• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMAM AL-RAFI I SERTA SUMBANGAN BELIAU KEPADA MAZHAB SHAFI I

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "IMAM AL-RAFI I SERTA SUMBANGAN BELIAU KEPADA MAZHAB SHAFI I"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1727

IMAM AL-RAFI’I SERTA SUMBANGAN BELIAU KEPADA MAZHAB SHAFI’I

Muhamad Ismail Bin Abdullah muhamadismail@kuis.edu.my

0123848800 Abdul Karim Bin Ali Mustaffa Jusoh @ Yusuf

ABSTRAK

Imam al-Rafi’i merupakan salah seorang tokoh besar dalam mazhab Shafi’i. Usaha gigih beliau telah meletakkan mazhab tersebut kembali kepada manhaj dan usul yang telah diasaskan oleh Imam al-Shafi’i. Hasilnya, beliau telah dianggap sebagai perintis kepada pemurnian mazhab sekaligus menjadikan pandangan beliau dianggap sebagai qawl muktamad dalam mazhab sekiranya tiada perselisihan dengan Imam al-Nawawi. Berdasarkan kedudukan tersebut, maka kajian ini cuba untuk melihat sejauhmana sumbangan Imam al-Rafi’i terhadap mazhab Shafi’i, terutamanya dalam merintis usaha kearah pemurnian mazhab. Berpandukan metod historical dan dokumentasi, kajian ini mendapati bahawa Imam al-Rafi’i telah memberikan beberapa sumbangan signifikan kepada pengukuhan mazhab serta penggunaan usul secara cermat dan tepat.

Kata kunci: mazhab Shafi’i, Imam al-Rafi’I, fiqh Shafi’i.

PENGENALAN

Kajian tokoh dalam bidang fiqh sama pentingnya dengan kajian fiqh itu sendiri. Ini kerana kajian seperti ini bukan sahaja melihat ketrampilan seorang tokoh dalam bidang yang dipelopori, bahkan turut sama melihat latarbelakang yang mempengaruhi pembentukkan seorang tokoh sama ada faktor-faktor akademik atau bukan akademik. Dalam hal ini Imam al-Rafi’i merupakan salah seorang tokoh besar mazhab Shafi’i yang sangat signifikan untuk dikaji. Beliau telah mewarnai mazhab Shafi’i melalui karya-karya hebat yang menjadi rujukan penting mazhab sesudah kewafatannya. Kemunculan beliau dianggap tepat pada masanya ketika mazhab Shafi’i terpecah kepada dua aliran iaitu Iraqiyyin dan

al-Khurasaniyyin yang menuntut kepada suatu usaha bagi mengintegrasikan kedua-dua aliran

tersebut dan disatukan di bawah manhaj yang telah ditinggalkan oleh pengasas mazhab Imam Shafi’i itu sendiri.

(2)

1728

1.0 BIOGRAFI IMAM AL-RĀFI‘I

1.1 Nasab, Kelahiran dan Kewafatan

Beliau adalah ‘Abd Karim Ibn Muhammad Ibn ‘Abd Karim Ibn Fadl Ibn al-Husain Ibn al-Hasan Imām al-Din Abū al-Qāsim al-Rāfi‘i al-Qazwini (Ibn Kathir, t.t). Seorang tokoh mazhab yang sangat masyhur, dirujuk oleh sebahagian besar pengikut mazhab Shāfi‘i pada zamannya di kebanyakan daerah dan negeri (Ibn Qadi Shahbah, 1987). Dilahirkan pada tahun 555H juga di Qazwin (Al-Dhahabi, 1990). Nama Qazwin berasal dari

bahasa Parsi yang disebut sebagai Kashwin lalu diarabkan kalimah tersebut kepada

Qazwin (al-Rāfi‘i, 1987). Hari ini Qazwin adalah ibu negeri bagi negeri Qazwin yang terletak

lebih kurang 130 kilometer dari barat Tehran, Republik Islam Iran. Qazwin pernah menjadi ibu negara empayar Parsi suatu ketika dahulu dan dalam lipatan sejarahnya Qazwin telah melahirkan tidak kurang dari 2000 pakar senibina (Wikipedia, 2008).

Berkata Imam al-Rafi‘i, sandaran nama beliau kepada al-Rafi‘i adalah merujuk kepada al-Rāfi‘iyyah iaitu orang-orang Arab yang tinggal menetap di Qazwin sewaktu zaman Tābi‘in atau Tābi’ al-Tābi‘in (al-Rafi‘i, 1987). Beliau juga turut menyatakan bahawa nasabnya dikaitkan dengan Abi Rāfi’ hamba kepada Rasulullah

.

Pendapat lain ada menyatakan bahawa sandaran kepada al-Rāfi‘i adalah merujuk kepada moyang beliau sebagaimana yang dinyatakan oleh Asnawi (1987) dari Muzaffar al-Din seorang hakim Qazwin yang mempunyai manuskrip tulisan tangan Imam al-Rāfi‘i dalam kitab Tadwin Fi Tawārikh Qazwin yang merujuk nasabnya kepada Rāfi’ bin Khudaij al-Ansāri radiya Allāh ‘anh.

Ada juga yang menyandarkan al-Rāfi‘i kepada Rāfi‘ān sebuah negeri di daerah

Qazwin (al-Dhahabi, 1990). Al-Asnawi (1987) turut merakamkan kenyataan Qadi al-Qudāh

Jalāl al-Din al-Qazwini yang berkata: “Rafi‘an dalam bahasa asing seperti al-Rāfi‘i dalam bahasa Arab. Huruf alif dan nun diakhir nama bahasa asing seumpama huruf yang mengakhiri nama Arab. Oleh itu, Rāfi‘ān dinisbahkan kepada Rāfi’ ”. Beliau selanjutnya berkata: “Tiada di wilayah Qazwin negeri yang disebut sebagai Rāfi‘ān atau Rafi’. Apa yang

(3)

1729

sebenarnya, al-Rāfi‘i disandarkan kepada datuknya yang bernama Rāfi’”. Pandangan ini turut dipersetujui oleh Imām Ibn Hajar al-Haitami (2001).

Imam al-Rāfi‘i digelar dengan panggilan Abū al-Qāsim. Walaupun ada larangan terhadap penggunaan gelaran tersebut melalui sepotong hadis yang berbunyi:

Maksudnya: Gunakanlah nama ku dan janganlah kamu

menggunakan gelaranku (al-Bukhari, 1998).

Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami (2001) hadis ini melarang penggunaan gelaran

tersebut semasa hidup Baginda

dan Imām al-Rāfi‘i pula menyatakan larangannya hanyalah untuk mereka yang bernama Muhammad sahaja.

Imam al-Rāfi‘i meninggal dunia sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi (t.t) pada penghujung tahun 623H dan dikebumikan di Qazwin. Ibn Khallikān merekodkan kewafatannya pada bulan Zulkaedah tahun yang sama (al-Dhahabi, 1990).

1.2 Pendidikan Dan Guru-Guru

Imam al-Rāfi‘i dilahirkan dalam sebuah keluarga ulama. Bapa beliau adalah seorang ulama besar di negeri Qazwin iaitu Muhammad Ibn ‘Abd al-Karim Ibn al-Fadl Ibn al-Husain Ibn al-Hasan Imām al-Din Abū al-Qāsim al-Rāfi‘i al-Qazwini (al-Rāfi‘i, 1987). Bapa beliau merupakan seorang faqih, pendebat yang fasih, seorang mufti yang tepat dalam memberi fatwa di samping mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan ‘ulūm al-Quran dan

‘ulūm hadis yang tidak dipertikaikan (al-Rāfi‘i, 1987). Manakala ibu beliau juga seorang

yang sangat alim menjadi rujukan di Qazwin terutama dalam hal ehwal berkaitan dengan wanita (Shirwan Naji, 2012).

Semenjak kecil lagi Imam al-Rāfi‘i telah berjinak-jinak dengan ilmu pengetahuan dengan berguru melalui bapanya pada 569H ketika berusia 14 tahun (al-Dhahabi, 1990). Persediaan untuk menuntut ilmu ini sudah ditanam seawal usia kanak-kanak lagi. Ini dapat

(4)

1730

diperhatikan melalui apa yang disebut oleh Imam al-Rāfi‘i sendiri tentang keprihatinan bapanya dengan katanya: “Beliau (bapa al-Rāfi‘i) sangat menyayangi anak-anaknya dan prihatin terhadap hal ehwal mereka. Sangat tegas dalam mendisplin dan mendidik mereka. Di antara sebesar-besar kebaikan beliau terhadap diriku adalah sikap berhati-hatinya dalam urusan pendidikan ku dari aspek makanan dan pakaian” (al-Rāfi‘i, 1987). Bahkan bapa beliau sangat teliti dalam soal nafkah yang diberikan kepada anak-anaknya di mana beliau tidak memberi makanan dan pakaian kepada al-Rāfi‘i dan anak-anak yang lain kecuali dari sesuatu yang baik (al-Rāfi‘i, 1987).

Ini menunjukkan betapa bapa al-Rāfi‘i mengambil berat terhadap penyediaan suasana yang mampu merangsang anak-anaknya untuk mengikuti jejak langkahnya sebagai pewaris ilmu dan meneruskan legasi bapanya selaku ulama Qazwin. Bukan al-Rāfi‘i sahaja yang mewarisi keilmuan bapanya bahkan seorang lagi saudaranya Abū al-Faḍ ail juga lahir sebagai seorang yang faqih dan pakar hadis (al-Asnawi, 1987).

Selain dari bapanya sendiri yang menjadi guru beliau, Imam al-Rāfi‘i juga telah berguru dengan beberapa orang guru hebat yang lain seperti Abū al-Fatḥ bin al-Bati, Abū Sulaiman al-Zubairi, Abū al-‘Alā’ al-Hamadhāni, Imam Abū Sulaiman Ahmad bin Hasnawih dan ‘Abdullah bin Abi al-Futuh (al-Subki).

1.3 Karya-Karya

Sebagai seorang ulama yang tersohor Imam al-Rāfi‘i telah meninggalkan khazanah penulis beliau yang sangat berharga bukan sahaja dalam bidang fiqh selaku pelopor kepada pemurnian mazhab pada zamannya bahkan juga bidang-bidang lain seperti tafsir dan hadis. Antara karya-karya utama beliau ialah seperti berikut:

1. Al-‘Aziz Sharh al-Wajiz atau al-Sharh al-Kabir – kitab ini adalah huraian kepada kitab

al-Wajiz karangan Imam al-Ghazāli. Berkata Ibn Ṣ alaḥ : “Belum pernah dihurai Wajiz seperti yang diusahakan oleh Imam Rāfi‘i” (Nawawi, t.t). Manakala

al-Asnawi menggambarkan bahawa belum pernah al-Wajiz dihuraikan dalam mazhab sebagaimana yang dipersembahkan oleh al-Rāfi‘i (Ibn Qadi Shahbah, 1979). Al-Subki (t.t) pula berkata: “Memadailah untuk al-Rāfi‘i kemulian dengan Fath al-‘Aziz bahkan belum ada lagi karangan seumpamanya dalam sebarang mazhab dan belum ada yang

(5)

1731

menerangi umat umpama al-‘Aziz meneranginya dalam kegelapan yang pekat.” Ianya adalah sebuah kitab penting dalam kelahiran semula mazhab dengan wajah baru diera pemurnian mazhab yang pertama. Imam al-Nawawi sendiri telah memberi pengiktirafan kepada kitab ini sebagai sebuah penulisan komprehensif dalam mazhab yang belum pernah dihasilkan seumpamanya sebelum itu. Kelebihannya adalah kerana ianya telah mengumpulkan hampir keseluruhan pendapat-pendapat mazhab lalu ditarjihkan menepati usul mazhab yang telah diasaskan oleh Imam al-Shāfi‘i (al-Nawawi, 2005). Kitab ini mendapat perhatian para ilmuan mazhab Shafi’i hinggakan mereka mula menekuninya dan apabila kitab tersebut sampai ke negeri Mesir bergegaslah para ulamak untuk mendapatkannya. Bahkan Imam Ibn Daqiq al-‘Iid membelinya dengan harga dua ribu dirham dan tekun membacanya hinggakan beliau meningalkan solat-solat sunat hanya untuk menyempurnakan pembacaan tersebut (Muhammad Tariq, 2015).

2. Al-Sharh al-Saghir – Kitab ini juga adalah huraian kepada kitab al-Wajiz karya Imam Ghazāli akan tetapi huraiannya lebih ringkas berbanding kitab Al-‘Aziz Sharh

al-Wajiz (al-Nawawi, 2005).

3. Al-Muharrar – Ini adalah kitab beliau yang paling popular (Shirwan Naji, 2012). Kitab ini merupakan huraian kepada kitab al-Wajiz karangan Imam al-Ghazāli yang kemudiannya diringkaskan kepada Minhāj al-Tālibin. Ia menghimpunkan hukum-hakam fiqh di samping pendapat-pendapat yang telah ditarjihkan oleh beliau. (Akram Yusuf, 2003). Walau bagaimanapun, sebahagian sarjana menolak dakwaan kitab tersebut sebagai huraian kepada al-Wajiz. Ini kerana apabila diteliti gaya bahasanya yang berbeza menunjukkan ia adalah penulisan Imam al-Rāfi‘i yang tersendiri dan mewakili pandangan yang rajih dalam mazhab. (Muhammad Tariq, 2015).

Ketiga-tiga kitab ini mewakili usaha Imam al-Rāfi‘i dalam proses pemurnian mazhab Shāfi‘i sepanjang usia kehidupan beliau (Akram Yusuf, 2003).

(6)

1732

4. Al-Tadwin Fi Tārikh al-Qazwin – Kitab ini pula mirip kepada penulisan sejarah yang menceritakan tentang Qazwin sebagai sebuah negeri yang melahirkan ramai ulama. Turut merakamkan biografi para sarjana yang mengharumkan namanya.

5. Sharh al-Musnad Li al-Shāfi‘i – Kitab ini menghuraikan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Shāfi‘i. Melalui kitab ini terserlah keprihatinan beliau terhadap hadis dan kemahiran beliau dengan selok-belok ilmunya (Ibn Qadi Shahbah, 1979)

6. Al-Tadhnib – Ia juga sebuah kitab fiqh yang membincangkan masalah-masalah furu’ dalam mazhab.

7. Al-Amāli – Sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis berserta dengan sanad-sanadnya yang beliau nukilkan daripada guru-guru beliau tentang surah al-Fatihah yang disertakan juga komentar beliau sendiri (Tāsh Kubrā Zādah, 1985).

8. Al-Ijāz Fi Akhtār al-Hijāz – Merupakan satu risalah ringkas berkisar tentang faedah-faedah yang diperolehi Imam al-Rāfi‘i semasa dalam perjalanan beliau ketika menunaikan haji. Menurut Tāsh Kubrā Zādah (1985) ada kesilapan ketika menyalin judul buku tersebut oleh penyalinnya. Judulnya yang sebenar adalah al-Khatarāt atau

Khawātir al-Hijaz.

1.4 Sanjungan Para Ulama

Imam al-Rāfi‘i sememangnya merupakan seorang tokoh besar dalam mazhab Shāfi‘i kerana sumbangannya yang amat bermakna kepada mazhab melalui pentarjihan yang diusahakan oleh beliau.

Berkata Imam al-Nawawi (t.t): “Beliau seorang imam yang pakar lagi luas pengetahuan dalam mazhab dan banyak ilmu-ilmu lain.”

(7)

1733

Ibn Salāh pula menyatakan seperti berikut: “Rasanya aku belum pernah melihat di negeri ‘ajam (bukan tanah Arab) seseorang yang sepertinya. Beliau menguasai pelbagai ilmu, peribadi yang terpuji dan telah meninggalkan sumbangan yang berharga.” (al-Nawawi, t.t).

Menurut Imam Dhahabi (1990): “Beliau adalah tuan guru kepada para

al-Shāfi‘iyyah, ulama bagi orang bukan Arab dan Arab serta penghulu kepada agama.”

Al-Subki (t.t) mensifatkan Imam al-Rafi‘i seperti berikut: “Tiada seorang yang menulis sepertinya dalam mana-mana mazhab dan tidak menerangi ummah seperti mana beliau meneranginya dalam kegelapan. Beliau seorang yang gigih dalam ilmu-ilmu syariah samada tafsir, hadis dan usul. Seorang yang menonjol pada zamannya dalam menukilkan ilmu, kajian, memberi panduan dan juga penulisan. Dalam bidang fiqh, beliau adalah tiang bagi mereka yang mencari kepastian dan sandaran para pengarang, seolah-olah fiqh itu mati lantas beliau telah menghidupkan, menyebarkan dan menegakkan tiangnya setelah dibunuh dan dikuburkan oleh kejahilan.”

Al-Isfarayini menggambarkan Imam al-Rāfi‘i sebagai penghulu agama, pendokong sunnah serta seorang mujtahid mazhab yang unggul di zamannya (Ibn Qadi Shahbah, 1979).

Ibn Kathir (t.t) ketika merakamkan ketokohan Imam al-Rafi‘i berkata: “Beliau adalah gedung ilmu para imam mazhab Shafi‘i yang menonjol bagi mereka yang meneliti. Beliau dirujuk oleh keseluruhan ahli fiqh dalam kalangan pengikut kami pada zaman ini di kebanyakan daerah dan negeri.”

2.0 SUMBANGAN IMAM RAFI’I KEPADA MAZHAB SHAFI’I

2.1 Pemurnian Mazhab Di Bawah Selenggaraan Imam al-Rafi’i

Kemunculan Imam al-Rāfi‘i adalah sangat signifikan dengan realiti perkembangan mazhab tersebut diwaktu itu. Ini kerana semenjak kewafatan Imam al-Shafi‘i hingga kepada zaman Imam al-Rafi‘i, penulisan fiqh dalam mazhab Shafi‘i telah dihasilkan dengan begitu banyak sekali. Sepanjang tempoh empat kurun telah menyaksikan karya-karya garapan para ulama mazhab bertaburan merata-rata. Para pengarangnya pula datang dari pelbagai

(8)

1734

latarbelakang akademik dan geografi, bermula dari Mesir di sebelah barat hingga ke timur menjangkau Asia Tengah atau disebut sebagai Bilad Ma Wara’ al-Nahr yang pada hari ini meliputi negara Uzbekistan, Tajikistan dan barat daya Kazakhstan. Disebabkan tiadanya teknologi komunikasi moden, sudah pasti karya-karya yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan pada masa yang berbeza-beza tersebut ada kekurangan yang perlu dibaiki, sama ada kesilapan mentakhrij hukum yang bercanggah dengan usul mazhab, istinbat hukum yang

marjuh ataupun ijtihad-ijtihad yang pelik (shadhdhah). Maka inilah antara faktor utama yang

mencetuskan usaha-usaha untuk memurnikan semula mazhab Shafi‘i (Akram Yusuf, 2003). Tanpa menafikan usaha-usaha para sarjana yang terdahulu akan tetapi karya-karya Imam al-Rafi‘i mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Kelebihan tersebut boleh dicermati melalui ungkapan Imam al-Nawawi (2005) dalam mukadimah kitab Rauḍ ah al-Ṭ ālibin yang menyatakan seperti berikut:

Maksudnya: “Karya-karya para Aṣ ḥ ab kita yang dirahmati Allah adalah sangat banyak dan tersebar di merata negeri walaupun mengandungi beberapa perbezaan dalam memilih pandangan yang tepat. Oleh sebab itu, ia tidak mewakili pandangan yang tepat menurut mazhab bagi memenuhi tujuan penulisan karya-karya tersebut kecuali di kalangan mereka yang mendalam pengetahuan lagi luas ilmunya serta kemahuan yang tinggi dan diberi taufik oleh Allah s.w.t, segala puji bagi-Nya. Dalam kalangan Aṣ ḥ ab kami yang terkemudian ada yang mengumpulkan pelbagai jalan-jalan

(9)

1735

yang berbeza ini lalu memurnikan mazhab dengan sebaik-baiknya. Beliau telah mengumpulkan pandangan-pandangan yang bertaburan tersebut dengan ayat-ayat yang ringkas meliputi semua pandangan yang terdapat dari kitab-kitab yang popular. Beliau adalah imam yang agung lagi terkenal serta pakar dalam ilmu mazhab Abū al-Qasim al-Rafi‘i pemilik karya-karya yang dimurnikan”

Teks diatas merujuk kepada kepakaran Imam al-Rafi‘i serta kredit yang diberikan kepada beliau oleh Imam al-Nawawi dalam menyaring semula pandangan-pandangan mazhab daripada sejumlah besar karya-karya agung mazhab merentas empat kurun sepeninggalan Imam al-Shafi’i. Saringan atau pemurnian inilah yang disebut sebagai tarjiḥ . Dalam konteks mazhab Imam al-Shāfi‘i proses ini diperlukan setelah berlakunya kebanjiran pandangan dan pendapat daripada para

Aṣ ḥ ab. Apatah lagi apabila pandangan-pandangan tersebut ada yang tidak

benar-benar mewakili mazhab. Walaupun usaha ini tidaklah dikenali sebagai proses tarjiḥ yang menyeluruh, oleh kerana itulah para pengkaji mazhab lebih senang menggunakan istilah pemurnian mazhab. Ini kerana kebanyakan pandangan itu sudah selari dengan mazhab cuma hanya beberapa masalah sahaja yang memerlukan kepada penilaian semula.

Walau bagaimanapun, kepelbagaian pandangan dan ijtihad ini bukanlah sesuatu yang perlu dilihat dari sudut negatif, bahkan sebenarnya ia membuka ruang kepada proses pentarjihan dan permurnian mazhab itu sendiri. Ini boleh dirujuk kepada ungkapan Imam Muhammad Abu Zahrah (1997) berikut:

“Sebenarnya banyak pendapat Shafi‘i dalam satu masalah sama ada dari mazhabnya yang qadim atau jadid, hingga ada tiga pendapat dalam satu masalah, perkara ini menghidupkan mazhab itu, dan menggalakkan para mujtahid selepasnya melakukan tarjih, pilihan dan mengkaji dasar yang dijadikan asas pilihan mereka terhadap pendapat itu, dan banyaknya wajah (pendapat murid) yang ditakhrijkan dari masalah furu’, adalah dipengaruhi oleh pendapat Shafi‘i pada hukum-hukumnya.

(10)

1736

Di samping faktor di atas, sebab lain yang menyebabkan berlakunya tarjiḥ adalah kerana kecenderungan dan minat para sarjana di zaman itu sendiri yang merupakan permulaan kepada zaman taklid fasa pertama selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H bersamaan tahun 1258M (Muhammad ‘Aliy al-Sayis, 1999). Kebanyakan ulama-ulama mazhab pada masa ini lebih cenderung untuk berkhidmat kepada mazhab mereka masing-masing dalam pelbagai bentuk khususnya dalam mentarjiḥ kan qawl-qawl mazhab yang banyak. Apatah lagi ada di antara mazhab ini yang mendapat dukungan kerajaan untuk dijadikan sebagai mazhab rasmi dalam sistem kehakiman (Muḥ ammad al-Khadari Bik, 1981). Antara faktor yang menyebabkan para ulama pada zaman ini lebih selesa berkhidmat dalam mazhab mereka masing-masing adalah kerana ketokohan para ulama mujtahid pemilik mazhab yang terpahat dalam jiwa murid-murid mereka dan masyarakat pada waktu itu. Ini ditambah pula dengan kethiqahan yang tinggi terhadap tokoh-tokoh tersebut telah menyebabkan kesukaran untuk memungkinkan masyarakat menerima mazhab baru sebagai alternatif kepada mazhab-mazhab sedia ada (Muḥ ammad al-Khadari Bik, 1981).

Ada dua bentuk pentarjiḥ an yang berlaku di zaman ini. Pertama tarjiḥ dalam sudut periwayatan (al-riwāyah). Ia berlaku dengan tujuan untuk mengenalpasti kesahihan pandangan yang dinukilkan dari imam oleh murid-muridnya. Boleh jadi seorang imam mempunyai dua pandangan dalam satu kes. Tidak diketahui mana yang dahulu dan kemudian atau kesilapan dalam menentukan pandangan rājiḥ yang dinukilkan. Justeru, ia perlu kepada pentarjiḥ an dalam menentukan kedudukan riwayat. Sebagai contoh golongan Shafi‘iyyah mentarjiḥ kan riwayat al-Rabi’ bin Sulaimān ke atas riwayat Ḥarmalah. Manakala apabila berlaku pertentangan antara riwayat al-Rabi’ dengan riwayat al-Muzani, mereka akan mendahulukan riwayat Rabi’ walaupun mereka mengakui ketinggian kedudukan al-Muzani dalam ilmu fiqh dan pentarjiḥ an berbanding al-Rabi’ (Muḥ ammad ‘Ali al-Sayis, 1999).

Kedua, pentarjiḥ an dari aspek kesahihan prosesnya atau disebut sebagai al-dirāyah. Ini berlaku apabila adanya percanggahan pandangan-pandangan yang sahih riwayatnya daripada imam atau antara seorang imam dan muridnya yang perlu kepada pentarjiḥ an. Oleh

(11)

1737

yang demikian proses ini memerlukan kemahiran fiqh yang kuat, pengetahuan yang menyeluruh tentang uṣ ūl mazhab imam, sumber dan cara-cara pengistinbaṭ an. Selanjutnya ini akan dapat membantu untuk melakukan tarjiḥ selari dengan uṣ ūl mazhab, kaedah-kaedah syariat serta objektifnya yang umum. Kadang-kadang berlaku perbezaan pentarjiḥ an disebabkan oleh perbezaan kemampuan akademik, pengetahuan dan ketajaman penelitian (Muḥ ammad ‘Ali al-Sayis, 1999).

2.2 Pemansuhan Dua Aliran Perkembangan Mazhab

Sebagaimana yang dimaklumi, sebelum era pemurnian, mazhab Shafi’i telah terpecah kepada dua aliran iaitu al-Iraqiyyin dan al-Khurasaniyyin. Karya-karya yang mewakili mazhab sebelum penulisan Imam al-Rāfi‘i adalah dipengaruhi kepada latarbelakang perguruan yang diikuti oleh pengarang tersebut. Sebagai contoh Imam al-Shirazi dalam karyanya Muhadhdhab telah mengutarakan komentar-komentar guru beliau Abu Aliyy Tabari yang merupakan salah seorang tokoh aliran Iraqiyyin. Begitu juga dengan Imam al-Ghazali yang turut dipengaruhi oleh aliran gurunya Imam al-Haramain yang merupakan antara tokoh besar mazhab daripada aliran al-Khurasaniyyin.

Berkenaan kedua-dua aliran ini berkata Imam al-Nawawi (2001):

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa nukilan para Ashab kita al-Iraqiyyun terhadap nas-nas al-Shafi‘i, kaedah-kaedah mazhab dan wajah-wajah pandangan Ashab kita yang terdahulu adalah lebih teliti dan tepat berbanding nukilan para al-Khurasaniyyun pada kebiasaan. Manakala para

al-Khurasaniyyun pula sangat baik usaha mereka dalam mengkaji,

meluaskan cabang-cabang hukum dan penyusunan pada kebiasaannya. Ini antara faktor ditarjihkan salah satu daripada dua pendapat. Cara ini juga telah diisyaratkan oleh para Ashab untuk digunakan dalam pentarjihan.”

(12)

1738

Maka karya Imam al-Rafi‘i sekalipun merupakan lanjutan daripada karangan Imam al-Ghazali seperti al-Wajiz, beliau turut mengambil faedah daripada beberapa karya lain ketika menghuraikan kitab tersebut seperti al-Nihayah (Imam al-Haramain), al-Tatimmah (al-Mutawalli), al-Tahdhib (al-Baghawi), al-Shamil (Ibn al-Sabagh), Amali (al-Sarkhasi) dan

Tajrid (Ibn Kajj) (Ibn Qadi Shahbah, 1979). Al-Asnawi berkata: “Jika kamu meneliti semua

karya-karya para Shafi’iyyah yang terdahulu, kamu akan dapati al-Rafi‘i adalah orang yang paling luas pembacaannya berbanding mereka” (Ibn Qadi Shahbah, 1979). Apabila munculnya karya-karya Imam al-Rafi‘i maka dominasi dua aliran dalam mazhab Shafi’i turut beransur hilang kerana para penuntut mazhab telah beralih kepada karya-karya beliau yang telah memurnikan mazhab dengan mengembalikan semula kepada usul yang sepatutnya tanpa dipengaruhi oleh salah satu daripada dua aliran tersebut kecuali apabila melakukan pentarjihan maka riwayat Iraqiyyin akan didahulukan berbanding pandangan

al-Khurasaniyyin.

3.0 KESIMPULAN

Imam al-Rafi‘i adalah simbol kepada kesinambungan sebuah mazhab yang kaya dengan tokoh dan karya-karya hebatnya. Berlatarbelakangkan keluarga berstatus ulamak dari datuk, ibu dan bapanya maka tidak hairanlah jika minat beliau kepada ilmu dan kesarjanaan telah ditanamkan semenjak kecil lagi. Hal ini dapat dilihat melalui usaha-usaha akademik yang diselenggarakan oleh beliau. Maka diantara usaha-usaha tersebut adalah menghasilkan karya-karya bernafas baru dan malar segar dalam fiqh Shafi’i. Penghasilan karya-karya ini sangat penting terutama bila melibatkan proses saringan dan tahqiq yang menuntut kekuatan akademik yang tinggi serta ketekunan yang jitu. Karya-karya fiqh beliau inilah yang kemudiannya disambut oleh Imam al-Nawawi lalu disemak serta disaring semula. Oleh itu, usaha-usaha untuk melahirkan karya-karya baharu mestilah sentiasa diteruskan oleh para sarjana bukan sahaja terhad kepada proses tarjih atau tahqiq pandangan, tetapi juga dari sudut yang lain seperti gaya persembahan sesuatu karya agar turut sesuai dengan zaman yang diwakili.

(13)

1739

Al-Asnawi, ‘Abd Rahim (1987), Tabaqat Shafi‘iyyah, j 2, Bayrūt: Dar Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Bukhāri, Abū ‘Abdillāh Muhammad bin Ismā‘il (1998), Sahih al-Bukhāri, al-Riyad: Bait al-Afkār al-Dauliyyah Li al-Nashr Wa al-Tauzi’, Kitāb al-‘Ilm, Bāb Ithm Man

Kadhaba ‘Alā al-Nabi, no: 110.

Al-Dhahabi, Shams Din Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthmān (1990), Sair ‘Aalām

al-Nubalā’, j. 22, cet. 7, Bayrūt: Muassasah al-Risālah.

Ibn Hajar al-Haitami, Shihāb al-Din (2001), Tuhfah al-Muhtaj Bi Sharh al-Minhāj, j. 1, Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Kathir, Al-Hāfiz al-Dimashqi (T.T), Tabaqāt al-Fuqahā al-Shāfi’iyyah, Anwār al-Bāz (edi), j. 2, al-Mansurah: Dar al-Wafā.

Ibn Qādi Shahbah, Abū Bakr bin Ahmad bin Muhammad Taqi al-Din al-Dimashqi (1987),

Tabaqāt Shāfi’iyyah, Hāfiz ‘Abd ‘Alim Khān (edi), j. 1, Bayrūt: ‘Aalām

al-Kutub.

Ibn Qādi Shahbah, Abū Bakr bin Ahmad bin Muhammad Taqi al-Din al-Dimashqi (1979),

Tabaqāt Shāfi’iyyah, Dr. Hāfiz ‘Abd ‘Alim Khān (edi), j. 2, India: Dairah

al-Ma’arif al-Uthmaniyyah Bi Haidra Abad.

Muhammad Tariq Maghribiyyah, (2015), al-Madhhab al-Shafi’i: Dirasah ‘An Ahamm

Mustalahat Wa Ashhar Musannafatih Wa Maratib Tarjih Fih, Amman: Dar

al-Fath.

Al-Nawawi, Abū Zakariyā Muhyi Din Yahyā bin Shirf (t.t), Tahzib Asma’ Wa

al-Lughat, j. 2, Bayrūt: Dār al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Nawawi, Muhyi al-Din Yahya bin Shirf (2001), al-Majmu’ Sharh al-Muhadhdhab, j.1, cet.1, Bayrūt: Dār Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

(14)

1740

Al- Rāfi‘i, ‘Abd al-Karim Ibn Muhammad al-Qazwini (1987), al-Tadwin Fi Akhbār Qazwin, al-Shaykh ‘Aziz Allāh al-‘Atāridi (edi), j. 1, Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Shirwan Naji ‘Aziz (2012), Hayah al-Imam Abi al-Qasim al-Rafi’i Wa Juhuduh al-Ilmiyyah, Majallah Kulliyyah al-‘Ulum al-Islamiyyah, 30, 290-331.

Wikipedia (2008), Qazwin. [Online] Boleh dilayar: http://ar.wikipedia.org/wiki/نيوزق, (telah dirujuk pada 23 Disember 2008).

Referensi

Dokumen terkait

Meskipun demikian Imam Al-Ghazali tidak menghendaki dalam pencarian kebahagiaan akhirat sebagai tujuan akhir dengan meninggalkan tanggungan duniawi seseorang,

Kitab-kitab Imam Al Ghazāli tersebut meliputi bidang-bidang ilmu pada zaman itu seperti: al-Qur’an, aqidah, ilmu kalam, ushul fiqh, tasawuf, mantiq, filsafat, tafsir, fiqh