkait

Teks sastra seperti puisi, prosa dan drama diungkapkan dengan gaya yang berbeda dari teks ilmiah seperti makalah atau laporan karena budaya bahasa sumber dan budaya bahasa

Band Pass Filter adalah jenis filter yang hanya melewatkan sinyal pada range frekuensi tersebut.. Range kedua frekuensi cut-off inilah

1) Data observasi aktivitas guru dan siswa digunakan untuk menjawab rumusan masalah pertama, yaitu bagaimana proses penggunaan media roda keberuntungan dalam

Pada era globalisasi ini, masyarakat mulai menyadari pentingnya kesehatan melalui pengkonsumsian makanan-makanan sehat yang diharapkan akan memberikan efek lebih baik

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan hipotesis terkait dengan pengaruh kemampuan kerja dan motivasi kerja terhadap kinerja karyawan pada Hotel Puri Bagus

Pelnas Pacific Ferry Lines Dibukanya konter verifikasi kartu tanda kerja luar negeri KTKLN dipelabuhan sekupang ANCAMAN Kurangnya informasi di masyarakat tentang status pelabuhan

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa pertama, pelaksanaan pembelajaran online Mangunsari di Kota Salatiga berjalan dengan baik tanpa kendala yang berarti dikarenakan

Metode Economic Order Quantity atau EOQ merupakan metode yang akan digunakan di dalam sistem untuk menentukan kapan Toko Keisya Salon melakukan pemesanan barang