• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Meningkatkan Aktiviti Fizikal Dalam Kalangan Pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Meningkatkan Aktiviti Fizikal Dalam Kalangan Pelajar"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum Meningkatkan Aktiviti Fizikal Dalam Kalangan Pelajar

Andriani Binti Tambeh (P76387) Dr Mohd Radzani Bin Abdul Razak

___________________________________________________________________________ Abstrak

Aktiviti fizikal dapat mencegah obesiti dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan mengukur penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi , Seremban , Negeri Sembilan. Sampel terdiri daripada 100 pelajar tingkatan 3 dan dipilih menggunakan pensampelan rawak mudah. Soal selidik kendiri gaya hidup digunakan untuk mengukur jumlah masa penglibatan bagi memperolehi anggaran jumlah penggunaan kalori mingguan. Analisis data menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 22. Hasil kajian menunjukkan jumlah penggunaan kalori tertinggi ialah aktiviti kokurikulum sukan dan permainan (444.60 kcal/minggu) berbanding badan beruniform (287.20 kcal/minggu) dalam seminggu. Penggunaan kalori seminggu aktiviti kokurikulum (lelaki=905.60 kcal, perempuan=797.00 kcal. Responden perempuan menunjukkan penggunaan kalori yang agak rendah. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan jumlah keseluruhan penggunaan kalori yang sesuai dan mencukupi bagi lelaki. Responden perempuan menunjukkan penggunaan kalori yang agak rendah dan perlu diberi perhatian. Ini bermakna aktiviti fizikal yang sesuai dan pelbagai amat perlu untuk meningkatkan kesihatan diri pelajar.

Kata kunci : Aktiviti kokurikulum, aktiviti fizikal, kalori, sukan , badan beruniform, kesihatan ___________________________________________________________________________ PENGENALAN

Kesihatan merupakan aspek paling berharga dalam kehidupan manusia. Kesihatan diri ialah suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas, serta bebas dari sebarang penyakit (World Health Organisation 1999). Kecergasan boleh diperolehi dengan pelbagai aktiviti. Konsep kecergasan berasaskan kepada dua komponen iaitu kesihatan dan perlakuan motor. Penglibatan aktiviti fizikal dalam aktiviti kokurikulum secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada kesihatan diri pelajar.

Kepentingan penglibatan aktiviti kokurikulum terutamanya aktiviti fizikal di sekolah telah dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (1998) iaitu ―pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkankan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Kegiatan kokurikulum dapat membina jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh selaras FPK . Komponen dalam aktiviti kokurikulum ialah badan beruniform, kelab dan persatuan dan sukan dan permainan.

Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan 1M1S (2011) adalah suatu dasar ke arah memantapkan dan mengukuhkan lagi fungsi aktiviti kokurikulum dan aktiviti fizikal di sekolah. Pelaksanaan dasar adalah bermatlamat melahirkan pelajar yang sihat, cergas dan mempunyai jati diri.

Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum termasuklah aktiviti fizikal telah lama dilaksanakan. Aktiviti fizikal tambahan pula lebih kepada aktiviti gaya hidup sihat yang dilakukan oleh pelajar secara aktif atau kerap bagi meningkatkan tahap kesihatan diri. Bagi memperkasakan lagi aktiviti

(2)

kokurikulum pihak terlibat telah menjadikan 10% markah penglibatan sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (Jemaah Menteri 23 November 2005).

Faridah (1988), menyatakan bahawa kajiannya menunjukkan ramai pelajar berpendapat aktiviti kokurikulum hanyalah merupakan satu aktiviti bebas atau aktiviti sampingan tanpa memperlihatkan matlamat dan objektif yang nyata.

Kajian ini dijalankan secara tinjauan secara soalan soal selidik kendiri. Kajian ini bertujuan mengukur jumlah jam melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum termasuklah aktiviti fizikal tambahan dalam seminggu. Kajian ini mengukur mengikut intensiti kerja tinggi, sederhana dan rendah serta jumlah penggunaan kalori(Kcal). Objektif kajian adalah mengukur jumlah pengggunaan kalori (Kcal) bagi aktiviti kokurikulum badan beruniform dan sukan dalam seminggu.

KOKURIKULUM

Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan si sekolah. Terdapat tiga bidang aktiviti kokurikulum iaitu sukan dan permainan, badan beruniform dan kelab dan persatuan.

SUKAN DAN PERMAINAN

Sukan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.

BADAN BERUNIFORM

Aktiviti ini lebih berteraskan kepada aktiviti berbentuk menguji fizikal, mental dan disiplin pelajar. Aktiviti badan beruniform juga bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar dari segi asas-asas kawad dalam pasukan beruniform atau seragam. Ia juga bermatlamat mendedahkan pelajar dengan pengetahuan asas tentang sebarang aktiviti yang disertai. Melalui aktiviti ini juga dapat menerapkan disiplin diri dan melahirkan pelajar yang sihat, cergas, bertenaga serta jati diri.

KECERGASAN FIZIKAL

Kecergasan fizikal boleh didefinisikan sebagai kemampuan manusia berfungsi secara efisien dan berkesan yang akan memberi sumbangan kepada kehidupan yang berkualiti, belajar secara berkesan, menikmati masa kesenggangan, sihat dan boleh menghalang penyakit hipokinetik dan boleh bertindak dalam masa kecemasan (Corbin, 1998). Menurut Falls (1980), kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan fizikal untuk kesihatan dan kecergasan fizikal untuk prestasi.

AKTIVITI FIZIKAL DAN KESIHATAN DAN KECERGASAN

Statistik yang dikeluarkan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2005 mencatatkan 27% atau setiap satu dari empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia ‖ (Bernama, 2005). Kegemukan dianggap sebagai isu yang memberi kesan ke atas kesihatan dan penampilan seseorang (Kementerian Kesihatan, 1998). Kesihatan diri seseorang individu ianya berkait rapat dengan kekerapan melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.

Peningkatan golongan muda yang berumur 40 tahun ke bawah menghidap penyakit jantung telah menonjolkan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Utusan Malaysia (2011), menunjukkan daripada 100,000 orang terdapat seramai 144 orang menghidap penyakit jantung koronari . Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan 38,000 orang pesakit jantung koronari setiap tahun. Penyakit jantung adalah penyumbang kepada kadar

(3)

kematian paling tinggi di hospital kerajaan iaitu 16.54 % daripada jumlah keseluruhan 45,936 kematian pada tahun 2008.

Berdasarkan soal selidik Kesihatan dan Tinjauan Penyakit tahun (2011), bilangan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang menghidap diabetes berjumlah 2.6 juta. Penularan ini menjadikan Malaysia mengatasi perangkaan unjuran kelaziman diabetes daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Petikan kenyataan Dr. Zanariah Hussein dalam akhbar Kosmo bertarikh (1 Disember 2012), setiap 8 saat akan berlaku kematian iaitu bersamaan 4 juta orang setahun.

Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam Berita Harian bertarikh 10 Oktober 2012 , bahawa hanya 25 peratus rakyat Malaysia bersenam dan 75 peratus lagi malas bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.

AKTIVITI FIZIKAL DAN PENGGUNAAN KALORI DAN KECERGASAN

Perlakuan aktiviti fizikal dalam intensiti rendah, sederhana dan tinggi akan memberi impak kepada kesihatan diri dan kecergasan fizikal seseorang individu. Setiap perlakuan aktiviti fizikal akan menyebabkan penghasilan kalori (Kcal). Tempoh aktiviti yang dilakukan akan menyebabkan lebih tinggi pembakaran kalori namun bergantung pada jenis intensiti.

Metabolic Equivalent (METs) ialah pengukuran tenaga yang digunakan setiap kilogram berat badan pada setiap minit semasa ujian senaman. Semasa rehat pengeluaran tenaga seseorang adalah satu METs iaitu bersamaan dengan 3.3 kilokalori/jam).

Berikut adalah kadar penghasilan penggunaan kalori (kcal) yang perlu dilakukan oleh seseorang individu bagi mengekalkan tahap kesihatan diri pelajar. Jika pengumpulan masa yang dihabiskan untuk melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana selama 30 minit sehari untuk kecergasan am.

 150 kcal. sehari - untuk aktiviti fizikal- tahap yang paling minima untuk mengekalkan kesihatan anda

 150-300 kcal. sehari - untuk memperbaiki tahap kesihatan

 150-300 kcal. sehari - untuk memanjangkan usia

 300-500 kcal. sehari - mengurangkan kadar kematian awal akibat serangan jantung

 > 300 kcal. sehari - untuk mengurangkan berat (untuk penurunan berat badan yang ketara atau pengekalan pengurangan berat penggunaan kalori seharusnya 1500 hingga 2500 kcal seminggu)

 > 500 kcal. sehari untuk latihan sukan

Sumber: Sarkuna Devi, Normah Nordin & Dr Muhammad Azlan : Portal Kementerian Kesihatan 26.April 2012

Oleh itu, setiap aktiviti fizikal yang dilakukan akan melibatkan jumlah penggunaan kalori (Kcal). Penggunaan kalori bergantung pada intensiti aktiviti fizikal yang dilakukan secara minimum, sederhana dan tinggi. Pengumpulan masa yang dihabiskan untuk melakukan aktiviti fizikal bergantung pada setiap individu yang diperlukan untuk membakar kalori.

KEPERLUAN KALORI DAN ZAT MAKANAN

Seseorang individu tidak kira peringkat umur semestinya mempunyai keperluan kalori dan jumlah zat makanan yang berbeza –beza. Keperluan kalori dan zat makanan amatlah penting kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan sebagainya. Setiap pengambilan kalori juga perlulah seimbang dengan keperluan harian seseorang individu. Keperluan harian seseorang individu bergantung kepada jenis aktiviti fizikal yang dilakukan sama ada yang berintensiti rendah, sederhana atau tinggi. Sekiranya pengambilan tenaga lebih daripada diperlukan oleh badan akan menyebabkan

(4)

lebihan yang dikenali sebagai lemak akan disimpan di dalam hati dan otot – otot glikogen dan di bawah kulit. Semua lebihan lemak akan menyebabkan kesan yang negatif jika pengambilan kalori tidak selari dengan tahap aktiviti seharian individu. Setiap 3500 kalori yang disimpan atau berlebihan akan menyebabkan risiko berat badan naik lebih kurang 400 gram. Biasanya golongan dewasa lanjut usia memerlukan kurang makanan kerana berkurangan melakukan aktiviti fizikal berbanding individu muda yang lebih aktif. Keadaan ini boleh digambarkan dan dijelaskan di dalam beberapa jadual di bawah. Jadual tersebut menerangkan penggunaan kalori mengikut usia dan aktiviti fizikal yang dilakukan dalam kehidupan seharian.

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan adalah proses untuk mengumpul, menganalisis dan menterjemahkan maklumat atau dapatan bagi menjawab persoalan kajian (Wiersma, 1986). Mengikut Brown (1993) reka bentuk kajian merupakan suatu pelan, struktur dan strategi penyelidikan. Reka bentuk kajian mempunyai dua tujuan utama iaitu untuk mencari jawapan kepada soalan penyelidikan dan untuk mengawal varian. Kajian ini adalah berbentuk kaedah tinjauan menggunakan soalan selidik kendiri. Kajian ini bersifat secara kuantitatif. Kaedah ini dipilih kerana lebih sesuai untuk kajian yang berkaitan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum termasuklah aktiviti fizikal dan tahap kesihatan diri pelajar. Terdapat dua hipotesis kajian iaitu :-

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan aktiviti kokurikulum bagi lelaki dan perempuan dari segi jumlah penggunaan kalori seminggu. Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan aktiviti kokurikulum sukan dan aktiviti

kokurikulum badan beruniform dari segi jumlah penggunaan kalori seminggu.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik kendiri yang mengandungi beberapa item-item soalan berkaitan maklumat responden, dan penglibatan aktiviti kokurikulum. Dalam soal selidik kendiri semua responden mesti menyatakan jumlah jam melibatkan diri dalam seminggu mengikut intensiti kerja tinggi, sederhana dan rendah. Soal selidik kendiri merangkumi ketiga-tiga aktiviti kokurikulum .Dapatan ini penting bagi mengukur jumlah penggunaan kalori (Kcal) yang dibakar. Seterusnya membuat perkaitan jumlah penggunaan kalori (Kcal) seminggu dan ujian asas kecergasan dengan tahap kesihatan diri pelajar.

Mohd Najib Konting (1998), pula menyatakan bahawa penggunaan teknik soal selidik lebih berkesan berbanding temu bual dan rekod untuk mendapat maklumat. Namun, pengkaji mestilah peka dengan gangguan atau ralat semasa proses pengumpulan maklumat menggunakan borang soalan selidik. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Seremban iaitu SMK Seri Pagi. Populasi responden terbatas kepada pelajar tingkatan 3 sahaja. Pemilihan sampel kajian menggunakan teknik persampelan secara rawak mudah.

Jumlah keseluruhan populasi responden tingkatan 3 di sekolah ini adalah sekitar 390 orang. Pengkaji memilih seramai 100 responden sebagai sampel.Sampel terdiri daripada 50 lelaki dan 50 perempuan. Teknik persampelan rawak mudah digunakan supaya data yang dikumpulkan atau diperoleh dapat mencapai matlamat tujuan, objektif kajian dan menjawab hipotesis kajian. Kesesuaian dan ketepatan memilih teknik persampelan amatlah penting bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Kajian ini memfokuskan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Pengkaji telah membahagikan instrumen kajian kepada dua bahagian iaitu:

i. Bahagian A : Maklumat diri responden ii. Bahagian B : Aktiviti kokurikulum

Instrumen kajian ini telah diubahsuai daripada beberapa kajian yang lepas dan mendapat bimbingan daripada penyelia.

(5)

Formula Pengiraan Pengunaan Kalori

a. Intensiti Tinggi : Masa seminggu x masa aktiviti intensiti tinggi x 8 b. Intensiti Sederhana : Masa seminggu x masa aktiviti sederhana x 4 c. Intensiti Ringan : Masa seminggu x masa aktiviti ringan x 2

Sumber: Human Energy Expenditure During Rest And For Physical Activity, Five Level Classification Of Physical Activity Based On Exercise Intensity.

Kajian rintis dijalankan adalah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal selidik. Seramai 20 orang digunakan untuk menguji item–item soalan bagi mengetahui kelemahan supaya responden memahami penyataan soalan. Menurut Polit et al (2001) kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih utama. Tujuan utama kajian rintis adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen (Mohd. Najib, 2003). Kajian rintis juga merupakan pra ujian untuk mencuba instrumen kajian khusus. Kelebihan kajian rintis adalah dapat membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang item-item yang mungkin tidak tepat atau gagal (Baker,1994 )

Borang soal selidik yang telah diisi lengkap oleh responden telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences ( SPSS) versi 22.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Data ini dianalisis secara kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis statistik deskriptif adalah untuk melihat peratusan, sisihan piawai, min dan nilai kekerapan item soalan. Bagi analisis statistik inferensi ialah ujian T dan anova bagi menjawab hipotesis kajian

Jadual 1

Analisis Jumlah Penggunaan Kalori (Kcal) Berdasarkan Intensiti Aktiviti Kokurikulum Dalam Seminggu

Aktiviti Kekerapan Min Sisihan Piawai

Kokurikum (Kcal)

Sukan dan Permainan 444.60 191.18

Tinggi 21 Sederhana 66 Rendah 13 Badan Beruniform 287.2 50.41 Tinggi 0 Sederhana 100 Rendah 0

Jadual 1 di atas menunjukkan analisis jumlah penggunaan kalori (Kcal) berdasarkan intensiti aktiviti kokurikulum dalam seminggu. Hasil analisis bagi aktiviti kokurikulum sukan dan permainan menunjukkan responden yang dipilih melakukan aktiviti intensiti sederhana yang paling ramai iaitu sederhana 66 orang berbanding intensiti tinggi iaitu 21 orang dan intensiti pula rendah 13 orang bagi aktiviti yang dijalankan dalam seminggu. Nilai min bagi jumlah penggunaan kalori (Kcal) aktiviti kokurIkulum sukan dan permainan dalam seminggu ialah (444.60 per/minggu) dan sisihan piawai pula (191.18).

Manakala aktiviti kokurikulum badan beruniform pula menunjukkan semua responden iaitu (100) orang mengkategorikan aktiviti yang dilakukan dalam seminggu adalah intensiti sederhana. Nilai min bagi penggunaan kalori (Kcal) bagi seminggu aktiviti ini ialah (287.2 per/minggu) dan sisihan piawai (50.41).

(6)

Secara rumusannya, jumlah penggunaan kalori aktiviti kokurikulum sukan dan permainan lebih tinggi berbanding aktiviti kokurikulum badan beruniform.

Jadual 2

Analisis Jumlah Penggunaan Kalori (Kcal) Aktiviti Kokurikulum Dalam Seminggu Mengikut Jantina

Aktiviti Min (Kcal) Sisihan Piawai Kokurikulum

Sukan & Permainan

Lelaki 505.60 172.94

Perempuan 383.60 190.62

Badan Beruniform

Lelaki 280.80 54.05

Perempuan 293.60 46.13

Jadual 2 di atas menunjukkan analisis jumlah penggunaan kalori aktiviti kokurikulum dalam seminggu mengikut jantina. Hasilnya aktiviti kokurikulum sukan dan permainan menunjukkan nilai min jumlah penggunaan kalori semingu bagi responden lelaki ialah (505.60 per/minggu) dan sisihan piawai 172.94. Manakala responden perempuan ialah (383.60 per/minggu) dan sisihan piawai (190.62).

Jumlah penggunaan kalori (kcal) bagi aktiviti kokurikulum badan beruniform mengikut jantina menunjukkan nilai min responden lelaki ialah (280.80 per/minggu) dan sisihan piawai (54.05) manakala responden perempuan min jumlah penggunaan kalori ialah (293.60 per/minggu) dan sisihan piawai (46.13). Secara rumusannya, jumlah penggunaan kalori (Kcal) bagi aktiviti kokurikulum ini mencukupi untuk mengekalkan tahap kesihatan diri dan mengurangkan risiko penyakit berbahaya.

Jadual 3

Analisis Jumlah Penggunaan Kalori (Kcal) Bedasarkan Aktiviti Kokurikulum Dalam Seminggu

Aktiviti Min Sisihan Piawai

Kokurikum (Kcal)

Sukan dan Permainan 444.60 191.18

Badan Beruniform 287.20 50.41

Jadual 3 di atas menunjukkan analisis jumlah penggunaan kalori (Kcal) dalam seminggu bagi aktiviti kokurikulum sukan dan permainan, dan badan beruniform. Bagi aktiviti kokurikulum sukan dan permainan nilai min purata jumlah penggunaan kalori seminggu ialah (444.60 per/minggu) dan sisihan piawai (191.18).

Aktiviti kokurikulum badan beruniform pula nilai min purata jumlah penggunaan kalori seminggu ialah (287.20 per/minggu) dan sisihan piawai (50.41). Secara kesimpulannya, menunjukkan aktiviti kokurikulum sukan dan permainan lebih tinggi jumlah penggunaan kalori seminggu berbanding aktiviti kokurikulum badan berunifrom. Aktiviti sukan dan permainan lebih memberi kesan ke atas pembakaran jumlah penggunaan kalori

(7)

Jadual 4

Analisis Jumlah Keseluruhan Penggunaan Kalori (Kcal) Dalam Seminggu Berdasarkan Aktiviti Kokurikulum

Kumpulan Min Sisihan Piawai

(Kcal)

Lelaki 905.60 173.84

Perempuan 797.00 195.09

Jadual 4 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan penggunaan kalori (Kcal) dalam seminggu aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Hasil analisis menunjukkan nilai min jumlah keseluruhan penggunaan kalori (Kcal) bagi responden lelaki ialah (905.60 per/minggu) dan sisihan piawai (173.84). Bagi responden perempuan pula menunjukka nilai min jumlah penggunaan keseluruhan penggunaan kalori seminggu ialah (797.00 per/minggu) dan sisihan piawai (195.09).

Oleh itu, nilai min jumlah penggunaan kalori responden lelaki lebih tinggi berbanding responden perempuan bagi aktiviti kokurikulum dalam seminggu. Namun telah mencukupi bagi mengekalkan kesihatan dalam seminggu mengikut tahap paling minima sehari (Sarkuna Devi, Normah Nordin & Dr Muhammad Azlan : Portal Kementerian Kesihatan 26 April 2012)

Jadual 5

Analisis Jumlah Keseluruhan Penggunaan Kalori (Kcal) Dalam Seminggu Aktiviti Kokurikulum dan Aktiviti Fizikal Tambahan Berdasarkan Jantina

Jantina Min

(Kcal)

Lelaki (2999.60 kcal minggu)

Perempuan (2312.60 kcal minggu)

Jadual 5 di atas menunjukkan jumlah keseluruhan penggunaan kalori (Kcal) dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti fizikal tambahan dalam seminggu berdasarkann jantina. Hasil analisis menunjukkan nilai min jumlah penggunaan kalori (Kcal) responden lelaki ialah (2999.60 per/minggu), perempuan pula (2312.60 per/minggu) dan sisihan piawai (343.82). Ini bermakna jumlah penggunaan kalori responden lelaki lebih tinggi berbanding responden perempuan.

ANALISIS INFERENSI Ujian T

Analisa ujian T ( T-Test) adalah bertujuan melihat sama ada terdapat perbezaaan atau tidak di antara pemboleh ubah yang ingin dikaji. Keputusan yang diperoleh akan menjelaskan sama ada hipotesis ditolak atau diterima berdasarkan aras kesignifikan (p<0.05)

Hipotesis Nol 1

Adakah tidak terdapat perbezaan aktiviti kokurikulum bagi lelaki dan perempuan dari segi jumlah penggunaan kalori seminggu.

(8)

Jadual 6

Perbezaan Aktiviti Kokurikulum Bagi Lelaki Dan Perempuan Dari Segi Jumlah Penggunaan Kalori Seminggu.

Kumpulan N Min Sisihan Piawai Ralat Sisihan Piawai Jumlah Penggunaan Kalori Kokurikulum Lelaki Perempuan 50 50 905.60 797.00 173.84 195.09 24.58498 27.58919

Levene's Test for Equality of Variances

t-test for Equality of Means Equal variances assumed F Sig. T df Sig (2tailed) Mean Differene Std. Error Differene .676 .413 2.939 98 .004 108.6000 36.95382 Equal variances not assumed 2.939 96.726 .004 108.6000 36.95382 Nilai signifikan p < 0.05

Berdasarkan jadual 6 di atas, menunjukkan jumlah penggunaan kalori (Kcal) dalam seminggu bagi aktiviti kokurikulum. Hasil analisis menunjukkan nilai min responden lelaki ialah (905.60 per/minggu) dan sisihan piawai (173.84) dan responden perempuan pula ( 797.00 per/minggu) dan sisihan piawai (195.09). Berdasarkan nilai min yang diperoleh menunjukkan responden lelaki lebih tinggi jumlah penggunaan kalori (Kcal) dalam seminggu bagi aktiviti kokurikulum. Walau bagaimanapun nilai t yang diperoleh adalah ( 2.939) manakala nilai p ( .413). Ini bermakna nilai p yang diperoleh lebih besar daripada nilai signifikan iaitu p<0.05. Oleh itu, keputusannya tidak terdapat perbezaan yang signifikan jumlah penggunaan kalori (Kcal) antara responden lelaki dan perempuan bagi aktiviti kokurikulum. Hipotesis diterima.

Hipotesis Nol 2

Adakah tidak terdapat perbezaan aktiviti kokurikulum sukan dan aktiviti kokurikulum badan beruniform dari segi jumlah penggunaan kalori seminggu.

Jadual 7

Perbezaan Aktiviti Kokurikulum Sukan Dan Badan Beruniform Dari Segi Jumlah Penggunaan Kalori Seminggu

Kumpulan N Min Sisihan Piawai Ralat Sisihan Piawai Jumlah Penggunaan Kalori (Kcal) Sukan Badan Berunifrom 100 100 444.60 287.20 191.18 50.41 19.18 5.041

(9)

Levene's Test for

Equality of

Variances

t-test for Equality of Means Equal variances assumed F Sig. T df Sig (2-tailed) Mean Difference Std. Error Difference 85.262 .000 7.961 198 .000 157.40000 19.77117 Equal variances not assumed 112.703 .000 157.40000 19.77117 Nilai signifikan p < 0.05

Berdasarkan jadual 7 di atas menunjukkan nilai min jumlah penggunaan kalori seminggu bagi aktiviti kokurikulum sukan dan permainan dan badan beruniform. Hasil analisis menunjukkan nilai min jumlah penggunaan kalori seminggu bagi aktiviti kokurikulum sukan dan permainan ialah (444.60 per/minggu) dan sisihan piawai (191.18).

Manakala nilai min aktiviti kokurikulum badan beruniform ialah (287.20 per/minggu) dan sisihan piawai (50.41). Oleh itu, nilai min jumlah penggunaan kalori seminggu aktiviti kokurikulum sukan dan permainan lebih tinggi berbanding nilai min aktiviti kokurikulum badan beruniform. Walau bagaimanapun nilai t ialah 7.961 dan nilai p yang diperoleh adalah .000. Ini bermakna nilai p yang diperoleh lebih kecil daripada nilai signifikan iaitu p<0.05. Oleh itu, keputusannya terdapat perbezaan yang signifikan jumlah penggunaan kalori (Kcal) antara aktiviti kokurikulum sukan dan badan beruniform. Hipotesis ditolak

Secara rumusan, dapatan analisis menunjukkan aktiviti kokurikulum sukan dan permainan mencatatkan jumlah penggunan kalori paling tinggi iaitu (444.60 per/minggu), diikuti oleh badan beruniform ialah (287.20 per/minggu). Walau bagaimana pun, analisis keseluruhan jumlah penggunaan kalori (Kcal) seminggu dari lelaki dan perempuan pula menunjukkan responden lelaki lebih tinggi iaitu (905.60 per/minggu) manakala responden perempuan (797.00 per/minggu).

Hasil dapatan kajian ini mendapati penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti fizikal memberi banyak manfaat kepada tahap kesihatan pelajar. Kekerapan melakukan aktiviti fizikal atau aktiviti kokurikulum dengan menggunakan jumlah masa yang lama pastilah akan memberi kesan terhadap pembakaran dan jumlah penggunaan kalori bagi mengekalkan tahap kesihatan pelajar.

Pengkaji ingin mencadangkan apa yang perlu dipertimbangkan dalam kajian yang akan datang. Antaranya menambahkan bilangan sekolah yang terlibat dan memilih sekolah pelbagai jenis aliran, berasrama, tidak berasrama serta luar bandar dan bandar. Ini akan menambah populasi responden yang akan terlibat dalam kajian. Ia bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.

KESIMPULAN

Sebagai rumusan, berdasarkan nilai min yang dicatatkan oleh responden bagi jumlah penggunaan kalori aktiviti kokurikulum bagi lelaki (2997.60 kcal/minggu) dan perempuan (2312.60 kcal/minggu) dalam seminggu. Nilai min ini melebihi Standard ACSM iaitu 900-1500 (kcal/minggu) bagi mengekalkan tahap kesihatan diri

Kajian yang dijalankan oleh Yahya Buntat dan Norervina Jailani (2007) tentang penglibatan wanita dalam aktiviti sukan di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 92 sampel kajian yang dipilih untuk mengetahui sebab penglibatan dalam aktiviti sukan. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar wanita berminat terhadap aktiviti sukan kerana menyedari akan kepentingan bersukan boleh menyihatkan tubuh badan dan menghindarkan daripada penyakit. Di samping itu, bertujuan untuk menjaga kesihatan, pengaruh dari keluarga dan rakan sebaya serta minat.

(10)

Semoga hasil kajian yang akan diperoleh membantu pihak kementerian dan pihak sekolah memperkasakan penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum. Akhirnya tanggapan negatif ibu bapa, pelajar, masyarakat dan majikan terhadap penglibatan di dalam aktiviti kokurikulum di sekolah dapat disangkal kerana aktiviti fizikal dapat meningkatkan kualiti kesihatan pelajar.

RUJUKAN

Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S). 2011. Bahagian Sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Brown, S. R. (1993). A primer on Q methodology. Operant subjectivity,16(3/4), 91-138. Falls, H. B. (1980). Modern concepts of physical fitness. Journal of Physical Education and

Recreation, 51(4), 25-27.

Faridah Karim (1988). ―Peranan Kokurikulum Di Sekolah: Satu Perspektif Baru

Suara Pendidik.‖ Jurnal Pendidikan. Bil.4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malays Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). ―Falsafah Pendidikan Negara.‖ Kuala

Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Mashitah Hj. Ghazali (1994). ―Kegiatan Kokurikulum Di sekolah Membantu Membina Daya Kepimpinan Di Kalangan Pelajar Menengah Atas Kolej Sultan Abdul Hamid.‖ Tesis Sarjana. Jitra: Universiti Utara Malaysia. Mohd Najib Konting . 1998. Kaedah Penyelidikan .Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

Pustaka

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2007). ― Intervensi Pembangunan Organisasi Pendidikan.‖ Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Obesiti: Kajian didapati Malaysia Hadapi Masalah Paling Besar Di Asia. (2005). Bernama

Pangrazi, R. P., & Corbin, C. B. (2008). Factors that influence physical fitness in children and adolescents. Fitnessgram/Activitygram reference guide, 52-60.

Sarkuna Devi, Normah Nordin & Dr Muhammad Azlan : Portal Kementerian Kesihatan 26.April 2012

Soal selidik Kesihatan dan Tinjauan Penyakit tahun (2011)

Wiersma W. (2000). Research In Education: An Introduction. Boston: Allyn

and Bacon. Wiersma W. (2000). Research In Education: An Introduction. Boston: Allyn and Bacon.

http://www.who.int/en/ retrieved on 1st July 2016

http://www.utusan.com.my/ Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Utusan Malaysia (2011) http://www.kosmo.com.my/ retrieved on 1st July 2016

Referensi

Dokumen terkait

a. Aktiviti Pasukan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya. Aktiviti Kelab/Persatuan /Badan seperti

(3) Hasil belajar pendidikan kewarganegaraan pada kelompok siswa dengan kecerdasan sosial tinggi yang menggunakan metode kolaboratif lebih baik dibandingkan dengan kelompok

Secara keseluruhan pemutus tenaga (PMT) bay Kedungombo 2 di gardu induk Purwodadi masih bagus digunakan dan dapat bekerja dengan baik. Pada pemutus tenaga bay Kedungombo 2 di

Berdasarkan kondisi riil masyarakat muslim dan Dunia Islam saat itu, maka Jamaluddin Al-Afghani mengadakan penataan dengan pendekatan rasional dan pemikiran bebasnya,

Lanjut usia telantar berdasarkan Peraturan Menteri Sosial Republik Indonesia Nomor 08 Tahun 2012 adalah seseorang yang berusia 60 tahun atau lebih, karena faktor-faktor tertentu

Penelitian untuk menganalisis drag dan lift pada tiga variasi bentuk after body kapal selam mini telah dilakukan dengan menggunakan software ANSYS- CFX. Dari

Hasil penelitian menunjukkan bahwa layanan informasi dapat mengupayakan mengubah persepsi siswa terhadap Bimbingan Konseling dari yang kurang baik dan takut untuk datang sendiri

Mengingat masih banyaknya jenis rumput laut tidak popular yang belum banyak dimanfaatkan dan sering dengan kemajuan sains dan teknologi, pemanfaatan rumput laut