• Tidak ada hasil yang ditemukan

Editorial Kandungan. Penaung Dato Haji Mohd Salim bin Haji Taha. Penasihat Mohd Naser bin Harun. Ketua Pengarang Nik Mohd Shaharil bin Nik Md.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Editorial Kandungan. Penaung Dato Haji Mohd Salim bin Haji Taha. Penasihat Mohd Naser bin Harun. Ketua Pengarang Nik Mohd Shaharil bin Nik Md."

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Penaung

Dato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha

Penasihat

Mohd Naser bin Harun

Ketua Pengarang

Nik Mohd Shaharil bin Nik Md. Hashim

Penyunting

Rosli bin Yaakub Norsidah binti Haji Mohd Nor

Edisi Internet

Mohd Asyraf bin Mohd Fauzi

Grafi k

Azizan bin Othman Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto

Muhammad Afi q bin Azman

Diterbitkan oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang No. 20, Menara LPP, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur.

Edaran

Nik Mazri bin Mat Yusof Mohd Haniff bin Asim@Hasyim Shafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Rekabentuk dan cetakan oleh:

Giga Wise Network Sdn Bhd Tel: 03-5191 1115 www.gigaprint2u.com

Editorial

Kandungan

1

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

Kategori : Pengurusan LPP Ibu Pejabat Terbaik 2015

Tajuk : AFIMS; Cepat, Mudah, dan Tepat! – Bahagian Audit Pertubuhan Kategori : Pengurusan LPP Negeri Terbaik 2015

Tajuk : Tuah Inovasi Dua Sistem – LPP Negeri Kedah Kategori : Pengurusan Kerja Dan Tadbir Urus Terbaik 2015

Tajuk : Inovasi Tanaman Bumi Hijau di Sekitar Pejabat – PPK Senggarang

Kategori : Penyampaian 10 Perkhidmatan Terbaik 2015

Tajuk : Sistem Pendaftaran Pesawah (SPP) Manfaat Kepada Petani – PPK Pasir Panjang

Kategori : PP Lahir Usahawan Peladang Progresif Terbaik 2015

Tajuk : Inovasi Melahirkan Usahawan Peladang Progresif – PPK Kunak

Kategori : Pengurusan Unit Peladang Aktif Terbaik 2015

Tajuk : Tabung Khairat dan Kebajikan Peladang – PPK Parit Raja Kategori : Pengurusan Perniagaan Terbaik PPN 2015

Tajuk : “Baja Cap Peladang” Produk Inovasi PPNJ - Pertubuhan Peladang Negeri Johor

Kategori : Pengurusan Perniagaan Terbaik PPK 2015

Tajuk : Sistem Pemasaran Padi dan U-Subsidi – PPK Pasir Panjang Kategori : Pengurusan Pemasaran Terbaik 2015

Tajuk : Sistem Pengredan Ikan Keli – PPK Tanjung Karang Kategori : Pengurusan ICT PP Terbaik 2015

Tajuk : SMART POS, UBS Accounting System dan GST - PPK Kubur Panjang

Kategori : Pengurusan PPN Jentera Terbaik 2015

Tajuk : Dua Inovasi “Plastering Machine” dan “Row Seeder +” – PPN Jentera Pulau Pinang

Kategori : Pengurusan Industri Asas Tani Terbaik 2015

Tajuk : Inovasi Alat Dinamo Bagi Pembungkusan Beras – PPK Bandar Baharu

Kategori : Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Tanaman)

Tajuk : Pengurusan Masalah Perosak – PPK Bagan Datoh

Kategori : Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Ternakan) 2015

Tajuk : Ternakan Lembu Integrasi - PPNJ

Kategori : Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Ternakair) 2015

Tajuk : Pengkulturan Microalgae – PPK Johor Baharu Selatan Peladang Jaya

Peladangnita Jaya PPK Jaya

(3)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 1

D

emi memastikan kelancaran kerja dan

kecekapan pengurusan, Bahagian Audit Pengurusan telah mencipta satu sistem inovasi yang dinamakan Audit Fee Integrated Management System (AFIMS). Sistem ini menggunakan data sedia ada yang terdapat di “System Century”. Inovasi telah dibuat ke atas sistem sedia ada yang membolehkan bil-bil dimasukkan ke dalam sistem dan akaun penghutang diwujudkan secara automatik.

Apa yang menariknya mengenai AFIMS ini adalah, sistem ini memudahkan Bahagian Audit Pertubuhan membuat kutipan dari penghutang dan dalam masa yang sama penghutang mudah dikenalpasti tanpa perlu menunggu laporan bulanan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri. Melalui penggunaan sistem ini juga, keselamatan data adalah terjamin kerana hanya seorang pegawai sahaja dari Bahagian Audit Pertubuhan yang boleh mengakses keseluruhan maklumat di dalam sistem dari mula hingga akhir proses.

Di samping itu, kelebihan AFIMS ini adalah dapat menjimatkan masa, tenaga kerja dan kos pengurusan dapat dijimatkan. Yang nyata, sistem yang diinovasikan oleh Bahagian Audit Pertubuhan ini telah memberi impak yang besar kepada kakitangan yang menggunakan sistem ini. Sistem ini juga telah menduduki tempat ketiga di Konvensyen KIK Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Tahun 2015. Keadaan ini tentunya melayakkan mereka memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan LPP Ibu Pejabat Terbaik 2015. Sesungguhnya, kejayaan mereka ini dapat dijadikan inspirasi kepada kakitangan LPP yang lain agar persekitaran kerja yang cepat, mudah dan tepat dapat diwujudkan.

AFIMS; Cepat, Mudah, dan Tepat! –

Bahagian Audit Pertubuhan

Pengurusan LPP Ibu Pejabat Terbaik 2015

Tuah Inovasi Dua Sistem – LPP Negeri Kedah

Pengurusan LPP Negeri Terbaik 2015

M

elihat kepada persekitan kerja, telah

tergambar amalan suasana kerja sihat dalam kalangan kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Kedah. Budaya kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas sering kali diamalkan tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun. Kakitangan di sini turut mewujudkan suasana kerja yang kondusif dengan mengamalkan Amalan 5S. Jika dilihat dari segi cara kerja yang diamalkan oleh kakitangan LPP Negeri Kedah, ternyata Amalan 5S ini melahirkan pekerja yang berdedikasi, teratur dan bertanggungjawab.

Sebagai pemenang Anugerah Inovasi Pengurusan LPP Negeri Terbaik 2015, LPP Negeri ini telah mewujudkan sebuah sistem yang telah diinovasikan bagi memantau penghantaran laporan kepada

LPP Negeri. Sistem ini berfungsi untuk membuat pemantauan terhadap penghantaran laporan yang melibatkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) ke Pejabat LLP Negeri, dan dari LPP Negeri ke LPP Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Laporan yang dihantar akan direkod seperti format buku pemantauan yang sedia ada. Setiap laporan yang telah dihantar akan direkod dan dilapor mengikut bulan penghantaran. Ketua cawangan dan pengarah negeri akan mengesahkan setiap laporan yang dihantar bagi memastikan ia adalah valid.

LPP Negeri Kedah telah membuktikan dengan penganugerahan yang diterima di dalam Anugerah Inovasi 2015 adalah satu kelebihan yang dapat dicontohi oleh LPP Negeri yang lain. Penganugerahan ini juga dapat menjadi platform kepada mereka untuk lebih maju dan menempa pelbagai kejayaan di masa akan datang seterusnya dapat membawa nama LPP ke peringkat yang lebih tinggi.

(4)

Inovasi Tanaman Bumi Hijau di Sekitar Pejabat –

PPK Senggarang

Pengurusan Kerja Dan Tadbir Urus Terbaik 2015

P

engurusan rekod dan fail yang tersusun serta bersistematik merupakan salah satu rahsia kejayaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Senggarang dalam memenangi Anugerah Inovasi bagi kategori Pengurusan Kerja dan Tadbir Urus Terbaik 2015. Kemenangan ini turut dibantu oleh susun atur persekitaran pejabat yang memberi keselesaan kepada kakitangan yang bekerja di unit ini. Selain itu, susun atur yang kemas dan bersistematik ini memberi suasana kondusif untuk setiap urusan yang dilakukan di pejabat.

PPK Senggarang telah menginovasikan kawasan sekitar pejabat dan unit dengan menanam sayuran hijau. Projek inovasi ini dinamakan “Tanaman Bumi Hijau Di Sekeliling Pejabat dan Unit”. Pelbagai sayur-sayuran telah ditanam antaranya, terung, lada dan kacang panjang. Penanaman sayur-sayuran hijau ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan kawasan tanah yang terhad di sekitar pejabat. Tambahan pula, dengan mewujudkan bumi hijau ini tanah yang terbiar dapat digunapakai dengan sebaiknya. Umpama “Berbudi Pada Tanah, Lambat Laun Memungut Hasilnya”. PPK Senggarang turut memperoleh pendapatan sampingan dengan penjualan hasil sayur-sayuran yang telah ditanam ini.

Selain itu, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan ke tahap yang lebih proaktif PPK Senggarang telah menggantikan sistem Punch Card kepada sistem penggimbas cap jari bagi merekod kedatangan kakitangan PPK ke pejabat. Sistem ini dilihat dapat memastikan kedatangan kakitangan direkod dengan lebih tepat dan efektif. Tidak hairanlah apabila PPK Senggarang telah dinobatkan sebagai penyandang Anugerah Inovasi Kategori Pengurusan Kerja dan Tadbir Urus Terbaik bagi Tahun 2015.

(5)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 3

P

enyandang Anugerah Inovasi Penyampaian 10 Perkhidmatan Terbaik bagi Tahun 2015 telah diraih oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pasir Panjang. Lazimnya, PPK mempunyai sepuluh perkhidmatan yang perlu diberikan kepada pelanggan yang terdiri daripada ahli PPK sendiri. Sepuluh perkhidmatan tersebut ialah pengurusan dan pembangunan sumber manusia, mekanisasi/automasi ladang, bekalan ladang, pemasaran, infrastruktur ladang, pengembangan dan perkhidmatan nasihat, pengendalian lepas tuai, pembiayaan, pusat sumber, dan serat teknologi pemprosesan. Nilai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPK Pasir Panjang ini adalah sebanyak RM15,834,723.16 yang berjaya memberi faedah kepada 15,990 orang ahli.

Dengan komitmen pihak pengurusan dan kakitangannya, PPK Pasir Panjang telah mewujudkan inovasi dengan memperkenalkan “Sistem Pendaftaran Pesawah (SPP)”, yang mana di dalam sistem ini terdapat dua modul yang telah diwujudkan iaitu Sistem Pemasaran

Padi dan Sistem U-Subsidi. Kesannya, sistem ini telah berjaya mengurangkan bilangan 2,867 pesawah yang tidak mengemaskini pendaftaran pesawah setiap musim kepada 904 orang dan pencapaiannya adalah sebanyak 99.71 peratus. Lebih menarik lagi, dengan penggunaan sistem ini tempoh pengedaran baja dan saluran bantuan kerajaan kepada pesawah lebih efisien dan cepat jika dibandingkan sistem sebelum ini iaitu daripada 15 hari kepada 5 hari.

Di samping itu, sistem yang diinovasikan ini telah dibina dengan beberapa ciri istimewa bagi memudahkan para penggunanya. Sistem ini telah menggabungkan tiga jenis rekod bantuan ke dalam satu rekod sahaja, mewujudkan notis pemberitahuan, mewujudkan ciri-ciri amaran dan penetapan tarikh penyerahan dan penerimaan. Dengan menaik taraf sistem SPP ini, pengguna khususnya para petani dapat mengambil manfaat sepenuhnya dan dalam masa yang sama, PPK mampu untuk memberi dan menyampaikan maklumat secara terus dan berkesan kepada para pesawah yang menjadi ahli PPK.

Menyedari hakikat di atas, inovasi yang telah dibawa oleh PPK Pasir Panjang ini telah berjaya membawa satu perubahan yang memberi manfaat kepada para pesawah. Dengan penerimaan anugerah inovasi yang diperolehi PPK, dapatlah kakitangan PPK berkongsi ilmu dan manfaat melalui inovasi yang diwujudkan ini.

Sistem Pendaftaran Pesawah (SPP) Manfaat Kepada

Petani – PPK Pasir Panjang

(6)

Inovasi Melahirkan Usahawan Peladang Progresif –

PPK Kunak

PP Lahir Usahawan Peladang Progresif Terbaik 2015

A

nugerah Inovasi PP Lahir Usahawan

Peladang Progresif Terbaik 2015 telah disandang oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kunak. Pengiktirafan ini dibuat kerana PPK ini telah berjaya melahirkan usahawan peladang seramai 203 orang yang berpendapatan RM3,000 ke atas sebulan. Usahawan peladang ini adalah terdiri daripada 11 peratus dari keseluruhan ahli PPK Kunak. Para usahawan peladang di PPK Kunak ini terlibat dengan pelbagai bidang pertanian dan aktiviti perniagaan. Daripada aktiviti perniagaan tersebut, jumlah pemasaran hasil pertanian telah mencecah sebanyak RM14,120,123.

Apa yang lebih membanggakan, pemilikan saham ahli di PPK kini adalah berjumlah RM50,980 dan penambahan saham telah dibuat oleh usahawan peladang pada tahun ini sebanyak RM21,300. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh para usahawan peladang di PPK Kunak apabila mereka telah meraih anugerah di dalam pelbagai sektor. Antaranya, seramai 4 orang usahawan telah memenangi anugerah di dalam sektor peladangan, 3 orang dalam sektor penternakan, 5 orang dalam sektor akuakultur dan 3 orang dalam sektor pemprosesan serta perkhidmatan.

Selain melahirkan usahawan peladang, PPK Kunak juga telah mewujudkan inovasi dengan mencipta jaring (pukat) tuaian hasil udang dan ikan. Ciptaan inovasi ini dapat membantu dalam menjimatkan masa selama 5 jam sewaktu proses menuai hasil udang dan ikan selain turut menjimatkan kos penyelenggaraan sebanyak RM500. Tambahan pula, dengan penggunaan jaring yang telah diinovasikan ini tumbesaran ternakan udang dapat membesar dengan lebih cepat seterusnya dapat mengeluarkan hasil ternakan yang segar.

Pendek kata, melalui anugerah yang diperolehi olah PPK Kunak ini membuktikan PPK begitu serius dalam melahirkan usahawan peladang yang progresif dan berjaya dalam sektor pertanian yang mereka ceburi, dengan dibantu oleh penciptaan inovasi yang efisien dan memudahkan proses kerja. Kejayaan PPK Kunak ini dapat menjadi contoh kepada PPK lain dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan peladang yang progresif di masa akan datang.

(7)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 5

B

agi melahirkan ahli-ahli PPK yang aktif, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parit Raja telah menggalakkan penglibatan ahlinya melalui program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PPK. Penyertaan ahli peladang ini menjadi aspek utama dan sangat diberi penekanan oleh PPK Parit Raja. Inilah yang membawa kejayaan kepada PPK Parit Raja yang telah merangkul Anugerah Inovasi Pengurusan Unit Peladang Aktif Terbaik 2015. Pelbagai aktiviti sosial telah diadakan untuk ahli antaranya gotong-royong, lawatan sambil belajar, ibadah qurban, majlis keagamaan dan kursus yang berkaitan dengan pertanian.

Pada Tahun 2014, mesyuarat agung unit-unit di bawah kendalian PPK Parit Raja telah mencatatkan jumlah kehadiran seramai 2,135 orang ahli. Ini menunjukkan penglibatan ahli yang sangat aktif dalam program-program anjuran unit masing-masing di PPK Parit Raja. Lebih membanggakan lagi, jumlah keahlian juga meningkat daripada 6,536 orang ahli kepada 6,837 orang ahli. Ini seterusnya memberi kesan yang positif kepada jumlah saham ahli di PPK Parit Raja pada tahun ini apabila berjaya ditingkatkan sehingga mencecah RM1,016,615. Bagi mengaktifkan lagi penglibatan ahli-ahli unit peladang, PPK Parit Raja telah melaksanakan inovasi dengan mewujudkan “Tabung Khairat dan Kebajikan Peladang”. Pelaksanaan tabung ini adalah bertujuan untuk membantu ahli peladang dari segi bantuan kebajikan serta khairat kematian.

Dengan penubuhan tabung ini, ahli peladang telah berjaya mengumpulkan jumlah sumbangan sebanyak RM32,800 bagi tahun 2014. Tabung ini mempunyai seramai 940 orang ahli dan dalam masa yang sama, jumlah sumbangan telah dilaburkan melalui pembelian saham Kilang Sawit Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ).

Pelbagai kelebihan yang diperolehi melalui pelaksanaan Tabung Khairat dan Kebajikan Peladang ini. Dengan pelaksanaan tabung ini, dana Tabung Kumpulan Wang Pertubuhan Peladang (Kebajikan Ahli) dapat dijimatkan di mana pembayaran terhadap kebajikan ahli tidak sepenuhnya menggunakan kewangan dari wang yang telah dikumpulkan tersebut. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan penyertaan ahli dalam program PPK serta menarik minat dan mempromosikan PP kepada bukan ahli. Melalui kepelbagaian program yang dijalankan ini, secara tidak langsung imej PPK Parit Raja turut dapat ditingkatkan. Kejayaan yang diperolehi PPK Parit Raja ini sewajarnya menjadi “benchmark” kepada unit PPK yang lain dalam memastikan matlamat sebenar pertubuhan dapat dijalankan dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.

Tabung Khairat dan Kebajikan Peladang –

PPK Parit Raja

Pengurusan Unit Peladang Aktif Terbaik 2015

(8)

“Baja Cap Peladang” Produk Inovasi PPNJ

Pengurusan Perniagaan Terbaik PPN 2015

P

ertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Pengurusan Perniagaan Terbaik PPN 2015. Kejayaan memenangi anugerah ini adalah hasil pencapaian cemerlang PPNJ dalam menjalankan aktiviti perniagaan yang memberikan nilai keuntungan sebanyak RM12,475,584.11. Keuntungan yang diperolehi ini adalah hasil daripada urusniaga yang dijalankan bersama ahli peladang. Lebih membanggakan lagi apabila hasil urusniaga tersebut telah mencecah sebanyak RM528,933,460.39 yang menjadikan nilai ahli berurusniaga dengan PPNJ adalah 100 peratus. Bertitik tolak daripada itu, PPNJ telah membentuk perancangan perniagaan 5 tahun dan perniagaan input pada tahun 2014. Bagi Program Pertanian Input Bersepadu yang melibatkan PPNJ dengan NAFAS, sasaran urusniaga mencapai nilai sebanyak RM866,077.75 yang mana telah melepasi sasaran nilai urusniaga yang ditetapkan iaitu sebanyak 85.9 peratus. Selain itu, PPNJ juga telah mewujudkan satu produk inovasi yang dikenali sebagai “Baja Cap Peladang”. Baja Cap Peladang ini merupakan jenama produk PPNJ sendiri di bawah anak Syarikat Peladang Agrochemical Trading Sdn. Bhd. Baja ini telah membantu para peladang dalam mengurangkan kos pembajaan ladang sawit mereka sebanyak RM297,000. Ini dapat dibuktikan dengan penggunaan Baja Cap Peladang bagi ladang sawit yang berkeluasan 1000 hektar hanya menggunakan

kos sebanyak RM250,000, berbanding dengan penggunaan MPOB F4 yang memakan kos sebanyak RM547,000 bagi keluasan ladang kelapa sawit yang sama. Disebabkan keistimewaan inilah, PPNJ telah mensasarkan jualan produk inovasi ini sebanyak 100 peratus melalui Program Pertanian Input Bersepadu.

Yang nyata, pelbagai kelebihan yang diperolehi oleh PPNJ dan ahli peladang melalui penggunaan baja ini. Dengan penggunaan baja ini, membolehkan pemantauan nutrien dan pengawalan harga di pasaran ke atas produk ini dibuat dengan sebaiknya. Keadaan ini tentunya akan meningkatkan langganan ahli terhadap produk ini berikutan kualiti baja yang dihasilkan dan dalam masa yang sama dapat membantu ahli untuk mendapatkan baja dengan harga yang berpatutan. Kandungan formula baja ini juga telah diuji di makmal yang mana komponennya terdiri daripada 70 peratus bahan kimia dan 30 peratus bahan organik.

Dengan pengeluaran baja di bawah jenama sendiri, PPNJ telah diberi penghargaan untuk memenangi anugerah ini. Hal ini sejajar dengan matlamat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk memberi khidmat yang terbaik kepada para pelanggan yang berhubung secara langsung atau tidak dengan LPP. Syabas dan tahniah diucapkan kepada PPNJ.

(9)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 7

P

enyandang Anugerah Inovasi Pengurusan

Perniagaan Terbaik PPK 2015 telah dinobatkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pasir Panjang. Keluasan dan kepelbagaian perniagaan yang berjaya diwujudkan oleh PPK Pasir Panjang telah menjadi faktor kejayaan ini. PPK Pasir Panjang telah menjalankan aktiviti perniagaan pengeluaran padi sebanyak 7,725 hektar, kelapa sawit 2,500 hektar, dan tanaman kelapa 2,000 hektar.

Pada tahun 2014, terdapat peningkatan bilangan ahli yang berurusniaga dengan PPK Pasir Panjang iaitu dari 2,950 orang ahli kepada 3,392 orang ahli. Kesannya, dengan peningkatan bilangan ahli yang berada di bawah PPK Pasir Panjang ini nilai urusniaga telah mencecah sebanyak RM971,868 dan nilai keuntungan yang dicapai adalah RM269,971.

Kejayaan yang dicapai ini turut dibantu oleh perancangan perniagaan 5 tahun dan perniagaan input pada tahun 2014. Tambahan lagi, PPK Pasir Panjang telah berjaya membuat kutipan balik kredit sebanyak RM1,137,220.99. PPK Pasir Panjang

telah mencatat sasaran belian sebanyak 88 peratus dan pencapaian sasaran jualan 100 peratus melalui Program Input Pertanian Bersepadu PP (PIB). Justeru, dengan adanya sokongan inovasi daripada Sistem Pemasaran Padi dan Sistem U-Subsidi ini, memberi kesan yang positif kepada peningkatan pengeluaran padi iaitu sebanyak 8.53 metrik tan seterusnya menyumbang kepada penjimatan kos sebanyak RM1,494. Selanjutnya, dengan penggunaan sistem ini urusan perniagaan di PPK Pasir Panjang dapat dilakukan dengan lancar dan sangat efektif.

Sistem Pemasaran Padi dan U-Subsidi –

PPK Pasir Panjang

(10)

Sistem Penggredan Ikan Keli –

PPK Tanjung Karang

Pengurusan Pemasaran Terbaik 2015

A

nugerah Inovasi Pengurusan Pemasaran

Terbaik 2015 telah disandang oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Karang di atas perlaksanaan kerja yang cemerlang. Kecemerlangan PPK Tanjung Karang dapat dibuktikan apabila pencapaian nilai pemasaran yang diperolehi bagi tahun ini adalah sebanyak RM8,385,914.38. Nilai pemasaran yang diperolehi ini disumbangkan oleh ternakair, tanaman dan produk industri asas tani.

Padi merupakan jenis tanaman yang dipasarkan oleh PPK Tanjung Karang yang mana pemasaran tanaman ini adalah sehingga 7,982.19 metrik tan. Bagi pemasaran ternakair pula, ikan keli dan siakap adalah jenis ternakair yang dipasarkan dan mencecah sebanyak 9,063 metrik tan. Manakala untuk produk industri asas tani pula, produk-produk seperti ayam, ikan keli dan daging yang ditin telah dipasarkan sebanyak 2,653 metrik tan.

PPK Tanjung Karang mempunyai ahli seramai 6,204 orang, di mana 4,200 orang daripada keseluruhan ahli terlibat secara langsung di dalam aktiviti pemasaran. Saluran pemasaran melalui pemborong, peruncit dan pembukaan depot-depot digunakan bagi memastikan pemasaran produk-produk PPK lancar dan berkesan. Pembukaan depot-depot ini telah disokong dengan kaedah yang digunakan iaitu jualan terus atau ladang kontrak.

Selain aktiviti pemasaran produk pertanian, PPK Tanjung Karang juga mewujudkan inovasi “Sistem Penggredan Ikan Keli” di mana ia dikenali sebagai sistem penggredan separa automatik. Sistem ini dapat menggred ikan keli dengan mudah dan cepat tanpa merencatkan tumbesaran ikan tersebut. Tempoh masa yang diambil dengan penggunaan alatan ini adalah selama 15 minit sahaja. Tambahan pula, kuantiti ikan yang digred adalah banyak dan kadar kematian ikan juga adalah kurang.

Dengan penganugerahan yang diperolehi oleh PPK Tanjung Karang ini membuktikan bahawa unit ini begitu serius dalam meningkatkan pemasaran produk-produk PP di pasaran. Kesungguhan dan semangat jitu yang ditunjukkan oleh unit ini seharusnya menjadi contoh kepada PPK yang lain dengan membudayakan inovasi dalam persekitaran kerja.

(11)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 9

P

ada tahun ini, Pertubuhan Peladang

Kawasan (PPK) Kubur Panjang telah merangkul Anugerah Inovasi Pengurusan ICT PP Terbaik 2015. PPK Kubur Panjang menerima penganugerahan ini berdasarkan pengurusan perkakasan ICT yang teratur dan terbaik. Disebalik kejayaan ini, sebuah Ahli Jawatankuasa ICT PPK Kubur Panjang ditubuhkan yang diketuai oleh pengurus besarnya sendiri.

Melihat kepada ruang kerja di PPK Kubur Panjang tergambar Amalan 5S yang menjadi budaya kerja anggota PPK. Ini dapat dilihat dari segi susun atur ruang penyimpanan fail, CD antivirus dan CD perisian yang begitu teratur susunannya. Penggunaan dua email iaitu email LPP dan alternatif telah membantu dalam melancarkan segala urusan di PPK Kubur Panjang.

Kemantapan dari segi perkakasan yang sedia ada di PPK Kubur Panjang telah menjadi faktor kejayaan PPK ini. Perkakasan ICT di PPK Kubur Panjang dilengkapi dengan 11 unit komputer, tiga unit komputer riba, dan 11 unit mesin pencetak. Tambahan lagi, terdapat kemudahan wifi yang disediakan di PPK ini bagi memudahkan “access” kepada internet.

Terdapat beberapa sistem aplikasi yang digunakan oleh PPK Kubur Panjang. Aplikasi yang digunakan terdiri daripada Sistem SMART POS (Point of Sale), UBS Accounting System, Million Accounting System (GST), serta penggunaan Sistem Pengiraan Undi Calon AJP bagi Mesyuarat Agung PPK. Walaubagaimanapun, hanya pengguna yang berdaftar sahaja yang boleh menggunakan sistem ini. Langkah melaksanakan dan membudayakan inovasi sangat dititikberatkan oleh PPK Kubur Panjang. Ini bagi memastikan PPK menjalankan tadbir urus kerja melalui penjimatan kos, masa dan tenaga kerja. Seterusnya, PPK Kubur Panjang telah mewujudkan inovasi “Sistem Pengurusan Projek Mini Estat Padi”.

Dengan penggunaan Sistem MEP ini, PPK dapat menjimatkan masa merekod data dari 20 minit kepada 5 minit serta penggunanaan tenaga kerja hanyalah seorang berbanding dua orang sebelum ini. Setiap sistem dan aplikasi yang diwujudkan mempunyai SOP bagi memudahkan proses kerja. PPK Kubur Panjang telah membuktikan bahawa bidang pertanian dan ICT boleh disatukan dan seterusnya dapat mewujudkan suasana kerja yang teratur dan cekap. Suasana kerja sebegini seharusnya menjadi contoh bagi membudayakan inovasi dalam kalangan warga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) secara keseluruhan.

SMART POS, UBS Accounting System dan GST -

PPK Kubur Panjang

(12)

Dua Inovasi “Plastering Machine” dan “Row Seeder +”

– PPN Jentera Pulau Pinang

Pengurusan PPN Jentera Terbaik 2015

A

nugerah Inovasi bagi kategori Pengurusan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Jentera 2015 telah dirangkul oleh PPN Jentera Pulau Pinang. Anugerah Inovasi ini telah dinobatkan kepada PPN Jentera Pulau Pinang kerana sumbangan dan khidmat kejenteraan yang telah mereka tawarkan kepada unit Pertubuhan Pertubuhan Kawasan (PPK) yang memerlukan. Khidmat kejenteraan yang ditawarkan adalah menyeluruh selain dari pembajakan tanah sawah dan penuaian padi.

Terdapat beberapa kelebihan yang ditonjolkan oleh PPN Jentera Pulau Pinang yang seterusnya melayakkan mereka memenangi anugerah ini, antaranya PPN Jentera ini mempunyai 31 buah jentuai yang beroperasi di kawasan tuaian yang berkeluasan 5,234 hektar dan terdapat 62 buah traktor yang digunakan untuk aktiviti pembajakan, pengapuran, perataan tanah dan pembuat batas. Selain itu, khidmat jentera yang diberikan oleh PPN Jentera ini melibatkan bilangan pelanggan seramai 5,234 orang bagi satu musim. Bagi memastikan kecemerlangan dalam memberi khidmat kejenteraan, pengurusan PPN Jentera Pulau Pinang sentiasa mengambil inisiatif berterusan dalam menyelenggara dan menjaga kenderaan, jentera serta peralatan yang merupakan aset kerajaan. Kejayaan yang diperolehi oleh PPN Jentera Pulau Pinang ini turut disumbangkan oleh dua inovasi

yang telah berjaya diwujudkan oleh mereka iaitu

“Plaster Machine” dan “Row Seeder +”. “Plastering Machine” merupakan teknologi pembinaan batas

berjentera bagi mengatasi masalah kawalan air sawah. Pembinaan “Plastering Machine” ini telah terbukti berjaya menyiapkan 20 hektar sawah padi sehari berbanding penggunaan 40 tenaga petani yang menggunakan cangkul bagi keluasan yang sama. Penggunaan teknologi ini juga mampu menghasilkan kualiti batas yang lebih padat dan kemas.

Manakala inovasi “Row Seeder +” pula, merupakan teknologi penggabungan kerja-kerja membaja, merata tanah dan menanam padi. “Row Seeder +” mempunyai keupayaan untuk menanam biji benih sebanyak 100 hingga 150 biji. Bagi proses membaja pula, ciptaan ini dapat membaja sawah dengan kuantiti 100kg/hektar (Baja Organik) dan dapat merata permukaan tanah setebal ±5cm kadar kerataan. Pelbagai kejayaan yang diperolehi oleh PPN Jentera Pulau Pinang yang telah memberi nilai tambah kepada kejayaan memenangi Anugerah Inovasi ini. Antaranya kemenangan tempat ketiga bagi pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperolehi oleh mereka pada Tahun 2013. Justeru, kejayaan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Ketegori Pengurusan PPN Jentera Terbaik 2015 merupakan penghargaan buat PPN Jentera Pulau Pinang di atas komitmen dan kerja keras yang telah mereka gembelingkan selama ini.

(13)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 11

Inovasi Alat Dinamo Bagi Pembungkusan Beras –

PPK Bandar Baharu

Pengurusan Industri Asas Tani Terbaik 2015

P

ertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bandar Baharu terletak di utara tanah air yang mempunyai seramai 1,460 orang ahli yang mewakili 15 unit peladang. Pemenang Anugerah Inovasi bagi Pengurusan Industri Asas Tani Terbaik ini telah mempunyai jumlah pegangan saham sebanyak RM690,317. Beberapa faktor kemenangan yang telah berjaya ditonjolkan oleh PPK ini bagi melayakkan mereka dinobatkan sebagai pemenang. Antaranya adalah, aktiviti pengampitan atau pembungkusan beras yang telah dijalankan bagi meningkatkan ekonomi PPK Bandar Baharu. Objektif projek ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang cepat dan menepati keperluan pelanggan. Bagi mencapai objektif berkenaan, PPK Bandar Baharu akan memastikan pengeluaran produk asas tani

adalah konsisten dengan menghasilkan inovasi kepada mesin pengampitan beras.

Inovasi terhadap mesin pengampitan beras ini telah diwujudkan dengan mengubahsuai pendawaian elektrik kepada alat Dinamo yang sedia ada. Langkah pengubahsuaian ini dilakukan dengan membaiki dan menambah punca kuasa elektrik untuk menghidupkan alat dinamo. Inovasi yang dijalankan ini telah berjaya menjimatkan kos pengeluaran berbanding penggunaan minyak diesel sebelum ini. Penjimatan yang berjaya dicapai adalah sebanyak RM5.04 kos minyak untuk satu tan metrik. Tambahan lagi, inovasi ini turut dapat menjimatkan tenaga kerja apabila jangka masa yang diperlukan adalah 45 minit untuk setiap satu metrik tan. Justeru, melalui pengubahsuaian ini PPK Bandar Baharu dapat memenuhi keperluan pelanggan secara langsung seterusnya dapat menjalinkan hubungan yang positif diantara pelanggan. Tindakan inovasi yang telah dibuat oleh PPK Bandar Baharu ini merupakan salah satu contoh yang boleh diaplikasikan. Ini kerana inovasi yang dilakukan adalah dengan membuat penambahbaikan ke atas peralatan sedia ada bagi meningkatkan pengeluaran produk dan mengurangkan kos operasi.

(14)

Pengurusan Masalah Perosak – PPK Bagan Datoh

Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Tanaman)

K

ecemerlangan dalam menjalankan projek

kelapa Matag telah membuahkan kejayaan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bagan Datoh apabila memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik 2015 bagi Kategori Tanaman. Kemenangan PPK ini diukur berdasarkan pencapaian pengeluaran keluaran kelapa Matag dengan memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM51,031.50 manakala keuntungan bersih adalah sebanyak RM3,846.54. Projek kelapa Matag ini telah melibatkan peserta seramai 123 orang di mana keluasan tanah pertanian adalah 187.30 hektar. Nilai tambah kejayaan PPK Bagan Datoh ini adalah melalui inovasi

“wire mash” yang digunakan di dalam kawasan

penanaman kelapa Matag. Pemasangan “wire

mash” ini dilakukan di parit-parit yang terdapat di

dalam kawasan penanaman kelapa Matag yang bertujuan untuk menghalang haiwan liar memasuki kawasan ladang.

Selain itu, PPK Bagan Datoh turut menggunakan perangkap kera dan “Pheromone” sebagai salah satu kaedah bagi mengurangkan masalah perosak tanaman kelapa Matag. Selain dapat mengurangkan

kadar perosak, inovasi ini juga dapat menjimatkan kos operasi sebanyak RM6,750, mengurangkan tenaga kerja seramai tiga orang, berlaku peningkatan hasil pengeluaran sebanyak RM23,000 dan dapat mengurangkan kadar kematian benih kelapa Matag.

Projek ini telah terbukti sangat bermanfaat apabila mendapat pengiktirafan dengan memenangi tempat pertama di dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Negeri dan turut mendapat pengiktirafan oleh Audit Dalam, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

(15)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 13

Ternakan Lembu Integrasi - PPNJ

Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Ternakan) 2015

B

erkat usaha yang tidak kenal putus asa. Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) telah memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Ternakan) 2015. PPNJ telah menjalankan projek ternakan lembu integrasi di Ladang Bukit Bujang, Segamat, Johor yang mana telah berjaya mencapai pengeluaran sebanyak 79 metrik tan daging lembu dengan hasil pengeluaran mencecah sehingga RM998,699.64.

Projek ternakan lembu integrasi yang dijalankan ini merupakan salah satu projek korporat PPNJ di mana bilangan lembu yang diternak adalah sebanyak 1,294 ekor. Projek ini menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun. Tambahan pula, keadaan ladang yang dilengkapi dengan infrastruktur yang baik seperti pemasangan dawai elektrik, jalan ladang yang luas, stor projek serta rumah pekerja yang turut disediakan.

Bagi memastikan pengurusan projek ternakan ini berjalan dengan lancar, PPNJ telah memperkenalkan inovasi “Sistem Penggajian

Pekerja (Borong & Komisen)”. Sistem ini membantu dalam memperkemaskan lagi kaedah pengurusan ternakan lembu. Melalui inovasi yang diwujudkan ini, sistem bayaran yang diterima oleh pekerja lebih setimpal dan adil. Ini kerana bayaran yang dibuat adalah bergantung kepada bilangan lembu yang dijaga oleh gembala.

Sistem penggajian pekerja dibuat berdasarkan nilai upah menjaga seekor lembu dibayar sebanyak RM5 dan apabila lembu yang dijaga mencecah sebanyak 401 ekor, harga bayaran upah akan diturunkan kepada RM4 seekor. Sistem ini dilihat dapat memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak iaitu PPNJ dan pekerja kerana bilangan lembu yang diternak oleh PPNJ dapat menawarkan gaji yang berpatutan, disamping PPNJ dapat memastikan penjagaan lembu-lembu ternakan adalah dalam keadaan baik.

Kesimpulannya, sebahagian besar kejayaan yang dicapai oleh PPNJ ini adalah hasil daripada pengurusan projek yang lebih teratur dan bersistematik. Ia merupakan sebuah kejayaan yang dapat menyebarkan ilmu keusahawanan selain turut memberi pulangan yang lumayan kepada PPNJ.

(16)

Pengkulturan Microalga – PPK Johor Baharu Selatan

Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Katgori Ternakair) 2015

P

epatah Arab ada menyebut; ‘Man Jadda

Wajjada, Waman Zara’a Hasoda’ yang bermaksud, ‘siapa yang berusaha dia yang berjaya, dan siapa yang menanam dia yang menuai hasilnya’. Pepatah Arab ini sinonim dengan kisah kejayaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Baharu Selatan, apabila PPK ini telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Pengurusan Projek Pengeluaran PP Terbaik (Kategori Ternakair) 2015.

PPK Johor Baharu Selatan telah menjalankan projek ternakair ikan marin dengan menggunakan 35 buah kolam. Projek ikan marin yang diusahakan ini merupakan salah satu projek korporat PPK Johor Baharu Selatan yang berkeluasan 20.234 hektar dan memberi pulangan bersih sebanyak RM23,844. Melalui projek ini, PPK Johor Baharu Selatan berupaya mengeluarkan benih ikan sebanyak 720,000 ekor. Selain itu, PPK Johor Baharu Selatan turut memasarkan benih ikan ini kepada PPK yang memerlukan disamping mengeksportnya ke Singapura.

Nilai tambah yang telah melayakkan PPK Johor Baharu Selatan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi ini adalah melalui projek Pengkulturan Mikroalga. Projek ini dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran benih ikan. Mikroalga merupakan tumbuhan thalus yang berklorofil dan mempunyai pigmen tumbuhan yang dapat menyerap cahaya matahari melalui proses fotosintesis. Tumbuhan thalus ini hidup di air tawar, payau dan laut. Ia hidup secara trestrial, epifit dan epizoik.

Proses Pengkulturan Mikroalga di dalam kolam dilakukan sebanyak 3 kali. Pelbagai faedah yang diperolehi melalui pelaksanaan inovasi ini antaranya, dapat mengurangkan kadar kematian benih ikan, membantu tumbesaran benih mencapai standard yang diperlukan, dan meyakinkan pelanggan bahawa kualiti benih yang dipasarkan adalah mencapai piawaian yang diperlukan dan seterusnya menjana keuntungan kepada PPK.

Kisah kejayaan PPK Johor Baharu Selatan seharusnya dijadikan inspirasi kepada PPK lain dalam memberi yang terbaik kepada bidang tugasan. Manfaatnya bukan sahaja dapat dirasai oleh PPK Johor Baharu Selatan, malah para peladang yang bernaung di bawah PPK ini turut menerima manfaat kesan dari pengurusan dan penyeliaan yang penuh dedikasi. Tahniah diucapkan kepada PPK Johor Baharu Selatan.

(17)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 15

Saipol Azimir bin Zainuddin, ahli PPK Kuala Langat

mula menceburi bidang pertanian dengan menternak lembu selepas menamatkan zaman persekolahan. Pada mulanya beliau kurang mahir dalam bidang penternakan lembu. Namun, dengan sokongan oleh keluarga dan rakan-rakan, ia telah mendorong beliau untuk terus mempelajari bidang ini. Beliau bermula dengan membeli seekor lembu daripada gaji bulanan yang diperolehi melalui pekerjaannya. Selain menternak, kini Saipol Azimir juga mengusahakan projek pengeluaran dan pemprosesan iaitu pemprosesan ternakan lembu, kambing, rusa dan kerbau. Beliau juga menjalankan projek-projek pertanian seperti tanaman kelapa sawit, pemasaran kelapa sawit, kontrak menuai kelapa sawit, kontrak tanaman kerja ladang dan tanaman kunyit. Untuk menambah lagi pendapatan, beliau telah melibatkan diri dalam bidang bukan pertanian iaitu dengan membuka sebuah kedai makan, sewaan lori dan kontrak binaan dan saliran. Projek utama Saipol Azimir ialah projek pertanian pengeluaran dan pemprosesan makanan iaitu terdiri daripada ternakan lembu integrasi dan feedlot, ternakan kambing biri-biri dan katjang,

ternakan rusa dan kerbau serta tanaman ubi kayu dan pisang tanduk. Melalui projek ternakan pada 2014, beliau telah memperolehi pendapatan sebanyak RM1,987,000.00. Untuk bidang tanaman, pendapatan bersih yang diperolehi adalah RM1,558,300.00 setahun. Manakala bidang bukan pertanian telah memberikan pendapatan sebanyak RM214,000.00 setahun.

Dalam aktiviti kemasyarakatan, penglibatan Saipol Azimir adalah begitu aktif di mana beliau merupakan pengerusi Kor Tani PPK Kuala Langat dan Pengerusi Jawatankuasa Ternakan Kor Tani PPK. Di dalam persatuan bukan kerajaan (NGO) pula, beliau dipertanggungjawab sebagai AJK JKKKP Kampung Tali Air, AJK Masjid Kampung Tali Air, dan AJK Persatuan Belia Kuala Langat.

Saipol Azimir juga telah menggunakan dan melaksanakan beberapa inovasi. Antaranya adalah penggunaan kaedah menaikkan ternakan ke lori secara bersendirian dan inovasi yang mencampurkan makanan ternakan dari campuran napier, pelepah sawit dan sisa minyak sawit untuk mengurangkan kos makanan ternakan. Bagi menjamin kepuasan pelanggan, beliau telah melakukan inovasi tagging bagi lembu korban bagi mengelakkan pertukaran lembu semasa pembekalan dibuat.

Harapan Saipol Azimir adalah ingin meneruskan usaha dan memperluaskan penghasilan dalam sektor penternakan lembu dengan menambah induk atau baka yang lebih baik. Disamping itu, beliau sedang menerokai bidang latihan dan kursus penternakan secara hands on dengan membuka Pusat Latihan Ternakan dengan dibantu oleh Lembaga Pertubuhan Peladang melalui PPK Kuala Langat.

Peladang

Jaya

(18)

YM Tengku Faridah Bt Tengku Hussaib merupakan ahli peladang dari PPK Cameron Highlands. Beliau mula menceburi bidang perniagaan selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2005. Beliau mula menceburi bidang perniagaan dengan mengambil alih pengurusan kebun sayur tanah tinggi dan langkah pertama yang diambil adalah dengan menaiktaraf kebun sayur tersebut.

Dengan hasil dari kebun sayur tersebut, Tengku Faridah menggunakannya sebagai modal dalm menceburi bidang pembinaan dengan menggunakan lesen kelas F. Selepas setahun menceburi bidang kebun sayur dan bidang pembinaan, beliau telah membuka kebun strawberi dan Kafe Royal Berry dengan menggunakan konsep yang sama iaitu menggunakan hasil keuntungan daripada kebun sayur dan projek pembinaan sebagai modal. Pada tahun 2012, Kafe Royal Berry telah siap dibina dan beliau mula mempelajari bidang pemprosesan pula seperti pemprosesan jem, kordial, ais krim dan sos strawberi dengan bantuan modal daripada Lembaga Pertubuhan Peladang.

Perniagaan utama Tengku Faridah adalah pengeluar sayuran tanah tinggi dan melalui perniagaan ini, beliau telah memperolehi pendapatan bersih

sebanyakan RM1.04 juta bagi tahun 2014. Sayur-sayuran yang diusahakan di kebun tersebut adalah kaukei, buncis, cili, tomato dan strawberi dimana kebun ini dapat mengeluarkan 178 tan metrik hasil tanaman bersamaan nilai RM321,660.00. Bagi bidang pembangunan, pendapatan bersih yang diperoleh adalah RM800,000.00 setahun, manakala bagi pendapatan bersih kebun strawberi yang berkeluasan 2 ekar telah memberikan hasil sebanyak RM300,000.00 setahun. Kejayaan penubuhan Kafe Royal Berry memberikan pendapatan bersih sebanyak RM200,000.00 setahun dan bidang pemprosesan daripada LPP pula telah memberikan pendapatan bersih sebanyak RM40,000.00 setahun. YM Tengku Faridah juga bergiat aktif dalam aktiviti kegiatan masyarakat di mana beliau merupakan Pengerusi Peladangnita PPK Cameron Highlands dan Ketua Peladangnita Zon Jelai, Cameron Highlands, Lipis dan Merapoh. Di unit-unit pula, beliau dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Unit dan Pengerusi Peladangnita Sg. Palas. Dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar, Tengku Faridah telah mencipta satu inovasi menggunakan buluh bagi penanaman strawberi.

Harapan Tengku Faridah pada masa hadapan adalah beliau ingin memperluaskan perniagaan dengan membuka restoran steamboat dan beliau juga berharap dapat mempergiatkan lagi aktiviti pemprosesan seperti pemprosesan tepung strawberi dan menaiktaraf kebun sayur di bawah PPK Cameron Highlands.

(19)

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI DISEMBER 2015 17

P

ertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pasir Panjang telah didaftarkan pada 12 Julai 1983 dan beroperasi di Lot 1935, Bangunan Peladang, Pekan Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor. PPK Pasir Panjang mengendalikan sebanyak 21 unit Peladang dengan keluasan 12,305 hektar. Pada tahun 2014, prestasi kewangan PPK Pasir panjang berjaya mencatat keuntungan bersih yang bernilai RM 269,971.00.

Aktiviti utama yang dijalankan oleh PPK Pasir Panjang adalah pemasaran padi secara pukal. Hasil daripada pemasaran padi secara pukal PPK Pasir Panjang telah meningkatkan keuntungan sebanyak RM 125,622.25. Peningkatan tersebut disebabkan oleh pertambahan belian padi daripada peserta NKEA, peningkatan hasil padi, penetapan harga RM 1,200.00 menyebabkan pertambahan penjualan padi di PPK, bayaran tambang kepada pesawah dari sawah ke pukal dan potongan padi dibuat secara tetap. Bagi projek seterusnya iaitu projek ladang benih telah mencatat peningkatan pada tahun 2014, PPK Pasir Panjang telah memperolehi keuntungan sebanyak RM78,470.28. Ini disebabkan oleh pertambahan kuota keluasan ladang benih dan pertambahan penyertaan peladang. Untuk projek pengedaran subsidi baja padi kerajaan Persekutuan, PPK Pasir Panjang memperolehi keuntungan RM346,784.00. Projek

PPK JAYA

semaian benih pula memperolehi keuntungan RM72,891.00, manakala bagi projek kedai input pertanian, keuntungan yang diperolehi adalah sebanyak RM17,822.00, dan projek kerja kontrak pula telah memperolehi keuntungan sebanyak RM14,865.00.

PPK Pasir Panjang juga telah menjalankan aktiviti Projek NKEA. Program Transformasi Ekonomi NKEA - EPP 11 - PPK Pasir Panjang telah diluluskan penubuhan pada 4 Oktober 2013 dengan kuota keluasan 500 hektar menjelang 2020. Tumpuan program adalah bagi pembangunan infrastruktur dan penglibatan dalam rantaian nilai. Antara matlamat aktiviti yang ingin dicapai di dalam projek NKEA adalah menambahkan pendapatan, meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras serta jaminan keselamatan makanan negara, mewujudkan pengurusan yang lebih cekap dan berorientasikan perniagaan skala besar.

PPK Pasir panjang telah melaksanakan inovasi. Inovasi yang dilaksanakan adalah Sistem Pemasaran Padi dan sistem U Subsidi. Inovasi ini dicipta dengan menggabungkan 3 jenis rekod bantuan dalam satu rekod. Pengeluaran padi dapat ditingkatkan kepada 8.53 metrik tan dan berlaku penjimatan kos sebanyak RM1,494. Sistem ini juga dapat melicinkan urusan perniagaan dengan menjimatkan kos pengurusan.

Dengan apa yang diusahakan oleh PPK Pasir Panjang sepanjang tahun 2014, ia telah melayakkan PPK Pasir Panjang untuk memenangi Anugerah PKK Jaya Peringkat Kebangsaan pada tahun ini dengan dibantu oleh pengurusan, ahli jemaah pengarah dan ahli-ahli di bawah PPK Pasir Panjang.

(20)

U

nit Peladang Tanjung Bidara ditubuhkan pada 1974 bermula dengan ahli seramai 10 orang. Kini Unit Peladang ini mempunyai anggota seramai 214 orang dan 142 keluargatani. Kebanyakan anggotanya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang pertanian. Unit Peladang Tanjung Bidara di bawah seliaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Masjid Tanah, Melaka diketuai oleh Encik Shaari bin Ujang sebagai ketua unit.

Unit Peladang Tanjung Bidara mempunyai modal saham di PPK sebanyak RM26,790.15 dengan jumlah simpanan sebanyak RM3,645.73. Unit Peladang Tanjung Bidara telah menjalankan beberapa projek perniagaan iaitu projek pemprosesan makanan, projek pertanian lain dan projek bukan pertanian. Dalam menjalankan perniagaan tersebut, Unit Peladang telah memperolehi hasil pendapatan yang memberansangkan. Hasil pendapatan daripada pemprosesan makanan yang terdiri daripada tanaman kontan 25 ekar, tanaman fertigasi cili 2 ekar serta buah tembikai dan pisang seluas 15 ekar telah menyumbang hasil pendapatan sebanyak RM488,000.00. Untuk projek pemprosesan makanan ternakan, Unit Peladang Tanjung Bidara telah mendapat hasil RM 535,000.00 daripada ternakan lembu sebanyak 180 ekor, ternakan kambing sebanyak 700 ekor dan ternakan ayam serta itik 1500 ekor. Unit Peladang Tanjung Bidara juga menjalankan projek pemprosesan makanan melalui akuakultur dan makanan ringan. Akuakultur

Pemenang Unit

Peladang Jaya

telah memberi hasil sebanyak RM150,000.00 dan hasil makanan ringan sebanyak RM560,000.00. Pendapatan Unit Peladang Tanjung Bidara bukan sahaja dari projek pemprosesan makanan, malah Unit Peladang juga mendapat hasil daripada projek pertanian lain iaitu sawit dan getah serta projek bukan pertanian jenis perniagaan seperti kedai runcit, bengkel kereta, chalet, kedai makan, kedai baju dan kerja kontraktor. Projek pertanian lain telah memperolehi hasil sebanyak RM280,000.00 dan untuk projek bukan pertanian adalah sebanyak RM697,000.00.

Unit Peladang Tanjung Bidara juga bergiat aktif di dalam aktiviti kegiatan masyarakat, di mana sering melakukan aktiviti sosial seperti lawatan, gotong-royong dan memberikan kemudahan taska sebagai sumbangan kepada masyarakat dalam unit ini. Unit Peladang ini juga telah menyumbang kepada bidang inovasi. Inovasi yang telah diperkenalkan ialah pembalut pulut tapai menggunakan kertas untuk membalut tapainya. Ia mudah diperolehi dan senang diuruskan serta menjimatkan kos.

Harapan pada masa hadapan, unit ini ingin mempelbagaikan aktiviti masyarakat dan meningkatkan keuntungan isipadu perniagaan yang dijalankan. Kejayaan Unit Peladang Tanjung Bidara turut dibantu oleh PPK Masjid Tanah dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

Referensi

Dokumen terkait

Puji Syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, karena berkat dan kasih-Nya penulis dapat menyelesaikan skripsi ini dengan judul “Faktor-Faktor yang

Dengan volatilitas proyek yang telah ditentukan pada tahap sebelumnya dan nilai awal proyek dari nilai harapan cash flow sebesar V 0 yang telah diberikan,

KESATU : Menetapkan Mahasiswa Internasional Aktif dalam Program E-Internship dan E-Exchange Semester Gasal Tahun Akademik 2020/2021, dengan susunan seperti

Dengan demikian rerata keterlaksanaan pembelajaran telah mencapai kriteria kepraktisan yaitu nilai R > 80% (Borich dalam Sunardi, 2000). Oleh karena itu modul

Sebagaimana dari dua kasus diatas, menurut penulis yang menarik untuk dikaji adalah kasus Pengadaan Tanah Untuk Pembangunan jalan tol Malang- Pandaan (Mapan) yang terjadi

Dalam percobaan ini digunakan biji buah pala karena minyak pala yang dihasilkan dari penyulingan, mengandung trimiristin yang tidak banyak tercampur dengan ester lain yang

Peraturan Daerah Kabupaten Daerah Tingkat II Karangasem Nomor 1 Tahun 1998 Tentang Pajak Pengambilan dan Pengolahan Bahan Galian Golongan C (Lembaran Daerah Kabupaten Daerah

Keadilan komutatif lebih menguasai hubungan antara perseorangan khusus, sedangkan keadilan distributif terutama menguasai hubungan antara masyarakat (khususnya negara)