• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rajah 5.1 Kegiatan-kegiatan dalam pengurusan sisa pepejal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Rajah 5.1 Kegiatan-kegiatan dalam pengurusan sisa pepejal"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

DDA3523 Kejuruteraan Alam Sekitar (Environmental Engineering)

Bab 9 Pengurusan Sisa Pepejal

9.0 Pengenalan

Sisa pepejal adalah sisa daripada aktiviti-aktiviti manusia dan haiwan dalam bentuk pepejal dan separuh pepejal. Ia dihasilkan daripada pengekstrakan bahan mentah dan proses-proses pembuatan, aktiviti-aktiviti penggunaan, dan perdagangan.

Objektif

1. Membawa keluar sisa pepejal dengan segera dari kawasan kediaman bagi menghalang penyebaran penyakit, mengurangkan masalah disebabkan pereputan bahan-bahan organik dan mengelakkan kemungkinan berlakunya kebakaran.

2. Melupuskan sisa pepejal secara terkawal dan mesra alam.

Rajah 5.1 menunjukkan kegiatan-kegiatan yang terdapat dalam pengurusan sisa pepejal.

Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

a) Penjanaan sisa (Generation of waste) b) Penyimpanan (Storage)

c) Pemungutan (Collection)

d) Pindah dan angkut (Transfer and transport)

e) Pemprosesan dan pulih sumber (Process and recycle/resource recovery) f) Pelupusan (Disposal)

Rajah 5.1 Kegiatan-kegiatan dalam pengurusan sisa pepejal Penjanaan Sisa

Penyimpanan

Pemungutan

Pelupusan

(2)

2 9.1 Sumber dan Jenis Sisa Pepejal

Maklumat mengenai sumber dan jenis sisa pepejal termasuk kadar penjanaan dan kandungan sisa pepejal adalah asas kepada rekabentuk dan operasi bagi aktiviti-aktiviti dalam pengurusan sisa pepejal. Sumber adalah daripada domestik, perdagangan, industri dan pertanian. Sisa pepejal boleh dikategorikan

mengikut jenis seperti sisa:

1) makanan (food waste) 2) sampah (rubbish) 3) abu (ash from factories)

4) pembinaan (construction debris) 5) pertanian (agricultural waste)

6) daripada loji rawatan (waste-water treatment) 7) sisa-sisa berbahaya (dangerous/toxic waste).

Lihat Table 10-1.

Kadar penjanaan sisa berbeza antara satu kawasan; dari 0.3 kg/orang/hari di negara sedang membangun (developing nations) hingga 2.8 kg/orang/hari di negara maju (developed nations). Lazimnya, kadar penjanaan meningkat selaras dengan taraf ekonomi. Diantara faktor yang mempengaruhi kadar penjanaan sisa pepejal ialah kedudukan geografi atau budaya sesuatu masyarakat, penggunaan mesin pengisar dapur (kitchen waste grinder), kekerapan pemungutan sisa, taraf sosio ekonomi, penggunaan dan kitar semula sisa (reuse and recycle) dan lain-lain. Data ketumpatan sisa dapat memberi maklumat mengenai

keberkesanan pemadatan sisa dan digunakan juga untuk menganggar jangka hayat tapak pelupusan. Ketumpatan sisa berubah-ubah dari 100 kg/m3 hingga 500 kg/m3. Lihat Table 10-5.

Data kandungan sisa pepejal juga penting kerana ia memberi maklumat mengenai bahan yang boleh diguna semula atau yang boleh diproses dan berbeza-beza mengikut kedudukan geografi atau budaya. Contoh, kandungan sisa pepejal ialah sisa makanan, kertas, plastik atau getah, logam, kaca dan botol, dan lain-lain. Peratus setiap komponen perlu diketahui kerana ini memberi maklumat mengenai peratus bahan yang boleh diguna semula, yang boleh terbakar, mereput dan sebagainya.

Lihat Table 10-3.

9.2 Penyimpanan

(3)
(4)

4 9.3 Pemungutan

Lori digunakan untuk memungut sampah dari sesebuah kawasan dan mengangkutnya sama ada ke loji pemprosesan, stesen pemindah atau terus ke tapak pelupusan. Pemungutan dilakukan oleh pihak swasta atau pihak Berkuasa Tempatan dan merupakan kos terbesar dalam pengurusan sisa pepejal iaitu kira -kira 60% hingga 80%.

9.4 Pindah dan Angkut

Apabila tapak pelupusan terletak jauh dari kawasan bandar, kerja-kerja pemungutan tidak dapat dilakukan dengan kerap kerana banyak masa dihabiskan bagi perjalanan ke tapak pelupusan. Adalah lebih berkesan mendirikan stesen pemindah (transfer station) berdekatan kawasan pungutan iaitu stesen yang dilengkapi kemudahan simpanan sementara bagi menyimpan sisa dari kawasan sekitar sebelum diangkut ke tempat pemproses atau tapak pelupusan. Lori muatan kecil boleh melakukan kerja -kerja pungutan dengan lebih kerap dan berkesan manakala lori muatan besar digunakan untuk mengangkut sampah dari stesen

pemindah ke tapak pelupusan.

9.5 Pemprosesan dan Pulih Sumber

Sebelum sisa pepejal dibuang di tapak pelupusan, berbagai-bagai langkah boleh dilakukan bagi

memulihkan sumber (resource recovery) iaitu mendapatkan semula bahan yang boleh digunakan. Bahan sisa seperti kaca, kertas, plastik, dan logam boleh dikitar semula sama ada untuk menghasilkan bahan yang serupa atau berlainan.

Sisa tadi juga boleh diproses untuk mengurangkan saiz atau isipadu supaya jumlah yang dilupuskan di tapak pelupusan adalah kecil dan ini memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan. Penghancuran atau penyerbukan menggunakan pengisar tukul ialah salah satu kaedah pemprosesan. Ini dilakukan dengan mencincang sisa kepada saiz lebih kecil. Pengasingan adalah perlu sekiranya bahan ingin digunakan semula seperti sisa yang mengandungi besi boleh diasingkan dengan kaedah pemisahan bermagnet.

Bahan-bahan organik dari sisa makanan, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan boleh diuraikan oleh bakteria dan menghasilkan produk yang dipanggil kompos atau humus yang boleh dijadikan baja. Proses dikenali sebagai pengomposan (composting). Sisa pepejal boleh dibakar dengan cara terkawal dalam penunu (incinerator) melalui proses penunuan dan hasil pembakaran dilupuskan ke tapak pelupusan sanitari.

9.6 Pelupusan

Tapak pelupusan sanitari ialah sebuah kawasan pelupusan sisa pepejal yang mempunyai perancangan yang baik dari segi pemilihan lokasi, rekabentuk dan operasi bagi mengurangkan masalah kepada

persekitaran seperti pencemaran air bumi, pembiakan haiwan perosak seperti tikus, serangga, masalah bau dan mengelakkan kebakaran.

9.6.1 Pemilihan kawasan

(5)

5

Elakkan dari menggunakan kawasan berpaya. Sekiranya digunakan, kawasan tersebut perlu dikeringkan dan bahagian bawah tapak pelupusan perlu dibubuh pelapik iaitu bahan berketelapan rendah seperti tanah liat atau bahan tidak telap air seperti polietilena berketumpatan tinggi (HDPE – high density

polyethylene). Kemudahan saliran seperti longkang perlu dibina di sekeliling tapak pelupusan bagi mengelakkan air larian permukaan daripada memasuki tapak pelupusan. Kawasan tersebut mempunyai bahan penutup seperti pasir dan tanah yang mengcukupi bagi menutup sisa pepejal.

9.6.2 Kaedah pelupusan dan operasi

Terdapat dua kaedah pelupusan iaitu kaedah kawasan atau luas (area method) dan kaedah parit (trench method).

a) Kaedah kawasan/luas (area method) digunakan bergantung kepada bentuk muka bumi seperti rata, mempunyai lekukan seperti lurah dan kawasan tidak sesuai bagi pengorekan parit. Sisa diletakkan dalam lapisan nipis dan dimampatkan sebelum dikambus dengan bahan penutup daripada tanah. Bahan penutup diperolehi dari kawasan berhampiran.

b) Kaedah parit (trench method) sesuai digunakan sekiranya paras air bumi terletak jauh ke bawah dan kedalaman tanah mencukupi untuk dibuat parit. Parit digali dan sisa pepejal dimasukkan ke dalam parit, dimampatkan dan dikambus dengan tanah. Tanah diperolehi dari parit yang telah digali.

Kerja-kerja pemadatan dilakukan bagi mengurangkan isipadu sampah dan sampah dikambus dengan bahan penutup dipenghujung hari. Ketebalan sampah yang telah dipadatkan lazimnya tidak melebihi 3.0 m (termasuk penutup) dan setiap lapisan sampah dan penutup harian dipanggil ‘sel’. Lapisan sampah perlu dibiarkan mendap seketika sebelum sampah yang lain ditimbun. Pengawalan yang kerap perlu bagi mengelakkan kebakaran dan gangguan haiwan. Kemudahan untuk mengawal gas dan larut lesapan perlu disediakan.

9.6.3 Pengawalan gas

Tindakan mikrooganisma ke atas sisa menghasilkan gas. Pada awalnya, penguraian bahan organik berlaku secara aerobik kerana terdapat udara yang terperangkap dalam tapak pelupusan. Walau bagaimanapun, oksigen yang terdapat dalam udara tersebut akan habis dalam masa yang singkat dan penguraian berlaku dalam keadaan anaerobik. Gas utama yang dihasilkan daripada penguraian anaerobik ialah gas metana (CH4) dan karbon dioksida (CO2) dan perlu dilepaskan ke atmosfera dengan cara

(6)

6

Rajah 5.2 Kaedah menyalurkan gas-gas tapak pelupusan, (a) bolong udara, (b) telaga gas.

9.6.4 Pengawalan larut lesapan

(7)

7

Langkah pengawalan mesti diambil kerana ia boleh mencemarkan air permukaan atau air bumi. Julat lazim bagi bahan pencemar dalam larut lesapan ditunjukkan dalam Jadual 5.1.

Kuantiti larut lesapan boleh dikurangkan dengan menghadkan kesan air hujan ke atas tapak pelupusan. Ini dilakukan dengan menyediakan lapisan tanah liat pada permukaan tapak pelupusan, menanam tumbuhan penutup bumi dan membuat kecerunan untuk mempercepatkan pergerakan air larian permukaan. Pencemaran air bumi boleh dielakkan atau dihadkan dengan menggunakan lapisan tidak telap air di dasar tapak pelupusan.

Lihat Rajah 5.3

Tanah liat yang dimampatkan setebal 6 hingga 48 inci lazim digunakan diikuti dengan pelapik membran seperti polietelen (HDPE) dan polivinil klorida (PVC). Penggunaan pelapik membran mahal dan

(8)
(9)
(10)
(11)
(12)

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai contoh dapat kita lihat adanya kegiatan seperti: Provinsi Sumatera Selatan telah mencanangkan “ Visit Musi 2008”; Daerah Khusus Jakarta dengan programnya “ Enjoy

Sabtu, 2 September 2017, OMK SanMaRe mengadakan penggalangan dana untuk Tangerang Youth Day melalui nonton bareng di Aula, film yang diputar adalah film WARKOP yang berjudul

Penelitian tersebut menduga bahwa sesudah ligasi varises pada awal tindakan, saluran utama varises telah mengalami trombosis sehingga angka komplikasi untuk sesi skleroterapi

Dalam makalah ini akan dibahas penelitian yang bertujuan untuk mengetahui penurunan TS pada limbah cair industri perminyakan dengan teknologi AOP kombinasi ozon dan UV

2) Kawasan sempadan sungai sebagaimana dimaksud pada ayat (1) huruf a adalah kawasan sepanjang kanan kiri sungai, termasuk sungai buatan, kanal, dan saluran irigasi

Dapat ditarik kesimpulan bahwa penelitian kualitatif merupakan penelitian yang dilakukan dengan menggunakan data tanpa diolah secara statistik, bisa dilakukan untuk

terakhir dengan Peraturan Pemerintah Nomor 21 Tahun 2007 tentang Perubahaan ketiga atas Peraturan Pemerintah Nomor 24 Tahun 2004 tentang Kedudukan Protokoler dan

Tidak disyaratkan niat dlm mana-mana jenis ibadat yg ia bukan jenis adat atau ia tidak akan kesamaran dgn yg lain cth : beriman kepada Allah, berzikir, membaca al-