• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sunnah sunnah Yang Ditinggalkan Pada Bul

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sunnah sunnah Yang Ditinggalkan Pada Bul"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

SUNNAH-SUNNAH

YANG DITINGGALKAN PADA

BULAN RAMADHAN

(2)

Tajuk : Sunnah-Sunnah yang Ditinggalkan Pada Bulan Ramadhan

Penulis : Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani Terjemahan : Ibnu Zakaria al-Bary

(3)

Catatan;

Terjemahan ini merupakan jawapan Syeikh

Albani atas pertanyaan seseorang yang meminta nasihat dalam menjalankan puasa di bulan

Ramadhan.

Sumber ini adalah dari artikel berbahasa Inggeris www.calltoislam.com.

Sebagaimana tajuknya, di dalam ini berisi penjelasan sunnah-sunnah di bulan Ramadhan yang telah banyak ditinggalkan orang. Semoga ini dapat memberikan manfaat kepada semua, untuk kembali menghidupkan sunnah-sunnah

(4)

Pertanyaan:

(5)

Jawapan:

Syeikh Al-Albani rahimahullah berkata: Allah SWT berfirman(bermaksud):

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas

orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (QS Al-Baqarah [2] : 183)

Di dalam ayat ini, yang tidak tersembunyi dari orang-orang yang hadir, Allah memberitahu kepada umat Muhammad, melalui ayat ini,

Dia(Allah) telah mewajibkan puasa keatas mereka sebagaimana Dia telah mewajibkan puasa atas umat sebelum kita. Ini adalah sebuah perkara

(6)

sesuatu yang lain, sebuah perkara yang hanya sedikit difahami oleh kebanyakan orang dan ini

adalah firman Allah SWT di akhir ayat ini(bermaksud):

“agar kamu bertakwa”.

Allah Azza wa Jalla, ketika Dia memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman atau mewajibkan mereka atas beberapa syariat, biasanya hanya

menyebutkan perintah tanpa menjelaskan hikmah disebaliknya. Ini kerana hikmah disebalik

penetapan kewajipan oleh Allah terhadap

hamba-hambaNya adalah Dia menguji mereka dengannya, sehingga jelas orang-orang yang taat kepadaNya dan orang-orang yang derhaka

kepada-Nya.

Namun demikian, di dalam ayat ini, Allah

menyebutkan sesuatu yang tidak sering ditemui dalam Al-Quranul Karim, yang mana Dia

(7)

“agar kamu bertakwa”.

Maka hikmah disebalik puasa orang-orang Mukmin

tidak hanya mereka menahan diri dari kesenangan-kesenangan dan perkara-perkara yang diperbolehkan,

meskipun perkara ini merupakan kewajipan bagi orang yang berpuasa, namun ini bukanlah satu-satunya

yang diwajibkan dan dimaksudkan dari berpuasa. Allah Azza wa Jalla, mengakhiri perintahNya berpuasa dengan berfirman:

“agar kamu bertakwa”.

Bermaksud hikmah disebalik kewajipan berpuasa adalah seorang Muslim perlu meningkatkan

ketaatan kepada Allah, di bulan Ramadhan, dan menjadi lebih taat berbanding sebelumnya.

Dan Nabi menyatakan dengan jelas dan menjelaskan dengan sempurna hikmah ketetapan ini,

(8)

di dalam Sahih al-Bukhari (no. 1903), Baginda bersabda(bermaksud):

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong, bertindak atas kebohongan itu, maka Allah tidak memerlukan dia meninggalkan makanan

dan minumannya.”

Maksudnya Allah tidak menginginkan dengan kewajipan berpuasa ini(untuk menahan(diri) pada waktu-waktu yang telah ditentukan

sebagaimana yang kita ketahui) bahawa mereka hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja.

Sebaliknya mereka harus menahan diri dari apa yang Allah larang berupa dosa-dosa dan

kemaksiatan terhadapNya, dan daripada perkataan dan perbuatan dusta.

(9)

“agar kamu bertakwa”.

Iaitu kita perlu(sebagai amal ibadah untuk

mendekatkan diri kepada Allah, selain daripada menahan diri daripada makan dan minum) juga

menahan diri pada perkara-perkara yang diharamkan, seperti ghibah, namimah, menjadi saksi palsu, berbohong, dan sebagainya, yang berkenaan dengan perkara-perkara yang dilarang yang telah kita ketahui bersama.

Oleh kerana itu adalah menjadi kewajipan seluruh Muslim harus menyedari perbuatan-perbuatan

yang merosakkan puasa, dan tidak hanya(menjaga) perbuatan fizikal(semata-mata), yang diketahui secara umum, iaitu makan, minum dan jima’. Puasa tidak hanya bermaksud menahan diri dari perkara-perkara ini.

Oleh sebab itu para ulama membezakan dan membagi perkara-perkara yang merosakkan puasa ke dalam dua

(10)

Perkara ini khususnya penting kerana orang-orang yang menyampaikan Khutbah dan memperingatkan manusia dalam bulan Ramadhan, ketika mereka bercakap tentang perkara-perkara yang merosakkan

puasa, mereka hanya bercakap mengenai perkara-perkara yang bersifat material semata-mata, perkara-perkara

yang baru saja kita sebutkan(makan, minum dan jima’).

Namun apa yang perlu mereka lakukan, sebagai

penasihat yang ikhlas dan orang-orang yang memberikan peringatan kepada manusia secara umum, untuk

lebih menumpukan kepada kategori kedua yang

merosakkan puasa. Perkara ini kerana manusia menjadi terbiasa berfikir puasa hanyalah menahan

diri dari kategori pertama, menahan diri dari perkara-perkara yang bersifat jasmaniah. Namun ada kategori

lainnya yang merosakkan puasa, yang disebut perkara-perkara yang bukan jasmaniah yang dapat merosakkan puasa.

Kita tadi baru saja mendengar sabda Nabi(bermaksud):

(11)

bohong, bertindak atas kebohongan itu, maka Allah tidak memerlukan dia meninggalkan makanan

dan minumannya .”

Oleh kerana itu setiap orang yang berpuasa perlu memeriksa dirinya dan melihat, adakah dia hanya menahan diri dari perkara-perkara yang bersifat material atau dia menahan diri dari perkara-perkara yang bersifat non-material?

Maksudnya, dia menjadikan akhlaknya dan

Perbuatannya baik ketika datangnya bulan Ramadhan yang diberkahi. Jika demikian, maka dia telah

melaksanakan firman Allah SWT di akhir ayat(bermaksud):

“agar kamu bertakwa”.

(12)

perbuatan buruk yang dilakukannya sebelumnya, sebelum bulan Ramadhan, maka ini bukanlah

puasa yang diinginkan dan diwajibkan dari hikmah disebalik ketetapan syariat di bulan yang mulia ini, dimana Rabb kita Azza wa Jalla mengisyaratkan dengan firmanNya(bermaksud):

“agar kamu bertakwa”.

Oleh kerana itu kami menasihatkan dan mengingatkan saudara-saudara kami yang Muslim, mereka harus

mengingati kategori yang ini, iaitu perkara-perkara yang non-material, yang merosakkan puasa, dan merupakan sesuatu yang perlu ditekankan oleh para penceramah dan orang-orang yang mengarahkan

manusia kepada jalan yang benar(kerana ianya jarang

diperingatkan), itu belum lagi masyarakat umum yang tidak menyedari kategori ini(iaitu perkara-perkara yang dapat merosakkan puasa).

(13)

menjadi penyebab bagi mereka untuk meningkatkan amal ibadah, mendekatkan diri kepada Allah, di bulan yang diberkahi ini, bulan puasa, yang mana kami

berharap Allah akan memberikan kita taufiq

untuk memenuhi hak dari bulan yang diberkahi ini,

iaitu kita menahan diri dari perkara-perkara yang bersifat jasmani dan rohani yang dapat merosakkan puasa.

Lebih lanjut sebagai tambahan, saya berharap kita memberikan perhatian terhadap beberapa perkara, yang telah ditinggalkan oleh sebahagian besar Muslim, itu belum lagi orang-orang

yang memiliki ilmu.

Terdapat hadis yang seringkali diabaikan kerana adanya hadis lain, kerana sebahagian besar orang tidak dapat menyatukan dalam praktikal dan

penerapan diantara keduanya. Hadis ini adalah sabda Baginda(bermaksud):

(14)

mengakhirkan sahur.”

Disini ada dua perkara yang disebutkan, dan keduanya ditinggalkan oleh sebahagian besar manusia, dan keduanya adalah: menyegerakan berbuka, dan menunda(memperlambatkan) sahur.

Adapun meninggalkan perkara yang pertama,

mempercepatkan berbuka puasa, dalam pandangan sebahagian orang menyelisihi hadis lain, iaitu

sabda Baginda(bermaksud):

“Ummatku akan tetap berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan(tidak mengakhirkan) solat Maghrib.”

Disini ada dua perintah, untuk menyegerakan dua perkara. Sehingga tampak bagi sebahagian orang bahawa kita tidak dapat menyegerakan dua perkara sekaligus.

(15)

berbuka puasa dan menyegerakan solat Maghrib adalah

sesuatu yang sangat mudah. Ini adalah sesuatu yang Nabi kita menjadikannya jelas bagi kita dengan amal

perbuatan Baginda. Baginda berbuka dengan tiga

biji kurma. Baginda makan tiga biji kurma, kemudian Baginda solat Maghrib, kemudian Baginda makan apabila mendapati dirinya memerlukan makan malam.

Tapi sekarang ini, kita jatuh ke dalam dua pelanggaran:

(1) Pertama kita menunda azan dari waktu yang

ditentukan. Dan setelah penundaan ini datang penundaan yang lain, iaitu kita duduk untuk makan(kecuali bagi beberapa

orang yang berhasrat solat Maghrib di masjid).

Namun sebahagian besar manusia menunggu sehingga mereka mendengar azan, kemudian mereka duduk untuk makan seperti mereka hendak makan

malam(berlama-lama).

(16)

Islam sayangnya, saya harus mengatakan, dan bukan hanya di Jordan, dan saya mengetahuinya

melalui penelitian, di sebahagian besar negara Islam(azan Maghrib dilaksanakan selepas waktunya).

Dan alasannya adalah kerana kita mengabaikan berpegang kepada(dan menerapkan) kaedah Islam, dan sebaliknya kita bergantung kepada perhitungan astronomi. Kita bergantung pada jadual.

Namun jadual ini (dibuat) berdasarkan perhitungan astronomi yang menganggap negeri ini

sebagai sebuah bidang datar. Maka mereka menetapkan waktu untuk bidang datar ini, manakala kenyataannya negeri ini, khususnya negeri kita menetap, berbeza antara rendahnya lembah dan tingginya gunung. Maka tidak benar sebuah waktu ditetapkan yang meliputi pantai,

dataran dan pergunungan. Tidak…, setiap bahagian

(17)

melihat matahari terbenam dengan matanya, maka bila pun matahari terbenam, maka itulah(waktu) bersegera yang kita diperintahkan dengan perkataan Baginda

yang baru saja kami sebutkan(bermaksud):

“Umatku akan tetap berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka puasa.”

Nabi sangat teliti dalam menerapkan Sunnah dengan mengajarkannya dan menerapkannya.

Adapun ajarannya, Baginda bersabda, dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya (no. 1954), sabdanya(bermaksud)

“Jika waktu malam tiba dari dari arah sana,”

dan Baginda menunjuk ke arah timur,

(18)

“dan matahari telah terbenam, bermaksud orang yang berpuasa telah berbuka.”

Apa maksudnya puasa orang yang berpuasa telah berbuka?

Maksudnya dia telah masuk ke dalam hukum dimana dia harus membatalkan puasanya. Kemudian datang hukum sebelumnya dimana Rasulullah mendorong untuk menyegerakan

berpuka puasa, dan Rasulullah melaksanakannya, meskipun Baginda berkenderaan dalam

perjalanan.

Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari (no. 1955) bahwa Nabi memerintahkan salah seorang

(19)

Maksudnya: Cahaya matahari, meskipun telah terbenam, namun cahayanya masih jelas di sebelah barat. Rasulullah tidak menanggapi perkataannya, sebaliknya Baginda

menekankan kembali perintahnya untuk mempersiapkan iftar. Maka perawi hadis berkata: Kami dapat melihat siang di

depan kami(maksudnya cahaya matahari) ketika kami berbuka puasa, dia berkata lagi:

“Jika salah seorang dari kami naik ke punggung untanya, dia akan dapat melihat matahari.”

Matahari telah terbenam disini dan Rasulullah

memerintahkan salah seorang sahabat untuk mempersiapkan iftar.

Mengapa?

Iaitu untuk bersegera di atas kebaikan.

(20)

Maka yang penting adalah kita memperhatikan bahwa iftar (berbuka puasa), yang disyariatkan untuk disegerakan mestilah dilakukan dengan beberapa biji kurma. Kemudian kita perlu

bersegera solat. Kemudian selepas itu(selesai solat maghrib) orang-orang dapat duduk dan makan sesuai dengan

keperluannya.

Ini adalah perkara pertama, yang ingin saya peringatkan kepada kita semua, dan inilah cara menjama’ kedua perkara yang diperintahkan Nabi agar kita bersegera melaksanakannya.

(21)

Perkara lain yang ingin saya peringatkan kepada kita semua adalah apa yang terdapat pada hadis sebelumnya(bermaksud)

“dan mereka mengakhirkan makan sahur”

Maksudnya apa yang diperintahkan disini adalah berbalik dari berbuka puasa. Baginda memerintahkan kita untuk menyegerakan iftar. Namun adapun Sahur, maka perlaksanaannya dilambatkan(diakhirkan). Namun apa yang terjadi

sekarang ini adalah sangat bertentangan, kerana banyak orang makan Sahur sekitar satu jam sebelum munculnya Fajar.

Perkara ini tidak berfaedah. Ini berlawanan dengan Sunnah yang ditunjukkan dengan sabda Nabi , dan dengan perbuatan Baginda. Para sahabat Nabi dahulu melakukan Sahur sangat lambat

(22)

mendengarkan azan dan dia masih makan kerana mengakhirkan Sahur.

Terdapat sebuah hadis sahih yang diriwayatkan dari Nabi yang menunjukkan kemudahan dalam Islam, yang dikira sebagai salah satu kaedah prinsip di dalam Islam, yang dibanggakan Muslimin, khususnya yang berkenaan dengan puasa, kerana Allah mengakhiri ayat mengenai Puasa dengan firman-Nya(bermaksud):

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS Al-Bqarah [2] : 185)

Dari kemudahan ini adalah sabda Baginda(bermaksud) :

“Jika salah seorang dari kamu mendengarkan seruan untuk solat dan dia masih memegang gelas di

tangannya, maka janganlah dia meletakkannya

(23)

“Jika salah seorang dari kamu mendengarkan seruan untuk Solat dan gelas…”

Gelas ini mengandungi makanan, susu, minuman, air, apa saja yang dimakan seseorang pada waktu Sahur, dan dia mendengarkan azan maka dia

tidak boleh bercakap, sekarang makanan ini dilarang kerana azan telah terdengar. Seseorang

yang telah tercukupi, maka tidak diperbolehkan baginya untuk menambah lagi, sama ada itu

minuman atau buah-buahan, ketika dia telah tercukupi dengan apapun yang dia makan.

Namun bagi orang yang mendengarkan azan dan belum mengambil dari apa yang dia perlukan dari

(24)

“Jika salah seorang dari kamu mendengarkan seruan untuk solat, dan gelas berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga dia memenuhi

hajatnya(keperluannya).”

Dan seruan azan yang dimaksudkan disini adalah seruan yang kedua, azan kedua. Bukan azan

pertama, yang mereka keliru menyebutkannya sebagai ‘Azan Imsak’.

Kita perlu mengetahui bahawa tidak ada dasarnya menyebut azan pertama sebagai ‘Azan Imsak’.

Azan kedua dimana kita harus menahan diri, dan ini dengan jelas disebutkan di dalam Al-Quran, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman(bermaksud):

(25)

Jadi makan menjadi terlarang sejak masuknya waktu Solat Fajar. Tidak ada pemisahan antara kedua perkara ini. Tidak ada puasa dari makan dan

minum seperempat jam atau kurang dari itu, sebelum mulanya waktu solat Fajar. Sama sekali tidak.

Kerana waktu Solat ketika munculnya fajar, dan makan dan minum terlarang bagi orang yang berpuasa ketika munculnya fajar. Maka tidak ada pemisahan antara keduanya sama sekali.

Kemudian terdapat hadis yang disepakati oleh

Bukhari dan Muslim, dari hadis Abdullah bin Umar

bin Al-Khattab radhiallahu ‘anhu, Nabi bersabda(bermaksud):

“Jangan kalian bergegas kerana azan Bilal..”

Maksudnya azan pertama. “…kerana azan

untuk membangunkan orang yang tidur, sehingga orang yang hendak sahur dapat melakukannya.

(26)

Ibnu Ummi Maktum yang bernama Amr adalah seorang yang buta, dan dialah orang yang

disebutkan di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dia (Muhammad) bermuka masam kerana telah datang seorang buta kepadanya. ….. (sehingga di akhir ayat). (QS Abasa)

Bagaimana dia mengumandangkan azan

(27)

Dengan demikian, ada ruang dalam perkara ini, kerana muazin menunda mengumandangkan azan sehingga mendengar orang mengatakan kepadanya “Fajar, Fajar.”

Dan Nabi bersabda(bermaksud):

“Jika salah seorang dari kalian mendengarkan seruan untuk solat dan gelas masih berada di tangannya, maka janganlah meletakkannya sehingga dia memenuhi keperluan darinya.”

Sungguh benar firman Allah Taala ketika Dia berkata di akhir ayat yang berhubungan dengan puasa(bermaksud):

(28)

Oleh kerana itu dari Fiqh yang perlu dikritisi dan yang bertentangan dengan Sunnah, iaitu seseorang mengatakan: “Jika seseorang mendengarkan

azan dan masih terdapat makanan di dalam mulutnya, maka dia harus mengeluarkannya.”

Ini terlampau keras dan berlebih-lebihan, melampaui batasan agama, dan Tuhan segala makhluk telah

memerintahkan dan mengingatkan kita di dalam KitabNya dan Sunnah NabiNya bahawa kita tidak boleh melampaui batasan agama. Allah berfirman dalam Al-Quranul Karim(bermaksud):

“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu

mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.” (QS An-Nisa [4] : 71)

(29)

“Berhati-hatilah terhadap sikap berlebih-lebihan dalam agama. Kerana orang-orang yang datang sebelum kalian binasa kerana melampaui batas dalam agamanya.”

Rasulullah telah menjelaskan kepada kita ada ruang dan batasan untuk kemudahan dalam

perkara sahur bagi seseorang, sehingga Baginda berkata(bermaksud):

“Jika salah seorang dari kalian mendengarkan seruan untuk solat dan gelas masih berada di tangannya, maka janganlah meletakkannya sehingga dia memenuhi hajatnya.”

Maka adalah menyelisihi Allah dan RasulNya seseorang berkata orang yang mendengarkan azan

sedangkan masih ada makanan di dalam mulutnya harus

memuntahkannya ke tanah. Ini bukanlah dari Sunnah. Bahkan ini bertentangan dengan Sunnah, dan bertentangan

(30)

Saya telah ditanya beberapa kali, maka saya tidak akan memberikan kesempatan untuk menanyakan perkara yang sama, sebaliknya saya akan memberikan jawapan, dengan mengatakan hadis ini dapat ditemukan dalam sebahagian kitab-kitab sunnah yang paling masyhur. Diantaranya dari Sunan Abu Daud, kitab ketiga dari enam kitab yang terkenal. Yang pertama adalah Sahih Bukhari, yang kedua Sahih Muslim dan yang ketiga adalah Sunan Abu Daud.

Hadis tersebut dapat ditemukan di dalamnya,

demikian juga diriwayatkan oleh Abu Abdillah Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, dan juga diriwayatkan oleh Imam Sunnah, Imam Ahmad bin Hanbal

rahimahullah, di dalam kitabnya yang terkenal Musnad Imam Ahmad.

Jadi hadis tersebut bukanlah hadis yang asing, bahkan merupakan hadis yang terkenal, dan

diriwayatkan oleh Imam Sunnah di peringkat awal, dengan sanad yang sahih.

(31)

pembahasan ini, kerana mungkin beberapa di antara kamu mungkin mempunyai pertanyaan

yang akan kami jawab insyaAllah, maka saya akan mengakhirinya dengan perkataan Baginda:

“Allah mencintai kemudahan dariNya dilaksanakan sebagaimana Dia mencintai perintahNya ditaati,”

dan dalam riwayat yang lain,

“Sebagaimana Dia(Allah) membenci kemungkaran kepadaNya.”

Ada dua riwayat:

“Allah mencintai kemudahan dariNya dilaksanakan sebagaimana Dia mencintai perintahNya ditaati,”

dan riwayat yang kedua,

(32)

kepadaNya.”

Oleh kerana itu seorang Muslim tidak seharusnya melaksanakan ketaatan yang sia-sia, dan (sebagai akibatnya) menahan diri dari Sunnah Nabi dalam apa yang dianjurkan dan dijelaskan Baginda kepada kita.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian yang dilakukan di Kelurahan Pakuncen Wirobrajan Wogyakarta pada tahun 2012 juga menunjukkan hal yang serupa bahwa ada hubungan lemah antara indeks massa

Pada kelompok ikan yang diberi perlakuan vaksin bakteri polivalen memberikan peningkatan titer antibodi yang sama dengan kelompok ikan yang diberi perlakuan

Pemeriksaan fisik dilakukan dengan membandingkan daftar aset tetap yang dibuat oleh saudari ester dengan fisik aset tetap tersebut, terutama untuk

Alvarezii di sekitar Pulau Panjang sudah mendekati daya dukungnya (50 Ha) karena penanaman yang ada sudah mencapai luasan lebih dari 40 hektar dengan sistem penanaman

Srikpsi ini berjudul “ Penerapan Model Cooperative Learning Type Buzz Group Sebagai Upaya Meningkatkan Keterampilan Mengemukakan Argumentasi Siswa Dalam

Kebiasaan “ngobat” juga merupakan fenomena yang biasa terjadi di tempat Clubbing .Dengan mengkomsumsi obat-obat ini biasanya dapat meningkatkan kepercayaan

bangsa yang bermartabat dalam rangka mencerdaskan kehidupan bangsa, bertujuan untuk berkembangnya potensi peserta didik agar menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada

Sebaiknya dalam mementukan lokasi tapak lakukan penilaian kriteria pemilihan lokasi derah di Kota Semarang terlebih dahulu baru menentukan penilaian kriteria