• Tidak ada hasil yang ditemukan

KATA PENGANTAR. Oleh sebab itu, sesungguhnya Aku akan memujuk dia, membawa dia ke gurun, dan berbicara menenangkan hatinya.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KATA PENGANTAR. Oleh sebab itu, sesungguhnya Aku akan memujuk dia, membawa dia ke gurun, dan berbicara menenangkan hatinya."

Copied!
45
0
0

Teks penuh

(1)

1

(2)

2

“Oleh sebab itu, sesungguhnya Aku akan memujuk dia, membawa dia ke gurun, dan berbicara menenangkan

hatinya.” Hosea 2:14

40 Hari Prapaska adalah panduan harian membaca Alkitab untuk membantu anda Membaca, Merenung dan Berdoa Firman Tuhan dalam perjalanan Prapaska.

Prapaska adalah masa bila mana anda dibawa oleh Roh Kudus ke gurun di mana Tuhan berbicara

menenangkan hati anda melalui Firman-Nya. Alkitab adalah surat cinta Allah kepada anda. Setiap kali anda mengambil dan membaca Alkitab, anda sedang berhubungan dengan Yesus yang berfirman kepada anda dan ingin mengadakan hubungan peribadi dengan anda; anda sedang mengadakan perbualan dengan-Nya.

Semasa anda Membaca Firman Tuhan, mohonlah kepada Roh Kudus untuk menerangi minda dan hati anda. Baca petikan Alkitab beberapa kali. Berbicara dengan Tuhan dalam hati. Dengarkanlah apa yang dikatakan-Nya kepada anda. Jadilah taat, rendah hati dan patuh kepada Roh Kudus. Jadilah seperti Samuel yang berkata, “Berfirmanlah, hamba-Mu ini mendengarkannya” (1 Sam. 3:10).

Semasa anda Merenung Firman Tuhan, cari kebenaran dalam petikan Alkitab dengan bantuan soalan-soalan renungan. Biarkan Roh Kudus membimbing anda semasa anda membaca dan merenung Firman Tuhan.

Renungkanlah Firman Tuhan dalam hati dan minda anda sehingga dapat merasakannya di setiap

bahagian dalam hidup anda. Kunyahkannya seperti seekor lembu, rasakannya seperti mengulum gula

(3)

3

lahan ke dalam seluruh diri anda kerana “Firman Allah hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada

pedang dua mata, menembusi ke garis pemisah nyawa dan roh, sendi dan sumsum, serta mengenal antara fikiran dan niat dalam hati” (Ibrani 4:12)

Jangan hadkan renungan anda hanya kepada soalan- soalan ini kerana Firman Tuhan adalah harta karun dan kekayaan yang tidak habis-habis, yang Tuhan ingin kongsikan dengan anda. Terdapat banyak perkara yang Tuhan ingin tunjukkan kepada anda tentang siapakah Dia, peribadi-Nya, sifat-Nya, jalan- Nya dan rancangan-Nya; tentang siapakah anda dan apakah yang anda dipanggil untuk lakukan. Jadilah terbuka kepada apa yang Tuhan ingin nyatakan kepada anda semasa anda membaca dan merenung Firman-Nya. Tanya diri anda sendiri, “Apakah yang Tuhan telah katakan kepada saya secara peribadi?”

Semasa anda Berdoa Firman Tuhan, gunakan secara bebas doa-doa yang ada di penghujung setiap

renungan sebagai panduan untuk lebih mendalami doa dan persekutuan dengan Tuhan. Jangan hadkan doa-doa anda kepada doa-doa ini sahaja. Berdoalah sebagaimana Roh Kudus membimbing anda.

Gunakanlah kata-kata anda sendiri supaya doa tersebut menjadi lebih peribadi dan dari hati anda sendiri. Apabila anda berdoa, pujilah dan

bersyukurlah kepada Tuhan untuk Firman-Nya, kerana telah menyatakan diri-Nya kepada anda.

Apabila anda berdoa, mohonlah dari Tuhan rahmat untuk menepati Firman-Nya, keberanian untuk berubah, kekuatan untuk menjadi tabah,

kesanggupan untuk mewartakan Firman Tuhan.

(4)

4

Kitab Suci, berdoalah kepada Tuhan seperti berikut:

Tuhan Yesus Kristus, bukalah telinga dan mata hati saya supaya saya dapat mendengar Firman-Mu dan memahaminya, dan dapat menggenapi kehendak-Mu.”

Santo Efraim

Fr. Andy Lee Gereja St. Anthony, Bintulu Rabu Abu, 2022

(5)

5 (Rabu Abu) Membaca: Yoel 2:12-13

“Sekarang juga”, demikianlah firman Tuhan,

“kembalilah kepada-Ku dengan seluruh hatimu, dengan berpuasa, dengan menangis, dan dengan meratap.” Koyakkanlah hatimu, bukan pakaianmu, dan kembalilah kepada Tuhan, Allahmu, kerana Dia pengasih dan penyayang, panjang sabar dan

melimpah ruah kasih-Nya, dan sentiasa mengampuni dan tidak suka menghukum.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Ke manakah saya telah lari dalam hidup saya sehingga Allah mencari dan memanggil saya,

“Kembalilah kepadaKu?”

• Apakah maksud tersirat dalam pernyataan,

“Koyakkanlah hatimu, bukan pakaianmu”?

Mengapakah hati saya perlu dikoyakkan?

• Pernahkah saya mengalami Allah sebagai pengasih dan penyayang, panjang sabar dan melimpah ruah kasihNya? Jika tidak pernah, mengapa?

Berdoa: Allah yang maha pengasih, cinta kasihMu adalah kekal dan pengampunanMu adalah tiada syarat. Semoga 40 hari Prapaska ini dapat menjadi peluang untuk saya mengalami cinta kasihMu dengan berpaling dari dosa dan kembali kepadaMu. Amin.

“Allah memang tidak pernah lelah dan jemu menanti pertaubatan manusia. Hanya dari pihak manusia saja

yang seringkali merasa lelah untuk berusaha mendapatkan pengampunanNya.”

Paus Fransiskus

(6)

6

(Khamis selepas Rabu Abu) Membaca: Lukas 9:23

Yesus berkata kepada semua, “Jika seseorang hendak mengikuti-Ku, dia harus menyangkal dirinya,

memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku. Sesiapa mahu memelihara nyawanya akan kehilangannya.

Tetapi sesiapa yang mengorbankan nyawanya kerana Aku akan memeliharanya.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Menjadi seorang pengikut Yesus adalah keputusan dan pilihan peribadi. Adakah saya menganggap diri saya sendiri sebagai seorang pengikut Yesus?

• Menjadi seorang pengikut Yesus melibatkan kesanggupan untuk berkorban. Apakah yang harus saya lepaskan atau tinggalkan supaya saya dapat mengikut Yesus?

• Menjadi seorang pengikut Yesus bermaksud mengutamakanNya dalam hidup saya.

Bagaimanakah saya menjadikan Yesus sebagai Tuhan kehidupan saya?

Berdoa: Tuhan Yesus Kristus, saya bersyukur

kepadaMu kerana di sebalik kelemahan saya, Engkau masih memanggil saya untuk mengikutiMu dan

menjadi anak muridMu. Berikanlah kepada saya rahmat untuk menjawab panggilanMu dan kekuatan untuk melakukan kehendakMu dalam hidup saya.

Amin.

“Jangan takut untuk menjadi orang suci.

Ikutlah Yesus Kristus, iaitu sumber kebebasan dan terang. Bukalah hati kepada Tuhan supaya

dia dapat menerangi semua jalanmu.”

Santo Yohanes Paulus II

(7)

7

(Jumaat selepas Rabu Abu) Membaca: Yesaya 58:6-7

Bukan begitu. Bukankah puasa, yang Kukehendaki adalah supaya engkau membuka belenggu-belenggu kefasikan dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau melepaskan orang yang tertindas sebagai orang merdeka dan mematahkan setiap kuk?

Bukankah supaya engkau berkongsi rotimu dengan orang lapar dan membawa orang miskin yang

terbuang ke rumahmu - apabila engkau melihat orang telanjang, engkau memberi dia pakaian, dan tidak menyembunyikan diri daripada darah dagingmu sendiri?

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Apabila saya berpuasa, adakah saya

melakukannya demi kebaikan sendiri atau demi kebaikan orang lain?

• Apakah perkara-perkara yang mengikat saya dan yang mungkin menghalang hubungan saya dengan Allah dan mereka di sekeliling saya?

• Bagaimana saya harus berpuasa musim Prapaska ini? Apakah yang harus saya lepaskan?

Berdoa: Tuhan Yesus Kristus, Engkau berpuasa di gurun selama 40 hari dan 40 malam. Bantulah saya untuk mengikut jejakMu supaya saya dapat menjadi pengikutMu yang setia dengan meninggalkan dosa dan mengabdi kepadaMu. Amin.

“Berpuasa adalah jiwa doa. Belas kasihan adalah sumber hidup berpuasa. Jadi, jika kamu berdoa, berpuasalah. Jika kamu berpuasa, tunjukkanlah belas

kasihan.” Santo Petrus Chrysologus

(8)

8

ADAKAH KAMU INGIN BERPUASA PRAPASKA INI?

Dalam kata-kata Paus Fransiskus

• Berpuasa dari mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati dan ubahlah dengan kata-kata yang manis dan lembut

• Berpuasa dari marah dan penuhi dirimu dengan sikap taat dan sabar.

• Berpuasa dari pesimis dan penuhilah dengan optimis.

• Berpuasa dari khuatir dan penuhilah dirimu dengan iman dan kepercayaan kepada Tuhan.

• Berpuasa dari mengeluh dan nikmatilah hal- hal sederhana dalam kehidupan.

• Berpuasa dari tekanan dan penuhilah dirimu dengan doa.

• Berpuasa dari kesedihan dan kepahitan dan penuhilah hatimu dengan sukacita.

• Berpuasa dari mementingkan diri sendiri dan gantilah dengan belas kasihan kepada orang lain.

• Berpuasa dari sikap tidak mahu mengampuni dan balas dendam dan gantilah dengan

perdamaian dan pengampunan.

• Berpuasa dari bercakap banyak dan penuhilah dirimu dengan keheningan dan siap sedia mendengarkan orang lain.

(9)

9

(Sabtu selepas Rabu Abu) Membaca: Lukas 5:30-32

Orang Farisi dan ahli Taurat mereka bersungut-

sungut kepada para murid Yesus, “Mengapakah kamu makan dan minum bersama pemungut cukai dan orang berdosa? Yesus menjawab, “Orang sakitlah yang memerlukan tabib, bukannya orang sihat. Aku datang bukannya untuk memanggil orang benar, tetapi orang berdosa, supaya mereka bertaubat.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Mengapakah orang Farisi dan ahli Taurat bersungut-sungut kepada para murid Yesus tentangNya? Pernahkah saya menjadi seperti mereka?

• Apakah perasaan pemungut cukai dan orang berdosa apabila bersama dengan Yesus? Apakah peribadi atau perwatakan Yesus yang dapat kita kenal dari ini?

• Allah tidak pernah berhenti menyambut orang berdosa dan memanggil mereka supaya bertaubat.

Saya perlu bertaubat dari dosa apa?

Berdoa: Tuhan Yesus, Engkau datang untuk

memanggil orang berdosa supaya bertaubat. Tidak kira betapa jauh saya telah meninggalkanMu atau betapa jauh saya telah pergi, Engkau tidak berhenti memanggil atau mengasihi saya. Semoga Prapaska ini menjadi satu permulaan baru untuk memperbaharui persahabatan dan kerasulan saya denganMu. Amin.

“Biarlah Gereja sentiasa menjadi tempat belas kasihan dan harapan di mana setiap orang disambut, dikasihi

dan diampuni.” Paus Fransiskus

(10)

10

(Hari Minggu Prapaska ke-1) Membaca: Lukas 4:1-4

Yesus penuh dengan Roh Kudus, kembali dari sungai Yordan dan dipimpin oleh Roh ke padang gurun.

Selama empat puluh hari, Dia digoda oleh Iblis.

Sepanjang masa itu, Dia tidak makan apa-apa.

Sesudahnya semua itu, Dia berasa kelaparan. Lalu iblis berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, perintahkanlah batu ini supaya menjadi roti.” Yesus menjawab, “Telah tersurat, ‘Manusia hidup bukan dengan roti sahaja.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Prapaska adalah 40 hari kita di padang gurun, di mana kita menilai keutamaan kita menurut Firman Tuhan. Apakah yang saya utamakan sebagai

paling bernilai dalam hidup saya?

• Yesus penuh dengan Roh Kudus selepas pembaptisanNya. Apakah tujuan Roh Kudus memimpin Yesus ke padang gurun?

• Adakah saya sedar akan Roh Kudus yang

memimpin saya dalam kehidupan seharian saya?

Di manakah Dia sedang bekerja dalam hidup saya?

Berdoa: Roh Kudus, Roh Penghibur, saya

memerlukan bimbinganMu pada musim Prapaska ini.

Bantulah saya untuk melihat dunia ini sebagaimana Engkau ingini supaya saya tahu bagaimana untuk hidup dalam dunia ini seturut rancangan Allah.

Amin.

“Jika kamu memohon kepada Perawan Maria apabila digoda, dia akan datang segera untuk menolong kamu,

dan iblis akan meninggalkan kamu.”

Santo Yohanes Vianney

(11)

11

(Isnin dalam Minggu Prapaska yang ke-1) Membaca: Matius 25:37-40

Orang benar itupun bertanya, ‘Tuhan, bilakah kami melihat-Mu lapar dan memberi-Mu makanan, melihat- Mu dahaga dan memberi-Mu minuman? Bilakah kami melihat-Mu orang asing dan menerima-Mu ke rumah, melihat-Mu tidak berpakaian dan memberi-Mu

pakaian? Bila pula kami melihat-Mu sakit, atau di dalam penjara dan datang kepada-Mu?’ Raja akan menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.’

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Dengan mengatakan, “Kamu melakukannya kepadaKu”, Yesus menyatukan diriNya dengan yang lapar, dahaga, orang asing, tidak berpakaian dan dalam penjara. Mengapa?

• Bagaimanakah saya boleh menjadi seperti Yesus dalam hubungan saya dengan orang lain?

• Prapaska adalah masa untuk berkongsi dengan orang lain apa yang saya ada. Apakah berkat dan pemberian dari Allah yang dapat saya kongsikan?

Berdoa: Tuhan Yesus, Engkau datang dan

menyatukan diriMu dengan umat manusia dan turut mengalami kelemahan mereka. Berilah kepada saya hati yang berbelas kasihan dan penyayang supaya dapat melayani semua orang seperti Engkau, Yesus.

Amin.

“Di mana sahaja yang Allah telah meletakkan kamu, itulah panggilan kamu; bukan apa yang kita lakukan

tetapi berapa banyak kasih yang kita gunakan.”

Santa Ibu Teresa

(12)

12

(Selasa dalam Minggu Prapaska yang ke-1) Membaca: Matius 6:14-15

Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadapmu, Bapamu yang di syurga akan

mengampunkan kesalahanmu juga. Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurga juga tidak akan mengampunkan

kesalahanmu.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Prapaska menjemput kita untuk mengalami pengampunan Allah. Dia adalah Bapa yang menantikan kepulangan anak-anakNya. Adakah saya menganggap Allah sebagai Bapa saya?

• Apakah akan terjadi bila saya mengampuni?

Apakah akan terjadi bila saya tidak mengampuni?

• Kita dipanggil untuk mengongsikan pengampunan Allah dengan semua, terutamanya mereka yang telah menyakiti kita. Siapakah yang saya perlu ampuni dalam hidup saya? Bagaimana saya dapat mengampuni mereka?

Berdoa: Bapa syurgawi, Engkau tidak pernah jemu mengampuni orang yang berdosa seperti saya ini.

Anugerahkan kepada saya rahmat untuk

mengampuni mereka yang telah menyakiti saya supaya saya dapat mencerminkan wajah dan keserupaanMu di dalam hidup saya. Amin.

“Apa yang kita katakan dan bagaimana kita mengatakannya, setiap perkataan dan gerakan kita,

patut menunjukkan belas kasihan, kelembutan dan pengampunan Allah bagi semua.” Paus Fransiskus

(13)

13

(Rabu dalam Minggu Prapaska ke-1) Membaca: Yunus 3:4-6

Berserulah Yunus setelah memasuki kota itu sejauh sehari perjalanan, “Empat puluh hari lagi Niniwe akan ditewaskan!” Orang Niniwe percaya kepada Allah lalu mereka mengumumkan puasa dan kesemua warganya daripada yang terbesar sampai yang terkecil memakai pakaian berkabung. Khabar itu pun sampai kepada raja Niniwe yang terus bangkit dari takhtanya lantas menanggalkan jubahnya serta menyelubungi dirinya dengan pakaian berkabung, lalu duduk dalam abu.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Yunus mewartakan berita pertaubatan kepada orang Niniwe dan mereka bertaubat. Apakah yang saya dapat lakukan untuk membawa berita

pertaubatan kepada keluarga dan sahabat saya?

• Mengapa orang Niniwe bertaubat setelah mendengar kata-kata dari Yunus?

• Orang Niniwe, daripada yang terbesar sampai yang terkecil percaya kepada Allah dan bertaubat.

Apakah makna memakai pakaian berkabung atau duduk dalam abu?

Berdoa: Allah yang pengasih, Engkau mengutus Yunus untuk membawa berita pertaubatan dan

penyelamatan kepada orang Niniwe. Utuskanlah Roh KudusMu untuk menyentuh hati saya supaya, seperti orang Niniwe, saya dapat menerima pengampunanMu dan kehidupan baru. Amin.

“Dosa adalah luka. Pertaubatan adalah ubatnya.”

Santo Yohanes Chrysostom

(14)

14

(Khamis dalam Minggu Prapaska ke-1) Membaca: Matius 7:7-8

Yesus berkata kepada para murid-Nya, “Mintalah dan kamu akan menerimanya; carilah, dan kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akan dibukakan untukmu. Setiap orang yang meminta akan menerima, setiap orang yang mencari akan mendapat; dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibuka untuknya.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Berdoa bukan sahaja bermaksud meminta apa yang kita perlukan daripada Allah. Sebaliknya, ia adalah keinginan untuk Allah sendiri. Apabila

saya berdoa, apakah yang saya katakan selalunya?

• Kadang-kadang apabila kita mencari sesuatu dan tidak mendapatkannya, kita menjadi kecewa.

Apakah perkara yang saya sedang cari dalam hidup saya? Adakah saya berasa kecewa?

• Apakah pintu yang sedang saya ketuk dalam hidup saya? Adakah pintu itu dibuka atau ditutup?

Berdoa: Tuhan Yesus, berilah saya kebijaksanaan dan pemahaman untuk meminta dengan iman dalam kebaikanMu, mencari kebenaranMu dengan tekad dan mengetuk pintu hatiMu dengan kerendahan hati.

Semoga terjadilah rancangan dan kehendakMu dalam hidup saya. Amin.

“Berdoa, berharap dan jangan bimbang. Bimbang adalah sia-sia. Allah itu pengasih dan akan

mendengar doamu.” Santo Padre Pio

(15)

15

(Jumaat dalam Minggu Prapaska ke-1) Membaca: Yehezkiel 18:21-22

Tuhan bersabda, “Tetapi seandainya orang fasik bertaubat daripada segala dosa yang dilakukannya lalu berpegang teguh pada segala ketetapanku dan menegakkan apa yang adil serta yang benar, dia pasti hidup. Dia tidak akan mati. Segala pelanggaran yang dilakukannya tidak akan diingat lagi. Dia akan hidup kerana melakukan yang benar.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Penolakan dosa adalah langkah pertama dalam pertaubatan. Apakah dosa-dosa yang saya perlu tolak dalam hidup saya?

• ‘Segala pelanggaran yang dilakukannya tidak akan diingat lagi.’: Apakah yang dikatakan oleh

pernyataan ini tentang belas kasihan dan pengampunan Allah?

• Apakah maksud “melakukan yang benar”?

Bagaimanakah saya dapat hidup dalam kebenaran?

Berdoa: Allah yang maha kuasa dan penyayang, Engkau tidak mengkehendaki kematian orang berdosa, tetapi memberi pengampunan dan kehidupan kepadanya. Bantulah saya untuk

menjawab panggilanMu untuk bertaubat dan menolak dosa supaya dapat hidup dalam kebenaran dan

menurut kehendakMu. Amin.

“Jika orang melakukan untuk Tuhan apa yang mereka lakukan untuk dunia, umatku yang dikasihi, betapa

ramai orang Kristian akan pergi ke syurga.”

Santo Yohannes Vianney

(16)

16

(Sabtu dalam Minggu Prapaska ke-1) Membaca: Matius 5:44-45, 48

Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakanlah orang yang menganiayamu.

Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga…Hendaklah engkau sempurna seperti Bapamu di syurga.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Kesempurnaan Bapa syurgawi adalah cinta kasih.

Yesus datang untuk mengajar kita bagaimana untuk mengasihi sebagaimana dia mengasihi.

Apakah sifat-sifat cinta kasih Bapa ini?

• Mengapakah saya merasa susah untuk mengasihi musuh saya atau berdoa untuk mereka yang menganiaya saya? Apakah cabaran firman Tuhan untuk saya hari ini?

• Dengan Allah, tiada yang mustahil. Apakah yang mesti saya lakukan untuk menjadi sempurna seperti Bapa di syurga adalah sempurna?

Berdoa: Tuhan Yesus Kristus, atas kayu salib, Engkau berdoa untuk musuhMu, “Bapa, ampunilah mereka sebab mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan.” Saya tahu ini adalah susah bagi saya.

Oleh itu, berikanlah saya rahmat dan kekuatan Roh Kudus agar saya dapat mengasihi dan mengampuni musuh saya sepertiMu. Amin.

“Semoga kita menjadi orang yang penuh cinta kasih dan pengertian bagi mereka yang kita layani.”

Santo Agustinus

(17)

17

(Hari Minggu Prapaska ke-2) Membaca: Lukas 9:34-35

Ketika Petrus berkata demikian, suatu awan meliputi mereka dan mereka ketakutan. Lalu kedengaran suara dari dalam awan itu mengatakan, “Inilah Anak- Ku yang Kupilih. Dengarlah kata-kata-Nya!”’

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Yesus membawa bersamaNya, Petrus, Yakobus dan Yohanes apabila Dia dipernampakkan dalam

kemuliaan. Mengapakah mereka ketakutan?

• Suara Bapa kedengaran semasa penampakan Yesus; seterusnya mengesahkan identiti Yesus sebagai Anak Allah. Mengapakah ini penting?

• Allah Bapa menyeru, ‘Dengarkanlah kata-kataNya’.

Bagaimanakah saya dapat mendengar Yesus hari ini? Apakah yang dikatakan oleh Yesus kepada saya pada masa Prapaska ini?

Berdoa: Tuhan Yesus Kristus, dalam PenampakanMu Engkau menguatkan iman para pengikutMu untuk mempersiapkan mereka menghadapi penderitaan dan kematianMu di salib. Semoga musim Prapaska ini menjadi bagi saya satu masa persediaan kudus

supaya sebagai pengikutMu, saya dapat memikul salib saya dan mengikutMu dengan setia. Amin.

“Jika Allah menghantar banyak penderitaan kepada kamu, ia adalah tanda bahawa Dia mempunyai rancangan yang besar bagi kamu dan sudah tentu

ingin menjadikan kamu seorang suci.”

Santo Ignasius dari Loyola

(18)

18

(Isnin dalam Minggu Prapaska ke-2) Membaca: Lukas 6:36-37

Yesus berkata kepada para murid-Nya, “Kamu hendaklah berbelas kasihan seperti Bapamu yang berbelas kasihan. “Janganlah kamu hakimi orang supaya kamu tidak akan dihakimi. Janganlah kamu hukum orang supaya kamu tidak dihukum.

Ampunilah orang dan kamu akan diampuni.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Bagaimanakah kita tahu bahawa Bapa syurgawi adalah Allah adalah maha pengasih dan

penyayang? Pernahkah saya mengalami belas kasihan dan kasih sayangNya?

• Empati bermaksud kebolehen untuk meletakkan diri di tempat orang lain. Adakah saya mempunyai empati?

• Belas kasihan akan menyembuhkan lebih banyak luka dosa daripada hukuman. Bagaimanakah saya dapat mempraktikan belas kasihan dalam

kehidupan seharian saya?

Berdoa: Bapa yang maha rahim, dengan

bertambahnya dosa, semakin bertambahlah kasih kurniaMu. Saya berterima kasih untuk musim Prapaska ini dan peluang untuk sekali mengalami belas kasihan dan kasih kurniaMu. Penuhilah saya dengan Roh Kudus supaya saya dapat menunjukkan belas kasihanMu kepada mereka yang

memerlukannya dengan penuh kasih sayang. Amin.

“Tuhan telah amat mengasihi saya. Kita mesti mengasihi semua orang dan mesti berbelas kasihan!”

Santa Josephine Bakhita

(19)

19

(Selasa dalam Minggu Prapaska ke-2) Membaca: Matius 23:11-12

Orang yang terbesar antaramu haruslah menjadi pelayanmu. Orang yang meninggikan diri akan

direndahkan, dan orang yang merendahkan diri akan ditinggikan.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Yesus adalah seorang guru yang baik kerana Dia mempraktikkan apa yang diajar-Nya. Apakah contoh kerendahan hati dalam hidup Yesus?

• Apabila saya memilih jalan kerendahan hati, apakah kesusahan dan cabaran yang saya mungkin hadapi? Bagaimanakah saya dapat mengatasinya?

• Yesus datang bukan untuk dilayani tetapi untuk melayani dan menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang. Apakah yang saya dapat lakukan semasa musim Prapaska supaya dapat melayani seperti Yesus?

Berdoa: Tuhan Yesus, lemah lembut dan rendah hati, terdapat banyak perkara yang saya perlu belajar

daripadaMu, terutamanya jalan kerendahan hati.

Bantulah saya untuk selalu percaya kepadaMu dan mengutamakanMu dalam hidup saya. Saya

menyerahkan hidup saya ke dalam tanganMu supaya rancangan penyelamatanMu dapat menjadi satu kenyataan dalam saya. Amin.

“Dunia menyeru kita untuk mencari kejayaan, kekuasaan dan wang; Allah menyeru kita untuk mencari kerendahan hati, pelayanan dan kasih.”

Paus Fransiskus

(20)

20

(Rabu dalam Minggu Prapaska ke-2) Membaca: Matius 20:26-28

Sesiapa yang ingin menjadi orang besar dalam kalanganmu mestilah melayan kamu. Sesiapa yang ingin menjadi orang pertama dalam kalanganmu, haruslah menjadi hambamu. Demikianlah Anak Manusia datang bukan untuk dilayan, tetapi untuk melayan, dan untuk menyerahkan nyawa-Nya sebagai tebusan bagi ramai orang.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Mengapakah sangat susah untuk menjadi pelayan dalam masyarakat hari ini? Apakah cabaran atau kekurangannya?

• Seorang Kristian meneladani kehidupan Kristus.

Bagaimanakah kehidupan saya mencerminkan kehidupan Yesus?

• Bagaimanakah saya dapat menjalani kehidupan seorang pelayan dalam kehidupan seharian saya?

Apakah yang boleh saya lakukan Prapaska ini?

Berdoa: Tuhan Yesus, terima kasih atas

kesanggupan untuk menyerahkan nyawaMu sebagai tebusan bagi ramai orang. Dalam dunia yang penuh dengan ketidakpastian dan keraguan, bantulah saya untuk berpegang teguh kepadaMu sebagai jalan yang saya ikuti, kebenaran yang saya percayai dan

kehidupan yang saya hidupi. Amin.

“Apabila kita melayani mereka yang miskin dan sakit, kita melayani Yesus. Kita tidak boleh gagal untuk menolong tetangga kita, kerana dalam mereka, kita

melayani Yesus.” Santa Rosa dari Lima

(21)

21

(Khamis dalam Minggu Prapaska ke-2) Membaca: Yeremia 17:9-10

Hati itu licik melebihi segala sesuatu, bahkan sangat parah - siapa dapat mengetahuinya? “Aku Tuhan, menyelidiki hati dan menguji batin. Aku mengganjar setiap orang selaras dengan perilakunya dan setimpal dengan hasil perbuatannya.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Mengapakah nabi Yeremia mengatakan bahawa hati itu licik melebihi segala sesuatu dan sangat parah? Adakah saya setuju dengannya?

• Apakah keadaan hati saya? Jika Tuhan

menyelidiki hati dan menguji hati dan batin saya, apakah yang akan Dia cari di sana?

• Tuhan memberi ganjaran kepada orang selaras dengan perilakunya dan setimpal dengan

perbuatannya. Adakah ini membawa saya sukacita atau dukacita? Mengapa?

Berdoa: Ciptakanlah hati yang bersih dalam diri saya, ya Allah, dan pulihkan semangat waja dalam jiwa saya. Jangan singkirkan saya dari hadiratMu dan jangan ambil Roh KudusMu daripada saya.

Bahagiakan saya semula dengan penyelamatanMu dan kuatkan saya dengan RohMu yang pemurah.

Amin.

“Jangan biarkan hidup kamu tidak berbuah. Jadilah berguna. Menyalakan jejak. Bersinarlah dengan terang

imanmu dan terangilah semua jalan di bumi dengan api Kristus yang kamu bawa di dalam hatimu.”

Santo Josemaria Escriva

(22)

22

(Jumaat dalam Minggu Prapaska ke-2) Membaca: Matius 21:37-39

Akhirnya tuan itu menghantar anaknya sambil berfikir, ‘Tentu mereka akan menghormati anakku.’

Tetapi apabila penyewa itu melihat anak tuan itu, mereka berkata sama sendiri, ‘Marilah kita bunuh warisnya, supaya dapat kita rampas harta

pusakanya.’ Mereka pun menangkapnya, menghumbankannya ke luar ladang dan membunuhnya.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Mengapakah tuan itu rela menghantar anaknya kepada penyewa itu, walaupun sudah ramai orang suruhannya yang telah dibunuh oleh mereka?

• Sesudah semua yang telah dilakukan oleh tuan itu kepada penyewanya, mengapa mereka ingin

membunuh anaknya? Apakah ini mengatakan tentang sifat atau perwatakan penyewa itu?

• Allah tekun mencari dan memanggil saya, sampai rela menyerahkan AnakNya demi penyelamatan saya. Apakah jawapan saya kepadaNya?

Berdoa: Bapa yang penyayang, Engkau tidak pernah berputus asa terhadap saya, walaupun seringkali saya telah mengambil mudah Engkau dan segala yang telah Engkau berikan kepada saya. Kurniakanlah kepada saya hati yang penuh dengan kesyukuran agar saya dapat berterima kasih atas semua yang telah Engkau korbankan demi saya. Amin.

“Marilah kita ingat bahawa kasih hidup melalui pengorbanan dan dipelihara dengan memberi.

Tanpa pengorbanan, tiada cinta kasih.”

Santo Maximilian Kolbe

(23)

23

(Hari Raya Santo Yusuf, Suami Maria) Membaca: Matius 1:20-21, 24

Malaikat Tuhan memperlihatkan diri kepadanya lalu berkata, “Hai Yusuf, anak Daud! Janganlah takut mengambil Maria sebagai isterimu kerana anak di dalam kandungannya adalah daripada Roh Kudus.

Maria akan melahirkan seorang anak lelaki.

Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan

menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.”

Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan itu lalu berkahwin dengan Maria.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Mengapakah Yusuf takut untuk mengambil Maria sebagai isterinya?

• Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yang disampaikan oleh malaikat Tuhan kepadanya.

Apakah yang dapat saya belajar tentang sifatnya?

• Kalaulah saya Yusuf, apakah yang akan saya lakukan? Adakah saya akan melakukan apa yang disuruh oleh Allah? Mengapa?

Berdoa: Allah Bapa, dalam kebijaksanaanMu, Engkau telah mengamanahkan perlindungan dan jagaan Yesus dan Maria kepada Yusuf. Berilah kepada saya iman yang tegap supaya seperti Yusuf, saya dapat menaruh kepercayaan sepenuhnya kepadaMu. Amin.

“Jangan putus harapan. Santo Yusuf juga mengalami detik-detik kesusahan, tetapi dia tidak pernah hilang

kepercayaan dan dapat mengatasi mereka dengan keyakinan bahawa Allah tidak pernah meninggalkan

kita.” Paus Fransiskus

(24)

24

(Hari Minggu Prapaska ke-3) Membaca: Keluaran 3:7-8

Berfirmanlah Tuhan, “Aku telah menyaksikan penindasan umat-Ku di Mesir, dan mendengar rintihan mereka kerana dianiayai oleh tukang kerah mereka. Aku tahu tentang keperitan yang dialami mereka. Maka Aku turun untuk membebaskan mereka daripada cengkaman warga Mesir dan membawa mereka keluar dari negeri itu.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Sebagaimana Allah mengetahui tentang penderitaan umatNya di Mesir, begitulah Dia mengetahui penderitaan yang kita lalui dalam kehidupan. Bagaimanakah perasaan kita apabila mengetahui ini?

• Sebagaimana umat Allah diperhambakan oleh orang Mesir, begitulah kita dibelenggu oleh dosa.

Apakah dosa-dosa yang membelenggukan saya?

Adakah saya dapat bebas dari mereka?

• Allah datang untuk menyelamat dan membebaskan umatNya. Bagaimanakah Allah membebaskan saya dari dosa? Apakah yang Dia sanggup buat untuk kebebasan dan penyelamatan saya?

Berdoa: Tuhan Allah, penyelamat dan kekuatan saya.

Hanya padaMulah saya menaruh iman dan

kepercayaan saya. Berilah kepada saya keyakinan dan pendirian dalam kuasaMu untuk membebaskan saya dari belenggu dosa dan maut supaya dapat berjalan dalam terang dan kebebasanMu. Amin.

“Lebih besar penderitaanmu, lebih besar cinta kasih Allah kepadaMu.” Santo Padre Pio

(25)

25

(Isnin dalam Minggu Prapaska ke-3) Membaca: Lukas 4:28-30

Semua orang di dalam saumaah yang mendengar kata-kata ini naik berang. Mereka bangun lalu

mengusir Yesus dari kota itu. Dia dibawa ke puncak gunung tempat kota itu dibina kerana mereka mahu menghumbankan-Nya ke bawah. Tetapi Yesus berjalan di tengah-tengah mereka dan beredar dari situ.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

Firman Tuhan menembusi lubuk hati kita dan mengganggu kita untuk membawa kita kepada pertaubatan yang lebih dalam. Apakah beberapa ajaran Yesus yang mencabar saya atau membuat saya kurang selesa?

Semua orang dari kampung halaman Yesus enggan untuk menerima ajaran-Nya. Adakah saya terbuka kepada apa yang Tuhan ingin lakukan dalam hidup saya semasa Prapaska ini?

Yesus berjalan di tengah-tengah mereka dan beredar dari situ. Apakah yang dikatakan oleh ayat ini tentang peribadi dan sifat Yesus?

Berdoa: Tuhan Yesus, FirmanMu adalah pelita bagi kaki saya dan terang bagi jalan saya, walaupun kadang-kadang, adalah sukar bagi saya untuk menerimanya dalam hidup saya. Bantulah saya untuk menjadi patuh dan taat kepada ajaranMu supaya saya dapat dibentuk dalam gambaran dan rupaMu. Amin.

“Iman membawa kita melampaui diri kita sendiri.

Ia membawa kita kepada Tuhan.”

Santo Yohanes Paulus II

(26)

26

(Selasa dalam Minggu Prapaska ke-3) Membaca: Daniel 3:25, 40-42

Kemudian Azarya pun berhenti berjalan di dalam api itu lalu berdoa kuat-kuat: dan semoga kami taat sepenuhnya kepada-Mu, kerana keaiban tidak akan dialami oleh mereka yang percaya kepada-Mu.

Sekarang ini dengan sepenuh hati, kami mengikuti- Mu; kami menyembah-Mu dan mencari hadirat-Mu.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Doa Azarya meluahkan tekadnya untuk mematuhi perintah Allah, walaupun jika menyebabkan

penderitaan kepadanya. Bagaimanakah saya boleh mempunyai tekad atau ketabahan sepertinya ini?

• Prapaska adalah masa bilamana iman saya akan diuji. Adakah iman saya pernah diuji?

Mengapakah iman saya harus diuji?

• Mengapakah saya patut menaruh kepercayaan saya kepada Allah daripada kepada orang lain?

Berdoa: Allah Bapa, sentuhkanlah hati saya supaya meluap dengan api cinta kasihMu. Semoga saya dapat mengikutiMu dengan sepenuh hati dan berpegang teguh kepadaMu kerana hanya Engkau dapat mendatangkan kebaikan dari apa-apa keadaan hidup saya. Terjadilah kehendakMu dalam hidup saya. Amin.

“Jangan biarkan masa lalu menganggu kamu – hanya serahkan segala-galanya ke dalam Hati Kudus

dan mula semula dengan sukacita.”

Santa Ibu Teresa

(27)

27

(Rabu dalam Minggu Prapaska ke-3) Membaca: Ulangan 4:1

Sekarang, wahai Israel, dengarlah segala kanun dan peraturan yang kuajarkan kepadamu untuk kamu lakukan, supaya kamu dapat hidup dan selanjutnya dapat memasuki serta menduduki negeri yang

dikurniakan kepadamu oleh Tuhan, Allah nenek moyangmu.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Menuruti dan mematuhi perintah Allah membawa kehidupan dan berkat kepada umatNya. Di mana saya dapat menemukan perintah Allah?

• Prapaska adalah masa untuk kita menilai apakah keutamaan dalam hidup kita. Apakah keutamaan yang paling penting dalam hidup saya?

• ‘Supaya kamu dapat hidup’: Allah mengingini kehidupan untuk umatNya. Kehidupan apakah yang diberi Allah kepada umatNya? Bagaimanakah kehidupan ini berlainan daripada kehidupan yang dunia berikan?

Berdoa: Tuhan Yesus, Engkau datang supaya aku dapat kehidupan yang berlimpah-limpah. Engkaulah sumber kehidupan. Bantulah saya untuk mencari Engkau dengan sepenuh hati supaya hidup saya

mendapat pemenuhan dalam hukum dan perintahMu.

Amin.

“Jangan biarkan apa pun mengganggu kamu. Jangan biarkan apa pun menakutkan kamu. Segala sesuatu

akan berlalu. Tuhan tidak pernah berubah.”

Santa Teresa dari Avila

(28)

28

(Khamis dalam Minggu Prapaska ke-3) Membaca: Lukas 11:21-23

Apabila seorang yang gagah dan bersenjata lengkap mengawal rumahnya, harta bendanya selamat; tetapi seorang yang lebih gagah menyerang dan

mengalahkannya, yang lebih gagah itu akan

merampas segala senjata yang diperlukan oleh tuan rumah itu lalu membahagikan harta yang

dirampasnya. Orang yang tidak berpihak kepada-Ku menentang-Ku; dan orang yang tidak mengumpulkan bersama-Ku mencerai-beraikan.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Apakah kelemahan saya? Apakah kekuatan saya?

Di manakah sumber kekuatan saya? Apakah yang boleh melemahkan saya?

• Apakah akan terjadi jika saya tidak bersama dengan Yesus atau tidak bersandar kepadaNya?

• Apabila saya lemah, saya kuat kerana Allah memberi saya kekuatanNya. Di manakah saya boleh mendapatkan kekuatan Allah?

Berdoa: Allah yang setia, terima kasih kerana mengasihi saya pada masa saya paling teruk dan mengangkat saya pada masa saya paling lemah. Saya menemukan makna dan tujuan baru hidup saya dan disebabkan oleh itu, saya dapat melakukan apa-apa sahaja dengan kekuatan Kristus. Semoga saya tetap kuat dalam iman, harapan dan kasih. Amin.

“Yesus tetap setia, walaupun kita telah melakukan kesalahan, dan Dia menunggu untuk mengampuni kita:

Dialah wajah Bapa yang berbelas kasihan. Inilah cinta kasih yang setia.” Paus Fransiskus

(29)

29

(Hari Raya Khabar Gembira) Baca: Lukas 1:28-31, 38

Malaikat itu datang kepadanya lalu berkata, “Salam kepadamu yang amat diredai! Tuhan besertamu!”

Hati Maria runsing mendengar kata-kata itu dan dia bertanya-tanya akan maksud salam tersebut.

Seterusnya malaikat itu berkata kepadanya,

“Janganlah takut, hai Maria, kerana engkau telah diredai Allah. Engkau akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki. Engkau hendaklah menamai-Nya Yesus. Maria berkata, “Aku ini hamba Tuhan.

Semoga terjadilah kepadaku seperti yang engkau katakan itu.” Lalu malaikat pun meninggalkannya.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Bagaimanakah saya dapat menjadi seperti Maria dan berkata, ‘Ya’ kepada Allah dalam hidup saya?

• Maria berkata, ‘Ya’ dan Yesus pun datang ke dalam dunia ini. Dengan mengatakan, ‘Ya’, Yesus datang ke dalam hidup saya. Mengapakah saya

memerlukan Yesus dalam hidup saya?

• Yesus adalah pusat kehidupan Maria; semua yang dilakukan Maria adalah keranaNya. Adakah Yesus pusat kehidupan saya?

Berdoa: Bapa syurgawi, Engkau telah memilih Maria untuk menjadi ibu kepada Yesus. Bantulah saya untuk bermurah hati kepada panggilanMu supaya seperti Maria, saya pun dapat membawa Yesus ke dalam dunia ini sebagai sumber kehidupan. Amin.

“Jika kamu memanggil Perawan Yang Terberkati ketika kamu digoda, Ia akan datang seketika untuk membantumu dan setan akan meninggalkanmu.”

Santo Yohanes Vianney

(30)

30

(Sabtu dalam Minggu Prapaska ke-3) Membaca: Hosea 14:1, 4

Kembalilah, wahai Israel, kepada Tuhan, Allahmu, kerana engkau telah tersandung akibat

kesalahanmu…Aku akan menyembuhkan mereka daripada kemurtadan mereka, Aku akan mencintai mereka dengan sukarela, kerana murkaKu telah surut daripada mereka.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Prapaska adalah masa bilamana saya kembali kepada Tuhan. Dia tidak jemu memanggil saya pulang. Apakah yang menghalang saya daripada kembali kepadaNya?

• Prapaska adalah masa untuk penyembuhan bilamana Allah menyembuhkan ketidaksetiaan saya. Bilakah saya pernah tidak setia kepada Tuhan?

• Allah mengasihi kita dengan sepenuh hatinya.

Bagaimanakah saya boleh mengasihi Allah?

Berdoa: Allah yang maha baik dan pengasih, walaupun seringkali saya melupakanMu, namun Engkau tidak pernah membiarkan saya tinggal dalam kancah dosa. Terima kasih atas cinta kasihMu yang menyembuhkan luka saya dan kesetiaanMu yang memulihkan jiwa saya. Amin.

“Jangan takut menyerahkan diri kepada Tuhan. Dia tidak akan berundur dan membiarkan anda jatuh.

Ketepikan kebimbangan anda dan serahkan diri anda kepadaNya; Dia akan menyambut anda dan

menyembuhkan anda.” Santo Agustinus

(31)

31

(Hari Minggu Prapaska ke-4) Membaca: 2 Korintus 5:17

Sesiapa yang ada dalam Kristus adalah ciptaan baru.

Hal-hal lama telah lenyap dan segala-galanya baru.

Semuanya datang daripada Allah, yang telah

mendamaikan kita dengan diri-Nya melalui Kristus, dan mengamanahkan kepada kami tugas mulia untuk mengusahakan pelayanan pendamaian itu.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Apakah yang perlu dilakukan oleh Yesus untuk menjadikan saya satu ciptaan baru? Adakah saya lebih menyukai kehidupan lama atau kehidupan baru? Mengapa?

• Apakah yang harus saya perbuat supaya menjadi satu ciptaan baru dalam Kristus dan menerima kehidupan baruNya? Apakah yang patut saya lakukan untuk tumbuh dalam hidup baru ini?

• Semuanya datang daripada Allah: kehidupan baru dalam Kristus adalah kehidupan yang bergantung sepenuhnya kepada Allah, kehidupan rahmat.

Bagaimanakah kehidupan saya dalam Kristus jika saya bergantung sepenuhnya kepadaNya?

Berdoa: Allah Bapa, terima kasih kerana menjadikan saya satu ciptaan baru dalam Kristus. Saya dibentuk bukan dengan kegagalan atau kesilapan saya, tetapi dengan kuasa cinta kasihMu. Berilah kepada saya hati yang baru, supaya saya dapat mengasihi dan mengingini apa yang Engkau kasihi dan ingini. Amin.

“Di antara rahmat dan kurnia yang diberikan Kristus kepada mereka yang mengasihiNya, yang terbesar

adalah untuk menyangkal diri sendiri.”

Santo Fransiskus Assisi

(32)

32

(Isnin dalam Minggu Prapaska ke-4) Membaca: Yesaya 65:17-19

Sesungguhnya, Aku akan menciptakan langit yang baru dan bumi yang baru. Hal-hal yang dahulu tidak akan diingat lagi dan tidak akan timbul lagi dalam hati. Tetapi bergiranglah dan bergembiralah untuk selama-lamanya atas apa yang akan Kuciptakan, kerana sesungguhnya, Aku akan menciptakan Yerusalem menjadi suatu kegembiraan dan penduduknya suatu kegirangan.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Hal-hal yang dahulu tidak akan diingat lagi:

Mengapakah Allah mengatakan demikian? Apakah yang dapat saya pelajari tentang peribadi Allah?

• Saya adalah ciptaan baru dalam Kristus.

Kesalahan masa lalu adalah untuk membimbing saya, bukan menentukan saya. Saya dikasihi selama-lamanya oleh Allah. Apakah yang saya ingin Tuhan perbaharui dalam hidup saya?

• Tuhan datang membawa kegembiraan dan kegirangan. Adakah saya bergembira dan

bergirang sekarang dalam hidup saya? Mengapa?

Berdoa: Allah yang penyayang, terima kasih kerana membuat saya menjadi ciptaan yang baru. Saya ingin mencerminkan kemuliaan dan kebaikanMu.

Bantulah saya supaya selalu hidup dalam keyakinan bahawa saya dikasihiMu selama-lamanya. Amin.

Perkara yang penting ialah jangan banyak berfikir tetapi banyak mengasihi dan begitu juga lakukan yang terbaik

untuk membangkitkan anda untuk mencintai. Kasih bukanlah kegembiraan yang besar tetapi keinginan untuk

menyenangkan Tuhan dalam segala hal.”

Santa Teresa dari Avila

(33)

33

(Selasa dalam Minggu Prapaska ke-4) Membaca: Yohanes 5:6-9

Yesus melihatnya terbaring di situ dan mengetahui bahawa dia telah sakit demikian lamanya. Yesus bertanya kepadanya, “Inginkah kamu sembuh?”

Orang sakit itu menjawab, “Tuan, tiada siapa pun di sini dapat memasukkan aku ke kolam itu ketika airnya berkocak. Setiap kali aku cuba masuk, orang lain telah masuk dahulu.” Yesus berkata kepadanya,

“Bangun, angkat tikarmu, dan berjalanlah.” Serta merta orang itu sembuh dan mengangkat tikarnya dan berjalan.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Prapaska adalah masa untuk angkat dan berjalan dalam kehidupan baru. Apakah perkara yang melumpuhkan saya?

• Yesus bertanya kepada saya juga hari ini, ‘Inginkah kamu sembuh?’ Apakah yang saya ingin Yesus sembuhkan dalam hidup saya?

• Yesus menyembuh dengan firmanNya. Dia bersabda, maka sembuhlah dia. Adakah saya mementingkan firman Tuhan dalam hidup saya?

Berdoa: Tuhan, aku tidak pantas Tuhan datang pada saya, tetapi bersabda saja, maka saya akan sembuh.

Ada penyembuhan dalam firmanMu. Engkau tahu keadaan saya dan oleh itu, saya menyerahkan segala- galanya kepada firman penyembuhanMu. Terjadilah kehendakMu di dalam hidup saya. Amin.

“Kita semua adalah orang berdosa, tetapi Allah menyembuhkan kita dengan rahmat, belas kasihan

dan kelemah-lembutan yang berlimpah-limpah.”

Paus Fransiskus

(34)

34

(Rabu dalam Minggu Prapaska ke-4) Membaca: Yesaya 49:14-15

Tetapi Sion berkata, “Tuhan telah meninggalkan aku.

Tuhan telah melupakan aku.” Dapatkah seorang perempuan melupakan anak yang disusuinya, dan tidak menyayangi anak daripada kandungannya? Ya, dia mungkin akan lupa, tetapi Aku tidak akan

melupakan engkau!

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• “Tuhan telah meninggalkan aku. Tuhan telah melupakan aku.” Mengapakah Sion berpendapat bahawa Tuhan telah meninggalkan atau

melupakan mereka? Seperti Sion, pernahkah saya berpendapat sedemikian?

• Tuhan berkata, ‘Aku tidak akan melupakan engkau’: Bagaimana kata-kata Tuhan ini boleh mengubah pemikiran kita?

• Allah tidak mungkin menghampakan kita kerana cinta kasihNya adalah tiada syarat. Adakah cinta kasih saya kepada Allah bersyarat atau tiada?

Apakah perbezaannya?

Berdoa: Bapa di syurga, saya mengasihiMu kerana Engkaulah yang mengasihi saya terlebih dahulu.

Saya memohon ampun jika pernah fikir bahawa Engkau telah meninggalkan atau melupakan saya.

Penuhilah saya dengan RohMu, supaya ke mana saya pergi, saya dapat mengalami kehadiranMu. Amin.

“Untuk jatuh cinta dengan Allah adalah kisah cinta yang teragung; untuk mencariNya adalah pengembaraan yang terhebat; untuk menemuiNya

adalah pencapaian manusia yang terbaik.”

Santo Agustinus

(35)

35

(Khamis dalam Minggu Prapaska ke-4) Membaca: Keluaran 32:7-8

Berfirmanlah Tuhan kepada Musa, “Pergilah,

turunlah, kerana bangsamu yang kamu pimpin keluar dari Tanah Mesir telah berkelakuan buruk. Sebegitu cepat mereka terpesong daripada jalan yang

kuperintahkan kepada mereka. Mereka membuat sebuah arca anak lembu dan sujud menyembahnya serta mempersembahkan korban kepadanya.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Allah memimpin keluar bangsa Israel dari Mesir, tetapi Mesir masih di dalam hati mereka; mereka kembali kepada penyembahan berhala. Adakah saya mengutamakan sesiapa atau apa-apa lebih daripada Allah dalam hidup saya?

• Walaupun Allah membenci dosa, tetapi Dia tetap menyayangi pendosa. Apabila saya sedar bahawa saya sudah mengembara jauh dari Allah, apakah yang patut saya lakukan?

• Orang kudus adalah orang yang tidak cepat putus asa. Apakah yang harus saya lakukan apabila kecewa dan ingin menyerah kalah?

Berdoa: Allah yang maha pengasih, terima kasih kerana Engkau rela mencari dan membawa saya kembali kepadaMu. Jiwa saya tidak tenteram jika tidak berehat dalamMu. Bentukkanlah hati dan fikiran saya menurut kehendakMu supaya saya dapat bangkit dari kegagalan saya dan berdiri atas

kesetiaanMu. Engkaulah Tuhan hidup saya. Amin.

“Apabila Allah mengampuni seorang pendosa yang mengaku dosanya dengan rendah hati, iblis hilang kuasa atas hati yang telah ditawan olehnya.”

Santo Bernard dari Clairvaux

(36)

36

HARI KE-31 PRAPASKA (1 April 2022)

(Jumaat dalam Minggu Prapaska ke-5) Membaca: Yohanes 7:28-29

Ketika Yesus mengajar di Bait Suci, Dia berseru dengan suara lantang, “Kamu tentu mengenal siapa Aku dan dimana tempat asal-ku. Aku datang

bukanlah dengan kehendak-Ku sendiri. Dia yang mengutus-Ku dapat dipercayai, tetapi kamu tidak mengenal Dia. Aku mengenal-Nya kerana Dialah yang mengutus-Ku dan Aku datang daripada-Nya.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Yesus datang untuk menunjukkan kepada kita siapakah Dia. Adakah saya mengetahui tentang Yesus atau mengenalNya? Apakah perbezaannya?

• Tidak mengenal Alkitab bererti tidak mengenal Kristus. Jika demikian, bagaimanakah saya dapat mengenal Yesus? Bagaimana pengetahuan ini dapat mengubah hidup saya?

• Mengapakah Yesus datang ke dalam dunia ini?

Siapakah yang mengutusNya?

Berdoa: Tuhan Yesus, mengenalMu adalah

mengasihiMu, dan mengasihiMu adalah mengenalMu.

Utuskanlah Roh Kudus untuk menerangi fikiran dan menyentuh hati saya supaya saya dapat mengenal dan mengasihiMu dengan sepenuh hati, jiwa, fikiran dan kekuatan. Amin.

“Berilah saya, ya Tuhan Allahku, akal untuk mengenali-Mu, hati untuk mencari-Mu, kebijaksanaan

untuk menemukan-Mu, tingkah laku yang berkenan kepada-Mu, ketabahan yang setia menunggu-Mu, dan

harapan untuk akhirnya memeluk-Mu.”

Santo Thomas dari Aquinas

(37)

37

(Sabtu dalam Minggu Prapaska ke-4) Membaca: Yeremia 11:20

Ya Tuhan alam semesta, yang menghakimi dengan benar, yang menguji batin dan hati, biarlah kulihat pembalasan-Mu terhadap mereka, kerana kepada- Mulah kunyatakan perkaraku.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Bagi Yeremia, Allah itu adil dan melihat hati semua orang. Jika Allah menguji batin dan hati saya sekarang, apakah yang akan ditemuiNya?

• Mengapakah saya ingin membalas dendam atas mereka yang telah melakukan kesalahan terhadap saya? Bagi Yeremia, pembalasan adalah dari Allah dan bukan dia. Apakah yang dapat saya pelajari dari sikap Yeremia terhadap perkara jahat yang dilakukan kepadanya?

• Yeremia menaruh seluruh kepercayaannya kepada kehendak Allah. Adakah saya mempunyai iman seperti ini untuk menyatakan semua perkara saya kepada Allah? Apakah yang mungkin menghalang saya daripada mempercayai Allah sepenuhnya?

Berdoa: Allah yang mahabaik, terdapat banyak

perkara yang terjadi dalam hidup saya yang saya tidak fahami tetapi Engkau fahami. Penuhilah saya dengan kuasa Roh KudusMu, supaya dapat menyerahkan hidup saya kepadaMu sebab Engkau adalah adil dalam apa yang Engkau lakukan dan Engkau tahu apakah yang terbaik untuk saya. Amin.

“Serahkan diri anda ke dalam pelukan Tuhan dan yakinlah bahawa jika Dia menghendaki sesuatu daripada anda, Dia akan memperlengkapkan anda

untuk mengusahakannya dan memberi anda kekuatan.” Santo Filipus Neri

(38)

38

(Hari Minggu Prapaska ke-5) Membaca: Filipi 3:13-14

Saudara-saudara, aku tidak menganggap diriku telah dapat mengambilnya, tetapi satu perkara kulakukan:

Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, aku terus berusaha ke arah matlamat mendapat ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Kristus Yesus.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Apakah ganjaran yang Santo Paulus sedang

katakan di sini? Bilakah dia akan menerimanya?

Apakah perbezaan ganjaran ini dengan ganjaran yang diberi oleh dunia?

• Kunci kejayaan Santo Paulus: melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan. Adakah saya dapat melakukan ini? Mengapa?

• Apakah yang boleh terjadi apabila saya tidak dapat melepaskan masa lalu? Bagaimanakah ini boleh mendatangkan kesan kepada masa depan saya?

Berdoa: Tuhan Yesus, di dalam semua cabaran dalam kehidupan, berilah kepada saya rahmat

ketekunan dan keazaman supaya dapat berusaha ke arah matlamat ganjaran kehidupan kekal. Semoga saya menaruh iman dan kepercayaan saya dalam belas kasihanMu untuk masa lalu, cinta kasihMu untuk masa sekarang dan kebaikanMu untuk masa hadapan. Amin.

“Kekudusan hanya terdiri daripada melakukan kehendak Tuhan dan menjadi seperti yang dikehendaki oleh Tuhan.” Santa Teresa dari Lisieux

(39)

39

(Isnin dalam Minggu Prapaska ke-5) Membaca: Yohanes 8:12

Yesus berkata lagi kepada mereka, “Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Apakah yang terjadi kepada fikiran dan hati yang telah digelapkan oleh dosa? Jika saya berjalan dalam kegelapan, adakah saya dapat mencari Yesus? Mengapa tidak?

• Saya memerlukan cahaya Kristus untuk menerangi saya. Bagaimanakah saya dapat menerima cahaya Kristus? Apakah yang cahaya Kristus dapat buat dalam hidup saya?

• Dalam detik yang paling suram, saya mesti menumpukan perhatian saya kepada cahaya.

Prapaska adalah masa bilamana saya menilai kehidupan saya di bawah cahaya Kristus. Adakah saya sudah membuat persiapan sebelum

pengakuan dosa Prapaska?

Berdoa: Tuhan Yesus, cahaya dunia. Terangilah hati saya dan usirkan kegelapan di dalamnya. Semoga cahayaMu menaungi hidup saya supaya saya dapat memantulkan rupa dan wajahMu. Kuatkan hati saya agar tidak takut, tetapi berjalan selalu dalam cahaya kebenaran dengan keberanian dan iman. Amin.

“Saya menyeru kepada anda – jangan sekali-kali berputus asa terhadap harapan, jangan ragu-ragu, jangan lelah, jangan menjadi hampa. Jangan takut.”

Santo Yohanes Paulus II

(40)

40

(Selasa dalam Minggu Prapaska ke-5) Membaca: Yohanes 8:28-29

Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Apabila kamu meninggikan Anak Manusia, barulah kamu tahu bahawa Akulah Dia yang Kukatakan, dan Aku tidak pernah melakukan sesuatu menurut kehendak-Ku.

Aku hanya mengatakan apa yang diajarkan oleh Bapa.

Dia yang mengutus-Ku ada di sisi-Ku. Dia tidak pernah membiarkan Aku keseorangan, kerana Aku sentiasa melakukan apa yang diredai-Nya.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Dia yang mengutusKu ada di sisiKu: dalam segala yang dilakukan oleh Yesus, Bapa ada bersama denganNya. Bagaimanakah ini membantu saya dalam masalah dan kesusahan peribadi saya?

• Yesus hidup dalam kerendahan hati dan patuh kepada kehendak Bapa. Bagaimanakah saya dapat mempraktikan ini dalam hidup saya?

• Yesus selalu melakukan apa yang diredai oleh Bapa. Apakah yang menyedihkan Bapa? Apakah yang mengembirakan Bapa?

Berdoa: Allah Bapa, Engkau selalu bersama dengan saya, walaupun seringkali saya tidak sedar akan kehadiranMu dalam hidup saya. Engkau sentiasa membimbing dan melindungi saya dalam cinta kasihMu. Saya memerlukan bimbingan dan kekuatanMu supaya segala fikiran, perkataan, perbuatan, dan seluruh hidup saya dapat menjadi satu persembahan yang berkenan di hatiMu. Amin.

“Jadilah orang yang Tuhan maksudkan untuk anda dan anda akan membakar dunia.”

Santa Katerina dari Siena

(41)

41

(Rabu dalam Minggu Prapaska ke-5) Membaca: Yohanes 8:31-32, 34-36

Yesus berkata, “Kalau kamu mengikut ajaran-Ku, kamu murid-Ku yang sejati. Maka kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan

membebaskanmu…Aku berkata kepadamu, sesiapa yang melakukan dosa menjadi hamba kepada dosa.

Dengan demikian, jika Anak membebaskanmu, kamu akan bebas sepenuhnya.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Prapaska adalah masa bilamana saya

memperbaharui panggilan untuk menjadi pengikut Kristus. Menurut kata-kata Yesus, bagaimana saya dapat menjadi pengikutNya?

• Yesus adalah Jalan, Kebenaran dan Hidup. Di manakah saya dapat menemukan kebenaran Kristus? Mengapakah kebenaran ini penting?

• Dosa memperhambakan kita, tetapi Yesus membebaskan kita. Bahagian manakah dalam

kehidupan saya yang perlu dibebaskan oleh Yesus?

Berdoa: Tuhan Yesus, saya menemukan kebebasan sejati dalam diriMu. Bantulah saya supaya tidak bergantung kepada kekuatan sendiri, tetapi pada rahmat dan belas kasihanMu. Utuskanlah RohMu untuk memimpinku supaya saya dapat dikuduskan dalam kebenaranMu menurut kehendakMu. Amin.

“Jangan takut untuk menjadi orang kudus.

Ikutilah Yesus Kristus, sumber kebebasan dan terang.

Bukakanlah diri anda kepada Tuhan supaya Dia dapat menerangi semua jalan anda.”

Santo Yohanes Paulus II

(42)

42

(Khamis dalam Minggu Prapaska ke-5) Membaca: Kejadian 17:7

Aku mengesahkan perjanjian-Ku antara Aku dengan kamu serta keturunanmu kelak, turun temurun, menjadi suatu perjanjian yang kekal, iaitu bahawa Aku akan menjadi Allah kepadamu dan kepada keturunanmu.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Mengapakah Allah mengesahkan perjanjian dengan umatNya? Apakah berkat atau kelebihan

perjanjian ini untuk umatNya?

• Apakah perbezaan di antara perjanjian dengan kontrak? Perhubungan saya dengan Tuhan adalah berdasarkan perjanjian atau kontrak?

• Perjanjian baru dan kekal adalah dibuat melalui Yesus dan dimeterai dalam darahNya.

Mengapakah perjanjian ini adalah perjanjian yang termulia di antara semua perjanjian yang lain?

Berdoa: Bapa penyayang, saya bersyukur kepadaMu atas semua perjanjian yang Engkau telah buat dengan umatMu, terutamanya perjanjian yang disahkan

dalam darah Yesus. Berilah kepada saya iman yang teguh dan harapan yang kukuh supaya saya dapat setia kepadaMu dalam perjanjian denganMu ini.

Jadilkan saya alat dalam rancangan penyelamatanMu dalam dunia ini. Amin.

“Kebahagiaan yang kamu cari, kebahagiaan yang kamu berhak untuk nikmati, ada nama dan muka:

Ia adalah Yesus dari Nazaret.”

Paus Benediktus XVI

(43)

43

(Jumaat dalam Minggu Prapaska ke-5) Membaca: Yohanes 10:37-38

Yesus berkata, “Andainya aku tidak melakukan

kehendak Bapa, janganlah percaya kepada-Ku. Tetapi jika Aku melakukannya, percayalah kepada apa yang kulakukan, kalaupun kamu tidak percaya kepada-Ku.

Dengan demikian akan fahamlah kamu bahawa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa.”

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Apabila saya berdoa, Allah mendengar. Apabila saya mendengar, Allah berfirman. Apabila saya percaya, Allah bertindak. Apakah yang dapat saya lakukan untuk mendapat iman dan kepercayaan yang dalam kepada Allah?

• Yesus selalu bersatu dan bersama dengan Bapa.

Bagaimanakah saya dapat bersatu dengan Bapa dan Yesus? Mengapakan kesatuan ini penting?

• Yesus diutus ke dalam dunia ini untuk melakukan kehendak Bapa. Apakah tugas yang telah

diberikan oleh Allah kepada saya dalam dunia ini?

Berdoa: Tuhan Yesus Kristus, Engkau tidak berhenti melaksanakan kehendak Bapa. Bantulah saya untuk mengabdikan kehidupan saya di bumi ini untuk melakukan apa yang dikehendaki Allah supaya kehidupan saya mempunyai tujuan dan maksud sejati. Kuatkanlah saya supaya dapat melakukan semua dengan cinta kasih yang besar. Amin.

“Bukan semua kita dapat melakukan perkara yang besar. Tetapi kita dapat melakukan perkara kecil

dengan kasih yang besar.

Santa Ibu Teresa

(44)

44

(Sabtu dalam Minggu Prapaska ke-5) Membaca: Yehezkiel 37:26-27

Aku akan mengikat perjanjian damai dengan mereka, dan itu akan menjadi perjanjian yang kekal dengan mereka. Aku akan meneguhkan mereka dan

melipatgandakan jumlah mereka. Aku akan menempatkan tempat suci-Ku di tengah-tengah mereka untuk selama-lamanya. Kediaman-Ku akan ada pada mereka; Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Adakah saya sedar akan perjanjian yang telah dimeterai di antara Allah dan saya? Apakah yang mesti dilaksanakan oleh saya dalam perjanjian ini?

• Perjanjian kekal dalam Yehezkiel digenapi oleh Yesus. DarahNya mengesahkan perjanjian baru dan kekal. Di bahagian mana dalam misa kudus, kita mendengar perkataan, “perjanjian kekal”?

• “Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umatKu”: Allah memberi keselamatan kepada kita. Apakah kebaikan menjadi milik Allah?

Berdoa: Tuhan Yesus, Engkau datang dan menetapkan perjanjian baru dan kekal dalam darahMu yang menandakan saya sebagai seorang anak Allah. Kurniakanlah saya keberanian dan kekuatan untuk hidup dalam dunia ini sebagai

anakMu dan semoga saya menegakkan perjanjianMu dengan saya melalui kerendahan hati dan pelayanan.

Amin.

“Allah mengasihi setiap kita seolah-olah hanya ada seorang daripada kita.” Santo Agustinus

(45)

45

(Hari Minggu Palma) Membaca: Filipi 2:6-7

Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak

menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan, tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia…sebagai manusia, Dia telah merendahkan diriNya dan taat hingga

kepada kematian, bahkan kematian di salib!

Diam sejenak sambil merenungkan Firman Tuhan Merenung:

• Apabila saya melihat Yesus yang dipaku di kayu salib, apakah yang saya lihat dan apakah perasaan saya?

• Bayangkan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Yesus semasa penyalibanNya.

Mengapa Yesus merendahkan diri dan taat hingga kepada kematian di salib?

• Saya memulakan Minggu Kudus hari ini. Yesus menjemput saya untuk menemaninya dalam jalan salib. Apakah jawapan saya kepadaNya?

Berdoa: Kami menyembah Engkau, O Kristus, dan memuji Engkau, sebab dengan salibMu yang suci, Engkau telah menebus dunia. Bantulah saya supaya menjadi setia kepadaMu. Biarlah saya selalu

memuliakan salibMu yang suci, sumber kehidupan dan penyelamatan saya. Amin.

“Tidak ada kejahatan yang harus dihadapi yang tidak dihadapi Kristus dengan kita. Tidak ada musuh yang

belum ditakluki oleh Kristus. Tidak ada salib yang perlu dipikul yang belum pernah dipikul oleh Kristus untuk kita dan sekarang tidak memikul bersama kita.”

Santo Yohanes Paulus II

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mengidentifikasi indikator mutu rotan maka dipilih secara selektif dari beberapa sifat fisik mekanik seperti tersebut di atas. Sifat-sifat yang terpilih akan

Setiap quest di Luna mempunyai cerita bersambung dan bila kamu mengikutinya dari awal sampai akhir maka kamu akan mengetahui sejarah-sejarah mengenai Luna Online.. Tanda

Memenuhi Asosiasi Petani Hutan Rakyat (APHR) Tri Wana Lestari telah membuat dokumen lingkungan yang relevan untuk kegiatan penebangan kayu di APHR , yaitu

mencoba berkomunikasi dengan guru untuk menanyakan terkait materi redoks. Siswa juga bersedia bila diminta untuk memecahkan masalah bersama walau harus ada salah satu

Temuan dari penelitian ini adalah: a) tingkat kepuasan wisatawan terhadap produk freestanding restaurant di Kawasan Nusa Dua secara umum berada pada level

Fordyce (1997, 1983) menyatakan bahwa bersyukur merupakan salah satu faktor yang menyebabkan meningkatnya kesejahteraan subjektif pada diri seseorang karena

Tempat ujian adalah lokasi seorang peserta ukom melakukan proses ujian kompetensi. Jika melihat fasilitas yang ada pada masing-masing intitut pendidikan keperawatan baik tingkat

Pada tahun 2008 sedang diperjuangkan agar pada setiap Posdaya dapat disediakan sedikitnya 20 beasiswa untuk anak keluarga kurang mampu yang sedang sekolah di SD, SMP atau SMK...