• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU PANDUAN

PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Disediakan oleh :

Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan (BHEPep)

Universiti Teknologi MARA

▸ Baca selengkapnya: tajuk research yang sesuai untuk pelajar

(2)
(3)

KANDUNGAN MUKA SURAT 5 - 7 8 9 10 11 12 - 13 14 - 16 17 18 19 20 20 20 PERKARA Pengenalan

Bahagian 1 : Sebelum Peperiksaan

Panduan untuk pelajar sebelum menduduki

peperiksaan

1.0 Keterangan aktiviti utama 2.0 Carta Alir

Soalan-soalan Lazim (FAQ)

Bahagian 2 : Semasa Peperiksaan

Panduan untuk pelajar semasa menduduki peperiksaan

1.0 Keterangan aktiviti utama 2.0 Carta Alir

Soalan-soalan Lazim (FAQ)

Bahagian 3 : Selepas Peperiksaan

Panduan untuk pelajar selepas menduduki peperiksaan

1.0 Keterangan aktiviti utama

1.1 Melihat dan mencetak keputusan peperiksaan akhir

1.2 Tindakan untuk membuat Rayuan Semak Semula (RSS) keputusan peperiksaan

(4)

1.3 Permohonan Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) sekiranya mendapat status gagal dan diberhentikan

1.4 Tindakan pelajar sekiranya layak menduduki Peperiksaan Khas

2.0 Carta Alir

Soalan-soalan Lazim (FAQ)

Jawatankuasa Penyediaan Dokumen

20

21

22 - 25 27

(5)

1.0 PENGENALAN

Buku ini disediakan sebagai panduan kepada pelajar UiTM berkaitan dengan hal ehwal peperiksaan yang perlu diketahui bermula dari sebelum peperiksaan, semasa peperiksaan dan selepas peperiksaan bagi memudahkan pelajar. Carta alir juga disediakan bagi setiap proses tersebut.

Buku panduan ini diharapkan dapat membantu para pelajar UiTM dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran dan seterusnya menjadi mahasiswa yang mampu bertindak secara profesional dan efektif.

2.0 DEFINISI/TAFSIRAN

BHEPep : Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan BHEA : Bahagian Hal Ehwal Akademik

(Fakulti/ Akademi/ Pusat/ Institut/ UiTM Negeri/ UiTM Cawangan) Upep : Unit Peperiksaan

BGP : Bilik Gerakan Peperiksaan

KP : Ketua Pengawas

TD(A) : Timbalan Dekan (Akademik) TR(A) : Timbalan Rektor (Akademik)

BUKU PANDUAN

PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

(6)

KPP : Ketua Pusat Pengajian

RSS : Rayuan Semak Semula

SM : Sepenuh Masa

SML : Sepenuh Masa Lanjutan PLK : Pengajian Luar Kampus PJJ : Pangajian Jarak Jauh

F/A/P/I/N/C : Fakulti/ Akademi/ Pusat/ Institut/ UiTM Negeri/UiTM Cawangan

SIMS : Sistem Pengurusan Pelajar

Bersepadu (Student Integrated Management System)

RES TEMPLATE

: Sistem Kemasukan Markah (Result Entry System)

JWP : Jadual Waktu Peperiksaan JPP : Jadual Pengawasan Peperiksaan JPKS : Jadual Pengambilan Kertas Soalan SRD : Sahsiah Rupa Diri

(7)

7 Cetak P en y ata K ela y akan Menduduki P eper iksaan Rujuk JWP muktamad Daftar K ursus dan Ba y ar Y ur an Buat V alidasi K ursus

Buat persiapan Patuhi P

er

atur

an

Sahsiah Rupa Dir

i (SRD) P atuhi ar ahan K etua P eng aw as sepanjang peper iksaan Ba w a P en y ata K ela y akan Menduduki P eper

iksaan dan Kad P

elajar

Isi maklumat pada Slip K

edatang an P eper iksaan dan Buku J aw apan P

astikan semua soalan dija

w ab ber dasar kan ar ahan pada k er tas soalan Memohon Ra yuan Mener uskan P eng ajian (RMP) jika per lu dan la y ak

Memohon dan duduki

P

eper

iksaan Khas jika la

y

ak

P

elajar melihat dan mencetak k

eputusan peper

iksaan

Memohon Ra

yuan Semak Semula

K eputusan P eper iksaan (RSS) jika per lu dan la y ak P astikan k elengkapan peper iksaan mencukupi P astikan tar ikh,

masa dan tempat y

ang betul SELEP AS PEPERIKSAAN SEMASA PEPERIKSAAN SEBELUM PEPERIKSAAN P astikan k e

bersihan dan susun atur k

er

usi

dan meja ber

ada dalam k eadaan asal DOKUMEN RUJUKAN 1. P er atur an Akademik UiTM 2. i-Student P or tal 3. Glosar i Istilah P eper iksaan dan Penilaian P elajar UiTM 4. Man ual P engur usan P eper iksaan Akhir UiTM

HAL EHW

AL PEPERIKSAAN

Y

ANG PERLU DIKET

AHUI PELAJ

AR

P atuhi per atur an SRD P elajar UiTM P

astikan semua soalan dija

w ab dalam Bahasa Ing g er is k ecuali kursus y ang

telah diluluskan oleh Senat

Ser

ahkan Buku J

aw

apan y

(8)

Sebelum Peperiksaan....

1. Daftar kursus dan jelaskan yuran pengajian 2. Validasi Kursus 6.

Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD) 5. Buat persiapan peralatan/keperluan menjawab peperiksaan 4. Rujuk JWP muktamad 3. Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan

(9)

BAHAGIAN 1 : SEBELUM PEPERIKSAAN

1.0 KETERANGAN AKTIVITI UTAMA

1.1 Pelajar hendaklah mendaftar kursus berdasarkan pelan pengajian dan membayar yuran pengajian bagi membolehkan pelajar menduduki peperiksaan. 1.2 Pelajar hendaklah membuat validasi kursus.

Sekiranya terdapat kesilapan pendaftaran kursus, pelajar perlu merujuk kepada Penasihat Akademik / Pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Kampus Cawangan untuk membuat pengemaskinian.

1.3 Pelajar hendaklah menyemak dan mencetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan yang boleh dimuat turun di i-student portal.

1.4 Pelajar hendaklah menyemak dan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) muktamad yang dikeluarkan Pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri/ Kampus Cawangan. Semak kod kursus, tarikh, masa dan tempat peperiksaan yang berkaitan.

1.5 Membuat persiapan dengan menyediakan peralatan dan keperluan menjawab peperiksaan yang sesuai seperti kalkulator, kamus, alat tulis dan lain-lain. 1.6 Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD).

(10)

CARTA ALIR PROSES SEBELUM PEPERIKSAAN Tanggungjawab Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Proses Kerja

Daftar kursus dan bayar yuran pengajian untuk menduduki peperiksaan

Buat validasi Pendaftaran Kursus. Rujuk kepada Penasihat Akademik/ Pejabat Akademik Fakulti/ UiTM Negeri/ Cawangan sekiranya terdapat pengemaskinian pendaftaran kursus

Cetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan

Rujuk JWP muktamad – kod kursus, tarikh, masa dan tempat

Buat persiapan peralatan dan keperluan menjawab peperiksaan

Patuhi Peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD) untuk menduduki peperiksaan.

Aliran Kerja

MULA

(11)

Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya Penyata Menduduki Peperiksaan saya tidak menyenaraikan kursus yang saya daftarkan?

Pelajar hendaklah merujuk kepada Penasihat Akademik / Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk tindakan lanjut.

2. Apakah prosedur sekiranya saya ditimpa kemalangan sebelum peperiksaan dijalankan dan saya ingin menduduki peperiksaan?

Perkara-perkara yang perlu dilakukan:

i. Pelajar hendaklah melaporkan secara lisan kepada Penasihat Akademik / Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan.

ii. Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta dengan dokumen sokongan (laporan perubatan, laporan polis dan lain-lain) kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan.

3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya sakit dan tidak boleh menduduki peperiksaan?

Pelajar hendaklah mendapatkan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor dari Pusat Kesihatan UiTM / Klinik Kerajaan / Pusat Kesihatan Kerajaan / Hospital Kerajaan / Pegawai Perubatan dari Panel Perubatan Majikan pelajar masing-masing dan diserahkan kepada pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan dalam tempoh 24 jam setelah tamatnya peperiksaan kursus tersebut.

4. Sekiranya saya menghadapi masalah untuk menulis dan saya ingin menggunakan komputer riba bagi menjawab soalan peperiksaan, apakah yang perlu saya lakukan?

Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta laporan perubatan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan.

5. Sekiranya saya perlukan tambahan masa bagi menjawab soalan peperiksaan kerana menghadapi masalah untuk menulis, apakah yang perlu dilakukan?

Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta laporan perubatan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan.

(12)

Semasa Peperiksaan....

3.

Patuhi arahan Ketua Pengawas sepanjang peperiksaan 2. Patuhi peraturan SRD UiTM 1.

Bawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan

dan Kad Pelajar

PASTIKAN

TARIKH, MASA

DAN TEMPAT

YANG BETUL

4.

Isi maklumat pada Slip Kedatangan Peperiksaan dan buku

(13)

5.

Pastikan semua soalan dijawab berdasarkan

arahan pada kertas soalan

7.

Pastikan kebersihan dan susun atur kerusi dan meja berada dalam

keadaan asal 6. Serahkan buku jawapan yang lengkap

PASTIKAN

KELENGKAPAN

PEPERIKSAAN

MENCUKUPI

8.

Keluar dari tempat peperiksaan dengan

tertib

(14)

BAHAGIAN 2 : SEMASA PEPERIKSAAN

1.0 KETERANGAN AKTIVITI UTAMA

1.1 Pelajar hendaklah memastikan masa dan tempat yang betul bagi kod kursus peperiksaan yang diduduki.

1.2 Pelajar hendaklah membawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar sebelum masuk ke tempat peperiksaan serta mematuhi sahsiah rupa diri UiTM.

1.3 Pelajar hendaklah memastikan kelengkapan menduduki peperiksaan mencukupi.

1.4 Mematuhi arahan Ketua Pengawas Peperiksaan sepanjang menduduki peperiksaan.

1.5 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke tempat peperiksaan setelah 30 minit peperiksaan bermula dan tidak dibenarkan meninggalkan tempat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan berakhir.

1.6 Melengkapkan maklumat pada Slip Kedatangan Peperiksaan dan buku jawapan.

1.7 Memastikan semua soalan dijawab berdasarkan arahan pada kertas soalan.

1.7.1 Perkara yang tidak dibenarkan semasa menduduki peperiksaan:

i. Meniru.

ii. Membawa masuk nota

iii. Membawa masuk “electronic devices” iv. Berkomunikasi atau mengganggu

ketenteraman pelajar lain.

(15)

a. amaran;

b. denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit; c. penggantungan daripada mana-mana

daripada atau kesemua kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan;

d. penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan;

e. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi;

f. penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan; g. pembuangan daripada Institusi,

1.8 Soalan Peperiksaan Akhir (Item) mestilah dijawab dalam Bahasa Inggeris kecuali kursus yang telah diluluskan oleh Senat

1.9 Memastikan semua buku jawapan yang telah dijawab diserahkan kepada Pengawas Peperiksaan sewaktu proses pengumpulan buku jawapan. 1.10 Pelajar hanya dibenarkan membawa keluar kertas

soalan peperiksaan sahaja. Buku jawapan tambahan, kertas atau dokumen yang disediakan tidak dibenarkan dibawa keluar dari tempat peperiksaan.

1.11 Memastikan kebersihan serta susun atur kerusi/ meja berada dalam keadaan asal dan pelajar dikehendaki keluar dari tempat peperiksaan dengan tertib.

(16)

MENIRU

BUKAN

BUDAYA

KITA

ANDA BOLEH DIKENAKAN

(17)

17

CARTA ALIR PROSES SEMASA PEPERIKSAAN Tanggungjawab Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Proses Kerja

Pastikan tarikh, masa dan tempat yang betul bagi kod kursus peperiksaan yang diduduki

Bawa Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan dan Kad Pelajar

Patuhi peraturan Sahsiah Rupa Diri (SRD) Pelajar UiTM

Pastikan kelengkapan menduduki peperiksaan mencukupi

Patuhi arahan Ketua Pengawas Peperiksaan sepanjang menduduki peperiksaan

Lengkapkan maklumat pada Slip Kedatangan Peperiksaan dan buku jawapan

Pastikan semua soalan dijawab berdasarkan arahan pada kertas soalan

Pastikan semua soalan dijawab dalam Bahasa Inggeris kecuali kursus yang telah diluluskan oleh Senat

Serahkan buku jawapan yang lengkap kepada Pengawas Peperiksaan semasa proses pengumpulan buku jawapan

Pastikan kebersihan serta susun atur kerusi/meja berada dalam keadaan asal dan dikehendaki keluar dari tempat peperiksaan dengan tertib. Aliran Kerja

MULA

(18)

Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kad pelajar saya hilang?

Sebelum peperiksaan:

Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad pelajar di Pejabat Polis Bantuan UiTM untuk proses membuat kad pelajar yang baharu.

Semasa Peperiksaan:

Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad pelajar kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk mendapatkan kebenaran bertulis menduduki peperiksaan. Pelajar dikehendaki melaporkan kehilangan kad pelajar di Pejabat Polis Bantuan UiTM untuk proses membuat kad pelajar yang baharu sejurus selepas peperiksaan kod kursus tersebut tamat.

2. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan hilang / tidak boleh mencetak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan sedangkan peperiksaan saya akan bermula sebentar lagi?

Semasa Peperiksaan:

Pelajar perlu melaporkan kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan dengan kadar yang segera untuk mendapatkan kebenaran bertulis menduduki peperiksaan.

3. Bagaimanakah prosedur menduduki peperiksaan untuk pelajar rabun/buta?

Pelajar hendaklah membuat permohonan secara bertulis dengan menulis surat rasmi berserta laporan perubatan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi kepada Dekan Fakulti / Rektor UiTM Negeri / Cawangan pada awal semester.

4. Sekiranya saya menghadapi masalah yang tidak boleh dielakkan, bolehkah saya mengambil peperiksaan di kampus lain?

(19)

4. Pohon Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) jika layak 3. Pohon dan duduki Peperiksaan

Khas jika layak

2. Pohon Rayuan Semak Semula Keputusan Peperiksaan (RSS) jika layak KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RASMI DIUMUMKAN 1. Lihat dan Cetak

Keputusan Peperiksaan

Selepas Peperiksaan....

(20)

BAHAGIAN 3 : SELEPAS PEPERIKSAAN

1.0 KETERANGAN AKTIVITI UTAMA

1.1 Pelajar boleh melihat dan mencetak keputusan peperiksaan setelah keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi.

1.2 Sekiranya pelajar ingin membuat Rayuan Semak Semula (RSS) keputusan peperiksaan bagi kod kursus yang telah diambil, pelajar hendaklah membuat tindakan berikut:

1.2.1 Mengisi Borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan (HEA/RA/PP-2000-7). 1.2.2 Membuat bayaran di Unit Kewangan Fakulti /

UiTM Negeri / Cawangan.

1.2.3 Menghantar borang permohonan, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke Pejabat Hal Ehwal Akademik di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan.

1.2.4 Keputusan Rayuan Semak Semula (RSS) yang berjaya akan mencatatkan perubahan pada keputusan peperiksaan di i-Student Portal.

1.3 Jika pelajar gagal dan diberhentikan:

1.3.1 Pelajar boleh membuat Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) dengan mengisi Borang RMP yang boleh didapati di i-Student Portal. 1.3.2 Membuat bayaran di Unit Kewangan Fakulti /

UiTM Negeri / Cawangan.

(21)

1.3.4 Keputusan RMP akan dipaparkan di i-Student Portal. Sekiranya berjaya, pelajar hendaklah mendaftar kursus, membayar yuran pengajian dan menghadiri kuliah.

1.4 Bagi pelajar semester akhir (layak menduduki Peperiksaan Khas berdasarkan Peraturan Akademik Universiti) :

1.4.1 Memohon Menduduki Peperiksaan Khas secara online di i-Student Portal.

1.4.2 Membuat bayaran di Cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang berhampiran.

1.4.3 Merujuk kepada Pejabat Hal Ehwal Akademik di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk mendapatkan maklumat tentang peperiksaan khas bagi kursus yang didaftarkan.

1.4.4 Hadir dan menduduki Peperiksaan Khas seperti yang didaftarkan.

1.4.5 Keputusan Peperiksaan Khas akan dipapar di i-Student Portal.

(22)

CARTA ALIR PROSES

MELIHAT DAN MENCETAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR Tanggungjawab

Pelajar

Pelajar

Pelajar

Proses Kerja

Pelajar ambil maklum tarikh keputusan peperiksaan

Pelajar boleh melihat keputusan peperiksaan melalui email (yang didaftarkan di i-Student Portal) atau di laman web i-Student Portal

Pelajar mencetak keputusan peperiksaan tersebut untuk rekod dan rujukan

Aliran Kerja

MULA

(23)

CARTA ALIR PROSES

TINDAKAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN SEMAK SEMULA (RSS) KEPUTUSAN PEPERIKSAAN Tanggungjawab Pelajar Pelajar Pelajar InfoTech Proses Kerja

Mengisi Borang Rayuan Semak Semula (RSS) Keputusan Peperiksaan

Membuat bayaran di Unit kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan

Menghantar borang permohonan, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan

Keputusan RSS yang berjaya akan mencatatkan perubahan pada keputusan peperiksaan di i-Student Portal

Aliran Kerja

MULA

(24)

CARTA ALIR PROSES

PERMOHONAN RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN SEKIRANYA MENDAPAT STATUS GAGAL DAN DIBERHENTIKAN Tanggungjawab Pelajar Pelajar Pelajar InfoTech Proses Kerja

Pelajar boleh membuat Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) dengan mengisi Borang RMP yang boleh didapati di i-Student Portal

Membuat bayaran di Unit Kewangan Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan

Menghantar borang RMP, keputusan peperiksaan dan resit bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan ke pejabat HEA Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan

Keputusan RMP akan dipaparkan di i-Student Portal. Sekiranya berjaya, pelajar perlu mendaftar kursus, membayar yuran pengajian dan menghadiri kuliah.

Aliran Kerja

MULA

(25)

CARTA ALIR PROSES

TINDAKAN PELAJAR SEKIRANYA LAYAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN KHAS Tanggungjawab Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar InfoTech Proses Kerja Memohon Menduduki Peperiksaan Khas secara online

di i-Student Portal

Membuat bayaran di Cawangan BIMB yang berhampiran

Merujuk kepada Pejabat HEA di Fakulti / UiTM Negeri / Cawangan untuk mendapatkan maklumat tentang peperiksaan khas bagi kursus yang didaftarkan

Hadir dan menduduki peperiksaan khas seperti yang didaftarkan

Keputusan peperiksaan khas akan dipaparkan di i-Student Portal

Aliran Kerja

MULA

(26)
(27)

Soalan-Soalan Lazim

1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal keperluan peperiksaan di luar tempat peperiksaan semasa peperiksaan berlangsung?

Pelajar hendaklah mengangkat tangan dan memohon kebenaran Ketua Pengawas / Pengawas untuk mengambil keperluan di luar tempat peperiksaan dengan diiringi seorang Pengawas / Pembantu Pengawas.

2. Adakah saya masih boleh menduduki peperiksaan sekiranya saya hadir selepas 30 minit peperiksaan berlangsung?

Tidak boleh (Rujuk Peraturan Peperiksaan Akhir).

3. Saya terbawa keluar buku/helaian jawapan selepas peperiksaan tamat dan pelajar telah keluar dari tempat peperiksaan. Bolehkah saya menghantar buku / helaian jawapan tersebut?

Tidak boleh.

4. Bolehkah saya membuat Rayuan Semak Semula (RSS) sekiranya saya tidak berpuashati dengan gred/keputusan kod kursus yang tiada peperiksaan akhir?

Tidak boleh (Rujuk Perkara 2.26, Peraturan Akademik Universiti).

5. Bolehkah saya membuat Rayuan Semak Semula (RSS) sekiranya saya tidak berpuashati dengan keputusan Peperiksaan Khas / Peperiksaan Intersesi?

(28)
(29)

JAWATANKUASA PENYEDIAAN DOKUMEN BUKU PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

PENGERUSI Puan Azida Azmi

Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan (Januari 2012 - Disember 2013)

Puan Hajah Nor Hashimah Haji Rahmat

Pengarah

Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan (Disember 2013 - Kini)

PENYEDIA : Encik Mohd Rafizi Rahmad

Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Akademik

UiTM (Perak)

Encik Ak Ashaari Ak Yussof

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan

UiTM Shah Alam

Encik Mohd Yazed Abd Razak

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik

UiTM Cawangan Pulau Pinang

Encik Hairul Nizam Othman

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik

UiTM Cawangan Kedah

Encik Mohd Fadil Yusof

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik

UiTM Cawangan Johor

Encik Shamsol Kamal Shariffudin

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik

Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam

(30)

Puan Aminah Aman

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik

UiTM Cawangan Sabah

Puan Nor Haizah Mokhtar

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik

Fakulti Muzik UiTM Shah Alam

Encik Muhammad Syuhairi Zakaria

Pegawai Kokurikulum Pusat Kokurikulum

UiTM Shah Alam

REKA LETAK & GRAFIK

Encik Rosman Yahya

Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar

(31)

Bahagian Hal Peperiksaan (BHEPep) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan

Buku Panduan

Peperiksaan Akhir Untuk Pelajar Universiti Teknologi MARA

Semoga dengan usaha murni ini dan sumbangan yang diberikan mendatangkan manfaat kepada

Bangsa, Agama dan Negara.

(32)

Referensi

Dokumen terkait

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANCELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI).. Kod

Kepada pelajar Tingkatan 5, berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis SPM 2017 yang mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan

Manual ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penerangan kepada para jurulatih kokurikulum UiTM Cawangan Perlis berkaitan dengan Tatacara Permohonan Program/Aktivit

2.13.1 Permohonan untuk tidak menduduki peperiksaan yang telah dijalankan bagi sesuatu kursus perlu dibuat kepada Dekan/Rektor UiTM Cawangan/Rektor Pusat Pengajian dalam masa

Garis Panduan Pengendalian Kes-Kes Salah Laku Pelajar Dalam Peperiksaan ini merangkumi proses sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.. Sebelum Peperiksaan

Artikel ini membincangkan tentang inovasi Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan (RAMS) yang digunapakai di Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UiTM Cawangan Johor, Kampus

Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni Panduan Kemasukan Pelajar PICOMS Pada Mac 2021 (18/02/2021) Pelajar kemudian hendaklah memohon kebenaran pergerakan dari Polis Diraja

Tarikh Pindaan 01110/10 Mesyuarat JK Tetap Senat Memproses keputusan peperiksaan Mencetak slip keputusan peperiksaan rasmi Mengedarkan kepada Fakulti / Pusat. Fakulti