• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Ringkas GST.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Ringkas GST.pdf"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

 

 

 

                                                         

(2)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

2  

Faktor kegagalan Utama Calon

Utamakan  ke'berkat'an  dalam  ilmu.  Jika  anda  mendapatkan  naskhah  ini  secara  'haram'  

maka  apa  bakal  terjadi  dengan  ilmu  dan  usaha  anda?  Fikir-­‐fikirkan  =)    

Legal Notice

 

! Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya Resources (002091193-K)

! Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta.

! Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web

www.penguasaKastam.com, sila laporkan kepada kami melalui

email support@rujukankerjaya.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda

! Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan kami

Disclaimer

Seluruh  kandungan  Pakej  Rujukan  Peperiksaan  Bertulis    Penguasa  Kastam  W41    ini  adalah  hakmilik  di  bawah  tanggungjawab  Infokerjaya  Resources.  Ianya  diterbitkan     untuk  tujuan  perkongsian  maklumat  dan  sayugianya  diingatkan  yang  kandungan  Pakej  ini     tidak  boleh  dianggap  nasihat  professional  dan  kami  tidak  bertanggungjawab  atas  sebarang     liabiliti  kerugian  dan  kerosakan  hasil  dari  maklumat  dalam  Pakej  ini.  Semua  maklumat  dalam    

Pakej  Rujukan  Peperiksaan  ONLINE  Penguasa  Kastam  W41  ini  adalah  tepat  pada    masa  ianya  diterbitkan  dan  ianya  adalah  rujukan  umum  dan  Infokerjaya  Resources  tiada    

kaitan  dengan  Suruhanjaya  Perkhidmatan  Awam  (SPA)    

 

 

Infokerjaya  Resources,  SEPTEMBER  2014  

(3)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

CBP  =  GST  

• CBP  =  Cukai  Barangan  dan  Perkhidmatan  @  Goods  Services  Tax  (GST).   • CBP  dikenali  juga  sebagai  VAT  (value  added  tax)  atau  cukai  nilai  ditambah.  

• CBP  dikenakan  ke  atas  bekalan  barangan  dan  perkhidmatan  di  setiap  peringkat  rantaian  

bekalan  daripada  pembekal  sehingga  peringkat  peruncit.  

• CBP   dikenakan   di   setiap   peringkat   rantaian   bekalan,   elemen   cukai   tidak   menjadi  

sebahagian   daripada   kos   produk   kerana   cukai   input   boleh   ditolak   oleh   perniagaan   di   langkah  seterusnya  dalam  rantaian  bekalan.  

• CBP   adalah   cukai   kepenggunaan   yang   meluas   meliputi   semua   sektor   ekonomi   (semua  

barang  dan  perkhidmatan  yang  dibuat  di  Malaysia  dan    diimport).  

• CBP   dikecualikan   ke   atas   barang   dan   perkhidmatan   tertentu   yang   dikategorikan   di  

bawah   perintah   pembekalan   berkadar   sifar   dan   perintah   pembekalan   dikecualikan   sebagaimana  yang  ditentukan  oleh  Menteri  Kewangan  dan  disiarkan  dalam  Warta.  

• CBP   membolehkan   perniagaan   untuk   menuntut   kredit   cukai   input   mereka   secara  

automatik  dalam  sistem  perakaunan  mereka.    

• Mengapa   perlu   bayar   cukai?   Kita   perlu   membayar   cukai   supaya   kerajaan   boleh  

membiayai   pembangunan   sosio   ekonomi   termasuk   menyediakan   infrastruktur,   pendidikan  ,penjagaan  kesihatan,  kebajikan  dan  keselamatan  negara  dan  lain-­‐lain.  

(4)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

4  

Siapa  Terlibat?  

• CBP   dikenakan   ke   atas   pembekalan   barang   dan   perkhidmatan   yang   dibuat   dalam  

menjalankan  atau  meneruskan  perniagaan  di  Malaysia  oleh  orang  kena  cukai.    

• CBP  juga  dikenakan  ke  atas  pengimportan  barang  dan  perkhidmatan.   • CBP  akan  dikenakan  ke  atas  nilai  pembekalan.  

• CBP  hanya  boleh  dikenakan  jika  perniagaan  itu  berdaftar.    

• Sesuatu   perniagaan   tidak   bertanggungjawab   untuk   didaftarkan   jika   nilai   pusingan  

tahunan  pembekalan  bercukai  tidak  mencapai  nilai  ambang  yang  ditetapkan.    

• Perniagaan   tersebut   tidak   boleh   mengenakan   dan   memungut   CBP   atas   pembekalan  

barang  dan  perkhidmatan  yang  dibuat  kepada  pelanggan  mereka.    

• Perniagaan  boleh  memohon  untuk  berdaftar  secara  sukarela.  

• Banyak   negara   mengenakan   cukai   pendapatan   iaitu   peratusan   daripada  pendapatan   individu  atau  keuntungan  perniagaan.    

• Kerajaan  boleh  mendapatkan  hasil  dengan  mengenakan  cukai  ke  atas  pengilangan  atau   jualan  barang  seperti  cukai  jualan  dan  duti  eksais.    

• CBP   adalah   salah   satu   kaedah   memungut   cukai   yang   lebih   baik   daripada   yang   kaedah  

(5)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

Peratusan  CBP  

• CBP  dicipta  oleh  pegawai  cukai  Perancis  pada  tahun  1950-­‐an.  

• Kebanyakan  negara  lain  CBP  dikenali  sebagai  VAT,  atau  Cukai  Nilai  Ditambah.   • Contoh  peratusan  CBP  atau  VAT  di  negara-­‐negara  terlibat  :

Tahun Negara Peratusan CBP (%)

1980 China 17.0 % 1985 Indonesia 10.0 % 1985 New Zealand 12.5 % 1991 Thailand 7.0 % 1994 Singapura 5.0 % 1994 United Kingdom 17.5 % 1996 Filipina 10.0 % 2000 Australia 10.0 % 2005 India 12.5 %

(6)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

6  

Sejarah  Percukaian  

• Sistem   percukaian   di   Malaysia   melibatkan   beberapa   jenis   cukai   yang   tidak   langsung  

seperti  berikut  :

o Duti  Import  -­‐  dikenakan  ke  atas  barang  yang  dibawa  masuk  ke  dalam  negara. o Duti  Eksport  -­‐  dikenakan  ke  atas  barang  yang  dibawa  keluar  daripada  Negara. o Cukai  Jualan  -­‐  dikenakan  ke  atas  sebilangan  besar  barang  pada  masa  import  atau  

pada  peringkat  pengilangan.  Dua  kadar  cukai  dikenakan  iaitu  5.0%  dan  10.0%.

o Cukai  Perkhidmatan  -­‐  dikenakan  ke  atas  perkhidmatan  yang  disediakan  oleh  :  

" Restoran   " Hotel  

" Telekomunikasi  

" Perkhidmatan  professional  (arkitek,  jurutera,  peguam  dan  lain-­‐lain).

o Duti  Eksais  -­‐  dikenakan  ke  atas  barang  tertentu  seperti  :

" Kenderaan " Minuman  Keras " Beer

" Produk  Tembakau

(7)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

Cukai  Semasa  

• Cukai  kepenggunaan  semasa  adalah  :

o Cukai  Jualan

o Cukai  Perkhidmatan

Cukai  Jualan  

• Diperkenalkan  pada  29  Februari  1972.

• Adalah  cukai  kepenggunaan  yang  dilevi  dan  dikenakan  ke  atas  :

o Barang  yang  dikilang  di  Malaysia o Barang  yang  diimport

• Kadar  cukai  jualan  semasa  di  Malaysia  :

o 5.0  %  -­‐  barang  makanan  dan  bahan  binaan o 10.0  %  -­‐  kadar  am

o Kadar  spesifik  (Produk  Petroleum)

• Lesen  cukai  jualan  bagi  pengilang  barang  adalah  seperti  berikut: Jumlah  Jualan  Tahunan   Keperluan  Perlesenan  

RM  100,000.00  ke  atas   Perlu   dilesenkan   di   bawah   Akta   Cukai   Jualan  

Kurang  RM  100,000.00   Perlu   memohon   sijil   pengecualian   daripada  perlesenan  

Cukai   Seperingkat   -­‐   Cukai   jualan   yang   dikenakan   ke   atas   barang   pengilangan   semasa  

(8)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

8  

Cukai  Perkhidmatan  

• Diperkenalkan  pada  1  Mac  1975.

• Dikenakan  ke  atas  perkhidmatan  tertentu  oleh  orang  kena  cukai. • Kadar  cukai  perkhidmatan  dikenakan  :  

o 6.0  %  -­‐  kadar  sama  rata  

o RM50.00  mulai  Januari  2010  -­‐  kadar  spesifik  bagi  kredit  kad  

• Model  ringkas  cukai  perkhidmatan  dikenakan  :  

                              Penyedia  Perkhidmatan   Peniaga   Pengguna  

• Kadar  cukai  6.0%  dikenakan  di  sini  apabila  

perkhidmatan  disediakan  kepada  pengguna  

(9)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

Perlesenan  

• Perniagaan  yang  menyediakan  perkhidmatan  bercukai  di  tempat  yang  ditetapkan  perlu  

dilesenkan  di  bawah  Akta  Cukai  Perkhidmatan  berdasarkan  nilai  ambang.

Nilai Ambang Perkhidmatan Bercukai

           

Tiada  Nilai  Ambang  

a) Hotel  yang  mempunyai  lebih  25  bilik  (Kumpulan  A)  

b) Restoran,  bar,  snek  bar,  rumah  kopi  yang  terletak  di  dalam  hotel  

yang  mempunyai  lebih  25  bilik  (Kumpulan  B1)  

c) Kelab  malam,  dewan  tari,  kabarate,  pusat  kesihatan,  rumah  urut  

yang  diluluskan  dan  rumah  beer  (Kumpulan  D)  

d) Semua  jenis  polisi  insurans  untuk  perniagaan  

e) Perkhidmatan  telekomunikasi  

f) Perkhidmatan  pelepasan  barang  dari  kawalan  kastam  

g) Perkhidmatan  perakaunan,  pengauditan  oleh  akauntan  swasta  

h) Perkidmatan  perundangan  oleh  firma  guaman  

i) Perkhidmatan  kejuruteraan  oleh  jurutera  bertauliah  

j) Perkhidmatan  arkitek  oleh  firma  arkitek  

k) Perkhidmatan  mengukur  oleh  juru  ukur  berlesen  

l) Perkhidmatan  khidmat  nasihat  oleh  konsultan  

m) Perkhidmatan  pengurusan  oleh  syarikat  pengurusan  

(10)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

  10          

Perolehan  jualan  tahunan  RM   150,000.00  dan  ke  atas  

 

Perkhidmatan  yang  diberikan  oleh  Kumpulan  professional  di  bawah  

Kumpulan  G  :  

 

a) Penyediaan  tempat  letak  kereta  

b) Penyediaan  perkhidmatan  kiriman  cepat  

c) Penyediaan  pusat  servis  dan  pusat  membaiki  kenderaan   bermotor  

d) Penyediaan  pengawal  keselamatan  atau  security  orang  lain   oleh  agensi  persendirian  

e) Penyediaan  perkhidmatan  pekerjaan  oleh  agensi   persendirian  

     

Perolehan  jualan  tahunan  RM   300,000.00  dan  ke  atas  

 

a) Restoran,  bar  snek  bar,  rumah  kopi  yang  terletak  di  dalam   hotel  yang  mempunyai  25  bilik/kurang  (Kumpulan  B2)   b) Perkhidmatan  yang  disedikan  oleh  kelab  golf  (Kumpulan  E)   c) Perkhidmatan  yang  disedikan  oleh  hospital  swasta  

(Kumpulan  F)  

d) Perkhidmatan  kereta  sewa  dan  pandu/kereta  dengan/tanpa   pemandu  (Kumpulan  G)  

e) Perkhidmatan  pengiklanan  oleh  agensi  pengiklanan   (Kumpulan  G)  

 

Perolehan  jualan  tahunan  RM   3,000,000.00  dan  ke  atas  

 

 

Restoran,  bar,  snek  bar,  rumah  kopi  yang  terletak  di  luar  hotel   termasuk  food  court  (Kumpulan  C)  

(11)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

Persediaan  CBP  

• Langkah   pertama   untuk   bersedia   untuk   CBP   adalah   mendaftar   untuk   nombor  

pendaftaran  CBP.

• Peniaga   perlu   memastikan   sama   ada   mereka   dikehendaki   berdaftar   atau   berdaftar  

secara  sukarela.

Seseorang   yang   perniagaannya   mempunyai   nilai   pusingan   tahunan   melebihi  

RM500,000  dikehendaki  untuk  mendaftar  CBP.

Seseorang  itu  termasuk  :

o Individu o Pemilik  Tunggal o Perkongsian o Syarikat o Pemegang  Amanah o Pertubuhan o Estet o Kesatuan

o Kelab   Persatuan   atau   pertubuhan   termasuk   jabatan   kerajaan   atau   pihak   berkuasa  tempatan  yang  terlibat  dalam  perniagaan  yang  membuat  pembekalan   bercukai  di  Malaysia.

Nilai  pusingan  bercukai  tahunan  -­‐  ditentukan  berdasarkan  salah  satu  :

o Jumlah  pembekalan  bercukai  bulan  semasa  dan  sebelas  bulan  berikutnya,  atau

o Jumlah   pembekalan   bercukai   bulan   semasa   dan   jangkaan   sebelas   bulan   seterusnya.

(12)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

12  

Jenis  Pendaftaran    

3  jenis  pendaftaran  untuk  CBP  :  

Pendaftaran  secara  sukarela  

o Seseorang  yang  membuat  pembekalan  bercukai  dan  nilai  pusingan  bercukai   tahunannya  RM  500,000  dan  ke  bawah  tidak  dikehendaki  berdaftar.    

o Boleh  memohon  untuk  berdaftar  secara  sukarela.  Pendaftaran  secara  sukarela  di   benarkan  tetapi  hendaklah  kekal  berdaftar  sekurang-­‐kurangnya  bagi  tempoh  2   tahun.  

o Perlu  mengena  dan  memungut  CBP  ke  atas  pembekalan  bercukai  dan  pada  masa   yang  sama  berhak  untuk  mendapat  tuntutan  kredit  cukai  input  dan  layak  untuk   mendapat  kemudahan-­‐kemudahan  yang  disediakan  di  bawah  perundangan  CBP.  

Pendaftaran  kumpulan  

o Satu  kemudahan  yang  membenarkan  beberapa  syarikat  untuk  berdaftar   sebagai  satu  kumpulan  dan  memusatkan  pentadbiran  mereka  untuk  tujuan   pengakaunan  CBP.  

o Setiap  syarikat  hendaklah  didaftarkan  secara  berasingan  sebelum  mereka  boleh   berdaftar  dan  setiap  syarikat  hendaklah  membuat  pembekalan  bercukai  

sepenuhnya.  

Pendaftaran  cawangan/bahagian  

o Orang  kena  cukai  yang  menjalankan  perniagaannya  di  dalam  beberapa  

cawangan  atau  bahagian  atas  permohonan  dan  tertakluk  kepada  terma-­‐terma   dan  syarat-­‐syarat  yang  ditetapkan,  boleh  berdaftar  di  atas  nama  cawangan  atau   bahagian  tersebut.    

o Kemudahan  ini  disediakan  untuk  orang  kena  cukai  yang  mempunyai  beberapa   unit  pengakaunan  kendiri  untuk  mendaftar  setiap  unit  secara  berasingan  untuk   CBP.  

(13)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

o Setiap  cawangan/bahagian  akan  diberikan  nombor  pendaftaran  CBP  secara   berasingan  dan  mengemukakan  penyatanya  sendiri.  Bagaimanapun  orang  kena   cukai  kekal  bertanggungan  ke  atas  semua  tanggungan  CBP  untuk  semua  

cawangan/bahagian.    

Penalti  

Penalti  boleh  dikenakan  ke  atas  kesalah-­‐kesalahan  :  

• Apa-­‐apa  kekurangan  pada  cukai  bersih  yang  perlu  dibayar  .   • Tidak  mengemukakan  penyata  CBP.  

• Penyata  CBP  dikemukakan  dengan  tiada  atau  kurang  bayaran.   • Apa-­‐apa  bayaran  balik  yang  dituntut  secara  tidak  benar.   • Kegagalan  untuk  berdaftar.  

             

(14)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

14  

Jenis  Bekalan  

4  jenis  pembekalan  terlibat  :  

Pembekalan  Berkadar  Standard  

o Pembekalan  bercukai  barang  dan  perkhidmatan  yang  tertakluk  kepada  CBP  pada   kadar  standard.    

o Orang  kena  cukai  yang  berdaftar  di  bawah  CBP  perlu  memungut  CBP  pada   pembekalan  dan  layak  untuk  menuntut  kredit  cukai  input  atas  input  perniagaan   dalam  membuat  pembekalan  bercukai.  

Pembekalan  Berkadar  Sifar    

o Pembekalan  berkadar  sifar  adalah  pembekalan  barang  dan  perkhidmatan  yang   tertakluk  kepada  CBP  pada  kadar  sifar.    

o Dalam  hal  ini,  perniagaan  tidak  memungut  apa-­‐apa  CBP  pada  pembekalan   mereka  tetapi  berhak  untuk  menuntut  kredit  cukai  input  yang  dikenakan  dalam   menjalankan  perniagaan.  

Pembekalan  Dikecualikan      

o Pembekalan  dikecualikan  adalah  pembekalan  barang  atau  perkhidmatan  yang  

tidak  tertakluk  kepada  CBP.    

o Perniagaan  tidak  memungut  apa-­‐apa  CBP  pada  pembekalan  mereka  dan  tidak   berhak  untuk  menuntut  kredit  cukai  input  perniagaan.  

Pembekalan  Yang  Tidak  Termasuk  Dalam  Skop  CBP  

o Pembekalan  yang  tidak  termasuk  dalam  peruntukan  Akta  CBP  termasuk  transaksi   bukan  perniagaan,  jualan  barang  dari  suatu  tempat  di  luar  Malaysia  ke  tempat   lain  di  luar  Malaysia  serta  perkhidmatan  yang  disediakan  oleh  sektor  Kerajaan.      

(15)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

Pembekalan  

Berkadar  Standard  

 

• Pembekalan  berkadar  standard  adalah  barang  dan  perkhidmatan  yang  dikenakan  CBP  

pada  kadar  standard.    

• CBP  dipungut  oleh  perniagaan  dan  dibayar  kepada  Kerajaan.     • Mereka  boleh  menuntut  kembali  kredit  pada  input  mereka.    

• Jika  cukai  input  mereka  adalah  lebih  besar  daripada  cukai  output,  mereka  boleh  

menuntut  kembali  perbezaan  tersebut.  

                       

PENGILANG   PEMBORONG   PERUNCIT   PENGGUNA  

PEMBORONG   membayar  CBP   cukai  output   PEMBORONG   menuntut  balik  CBP   cukai  input   PENGILANG   membayar  CBP   cukai  output   PENGILANG   menuntut  balik  CBP   cukai  input   PENGGUNA   membayar  CBP   kadar  6%   PERUNCIT   membayar  CBP   cukai  output   PERUNCIT   menuntut  balik  CBP   cukai  input  

(16)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

16  

• Contoh  pengiraan  CBP  pembekalan  standard  

Tingkat  Pembekalan   Harga  Jualan  (Termasuk  CBP  6%)   Bayaran  Kepada  Kerajaan   Pembekal  Bahan  Mentah   Harga Jualan = RM50.00

CBP = RM3.00

Jumlah Harga Jualan = RM53.00

CBP dipungut = RM3.00 Tolak: CBP dibayar =RM0.00 CBP dibayar = RM3.00

Pengilang   Harga Jualan = RM100.00 CBP = RM6.00

Jumlah Harga Jualan = RM106.00  

CBP dipungut = RM6.00 Tolak: CBP dibayar =RM3.00 CBP dibayar = RM3.00

Pemborong   Harga Jualan = RM125.00 CBP = RM7.50

Jumlah Harga Jualan = RM132.50  

CBP dipungut = RM7.50 Tolak: CBP dibayar =RM6.00 CBP dibayar = RM1.50  

Peruncit   Harga Jualan = RM156.00 CBP = RM9.36

Jumlah Harga Jualan = RM165.36  

CBP dipungut = RM9.36 Tolak: CBP dibayar =RM7.50 CBP dibayar = RM1.86      

Pembekalan  

Berkadar  Sifar  

 

• Perniagaan  layak  untuk  menuntut  kredit  cukai  input  dalam  mendapatkan  bekalan  ini.   • Mengenakan  CBP  pada  kadar  sifar  kepada  pengguna.  

     

(17)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

• Peniaga  menuntut  cukai  input  di  atas  setiap  peringkat  bekalan.  

• Tiada  cukai  output  di  atas  pembekalan.  

• Peniagaan  boleh  dikenakan  cukai  input  atas  perbelanjaan  overhead  

• Pengguna  tidak  membayar  CBP.  

Tingkat  Pembekalan   Harga  Jualan  (Termasuk  CBP  6%)   Bayaran  Kepada  Kerajaan   Pemborong   Harga Jualan = RM50.00

CBP = RM0.00

Jumlah Harga Jualan = RM50.00

CBP dipungut = RM0.00 Tolak: CBP dibayar =RM0.00 CBP dibayar = RM0.00

Peruncit   Harga Jualan = RM100.00 CBP = RM0.00

Jumlah Harga Jualan = RM100.00  

CBP dipungut = RM0.00 Tolak: CBP dibayar =RM0.00 CBP dibayar = RM0.00    

Pembekalan  

Dikecualikan  

 

• Pembekalan  tanpa  cukai  yang  tidak  tertakluk  kepada  CBP  

• Perniagaan  tidak  layak  menuntut  kredit  cukai  input  dalam  mendapatkan  bekalan  ini.   • Tida  boleh  juga  mengenakan  cukai  output  kepada  pengguna.  

        BEKALAN   PERUBATAN   HOSPITAL   SWASTA   PENGGUNA   CBP  6%   Tiada  CBP  

(18)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

18  

• Perkhidmatan  perubatan  adalah  bekalan  yang  dikecualikan.  

• Hospital  tidak  boleh  menuntut  semula  CBP  yang  dikenakan  oleh  pembekal.   • Pengguna  tidak  perlu  membayar  sebarang  CBP.  

Tingkat  Pembekalan   Harga  Jualan  (Termasuk  CBP  6%)   Bayaran  Kepada  Kerajaan   Pembekalan  Bahan  Mentah   Harga Jualan = RM50.00

CBP = RM3.00

Jumlah Harga Jualan = RM53.00

CBP dipungut = RM3.00 Tolak: CBP dibayar =RM0.00 CBP dibayar = RM3.00

Pengilang   Harga Jualan = RM100.00 CBP = RM6.00

Jumlah Harga Jualan = RM106.00  

CBP dipungut = RM6.00 Tolak: CBP dibayar =RM3.00 CBP dibayar = RM3.00

Penyedia  Perkhidmatan   Harga Jualan = RM131.00 CBP = RM0.00

Jumlah Harga Jualan = RM131.00

CBP dipungut = RM0.00 Tolak: CBP dibayar =RM0.00 CBP dibayar = RM0.00    

Faedah  CBP  

 

Meingkatkan  Taraf  Hidup  -­‐  Hasil  daripada  CBP  boleh  digunakan  untuk  tujuan  

pembangunan  infrastruktur  sosial  seperti  kemudahan  dan  institusi  kesihatan,  

infrastruktur  pendidikan  dan  kemudahan  awam  untuk  meningkatkan  lagi  taraf  hidup  

Mengurangkan  Kos  Perniagaan  -­‐  Sistem  semasa,  sesetengah  perniagaan  membayar  

cukai  berganda  dan  kadar  cukai  di  tahap  yang  lebih  tinggi  kerana  berlakunya  cukai  atas   cukai  (cukai  bertindih).  Perlaksanaan  CBP,  perniagaan  bermanfaat  kerana  boleh  

mendapatkan  balik  cukai  input  atas  bahan  mentah  dan  perbelanjaan  yang  ditanggung,   dan  seterusnya  mengurangkan  kos  menjalankan  perniagaan.  

Pembangunan  Negara  -­‐  CBP  satu  kaedah  yang  lebih  baik  dan  cekap.  Lebih  banyak  dana  

boleh  disalurkan  ke  dalam  projek-­‐projek  pembangunan  negara  untuk  kemajuan  ke  arah   menjadi  negara  berpendapatan  tinggi.  

(19)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

Keadilan  Dan  Kesaksamaan  -­‐  CBP  dikenakan  secara  sama  rata  antara  perniagaan  yang  

terlibat,  sama  ada  di  peringkat  pengilangan,  pemborong,  peruncit  atau  di  sektor   perkhidmatan.  

Meningkatkan  Sistem  Penyampaian  -­‐  CBP  ditadbir  dalam  persekitaran  sistem  elektronik  

dan  boleh  mempercepatkan  sistem  penyampaian,  terutamanya  bagi  tuntutan  bayaran   balik.  Ini  menjadikan  ia  lebih  cepat,  cekap  dan  boleh  dipercayai.  

Meningkatkan  Daya  Saing  Global  -­‐  Harga  eksport  Malaysia  akan  menjadi  lebih  berdaya  

saing  di  persada  global  kerana  tidak  dikenakan  CBP  dan  CBP  yang  ditanggung  ke  atas   input  boleh  didapatkan  semula  di  sepanjang  rantaian  pembekalan.  Memperkukuhkan   industri  eksport  negara  dan  membantu  negara  untuk  lebih  maju.  

Meningkatkan  Pematuhan  -­‐  SST  mempunyai  banyak  kelemahan  yang  menyukarkan  

pentadbiran.  Sistem  CBP  mempunyai  mekanisme  yang  tersedia  menjadikan  pentadbiran   cukai  lebih  berkawalan  kendiri  (self-­‐policing)  dan  dengan  ini  akan  mempertingkatkan   pematuhan.  

Mengurangkan  Kerenah  Birokrasi  -­‐  SST  berkehendakkan  peniaga  memohon  kelulusan  

bahan  bebas  cukai  dan  pengecualian  khas  untuk  harta  alih.  Kehendak  ini  tidak  perlu  di   bawah  CBP  dan  perniagaan  boleh  offset  CBP  ke  atas  input  dalam  penyata  mereka.  

Harga  Adil  Kepada  Pengguna  -­‐  CBP  menghapuskan  cukai  bertindih  di  bawah  SST.  

Pengguna  akan  membayar  harga  yang  lebih  berpatutan  bagi  kebanyakan  barang  dan   perkhidmatan  berbanding  SST.  

Lebih  Telus  -­‐  CBP  adalah  lebih  telus  kerana  pengguna  akan  tahu  sama  ada  barang  atau  

perkhidmatan  diperoleh  tertakluk  kepada  cukai  dan  amaun  cukai  yang  perlu  dibayar.              

(20)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

20  

Cukai  Gantian  Hanya  6%  

Rumusan  Akhbar  Kosmo  (Sumber  :  Kosmo  Online)  

 

• Pelaksanaan  GST  dapat  mengurangkan  karenah  Birokrasi  dan  meningkatkan  pematuhan  

cuka-­‐cukai  lain  seperti  cukai  pendapatan  dan  duti  kastam.  

• Pengenaan  GST  hanya  ke  atas  nilai  tambah  bagi  sesuatu  peringkat  pengagihan  supaya  

barang  atau  perkhidmatan  tidak  dikenakan  cukai  berganda.  

• GST  bukan  satu  cukai  yang  baharu  tetapi  ia  adalah  cukai  gantian  -­‐  Pengarah  Projek  GST  ,  

Kementerian  Kewangan,  Ezleezan  Othman.  

• GST  dikenakan  pada  kadar  6%  sahaja  yang  akan  menggantikan  2  cukai  semasa  iaitu  

cukai  jualan  yang  dikenakan  pada  kadar  5%  dan  10%.  Cukai  Perkhidmatan  dikenakan   pada  kadar  6%.  

• Struktur  GST  yang  bakal  dilaksanakan  pada  1  April  2015  berbeza  dengan  negara-­‐negara  

lain  kerana  ia  dibentuk  dengan  mengambil  kira  kedudukan  sosioekonomi  rakyat.  

• Tidak  semua  barangan  dan  perkhidmatan  dikenakan  GST.  

• Makanan  asas  seperti  beras,  tepung,  gula,  rempah  ratus,  ikan,  telur,  minyak  masak  tidak  

dikenakan  GST.  

• Barangan  eksport  dikecualikan  daripada  GST  -­‐  mengekalkan  daya  saing  negara.  

• Perkhidmatan  asas  seperti  sistem  pengangkutan  awam,  sistem  pendidikan  dan  sistem  

kesihatan  dikecualikan  GST  

• Kadar  GST  6%  adalah  antara  yang  terendah  berbanding  negara  pengamal  GST  lain  

(Denmark  25%  GST)    

   

(21)

Nota  Ringkas:  Khas  GST  

2014  

 

Elak  Cukai  Khianati  Negara  

Rumusan  Dari  Berita  (Sumber  :  www.nib.com.my)  

 

• Datuk  Seri  Najib  Razak  menyifatkan  rakyat  yang  mengelak  daripada  membayar  cukai  

sebagai  pengkhianat  negara.  

• Kewajipan  membayar  cukai  satu  daripada  semangat  patriotik,  iaitu  melaksanakan  

tanggungjawab  kepada  negara  demi  kebaikan  semua.  

• Patriotisme  tidak  semestinya  hanya  dengan  menghunus  senjata  untuk  mempertahankan  

tanah  air.  

• Daripada  14  juta  tenaga  kerja  di  negara  ini,  hanya  1.34  juta  atau  10%  sahaja  yang  layak  

membayar  cukai  dan  hasil  pendapatan  kerajaan  itu  digunakan  untuk  melaksanakan   pelbagai  program  ekonomi,  infrastruktur,  pendidikan  dan  sosial  rakyat  -­‐  Datuk  Seri  Najib   Razak.  

Referensi

Dokumen terkait

Penerapan metode Jaringan Syaraf Tiruan untuk peramalan permintaan Keripik tempe rasa daun jeruk dengan menggunakan algoritma Backpropagation, arsitektur Multi Layer

Pendapatan yang meningkat tidak merupakan kondisi yang menunjang bagi keadaan kesehatan seseorang menjadi memadai (Berg, 1996). Tingkat pendapatan seseorang dibutuhkan guna memenuhi

Kelompok alamiah tumbuh dan berkembang karena kesamaan kebutuhan (keamanan dan sosial), keadaan fisik dan daya tarik anggota, dan alasan ekonomi. Sedangkan kelompok

Untuk bisa memainkan peramainan sepak bola dengan baik robot harus memiliki kemampuan-kemampuan tertentu seperti mendeteksi bola, menggiring bola, menendang bola,

Menurut Manuaba (2008; h.389) disebutkan perdarahan terjadi karena gangguan hormon, gangguan kehamilan, gangguan KB, penyakit kandungan dan keganasan genetalia. 55)

Imam Sodikun – 104.14.024 Pusat Latihan Sepak Bola PSSI | 23 Pelaku pada Kelompok Kegiatan dan kebutuhan ruang Publik Bangunan Asrama Putra/Putri terdiri dari : Tamu yang

Secara umum Turban (2012) menjelaskan bahwa transaksi e-commerce sekarang ini yaitu B2B 90% digunakan untuk bisnis yang bergerak dalam organisasi atau perusahaan, B2C digunakan

Dari pengujian Dynotest yang kami lakukan menunjukkan hasil yang signifikan, motor yang menggunakan turbocharger standar mampu menghasilkan daya dan torsi yang lebih baik