PP KJ KK JUM 8 - - 8
No. Kad Pengenalan: ____________________
PEPERIKSAAN PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) PEMBANTU KESELAMATAN KP19
KERTAS I - UMUM
Tarikh : 18 Julai 2017 (Selasa) Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi (2 ½ jam)
Tempat : Kampus Induk
______________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA CALON
Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian seperti berikut:
Bahagian A : EMPAT PULUH (40) soalan berbentuk objektif disediakan. Jawab SEMUA soalan. Bahagian A bernilai 40 markah.
Bahagian B: ENAM (6) soalan berbentuk esei disediakan. Jawab EMPAT (4) soalan.
Bahagian B bernilai 60 markah. Bahagian I dan Bahagian II adalah WAJIB jawab dan DUA (2) soalan lagi dari mana-mana bahagian.
Calon TIDAK DIBENARKAN membawa keluar kertas soalan. Sila serahkan kertas soalan bersama-sama buku jawapan kepada Pengawas sebelum meninggalkan dewan.
Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat termasuk muka hadapan.
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM DIARAHKAN
BAHAGIAN A
Jawab SEMUA soalan.
1. Majlis peletakan Batu Asas tapak pertama Universiti Sains Malaysia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada
A. 7 Ogos 1967 B. 7 Ogos 1969 C. 7 Ogos 1970 D. 7 Ogos 1971
2. Naib Canselor pertama Universiti Sains Malaysia A. Profesor Tan Sri Datuk Hamdan Tahir B. Profesor Tan Sri Datuk Hamzah Sendut C. Profesor Dato’ Dr. Ishak Tambi Kechik D. Tan Sri Dato; Musa Mohamad
3. Tiga (3) nilai Universiti yang menjadi penyangga kepada moto Universiti Sains Malaysia, Kami Memimpin
i. Gagah ii. Unggul iii. Sejahtera iv. Lestari v. Mesra A. i, ii, iii B. i, iii, iv C. ii, iii, iv D. iii, iv, v
4. Yang Dipertuan Agong akan melantik Canselor sebagai Ketua Universiti untuk tempoh tidak melebihi __________ tahun
A. tiga (3)
B. lima (5)
C. tujuh (7)
5. Pada tahun 2006, Universiti Sains Malaysia telah menerima pengiktirafan sebagai
A. Universiti Penyelidikan
B. Universiti APEX
C. Universiti Lestari
D. Universiti Dalam Taman
6. Menurut Perlembagaan, semasa ketiadaan Canselor, individu yang akan
menjalankan tugas bagi pihaknya ialah
A. Timbalan Canselor
B. Pro Canselor
C. Naib Canselor
D. Timbalan Naib Canselor
7. Ahli ex-officio dalam Lembaga Governor terdiri daripada i. Timbalan-timbalan Naib Canselor
ii. Pendaftar
iii. Pengarah-pengarah kampus
iv. Bendahari
A. I, ii dan iii B. I, iii dan iv C. ii, iii dan iv D. semua di atas
8. Keahlian Dewan Perundingan Pelajar hendaklah terdiri daripada yang berikut i. Majlis Perwakilan Pelajar yang dipilih
ii. Wakil Badan pelajar yang dipilih
iii. Ahli Alumni
iv. Pelajar berdaftar dengan Universiti
v. Wakil media
A. i dan ii B. i dan iii C. i, ii dan iii D. i dan iv
9. Objektif Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) ialah untuk
A. memberi peluang kepada Pensyarah Universiti sedia ada melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah lanjutan
B. menambah bilangan tenaga pengajar akademik di Universiti C. menambah bilangan pelajar ijazah tinggi di Universiti
D. menambah bilangan penyelidik berkelulusan Doktor Falsafah
10. Seseorang layak memohon Skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) bagi pengajian peringkat Sarjana sekiranya memenuhi syarat berikut
A. warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 40 tahun B. telah menyempurnakan satu penyelidikan yang berkualiti
C. telah membentangkan kertas kerja dalam persidangan berkaitan dengan kepakaran
D. mempunyai ijazah Sarjana Muda (kepujian) yang baik iaitu PNGK 3.0 ke atas
atau Kelas Kedua Atas yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau yang
setaraf dengannya
11. Seseorang staf boleh dipertimbangkan untuk diberikan pengesahan dalam jawatan selepas tempoh satu (1) tahun perkhidmatan sekiranya mencapai markah prestasi
A. 95%
B. 90%
C. 85%
D. 80%
12. Urusan Kenaikan Pangkat boleh dibuat tanpa kekosongan jawatan bagi skim
perkhidmatan berikut
A. Pegawai Sains
B. Pegawai Kebudayaan
C. Pegawai Penyelidik
D. Pegawai Farmasi
13. Majlis berikut diadakan bagi meraikan Mantan-mantan Dekan atau Pengarah di Universiti Sains Malaysia
A. Majlis JasaMu Dikenang B. Majlis Sejambak Budi C. Majlis Sanjungan Budi D. Majlis Sanggar Sanjung
14. Semua kategori jawatan staf berikut layak menerima pampasan apabila ditimpa kemalangan atau kecederaan semasa menjalankan tugas rasmi di bawah Skim
Gratia KECUALI
A. Tetap
B. Kontrak (Warganegara)
C. Sementara
D. Sambilan
15. Faedah pampasan yang disediakan di bawah Skim Ex-Gratia adalah dalam bentuk
A. Harian
B. Bulanan
C. Tempoh Bekerja
D. Kadar Kecederaan
16. Pemberian Award Wang Tunai (AWT) gantian Cuti Rehat adalah senilai dengan
_____ daripada gaji akhir yang diterima bagi tiap-tiap satu hari cuti yang dikumpulkan itu sehingga had maksimum yang ditetapkan.
A. 1/20
B. 1/25
C. 1/30
D. 1/35
17. Had maksimum Cuti Rehat yang boleh dikumpul bagi Award Wang Tunai (AWT) gantian Cuti Rehat sepanjang perkhidmatan staf hendaklah tidak melebihi
A. 90 hari
B. 120 hari
C. 150 hari
D. 180 hari
18. Seseorang staf wanita perlu memenuhi syarat berikut untuk melayakkan beliau memohon pencen pilihan
i. Telah disahkan dalam jawatan
ii. Telah genap 10 tahun dalam perkhidmatan yang diambilkira iii. Telah berumur 40 tahun pada tarikh permohonan
iv. Telah diisytiharkan tiada masalah kesihatan
A. i, ii
B. i, ii, iii C. i, ii, iii, iv D. Semua di atas
19. Pembahagian syer dan faedah pencen terbitan kerana kematian anggota dalam perkhidmatan untuk setiap anak yang ditinggalkan ialah
A. 1/2 bahagian
B. 1/3 bahagian
C. 1 bahagian
D. 2 bahagian
20. Seseorang staf dianggap berada dalam keberhutangan yang serius sekiranya A. Baki gaji akhir kurang daripada 60%
B. Baki gaji akhir kurang daripada 50% C. Baki gaji akhir kurang daripada 40% D. Baki gaji akhir kurang daripada 30%
21. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod telah diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang menderma organ. Kadar cuti tersebut adalah
A. Tidak melebihi 14 hari B. Tidak melebihi 30 hari C. Tidak melebihi 42 hari D. Tidak melebihi 45 hari
22. Ketua Jabatan boleh mengambil tindakan untuk memperbaiki staf berprestasi rendah dan bermasalah dengan cara
A. Berbincang atau berunding dengan staf bagi mengenalpasti masalah B. Berbincang atau berunding dengan staf untuk ditukar ke jabatan lain C. Menukar pegawai penilai prestasi staf tersebut
D. Mengenakan tindakan potongan gaji sebagai bentuk amaran
23. Kemudahan berikut diberikan kepada staf Pentadbiran yang diluluskan Cuti Belajar di Universiti Sains Malaysia
A. Dermasiswa
B. Pengecualian Yuran Pengajian C. Skim Pinjaman Komputer
24. Salah satu KPI Trek Pengajar bagi Profesor atau staf akademik yang dilantik melalui
Flexible Scheme for Retired Scholars (FSRS) ialah
A. Mengetuai satu (1) agenda kritikal yang mempunyai kaitan dengan agenda
nasional dan global
B. Memulakan sekurang-kurangnya satu (1) inisiatif untuk membangunkan open
educational resources bagi sekurang-kurangnya satu (1) kursus
C. Menerbitkan dua (2) hasil penulisan (ISI & Scopus) sebagai penulis utama/corresponding author (khususnya reviewed paper)
D. Menjana kewangan minimum RM500K setahun
25. Tempoh lantikan seseorang Profesor atau staf akademik di bawah Flexible Scheme
for Retired Scholars (FSRS)
A. Tiga (3) bulan B. Enam (6) bulan C. Sembilan (9) bulan D. Dua belas (12) bulan
26. Bilangan pembekal bertaraf bumi yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk sebutharga bagi perolehan bekalan yang melebihi RM50,000
A. Tiga (3)
B. Empat (4)
C. Lima (5)
D. Enam (6)
27. Inventori bermaksud
A. Aset alih yang harga perolehan bernilai RM1,000 dan ke atas setiap satu B. Aset alih yang harga perolehan bernilai kurang daripada RM1,000 setiap satu
dan memerlukan penyelenggaraan berjadual
C. Aset alih yang harga perolehan bernilai kurang daripada RM1,000 setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual
D. Aset alih yang harga perolehan yang memerlukan penyelenggaraan berjadual tanpa mengira harga perolehan asal
28. Pindaan peruntukan (virement) tidak dibenarkan untuk siri vot
A. 20000
B. 30000
C. 40000
29. Kumpulan wang yang merangkumi semua tabung dan akaun yang dibuka untuk mengendalikan semua aktiviti yang bersabit dengan penjanaan wang daripada
pengurusan aset universiti
A. Kumpulan Wang Enterprise
B. Kumpulan Wang Mengurus
C. Kumpulan Wang Am
D. Kumpulan Wang Pembangunan
30. Kadar Elaun Penanggungan Kerja ialah
A. 20% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja B. 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja C. 30% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja D. 35% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja
31. Semua perkara berikut dapat menjimatkan perbelanjaan bagi kenderaan rasmi Universiti dalam penggunaan bahan api KECUALI
A. Memandu dengan kelajuan yang sesuai mengikut had yang ditetapkan B. Mengisi bahan api pada waktu yang sesuai
C. Membayar tol dengan menggunakan kad Touch & Go dengan diskaun korporat yang dibekalkan oleh Universiti
D. Merancang perjalanan untuk mengelak kesesakan lalulintas
32. Aset dan barang yang diperolehi oleh Universiti yang didapati berlebihan dan dianggap tidak ekonomik untuk kegunaan Universiti ditafsirkan sebagai
A. Aset dan barang kondem B. Aset dan barang surplus C. Aset dan barang susutnilai D. Aset dan barang hapuskira
33. Class List A (CLA) ialah cetakan komputer yang digunakan untuk rujukan
A. Seksyen Pengurusan Data dan Rekod Pelajar B. Seksyen Pengambilan Pelajar
C. Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan Pelajar
34. Kursus-kursus bagi Rancangan Pengajian Ijazah Pertama yang dikategorikan sebagai lulus bersyarat ialah kursus yang diberikan gred
A. C
B. C-
C. F
D. F*
35. Salah satu program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan kepada staf kerajaan untuk melanjutkan pelajaran melalui Saluran ALternatif kemasukan khas
A. Sarjana Muda Kerja Sosial (Kepujian) B. Sarjana Muda Sains (Kepujian) C. Sarjana Muda Sastera (Kepujian) D. Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
36. Pelajar di bawah program Pendidikan Sepanjang Hayat akan diberikan diskaun yuran pengajian sebanyak
A. 30%
B. 40%
C. 50%
D. 60%
37. Keputusan Majlis Perwakilan Pelajar hendaklah diambil mengikut undi majoriti dengan tidak kurang daripada _______ ahli hadir dan mengundi
A. 1/2
B. 1/3
C. 1/4
38. Gabungan hukuman berikut boleh dikenakan ke atas pelajar yang didapati meniru/menipu dalam peperiksaan di bawah Kaedah-kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar, 1999)
i. Amaran
ii. Amaran Keras
iii. Digantung pengajian
iv. Denda maksimum RM200
v. Denda maksimum RM500
A. i, iii, iv
B. i, iii, v C. ii, iii, iv D. ii, iii, v
39. Senarai berikut ialah kerangka utama Dasar Pembangunan Siswa KECUALI A. Visi dan Misi Universiti
B. Governan
C. Pembangunan Keusahawanan Pelajar D. Pembangunan dan Kebajikan Pelajar
40. Objektif komponen Kemahiran Insaniah di bawah Dasar Pembangunan Siswa
A. Untuk mewujudkan sistem akademik yang akan melahirkan graduan yang holistik, berketrampilan dan seimbang
B. Untuk mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif
C. Untuk mewujudkan sistem bagi memantapkan modal insan kelas pertama melalui penglibatan aktiviti kesiswaan
D. Untuk mewujudkan sistem bagi melahirkan siswa versatile yang menjadi aset kepada masyarakat dan negara
BAHAGIAN B
Bahagian I
1. a) Lima (5) kuasa utama Universiti
b) Senat:
i. Keahlian
ii. Tiga (3) fungsi utama Senat
c) Majlis Pusat Pengajian:
i. Keahlian
ii. Kuorum
(15 markah)
Bahagian II
2.
Huraikan kelayakan dan tempoh bagi cuti-cuti dalam perkhidmatan berikut:a. Cuti Penyelidikan
b. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat c. Cuti Isteri Bersalin
d. Cuti Kuarantin Untuk Menjaga Anak Yang Sakit dan perlu dikuarantin e. Cuti Haji
(15 markah)
Bahagian III
3. Cik Azlina ialah seorang Penolong Pegawai Tadbir gred N29 di salah sebuah Pusat Pengajian yang telah berkhidmat selama empat (4) tahun dan disahkan dalam jawatan. Beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemajuan kerjaya.
Cik Azlina dimaklumkan bahawa USM menawarkan kemudahan Cuti Belajar Staf Pentadbiran dan Cuti Belajar Sambilan untuk staf melanjutkan pelajaran. Huraikan salah satu daripada kemudahan-kemudahan tersebut kepada beliau.
Bahagian IV
4. Sila jelaskan peranan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam usaha menguruskan kewangan secara cekap dan berhemat melalui langkah penjimatan bagi perkara-perkara berikut:
a) Tuntutan Elaun Lebih Masa b) Perbelanjaan bil elektrik
c) Pengurusan Latihan
(15 markah)
Bahagian V
5. Huraikan perkara-perkara berikut yang berkaitan dengan peperiksaan: a) Syarat-syarat Menduduki Peperiksaan
b) Syarat Penawaran Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP)
c) Perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh calon sebelum dan semasa peperiksaan
(15 markah)
Bahagian VI
6. Kebajikan Siswa merupakan salah satu daripada lima (5) komponen utama Dasar Pembangunan Siswa (DPS).
Huraikan STRATEGI skop komponen Kebajikan Siswa berikut bagi membantu menyediakan perkhidmatan yang baik dan kondusif kepada siswa.
a) Penginapan b) Kesihatan c) Kafetaria d) Keselamatan e) Internet (15 markah)