• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELAJARAN 1 DUA ASPEK KEMATIAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PELAJARAN 1 DUA ASPEK KEMATIAN"

Copied!
55
0
0

Teks penuh

(1)

PELAJARAN 1

DUA ASPEK KEMATIAN

Walaupun fenomena kehidupan dikira sebagai hadiah yang paling berharga dan kehilangannya adalah sangat menyedihkan dan menakutkan, tidak ada yang boleh meragui bahawa sudah pasti manusia memulakan kehidupannya secara tidak sengaja dengan meluangkan sedikit masa di rumah tamu ini yang kita panggil dunia yang mana pada akhirnya ia mesti menghadapi kematian dengan wajah yang menyakitkan dan berkerut dahi tatkala gulungan hidupnya digulung.

Dunia kita adalah dunia yang penuh dengan keadaan kacau-bilau dan ketidakstabilan. Roda kelahiran dan kematian sentiasa berputar; jangan percaya bahawa sesuatu boleh wujud dalam lingkungan kitaran ini tanpa tertakluk kepada perubahan.

Apa sahaja yang wujud mesti melalui jalan yang membawa kepada kematian; tidak ada perbezaan sama ada menjadi manusia atau salah satu daripada bentuk kehidupan yang tidak terkira banyaknya.

Setiap fenomena yang mana had pergerakannya ditetapkan oleh jirim dan jisim adalah sementara iaitu tidak kekal kerana ciri-ciri penentunya yang menariknya ke arah ketiadaan; penghujung atau kesudahan urusannya adalah lenyap. Ratapan pengebumian tentang keterbatasan bergema di seluruh dunia makhluk.

Pertama sekali, kita mesti menimbulkan persoalan kompleks tentang akhir hayat, cuba untuk menganalisis dan menjawab beberapa persoalan yang mungkin ditimbulkan dalam hal ini.

Adakah kehidupan terhad kepada kewujudan di dunia masa kini yang terbentang dari saat kelahiran hingga saat kematian? Adakah ianya terhad kepada selang masa yang singkat di mana mereka yang telah datang ke dunia ini mengambil satu demi satu tempat orang yang telah meninggalkannya?

Haruskah dibayangkan bahawa tidak ada kewujudan selain daripada kewujudan tiga dimensi alam ini, ciri-ciri dan keperibadian individu kita menanggung kesan daripada ketiadaan? Atau adakah benar bahawa di sebalik kewujudan ini, hari esok yang kekal menanti manusia yang akan membolehkan dia melihat semula dirinya dan dunia? Adakah sistem fizikal dunia ini akan berubah menjadi dunia lain dan menzahirkan bentuk yang baru dan sempurna?

Akhir sekali, dalam semua ketibaan dan perlepasan ini, dalam andaian bentuk dan kemusnahan ini, adakah terdapat beberapa tujuan Ilahi yang sedang berfungsi? Dengan kata lain, adakah kehendak Tuhan yang menentukan bahawa manusia, bahagian pilihan daripada ciptaan-Nya, harus hidup di dunia ini sebagai seorang pengembara, hanya sementara dan akhirnya berpindah ke dunia lain yang akan menjadi tempat tinggalnya yang kekal?

Jika kita membayangkan kematian berdasarkan set kemungkinan pertama, maka kehidupan dalam apa jua keadaan yang dilalui akan dipenuhi dengan kesengsaraan dan kesakitan kerana menjangkakan kemusnahan dan tidak dapat dielakkan menimbulkan ketakutan dalam diri manusia dan melumpuhkannya dengan azab siksaan yang tidak dapat dinafikan yang telah ditimbulkan.

Sudut pandang kedua ialah seseorang yang mencari perlindungan dalam konsep dunia di luar alam semulajadi yang membolehkannya meletakkan dunia ini dalam perspektif. Dia yakin bahawa manusia dan alam semesta maju bersama dalam corak yang ditentukan oleh keEsaan Tuhan dan bahawa pergerakan mereka ke hadapan tidak berkesudahan. Bagi orang seperti itu kematian hanyalah

(2)

pecahnya sangkar tubuh badan yang sempit dan terkurung dan dibebaskan daripadanya, memasuki alam yang ideal dan mempesonakan. Bagi orang seperti itu kematian hanyalah penggantian satu bentuk kepada bentuk yang lain, perubahan daripada pakaian luar. Apabila kematian tiba, manusia meninggalkan pakaian ini yang bentuknya daripada tanah liat dan memakai pakaian alam peralihan.

Kemudian, naik daripada peringkat tersebut ke peringkat seterusnya dan terbang ke arah infiniti, dia menanggalkan pula pakaian alam peralihan dan memakai pakaian keabadian.

Bagi mereka yang memegang kepercayaan yang mulia dan berharga ini, pengakhiran kehidupan adalah transformasi yang dilimpahi dengan kebaikan, satu transformasi yang membolehkan semua perkara untuk memulihkan identiti mereka dan dibersihkan.

Dr Carrel, ulama terkenal berkata:

“Jawapan yang diberikan oleh agama terhadap keresahan yang dirasai manusia apabila berhadapan dengan misteri kematian adalah jauh lebih memuaskan daripada yang diberikan oleh sains; agama memberi jawapan kepada kehendak hati manusia.” (Rah-u-Rasm-i Zindagi, hlm. 142)

Kepahitan dan ketidaksenangan meninggalkan dunia ini dilihat sebagai sesuatu yang semula jadi yang tidak dapat dielakkan oleh mereka yang membayangkan bahawa laluan melalui dinding kematian mengakhiri semua dimensi kewujudan dan bahawa tidak ada kehidupan di luar sempadan tersebut.

Tetapi bagi mereka yang mempercayai bahawa dunia ini tidak lebih daripada permainan yang rumit, ianya sama seperti perkara yang melibatkan kanak-kanak atau artis dan bahawa berhenti daripada dunia kebendaan ini adalah satu bentuk kemajuan dan pendakian ke arah infiniti (yang tidak terhingga), perkara tersebut mengambil satu aspek yang agak berbeza. Bukan sahaja wajah kematian yang hilang untuk mereka, ianya adalah satu perkara yang ngeri, gerun dan menakutkan; bahkan mereka tidak sabar-sabar untuk melepaskan diri daripada tanah liat untuk dipersatukan dengan Allah.

Pemahaman yang demikian tentang sifat kematian itu mendorong manusia untuk mengejar tujuan yang murni dan mulia sehingga ke tahap berani mengorbankan nyawa demi mereka. Kemudian, seperti seekor pelanduk yang dibebaskan dari penjara dia mengelilingi bekas tempat kurungannya;

seperti pahlawan di medan pertempuran dia menerima kematian yang berdarah. Dia mengorbankan motif dan keinginan peribadinya untuk mencapai hari esok yang penuh dengan kesombongan, kemuliaan dan cita-cita yang tinggi dan positif.

Pada pandangan orang sedemikian, manusia mempunyai kehidupan dua dimensi sebagai sifat yang unik. Salah satu daripada dua dimensi tersebut ialah kehidupan material di mana dia tertakluk kepada keadaan biologi dan keperluan sosial dan yang lain adalah kehidupan batin dan rohani, kehidupan di mana dia terlibat dalam pemikiran, daya cipta, kreativiti dan pembudayaan cita-cita memberikan kewujudan luaran kepada fermentasi (penapaian) dalaman dan semangat serta membentuk kepada kehendaknya masyarakat di mana dia tinggal dan juga sejarah.

Takut akan kematian

Kekurangan kesedaran dan kegagalan untuk memahami dengan secukupnya sifat kematian akan menimbulkan rasa takut, gerun dan rasa tidak selamat dalam diri manusia kerana memperlihatkan kematian seolah-olah mimpi ngeri yang dahsyat.

Imam al-Hadi as pernah pergi menziarahi salah seorang sahabat yang jatuh sakit. Ketakutan akan kematian telah merampas semua ketenangan dan ketenteraman maka Imam bersabda kepadanya seperti berikut:

(3)

“Wahai hamba Allah, kamu takut akan kematian kerana kamu tidak memahaminya dengan betul.

Beritahu aku: jika badanmu dicemari dengan kotoran sehingga kamu merasa sakit, tidak selesa dan diserang kudis serta kamu mengetahui bahawa mandi di bilik mandi akan membersihkan kamu daripada segala kotoran dan kesakitan tersebut, adakah kamu tidak mahu memanfaatkan bilik mandi untuk membersihkan dirimu daripada kotoran? Atau adakah kamu enggan atau keberatan untuk berbuat demikian dan lebih suka kekal dalam keadaan kamu yang tercemar?”

Lelaki yang sakit itu menjawab:

“Wahai keturunan Rasulullah! Aku pasti lebih suka menyucikan diri dan menjadi bersih”.

Imam al-Hadi a.s bersabda:

“Ketahuilah bahawa kematian adalah persis seperti bilik mandi. Ia mewakili peluang terakhir kamu untuk menghapuskan dosa dan membersihkan dirimu daripada kejahatan. Jika sekiranya ajal menjemputmu sekarang, tidak ada keraguan bahawa kamu akan dibebaskan daripada segala kesedihan, kesakitan, mencapai kebahagiaan dan kegembiraan yang kekal abadi”.

Mendengar kata-kata Imam ini, lelaki yang sakit itu berubah sepenuhnya dan ketenangan yang luar biasa terpancar di wajah. Kemudian dengan cara yang bermaruah, dia menyerahkan dirinya kepada kematian menyelubungi dirinya dalam kain kafan dengan penuh harapan kepada rahmat Allah. Dia menutup matanya yang kini telah melihat kebenaran dan bersegera ke tempat kediamannya yang kekal abadi. (Ma'ani-al-Akhbar, hlm. 290)

Pahlawan yang takut kepada Allah, Imam Ali a.s adalah salah seorang manusia yang jarang ditemui yang mana ia benar-benar memahami erti kehidupan dan telah menyebabkan kematian itu sendiri takut kepadanya. Beberapa orang telah membuat kenyataan bahawa Imam Ali a.s bersabda:

“Aku bersumpah demi Allah bahawa anak Abu Talib lebih tenang dengan kematian daripada bayi yang menyusu dengan payudara ibunya”.

Seluruh hidupnya ternyata pada ujian untuk menjadi bukti bagi dakwaan ini. Mengapakah seorang lelaki yang sangat murni yang tidak pernah berlebih-lebihan tentang cintanya kepada Tuhan, waktu siang dan malam tidak lama untuk bertemu dengan Allah Tuhan Yang Maha Esa, untuk bersegera ke hadirat-Nya yang tertinggi? Dengan sifat yang murni dan fikiran yang mulia, beliau telah memahami bahawa kematian bermakna pembebasan daripada belenggu gelap kebendaan dan pembukaan pintu- pintu keabadian; maka mengapakah beliau harus takut akan kematian?

Sejarah tidak mencatatkan seorang pahlawan yang mulia selain daripada anak Abu Talib yang mana tangannya memegang pedang selama hampir lima puluh tahun berlawan tanpa menumpahkan setitik darah pun secara zalim dan kejadian atau insiden tidak terkira banyaknya yang mana pada kebiasaannya membangkitkan perasaan benci dan dendam dalam diri manusia dan merampas sifat kemanusiaannya.

Ini adalah konsep kehidupannya:

“Walaupun aku diberi seluruh dunia dan semua yang ada di dalamnya, aku tidak akan mengeluarkan sebutir sekam daripada mulut semut secara zalim”.

Untuk panglima yang soleh dan kuat ini yang mana sepanjang hayatnya menganugerahkan orang yang lemah dan yang berkuasa hak mereka dalam kadar yang sama, yang menunjukkan kepedulian terhadap pemberian makanan kepada pembunuhnya sambil menderita kesakitan akibat luka yang

(4)

boleh membawa maut, peperangan dan perjuangan mewakili cara untuk reformasi manusia, bukan kemusnahannya.

Pembunuh yang keji itu mengira bahawa dia akan dapat melakukan pembunuhan Ali a.s hanya ketika beliau berdiri beribadah di hadapan Tuhan dengan seluruh kewujudannya terhapus dalam kemuliaan dan keagungan Sang Pencipta; ini adalah perkara yang membolehkan dia melaksanakan rancangan yang telah diaturkan.

Apabila beliau ditimpa luka yang telah memutuskan talian kehidupannya, Imam Ali a.s mengalu-alukan kematian seperti kekasih yang telah lama ditunggu-tunggu lalu bersabda:

“Aku bebas merdeka, demi Tuhan Kaabah! Aku tidak takut jika kematian akan membawaku pergi atau kematian akan menimpaku”.

Saudara-mara dan sahabat yang berkumpul di sekeliling tempat tidur Ali tidak pernah melihat ketenangan yang menakjubkan seperti yang mereka kini melihat dalam lautan keberanian, kemurahan hati, keadilan dan ketakwaan sambil menanggung luka yang menyakitkan yang telah dikenakan padanya.

Tambahan pula boleh dikatakan bahawa orang yang menafikan kehidupan selepas kematian hanya melihat manusia dari satu sudut pandang sahaja: membayangkan bahawa dia adalah sebagai makhluk yang mengembara di alam kebendaan dan mengandaikan bahawa semua kewujudan telah habis dengan beberapa saat yang berlalu yang dihabiskan oleh jasad duniawinya di dunia ini. Pandangan sedemikian menunjukkan bahawa seluruh takdir manusia terdiri daripada pendedahan yang tidak berdaya kepada pelbagai faktor yang diketahui dan tidak diketahui: ia memasuki dunia ini dengan kesakitan yang amat sangat, mengekalkan dirinya untuk berada di dalamnya selama beberapa hari dengan menanggung segala jenis penindasan dan ketidakadilan dan akhirnya pergi dalam dakapan maut dan kemusnahan.

Kehidupan sebegitu memang akan menjadi sengsara dan untuk kekal di dunia dalam keadaan sedemikian adalah menyakitkan. Sesiapa yang mencapai kesimpulan yang menyedihkan tentang takdir manusia mesti melihat sifat kewujudan itu sendiri dengan cara yang sama.

Ini adalah kerana ia berpendapat bahawa bukan sahaja kehidupan mereka dihabiskan dalam pusaran ketiadaan dan ketidakadilan; apa sahaja yang wujud juga mesti melalui jalan ketiadaan dan penindasan sehingga ke saat kehancurannya. Semua perkara terlibat dalam ketidakadilan: sama ada manusia dalam perjuangannya untuk kelangsungan hidup, serangga yang menimbulkan sengatan atau titisan ribut hujan yang memusnahkan sebuah pondok. Untuk mengambil perkara yang lebih jauh, ini bermakna bahawa dunia yang sementara ini tidak mempunyai semua kesahihan yang mana bahawa ia hanyalah satu himpunan yang tidak masuk akal dan ketidakadilan.

Ini adalah pandangan orang yang telah memutuskan hubungannya dengan yang kekal abadi yang mana yang kekal abadi itu adalah merupakan sumber segala kewujudan dan dengan demikian telah melakukan kesalahan yang mana dia harus membayar harganya.

Dengan orang seperti itu, penyakit, kekurangan, ketidakupayaan untuk memenuhi keinginan dan mencapai matlamat (atau kehilangannya selepas mencapainya), takut akan masa depan yang gelap dan tidak diketahui, semua ini berfungsi untuk mematahkan semangatnya dan menyiksanya.

*********

Victor Hugo berkata:

(5)

“Jika manusia berfikir bahawa dia sedang berhadapan dengan kebinasaan bahawa ketiadaan mutlak menantinya selepas kehidupan ini, kehidupan itu sendiri tidak akan mempunyai makna sama sekali untuknya. Yang menjadikan kehidupan manusia menyenangkan dan menggembirakan adalah melakukan kerja dengan gembira, memberikan kehangatan pada hatinya dan meluaskan ufuk penglihatannya, tidak lain dan tidak bukan adalah wahyu dan agama yang diberikan kepada manusia, kepercayaan kepada dunia yang kekal abadi, kepercayaan kepada keabadian manusia, keyakinan bahawa ‘Engkau, wahai manusia, tidak ditakdirkan untuk menjadi tidak ada; kamu lebih besar dan hebat daripada dunia ini yang mana ianya tidak lebih daripada tempat bersarang yang kecil dan tidak kekal untukmu, buaian untuk masa kecilmu, zaman kemegahan dan kebesaranmu masih terbentang di hadapan’.

Perasaan tidak berguna, kurangnya kepercayaan terhadap berlakunya kebangkitan dan perhitungan selepas kewujudan dunia ini telah menjadi sumber ketakutan yang memusnahkan manusia pada zaman kemajuan sains dan teknologi ini. Dengan kecenderungan yang kuat kepada kehidupan material yang terhasil daripada perkembangan keupayaan manusia yang berat sebelah, dia kini telah menganggapnya sebagai matlamat utama dan terakhir.

Semua inovasi yang bertujuan untuk melindungi manusia daripada begitu banyak bahaya dan kesilapan, untuk membebaskannya daripada belenggu dan sekatan, sebenarnya telah merampas ketenteraman dan ketenangan serta melemparkannya ke dalam pusaran kebimbangan. Dunia kita telah menjadi pentas di mana manusia tergesa-gesa maju ke hadapan dalam satu arah, demi kemakmuran dan kuasa yang telah mereka jadikan sebagai sumber kebahagiaan dan tujuan perjuangan.

Hasil daripada pandangan yang sempit ini, kepercayaan bahawa dunia tidak mempunyai pemilik, manusia mengembara melalui runtuhan ini tidak bertanggungjawab kepada sesiapa pun adalah bahawa dunia dipenuhi dengan ketakutan dan keganasan. Bau darah naik dari setiap sudut tempat kediaman keganasan ini. Ini adalah keadaan yang telah dicapai oleh manusia zaman sekarang; dia tidak lagi menjadi dirinya tetapi makhluk yang penuh dengan ketamakan, kejam, pendendam dan dengki.

Tidak jelas bagaimana keadaan tersebut akan berterusan. Kemunculan aliran falsafah baru dengan sendirinya merupakan petanda kepada kesusahan yang menyakitkan yang mana manusia mendapati dirinya kosong dari sudut intelek dan rohani.

Seorang pakar psikiatri menulis:

“Dua pertiga daripada pesakit yang datang kepada saya dari seluruh dunia adalah orang yang berpendidikan dan berjaya yang disiksa oleh rasa sakit yang amat sangat, perasaan bahawa hidup adalah sia-sia, tidak bermakna dan tidak dapat difahami. Alasannya ialah hasil daripada teknologi, kemerosotan kepercayaan, rabun jauh dan prejudis, manusia abad kedua puluh telah menjadi tidak beragama. Dalam kebingungan dia mencari jiwanya tetapi dia tidak akan mendapat ketenangan sehingga dia menemui semula agama. Kekurangan agama adalah punca kepada kekosongan dan ketiadaan makna hidup”. (Dipetik dalam Kayhan, no. 8196)

Perbuatan jahat membentuk satu lagi sebab untuk takut akan kematian; jelas sekali bahawa mereka menjadikan kematian kelihatan amat menakutkan dan menakutkan bagi orang yang melakukan kezaliman.

Seperti kata Maulana Jalaluddin Rumi:

Wahai orang yang cuba melarikan diri daripada kematian dalam ketakutanmu, Dirimu sendiri yang kamu takuti, gunakanlah kecerdasanmu!

(6)

Wajahmu yang hodoh bukan wajah kematian;

Jiwamu adalah sebatang pohon yang mana kematian adalah daunnya.

Ya, ianya adalah ketakutan terhadap perbuatan seseorang yang menyebabkan manusia berdiri dalam ketakutan akan kematian. Dalam hubungan ini, Al-Quran menyatakan tentang orang Yahudi:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar! Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita- cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. Katakanlah (wahai Muhammad):

“Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu;

kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”. (Surah Al- Jumuah: 6-8)

Al-Quran menggambarkan bagi kita kehidupan mereka yang sia-sia yang membelakangkan kebenaran dan berjuang tanpa daya dalam pusaran ketiadaan makna:

Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkah merekalah yang diciptakan. Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup; dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan).

(Surah An-Nahl: 20-21)

Maka janganlah engkau berdukacita - wahai Muhammad - terhadap keadaan mereka yang demikian) kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu apabila mereka berpaling undur (disebabkan keingkarannya). (Surah Ar-Rum:52)

Sebaliknya, Al-Quran menamakan mereka yang hidup dan abadi yang terbunuh ketika berusaha untuk meninggikan firman Tuhan:

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (Surah Al-Baqarah:154)

(7)

PELAJARAN 2

DUA PANDANGAN MENGENAI NIKMAT DUNIA

Manusia boleh membina penghalang yang kukuh terhadap bahaya kehilangan keperibadian dalamannya hanya apabila ia mencapai kepercayaan dan kepastian agama, keyakinan bahawa kesedihan dan kegembiraan kita tidak akan sia-sia bahawa kita tidak menuju ke arah kebinasaan tetapi sebaliknya lebih kepada bergerak ke arahNya. Dalam erti kata lain, kediaman kita di tempat tinggal tanah liat ini adalah sementara hanya kekal sehingga hari yang ditetapkan apabila panggilan kebangkitan untuk membangkitkan kita dari kubur dan memindahkan kita dari tempat tinggal yang sempit di dunia ke tempat kediaman yang kekal abadi untuk menikmati kewujudan yang kekal dalam kedekatan nikmat, berkat dan rahmat Allah, sumber yang tidak terhingga dari segala rahmat.

Kepercayaan terhadap kewujudan zat yang kekal memberikan keluhuran, kemuliaan dan nilai kepada manusia; ia membolehkannya menjadi makhluk yang dikurniakan, hikmah, kebijaksanaan dan bercita- cita untuk melakukan peningkatan. Tanpa kehadiran manusia yang ditakrifkan sedemikian, alam itu sendiri akan menjadi tidak bermakna atas segala keajaibannya. Setelah dilengkapkan dengan kepercayaan sedemikian, manusia memperoleh ketenangan jiwa dan ketenteraman yang diingini.

Seorang pemikir Eropah menulis:

“Apabila fikiran manusia dimurnikan dan dibersihkan daripada segala kejahatan dan nafsu yang membelenggu jiwa, dia akan berpaling daripada kebimbangan dan kerisauan insan semata-mata kepada merenung keindahan alam. Ia akan mendapat kegembiraan dan keseronokan untuk memerhati kepelbagaian haiwan, tumbuh-tumbuhan dan mineral dengan bentuk, kualiti dan bahan yang berbeza yang dimiliki oleh masing-masing bersama-sama dengan hubungan, percanggahan dan hierarki yang terdapat dalam setiap fenomena alam.

“Apabila minda manusia maju melepasi tahap ini, seterusnya dia akan mula terbang di langit di atas sayap pemikiran dan kesedaran. Dia akan memandang pada kemegahan, keindahan dan kuasa daripada benda-benda di langit, menyaksikan gerak dan fasanya dan mendengar keharmonian yang menyenangkan yang berlaku di seluruh alam semesta. Keseronokan daripada jenis yang paling murni akan menyelubungi diri dan timbul keinginan yang membara dalam diri untuk menemui punca utama dan pencipta karya agung keindahan ini. Apabila dia menyedari bahawa intipati, kuasa, kecerdasan dan kebaikan sebab utama ini adalah tidak terhingga dan di luar persepsi, akhir sekali mindanya akan mencapai ketenangan." (Khudavandan i dan ishayi yi Siyasi, II, 75)

Jika sekiranya dunia dianggap sebagai makmal dan akhirat sebagai kesinambungan kehidupan dunia walaupun berada di atas pesawat yang lebih tinggi dan jasad dianggap sebagai sarana pelaksanaan atau ekspresi untuk kehendak dan niat manusia, keperibadian manusia tidak lagi terhad kepada satu orbit sahaja. Ruang yang luas dibuka di hadapannya untuk penerbangan dan pendakian dan kehidupan mengambil makna sebenar.

(8)

Keberkesanan Iman

Jika kita meneliti pengaruh keimanan dan keyakinan kepada Hari Akhirat dalam memelihara keselamatan sosial dan mencegah penularan rasuah, jenayah dan pelanggaran undang-undang, kita mencapai kesimpulan bahawa kepercayaan ini adalah satu-satunya kuasa yang mampu menjinakkan keinginan jiwa yang memberontak. Ia seperti perisai pelindung yang melindungi manusia daripada serangan hawa nafsu kerana orang yang memegang kepercayaan ini akan mematuhi beberapa siri prinsip etika tanpa kepura-puraan dan tanpa tertakluk kepada tekanan luar; dia akan menerima disiplin yang mereka semai, pupuk dan tanam dengan hati nurani yang bersih.

Matlamat sedemikian tidak dapat dijamin hanya dengan standard pendidikan yang tinggi atau kemakmuran ekonomi, kuasa teknologi atau dengan kewujudan mekanisme punitif yang sangat maju.

Masyarakat yang bergantung kepada perkara ini tidak akan dapat maju ke arah situasi yang seimbang dan ideal.

Hari ini kita menyaksikan gelombang rasuah, ketidakadilan dan kekejaman yang semakin meningkat di negara-negara yang maju dari segi pendidikan, kemakmuran ekonomi dan organisasi kehakiman.

Begitulah tahap keruntuhan akhlak di negara-negara tersebut sehinggakan kuasa undang-undang dan ketenteraman - tersusun dengan baik walaupun disediakan dengan semua peralatan yang mana revolusi saintifik dan teknologi telah diberikan kepada mereka - tidak mampu mengambil tempat unsur asas keimanan dalam menjinakkan kecenderungan jiwa yang memberontak kepada penyelewengan dan dosa.

Terdapat ramai orang hari ini yang meratapi dan tertekan dengan keadaan masyarakat masa kini tetapi mereka tidak dapat melakukan sesuatu yang berkesan atau melakar pelan tindakan.

Masyarakat yang telah menjadi mangsa kepada budaya sakit tidak akan gagal daripada dipenuhi dengan segala jenis kekotoran dan kekejian. Apa yang dimaksudkan dengan “budaya sakit” adalah pesimisme, ketiadaan matlamat dan kepercayaan bahawa tidak ada makna dalam kehidupan (kehidupan tidak bermakna). Kekeliruan intelektual juga merupakan salah satu gejala utama budaya sakit. Penyelesaian yang dicadangkan untuk penyelesaian krisis adalah sia-sia dan tidak berkesan untuk mengawal kecenderungan menyeleweng yang berleluasa dalam masyarakat.

Ilmu pengetahuan moden telah mengeluarkan manusia daripada sfera pemikiran tertentu yang pernah didudukinya; ini adalah fenomena yang sudah pasti telah menjejaskan seluruh umat manusia.

Sejauh mana manusia mengekalkan keimanan yang teguh dan betul, ini adalah perkembangan yang positif akan tetapi setakat kerana dia jahil dan kurang keimanan ianya adalah memudaratkan. Manusia tidak sentiasa berada dalam kedudukan untuk membuat kesimpulan logik daripada pengetahuan yang dimilikinya dan jika sekiranya tamadun saintifik menjadi tamadun yang memberi manfaat kepada manusia, keimanan dan kebijaksanaan yang sebenar mesti ditambah kepada badan pengetahuan manusia yang bertambah.

Di dunia ini di mana keperluan untuk memupuk sifat baik dan berbudi pekerti sentiasa dirasai secara mendalam, kapasiti moral dan kebolehan manusia sentiasa diuji dengan barang-barang yang mereka miliki. Kepercayaan dan keimanan kepada Hari Akhirat akan memperluaskan keupayaan dalaman manusia melalui transformasi yang mendalam dan kualitatif; mereka mula terbentang seperti turutan ombak yang tidak berkesudahan. Keimanan kepada Hari Akhirat menjinakkan kedegilan diri dan kerakusan gila terhadap kenikmatan harta dunia yang tidak terhalang; ianya mengawal semua fakulti dan harta bendanya. Mengharap pahala yang besar dan takut akan azab yang berat dan pedih,

(9)

manusia akan menjauhkan diri daripada sifat tamak, tidak rasional dan pengumpulan harta benda yang tidak berdisiplin.

Kerana mengetahui bahawa di sini dia tinggal di alam sementara; tempat tinggalnya di bumi adalah seperti kafilah yang lalu lalang. Apabila dia meninggalkan bentuk badannya yang hanya merupakan ekspresi kehidupan sementara, ia telah dibebaskan dari alam sempit ini, pintu masuk ke dunia lain dibuka di hadapannya dan diletakkan ganjaran di hadapannya yang tidak ada kaitan dengan kenikmatan dunia ini.

Hati manusia tidak pernah berhenti daripada keinginan dan kehendak selagi ia berada di dunia ini.

Walau bagaimanapun, keimanan kepada Hari Akhirat akan membolehkan dia menyedari bahawa peluang yang diberikan oleh dunia ini adalah terhad, bahawa keuntungan yang akan diperolehi daripadanya adalah sangat sedikit bahkan bahagian yang terletak dalam jangkauan tidak dapat disimpan untuk selama-lamanya dan kegembiraan dan keseronokan itu tidak terhad kepada hari-hari kita yang singkat di bumi ini. Dia tidak akan dapat dikalahkan setiap saat, kemudian, oleh kerana lonjakan keinginan yang tidak berkesudahan menyebabkan dia membentuk keterikatan yang tidak terkira banyaknya dan akhirnya kehilangan dirinya sendiri dan dia juga dia tidak akan bersusah payah jika dia tidak memperolehi nikmat dunia ini secara berlebihan dan kesenangan yang mereka hasilkan.

Sikapnya terhadap keseronokaan material tidak akan pernah sama dengan orang yang tergesa-gesa yang berada dalam keadaan risau, gelisah dan pergolakan yang berterusan jangan sampai hartanya tidak kekal sehingga mati. Ini adalah hanya untuk mereka yang menyembah dunia ini bahawa harta benda dikira sebagai matlamat dalam diri mereka sendiri; mereka yang sedang menuju ke tempat tinggal yang kekal menggunakan nikmat dunia ini sebagai cara untuk mencapai matlamat yang tinggi.

Lebih-lebih lagi, sikap acuh tak acuh terhadap apa yang terkandung dalam dunia yang sempit ini menyebabkan manusia dapat menikmati ketenangan batin yang dicari. Kedamaian seperti itu sudah pasti akan membolehkan dia menikmati keseronokan hidup yang selaras dengan kriteria agama pada tahap yang lebih tinggi.

Rousseau berkata:

“Aku tahu bahawa aku ditakdirkan untuk mati; kemudian, mengapakah aku harus mencipta keterikatan untuk diriku sendiri di dunia ini? Dalam dunia di mana semua perkara berubah dan berlalu yang mana aku sendiri tidak lama lagi akan menjadi tidak wujud, apa gunanya keterikatan kepadaku?

Emile, anakku, jika sekiranya aku kehilangan kemu, apa yang akan tinggal untukku? Walau bagaimanapun, aku mesti menyediakan diriku untuk kemungkinan yang tidak dapat ditanggung kerana tiada siapa yang boleh memberi jaminan kepadaku bahawa aku akan mati sebelum kamu”.

“Maka jika kamu ingin hidup bahagia dan rasional, ikatlah hatimu hanya pada keindahan yang tidak akan binasa; cuba hadkan keinginanmu dan jagalah kewajipan dengan lebih tinggi daripada segala- galanya. Carilah perkara-perkara yang tidak menyalahi hukum akhlak dan biasakan dirimu kehilangan sesuatu tanpa kesedihan dan kesengsaraan. Terimalah apa sahaja melainkan hati nuranimu mengizinkan. Jika kamu melakukan semua perkara ini, kamu pasti akan gembira dan tidak menjadi terlalu terikat dengan apa sahaja di bumi”. (Emile, (Terjemahan Parsi) m.s 547)

Apabila roh manusia dilimpahi dengan keimanan kepada Allah dan diyakinkan akan keabadiannya sendiri, ia akan merasakan kuasa yang luar biasa yang semakin meningkat dalam dirinya. Sebaik sahaja ia membebaskan dirinya daripada keterikatan mutlak kepada nilai-nilai dunia ini yang mudah rosak, ia sebenarnya akan menjadi tuan kepada alam semesta.

(10)

Ketenangan yang memuncak yang terhasil daripada orientasi semangat sedemikian memberikan manusia keupayaan untuk menentang dengan kuat daya tarikan dunia dan tuntutan diri yang ghairah.

Dia tidak lagi meratapi kekurangan dan musibah yang menimpanya dan tidak menjadi sombong dan angkuh atas kejayaan yang diraih. Apa sahaja yang menyebabkan orang lain hilang kawalan tiada kesan yang tidak diingini yang akan berlaku ke atas dirinya.

Keimanan kepada hari perhitungan dan adanya kesempurnaan mutlak yang mana pandanganNya yang teliti meliputi segala sesuatu dan di hadapan-Nya terdapat amalan semua manusia walaupun ianya tidak penting seperti atom - kepercayaan ini mencipta pengaruh yang kuat dalam batin manusia yang mana tidak dapat disamakan dengan kuasa lain. Keimanan kepada Tuhan dan perintah-Nya bukan sahaja menghalang manusia daripada takut akan kesukaran hidup tetapi juga mengubah kesulitan tersebut menjadi sarana pembangunan dan pendakian ke arah matlamat hidup yang tinggi.

Demikian Al-Qur'an berkata:

“Sesiapa yang beriman dan memperbaiki dirinya tidak akan pernah menjadi mangsa kepada ketakutan atau kesedihan”. (6:48)

“Allah akan memberi petunjuk kepada jalan kebahagiaan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh”. (10:9)

Siapakah yang boleh meremehkan peranan roh dan hati dalam pembangunan manusia dan tidak menganggap hati sebagai bahagian terbesar dalam pendakian roh ke tahap kesempurnaan yang tertinggi? Bukankah kasih dan iman telah memungkinkan sepanjang sejarah manusia tindakan pengabdian dan pengorbanan diri yang terbesar?

Tujuan Al-Quran dengan tegas untuk menanamkan kesedaran dalam diri dan hati manusia untuk mengubah hati dan membentuk sedemikian rupa sehingga dia terdorong secara batin untuk melaksanakan amalan yang bernilai tinggi.

Oleh kerana orang yang beriman bergantung kepada kejayaan dalam usahanya pada kuasa Tuhan yang tidak terbatas, kepada-Nya dia meletakkan segala harapan dan pergantungannya, kesusahan dan kesedihan yang dilaluinya tidak akan pernah dapat menggelapkan hidupnya walaupun betapa sukar jalan untuk mencapai matlamat mungkin kelihatan. Dia bahkan akan menerima kegagalan dengan tenang, jika kegagalan itu berlaku di jalan yang menuju kepada Tuhan dan menganggap kegagalan sebagai sejenis kemenangan dalam dirinya sendiri.

Sesiapa yang memilih Allah sebagai pelindung dan penjaga-Nya akan terlepas daripada kegelapan kebingungan dan kesesatan.

Al-Quran menyatakan: “Allah adalah Pelindung dan Penjaga bagi orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya” (2:257)

Mereka yang enggan menyembah Allah akan mendapati diri mereka bersujud di hadapan berhala batin; nafsu dan keinginan menguasai setiap dimensi kewujudan mereka.

Penyembahan diri adalah penyakit berbahaya yang mana dengan manifestasi yang berbeza dalam kehidupan individu dan sosial manusia melibatkan kemalangan dan gangguan yang paling tragis. Ianya mewujudkan penghalang yang kuat antara manusia dan kebenaran dan mengakibatkan pecahan kepada kapasiti persepsi manusia dan dalaman manusia menjadi buta.

(11)

Al-Quran menyatakan:

“Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan? Allah telah menjadikan dia sesat, walaupun dia mempunyai ilmu; Dia telah meletakkan meterai pada telinga dan hatinya dan menutup tirai kegelapan di atas matanya. Siapakah selain Allah yang dapat memberi petunjuk kepadanya? Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran? (45:23)

Oleh kerana Islam menganggap dunia ini sebagai tanah akhirat maka adalah wajar manusia menganggapnya sebagai satu jalan atau cara. Melalui pemilihan jalan yang betul dan beramal soleh manusia sebenarnya sedang mempersiapkan kehidupannya sendiri di akhirat. Jika sekiranya manusia menganggap dunia bukan sebagai laluan yang membawa kepada kehidupan yang lebih tinggi dan kekal hanya sebagai tujuan dan matlamat itu sendiri, keterikatannya yang tidak bermakna pada dunia akan merampas kebahagiaan dan menghalang ia daripada berkembang ke arah kesempurnaan.

Al-Quran menyatakan:

“Adakah kamu redha dengan kehidupan dunia sebagai pertukaran untuk akhirat walaupun kehidupan dunia ini tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan akhirat”. (9:38)

Satu Kelebihan Yang Unik

Satu kelebihan yang unik dan berharga yang dinikmati oleh orang yang menerima prinsip kehidupan akhirat sebagai sebahagian daripada sistem keimanannya ialah dia mengetahui bahawa masa depannya pada asasnya bergantung pada kelakuan dan perbuatannya sendiri. Oleh itu tingkah lakunya adalah berdasarkan kebenaran dan ketiadaan sifat munafik atas kesucian dan keikhlasan. Keimanan kepada Hari Akhirat bukan sahaja meningkatkan secara kualitatif tahap amalan individu tetapi juga mempercepat pertumbuhan kuantitatif mereka. Semakin kaya kandungan keimanan semakin besar tahap keikhlasan sehingga sekecil-kecil amalan pun adalah berdasarkan niat.

Dia akan sedar bahawa semua perbuatan dan amalan sentiasa tertakluk kepada penelitian yang sangat teliti dan tegas. Apa sahaja perbuatan dan amalan baik atau jahat yang dilakukan akan dicatatkan ke dalam buku catatan amalan dan disimpan untuk dihisab dan dikira. Akan datang hari yang mana buku catatan akan diperiksa dengan sebaik-baiknya dan teliti kerana tidak ada rahsia yang tersembunyi bagi orang yang mengawasinya.

Sebaliknya, seseorang yang batinnya kosong daripada keimanan kepada Hari Akhirat mengingkari hakikat atau menafikan realiti yang paling membuahkan hasil, membayangkan dirinya tidak akan diminta untuk dipertanggungjawabkan atas sebarang aspek daripada perbuatan, tidak akan dibakar oleh nyalaan api yang dia nyalakan hari ini dan tidak akan mengalami akibat yang besar atau menderita daripada amalan yang tidak baik dan buruk. Oleh yang demikian dia diselubungi oleh gelombang khayalan dan ketidakbenaran; dia melihat dengan keinginan yang bersangatan pada semua bentuk kerosakan dan memandang dingin dan lesu pada kebajikan dan sifat-sifat jiwa yang tinggi. Dengan cara pemikiran sedemikian, jika dia sekali-sekala melakukan beberapa amalan dan perbuatan yang berguna dan boleh dipuji, perkara ini akan tetap tidak dihargai oleh masa depan yang tidak bermakna, tanpa tujuan dan matlamat yang dia percayai dan yakin. Oleh itu, dia menganggap dirinya wajar untuk tetap tidak peduli terhadap semua pertimbangan kebajikan, emosi dan dalam menghina semua sifat manusia yang luhur. Jika dia melakukan pelbagai bentuk jenayah, pengkhianatan dan penindasan dia

(12)

tidak mengiktiraf sebarang sekatan selain daripada konvensyen dan peraturan masyarakat yang akan meminta dia untuk dipertanggungjawabkan dan dihukum atas kesalahan yang dilakukan.

Kelemahan asas undang-undang manusia ialah mereka menganggap semua bentuk kehidupan manusia akan berakhir dengan kematian dan berdasarkan kehendak dan sentimen majoriti ahli masyarakat. Perundangan Ilahi mengikut jalan yang berbeza, berdasarkan pada satu keabadian kehidupan manusia, kehidupan yang tidak terputus oleh bilah maut dan ianya merangka dan menyusun agendanya dengan sewajarnya.

Satu persoalan yang memerlukan analisis ialah mengapa sains dan minda manusia tidak mampu untuk memperbesarkan sfera mereka untuk membantu dalam membina dimensi manusia yang lebih tinggi dan membawa perubahan yang mendalam dalam dirinya begitu juga dengan kekuatan agama yang subur. Sebab manusia keluar daripada lubuk kesucian dan kewujudan semua jenis kepincangan dalam masyarakat adalah ditemui dalam intipati undang-undang buatan manusia dan kekurangannya selaras dengan sifat hakiki manusia.

Orang yang beragama rela melaksanakan undang-undang yang telah diterima sebagai ungkapan hikmah Allah yang kekal abadi. Lebih-lebih lagi dia menyedari bahawa sambil mematuhi undang- undang tersebut dia sedang mengembara menuju ke arah keabadian dan alam yang tidak binasa merentasi jangka masa yang tidak berkesudahan. Pandangan sempit tentang pengetahuan manusia tidak mampu memahami sepenuhnya takdir mulia orang seperti itu.

(13)

PELAJARAN KETIGA

Hari Kebangkitan, Manifestasi Kebijaksanaan Tuhan yang Maha Luas

Tidak dapat dinafikan bahawa tindakan dan gerakan kehendak manusia dalam semua kepelbagaiannya berpunca daripada motivasi dalaman. Semua usaha kita dalam aspek yang berbeza adalah cerminan niat dan cita-cita serta percubaan untuk memenuhinya; Ianya seperti begitu banyak jawapan afirmatif kepada panggilan kecenderungan dan kehendak kita.

Walaupun kita membayangkan bahawa sebahagian daripada kehendak dan perbuatan yang disengajakan benar-benar bebas daripada motivasi peribadi, kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa tiada satu pun daripada ragam tingkah laku kita akhirnya dapat dipisahkan daripada matlamat yang tersembunyi dan tidak terungkap. Di kedalaman setiap perbuatan tersembunyi rahsia tujuan dan kelihatan seperti tidak diketahui.

Sebagai contoh, apabila kita membayangkan niat untuk berbuat baik kepada seseorang, kita tidak diilhamkan secara eksklusif oleh keinginan kemanusiaan atau dorongan kepada suka memberi atau murah hati adalah bertentangan dengan apa yang kita bayangkan. Ia adalah keinginan untuk ketenangan fikiran kita sendiri yang menjadi motivasi utama kita.

Begitu juga dengan mana-mana faktor semula jadi dalam lingkungan alam ini; ianya juga tidak boleh kurang sempurna dan tanpa matlamat. Perbezaannya ialah apa yang dilakukan oleh manusia adalah hasil daripada pengetahuan dan kesedaran yang timbul secara semula jadi sebagai produk daripada faktor semula jadi tidak berkaitan sama sekali dengan pengetahuan dan persepsi. Dalam kedua-dua kes, maka intipati perkara tersebut adalah sama; kehadiran tujuan dan matlamat.

Akal yang bebas daripada ilusi dan khayalan memahami bahawa seluruh struktur alam semesta mempunyai hasrat yang tersirat untuk memelihara makhluk di dalam dunia yang mana makhluk tersebut akan dikurniakan dengan akal fikiran, mampu berkembang, berkuasa atas takdir dirinya sendiri dan mampu keluar daripada batasan tunduk kepada naluri untuk bergerak dalam orbit bimbingan dan panduan oleh cahaya kecerdasannya sendiri dan untuk memilih secara bebas jalan kenaikan atau jalan kemerosotan.

***********

Di samping itu, sains membentangkan kepada kita gambaran tentang alam semesta yang teratur yang dikawal oleh undang-undang dan norma yang tepat dan tidak dapat dielakkan. Ianya adalah alam semesta di mana semua perkara, sayap seekor pelanduk, daun sebatang pokok, sebutir pasir adalah menurut sistem yang tepat dan khusus untuk diri mereka sendiri dan mengawal pergerakan mereka dengan ketepatan geometri. Dari atom ke galaksi yang mengandungi beberapa planet di dalam dirinya, dari galaksi ke angkasa tidak berkesudahan yang seterusnya mengandungi banyak galaksi di dalam dirinya sendiri, keseluruhan ketakterbatasan makhluk, bermula dari zarah yang paling kecil hingga yang terbesar di antara benda-benda di langit semuanya bergerak mengikut ketetapan yang unik dan menakjubkan.

(14)

Hal ini berlaku, ianya agak tidak bersesuaian dengan kepintaran serta pemikiran saintifik manusia untuk menegaskan bahawa dalam semua aktiviti yang sangat luas dan tidak terbatas yang berlaku di dunia ini tidak ada hubungan antara pelaku dan perbuatan atau pelaku dengan tujuan.

Sebaik sahaja kita mengandaikan bahawa sistem alam semesta yang menakjubkan telah dicipta oleh ilmu pengetahuan dan kuasa yang tidak terbatas, kita tidak boleh mempercayai bahawa Sang Pencipta harus meletakkan di tengah-tengah alam semesta dan semua makhluk sama ada bernyawa atau tidak, undang-undang yang mengawal fungsinya dan melengkapkan setiap makhluk dengan cara yang diperlukan untuk sara hidup tanpa mengejar matlamat yang pasti dalam semua perancangan dan perintah ini.

Masyarakat yang terdiri daripada orang-orang yang beriman kepada keEsaan Allah, mengakui Dia memiliki segala bentuk kesempurnaan juga menerima tanpa ragu-ragu bahawa susunan dunia mempunyai tujuan dan matlamat.

Bagaimanakah seseorang yang memberi kesaksian tentang ilmu pengetahuan yang tidak terbatas, kuasa yang kekal abadi dan kebijaksanaan Sang Pencipta pada masa yang sama menafikan bahawa semua aktiviti makhluk yang mengagumkan dan menakjubkan tersebut mempunyai matlamat utama?

Tidak dapat dibayangkan bahawa kita harus menegaskan bahawa benih tujuan telah disemai dalam sekecil-kecil organ tubuh kita dan sebaliknya mendakwa bahawa destinasi manusia secara keseluruhan adalah kosong dan tanpa tujuan.

Bermula dengan saat sperma terbentuk, manusia tidak boleh dianggap sebagai makhluk yang dibiarkan sendiri untuk mengikuti pelbagai peringkat pertumbuhan yang hanya menurut naluri semula jadi. Ianya juga tidak mencukupi jika daripada semua kebimbangan yang perlu baginya dia berpuas hati hanya dengan memastikan cara kewujudan.

***********

Secara umumnya, perintah dan arahan semua agama Ilahi adalah berdasarkan tanggungjawab dan kebertanggungjawaban manusia. Para nabi dan utusan Tuhan sentiasa menyatakan dalam kategori cara yang khas bagi mereka bahawa dalam dunia yang luas, sememangnya tidak terbatas yang terletak di hadapan manusia adalah semua perbuatan dan amalannya yang tertakluk kepada perhitungan.

Sehubungan itu, para nabi dan utusan tuhan telah menasihati dengan tegas bahawa orang ramai yang telah menerima perkhabaran daripada mereka hendaklah mempersiapkan diri untuk peristiwa besar yang akan berlaku sepanjang penciptaan, menyebabkan ia memasuki peringkat baharu, diserahkan kepada perintah dan arahan baru dan menjalani kehidupan baru.

Seterusnya, para nabi memerintahkan manusia untuk menggunakan potensi mereka untuk pertumbuhan, perkembangan dan perubahan lantas membiarkan semua dimensi kewujudan mereka tumbuh subur, berjaya dan memperoleh keselamatan dan kesejahteraan. Mereka telah diberi peringatan agar tidak melakukan sesuatu yang akan mendatangkan kesengsaraan dan keburukan di akhirat dan menyebabkan mereka terbakar dalam api penyesalan yang kekal.

Manusia dalam melalui kehidupan di dunia ini menyemai benih kehidupan di akhirat dengan tangannya sendiri; dia sendiri yang menentukan nasib yang akan menimpa dirinya di akhirat. Untuk menyatakannya dengan cara yang berbeza, kehidupan yang abadi terbentuk daripada material yang dia sendiri sediakan terlebih dahulu.

(15)

Bayangkan seorang pelukis mahir yang menghabiskan banyak masa dalam mencipta karya seni yang sebenar dan kemudian memusnahkannya. Adakah mungkin untuk menganggap orang sedemikian adalah seorang yang rasional? Tidak terdapat sebarang keraguan bahawa tidak ada orang yang bijak atau cerdik pandai akan melakukan perkara sedemikian.

Bolehkah tujuan di sebalik penciptaan skema makhluk yang luas dan megah, dijalin bersama-sama dengan kemahiran yang sempurna atau penciptaan manusia dengan segala daya dan kekuatan yang membimbangkan, boleh menjadi kehidupan dunia yang terhad, terkurung dengan semua percanggahan yang terkandung di dalamnya? Adakah sudah takdir manusia untuk berjuang tanpa harapan dalam pusaran fantasi dan khayalan buta, menjadi tawanan kriteria palsu mengikut fesyennya sendiri lalu bertaburan seperti sebilangan kecil debu zarah di ruang angkasa yang tidak terbatas atau terhad apabila kematian menutup buku tentang kehidupannya?

Jika perkara ini berlaku, tidakkah ianya menjadikan Pencipta menyerupai artis hipotesis (berdasarkan andaian), nihilistik dan tidak mempunyai tujuan? Bukankah ianya agak tidak serasi dengan ilmu pengetahuan, kuasa kebijaksanaan yang diketahui dan kreatif menjadi cahaya yang mempunyai tujuan yang jauh terserlah dalam aspek dalaman dan luaran setiap atom penciptaan?

Sekiranya kebijaksanaan Ilahi dikurangkan secara drastik, ianya tidak boleh lagi menjadi sungai yang luas yang mengairi seluruh dataran kewujudan.

Kafilah makhluk itu terikat dalam perjalanannya menuju kesempurnaan, pada akhirnya untuk mencapai kesempurnaan mutlak dan kita juga yang mana sumber kewujudan adalah daripada Allah juga akan kembali kepada kebenaran muktamad tersebut.

Dalam susunan umum alam semesta kedatangan Hari Kebangkitan mempunyai sifat semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Sama seperti kegelapan membawa cahaya dan keadilan terhasil daripada penindasan dan ketidakadilan, begitu juga kehidupan dunia ini digantikan dengan kebangkitan. Jika kita menafikan kebenaran ini, kita sebenarnya meremehkan perkara yang yang tepat dan ketepatan yang dikira dengan teliti yang memerintah penciptaan serta keluasan alam dan dunia yang sangat tidak terhingga dan kompleks untuk dirangkumi oleh pemikiran dan penglihatan. Di samping itu, kita melupakan prinsip kemajuan ke arah kesempurnaan yang boleh disimpulkan daripada pemerhatian yang teliti terhadap penciptaan dan gerakan semua bahagian alam semesta.

Bagaimana kita boleh menerima di satu pihak bahawa prinsip ini mengatasi seluruh sistem penciptaan daripada zarah-zarah terkecil atom kepada benda-benda besar dan mengagumkan di langit dan mengandaikan pada sebaliknya bahawa hasil akhir operasi prinsip ini akan menjadi pemusnahan dan ketiadaan sama sekali?

Jika ini adalah konsep kita tentang susunan alam semesta, ianya tidak akan serasi dengan penciptaan yang tidak terhingga dan fenomena yang tidak terhitung banyaknya yang terkandung di dalamnya.

Kebijaksanaan dan kecerdasan tidak akan dapat berdamai dengan kebijaksanaan Tuhan, zat yang tidak terbatas, perancang penciptaan yang agung, pilihan kehidupan material yang sementara ini sebagai matlamat utama.

Selain daripada matlamat relatif dan peralihan yang boleh diperhatikan di seluruh sistem alam semesta, terdapat titik penamatan untuk semua perkara yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai keabadian dan kehidupan yang kekal abadi.

“Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah kembali segala sesuatu”.

(3:109)

(16)

“Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi dan kepada-Nyalah kembali segala urusan”.

(42:53)

Sang Pencipta telah mencipta susunan yang agung dengan kuasa dan kebijaksanaan yang tidak terbatas; Dia telah menjadikan makhluk yang tidak terhitung banyaknya di seluruh hamparan dunia;

dan dari kalangan mereka Dia telah memilih manusia sebagai produk unggul bengkel-Nya bahkan menundukkan kepada kehendak-Nya semua fenomena penciptaan. Jika sekiranya Sang Pencipta ini kemudian memutuskan bahawa seluruh kewujudan manusia akan berakhir dengan kematian, Dia akan menjadikan asas yang sia-sia dan tidak bermakna bagi kewujudan dunia dan kehadiran makhluk yang begitu mulia di dalamnya seperti manusia.

Walau bagaimanapun berdasarkan prinsip pertumbuhan ke arah kesempurnaan, pencapaian kehidupan kekal abadi mewakili peringkat terakhir kesempurnaan. Sebaliknya, apakah pertumbuhan yang akan berlaku selepas merentasi keseluruhan siri gerakan dan mengubah takdir terakhir semua makhluk harus menjadi kebinasaan? Kerana apa yang tersirat oleh prinsip tersebut adalah perkembangan dan kemajuan bukan perubahan dan pembangunan yang membawa kepada apa-apa.

Malah konsep kitaran gerakan dan perubahan tidak akan bermakna kerana ianya juga akan kekurangan hasil dan matlamat terakhir.

Selain daripada semua ini, pengetahuan dan sains manusia mengecualikan kemungkinan pemusnahan mutlak untuk sebarang fenomena sekalipun; memandangkan ketidakbinasaan jirim dan tenaga, zarah- zarah material yang membentuk dunia ini tidak boleh dimusnahkan dalam konteks susunan benda masa kini.

Semua perkara akan mencapai kesempurnaan yang mereka cari apabila perintah lain berdasarkan kekekalan dan keabadian datang untuk mengatasi unsur-unsur dunia yang berselerak ini tanpa mengira sama ada pergerakan universal menuju kesempurnaan berlaku dalam bentuk luaran sesuatu atau dalam intipati dan kandungannya.

Proses perubahan yang komprehensif ini, gerakan kekal ini menjadi boleh diterima secara rasional dan mampu difahami dengan betul hanya apabila ianya mempunyai hala tuju dan matlamat yang dituju.

Dengan pergerakannya yang tetap dan dikira dengan tepat, keseluruhan alam semesta bergerak ke hadapan kepada kematangan terakhir iaitu kebangkitan sama seperti kanak-kanak yang menuju kepada peringkat perkembangan yang lebih tinggi yang diwakili oleh kematangan. Ringkasnya, kemajuan universal dan semula jadi semua perkara daripada kecacatan kepada satu siri kesempurnaan relatif mempunyai tujuan kesempurnaan mutlak seperti yang dinyatakan oleh Al- Quran:

“Kepada-Nya kamu akan kembali”. (10:4)

Oleh itu, bukan sahaja roda kemajuan material tidak pernah berhenti, keseluruhan alam semesta tidak pernah berhenti untuk bergerak maju. Pada masa yang sama, kemajuan dalaman dan rohani manusia serta cita-citanya yang tinggi tidak boleh diselesaikan dalam keadaan kewujudannya masa kini.

Sebenarnya pengakhiran susunan perkara masa kini yang membawa kepada permulaan kehidupannya yang kekal abadi dan syarat-syarat yang diperlukan untuk mencapai darjat yang tinggi dan kedudukan yang mulia. Dibebaskan daripada segala jenis kekotoran material, dia menemui sendiri alam yang dilimpahi dengan keseronokan material dan rohani; di situlah iman dan amalannya membuahkan hasil dan setiap orang dibalas atas keyakinan, tindakan dan perbuatannya.

(17)

Demikianlah Al-Qur'an menyatakan: “Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala isinya dengan sia-sia dan tanpa tujuan” (28:27).

Mereka yang dalam semua keadaan berdiri, duduk atau berbaring mengingati Allah dan sentiasa memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi dan berkata:

“Wahai Pencipta, Engkau tidak menciptakan alam semesta yang indah ini dengan sia-sia; Engkau suci dan mulia; peliharalah kami dari api neraka dengan rahmatMu” (3:191)

“Kami tidak menjadikan langit dan bumi serta segala isinya sebagai permainan; Kami ciptakan mereka dengan adil dan menurut hikmah tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (44:38-39)

Orang yang yakin akan kebijaksanaan Allah yang luas mengetahui bahawa dalam arena yang luas ini yang mana segala sesuatu secara unik diserahkan kepada kuasa pra-abadiNya tidak ada yang ditinggalkan dengan caranya tersendiri atau kekurangan kandungan yang ditetap dan ditentukan. Dia megetahui bahawa susunan dunia yang dipupuk oleh kebijaksanaan dan keadilan yang sempurna dan bahawa semua fenomena yang terkandung di dalamnya sentiasa berubah dan maju mengikut corak yang teratur, harmoni dan tidak dapat dielakkan.

Sekiranya pemberontakan dan pelanggaran undang-undang menjadi prinsip yang mengawal alam semesta adalah asas semua perkara yang wujud adalah kesilapan, tidak akan ada tanda keharmonian atau keteraturan di dunia dan sebenarnya kita akan diwajibkan untuk mengutuk keseluruhan dunia kepada tidak wujud atau ketiadaan.

Orang yang percaya kepada kebijaksanaan Tuhan mengetahui bahawa dia memiliki cara untuk memupuk dunia dalaman yang akan kekal selama-lamanya; dia boleh membina dan memupuk kehidupan masa depan atau membakarnya dan mengubahnya menjadi kemusnahan dan kehancuran.

Jadi jika manusia mempunyai konsep alam semesta yang sedemikian, dia tidak akan pernah membayangkan bahawa semua dimensi kewujudan manusia akan dilenyapkan sebaik sahaja kehidupan ini berakhir. Dia memahami bahawa susunan perkara sekarang berterusan dalam erti kata yang mendalam dalam bentuk yang sesuai dan mulia dan ianya berada dalam susunan perkara yang berubah, itu adalah dahaga kepada nilai-nilai dan cita-cita yang tinggi yang mana pada akhirnya dapat dihilangkan.

Zat Tuhan yang tidak terbatas adalah sempurna dalam setiap aspek; kekurangan dan keperluan tidak boleh menyerang makhluk-Nya yang suci. Ianya adalah sebaliknya, mencipta sesuatu yang memerlukan-Nya. Allah mengurniakan nikmat dan keberkatan hidup bersama dengan segala kuasa dan kebolehan, pada manusia dan adalah wajar bahawa hasil akhir ciptaan-Nya hendaklah kembali kepada-Nya. Demikian Al-Qur'an menyatakan:

“Wahai manusia, kamu memerlukan Tuhan; hanya zat-Nya yang unik yang benar-benar bebas dari segala keperluan” (35:15).

***********

Oleh itu, kebijaksanaan Allah mewajibkan bahawa pada hari tertentu manusia harus dipertanggungjawabkan atas perbuatan yang telah mereka lakukan.

Al-Quran menjanjikan bahawa hari seperti itu akan datang:

(18)

“Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua makhluk-Nya pada Hari Kiamat, sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. (15:25)

Kesempurnaan muktamad yang benar-benar layak bagi manusia tidak dapat dicapai dalam lingkungan dunia ini. Pertumbuhannya ke arah kesempurnaan berterusan sehingga ke akhirat, dia mencapai matlamat dan keinginan utamanya iaitu pencapaian kesatuan dengan asal usul semua makhluk yang mulia.

Manusia akan datang menemui Sang Pencipta dengan cara yang ditentukan oleh perbuatan, sifat dan tingkah laku mereka di dunia ini. Ini adalah benar bagi orang-orang yang suci, orang-orang yang beruntung dan orang-orang yang celaka yang mana hatinya telah hitam dengan dosa. Ini adalah kerana semua makhluk tidak dapat tidak mesti tunduk kepada kehendak Allah yang tidak dapat dilawan dan norma-norma yang berterusan yang telah ditetapkan; rela atau tidak, akan kembali kepada-Nya.

Walau bagaimanapun, cara mereka bertemu dengan Tuhan ditentukan oleh tingkah laku semasa di dunia ini dan sifat-sifat yang telah mereka perolehi. Sebaik sahaja perbuatan manusia mencapai kesimpulan, hasil daripada perbuatan mereka akan didedahkan dan menjadi jelas. Oleh itu, kualiti pertemuan manusia dengan Allah bergantung pada cara tingkah laku yang telah membezakan dan menjadi ciri mereka di dunia ini.

Demikianlah Al-Quran menyatakan:

“Wahai manusia! Sejauh mana engkau berusaha untuk mentaati Tuhan, engkau pada akhirnya akan bertemu dengan Penciptamu” (84:6)

“Kesudahanmu akan di sisi Allah Yang Maha Kuasa” (53:42).

“Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal- pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira – Penghitung”. (6: 61-62)

Adapun orang-orang yang berhati hitam yang sudah ditakdirkan untuk api neraka, mereka juga berhadapan dengan Zat Tuhan yang Maha Suci. Akan tetapi, Allah tidak memandang mereka dengan kasih sayang dan belas kasihan dan mereka dihalang daripada mendapat nikmat dan keberkatanNya.

Al-Quran menyatakan:

“Tidak ada bahagian bagi mereka pada Hari Kiamat, Allah tidak akan berbicara dengan mereka dan tidak akan melihat ke arah mereka” (3:77)

“Wajah-wajah segolongan manusia akan bercahaya dan tersenyum pada hari mereka bertemu dengan Allah sementara muka segolongan yang lain seakan-akan ditutupi dengan debu, mereka terperosok ke dalam keaiban, mereka itulah orang-orang kafir yang derhaka kepada Allah”. (80: 38-42)

Manusia memiliki naluri keagamaan dan moral yang tinggi yang menariknya kepada Allah. Di bawah pengaruh naluri ini dia akan beriman kepada Allah dan keinginan untuk melintasi sempadan yang memenjarakannya disepanjang kehidupan material. Sehubungan itu, dia akan berusaha bersungguh- sungguh dan dalam semangat aspirasi yang tinggi meninggalkan perkara luaran, kehidupan material dunia ini demi matlamat yang besar dan cita-cita yang berharga.

(19)

Transformasi sedemikian dalam pandangan manusia dimungkinkan oleh fakta bahawa cita-cita abadi yang muncul daripada dirinya dan bahawa dia memiliki naluri yang tinggi yang berkaitan dengan keabadian. Naluri tersebut menariknya ke arah keabadian sehingga akhirnya dia memasuki alamnya yang sebenarnya. Semua ini bermakna bahawa dalam diri manusia terdapat keupayaan untuk kehidupan yang kekal abadi.

Perbuatan dan tingkah laku manusia adalah seperti benih yang daripadanya tumbuh kehidupan yang kekal, benih yang boleh tumbuh mekar dan berkembang hanya dalam kehidupan yang dipenuhi dengan kebahagiaan yang kekal abadi. Benih-benih yang ditanam oleh penjahat di dunia ini juga memberi satu bentuk kehidupan yang kekal yang mana mereka menuai hasil kejahatan yang telah mereka lakukan.

Ali bin Abi Talib, Amirul Mukminin a.s menyatakan sehubungan dengan perkara ini: “Dunia adalah tempat persinggahan dan akhirat adalah tempat tinggal”. (Nahjul Balaghah, Khutbah 203)

Sesungguhnya akhirat sahaja yang memberi makna kepada kehidupan dunia.

(20)

PELAJARAN EMPAT

Kebangkitan Semula, Manifestasi Keadilan Ilahi

Persoalan keadilan Ilahi persoalan yang mempunyai banyak dimensi mesti ditimbulkan pada ketika ini.

Kita dapat melihat bahawa di dunia ini perbuatan baik dan jahat manusia tidak tertakluk kepada sebarang pengiraan akhir. Penjenayah dan pemerintah yang zalim menuntut untuk mendapatkan kedaulatan mutlak telah menceroboh kehidupan dan kebebasan orang lain dengan menikmati kesenangan dan kemewahan sehingga akhir hayat.

Mereka tidak menjauhi sebarang tindakan yang diilhamkan oleh fikiran yang tercemar akan tetapi tidak terperangkap dalam genggaman teguh keadilan dan undang-undang dan tidak menderita akibat semula jadi daripada perbuatan yang telah dilakukan. Tiada kuasa atau pihak berkuasa yang dapat menghalang kezaliman dan penindasan yang dilakukan, menghentikan pencerobohan mereka ke atas hak orang lain atau untuk menyekat ruang lingkup kuasa hanya kepada urusan peribadi mereka sendiri.

Pada akhirnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi, orang yang dicemari dengan dosa dan orang bijak yang berusaha untuk menguasai nafsu yang ghairah dan memperoleh kebajikan yang mencapai kerohanian yang melimpah melalui percampuran ketakwaan dengan tingkah lakunya akan menutup mata mereka terhadap dunia. Memang benar bahawa agama melarang segala bentuk tunduk kepada penguasa yang tidak beriman dan penerimaan perintah dan arahan zalim yang dikeluarkan oleh pemerintah yang zalim dan ia menganggap bahawa penentangan terhadap semua jenis pencerobohan adalah sebagai satu keperluan menentukan agama dan kehidupan.

Namun begitu, konfrontasi dengan orang yang menindas tidak selalu membuahkan hasil yang positif dan dalam perjuangan orang ramai mungkin diinjak-injak oleh kuasa penindas dan kehilangan nyawa.

Sekiranya fail di dunia ini ditutup pada perbuatan baik dan jahat sehingga mereka dikuburkan selama- lamanya di tanah perkuburan yang tidak ada, apakah yang akan terjadi dengan keadilan, kebijaksanaan dan rahmat yang tidak terhingga yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang disayangi dan dikasihi, jejak keadilan dan kebijaksanaanNya yang terserlah di seluruh ciptaan-Nya?

Jika kita menerima bahawa Tuhan telah mencipta persekitaran yang mana ramai penjahat dan penindas dapat meneruskan jalan pilihan mereka sehingga saat terakhir dalam kehidupan tanpa mengiktiraf sebarang had dan batasan pada tingkah laku, tunduk kepada sebarang perbuatan keji bagi mendapatkan kuasa dan memuaskan keinginan mereka, jika kita menerima bahawa semua ini adalah mungkin tanpa mereka diminta untuk dipertanggungjawabkan dan bahawa orang yang ditindas terus menggeliat di bawah sebatan ketidakadilan dan kekurangan sehingga nafas terakhir mereka, adakah boleh semua ini disebutkan tiada apa-apa melainkan penindasan dan ketidakadilan?

Sekarang kita tahu bahawa tiada siapa yang mempunyai sedikit pun tanggapan tentang cinta dan keadilan akan membenarkan keadaan sedemikian; maka bagaimanakah Zat Tuhan yang Maha Suci yang daripada-Nya belas kasihan, kasih sayang dan keadilan yang tidak terhingga mengalir keluar, menerima ketidakadilan tersebut dan meletakkan di atasnya meterai persetujuan-Nya?

Bagaimanakah minda manusia yang kreatif, aspek yang paling mulia pada dirinya yang membimbingnya kepada pengetahuan tentang diri dan alam semesta menilai perkara ini?

Allah tidak mengizinkan sama sekali kezaliman dilakukan terhadap seseorang. Walau bagaimanapun, hakikat bahawa kolektiviti tertentu memberikan kebebasan dan kuasa kepada pelaku jenayah yang

(21)

zalim untuk bertindak mengikut kehendak dan pada akhirnya mengecualikan mereka daripada semua hukuman adalah dengan sendirinya satu bentuk ketidakadilan yang jelas. Kaitan antara keadilan Tuhan dan keperluan untuk penghitungan yang tepat tentang perbuatan manusia telah menyatakan keperluan untuk kebangkitan dengan lebih jelas.

Di samping itu, jenayah dan kejahatan tertentu memberi kesan yang sangat luas sehingga mereka tidak boleh dihukum secukupnya di dunia ini dengan jangka masa yang terhad. Kejahatan kadangkala begitu berat sehingga hukuman yang dikenakan tidak sama dengan tugas untuk menjatuhkankan hukuman yang sepatutnya ke atas penjenayah tersebut.

Penjenayah dan orang jahat yang mana bagi mereka dunia hanyalah seperti binatang untuk dibunuh dan dimakan sesuka hati; tangan mereka berlumuran, darah ratusan atau ribuan orang yang diseret ke dalam rumah penyembelihan. Dia begitu tenggelam dalam kotoran maksiat dan ketidakadilan sehingga tidak dapat mengambil pelajaran dari masa lalu atau memikirkan masa depan yang lebih baik dan lebih cerah. Jika di sebalik semua kejahatan yang telah dilakukan roh dan jiwanya diambil dengan cara yang sama seperti salah seorang mangsanya, hukuman yang dikenakan adalah tidak adil dan sangat tidak sama rata kerana dihukum hanya untuk salah seorang mangsa sahaja dan semua mangsa dan jenayah lain akan tetap tidak dihukum.

Oleh itu banyak jenayah yang telah dilakukan di luar skop pembalasan duniawi. Jika kita ingin menganalisis perkara dengan lebih logik, kita mesti melihat lebih jauh melangkaui dunia ini. Terdapat juga pertimbangan bahawa tidak ada pihak berkuasa di dunia ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan kepada manusia semua hak yang telah dicabuli.

Begitu juga, dunia tidak mempunyai keupayaan untuk memberi ganjaran kepada kebajikan dengan cara yang sesuai dan lengkap. Apabila kita cuba membuat penilaian akan nilai usaha yang tidak henti yang dilakukan oleh orang-orang yang suci dan berakhlak mulia dalam hal ini di dunia yang penuh dengan kesengsaraan dan keperitan, kita sedar bahawa ganjaran yang diberikan di sini amatlah sedikit.

Apakah ganjaran yang setimpal dengan nilai usaha yang boleh diberikan di dunia ini kepada seseorang yang telah memberi manfaat kepada berjuta-juta orang dengan khazanah ilmu dan pembelajarannya atau khidmat bakti yang ikhlas?

Bagaimana dan di mana di dunia ini bagi seseorang yang menumpukan seluruh hidupnya untuk menyembah Allah dan sokongan hamba-hamba-Nya akan mendapat ganjaran yang mana perkhidmatan yang diberikan meluas dalam pelbagai cara kepada seluruh masyarakat yang akhirnya menyerahkan hidupnya demi matlamat Ilahi?

Tiada kehidupan yang tersisa untuknya di dunia ini untuk membolehkannya menuai hasil pengabdian dan pengorbanan diri. Batasan duniawi yang dikenakan ke atas kehidupan di dunia ini bahkan tidak mengizinkan orang yang soleh menerima ganjaran. Al-Quran menyatakan:

“Apakah akan Kami jadikan orang-orang yang beriman kepada Allah dan beramal soleh seperti orang- orang yang membuat kerosakan di muka bumi? Patutkah Kami membalas manusia yang takut dan bertakwa kepada Allah seperti orang-orang yang berdosa dan melakukan kejahatan? Adakah orang- orang yang melakukan perbuatan keji dan berdosa menyangka bahawa Kami akan memberi mereka darjat seperti orang-orang yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh supaya mereka menjadi sama dalam kematian dan kehidupan? Tanggapan mereka adalah palsu dan jahil. Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan keadilan dan akhirnya setiap jiwa akan menerima balasan atas perbuatan tanpa sebarang kezaliman” (45:21-22).

(22)

Pada hari dia mula melangkah ke tempat tinggal yang berdebu ini hingga saat bumi menarik ia ke dalam pelukannya, manusia harus bergelut dengan kesusahan, kesulitan, masalah dan musibah.

Amirul Mukminin Ali a.s menggambarkan dunia yang sementara dan penuh kesakitan ini seperti berikut:

“Dunia adalah tempat kediaman yang mana penduduknya ditimpa dengan kesedihan dan kesakitan.

Ia adalah dunia yang terkenal dengan penipuan dan muslihat serta tidak mempunyai kestabilan yang tinggi. Mereka yang memasuki kediaman ini tidak akan pernah menikmati keselamatan atau ketenangan. Keadaan di dunia sentiasa berubah dan kesenangan dan keseronokan di dalamnya adalah dicela dan patut dipersalahkan. Istilah rehat dan ketenangan tidak dapat ditemui di dalam dunia.

Setiap saat ia melepaskan anak panah malapetaka ke arah manusia sebelum akhirnya menghantar ia ke rahang kematian dan kehancuran.”

Bolehkah dipercayai bahawa dunia sedemikian, penuh dengan kesakitan, musibah dan kesusahan harus menjadi tujuan dan matlamat akhir penciptaan? Bahawa Allah yang mana segala perbuatan- Nya berdasarkan keutamaan, ketertiban dan tanda-tanda keadilan dan kebijaksanaanNya terserlah di seluruh penciptaan, telah mencipta manusia hanya untuk kepentingan dunia seperti itu?

Perintah Komprehensif dan Universal

Perlu diingatkan pada ketika ini bahawa perintah yang kita lihat di dunia adalah perintah Ilahi yang merangkumi semua perkara dalam ruang lingkupnya. Semua objek yang dicipta di alam semesta sama ada besar atau kecil bermula daripada zarah-zarah kecil atom hingga ke planet-planet yang tidak terkira banyaknya yang bertaburan di seluruh angkasa, dicipta dan mengambil bentuk daripada keadilan yang memerintah seluruh skema penciptaan. Sistem kewujudan yang luas ini tidak terlepas daripada pengaruh langsung kedaulatan keadilan walaupun untuk seketika; ini adalah realiti yang boleh disimpulkan daripada semua fenomena dalam dunia penciptaan.

Sekiranya bahagian komponen sistem ini menyimpang sedikit pun daripada orbit yang ditetapkan, prinsip-prinsip yang diperlukan yang menjadi asas susunan alam semesta akan runtuh dan mengakibatkan kemusnahan dan kehancuran.

Walaupun semua bakatnya luar biasa, manusia membentuk sebahagian daripada tatatertib universal ini; dia tidak boleh dianggap sebagai terkecuali daripada peraturan yang komprehensif dan universal.

Satu-satunya faktor yang membezakan antara manusia ialah pemilikan kebebasan yang membolehkannya menjadi kreatif dan inventif (berdaya cipta); ia membuka jalan di hadapannya untuk mencapai tujuan dan matlamat. Ia sememangnya menjadi satu kebanggaan bagi dirinya yang bersendirian di antara semua makhluk dunia yang fenomenal (ajaib dan luar biasa), dia mampu untuk mengucapkan terima kasih kepada kualiti unik ini dan potensi yang diperolehinya untuk menjinakkan desakan dan bisikan hati yang merosakkan dan mendamaikannya dengan aktiviti yang membina.

Dengan mencipta manusia bebas, Allah telah menunjukkan kedua-dua susunan asas alam semesta dan perubahan yang ditimbulkan dalam susunan tersebut oleh ketidaktaatan manusia.

Sekiranya manusia diarahkan secara tidak dapat dielakkan ke arah pemerolehan kekayaan rohani dan jalan menuju kebahagiaan adalah kuasa yang menentukan untuk membawanya ke arah nilai-nilai yang tinggi, tidak akan ada kebanggaan dalam hal ini untuk manusia. Oleh itu, kita mesti menerima bahawa dengan menerima anugerah kebebasan dan kehendak daripada Allah, manusia mesti suatu hari nanti berdiri di mahkamah keadilan Tuhan untuk dihakimi di sana mengikut prinsip universal keadilan semua penciptaan. Adalah tidak boleh dipercayai bahawa manusia harus dikecualikan daripada

Referensi

Dokumen terkait

Lukisan berjudul Women III adalah merupakan hasil karya yang dibuat oleh seniman yang menganut aliran lukisan abstrak ekspresionis willem de Kooning dan merupakan salah satu

Tidak adanya kebijakan perusahaan terkait penggunaan internet di tempat kerja dengan kombinasi kebijakan lain (membawa perangkat keras pribadi dan cara kerja baru) yang ada

mendayagunakan zakat secara produktif sebagai pemberian modal usaha yang tujuannya adalah supaya zakat tersebut dapat berkembang. Zakat didayagunakan dalam rangka

Menentukan kondisi operasi yang optimal (daya microwave , lama waktu ekstraksi, dan rasio antara bahan baku yang akan diekstrak dengan pelarut yang digunakan) dari

(Teguh Woyono: 2010, 104) Apakah mereka peduli dengan tujuan pendidikan nasional agar peserta didik menjadi manusia yang bertaqwa, memiliki akhlak mulia,

Latasir adalah lapis penutup permukaan jalan yang terdiri atas agregat halus atau pasir atau campuran keduanya dan aspal keras yang dicampur, dihamparkan dan dipadatkan dalam

Melakukan peneli tian dengan judul “ Pengaruh Likuiditas, Kualitas Aktiva, Sensitivitas Terhadap Resiko Pasar, Efesiensi dan Profitabilitas Terhadap Car Pada Bank Umum

Penelitian ini tidak melihat data asupan, namun melihat risiko gangguan makan yang terjadi pada mahasiswa putri atau remaja putri. Risiko gangguan makan ini akan