PUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK, DAN STRATEGI
NAMA (NO MATRIK)
MUHAMMAD AFIQ BIN AZIZAN
SUBJEK
SKSP1033 EVOLUSI POLITIK
TAJUK
PENGARUH FEUDALISME DALAM POLITIK MELAYU ADALAH KESAN DARI RAJA SEBAGAI PUSAT KUASA MELAYU.
BAHASKAN.
NAMA PENSYARAH
KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENGENALAN 1
2.0 KONSEP KUASA 4
3.0 KONSEP POLITIK 6
4.0 KONSEP FEUDALISM 8
5.0 RAJA ZAMAN KESULTANAN
MELAYU: KEPENTINGAN
GOLONGAN DIPERINTAH DAN GOLONGAN PEMERINTAH
10
6.0 KEDUDUKAN RAJA DALAM
BUDAYA POLITIK MELAYU SEBELUM KOLONISASI
13
7.0 KEDUDUKAN RAJA DALAM
BUDAYA POLITIK MELAYU SELEPAS KOLONISASI
17
Terdapat pelbagai teori tentang bagaimana wujudnya konsep beraja di Alam Melayu daripada terbentuknya sebuah kerajaan di Alam Melayu melalui orang berbangsa India meletakan diri sebagai pemerintah terhadap masyarakat tempatan dan menerapkan idea-idea berunsurkan Hindu sehingga kepada ketua penduduk asal sesebuah masyarakat dengan menerap dan mengadaptasikan idea-idea berpengaruh Hindu yang dibawa oleh orang luar dan mengasimilasikan ke dalam masyarakatnya1. Kita dapat lihat juga bahawa pengaruh Hindu sangat memainkan peranan di dalam kewujudan konsep raja itu sendiri. Majoriti masyarakat di Alam Melayu ini menganuti kepercayaan berunsurkan campuran Hindu-Buddha dan kepercayaan berunsur tempatan. Berdasarkan kepercayaan ini maka lahirlah konsep Dewaraja, iaitu raja dinggap sebagai keturunan dewa Siva-Buddha yang meletakkan status raja sebagai penjelmaan dewa. Melalui konsep ini juga lahirnya konsep daulat raja dimana ketaatan sepenuhnya rakyat kepada raja tanpa persoalan2. Di rantau Alam Melayu ini telah mula muncul beberapa kerajaan yang sudah mempunyai dan mengamal sistem beraja. Antara beberapa sumber yang menyatakan
1 -Coedes, G., 1968, hlmn 24
pertubuhan sebuah kerajaan melalui kedatangan orang luar itu adalah mengenai Hikayat Merong Mahawangsa, dimana kerabat diraja Kedah tidak bermula dengan
1 -Coedes, G., 1968, hlmn 24
keluarga daripada kerabat diraja tetapi kerabat separuh diraja yang dihantar sebagai duta ke kerajaan China. Perlayaran armada duta itu terkandas di Kedah dan mereka telah membuka penempatan di situ3. Ada juga sumber mengatakan bahawa Merong Mahawangsa merupakan dewa datang dari Rom, selepas singgah di beberapa pelabuhan di India, pelayaran mereka bersambung menuju ke Selatan dan apabila mereka terkandas di Gunung Jerai. Beliau telah menlantik diri sebagai pemerintah keatas masyarakat asal dikawasan itu. Beliau telah membina sebuah istana dan pengikutnya telah menetap dikawasan istana tersebut4. Selain itu, melalui Geoge Coedes pula menyata bagaimana konsep raja boleh datang ke alam melayu melalui perkahwinan. Di dalam bukunya, beliau menyatakan bahawa beberapa orang India mula berkahwin dengan keluarga-keluarga masyarakat tempatan Nusantara terutamanya anak perempuan bangsawan dan mula membawa idea berpengaruh Hindu seperti adat, agama dan terutama sekali konsep raja kepada masyarakat setempat5. Bagi sumber terbentuknya sebuah kerajaan melalui pengaruh Hindu pula terdapat beberapa kerajaan telah pun wujud yang mengamalkan konsep raja. Antara kerajaan awal di Alam Melayu yang sudah mengamalkan konsep raja adalah kerajaan Funan, Langkasuka. Menurut laporan daripada wakil Cina iaitu K’ang T’ai dan Zhu Ying, kerajaan Funan telah diasaskan oleh seorang Brahman yang
3
bernama Kaudinya yang berasal daripada Utara India pada abad pertama masihi dengan berkahwin dengan anak perempuan raja Nagas6. Upacara perkahwinan mereka diadakan di Lembah Mekong dan disitulah membangunkan kerjaan Funan7.
Antara peristiwa yang membuktikan bahawa dengan pertalian darah dan kuasa sakti mereka diangkat sebagai raja seperti Parameswara, Putera daripada Palembang dan pemerintah pertama kerajaan Melaka telah mengisytiharkan diri sebagai pemerintah melalui pertalian sakti dengan Raja Bukit Si Guntang menurut tradisi Sri Vijaya8 dan Sultan Muzaffar Syah pemerintah pertama Perak dan Sultan terakhir Melaka mengakui bahawa beliau adalah raja mahkota melalui pertalian darahnya dengan Sultan Mahmud Syah walaupun baginda telah diturunkan kepada raja muda dan rakyat di Perak bersetuju mereka menubuhkan sebuah kerajaan atas sebab pertalian darah diraja oleh Sultan Muzaffar Syah9. Makalah ini akan menrungkaikan konsep-konsep politik, feudalism dan kuasa serta membincangkan mengenai asal-usul raja-raja di dalam alam Melayu. Selain itu, kepentingan golongan pemerintah dan diperintah serta kedudukan raja sebelum dan selepas kolonisasi turut dibincangkan di dalam esei ini.
6- Arkib Negara Malaysia, 2012, hlmn 8 7- Wheatley, P., 2012, hlmn 9
2.0 KONSEP KUASA
“I have defined the concept of power by saying that A exercises power
over B when A affects B in a manner contrary to B’s interests10.”
Berdasarkan pernyataan yang telah diberikan oleh Lukes, kita dapat merumuskan bahawa kuasa adalah penggunaan kuasa oleh sesebuah pihak terhadap pihak yang lain dimana kesan daripadanya menyebabkan pihak lain tersebut melaksanakan sesuatu dengan cara yang bertentangan dengan kepentingan mereka. Kenyataan lain bagi kekuasaan juga adalah kemampuan seseorang kelompok manusia untuk mempengaruhi tingkah laku seseorang atau kelompok lain hingga tingkah laku itu menjadi sesuai dengan keinginan dan tujuan orang yang mempunyai kekuasaan itu11.
Konsep kuasa di Alam Melayu sangat berbeza dengan konsep kuasa di Barat. Kita dapat lihat bahawa di Barat, konsep kuasa diukurkan melalui luas tanah yang dijajah manakala konsep kuasa di Asia Tenggara atau lebih khususnya lagi di Alam Melayu adalah jumlah populasi.Di kawasan Tanah Melayu jumlah populasinya sangat sedikit berbanding dengan keluasan tanahnya, nescaya kekuasaan terhadap tanah itu tidaklah begitu penting berbanding memerlukan jumlah populasi yang ramai bagi
10- Lukes, S., 2005, hlmn 21
4
digunakan untuk perkerjaan buruh dan perkhidmatan terutamanya bagi kerajaan yang berasaskan berdagangan12.
10- Lukes, S., 2005, hlmn 21
Di dalam konteks masyarakat Melayu dalam konsep kuasa juga masyarakat mempercayai bahawa kuasa datang secara sakti iaitu daulat dan ia melambangkan kedaulatan atau kekuasaan seseorang pemerintah dan apabila seseorang yang bukan daripada golongan raja atau pemerintah cuba menggunakan kuasa ini mereka akan mati13. Ini dikuatkan lagi dengan perjanjian melalui Sulalatus Salatin diantara Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana iaitu:
“Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku." Maka titah Seri Teri Buana, "Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka baginda pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas." Maka sembah Demang Lebar Daun, ''Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan Hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya14."”
Maka, ini dapat dirumuskan bahawa konsep kuasa yang diamalkan oleh kerajaan Melayu adalah berdasarkan pengawalan populasi.
3.0 KONSEP POLITIK
Menurut Aristotle, politik membawa erti
“It is the science of human affairs, of man's happiness or good. This consists in a certain mode of life, and man's life is shaped for him by his social environment, the laws, customs and institutions of the community to which he belongs.”
Aristotle menyatakan bahawa manusia secara biologinya merupakan haiwan berpolitik secara semula jadi dimana seseorang manusia itu meningkatkan kebolehannya dalam masyarakat dan berhak mengaturkan kebajikannya15. Makna bagi Aristotle juga selari dengan erti lain bagi politik yang dikemukan oleh Bernard Crick iaitu
“. . . a way of ruling divided societies by a process of free discussion and without undue violence.”
Maka, ini mencerminkan bahawa terdapat pembahagian di dalam makna iaitu keinginan daripada segi individulistik dan secara kolektif16. Pada pandangan Aristotle, penglibatan secara setara di dalam membuat keputusan secara kolektif yang membincangkan hal ehwal kehidupan masyarakat merupakan asas politik.
Dengan itu, bagi mencapai telos atau taraf yang paling tinggi di dalam kewujudan manusia, sesebuah masyarakat perlu mengkongsikan
15- H., Rackham, 1959, hlmn xii
sesuatu sistem nilai-nilai secara muafakat dan bersatu di dalam persepsi mereka terhadap konsep adil dan ketidakadilan. Maka, melalui ini masyarakat akan mengelak daripada perbalahan pendapat dan mampu berfungsi bagi mencapai matlamat secara kolektif17.
Pada abad ke-20, definisi politik secara institusi mula menular di dalam bidang sains politik dimana pihak sains politik mengkaji perlembagaan kerajaan bagi mengenalpasti struktur sesebuah kerajaan dan pembahagian kuasa di dalam struktur kerajaan tersebut berbanding pendapat asal Aristrotle iaitu fahaman kolektif individu setara18. Sifat politik ini sangat berkait rapat dengan kegunaan kuasa. Menurut Talcott Parsons
“. . . the capacity to mobilize the resources of society for the attainment of goals for which a general public commitment . . . may be made19.”
Kebolehan untuk melaksanakan sesuatu dengan pelbagai cara seperti pemujukkan, permaksaan dan justifikasi dengan melenyapkan sebarang keraguan terhadap sesuatu matlamat bagi memastikan ia tercapai adalah sifat politik. Ini disebabkan, sifat politik ini dilihat sebagai aktiviti yang berkaitan dengan kuasa. Pemikiran politik adalah terasing daripada sifat ekonomi, estetika dan nilai moral kerana sifat-sifat ini hanya akan digunakan bagi melanjutkan lagi sesuatu agenda politik20
8
4.0 KONSEP FEUDALISM
Feudalism berasal daripada perkataan feu, fued dan feudum atau lebih
dikenalikan sekarang sebagai fief 21 dan ia membawa erti:
“…is a method of government in which the essential relationship is not
that between ruler and subject, nor state and citizen, but between lord
and vassal22.”
Feudalism ini berfungsi seperti yang berikut apabila seseorang itu, X akan menyerahkan sebidang tanah kepada seseorang iaitu Y dengan syarat Y berkhidmat bawahnya.dan sebidang tanah ini di berikan nama
fief23.
Walaupun sering dikatakan bahawa masyarakat Melayu mengamalkan sistem feudalism tetapi istilah lebih tepat yang boleh digunakan di dalam konteks masyarakat Melayu adalah hubungan patron-client atau penaung dan dinaung. Hubungan patron-client ini membawa erti
“…clientage those between rulers and ruled. Client depend upon their
patrons for hospitality, protection or help much more that, ideally
military vassal ever did. For patron, whether king, aristocrats or “boss”,
client are both source and expression of power 24.”
Dari sini kita dapat lihat bahawa hubungan dalam masyarakat melayu diantara pemerintah dan diperintah adalah berdasarkan hubungan penaung dinaung. Hamba merupakan symbol status pemiliknya maka semakin ramai hamba yang dimiliki, semakin tinggilah status sosial pemilik tersebut19.
Dengan itu, pengabdian seseorang merupakan salah satu cara golongan pemerintah mencari pengikut dan antaranya adalah dengan perhutangan. Rakyat yang meminta pinjaman daripada pembesar atau raja yang belum menjelaskan pembayaran di dalam tempoh tertentu akan menjadi pengikut dan diwajidkan membuat segala tugasan yang dikehendaki oleh pemiutang sama ada raja atau pembesar dan pada masa yang sama pemiutang akan memberikan makanan dan pakaian20. Golongan bangsawan yang memiliki tanah akan menyewakan tanah mereka kepada petani-petani yang telah hilang tanahnya kerana telah diambil oleh sultan. Petani yang telah nenjadi penyewa tanah ini akan dinaungi dibawah tuan tanah tersebut yang merupakan penaung21.
25- Muhammad Yusoff Hashim, 1989, hlmn 185 26- Jomo, 1988, hlmn 9
10
5.0 RAJA ZAMAN KESULTANAN MELAYU: KEPENTINGAN GOLONGAN DIPERINTAH DAN GOLONGAN PEMERINTAH Stratifikasi sosial masyarakat Melayu sangat bergantung antara satu sama daripada lapisan teratas iaitu golongan diraja dan pemerintah sehingga ke lapisan paling bawah iaitu hamba abdi. Melalui perjanjian wa’adat yang telah ditemeteraikan diantara raja dan rakyatnya, fahaman timbal balas diantara pemerintah dan diperintah wujud nescaya wujudnya juga sistem hubungan feudalisme di dalam kerajaan masyarakat Melayu maka wujudnya stratifikasi di dalam masyarakat melayu iaitu golongan atasan dan golongan bawahan28. Pengurniaan kekuasaan oleh pemerintah ini kepada pengikutnya yang setia juga merupakan fokus konsep kekuasaan di alam melayu kerana sistem pemerintahan berdasarkan konsep ini memerlukan pemerintah berperingkat bawah daripada raja yang tergolong daripada golongan atasan mengiktiraf kewujudan daulat tersebut. Maka, golongan bawahan juga akan mengiktiraf kedaulatan raja tersebut29. Akan tetepi sistem politik kerajaan juga berdasarkan kegiatan ekonomi yang diutamakan. Sebagai contoh, Kerajaan Melaka menumpukan kegiatan
28- Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof, 2011, hlmn 103
mereka sepenuhnya kepada perdagangan nescaya kuasa sultan adalah lebih besar kerana mengawal sepenuhnya bidang pemerintahan
28- Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof, 2011, hlmn 103
11
manakala kerajaan yang menjadikan pertanian pindahan sebagai ekonomi utama, golongan pemerintah lebih berkuasa berbanding sultan kerana mereka memperolehi cukai perdagangan yang dipungut secara langsung dikawasan mereka.
Golongan pemerintah diwajibkan untuk mengerahkan penduduk kawasannya jika sultan mengarahkan mereka bagi melaksanakan kerja-kerja awam dan pelaksanaan kerah tersebut dikelolakan melalui ketua kampung atau daerah30. Kewujudan beberapa jawatan di dalam pentadbiran juga diwujudkan bagi memudahkan urusan pentadbiran. Ini dapat dilihat dengan kepentingan golongan pemerintah lain sewaktu pentadbiran. Ini disebabkan mereka dibekalkan dengan tugasan tertentu dalam linkungan bidang kuasa masaing-masing berdasarkan fungsi sosial, politik dan pentadbiran tertentu di istana, di darat dan laut. Maka, hubungan kerjasama yang rapi antara raja dan pemerintah adalah penting bagi menlaksanakan pentadbiran sesebuah kerajaan melayu32.
30- Jomo, 1988, hlmn 13
31- Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof, 2011, hlmn 103
Rakyat diperintah terbahagi kepada dua iaitu rakyat yang merdeka dan hanba. Hubungan antara rakyat dan raja terjalin di dalam bentuk spiritual dan secara tidak langsung dimana seseorang raja atau sultan diiktiraf dan dihormati secara kepercayaan dan kerabat raja dan sultan ini dilihat sebagai suci27. Maka, penerimaan sultan dan kerabatnya sebagai seseorang pemerintah dilihat bukan sahaja daripada segi status tetapi kerana aura yang diberikan kepada status institusi kesultanan itu sendiri28 Maka, mobiliti sosial secara menegak di dalam masayarakat melayu adalah mustahil dan jarang berlaku29. Pekerjaan kerah ini akan melibatkan semua rakyatnya iaitu petani, hamba ikatan hutang dan hamba abdi. Mereka ini akan melaksanakan kerja seperti pembersihan sungai, membina rumah atau masjid dan sebagainya. Selain itu, kewujudan hamba abdi dan hamba ikatan-hutang juga adalah penting. Kedua-dua hamba ini memiliki beberapa bidang pekerjaan antaranya adalah berkhidmat untuk tuan mereka seperti meningkatkan status politik dan tentera tuan mereka, melibatkan diri dalam kegiatan produktif seperti pertanian dan perlombongan bijih timah dan bekerja untuk orang lain bagi memperolehi pendapatan bagi tuan mereka dan lazimnya hasil yang dipeolehi oleh mereka diambil keseluhannya oleh tuan mereka30.
33- Muhammad Yusoff Hashim, 1989, hlmn 185 34- Hua, Wu Yin, 1983, hlmn 13
13
6.0 KEDUDUKAN RAJA DALAM BUDAYA POLITIK MELAYU SEBELUM KOLONISASI
Politik Melayu sebelum era kolonisasi telah mengamalkan sisten beraja yang mutlak atau absolute monarchy dimana raja menduduki status tertinggi di dalam masyarakat melayu. Politik Melayu sebelum era kolonisasi juga dianggap mengamalkan sistem feudal mutlak dimana raja dianggap sebagai jelmaan dewa yang bukan patut dipatuhi dan disembah. Ini kerana masyarakat Melayu memiliki sistem kepercayaan yang berasaskan Hindu-Buddha dan unsur tempatan seperti animisme. Maka, wujudnya wa’adat atau perjanjian antara rakyat dan raja dimana rakyat akan mengakui kedaulatan raja dan mengelak daripada menderhaka raja manakala sebagai timbal balik raja akan menjadi pelindung serta berlaku adil kepada rakyat di bawah pemerintahannya dan juga mengelak kezaliman keatas rakyatnya37. Antara contoh idea daulat derhaka di dalam sejarah melayu adalah peristiwa Sang Rajuna Tapa, iaitu Penghulu Bendahari kepada Raja Iskandar di Singapura telah ditimpa ketulahan dengan menjadi batu kerana bersubahat dengan orang Majapahit menyerang Singapura38.
37- Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof, 2011, hlmn 101-102
Selain itu, golongan-golongan raja juga merupakan sumber undang-undang di dalam sesebuah politik melayu dengan bantuan pembesarnya. Ini kerana kedudukan raja di dalam hieraki sosial masyarakat terletak di puncak dan merupakan kedudukan paling tinggi di dalam masyarakat Melayu. Maka, keistimewaan ini membuatkan segala titah dan perintahnya adalah undang-undang dan gari-garinya boleh dijadikan arahan untuk bertindak39. Maka, segala urusan legistatif dikuasai sepenuhnya oleh raja. Ini dapat dilihat melalui pemerintahan Sultan Umar dan Sultan Zainal Abidin III di Terengganu dengan pengharaman perjudian, sabung ayam dan aktiviti sukan yang berdosa. Sultan-sultan memiliki kuasa sepenuhnya menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah berlandaskan hukum syara40 Selain itu, di dalam bidang keagamaan sultan diumpamakan sebagai “ganti Allah” untuk memerintah manusia di dunia atau di gelar zulillahu fi’l’alam. Ini membawa erti kita juga wajib berbakti dan taat setia kepada raja dan jika derhaka dianggap enggan patuh perintah Allah dan Sunnah Rasullullah S.AW41. Sultan dilihat juga sebagai penaung masyarakat Melayu kerana selain dianggap sebagai wakil Allah, peranan istana di dalam membantu
39- Muhammad Yusoff Hashim, 1989, hlmn 153
40- Khoo Kay Kim, Mohd. Fadzil Othman, Abdullah Zakaria Ghazali, Amat Adam, Nik Abdul, Aziz Nik Hassan, Khozim Mohd Tamrin, Jazamuddin Baharuddin, Tamadun di Malaysia, 1980, hlmn 38 41- Muhammad Yusoff Hashim, 1989 hlmn 160
14
penyebaran dan penerimaan Islam sebagai agama dikalangan masyarakat juga mempengaruhi persepsi mereka42.
39- Muhammad Yusoff Hashim, 1989, hlmn 153
40- Khoo Kay Kim, Mohd. Fadzil Othman, Abdullah Zakaria Ghazali, Amat Adam, Nik Abdul, Aziz Nik Hassan, Khozim Mohd Tamrin, Jazamuddin Baharuddin, Tamadun di Malaysia, 1980, hlmn 38 41- Muhammad Yusoff Hashim, 1989 hlmn 160
Peranan raja juga dianggap sebagai perlambangan dan pemiliharaan perpaduan sesebuah negeri dengan meletakkan sebagai ketua negara rasmi sesebuah kerajaan43. Berhubungan diantara pemerintah dan rakyatnya bagaikan akar dan pokok. Akar yang kuat akan menyokong pokok supaya menjadi teguh dan ia mengumpamakan keutuhan sesebuah kerjaan. Jentera pemerintahan sangat bergantung kepada sesebuah masyarakat dibawah sesebuah kerajaan untuk bersatu-padu. Ini mampu mengekalkan sokongan terhadap visi dan matlamat seseorang pemerintah, menyertai di dalam pertahanan kedaulatan kerajaan, menyokong terhadap pekerjaan awam seperti pembinaan parit bagi memenuhi keinginan rakyat serta menganjurkan acara-acara diraja dan pesta-pesta tertentu. Segala tugasan ini merangkumi pekerjaan dan tanggungjawab secara kolektif dan melalui sini juga sistem gotong-royong mula diterap44.
43- Gullick, J.M, 1970, hlmn78
16
Penggunaan bahasa juga memisahkan antara raja dan rakyat. Di dalam Hukum Kanun Melaka terdapat beberapa perkataan dan amalan yang boleh digunakan oleh raja sahaja seperti titah, patik, murka, kurnia dan anugerah. Rakyat yang mempersendakan atau menggunakan ayat tersebut akan dihukum bunuh atau sekurang-kurangnya mulutnya digocoh hlmn 166. Penggunaan bahasa istana atau bahasa dalam seperti “beta”, “santap” dan “beradu” oleh kerabat diraja dan bahasa luar oleh rakyat seperti “saya”, “makan”, dan “tidur” menunjukkan berbezaan kebangsaan45.
7.0 KEDUDUKAN RAJA DALAM BUDAYA POLITIK MELAYU SELEPAS KOLONISASI
Pengaruh British secara langsung terhadap politik Melayu bermula selepas Perjanjian Pangkor 1874 dimana British telah bercampur dengan politik Melayu dengan menaikkan takhta kepada Sultan Abdullah dan menurunkan Sultan Ismail dari menjadi Sultan Di Perak oleh Sir Andrew Clarke pada 20 Januari 187445. Penentangan kuat daripada Melayu terhadap penjajahan British dan kos pentadbiran secara langsung telah menyebabkan perubahan cara British menjajah di Tanah Melayu. Kuasa
17
British di dalam politik dan pentadbiran secara langsung ditopengkan dengan meminta nasihat daripada pemerintah Melayu. Kekuasaan Sultan diyakini secara zahir dan batin di kalangan masyarakat Melayu disebabkan pemusatan kuasa Sultan disetiap negeri dan juga diakui kekuasaan Sultan oleh para pembesar setiap negeri tersebut. Walaupun Sultan tidak memainkan peranan yang besar di dalam dasar politik tetapi penasihat British sangat berhati-hati supaya ia memberikan gambaran bahawa mereka memerlukan nasihat Sultan sebelum melaksanakannya dasarnya terutama di dalam bidang adat dan agama. Pemeliharaan serta kuasa terhadap bidang adat dan agama oleh pemerintah tempatan terutamanya Sultan di lihat sebagai pampasan bagi kehilangan kedaulatan mereka46.
Proses politik bercorak Barat telah diperkenalkan dengan pertubuhan Dewan-dewan Undangan di setiap negeri pada tahun 1877. Ia dianggotai oleh sultan-sultan, pengawai-pengawai Istana dan wakil Inggeris. Dalam amalan ini ia tidak lebih daripada alat untuk pihak inggeris memperluaskan pengaruh jajahannya di negeri-negeri Tanah Melayu. Ketidak perubahan sistem yang sedia ada oleh Inggeris merupakan cara mereka untuk mentadbir negeri dengan lebih berkesan untuk kepentingan mereka47. Kewujudan Pengawai, Hakim dan Penguam Inggeris di dalam sistem perundangan negeri-negeri Melayu telah menyebabkan perubahan di dalam pelaksanaan undang-undang dalam bidang legistatif. Walaupuun ahli-ahli daripada Dewan Undangan terdiri secara majoritinya dariapada golongan pemerintah Melayu akan tetapi perangkaan undang-undang memiliki pengaruh daripada anggota Inggeris. Anggota Inggeris tersebut telah berdasarkan undang-undang tersebut dengan Undang-Undang Inggeris seperti Undang-Undang Penal India dan Sistem Torren diserapakan ke dalam undang-undang negeri. Selain itu, penggunaan prosiding di dalam mahkamah juga menggunakan undang-undang dan hukuman berdasarkan Undang-Undang Inggeris serta hakim bagi prosiding tersebut juga merupakan hakim Inggeris maka
47- Chamil Wariya, Siapa Kuasai UMNO, 1985, hlmn 15
18
undang-undang Islam sering tidak digunakan dengan kerap oleh pihak legastatif48.
47- Chamil Wariya, Siapa Kuasai UMNO, 1985, hlmn 15
Maka kekuasaan sultan sebagai ketua hakim terhadap pelaksanaan undang-undang Islam sememangnya telah lenyap dengan penubuhan Dewan Undangan ini. Hasil Inggeris kesan dariapda cara penjajahan mereka terhadap Tanah Melayu yang berbeza telah meyebabkan corak pemerintahan yang berbeza juga wujud hasil daripada itu. Maka wujudlah tiga corak pemerintahan di Tanah Melayu iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kesan daripada berbezaan corak pentadbiran ini dapat dilihat daripada beberapa aspek. Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Bersekutu telah dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British maka hak kepunyaan Melayunya hampir hilang seperti penggunaan bahasa Melayu di dalam pejabat kerajaan tidak pandang tinggi berbanding bahasa Inggeris dan agama Kristian dipandang seolah-olah sebagai agama rasmi kerajaan kerana hari kelepasan ialah hari Ahad dan bukan Jumaat49. Maka, keistimewaan penggunaan Bahasa Melayu mula hilang. Manakala negeri-negeri Melayu tidak bersekutu masih mempunyai mutu kemulian dalam komunikasi berbahasa Melayu serta agama Islam masih dianggap sebagai agama rasmi kerana hari pelepasannya adalah hari Jumaat50.
20
Telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia bahawa kuasa-kuasa raja sekadar diperuntukkan oleh Akta yang digubal Parlimen dan berpaksikan keluhuran Perlembagaan. Dari segi praktikal, pengaruh raja dalam menrencanakan budaya dan amalan politik, sistem sosial serta pemerintahan negara masih kukuh dan dihormati51. Ini kerana keperluan tindakan dan pengaruh raja di dalam isu mengenai perpaduan, penyatuan orang Melayu dan tempat berteduh orang Melayu bagi mendapatkan naungan politik apabila krisis dengan kaum lain masih wujud. Ini dapat dilihat melalui kejadian 1984 dimana Yang Dipertuan Agong, Sultan Ahmad Shah meminta supaya cadangan debat terbuka diantara UMNO dan PAS bagi membahas isu berkaitan perpaduan Melayu dan isu kafir-mengkafirkan serta berkaitan agama Islam dibatalkan demi memelihara keharmonian dan kesatuan masyarakat Melayu Islam sendiri52. Raja juga diberikan layanan istimewa yang terkandung di dalam Perlembagaan dimana mereka tidak boleh diambil sebarang tindakan sivil dan jenayah yang mereka lakukan. Terdapat juga nilai feudalisme yang masih berakar umbi dengan kukuh dalam UMNO sebagai sebuah parti politik seperti ketua atau pemimpin wajib ditaati secara keseluruhan53.
51- Ibrahim Mahmood, 1981, hlmn 14 52- Ibrahim Mahmood, 1981, hlmn 15
Ini dapat dilihat pada 1987 dimana UMNO telah berpecah kepada dua pihak iaitu pihak yang menyelebahi Tengku Razaleigh Hamzah dan pihak Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed dimana beliau selaku Presiden UMNO telah dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah keinginan beliau didorong dengan tuntutan dan keinginan beliau sebagai individu dan pengikutnya yang merasa ghairah untuk cepat mendaki puncak kuasa. Ini telah menyebabkan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad melakukan pembersihan di dalam parti UMNO dan kabinet Malaysia bagi memastikan anggota parti dan Jemaah menteri terdiri daripada kalangan yang setia kepadanya54
22
8.0 RUMUSAN
23
RUJUKAN
A. Ahamd Samad, 2008, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur, DBP
Arkib Negara Malaysia, 2012, Polemik Sejarah Malaysia Jilid 3, Majlis
Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-23, Kuala Lumpur
Bradell, R., 1980, The Study of Ancient Time in the Malay Peninsula and
Straits of Malacca and Notes on Ancient Times in Malaya, Kuala
Lumpur, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
Coedes, G., 1968, The Indianized States of Southeast Asia, Canberra, Australian National University.
Chamil Wariya, 1985, Siapa Kuasai UMNO, Selangor, Media Intelek Sdn. Bhd.
Critchley, J.S., 1978, Feudalism, London, George Allen & Unwin
Gullick, J.M, 1970, Sistem politik Bumiputra Tanah Melayu Barat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
H., R., 1959, Aristotle Politic with an English translation, London, Harvard University Press
25
Hooker, Virginia Matheson, 2003, A Short History of Malaysia Linking East and West, Australia, Allen & Unwin
Hua, Wu Yin, 1983, Class and Communalism in Malaysia Politics in a
Dependent Capitalist State, London, Zed Books Ltd
Ibrahim Mahmood, 1981, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, Suatu Penyingkapan Kembali Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu menuju
kemerdekaan, Kuala Lumpur, Penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur,
Jamaie Haji Ismail, 2016, UMNO dalam Politik dan Perniagaan Melayu, Bangi, Penerbit Universiti Kebangasaan Malaysia
Jomo, 1988, Pembangunan Ekonomi dan kelas Sosial di Semenanjung
Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Khoo Kay Kim, Mohd. Fadzil Othman, Abdullah Zakaria Ghazali, Amat Adam, Nik Abdul, Aziz Nik Hassan, Khozim Mohd Tamrin, Jazamuddin Baharuddin, 1980, Tamadun di Malaysia, Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia
Lukes, S., 2005, Power A Radical View Second Edition, UK, Palgrave Macmillan
Mohd. Taib Osman, Wan Kadir Yusoff, 1983, Kajian Budaya dan
Muhammad Yusoff Hashim, 1989, Kesultanan Melayu Melaka Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16
Dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad Yusoff Hashim, 1992, The Malay Sultanate of Malacca a
Study of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16 Century in
Malaysia History, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Parkinson, C. Northcote 1964, The British Intervention in Malaya 1867-1877, Kuala Lumpur, University of Malaya Press
S.K, Anthony 2002, Malay Political Leadership, London Shome RoutledgeCurzon,
Sobri Sudin, Mohd. Hafidz Hussein, 2006, Globalisasi & Budaya Politik
Di Malaysia, Cetakan Kedua, Sintok, Penerbit Uiversiti Utara Malaysia
Tansey, Stephen D., Jackson, Nigel, 2008, Politics The Basic 4th Edition,
London, Routledge
Wheatley, Paul, 1964, Impression of the Malay Peninsula in Ancient
Times, Singapore, Eastern Universities Press LTD
Yockey, F. P., 1962, Imperium The Philosphy of History and Politics,
27
Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina
Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof, 2011, Tamadun Islam & Tamadun Asia, Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Malaysia Press