• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERJEMAHAN SURAH AL-MA ARIJ PENGERTIAN AYAT-AYAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERJEMAHAN SURAH AL-MA ARIJ PENGERTIAN AYAT-AYAT"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1

SURAH AL MA’ARIJ

(2)

2

(3)

3

TERJEMAHAN SURAH AL-MA’ARIJ

PENGERTIAN AYAT-AYAT

Seseorang dari orang-orang kafir Quraish, dengan mengejek, meminta ditimpakan azab yang telah dijanjikan akan berlaku itu.(1)

Iaitu azab yang telah disediakan untuk orang-orang kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak kedatangannya.(2)

Ianya datang terus dari Allah; yang bersifat menguasai tempat-tempat ‘turun-naik’ (dari satu destinasi ke destinasi lain).(3)

Yang dilalui oleh para malaikat dan Jibril as ke Pusat Pemerintahan Allah (untuk menerima dan menyempurnakan tugas-tugas mereka) pada satu masa tertentu (di mana satu hari perjalanannya menyerupai 50 ribu tahun kita.(4)

(4)

4

Oleh itu, wahai Muhammad bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya (di atas ejekan mereka itu).(5)

Sesunguhnya mereka memandang/menganggap hari itu jauh (daripda berlaku).(6) Sedangkan Kami memandangnya dekat (tetap akan berlaku).(7) Pada hari itu langit menjadi cair seperti perak yang cair.(8) Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu-bulu (yang berterbangan).(9)

Dan sahabat karib (pada hari itu) tidak bertanyakan hal sahabat karibnya (setiap orang hanya fikirkan dirinya sahaja).(10) Sedangkan mereka saling berdepan antara satu sama lain (pada saat itu)orang yang bersalah bercita-cita kiranya dapat menebuskan diri mereka dari azab pada hari itu dengan anak-anaknya (11)

(5)

5 Dan isteri dan saudara maranya.(12) Dan kaum kerabatnya yang melindunginya.(13)

Dan dengan penghuni-penghuni bumi seluruhnya, kemudian (ia mengharapkan) dengan tebusan ini dapat menyelamatkannya.(14)

Tidak sekali-kali! Tidak! (tak akan berlaku sebagai sangkaan mereka), sesunguhnya neraka yang disediakan untuk mereka telah bernyala dengan menjulang-julang api nya.(15)

Ianya akan mengugurkan kulit ubun-ubun dan anggota-anggota tubuh badan.(16) Neraka itu melambai mereka yang membelakangi dan berpaling tadah (dari kebenaran dan iman).(17)

(6)

6

Dan yang mengumpul harta kekayaan, lalu menyimpannya (tanpa keluar zakat).(18)

Sesunguhnya manusia itu dicipta bertabiat penuh keluh kesah (lagi bakhil kedekut).(19) Apabila dia disentuh dengan kesusahan maka dia menjadi amat cemas.(20) Dan apabila disentuh dengan kesenangan dia menjadi amat kikir.(21) Kecualilah orang-orang yang terus mengerjakan solat.(22) Yang tekun mengerjakan solat mereka.(23) dan mereka memperuntukkan sebahagian yang tertentu dari harta kekayaan mereka.(24)

(7)

7 bagi orang miskin yang meminta dan orang susah yang tidak meminta.(25) Dan mereka beriman dan percaya dengan ‘hari pembalasan’.(26)

Dan mereka sentiasa takut ditimpa dengan azab dari Allah, Tuhan mereka.(27)

kerana sesungguhnya azab Allah itu tidak patut bagi seseorang itu merasa aman dengannya.(28)

Dan mereka yang menjaga kehormatan (anggota kelamin mereka).(29)

Ianya hanya untuk isterinya atau kepada hamba milikan mereka, sehingga sesungguhnya mereka tidak tercela.(30)

Oleh itu, sesiapa yang mencari kenikmatan (seks) melebihi batas ini, maka mereka ini dianggap melampaui batas.(31)

(8)

8 Dan mereka memelihara amanah dan janji-janji mereka.(32) dan memberi kesaksian (sebagai saksi) dengan benar dan jujur.(33)

Dan mereka yang terus menjaga solat mereka.(34) Mereka semuanya akan dimuliakan dalam syurga.(35)

Mengapa orang-orang kafir itu tiba-tiba tergesa-gesa menuju ke arah mu?.(36)

mereka berkumpul berpuak-puak, jumlah yang kecil, di kiri dan kanan mu?.(37)

Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam syurga Allah yang penuh nikmat itu (sedangkan mereka tidak beriman pun?).(38)

(9)

9

Tidak! Sekali-kali tidak! (mereka tak akan masuk ke dalam syurga). Sesungguh nya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahui nya.(39)

Oleh itu Aku bersumpah dengan Tuhan yang memiliki arah-arah timur dan arah-arah barat bahawa sesungguhnya Kami amat berkuasa.(40)

(untuk membinasakan mereka serta) menggantikan mereka dengan umat yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.(41)

Biarkanlah mereka mengharungi kebatilan dan kesesatan dan leka dengan semua itu sehinggalah mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk dibalas).(42)

Iaitu hari di mana mereka segera keluar dari kubur2 masing-masing menuju ke Mahsyar dengan keadaan seolah-olah mereka berkejar-kejar ke tempat berhala-berhala mereka (yang mereka sembah dulu).(43)

Sedangkan mata mereka tunduk kuyu diselubungi kehinaan. ITU LAH HARI YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA MEREKA.(44)

(10)

10

Sinopsis Surah Al Ma’arij

Surah al Ma’aarij diturunkan sepenuhnya di Mekah, mengandungi 44 ayat dan seperti kebanyakan surah-surah yang diturunkan di Mekah, surah ini lebih menekan konsep akidah dan iman.

Dalam surah ini ditekankan hakikat hari Akhirat dan apa yang ada di dalamnya; pembalasan dari semua kerja-kerja amal yang telah kita lakukan selama hidup di dunia. Yang Kufur pada Allah harus berwaspada atas balasan-balasan yang PASTI akan diterima mereka. Yang beriman haruslah memikirkan bagaimana boleh mempertingkatkan lagi amal mereka bagi mendapat balasan ‘Janntum Mukramun’ itu.

Nama surah ini ialah Al Ma’arij yang bererti Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik, yang dilalui oleh para malaikat dan Jibril as ke pusat Pemerintahan Allah, untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing.

: iaitu Allah mempastikan berlakunya hari Kiamat bersekali dengan azabnya kepada orang yang kafir

: iaitu Allah yang melihat kedatangan Kiamat dan azabnya itu sangat dekat berbanding dengan pandangan orang kafir seolah-olah lama lagi akan berlakunya Kiamat itu dan mungkin tidak akan wujud sama sekali. : iaitu Allah yang akan menurunkan azabnya di mana langit akan menjadi cair dan gunung ganang akan menjadi seperti bulu-bulu yang berterbangan Pada hari yang tidak ada lagi kawan untuk bertanya khabar, masing-masing dengan halya sendiri.

: iaitu Allah yang memperlihatkan betapa gelisahnya orang yang kafir yang mahu menebuskan diri mereka, dengan menggunakan anak isteri mereka, sanak saudara mereka dan kaum kerabat mereka dan dengan penebusan itu mereka akan terselamat dari azab Allah?

: iaitu Allah yang telah menyediakan Neraka yang akan membakar ubun-ubun orang kafir dan kulit mereka. Sedangkan Neraka itu pula sangat mengenali mereka yang kufur dan yang tamak pada harta dunia itu.

(11)

11

Inilah dia hakikat alam Akhirat yang dipastikan kedatangannya dan berperanan membakar orang-orang yang kosong iman mereka ini. Inilah kekecewaan yang digambarkan oleh surah ini kepada yang mengejek supaya di datangkan azab segera ke atas mereka. Inilah dia mereka-mereka yang kosong iman, yang sepatutnya mereka balik semula kepada Allah, Rasul Nya dan al Quraan untuk mengikis saki baki keladak jahiliyah dalam dada mereka. Surah ini juga menjelaskan ciri-ciri orang yang beriman pada Allah untuk di hadiahkan dengan ‘Jannatul Mukramun’ dari Allah; di antara ciri-cirinya ialah: # yang melakukan solat secara berterusan # yang memperuntukkan sebahagian pendapatannya kepada fakir miskin # yang beriman dengan adanya hari Akhirat

# yang sentiasa takut dengan azab akhirat dan sentiasa mohon dihindarkan dari azab itu

# yang sentiasa menjaga kehormatan dirinya, dan hanya isteri atau hamba nya sahaja tempat dia melepaskan nafsu seksnya

# yang sentiasa menepati janji-janjinya jika dia berjanji

# yang menjadi saksi-saksi yang adil dalam apa jua perbicaraan

# yang tetap mengambil berat solat mereka yang diguna untuk merapatkan hubungan mereka dengan Allah.

Inilah contoh jiwa-jiwa yang penuh dengan Iman.

Harapan dari surah

i

ni ialah ianya menjadi ubat untuk mengikis penyakit jahiliyah yang berada dalam diri kita supaya yang kufur pada Allah, yang mahukan syurga Allah itu untuk meninggalkan kekufuran mereka dan berbalik pada Allah dan menerima al Quraan sebagai petunjuk kepada mereka.

(12)

12

TAFSIRAN SURAH AL MA’ARIJ

Dengan nama Allah, Penganugerah Rahmat Nya di dunia ini dan Penganugerahan Rahim Nya di akhirat nanti.

Mafhum nya: Seseorang (dari orang-orang kafir Quraish) dengan mengejek telah meminta ditimpakan azab yang telah dijanjikan akan berlaku itu.(1)

iaitu azab yang telah disediakan untuk orang-orang kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak kedatangannya.(2)

ianya datang terus dari Allah, yang bersifat menguasai tempat-tempat ‘turun-naik’ (dari satu destinasi ke satu destinasi lain).(3)

yang dilalui oleh para malaikat dan Jibril ke Pusat Pemerintahan Allah (untuk menerima dan meyempurnakan tugas-tugas mereka) pada satu masa tertentu (di mana kadarnya satu hari perjalanan itu meyerupai lima puluh ribu tahun kita).(4)

Oleh itu, (Wahai Muhammad) bersabar lah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya, (di atas ejekan mereka itu).(5).

Tafsiran Ayat-ayat 1-5:

Ayat pertama surah ini menjelaskan betapa orang yang kufur pada Allah, tidak dapat menerima konsep adanya ‘hari Akhirat’ selepas mereka mati

(13)

13

nanti. Lebih-lebih lagi tentang adanya azab yang telah diperuntukkan kepada mereka. Mereka menentang dan tidak dapat menerimanya untuk beriman pada Allah.

Lantas, seorang kafir Makkah bernama An Nadhr bin Al Harith bin Kaldah telah mencabar supaya ‘azab’ yang dijanjikan itu ditunjukkan pada beliau. Beliau mewakili orang-orang kafir untuk cuba memahami tentang azab itu. Inilah makna dari ayat pertama surah ini:

(seseorang (dari orang-orang kafir Quraish) dengan mengejek telah meminta

ditimpakan azab yang telah dijanjikan akan berlaku itu (1) Hal yang serupa didedahkan oleh al Quraan dalam surah al Anfal ayat 32: (Wahai Tuhan kami, jika betullah al Quraan itu ialah yang benar di sisimu, maka hujani lah kami dengan batu-batu dari langit, atau datang kan lah ke atas kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya itu! (al Anfal ayat 32) Azab ini adalah PASTI akan berlaku di Akhirat nanti. Ianya akan dikenakan secara pasti kepada yang kufur pada Allah yang menolak adanya hari akhirat. Inilah pengertian dari ayat:

(iaitu secara pastinya akan berlaku dan disediakan kepada orang-orang kafir dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menghalangnya) (ayat 2)

Inilah dia konsep akidah yang sedang didakwahkan ke atas orang-orang yang kosong iman mereka. Hakikat hari Akhirat yang dijelaskan itu dengan balasan-balasan baik dan jahatnya secara resapannya akan membawa jiwa yang kosong dengan iman itu untuk balik pada Allah dan RasulNya.

Mengapa tiada sesiapa pun yang dapat menghalangnya dari terjadi? Kerana ianya ditetapkan oleh Allah yang bersifat dengan sifat-sifat Ketinggian; Pemilik Darjat yang Termulia, teristimewa dan menjadi sumber dari segala nikmat yang diadakan (inilah dia pengertian dari

(14)

14 : dari Allah yang menguasai semua tujuh petala bumi dan langit, al Kursi dan Arash. (ayat 3) Allah, dalam ayat 3 ini cuba menerangkan bahawa dari Arash Allah ke satu destinasi lain di semua 7 petala bumi dan langit, ini adalah tempat-tempat ‘stesen’ bagi pergerakan para Malaikat-malaikat Allah dan Jibril as yang bergerak secara turun naik untuk melaksanakan tugas-tugas mereka yang telah ditetapkan oleh Allah bagi menuju ke Pusat Pemerintahan Allah. Bandingan perjalanan para malaikat dari bumi ke Pusat Pemerintahan Allah di Arash Allah ialah pada kadar satu harinya menyamai 50,000 tahun perjalanan manusia biasa.

Pengertian dari ayat:

(stesen-stesen yang dilalui oleh para malaikat dan Jibril ke pusat Pemerintahan Nya untuk menerima dan menyempurnakan tugas-tugas masing-masing pada satu masa yang tempohnya pada kadar satu harinya menyamai 50,000 tahun kita) menjelaskan pekara tersebut di atas.

Ulama tafsir mengaitkan penjelasan ayat ini dengan kekuasaan Allah yang terlalu Agong untk dijelaskan sifat-sifat Ketinggian Nya, Pemilik Darjat yang Termulia; Teristimewa dan Menjadi sumber dari segala nikmat yang Dia adakan itu;

Syed Qutub menjelaskan bahawa ayat ini lebih menekankan Hakikat Hari Akhirat nanti. Di hari akhirat ini, para malaikat dan Jibril as diberi tugas-tugas khas untuk membereskan kerja-kerja berat mereka di Hari MAHSYAR itu. Sekali lagi penjelasan ini menggambarkan kepentingan hari Akhirat untuk dihayati oleh manusia. Bagaimana para malaikat itu bekerja dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat tidak perlu kita teliti; kerana ini semua adalah perkara ghaib.

Kadar satu harinya menyamai 50 ribu tahun kita lebih menggambarkan panjang hari Akhirat itu untuk kita lalui. Pada Allah, itu hanya satu hari Nya. Ini akan memberi satu keinsafan kepada mereka yang kosong iman mereka untuk berbalik pada Allah dan mempercayai hari Akhirat ini. (Syed Qutub ms 3696; Tafsir fi Zilalil Quraan Juz 6)

(15)

15

Komen Imam Haqqi ar Rusawi dengan katanya; bahawa hari Allah di Akhirat itu sama dengan 50,000 tahun panjangnya khusus untuk pembuat maksiat, kufur dan tidak terkena kepada orang yang beriman; Beliau menyandarkan pada sebuah Hadith riwayat Abu Said al Khudri; yang berkata pada Rasulullah, mafhum nya:

“panjangnya hari itu Ya Rasulullah! Rasulullah menjawab: ‘Demi Rohku di

dalam tanganNya; sesungguhnya ianya sangat ringan kepada yang beriman sehinggakan ianya lebih ringan dari sembahyang 5 waktu’ mereka yang mereka lakukan di dunia dulu “.

Kata Imam Ismail lagi, “Penentuan asal sembahyang ke atas anak Adam ialah 50 rakat sehari semalam, jika orang yang kafir meninggalkan semua 50 waktu ini, maka mereka diseksa atas kekufuran mereka dengan kadar 1 solat sama dengan seribu tahun seksaan. 50 waktu yang ditinggal mereka bererti mereka diseksa selama 50 ribu tahun lamanya. Itu lah hari akhirat. (Imam Haqqi ar Rusawi; Tafsir al Bayan ms 156 Juz 10)

Oleh itu Allah meminta Rasulullah, sebagai pendakwah untuk terus bersabar menghadapi keceluparan kaumnya yang kufur itu dengan kesabaran yang sebaik-baiknya.

(maka bersabarlah ‘wahai Muhammad’ terhadap ejekan golongan kufur ini dengan cara bersabar sebaik-baiknya)(ayat 5) Sabar yang sebaik-baiknya ini ialah Sabar dengan penuh ketenangan; yang tidak disisip dengan rasa marah, kekok, dan syak terhadap kebenaran janji-janji Allah itu. Sabar yang kuat mempercayai akibat baiknya, redha dengan takdir Allah, meresapkan hikmah disebalik segala ujian yang terjadi, dengan bermatlamat kepada Allah; yang akan mengira setiap seuatu yang terjadi itu ada hikmahnya. (syed Qutub ms 3696; Tafsir Fi zilalil Quraan Juz 6) Mafhum nya: Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh daripada berlaku.(6)

(16)

16 sedangkan Kami memandangnya dekat dan tetap akan berlaku.(7) Tafsiran ayat 6-7: Al Qurtubi mentafsirkan ayat di atas dengan menyatakan yang ahli Mekah berpendapat bahawa kedatangan kiamat dan azabnya itu agak jauh dan mungkin tak akan terjadi; tetapi Allah yang maha mengetahui tentang kedatangannya itu menganggap ianya sangat hampir Beliau memetik pendapat al Akhmash yang berkata:

“orang –orang kafir yang tidak peracaya adanya akhirat menganggap hari

dibangkit semula itu jauh dan mustahil akan berlaku; Allah yang mengetahuinya dan dengan mengetahui kedatangannya bererti ianya boleh terjadi bila-bila masa sahaja.” (al Qurtubi ms247; Juz 18).

Di antara perbedaan sebab mereka menganggap ianya ‘jauh dan hampir tak akan jadi’ kerana mereka tidak mempunyai ilmu mengenainya. Yang pandang ianya dekat kerana mereka tau yang ianya akan terjadi dan bersedia untuk menghadapi tragedi itu. (Ismail Haqqi ar Rusawi ms156; Tafsir al Bayan Juz 6)

Syed Qutub pula membedakan di antara hari Allah yang pendek dan dekat dengan hari manusia yang jaraknya 50,000 tahun perjalanan itu. Sesungguhnya, mereka yang mahukan sangat azab itu cepat berlaku sebenarnya berpendapat ianya terlalu jauh sedangkan Allah menganggap nya sangat dekat. Ini bererti takdir Allah ke atas satu-satu perkara itu tidak sama dengan tanggapan dan takdir manusia biasa.

Senada dengan itu, Allah akan memberi satu gambaran kehancuran yang bakal terjadi apabila hari azab itu muncul. Gambaran ini adalah sama dengan kekacauan dalam jiwa orang-orang yang kosong iman mereka pada Allah.

(17)

17

Mafhum nya:

Pada hari itu langit menjadi cair seperti perak yang cair.(8)

dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu-bulu yang berterbangan.(9) dan sahabat karib pada hari itu tidak bertanyakan hal sahabat karibnya (setiap sesorang itu sedang memikirkan tentang dirinya sahaja).(10)

sedangkan mereka saling berdepan antara satu sama lain; orang yang bersalah bercita-cita dapat menebuskan diri mereka dari azab pada hari itu dengan anak-anaknya.(11)

dan isteri dan saudara mara nya.(12)

dan kaum kerabatnya yang pernah melindunginya.(13)

dan dengan semua penghuni-penghuni bumi seluruhnya, kemudian ia mengharapkan dengan tebusan ini dapat menyelamatkannya.(14)

Tidak! Sekali-kali tidak! (tidak akan berlaku sebagai sangakaan mereka itu) sesungguhnya neraka yang disediakan untuk mereka telah mula bernyala dengan menjulang-julang api nya.(15)

ia akan menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota-anggota tubuh badan. (16)

neraka itu melambai-lambai mereka-meraka yang di dunia dulu membelakangi dan berpaling tadah dari beriman dan kebenaran.(17)

dan yang telah mengumpul harta kekayaan, lalu meyimpannya tanpa mengeluarkan zakat.(18).

(18)

18

Tafsiran ayat-ayat 8-18:

Iaitu AZAB yang pasti datang itu merupakan hari kiamat dan huru haranya yang boleh dirumuskan seperti berikut:

Langit dan cekerawala yang berada di atas itu akan menjadi cair seperti ‘perak cair’.(8) ‘ini bererti fungsinya telah berkecai dan tidak lagi berguna.’ Bukit bukau yang menjadi pasak bumi itu telah menjadi seperti bulu-bulu yang berterbangan.(9) ‘ini bererti bumi akan menjadi rata tanpa bukit dan gunung. [kedua-dua kedaaan fizikal langit dan bumi ini akan musnah dan hancur] Bagaimana pula keadaan manusia di Mahsyar pada masa itu?’

Rakan kenalan pada hari itu tidak akan bertanya khabar lagi; iaitu setiap diri akan tertumpu pada dirinya sendiri tanpa mengambil tahu hal-hal diri yang lain. Mereka sebenarnya tahu di antara satu sama lain dan duduk berhadapan di antara satu sama lain, tetapi bertindak menyendiri memikirkan apa yang sedang berlaku itu.(10) ‘Ini bererti masing-masing dengan hal diri-masing-masing.’

Keadaan orang yang ‘berdosa’ (yang kufur; menindas sesama manusia) di jelaskan sebagai panik dan takut dan bercita-cita untuk memboloskan diri nya dari segala perkara yang bakal ditempohnya. Misalnya dia bercita-cita mahu menebuskannya dengan menggunakan anak, isteri dan saudara maranya, dan semua kaum kerabatnya sebagai tebusan untuk menebusnya dari azab yang bakal diterimanya malah kerana terlalu ingin menyelamatkan dirinya dari azab Allah itu, dia telah hilang perasaannya terhadap orang lain sehingga dia berangan-angan untuk menebus dirinya dengan menggunakan seluruh penghuni bumi; Inilah perkara mustahil yang sedang diangan-angan kan oleh penjenayah ini. ‘Ini tafsiran dari ayat 11,12,13 dan 14 di atas.’ Oleh kerana ianya mustahil dapat dilakukan maka dia tidak ada pilihan lagi dari terpaksa masuk ke dalam neraka Allah; iaitu azab yang pasti terjadi di Akhirat itu. Semua angan-angannya itu tidak akan menjadi kenyataan, ini disebut oleh Allah dengan perkataan ! ﻼﻛ : (tidak dan sama sekali tidak boleh dia bolos

dirinya). Masa itu api neraka telah mula menjulang apinya; yang akan

membaham semua ubun-ubun penjenayah yang kufur itu, dan membakar hangus semua tulang temulangnya. Ayat 15 dan 16 ini menjelaskannya (15:16).

Neraka yang liar dan membakar dengan apinya yang menjulang tinggi itu memanggil dan melambai-lambai mereka untuk ke dalamnya, sebagaimana

(19)

19

mereka pernah dipanggil oleh Rasul nya kepada agama Allah dahulu dan mereka tidak mengindahkanya. Sekarang mereka terpaksa akur atas panggilan itu dan menuju ke neraka.(17)

Siapakah penjenayah ini mereka adalah dari kumpulan yang banyak membolot harta dunia, menghimpunkannya, menyimpan dan bertindak menekan orang lain di dunia dahulu.(18)

Ayat-ayat di atas ini mengecam sikap manusia yang tidak ingin berbuat kebajikan sesama manusia dan tidak berusaha menggalakkan memberi makan pada fakir miskin; dan mempunyai rasa tamak terhadap harta benda dan kekayaan di samping kufur pada Allah dan menolak semua ajaran Rasul nya. (syed Qutub ; ms 300; terjemahan tafsir fi zilalil Quraan)

Malah al Quraan berkali-kali memberi amaran supaya tidak kikir dan bakhil, tidak makan riba dan memakan harta orang lain dengan cara yang zalim. Begitu juga mereka membolot harta anak-anak yatim, ini supaya umat Islam menjadi masyarakat yang bersimpati pada yang lain.

Seterusnya Allah menggambarkan hakikat jiwa manusia yang beriman BERBANDING dengan jiwa yang tidak beriman dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan dengan memberi kesan terakhir kepada yang beriman dan yang tidak beriman.

Ayat-ayat 19-35:

(20)

20 Mafhum nya: Sesungguhnya manusia itu dicipta bertabiaat penuh keluh kesah (lagi bakhil kedekut).(19) Apabila dia disentuh dengan kesusahan, maka dia menjadi amat cemas.(20) dan apabila dia disentuh dengan kesenangan dia menjadi amat kikir.(21) KECUALILAH ORANG-ORANG YANG TERUS MENGERJAKAN SOLAT.(22) yang tekun mengerjakan solat mereka.(23)

dan mereka pula sentiasa memperuntukkan sebahagian tertentu dari harta kekayaan mereka.(24)

kepada orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta. (25)

(21)

21

dan mereka sentiasa merasa takut ditimpa dengan azab dari Allah,Tuhan mereka (27)

kerana sesungguhnya azab Allah itu tidak patut bagi seseorang itu merasai aman dengannya (28)

dan mereka menjaga kehormatan diri mereka (iaitu menjaga anggota kelamin mereka).(29)

dan ia hanya untuk isterinya atau kepada hamba milikkan mereka sahaja, sehingga sesungguh mereka terjauh dari sebarang celaan.(30)

oleh itu sesiapa yag mencari kenikmatan seks melebihi batas ini, maka mereka ini dianggap melampaui batas.(31) dan mereka memelihara amanah dan janji-janji mereka.(32) dan memberi kesaksian (sebagai saksi) dengan benar dan jujur.(33) dan mereka yang terus menjaga solat mereka.(34) mereka semuanya ini akan dimuliakan dalam syurga.(35) Tafsiran ayat-ayat 19-35:

Ayat-ayat 19,20 dan 21 mendedahkan manusia secara fitrahnya memilik sifat-sifat keji ini:-

(pertama: عوﻠھ) iaitu penuh dengan keluh kesah; tidak sabar apabila diberi kebaikan dan tidak sabar apabila menghadapi kejahatan; Apabila dia berhadapan dengan satu-satu kejahatan, dia terus melatah dan putus asa seolah-olah tidak ada lagi kebaikan untuknya.

(kedua: ﺎﻋوزﺟ) (Iaitu melatah dan cepat putus asa); Apabila dia diberi nikmat kebajikan dan kekayaan; dialah orang paling bakhil dan kikir sehingga dia tidak menunaikan hak-hak orang lain.

(ketiga: ﺎﻋوﻧﻣ ) ( iaitu: bersifat bakhil dan kedekut).

Imam Ismail ar Rusawi mentafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa pada asal kejadian manusia itu mereka di cipta dengan bersifat keluh kesah dalam menghadapi kehidupan harian mereka. Iaitu terlalu cepat cemas apabila berhadapan dengan sesuatu yang buruk. Allah mentafsir perkataan عوﻠھ (keluh kesah) sebagai.

(22)

22

a) apabila dia menghadapi kesukaran, kesusahan, kejahatan yang menyebabkan dia menjadi fakir dan miskin, susah atau sakit dan sabagainya maka dia akan terus berasa cemas kerana dia jahil tentang konsep QADHA dan Qadar dan juga jahilnya tentang konsep BERSABAR.

b) apabila dia mendapat sesuatu yang menyukakannya, seperti harta benda, kekayaan dan kesihatan yang baik, maka dia sangat gembira dan redha. Dia menganggap itu semua dari usahanya, Maka dia akan bersikap kikir dan terus memburu harta itu dan mengumpul sebanyak-banyaknya. Tiada zakat dan tiada sedekah dan hilang kemanusiaan darinya. (Imam Ismail ar Rusawi ms.162; Tafsir al bayan).

Syed Qutub mentafsirkan ayat dengan membawa minda kita kepada keadaan Quraish pada masa itu yang mempunyai sikap yang tidak menggalakkan kebajikan, sama ada memberi makan kepada fakir miskin, tetapi banyak mengumpul harta kekayaan serta mendusta dakwah Rasulullah dan melakukan maksiat. Sikap inilah yang dicerca oleh Allah dalam surah ini kerana keadaan manusia yang bakhil, tamak dan haloba menjadikan ianya susah untuk didakwah.

Oleh kerana itulah, maka al Quraan berkali-kali memberi amaran tentang sikap buruk dan jijik ini yang mesti diubati. Fitrah manusia yang cenderung ke arah sifat-sifat jijik diulang di sini bagi mengingatkan bahawa ianya sangat buruk dan mesti dibanteras. Jiwa yang kosong dari iman ini mesti diubati. Pengubatannya adalah dengan cara-cara yang dicadangkan oleh Allah iaitu:

Mendirikan solat: iaitu penglibatan diri dengan pertolongan keimanan yang menghubungkannya dengan Allah akan memberi ketenteraman dan memeliharanya dari kegelisahan ketika menghadapi kesusahan dan kesenangan (نﯾﻠﺻﻣﻟا ﻻا) (kecualilah mereka yang mendirikan solat)

Tekun dan Khusuk Mengerjakan Solat Mereka:

(23)

23

Sifat tekun mengerjakan solat menggambarkan solat yang didirikan itu dengan tetap dan berterusan dan tidak diputuskan oleh kelalaian, kecuaian dan kemalasan; solat yang terus menghubungkan diri dengan Allah secara terus menerus dan menganggap ianya bukan amalan mainan yang didampingi oleh ‘kelalaian’.

a) Memperuntukan sebahagian dari harta kekayaan/pendapatan mereka kepada miskin yang meminta dan tak meminta:

Iaitu mengeluarkan zakat dan sedekah mengikut ketetapan kadarnya. Tujuannya untuk mebebaskan diri mereka dari sifat bakhil dan kedekut, sehingga sebahagian dari kekayaan dan pendapatan telah ditentukan kepada orang yang miskin susah yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta. b) Percaya dengan Yakin akan Wujudnya Hari Akhirat:

Iaitu dia beriman adanya hari Kiamat, hari pembalasan di atas semua kerja-kerja amalnya di dunia dahulu. Implikasinya ialah pertimbangan dalam pergerakan hidupnya ialah adanya pembalasan di Hari Akhirat. Panduan hidup ialah Allah dan kuasa Nya di hari Akhirat; bukan dunia dan hartanya yang banyak. Ini akan membentuk kesolehan dirinya, dan membesarkan iman dan amalnya dengan penuh Ikhlas.

c) Mereka sentiasa TAKUT kepada Azab Allah:

Syed Qutub menyatakan bahawa konsep takut pada azab Allah ini adalah satu darjat kepercayaan yang paling tinggi selepas mempercayai adanya hari Akhirat. Akan wujud perasaan yang

(24)

24

halus, berwaspada serta hati-hati dalam semua tindak-tanduk kita. Ini akan menanamkan rasa taat setia pada Allah dan memberi keyakinan yang besar dalam melaksanakan semua amal soleh di dunia ini. Sehubungan dengan itu, iktikad kepada Allah tidak akan berubah.

d) Menjaga diri dari berzina; memantapkan hubungan dengan isteri atau hamba milik:

Kehormatannya dijaga dan tidak berzina dan memastikan kebersihan diri dari jenayah seks; dan nafsu syahwat diuruskan kepada isteri atau kepada hamba miliknya sahaja.

Ini akan melahirkan sistem kekeluargaan yang halal, kukuh dan berasakan rumahtanga yang terbina atas iman dan amal yang baik. Dia meyakini bahawa melanggar hukum ini akan mengaibkan diri seseorang dan berdosa pada Allah.

e) Sentiasa menjaga amanah dan janji-janji yang di persetujui:

Iaitu menerapkan akhlak yang baik dalam hubungan dengan orang lain dalam masyarakat. Tunaikan janji dan amanah yang di beri dan dipersetujui. Pemeliharaan amanah diberi tempat penting dalam Islam; Islam semestinya dibangunkan atas asas akhlak dan kepercayaan yang kukuh dan ianya merupakan sifat asasi untuk seorang mukmin dalam mualmalatnya. f) Menjadi saksi yang jujur dan beramanah:

iaitu menjalankan tugas sebagai saksi yang beramanah dan jujur. Menjalankan hukum hudud berdasarkan kesaksian,

(25)

25

tidak mengelak dari menjadi saksi atau menyembunyikan butir-butir penyaksian demi satu-satu kepentingan.

g) Menunaikan solat dan memelihara solat itu dengan sebaik-baiknya:

iaitu memelihara waktu-waktu solatnya; memelihara segala fardu-fardunya, memelihara solat-solat sunat dan memelihara roh solat itu sendiri sebagai penghubung di antara manusia dengan Allah.

Jika semua faktor-faktor ini diamalkan dan sebagai seorang yang dilahirkan mengikut fitrahnya, maka manusia ini akan di tempatkan dalam syurga Allah dan diberi kemuliaan yang sangat tinggi nilainya.

‘mereka akan ditempatkan dalam Jannah yang diberi penuh kemuliaan’.

Inilah dia perbedaan di antara seorang yang dilahirkan dengan fitrahnya sebagai keluh kesah dan diselubungi rasa panik dan melatah besar jika berhadapan dengan masalah hidupnya, dari mereka yang dihiaskan dengan faktor2 dari(a-i) di atas akan merasa lega dan merasa luas terbuka untuk hidup di dunia dan di akhirat sebagai seorang muslim mukmin yang penuh yakin dalam hidup mereka. Seterusnya dalam ayat-ayat akhir ini, Allah mencatitkan sikap dan aktiviti orang-orang yang kufur pada Rasul dan Allah yang datang mengerumuni Muhammad sewaktu beliau mendakwah mereka. Mereka datang secara terburu-buru bukan berniat baik tetapi ikut serta dalam dakwah dengan niat mencari kelemahan untuk ditempelak.

Mereka yang tidak ikhlas ini, bolehkah bercita-cita untuk memasuki syurga Allah?

(26)

26

Mafhum nya:

Mengapa pula, orang-orang kafir itu tiba-tiba tergesa-gesa menuju ke arah mu?.(36)

mereka berkumpulan kecil, ke kiri ke kanan mengendap-ngendap?.(37)

Patutkah setiap seorang dari mereka itu mengharapkan untuk memasuki Syurga Allah yang penuh dengan nikmat itu? (sedangkan mereka berniat curang pada mu?).(38)

Tidak! Tidak sama sekali, mereka tidak boleh dimasukkan ke dalam syurga Allah itu! Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka itu dari apa yang sedia mereka mengetahuinya?.(39)

Oleh itu Aku bersumpah dengan Tuhan yang memiliki arah-arah timur dan arah-arah barat bahawa sesungguhnya Kami ini amat berkuasa.(40)

(untuk membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan umat yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.(41)

Biarlah mereka terus mengharungi kebatilan dan kesesatan dan leka dengan semuanya itu sehinggalah mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (iaitu di hari Akhirat).(42)

(27)

27

Iaitu hari di mana mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju ke Mahsyar dengan keadaan seolah-olah mereka berkejar-kejar ke tempat berhala-berhala mereka (yang mereka sembah dulu).(43)

sedangkan mata mereka tunduk kuyu diselubungi kehinaan. Itulah dia HARI yang telah dijanjikan kepada mereka.(44)

Tafsiran ayat-ayat 36-44:

Ayat-ayat 36 dan 37, menggambarkan orang-orang Mekah, ketika Rasulullah berdakwah dengan membaca al Quraan, mereka tergesa-tergesa datang ke tempat dakwah Rasulullah itu dengan Niat mahu mendengar apa yang dikatakan oleh Rasulullah dan kemudian menggunakan untuk menghentam Islam, dan Rasul sendiri.

Gambaran kedua-dua ayat itu seolah-olah mereka menjadi ‘spy’ dan berniat jahat untuk menentang Rasulullah; Adakah orang seperti itu berniat untuk memasuki Syurga Allah yang penuh dengan nikmat itu? Atau selayaknya mereka di tempat dalam neraka yang sedang menggelegak itu?

Ertinya, mereka mendengar al Quraan yang didakwah oleh Rasulullah bukan berniat mahu memasuki syurga Allah dengan beriman dengan Nya, tetapi mereka cuba mencari helah untuk mencari salah dan kemudian menghentam Rasulullah. Mereka tidak layak untuk syurga Allah layak hanya untuk neraka Allah.

Bagi menjelaskan tafsiran ayat 38 di atas: al Qurtubi mencatitkan bahawa pentafsir ada membawa catitan bahawa orang-orang musyrikin Mekah bekumpul dikeliling Rasulullah, mendengar dakwah dan bacaan ayat al Quraan nya untuk kemudian menolaknya dan menafikan faktanya serta menghinanya dan mereka berkata:

“kalau lah orang-orang yang beriman dengannya itu dimasukkan ke dalam

syurga, sudah pasti kami terlebih dahulu dimasukkan dari mereka dan kalau lah mereka itu dianugerah dengan sesuatu, maka sudah pasti kami akan diberi yang lebih baik dari mereka itu” maka Allah pun menurunkan ayat 38

di atas.

Ayat 39 pula menafikan yang mereka boleh dimasukkan ke dalam syurga; mereka sendiri tahu asal usul mereka, dijadikan dari air yang hina, menjadi segumpal darah dan seketul daging mereka tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang boleh melayakkan mereka ke syurga kerana ke syurga

(28)

28

hanyalah dengan amal soleh, beriman dan dengan Rahmat dari Allah. (al Qurtubi ms.255, Juz 18)

Seterusnya Allah berkuasa menggantikan mereka yang kufur itu dengan kaum yang lebih baik dari mereka. kata Allah mafhum nya:

“Aku bersumpah demi Tuhan yang Memiliki arah-arah timur dan arah-arah

barat bahawa sesungguhnya Kami amat berkuasa membinasakan mereka dan menggantikan mereka dengan kaum yang lebih baik dari mereka. Kami sekali-kali tidak boleh dikalahkan atau dilemahkan” (40-41)

Kemudian dalam ayat 43, Allah mengalihkan pandangan kita kepada Rasulullah dan menggesa Rasulullah meninggalkan mereka dengan cita-cita mereka, kebatilan mereka, dan bermain dengan dunia mereka dan sibuk dengan dunia mereka sehingga datangnya hari penuh azab itu.

Demi untuk menghina mereka terus, Allah menjelaskan hari penghinaan ke atas mereka di mana pada hari itu mereka dengan gegaran tiupan sangkakala kedua maka keluarlah mereka dari tanah-tanah dengan tergesa-gesa dan menuju padang Mahsyar. Mereka didapati berkejar-kejar sepertimana pernah mereka berkejar-berkejar ke tempat penyembahan berhala di dunia dulu.

Ayat 44 menjelaskan penghinaan ini, di mana mata mereka kuyu dengan muka yang hitam terbiar dengan kedasyatan hari azab tersebut. Itulah dia hari yang mereka selama ini mahu disegerakan datangnya dan menimpa mereka. Dan inilah harinya yang telah ditetapkan ke atas mereka. Hari yang tetap tiba di mana satu hari tersebut adalah sama menjangkau 50,000 tahun kita sekarang.

Hari dibangkit semula selepas tiupan kedua segera muncul. Ianya merupakan hari azab ke atas yang kufur dan hari yang penuh dengan keceriaan bagi orang yang beriman. Hari ini pernah dijanjikan oleh Rasul akan kedatangannya dan dinafikan oleh yang kufur.

Berakhirlah sudah surah yang cuba mengisi hati yang kosong dengan iman agar beriman dengan adanya hari dibangkit semula dan hari yang dipenuhi dengan pembalasan atas apa yang pernah kita lakukan di dunia dahulu. Inilah kemuncak perubahan dari sistem jahiliyah kepada satu sistem hidup beriman dan beramal kerana Allah, مﻠﻋأ ﷲو

Referensi

Dokumen terkait

Pendahuluan yang telah dijabarkan, merupakan latar belakang peneliti untuk melakukan Penelitian Tindakan Kepengawasan (PTKp) ini, yang berjudul “Peningkatan Kompetensi

Literasi keuangan sebagai pengetahuan perencanaan keuangan untuk mengelola keuangan dalam pengambilan keputusan keuangan (Chen dan Volpe, 1998) Mengelola keuangan

BSD City hadir sebagai Realestat dengan konsep sebuah kota mandiri sebagai daerah penyanggah Jakarta yang tentunya macam tipe cluster yg dihadirkan oleh BSD City akan

Oleh karena itu, kayu yang akan disambung harus merupakan pasangan yang cocok dan pas, penyambungan tidak boleh sampai merusak kayu yang disambung tersebut,

DAFTAR LAMPI

All the time he had been on Earth, two voices had been screaming in his head: one said he was doing the right thing, that it was only what he had tried on Detrios; the other told

a) Internal supporting factors: 1) Bantaeng regency has large number of tour- ism objects, such as Marina beach, that can be developed and maximized to in- crease local income of

Tujuan penelitian ini adalah (1) Untuk mengetahui karakteristik respondens Bank Rakyat Indonesia Syariah Yogyakarta, (2) untuk mengetahui sikap konsumen