• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bil. Soalan Jawapan. Anda layak bagi akaun yang berbayar sahaja. untuk pengesahan menyertai ETRA ini.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bil. Soalan Jawapan. Anda layak bagi akaun yang berbayar sahaja. untuk pengesahan menyertai ETRA ini."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

22 Soalan Yang Sering Ditanya bagi Individu Layak dalam Kategori B40 / didaftarkan di bawah Bantuan Sara Hidup/Kategori M40 / didaftarkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Perusahaan Mikro dengan Had Pinjaman/Pembiayaan Diluluskan < RM150K dengan Pengesahan Menyertai kepada PBB/PIBB

(Bermula pada 1 Disember 2020) [ETRA]

Bil. Soalan Jawapan

1. Sekiranya hanya seorang (1) individu bagi akaun bersama dikategorikan sebagai B40 dan didaftarkan dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH), adakah beliau layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Ya, salah seorang (1) daripada individu bersama dalam kategori B40 dan didaftarkan dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini.

2. Sekiranya saya mempunyai dua pinjaman / pembiayaan dengan PBB/PIBB dan satu daripadanya di bawah akaun tidak berbayar/tertunggak, adakah saya layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Anda layak bagi akaun yang berbayar sahaja.

3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Untuk individu, individu berkenaan mesti dikategorikan sebagai B40/didaftarkan dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) atau M40/didaftarkan dalam Bantuan Prihatin Nasional (BPN). (Tiada dokumen diperlukan)

Untuk Perusahaan Mikro, hanya perakuan sendiri dengan had diluluskan < RM150K. Tiada dokumen diperlukan

(2)

22 Soalan Yang Sering Ditanya bagi Individu Layak dalam Kategori B40 / didaftarkan di bawah Bantuan Sara Hidup/Kategori M40 / didaftarkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Perusahaan Mikro dengan Had Pinjaman/Pembiayaan Diluluskan < RM150K dengan Pengesahan Menyertai kepada PBB/PIBB

(Bermula pada 1 Disember 2020) [ETRA]

Bil. Soalan Jawapan

4. Apakah syarat-syarat standard untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Pilihan 1

Penangguhan pembayaran balik/pembayaran selama 3 bulan (sifar ansuran)

ATAU Pilihan 2

Pengurangan sebanyak 50% daripada ansuran pinjaman/pembiayaan bulanan sedia ada selama 6 bulan

Nota:

a. Pengaturan Pembayaran Balik/Pembayaran mulai bulan berikutnya.

b. Pilihan 2 tidak diterima pakai bagi B40/M40/Perusahaan Mikro di bawah TRA sedia ada.

5. Apakah kadar faedah/keuntungan/sewa sepanjang pengesahan menyertai ETRA ini? Adakah pengkompaunan bagi faedah/keuntungan/sewa?

Kadar faedah/keuntungan/sewa sedia ada bagi pinjaman/pembiayaan anda tidak berubah.

Untuk Pinjaman Konvensional, faedah akan terakru setiap bulan dengan kiraan pada baki bulanan/harian dengan pengkompaunan faedah.

Bagi Pembiayaan Islam, keuntungan/sewa akan terus terakru atas dasar tiada pengkompaunan menurut Prinsip Syariah.

(3)

22 Soalan Yang Sering Ditanya bagi Individu Layak dalam Kategori B40 / didaftarkan di bawah Bantuan Sara Hidup/Kategori M40 / didaftarkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Perusahaan Mikro dengan Had Pinjaman/Pembiayaan Diluluskan < RM150K dengan Pengesahan Menyertai kepada PBB/PIBB

(Bermula pada 1 Disember 2020) [ETRA]

Bil. Soalan Jawapan

6. Adakah terdapat kos tambahan untuk peminjaman / pembiayaan untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Pengesahan untuk menyertai bagi bantuan Pembayaran Balik/ Bayaran Bersasar Diperluaskan akan menyebabkan kos keseluruhan peminjaman/ pembiayaan yang lebih tinggi disebabkan oleh pengaturan pembayaran balik tertangguh menurut perkara (4) di atas kecuali bagi Pembiayaan Islam di bawah kadar tetap dan pembiayaan peribadi BAE Anda akan dimaklumkan mengenai kos tambahan untuk peminjaman/pembiayaan itu melalui Surat Pemakluman secara elektronik yang akan dihantar ke alamat e-mel anda apabila pengemukaan berjaya dibuat.

Walaupun begitu, anda boleh menghubungi hunting

line talian bantuan kami untuk bertanya mengenai kos

tambahan peminjaman/pembiayaan sebelum mengemukakan pengesahan menyertai ETRA tersebut.

Ilustrasi:

Baki Belum Jelas : RM100,000 Ansuran : RM 1,800

Kadar Faedah : 3.07% (iaitu BLR -2.4%) Baki Tempoh : 60 Bulan

Lanjutan Baki Pinjaman/bulan: 3 bulan + 60 bulan Tempoh Pembiayaan : 63 bulan

Kos Peminjaman/

Pembiayaan Tambahan

RM

Pilihan 1 900

Pilihan 2 875

7. Sekiranya saya memilih untuk tidak mengambil moratorium automatik dari bulan April 2020 hingga September 2020, adakah saya layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Ya, anda masih layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini.

(4)

22 Soalan Yang Sering Ditanya bagi Individu Layak dalam Kategori B40 / didaftarkan di bawah Bantuan Sara Hidup/Kategori M40 / didaftarkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Perusahaan Mikro dengan Had Pinjaman/Pembiayaan Diluluskan < RM150K dengan Pengesahan Menyertai kepada PBB/PIBB

(Bermula pada 1 Disember 2020) [ETRA]

Bil. Soalan Jawapan

8. Sekiranya saya Individu B40/Individu M40/Perusahaan Mikro dan kini di bawah moratorium lanjutan 3 bulan kerana tidak bekerja, adakah saya layak menyertai pengesahan menyertai ETRA ini?

Ya, anda masih layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini.

9. Sekiranya saya Individu B40/Perusahaan Mikro dan kini di bawah TRA (iaitu Pilihan 1/2/3), adakah saya masih layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Ya, anda masih layak untuk pengesahan ETRA di bawah Pilihan 1 ini.

Nota:

ETRA di bawah Pilihan 1 dan 2 ini adalah lebih fleksibel dan bermanfaat kepada pelanggan berbanding dengan ETRA di bawah Pilihan 2. 10. Sekiranya had pinjaman/pembiayaan

(Perusahaan Mikro) saya yang diluluskan dengan PBB/PIBB adalah lebih daripada RM150K, adakah saya layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Tidak.

11. Sekiranya saya mengesahkan untuk

menyertai ETRA pada bulan Disember 2020, apakah tarikh kuat kuasa bagi pembayaran balik/ pembayaran di bawah Pilihan 1 dan 2?

Pilihan 1

Penangguhan pembayaran balik/pembayaran

selama 3 bulan (sifar ansuran)

Bulan Pengesahan Penyertaan

Tempoh Penangguhan Ansuran 3 Bulan

November 2020 Disember 2020 hingga

Februari 2021

Disember 2020 Januari 2021 hingga Mac

2021

Januari 2021 Februari 2021 hingga

April 2021

Februari 2021

hingga Jun 2021

Penangguhan ansuran

bermula pada bil bulan berikutnya seperti yang diilustrasikan di atas.

(5)

22 Soalan Yang Sering Ditanya bagi Individu Layak dalam Kategori B40 / didaftarkan di bawah Bantuan Sara Hidup/Kategori M40 / didaftarkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Perusahaan Mikro dengan Had Pinjaman/Pembiayaan Diluluskan < RM150K dengan Pengesahan Menyertai kepada PBB/PIBB

(Bermula pada 1 Disember 2020) [ETRA]

Bil. Soalan Jawapan

Pilihan 2

Pengurangan sebanyak 50% daripada ansuran pinjaman/pembiayaan bulanan sedia ada selama 6 bulan.

 Pengurangan sebanyak 50% daripada ansuran pinjaman/pembiayaan bulanan sedia ada bermula pada bil bulan hadapan.

12. Sekiranya saya di bawah kategori M40 dan didaftarkan dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN), adakah saya layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Ya, anda layak untuk pengesahan penyertaan Pilihan 2, iaitu 50% pengurangan ansuran bulanan sedia ada selama 6 bulan.

13. Sekiranya saya (Pelanggan) di bawah kategori M40 tetapi ister atau suami saya (bukan pelanggan) di bawah kategori B40 Bantuan Sara Hidup, adakah saya layak untuk pengesahan menyertai ETRA ini?

Ya, anda layak untuk pengesahan penyertaan ETRA ini, iaitu Pilihan 1 dan Pilihan 2.

14. Sekiranya saya berminat, bila dan bagaimanakah saya boleh menyertai dalam talian bagi bantuan ETRA ini?

Anda boleh mengemukakan pengesahan penyertaan secara digital selepas menerima jemputan melalui SMS bermula pada 23/11/2020.

15. Bilakah saya akan mengetahui keputusannya?

Semua pemohon untuk pengesahan menyertai ETRA secara digital akan dimaklumkan melalui Surat Pemakluman secara elektronik selepas pengesahan menyertai dihantar.

Sila rujuk e-mel anda untuk mendapatkan Surat Makluman secara elektronik sebaik sahaja

permohonan anda berjaya

dikemukakan.(Penerimaan secara Digital tidak diperlukan)

(6)

22 Soalan Yang Sering Ditanya bagi Individu Layak dalam Kategori B40 / didaftarkan di bawah Bantuan Sara Hidup/Kategori M40 / didaftarkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Perusahaan Mikro dengan Had Pinjaman/Pembiayaan Diluluskan < RM150K dengan Pengesahan Menyertai kepada PBB/PIBB

(Bermula pada 1 Disember 2020) [ETRA]

Bil. Soalan Jawapan

16. Bolehkah pelanggan B40/M40 di bawah pembayaran secara progresif pinjaman/pembiayaan memohon untuk ETRA Pilihan 2?

Boleh. Untuk pinjaman/pembiayaan yang diluluskan pada atau sebelum 1 Oktober 2020. Pelanggan boleh mengemukakan borang pengesahan menyertai bukan digital/manual kepada Bank bermula pada 1 Disember 2020 hingga 30 Jun 2020.

Bagaimanapun, ini tidak diterima pakai bagi B40/M40 yang mempunyai TRA dengan PBB/PIBB.

Nota :

i. Untuk B40 yang sedang didalam TRA masih layak untuk menyertai pengesahan ERTA ini (Pilihan I)

ii. Untuk M40 pelanggan masih layak untuk memohon sama ada TRA atau ETRA.

(Pilihan 2)

17. Bagaimanakah pembayaran balik 50% selama 6 bulan dikira di bawah ETRA pilihan 2 bagi pelanggan B40/M40 di bawah pembayaran secara progresif?

Faedah bagi pembayaran balik 50% selama 6 bulan dikurangkan berdasarkan faedah akhir bulan sebelumnya pada ketika pengesahan penyertaan dibuat. Ilustrasi Bulan pengesahan penyertaan Faedah akhir bulan sebelumnya pembayaran balik 50% selama 6 bulan dikurangkan berdasarkan faedah akhir bulan sebelumnya pada ketika pengesahan menyertai dibuat. Dis 2020 Nov 2020 RM500 RM250 Jan`21-Jun`21 Jan 2021 Dis 2020 RM500 RM250 Feb`21-Jul`21

(7)

22 Soalan Yang Sering Ditanya bagi Individu Layak dalam Kategori B40 / didaftarkan di bawah Bantuan Sara Hidup/Kategori M40 / didaftarkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Perusahaan Mikro dengan Had Pinjaman/Pembiayaan Diluluskan < RM150K dengan Pengesahan Menyertai kepada PBB/PIBB

(Bermula pada 1 Disember 2020) [ETRA]

Bil. Soalan Jawapan

Feb 2021 Jan 2021 RM500

RM250 Mac`21-Ogos`21

18. Adakah ETRA ini akan menjejaskan penarafan kredit saya dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) BNM?

TIDAK, akaun anda TIDAK akan dilaporkan sebagai Dijadualkan Semula dan Distrukturkan Semula dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

19. Sekiranya saya tidak layak untuk B40 di bawah Bantuan Sara Hidup, M40 di bawah BPN, M40 di bawah BPN dan

Pengaturan Pembayaran

Bali/Pembayaran Perusahaan Mikro, adakah pilihan lain yang boleh membantu saya?

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memberi perkhidmatan percuma mengenaipengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan hutang.

Untuk pertanyaan, sila hubungi AKPK melalui 03-26167766 atau layari portal pelanggan AKPK melalui www.akpk.org.my

20. Adakah polisi insurans sedia ada, iaitu Ansuran Bertempoh Pengurangan Gadai Janji (MDTA)/Kemalangan Peribadi

Pengurangan Gadai Janji

(MRPA)/Pembiayaan Takaful

Bertempoh Pengurangan Gadai Janji

(MRTT)/Pengurangan Takaful

Bertempoh Pembiayaan Perniagaan (BTTR) (jika ada) meliputi lanjutan tempoh pinjaman/pembiayaan daripada bantuan pembayaran balik/pembayaran bersasar diperluaskan ini?

(8)

22 Soalan Yang Sering Ditanya bagi Individu Layak dalam Kategori B40 / didaftarkan di bawah Bantuan Sara Hidup/Kategori M40 / didaftarkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Perusahaan Mikro dengan Had Pinjaman/Pembiayaan Diluluskan < RM150K dengan Pengesahan Menyertai kepada PBB/PIBB

(Bermula pada 1 Disember 2020) [ETRA]

Bil. Soalan Jawapan

21 Bagaimanakah sekiranya saya ingin

melanjutkan perlindungan

insurans/takaful bagi lanjutan pinjaman/pembiayaan sekiranya

moratorium pembayaran

balik/pengaturan pembayaran baik diperluaskan ini diluluskan/diterima?

Anda perlu berbincang dengan syarikat insurans/takaful anda secepat mungkin untuk lanjutan tersebut

22. Adakah lanjutan perlindungan insurans itu wajib bagi pinjaman/pembiayaan dengan perlindungan insurans sedia ada?

Bilakah tarikh akhir untuk pelanggan mengemukakan lanjutan perlindungan insurans/takaful?

Tidak wajib.

Tiada tarikh akhir. Sebaiknya pelanggan hendaklah berurusan terus dengan syarikat insurans/takaful untuk lanjutan perlindungan berkenaan dan atas budi bicara pelanggan atau mengikut keperluan masing-masing.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kesimpulan yang telah diambil, maka diberikan saran sebagai berikut:Pertama, perusahaan harus menerapkan Good Corporate Governance dalam pengelola perusahaan

Pengendalian gulma secara kimia di Angsana Estate dilakukan oleh tim semprot kebun dengan sistem BSS ( Block Spraying System ), yaitu sistem penyemprotan yang

Dalam upaya peningkatan mutu Madrasah Aliyah, Direktorat Jendral Pembinaan Kelembagaan Agama Islam dalam Sknya Nomor E,IV/PP.00.6/KEP/17.A/98 tanggal 20 Februari

Oleh kerana pengarang ini seorang cendekiawan yang menjawat jawatan sebagai Bendahara di negeri Johor, sememangnya banyak unsur- unsur pengajaran telah dimasukkan

Penelitian skripsi yang ditulis oleh Aminah Umi Rahayu 2016 yang berjudul “Optimalisasi Upaya BAZNAS Kabupaten Banyumas dalam Meningkatkan Jumlah Muzakki”

Terdapat beberapa tulisan yang membahas tema sejenis dengan tulisan ini, di antaranya tulisan Ali Usmar berjudul “ Pendidikan Islam Berwawasan Lingkungan Hidup .” Dalam

Setelah tahapan pra lapangan dan pekerjaan lapangan, maka peneliti sampai pada tahap penyajian data penelitian. Pada bagian ini dipaparkan tentang deskripsi

&#34;Hukum material sipil dan untuk sementara waktupun hukum materiil pidana sipil yang sampai kini berlaku untuk kaula-kaula daerah Swapraja dan orang-orang yang