• Tidak ada hasil yang ditemukan

Permasalahan Jemaah Haji Wanita

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Permasalahan Jemaah Haji Wanita"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1

Permasalahan Jemaah Haji Wanita

Tahniah kepada puan-puan bakal hajjah yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Pilihan ini merupakan satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda. Ramai mereka yang memohon dan menunggu, namun mereka tidak berjaya. Maka gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya. Buatlah persediaan yang sewajarnya sebelum tiba hari keberangkatan.

Bagi wanita, haji merupakan satu jihad. Jihad bererti perjuangan suci demi menegakkan Kalimah Allah di muka bumi. Perjuangan menuntut pengorbanan. Tidak ada erti perjuangan tanpa pengorbanan. Justeru, bakal-bakal haji, khususnya wanita mesti bersedia untuk mengorbankan segala-galanya demi Islam.

Daripada Aisyah RA, katanya: Ya Rasulullah, kami lihat jihad adalah amalan yang paling afdhal. Maka wajibkah kami (kaum wanita) pergi berjihad? Baginda menjawab: “Tidak. Tetapi jihad yang paling afdhal (bagi kalian) ialah haji yang mabrur”. Al-Bukhari.

Hadis ini menjelaskan, untuk mencapai makna jihad bagi wanita bukan sahaja dapat pergi ke Mekah menunaikan haji, tetapi yang dapat menggantikan jihad di medan perang seperti yang dituntut ke atas kaum lelaki adalah dengan berjuang mendapatkan haji yang mabrur.

Para ulamak dan fuqahak cuba memberikan beberapa takrifan tentang haji yang mabrur. Antaran pandangan yang dikemukakan berkenaan maksud haji mabrur ialah:

o Haji yang tidak bercampur dengan dosa. Perkataan mabrur diambil daripada perkataan birr yang bererti taat

o Maqbul atau diterima. Tanda ia diterima ialah orang yang menunaikan haji itu pulang dalam keadaan lebih baik daripada sebelum dia menunaikan haji dan tidak mengulangi maksiat yang lalu.

(2)

2

Dr. Abdul Karim Zaidan menyimpulkan bahawa semua yang disebut di atas adalah merupakan ciri yang perlu ada pada haji mabrur.

Jadi, untuk mencapai haji yang mabrur jemaah mesti memahami bahawa haji merupakan satu ibadah yang unik. Satu bentuk latihan mengendalikan nafsu duniawi agar berpaling ke mercu kerohanian yang tinggi, satu tazkiah nafsiyyah dan tarbiah ruhiyyah yang mampu mengisi liang-liang hati dengan nur iman dan limpahan rasa cinta kepada Allah Yang Maha Esa.

Mereka yang berangkat meninggalkan keselesaan tempat tinggal, berpisah dengan keluarga tersayang, membawa hati yang tulus ikhlas menuju ke Baitillah di Makkah al-Mukarramah, disambut dan dimuliakan Allah sebagai tetamuNya yang istimewa. Sabda Nabi SAW bermaksud: ”Orang-orang yang datang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Jika mereka berdoa, Allah menyahuti doa mereka. Jika mereka beristighfar Allah mengampuni dosa mereka”. Riwayat an-Nasa’i, Ibn Majah, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban.

Sebagai tetamu Allah, jemaah haji perlu mempersiapkan diri secukupnya, sama ada dari aspek ruhi, jasadi, aqli dan emosi. Tanpa persediaan yang rapi, kemuliaan yang Allah sediakan mungkin tidak dihargai sebaik-baiknya serta tidak diperolehi sepenuhnya.

Saat ini, bakal-bakal hajjah pastinya telah bersedia dengan ilmu yang secukupnya tentang cara-cara menunaikan ibadah haji, umrah serta ibadah-ibadah lain yang berkaitan dengan bulan haji dan waktu berada di tanah suci. Di samping itu jemaah haji wanita juga harus peka dengan permasalahan yang khusus dengan wanita, permasalahan yang tidak dialami oleh kaum bapa. Permasalahan itu boleh dipecahkan kepada beberapa kategori:

(3)

3

i. Permasalahan yang berkaitan dengan haid.

Wanita sering beranggapan bahawa haid merupakan penghalang untuk mereka beribadah. Ini kerana pada masa haid mereka tidak diharuskan solat, puasa, tawaf, i’tikaf dan tilawah al-Quran. Lantaran itu ramai jemaah wanita berusaha sedaya upaya untuk menghalang kedatangan haid semasa berada di tanah suci supaya masa yang singkat dapat digunakan sepenuhnya untuk ibadah. Dari segi hukum, menurut Imam Ahmad bin Hanbal, wanita harus makan ubat untuk menahan darah haid daripada keluar dengan syarat ubat itu berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Kita lihat keharusan ini adalah dengan syarat bahawa ubat yang diambil itu berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan.

Berdasarkan pengalaman tahun-tahun yang lepas, ramai jemaah mengalami masalah haid yang tidak menentu selepas mengambil ubat penahan haid menyebabkan tujuan mengambil ubat untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada ibadah tidak tercapai. Oleh itu dinasihatkan jemaah yang ingin mengambil ubat, pastikan ubat itu benar-benar berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan. Jangan ambil sebarangan. Dapatkan nasihat doktor pakar yang berpengalaman dan amanah.

Di samping itu, mereka yang mengalami masalah haid sama ada disebabkan mengambil ubat atau tidak, jangan lupa untuk membanyakkan doa kerana tiada yang dapat membantu dalam menyelesaikan apa jua masalah kecuali Dia. Semasa di tanah suci, anda adalah tetamuNya yang dimuliakan. Dan Dia telah berjanjikan akan memakbulkan doa para tetamuNya.

Perlu diingatkan juga haid tidak menghalang wanita dari melakukan ibadah-ibadah yang lain daripada yang disebutkan di atas. Jemaah boleh gunakan masa haid sepenuhnya untuk berzikir dengan membanyakkan istighfar, bertasbih, bertahmid, bertahlil, berselawat dan sebagainya. Jemaah juga boleh mengambil kesempatan membantu mereka yang memerlukan pertulungan. Sesungguhnya bantuan yang diberi walaupun kecil tetap dikira ibadah yang sangat besar ganjarannya. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menulung saudaranya, Allah akan menulungnya.

(4)

4

Sesiapa yang melepaskan kesusahan seseorang, Allah akan melepaskan kesusahannya…” Sebahagian Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar r.a.

ii. Permasalahan istihadha dan keputihan yang berterusan

Istihadhah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid atau yang keluar melebihi tempoh maksimum haid.

Keputihan dalam bahasa perubatan dikenali sebagai Flour Albus atau Leukore iaitu cairan yang keluar dari Vagina. Keputihan ada yang bukan kerana penyakit [non patologis] ada yang dikatakan pula kerana penyakit [patologis]. Ia adalah najis dan membatalkan wuduk.

Sekiranya jemaah mengalami istihadhah atau keputihan yang berlebihan (sentiasa keluar secara berterusan) maka ia dikategorikan sebagai daim al-hadas. Dalam keadaan ini jemaah hendaklah membersihkan kemaluan setiap kali masuk waktu solat fardhu, mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat. Wuduk yang diambil hanya sah digunakan untuk satu solat fardhu dan beberapa sunat di dalam waktu tersebut.

iii. Permasalahan aurat

Terdapat sebahagian jemaah yang menganggap berpakaian menutup aurat hanya wajib ketika berada di dalam ihram sahaja. Setelah bertahallul atau setelah selesai manasik haji atau umrah, jemaah tidak perlu lagi menjaga aurat. Mereka boleh memakai apa saja fesyen yang mereka gemari seperti memakai kebaya, berseluar ketat dan sebagainya. Sebahagian jemaah tidak segan silu keluar dari bilik penginapan dengan memakai t-shirt berlengan pendek, walhal terdapat jemaah lelaki yang menginap di bilik aras yang sama. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius.

(5)

5

Menutup aurat adalah satu perintah yang wajib dipatuhi oleh semua wanita tanpa mengira masa dan ketika, di dalam dan di luar ihram, sebelum dan selepas mendapat gelaran hajjah.

iv. Permasalahan hubungan suami isteri

Kebanyakan wanita pergi menunaikan haji ditemani suami. Pastinya niat hati ingin sama-sama melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan agar mendapat haji yang mabrur. Namun kadang-kadang bila berada di tanah suci pelbagai masalah yang tidak diduga. Sebahagiannya berpunca dari perkara kecil dan remeh temeh.

Terdapat juga suami isteri yang terlalu intim. Jemaah lelaki dan wanita ditempat di bilik yang berasingan. Namun terdapat jemaah wanita yang terlalu kerap masuk ke bilik jemaah lelaki untuk bertemu dengan suami sehingga menyebabkan rakan sebilik suami rasa terganggu, tidak selesa untuk berehat dan sebagainya.

Oleh itu, jemaah dinasihatkan sentiasa berhati-hati terhadap godaan syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan keluarga. Elakkan dari prasangka, cemburu buta, bertindak tergesa-gesa mengikut emosi dan nafsu. Selalu ingat matlamat ke tanah suci, tidak lain daripada beribadah dan mencari keredhaan Allah semata-mata.

(6)

6 v. Permasalahan dengan rakan sebilik

Jemaah datang dari pelbagai latar belakang. Taraf hidup, status sosial, tahap pendidikan yang tidak sama. Hal ini pastinya menimbulkan sikap, pandangan, tingkah laku serta kecenderungan yang berbeza. Dalam situasi sebegini jemaah perlu banyak bersabar dan cuba memahami antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri amat perlu dijauhi. Lidah mesti selalu dijaga. Amalkan sikap bertolak ansur. Jangan anggap diri kita lebih utama daripada orang lain. Sebaliknya belajar mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Inilah akhlak terpuji yang dimiliki oleh kaum ansar sehingga mereka mendapat pujian dari Allah s.w.t.

“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya”. (Al-Hasyr:9)

Akhirnya jemaah hendaklah memanfaatkan sepenuhnya khidmat kebajikan, khususnya yang berkaitan dengan agama dan ibadah yang disediakan oleh pihak pengurusan Tabung Haji. Di setiap maktab terdapat guru agama yang sentiasa sedia membantu, di samping program ceramah dan taklimat mengenai ibadah yang disusun dan diadakan dari masa ke masa.

Penulis : Ustazah Hajah Maznah binti Daud Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)

Referensi

Dokumen terkait

Maka dari itu perhitungan sisa umur transformator dalam studi ini hanya dapat diperkirakan berdasarkan data temperatur hospot minyak transformator daya yang diakibatkan

Dengan adanya hubungan yang rigid antara kolom, balok, dan dinding geser akan memungkinkan terjadinya interaksi antara struktur rangka dan dinding geser secara

Di Tingkat kelurahan/Desa organisasi ini disebut Dewan Pengurus Kelurahan/Desa Badan Komunikasi Pemuda Remaja Masjid Indonesia yang disingkat DP Kel/Des BKPRMI dan

Hasil penelitian tentang evaluasi pelaksanaan program raskin di Kecamatan Samarinda Ulu sudah tepat sasaran di mana beras sudah didistribusikan kepada RTS –PM yang

Kegiatan dipusatkan di Hotel BW Inn Tanjung Pandan, Kabupaten Belitung pada 1 hingga 4 Oktober 2019, yang terbagi dalam dua sesi dalam pelaksanaan Rapat Koordinasi (Rakor)

Sebagian urusan di bidang Pekerjaan Umum Pengairan diserahkan dari pemerintah Daerah Tingkat I kepada Daerah Tingkat II adalah urusan irigasi pada daerah irigasi yang secara utuh

Untuk penyelesaian kredit macet akibat debitur wanprestasi agar mendapatkan hasil yang adil untuk kedua belah pihak, maka bagi debitur apabila kemampuan melunasi

Metode penelitian yang digunakan adalah kualitatif Alat pengumpulan datanya adalah panduan observasi, panduan wawancara, dan dokumentasi Dari hasil penelitian diperoleh