• Tidak ada hasil yang ditemukan

UCAPAN YAB PM PERHIMPUNAN BULANAN JPM JANUARI 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "UCAPAN YAB PM PERHIMPUNAN BULANAN JPM JANUARI 2017"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1

UCAPAN

YAB DATO’ SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA

DI MAJLIS PERHIMPUNAN YAB PERDANA MENTERI

BERSAMA WARGA JPM

PADA

: 9 JANUARI 2017

MASA

: 8.15 PAGI

TEMPAT

: DATARAN PERDANA

BANGUNAN PERDANA PUTRA

(2)

2 Bismilllahirahmanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahibarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

YAB Timbalan Perdana Menteri,

Yang Berhormat Menteri-Menteri,

Tan Sri KSN,

Seterusnya Warga Jabatan Perdana Menteri yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah pagi ini dapat kita melangsungkan perhimpunan pertama pada tahun 2017.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada tuan-tuan dan

puan-puan.

Sekarang, kita semua mempunyai kerangka minda yang bersedia untuk menjalankan

tanggungjawab dan tugas-tugas dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh supaya

tahun 2017 ini dapat kita jadikan sebagai tahun yang berjaya.

Melihat kepada senario dunia, keadaan pada tahun 2016 ini amatlah mencabar dengan

keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, terdapat juga

tanda-tanda yang memberi kita pengharapan dan keyakinan bahawa keadaan akan pulih pada

tahun ini secara lebih positif. Antaranya kita lihat harga minyak kini berada di paras AS$54

dolar satu tong selepas Persidangan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC)

yang dihadiri oleh Malaysia. Pada tahun 2016, kita lihat harga minyak pada paras AS$44

satu tong bererti ada sedikit sebanyak pemulihan.

Harga minyak sawit berada pada paras yang agak begitu memberangsangkan, iaitu RM

3,200 berbanding RM 2,600 bagi minyak sawit mentah (CPO) setiap tan pada tahun 2016

dan saya juga difahamkan bahawa harga getah buat masa sekarang ini semakin pulih.

Nilai mata wang Ringgit Malaysia menjadi kebimbangan sebenarnya dalam konteks dunia, di

mana berlaku kemerosotan nilai berbanding Amerika dan Malaysia bukanlah satu-satunya

(3)

3

Mesej yang ingin saya sampaikan pada tahun 2017 ini adalah jadikan tahun 2017 sebagai

tahun “year of delivery” iaitu kita mesti melaksanakan projek, program, perkhidmatan dan langkah-langkah yang telah kita tentukan untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta

negara.

Ini harus dijadikan sebagai bidang keutamaan dan fokus kita pada tahun ini, iaitu “delivery,delivery,delivery”. Setiap bahagian harus memainkan peranan masing-masing di mana projek harus dijalankan, contohnya pemberian BR1M, keselamatan banjir dan perlu

ditegaskan bahawa jangan sesekali mengambil hak rakyat kerana ini semua adalah hak

rakyat. Peruntukan yang dibuat adalah untuk rakyat dan jika berlaku ketirisan, rakyat akan

hampa dan hilang keyakinan.

Selain itu, penyampaian yang dibuat adalah mengikut jadual dan penyelesaian perlu dibuat

sekiranya terdapat kekangan, halangan atau masalah koordinasi. Janganlah kita bertindak

secara „silo‟ di mana masing-masing dengan mengatakan itu hak kita, dan orang lain tidak boleh campur kerana ini akan mengakibatkan berlakunya masalah birokrasi yang

keterlaluan. Jadi, inilah mesej yang ingin saya sampaikan pada hari ini.

Kepada warga JPM bahawasanya, jadikan tahun 2017 ini sebagai “year of delivery” dan fokus kepada perkhidmatan kerajaan untuk rakyat, projek untuk rakyat ,kebajikan untuk

rakyat, latihan untuk rakyat, penambahan nilai untuk rakyat dan segalanya untuk rakyat.

Saya percaya jika mindset kita ke arah delivery, kita boleh dan akan menjadikan tahun 2017

ini sebagai tahun yang berjaya. Selamat bertugas.

Sekian terima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan uraian yang telah dijelaskan sebelumnya, maka dapat disimpulkan bahwa bahan ajar berupa buku siswa menggunakan konteks bahan bakar minyak dengan pendekatan

Papilitis adalah pembengkakan diskus yang disebabkan oleh peradangan lokal di nervus saraf optik dan dapat terlihat dengan pemeriksaan funduskopi.. Tipe lokal di

Tanpa aplikasi NAA atau dengan konsentrasi NAA 1,5 mg kg -1 disertai dengan BAP 2 mg kg -1 memberikan jumlah daun yang lebih banyak; konsentrasi NAA maupun BAP secara

Dalam meningkatkan pelayanan bongkar muat, sebaiknya tidak hanya dengan menambah unit HMC, misalkan: dengan penambahan kapasitas dermaga, pengaturan jadwal kedatangan kapal yang

Radiografi kedokteran gigi adalah suatu teknik yang digunakan untuk mendapatkan gambaran keadaan atau kelainan yang tidak terlihat secara klinis di rongga mulut, memberikan

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui distribusi persentase dan perbedaan morfologi eksternal akar menurut klasifikasi Loh HS (1998) dan morfologi internal akar

Metode Bar Chart pada pendigraman LSM, menggunakan bagan balok dengan kemiringan garis pada arah horisontal sesuai besar volume pekerjaan dan produktivitas kerja dimana

Sebagai pelopor air minum dalam kemasan sejak didirikan tahun 1973, kini AQUA menjadi bagian yang tidak terpisahkan dari hidup sehat masyarakat Indonesia.. Dulu dan kini,