• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN. Perniagaan Tingkatan 5 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 3 SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN. Perniagaan Tingkatan 5 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor"

Copied!
64
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 3 SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

Perniagaan Tingkatan 5 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor

(2)

SUMBER PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

o Semua

perniagaan memerlukan modal. Modal boleh diperoleh

daripada pelbagai sumber

pembiayaan.

(3)

SUMBER

PEMBIAYAAN

UNTUK

SESEBUAH

PERNIAGAAN

(4)

SUMBER PEMBIAYAAN UNTUK SESEBUAH PERNIAGAAN

oSeseorang usahawan mesti mengenal pasti sumber pembiayaan yang sesuai berdasarkan kepada jumlah modal yang diperlukan dan jenis perniagaan yang akan dilakukan.

oUsahawan perlu mengenal pasti jenis

perniagaan yang hendak diusahakan sama ada milikan tunggal, perkongsian, syarikat

persendirian atau syarikat awam sebelum mendapatkan pembiayaan.

o Jenis modal terdiri daripada wang tunai, inventori, kilang dan jentera.

(5)
(6)

JENIS

PEMBIAYAAN

DALAMAN DAN

LUARAN YANG

SESUAI UNTUK

SESEBUAH

PERNIAGAAN

(7)
(8)

SUMBER PEMBIAYAAN DALAMAN

o Sumber

pembiayaan

dalaman merupakan modal awal yang digunakan untuk usahawan

memulakan

perniagaan.

(9)

SUMBER PEMBIAYAAN DALAMAN.

o Simpanan peribadi o Modal daripada

keuntungan (rizab)

(10)

SIMPANAN PERIBADI

o Simpanan peribadi

merupakan sumber asas yang diperlukan oleh usahawan.

o Kebiasaannya, perniagaan dimulakan dengan

menggunakan wang

simpanan peribadi.

(11)

MODAL DARIPADA KEUNTUNGAN (RIZAB)

o Rizab ialah

keuntungan yang diperoleh daripada hasil pelaburan.

o Rizab digunakan

sebagai pembiayaan semasa perniagaan dijalankan untuk

modal pusingan.

(12)

SUMBER PEMBIAYAAN LUARAN

o Pembiayaan daripada bank dan institusi kewangan

o Agensi kerajaan

(13)

PEMBIAYAAN DARIPADA BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN

o

Bank dan institusi kewangan menyediakan sumber

pembiayaan untuk pelbagai peringkat kitaran perniagaan, iaitu dari peringkat permulaan, perkembangan dan pemulihan perniagaan.

o

Bank dan institusi kewangan, memberikan pinjaman kepada peminjam yang mempunyai aset sebagai cagaran.

o

Jenis pinjaman melibatkan

pinjaman jangka pendek dan

jangka panjang.

(14)

SUMBER PEMBIAYAAN LUARAN

o Modal permulaan o Sewa beli

o Pajakan o Syer

o Overdraf

o Pinjaman perniagaan

gadaian/Ar-Rahnu

o Pemfaktoran

(15)

MODAL PERMULAAN

o Pinjaman yang diberikan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan.

o Modal yang diperoleh daripada bank atau institusi kewangan dipanggil

sumber modal formal.

o Modal ini memberikan pinjaman

berpenggal, pinjaman jangka pendek

dan jangka panjang.

(16)

SEWA BELI

oSewa beli ialah aktiviti menyewa aset dengan tujuan untuk membeli aset

tersebut.

o Bank atau insitusi kewangan akan membeli aset tersebut dan

menyewakannya kepada usahawan.

oHak milik hanya akan berpindah kepada usahawan selepas semua ansuran dijelaskan.

oContohnya, pembiayaan rumah kedai dan kenderaan.

(17)

PAJAKAN

o Skim pajakan membolehkan usahawan menggunakan

sesebuah mesin atau jentera dengan cara menyewanya daripada bank atau institusi kewangan bagi tempoh

tertentu.

o Bank, institusi kewangan atau syarikat pajakan

mempunyai hak milik

terhadap mesin atau jentera,

manakala usahawan sebagai

penyewa.

(18)

SYER

oSyer ialah bahagian dalam modal sesuatu perniagaan atau saham.

oSesebuah perniagaan menerbitkan syer bagi menambah modal.

oBank saudagar akan bertindak

sebagai penanggung jaminan terbitan syer oleh syarikat awam yang hendak meluaskan perniagaan mereka dengan cara membeli syer yang tidak dapat dilanggan oleh pelabur.

(19)

OVERDRAF

oOverdraf merupakan kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan untuk pemegang akaun semasa.

oMelalui kemudahan ini, pemegang akaun semasa boleh mengeluarkan wang melebihi jumlah simpanan

dalam akaun semasa mereka setakat had yang telah ditetapkan.

oFaedah hanya dikenakan ke atas jumlah overdraf yang digunakan mengikut kadar harian.

oOverdraf ini sesuai kepada

usahawan yang kurang pasti tentang jumlah, masa dan tempoh

pembiayaan yang diperlukan.

(20)

PINJAMAN PERNIAGAAN GADAIAN/AR-RAHNU

o Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga untuk

dijadikan sebagai cagaran

bagi mendapatkan pinjaman.

o Sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan, barang cagaran akan menjadi hak

milik Ar-Rahnu.

(21)

PEMFAKTORAN

oPemfaktoran merupakan

kemudahan pembelian akaun penghutang atau invois yang

disediakan oleh bank dan institusi kewangan atau syarikat

pemfaktoran untuk sesebuah perniagaan.

oSyarikat pemfaktoran akan

membeli invois atau akaun belum terima pada harga diskaun.

oMelalui kemudahan ini, peniaga memindahkan tugas pengutipan hutang daripada pelanggannya kepada syarikat pemfaktoran.

(22)

AGENSI KERAJAAN

o Kerajaan telah

menyediakan pelbagai skim dan dana kewangan bagi membantu usahawan.

o Kemudahan ini ditawarkan dalam bentuk bantuan

modal, jaminan kredit serta geran penyelidikan dan

pembangunan.

(23)

KEMUDAHAN KEWANGAN OLEH AGENSI KERAJAAN

o Bantuan modal

o Geran penyelidikan

dan pembangunan

o Jaminan kredit

(24)

BANTUAN MODAL

o Terdapat beberapa jenis pinjaman

perniagaan oleh agensi kerajaan yang boleh

digunakan dalam pembiayaan

perniagaan.

o Pembiayaan daripada agensi kerajaan lebih mudah untuk diperoleh.

Pinjaman ini ditadbir

oleh institusi kewangan,

bank atau agensi yang

terlibat.

(25)

GERAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

o Geran dan insentif penyelidikan dan

pembangunan menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia

untuk menjadi lebih inovatif dalam menggunakan dan

menyesuaikan teknologi yang sedia ada di samping

mencipta teknologi dan

produk baharu.

(26)

JAMINAN KREDIT

o Jaminan yang diberi

kepada usahawan

yang menghadapi

kesukaran mendapat

pinjaman daripada

bank kerana cagaran

dan status kreditnya

yang kurang baik.

(27)

AGENSI KERAJAAN YANG TERLIBAT DALAM MEMBERI BANTUAN PEMBIAYAAN DAN KEWANGAN

o Majlis Amanah Rakyat (MARA)

o Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

o Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad

o Agrobank

o Kementerian Sains, Teknologi

dan Inovasi

(28)

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

oMARA memainkan peranan

penting dalam perniagaan kaum Bumiputera untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif.

oUsahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh

mendapatkan modal daripada

MARA sama ada untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka.

(29)

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Pembiayaan meliputi sektor perniagaan patuh syariah seperti pembuatan,

peruncitan, kontraktor dan teknousahawan.

Antara skim yang ditawarkan ialah:

A) Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)

B) Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)

C) Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

MARA juga meyediakan kemudahan seperti ruang niaga, gerai, tapak kilang, dan arked di samping menawarkan

kursus dan latihan keusahawanan.

(30)

TABUNG EKONOMI KUMPULAN USAHA NIAGA (TEKUN)

o

TEKUN mengamalkan konsep ‘pinjaman asas simpanan ’ iaitu pinjaman yang diberi kepada peniaga akan digunakan sebagai

modal tambahan dalam urusan perniagaan.

o

Objektif TEKUN adalah menawarkan modal tambahan kepada usahawan,

menggalakkan budaya menabung dalam

kalangan peniaga kecil, mewujudkan satu

jaringan usahawan secara berkelompok dan

membina kemahiran keusahawanan.

(31)

TABUNG EKONOMI KUMPULAN USAHA NIAGA (TEKUN)

Antara skim yang ditawarkan oleh TEKUN ialah:

a) Skim Pembiayaan Program Temannita B) Skim Pembiayaan Kontrak–I

C) Skim Pembiayaan Teman Tekun D) Skim Pembiayaan Tekun Niaga

e) Program Pembangunan Usahawan Bekas Tentera F) Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda

Bumiputera

Pinjaman dengan TEKUN bermula serendah RM500 sehingga RM50,000. Manakala tempoh bayaran balik antara sebulan hingga lima tahun

(32)

CREDIT GUARANTEE CORPORATION MALAYSIA BERHAD

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) atau dikenali sebagai Syarikat Jaminan Kredit Malaysia memainkan peranan

pembangunan dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara dengan cara membantu usahawan PKS untuk berdaya maju dan tidak mempunyai cagaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

CGC berperanan sebagai pemberi jaminan kredit bagi memudahkan permohonan pinjaman atau

pembiayaan usahawan diterima oleh pihak bank.

(33)

AGROBANK

Agrobank merupakan sebuah bank milik kerajaan di bawah naungan Kementerian Kewangan yang fokus kepada

pembangunan dan perniagaan berkaitan pertanian.

Agrobank menyediakan pelbagai dana dan tabung untuk memberi pinjaman pada

kadar caj perkhidmatan yang rendah

kepada para petani untuk membeli tanah, mesin, jentera, jentolak dan sebagainya.

Antara dana yang disediakan ialah:

a) Modal Usahawan 1 Malaysia (MUS1M-i) B) Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-I

(Tawarruq)

c) Program Agropreneur Muda (PAM)

(34)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

oKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah

menawarkan geran insentif dalam bidang sains dan

teknologi untuk menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia

terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk.

o MOSTI telah memperkenalkan dana baru iaitu Dana SMART dan Dana GO.

oDana SMART bertujuan untuk mencari usahawan atau

penyelidik yang boleh memberi penyelesaian terhadap keperluan strategik dan keutamaan dalam bidang teknologi, pemprosesan dan produk.

(35)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

oDana GO pula terbahagi kepada dua jenis iaitu Dana Fasilitasi dan Dana Inno.

oDana Fasilitasi merupakan dana yang disediakan bagi membantu pemohon mengurangkan jurang kegagalan antara fasa pra

pengkomersialan kepada pengkomersialan.

o Manakala Dana Inno pula adalah untuk membiayai pembangunan atau

penambahbaikan produk atau perkhidmatan dengan unsur- unsur inovas

(36)

KEPERLUAN

PEMBIAYAAN

BAGI SESEBUAH

PERNIAGAAN

(37)

KEPERLUAN PEMBIAYAAN BAGI SESEBUAH PERNIAGAAN

o Usahawan perlu memilih sumber pembiayaan yang sesuai mengikut keperluan

perniagaannya.

(38)
(39)
(40)

KEKUATAN DAN

KELEMAHAN JENIS

PEMBIAYAAN UNTUK

SESEBUAH

PERNIAGAAN

(41)
(42)
(43)

PROSEDUR

MENDAPATKAN

SUMBER

PEMBIAYAAN UNTUK

SESEBUAH

PERNIAGAAN

(44)

PROSEDUR MENDAPATKAN SUMBER PEMBIAYAAN UNTUK

SESEBUAH PERNIAGAAN

o Menyediakan rancangan perniagaan

o Mendapatkan khidmat nasihat kewangan

o Membuat permohonan

o Membuat permohonan

o Pembiayaan diluluskan

(45)

MENYEDIAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN

o Usahawan menyediakan rancangan

perniagaan sebagai pelan untuk

mendapatkan pembiayaan

daripada pihak yang

berkenaan.

(46)

MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN

o Khidmat nasihat kewangan boleh didapati daripada pihak bank atau agensi kerajaan

yang dipilih oleh seseorang usahawan.

o Semasa ingin memohon pembiayaan perniagaan, usahawan boleh

mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kelayakan, had

pembiayaan, cagaran, margin pembiayaan dan kaedah

bayaran balik.

(47)

MEMBUAT PERMOHONAN

Usahawan

hendaklah memohon pembiayaan

daripada institusi kewangan atau

agensi kerajaan yang dipilih dengan

mematuhi segala

prosedur dan syarat

am

(48)

PEMBIAYAAN DILULUSKAN

o Menerima surat pemberitahuan daripada sumber

pembiayaan tentang kelulusan

permohonan.

(49)

CONTOH PROSEDUR PERMOHONAN DARI BANK

ATAU INSTITUSI KEWANGAN (AGRO BANK)

(50)

CONTOH PROSEDUR PERMOHONAN DARI BANK

ATAU INSTITUSI KEWANGAN (AGRO BANK)

(51)

CONTOH BORANG

PERMOHONAN

PEMBIAYAAN AGRO

BANK (HALAMAN 1)

(52)

CONTOH BORANG PERMOHONAN

PEMBIAYAAN AGRO

BANK (HALAMAN 2)

(53)

CONTOH PROSEDUR PERMOHONAN PEMBIAYAAN

PERNIAGAAN DARI AGENSI KERAJAAN (MARA)

(54)

CONTOH PROSEDUR PERMOHONAN PEMBIAYAAN

PERNIAGAAN DARI AGENSI KERAJAAN (MARA)

(55)

CONTOH BORANG

PERMOHONAN

PEMBIAYAAN

PERNIAGAAN MARA

(HALAMAN 1)

(56)

CONTOH BORANG PERMOHONAN

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA

(HALAMAN 2)

(57)

JUSTIFIKASI JENIS

PEMBIAYAAN YANG

SESUAI DIGUNAKAN

UNTUK MEMULAKAN

SESEBUAH

PERNIAGAAN

(58)

JUSTIFIKASI JENIS PEMBIAYAAN YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN SESEBUAH PERNIAGAAN

o Usahawan yang memulakan perniagaan secara kecil-

kecilan dan memerlukan modal yang kecil, boleh menggunakan simpanan peribadi.

o Mereka juga boleh mendapatkan sumber

pembiayaan luar sama ada daripada bank, institusi

kewangan atau agensi

kerajaan.

(59)

JUSTIFIKASI JENIS PEMBIAYAAN YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN SESEBUAH PERNIAGAAN

o Bagi perniagaan yang memerlukan modal yang besar seperti perkongsian dan syarikat awam, modal boleh

diperoleh daripada bank, institusi

kewangan atau

agensi kerajaan.

(60)
(61)
(62)
(63)
(64)

TAMAT

Referensi

Dokumen terkait

◦ Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan meliputi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai

H1 Majikan mengambil pekerja berdasarkan kelayakan yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan.

Pembekal/vendor  Laporan kewangan digunakan untuk menilai keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang sebelum memberi kemudahan kredit atau memberikan pinjaman kepada

• Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan.. • Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan

• Usahawan perlu mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti, memilih tempat yang sesuai untuk memasarkan produk atau perkhidmatan, menetapkan harga yang sanggup

 Kulat saprofit dan bakteria saprofit merupakan mikroorganisma utama yang menjalankan penguraian bahan organik daripada pereputan organisma yang mati dalam ekosistem.  Kulat

mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian Persekutuan 1895..

• Kesultanan Perak diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16.. • Kerajaan ini lahir selepas berakhirnya Kesultanan Melayu