• Tidak ada hasil yang ditemukan

Educational Psychology HMEF5043 Auto Saved)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Educational Psychology HMEF5043 Auto Saved)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Educational Psychology – HMEF5043 Bahagian A

Pendekatan Motivasi Dalam BiliK Darjah Pengenalan

Pengurusan bilik darjah merupakan satu isu yang baru bagi guru novis atau baru yang ditempatkan di sesebuah sekolah. Murid sekarang berlainan dari murid zaman dahulu, di mana ada yang aktif, hyperaktif, nakal, kuat bermain atau sukar menerima pembelajaran. Oleh itu, mereka biasanya akan mengganggu implementasi perancangan pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas. Oleh itu, seseorang guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Tindakan dan strategi yang digunakan bagi memastikan peraturan di dalam bilik darjah. Seseorang guru hendaklah menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang kondusif dan mengurus sikap dan tingkah laku murid. Sebagai contoh, anda boleh menarik perhatian murid dengan menjerit seperti Tarzan atau mengetuk loceng bagi mendapatkan perhatian kelas, jeritan manja Tarzan atau bunyi lonceng yang singkat sudah mencukupi untuk menarik perhatian murid anda yang sedang asyik bercakap atau sedang membuat kerja atau tugasan. Oleh itu, mereka akan berhenti dan memberi perhatian atau menunggu arahan anda. Jika anda berjaya, anda boleh dianggap sebagai pengurus bilik darjah yang berjaya.

Ahli psikologi telah mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi ( keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, seks dan sebagainya) dan motivasi sosial ( berharap mendapat reputasi dan keuntungan). Ada juga ahli-ahli psikologi membahagikan motivasi kepada dua jenis, iaitu motivasi asas (primary motives) yang semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran (learned motives). Oleh yang demikian, ahli-ahli psikologi lain turut mengaitkan motivasi dengan pengajaran dan pembelajaran, menggolongkan motivasi kepada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Motivasi pertama, iaitu motivasi intrinsik yang diwujudkan semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ianya terdiri daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan

(2)

sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Walau bagaimanapun, mengikut Bruner (1966) telah mengaitkan motivasi intrinsic ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan untuk mencapai motivasi dalam murid yang baru masuk sekolah. Oleh itu, tidak semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Ada juga motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Umpamanya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsic yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman seseorang individu.

Manakala motivasi kedua, iaitu Motivasi ekstrinsik boleh diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini boleh dirangsangkan dalam pelbagai bentuk seperti memberi peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif untuk mendorong seseorang pelajar untuk belajar.

Penggunaan Motivasi Terhadap Murid Dalam Bilik Darjah 1. Mengharap yang terbaik dari murid 2. Membentuk sikap yang diharapkan 3. Mewujudkan persekitaran yang positif. 4. Melibatkan murid dengan aktif.

5. Membuat pembelajaran nampak bermakna. 6. Mewujudkan peningkatan diri.

7. Menyelesaikan prasangka. 8. Menjalankan pertandingan. 9. Mengurangkan kelesuan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang murid 1. Motivasi dan Minat

Motivasi ialah satu proses dalaman yang menimbulkan tingkah laku seseorang individu. Sekiranya tingkah laku itu yang ditimbulkan oleh motivasi berpusatkan pada sesuatu perkara, dan aktiviti itu akan dapat menghasilkan kepuasan banyak kali, maka seseorang individu akan meneruskan aktiviti tersebut berulang-ulang. Motivasi yang berpusatkan pada sesuatu perkara

(3)

adalah dikenali sebagai minat. Motivasi yang dipupuk melalui minat akan membolehkan seseorang murid akan lebih banyak melakukan aktiviti membaca buku daripada membantu ibunya mengemas rumah. Oleh itu, minat yang menggerakkan arah aktiviti adalah lebih bertumpu, dan objek ditumpukan adalah lebih nyata. Umpamanya seseorang murid suka melukis kerana mendapat kepuasan akan terus-menerus melukis hingga mengabaikan mata pelajaran yang lain disebabkan oleh minatnya.

2. Motivasi dengan Naluri dan Inkuiri

Ahli-ahli psikologi, seperti Bruner telah merujuk kepada naluri ingin tahu seseorang sebagai motivasinya. Dalam bidang pendidikan, naluri ingin tahu merupakan penggerak yang amat bernilai untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Naluri ingin tahu kanak-kanak adalah diwarisi secara semula jadi. Kanak-kanak apabila berjumpa sesuatu perkara baru, sudah tentu menarik perhatiannya terhadap perkara itu. Dengan huraian ini, kita boleh rumuskan bahawa motivsi yang berlandaskan naluri ingin tahu adalah ditimbulkan daripada rangsangan di dalam persekitaran. Terdapat pula ahli-ahli psikologi lain merujuk inkuiri (exploration) sebagai motivasi manusia.

Motivasi inkuiri ini, membolehkan manusia mempunyai pelbagai tingkah laku seperti mencuban, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Ahli-ahli psikologi menghuraikan inkuiri sebagai sesuatu tingkah laku manusia dan motivasi tingkah laku ini ialah naluri ingin tahu.

3. Motivasi dengan Desakan dan Keperluan

Desakan ialah tindakan atau perubahan tingkah laku akibat satu-satu keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi. Ia merupakan kecenderungan untuk mengekalkan keseimbangan sesuatu keadaan fisiologi seperti lapar dan dahaga. Manakala keperluan ialah keinginan memenuhi kekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi.

Pada konteks psikologi, terdapat dua tafsiran tentang perkaitan motivasi dengan desakan dan keperluan. Tafsiran pertama menggolongkan konsep motivasi, desakan dan keperluan sebagai erti yang sama, iaitu desakan dan keperluan sebenarnya ialah motivasi. Manakala tafsiran kedua menganggap, pada prinsipnya, desakan sebagai motivasi tetapi menggunakan desakan untuk mewakili motivasi adalah berupa lebih primitive.

(4)

Contohnya, motivatif primitive seperti kelaparan, dahaga dan seks kadangkala disebut sebagai desakan kelaparan, desakan dahaga dan desakan seks masing-masing.

Tentang pandangan terhadap perkaitan motivasi dengan keperluan, pada umumnya, keperluan berupa punca mewujudkan motivasi. Tingkah laku yang ditimbulkan adalah berpunca daripada motivasi, dan motivasi ditimbulkan kerana keperluan atau rangsangan.

Motivasi yang berpunca daripada keperluan kerana keperluan berada dalam situasi kekurangan, sama ada psikologikal atau sosial. Contohnya kekurangan psikologikal ialah tubuh badan kekurangan zat makanan akan menimbulkan motivasi kelaparan. Manakala, contoh kekurangan ialah kekurangan memahami rangsangan terhadap alam sekitar akan menimbulkan motivasi untuk memperolehi maklumat ataupun ilmu pengetahuan. Oleh itu, rangsangan intensif boleh dijadikan objektif untuk membangkitkan motivasi seseorang. Contohnya, intensif hadiah yang diidamkan kerana keperluan boleh menjadi objektif untuk mengerakkan motivasi belajar.

4. Motivasi dengan Sikap, Harapan dan Aspirasi

Sikap, harapan (expectancy) dan aspirasi seseorang pula mempengaruhi motivsinya.

Sikap terhadap sesuatu perkara ialah dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan. Seseorang pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu perkara, misalnya pembelajaran, akan mendorongkan motivasinya ke arah menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif dan bermakna.

Harapan seseorang pula merujuk kepada ramalannya yang subjektif, iaitu sama ada berlaku atau tidak. Sekiranya ramalan tidak selaras dengan pengalaman kognitifnya, perasaannya akan mengalami keadaan ketidakseimbangan yang akan menimbulkan motivasi untuk mengubah tingkah laku yang ditentukan dahulu.

Tahap aspirasi seseorang merujuk kepada penilaian yang subjektif, iaitu setakat mana objektif pencapaian ke atas sesuatu kerja atau tugasan yang dilakukan. Maka objektif pencapaian yang ditentukan mewakili harapan diri. Tahap perbezaan di antara harapan dengan

(5)

pencapaian yang sebenar akan mempengaruhi motivasi selanjutnya. Contohnya, seorang pelajar yang meramal diri akan memperoleh 4A dalam PMR, tetapi mendapat 8A. Pencapaian cemerlang yang di luar dugaan akan meningkatkan motivasi dalam pembelajaran selanjutnya dengan lebih gigih lagi.

Ciri-ciri Murid

1. Pelajar perlu dicabat dengan cara yang positif supaya pembelajaran boleh berlaku.

Wujudkan cara bagaimana pelajar boleh dicabat dan berkebolehan untuk berjaya. Tnggapan positif menjadi unsure motivasi yang kuat. Tanggapan yang rendah dan ketiadaan penghormatan akan mengurangkan motivasi.

2. Pembelajaran adalah suatu proses yang berterusan membentuk makna/pengertian melalui pengalaman.

Guru perlu adakan maklumbalas. Maklumbalas serta merta dan jika boleh sentiasa positif. Ganjaran biasanya lebih berkesan daripada hukuman. Pelajar memerlukan peluang kedua untuk mengamalkan selepas menerima maklumbalas.

3. Pelajar hendaklah terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran (aktiviti mental dan fizikal). Pastikan pelajar adalah aktif secara mental. Pelajar hendaklah menangani bahan pembelajaran secara aktif. Ini boleh dilakukan secara mental atau secara luaran melalui tulisan dan percakapan. Galakkan pelajar untuk mengajar pelajar lain. Maka pelajar yang mengajar orang lain belajar lebih daripada pelajar yang mereka ajar. Tambahan pula, pelajar akan dapat membentuk suatu perasaan pencapaian dan percaya akan diri sendiri.

4. Pelajar membawa ke setiap kelas suatu tahap ketrampilan dan pengajar hendaklah membina ke atas keterampilan itu jika ingin pembelajaran berlaku.

Lakukan suatu analisis akan kebolehan, motivasi dan pengalaman terdahulu pelajar untuk mengenalpasti tahap pengisian dan aktiviti sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Ini bererti guru hendaklah mengajar dari tajuk yang mudah ke tajuk yang sukar.

(6)

5. Pelajar berkemungkinan untuk mengingati dan mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajarinya di dalam konteks dunia sebenar. Pembelajaran bermakna memerlukan pendedahan berganda kepada maklumat dan kemahiran baru di dalam konteks yang berlainan. Praktikan latihan di dalam situasi yang realistik. Mempelajari konsep-konsep yang kompleks, tugasan atau penyelesaian masalah memerlukan peluang untuk latihan praktik. Aktiviti pengulangan mungkin perlu bagi menjadi lebih tepat dan pantas. Biasanya pengajar akan tertekan untuk “memandatkan program” bagi menggunakan setiap detik yang ada bagi “memaklumkan sesuatu maklumat baru kepada pelajar”.

Referensi

Dokumen terkait

Ketegangan mental tetap berada pada tingkat tinggi dan kemampuan individu untuk menguranginya menyebabkan timbulnya berbagai efek somatik dan tingkah laku seperti, kepuasan

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis tingkah laku umum karyawan di sektor swasta terhadap motivasi kerja dan kepuasan kerja yang mana akan mampu meningkatkan rasa

memahami dan menjelaskan persepsi, kognisi, emosi, motivasi dan tingkah laku individu dapat memberikan kontribusi yang besar untuk mengkaji dan meneliti bidang

Menurut Gray dalam bukunya Winardi motivasi merupakan suatu proses yang mempunyai sifat internal dan eksternal pada individu, sehingga menimbulkan tingkah laku antusias

Secara singkat pokok persoalan sosiologi menurut paradigma ini adalah tingkah laku individu yang berlangsung dalam hubungannya dengan faktor lingku ngan yang

Sikap dan motivasi diperlukan sebagai penguat atau stimulus yang dapat membentuk pola tingkah laku dalam individu untuk dapat hidup sehatDedi et al., 2019 Dental home adalah konsep