• Tidak ada hasil yang ditemukan

Daya Tahan Usahawan Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Peruncitan di Negeri Melaka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Daya Tahan Usahawan Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Peruncitan di Negeri Melaka"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Daya Tahan Usahawan Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Peruncitan di Negeri Melaka

Norainiaida Mat Yaacob Noor Azman Hasan Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh daya tahan usahawan Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) peruncitan di negeri Melaka dan juga untuk melihat perbezaan tahap daya tahan perniagaan PKS usahawan Melayu berdasarkan demografi. Kaedah soal selidik digunakan sebagai kaedah utama dan data temu bual digunakan sebagai data sokongan. Borang soal-selidik yang digunakan ialah adaptasi daripada soal selidik Understanding Tecnopreneurial Self-Challenge (UTS) yang dibina oleh Multimedia Development Corporation (MDeC 2010). Data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis ujian-t dan ujian ANOVA sehala digunakan untuk melihat perbezaan tahap daya tahan berdasarkan ciri-ciri jantina, umur, kelulusan pendidikan, tempoh perniagaan dan lokasi perniagaan.Sample kajian ialah seramai 628 responden yang dipilih secara rawak berstrata di kalangan usahawan Melayu di negeri Melaka yang meliputi tiga buah daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Temubual pula melibatkan 6 orang responden yang dipilih berdasarkan skor mereka dalam soal selidik yang telah diedarkan dan mewakili setiap daerah di negeri Melaka. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka adalah tinggi. Hal ini berlaku kerana dorongan pelbagai faktor yang mencakupi kecekapan kendiri, kecekapan kognisi dan kecekapan sosial. Secara keseluruhan tahap daya tahan berdasarkan demografi berada pada tahap yang tinggi pada skor min 3.82. Hasil analisis inferensi menggunakan ujian-t dan ujian ANOVA bagi faktor demografi pula menunjukkan. Faktor umur dan lokasi perniagaan tidak mempengaruhi tahap daya tahan. Manakala, faktor jantina, kelulusan pendidikan dan tempoh perniagaan pula mempengaruhi tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka.

Kata Kunci : Daya Tahan, Usahawan, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

__________________________________________________________________________________ Pengenalan

Pembangunan di Malaysia semakin menyerlah dalam pelbagai aspek seperti dari segi struktur ekonomi, sosial dan politik. Peningkatan pencapaian pendidikan yang semakin memberansangkan pula merupakan satu kriteria penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Prestasi cemerlang dalam akademik merupakan kayu ukur kejayaan seseorang dan diiringi dengan pembukaan peluang-peluang pekerjaan yang bergaji lebih tinggi. Sektor pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan sektor yang diberi perhatian utama oleh kerajaan dalam menghasilkan modal manusia yang berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa ekonomi. Malaysia telah menekankan kepentingan pendidikan dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat universiti. Ini dibuktikan oleh peruntukan pembangunan yang tinggi diberikan kerajaan persekutuan terhadap pendidikan, iaitu melebihi 20.0% berbanding sektor lain. Dalam arus globalisasi, permintaan terhadap tenaga kerja yang cekap dan berkebolehan dalam sektor pendidikan meningkat secara dramatik bagi menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berdaya saing dalam pasaran buruh (Rahmah et. al, 2010).

Bidang keusahawanan bukanlah suatu bidang yang asing bagi masyarakat Malaysia, bilangan individu yang menyertainya semakin meningkat. Ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan sepanjang tempoh tahun 1995 sehingga tahun 2000 telah berlaku peningkatan dalam bilangan usahawan pada kadar 75.79 %. Tiga atau empat dekad yang

(2)

lalu, kerjaya sebagai usahawan bukan merupakan pilihan bagi kebanyakan orang. Ini kerana peluang-peluang perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati. Kebanyakan mereka berpendapat bahawa keusahawanan adalah sesuatu yang sukar dan ianya merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin jika dibandingkan bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan kerajaan. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa golongan bumiputera yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lain. Mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa’ ini selalunya tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan.

Selaras dengan pertambahan penduduk Malaysia daripada 14.65 juta orang pada tahun 1982 kepada 27.73 juta pada tahun 2008, bilangan penduduk bekerja turut meningkat daripada 5.25 juta kepada 10.66 juta pada tempoh tersebut. Berdasarkan Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB) yang dilaksanakan melalui pendekatan isi rumah, maklumat taraf pekerjaan yang dipungut bagi penduduk di Malaysia terdiri daripada lima kategori utama iaitu majikan, pekerja swasta, pekerja kerajaan, bekerja sendiri dan pekerja keluarga tanpa gaji. Majoriti penduduk bekerja di Malaysia terdiri daripada pekerja kerajaan dan swasta. Namun demikian, pelbagai langkah dan skim telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan bilangan penduduk yang bekerja sebagai majikan dan bekerja sendiri iaitu usahawan. Contohnya, matlamat penubuhan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memulakan dan memajukan lagi perniagaan.

Di Malaysia PKS mewakili 99.2 peratus atau 548,267 syarikat di Malaysia dan menyumbang antara 40 hingga 50 peratus KDNK, 19 peratus eksport dan 56.4 peratus pekerjaan (RMK-10). PKS merupakan sumber rezeki kepada lebih 300 juta orang di seluruh dunia, menyumbang antara 40 hingga 50 peratus eksport kebanyakan negara dan agen pembaharuan yang memacu kemajuan teknologi. Oleh itu, tidak hairanlah penambahbaikan dan peningkatan daya saing PKS kini menjadi agenda utama kebanyakan negara. Suatu ketika, pertumbuhan ekonomi sebahagian besarnya oleh syarikat-syarikat konglomerat. Kini, syarikat-syarikat gergasi bergantung kepada PKS dalam operasi seharian mereka.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka. Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan tahap daya tahan perniagaan PKS usahawan Melayu berdasarkan demografi.

Objektif dan Persoalan

Sesuai dengan tujuan yang disebutkan, kajian ini mempunyai dua objektif iaitu:

i. Mengenal pasti tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka.

ii. Mengenal pasti perbezaan dalam daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka berdasarkan jantina, umur, kelulusan pendidikan, lokasi dan tempoh perniagaan.

Secara lebih khusus, kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian ini yang dirumuskan sebagai berikut:

i. Apakah tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka.

ii. Adakah terdapat perbezaan dalam daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka berdasarkan jantina, umur, kelulusan pendidikan, lokasi dan tempoh perniagaan.

(3)

Permasalahan Kajian

Isu penyertaan golongan Bumiputera dalam bidang keusahawanan di peringkat nasional khususnya IKS semakin sering di tekankan. Selaras dengan agenda pembangunan ekonomi dan sosial untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan kental pada masa hadapan, penekanan perlu diberi kepada aspek agihan pendapatan yang seimbang dan keadilan sosial di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Masyarakat Melayu sering dianggap tersisih dan jauh ketinggalan di belakang dalam semua aspek berbanding dengan golongan lain. Oleh itu, golongan Melayu kini perlu mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dan transformasi yang drastik dari semua aspek khususnya dari segi pemikiran dan mentaliti untuk menceburi bidang keusahawanan bagi meningkatkan kekuatan dan kemantapan ekonomi untuk bersaing secara sihat dengan bangsa lain dan tidak terus ketinggalan dalam perjalanan negara menuju negara berpendapatan tinggi (Muhamad & Zaimah, 2012).

Pada masa kini, transformasi kepada budaya keusahawanan semakin diterapkan dalam kalangan rakyat. Kerajaan telah menyalurkan bantuan sebanyak RM1 bilion bagi melahirkan ramai usahawan Melayu PKS dengan sasaran 100,000 orang terlibat bagi tahun 2012 (Utusan Melayu, 2012). Setakat ini pembabitan usahawan Bumiputera yang terlibat dalam PKS berjumlah 200,000 orang daripada 800,000 orang usahawan dalam sektor itu. Daripada jumlah tersebut, 88 peratus adalah syarikat-syarikat kecil dan mikro yang menghasilkan pendapatan kurang daripada RM250,000 setahun dan mempunyai kurang daripada lima pekerja. Keadaan ini telah menggambarkan terdapat jurang perbezaan yang ketara antara usahawan bumiputera dengan kaum-kaum lain. Seharusnya usaha lebih gigih perlu dilakukan untuk mengecilkan jurang ini sekali gus meningkatkan ekuiti pegangan bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara.

Pencapaian usahawan Melayu PKS di negeri Melaka berdasarkan jadual 1.1 menunjukkan bidang peruncitan masih lagi ketinggalan berbanding dengan usahawan bukan Melayu. Walaupun matlamat pencapaian 30 % tercapai tetapi adakah mampu kekal dan berdaya tahan dalam tempoh yang lama dalam persaingan? Hal ini menunjukkan tahap amalan nilai kerja dan nilai hidup usahawan Melayu masih mengharapkan bantuan khususnya lokasi dan premis perniagaan yang sesuai dari kerajaan negeri dalam menjalankan perniagaan peruncitan.

Jadual 1.1 Pencapaian Melayu/ Bumiputera (Ekonomi) Melaka: 2007 Hingga 2009.

Jenis Lesen Perniagaan 2007 2008 2009 M % BM % M % BM % M % BM % Pembuatan 683 18.1 3,082 81.9 657 19.5 2,713 80.5 920 21.0 3,456 79.0 Peruncitan 7383 39.6 11,243 60.4 7,819 41.8 10,869 58.2 10568 44.6 13,132 54.4 Perkhidmatan 410 18.7 1,787 81.3 490 20.9 1,858 79.1 687 25.5 2,006 74.5 Restoran 1276 42.7 1,715 57.3 1,480 45.3 1,791 54.7 1894 46.9 2,143 53.1 Sumber : Statistik Penyertaan Bumiputera Dalam Bidang Ekonomi Dan Gejala Sosial Negeri Melaka,

(4)

Kewujudan usahawan Melayu adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang telah diberi penekanan dalam DEB (1971-1990). Usahawan bumiputera mempunyai kelebihan dan kemudahan yang diperoleh namun masih beroperasi pada tahap yang kurang cekap (Noor Asiah & Rahimah, 2007). Puncanya kebanyakan peserta program yang secara relatifnya baru dan kurang pengalaman dalam dunia perniagaan. Malah pendekatan MPPB mewujudkan mentaliti subsidi sehingga usahawan bumiputera terlalu berharap kepada pemberian atau bantuan kerajaan. Kemerosotan MPPB mendedahkan lagi kelemahan usahawan Melayu dalam aspek pengurusan, keupayaan bersaing dan daya tahan.

Isu umum yang merentasi semua program-program pembangunan MPPB adalah sikap dan nilai keusahawanan Bumiputera yang masih bergantung pada kerajaan, kurang kepakaran dan kurang berani meneroka pasaran baru (Mohd Zarif, 2003). Terdapat juga usahawan yang ingin cepat kaya tanpa memerlukan kerja yang lama dan usaha yang gigih. Sifat-sifat sebegini membantutkan pertumbuhan daya saing, daya maju dan daya tahan di kalangan usahawan bumiputera. Hasil ini bertentangan dengan dasar untuk mewujudkan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing. Walaupun sudah ada tanda-tanda perubahan dari segi sikap atau nilai terhadap perdagangan dan perindustrian tetapi darjah perubahan sehingga kini belum memadai. Proses perubahan adalah lambat berbanding dengan perubahan dan pengaruh persekitaran yang begitu drastik, ini boleh membantutkan keupayaan usahawan Bumiputera untuk terlibat dan cuba menguasai bidang-bidang ekonomi secara signifikan.

Usaha pihak kerajaan untuk menambah bilangan usahawan Melayu di negara ini berhadapan dengan pelbagai cabaran kejayaan. Proses pemilihan usahawan kepada sesuatu program pembangunan usahawan oleh pelbagai agensi dikenal pasti sebagai satu batasan yang perlu diteliti dengan lebih mendalam lagi memandangkan kadar atau bilangan usahawan yang berjaya bertahan dalam bidang ini adalah tidak banyak (Mohamed, 2001). Ditambah pula, menurut Buerah (2011) mengatakan faktor kritikal kelemahan usahawan bumiputera adalah dipengaruhi oleh latar belakang dan pengalaman individu, sikap, nilai dan etika keusahawanan, pengetahuan dan kemahiran pengurusan, program pendidikan dan pembangunan keusahawanan dan desakan ‘birokrasi’ dan persekitaran.

PKS membentuk 99 peratus daripada jumlah perusahaan perniagaan di Malaysia (Laporan PKS, 2007). Namun begitu PKS hanya menyumbang kepada 31 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan jumlah ini masih kecil berbanding peratusan jumlah perniagaan PKS yang ada di Malaysia. Sebanyak 65 peratus skim dana telah dikeluarkan setakat ini dalam usaha membangunkan PKS. Berdasarkan banci pertubuhan dan perusahaan 2005, didapati hanya sebanyak 9,997 PKS atau sebanyak 26 peratus sahaja yang terlibat dalam sektor perkilangan dimiliki bumiputera berbanding 27,496 atau 73 peratus bukan Bumiputera. Jumlah ini adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah PKS yang berdaftar di Malaysia keseluruhannya. Kesimpulannya permasalahan ini menunjukkan usahawan Melayu perlu berdaya tahan bagi meneruskan perniagaan mereka (Mohd Hasan, 2007).

Walaupun pelbagai usaha dirancang tetapi setiap perancangan mempunyai halangan dan cabaran yang perlu diatasi. Menurut laporan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), dari tahun 2000 hingga 2005 sebanyak 13 peratus daripada usahawan bumiputera gagal dalam perniagaan. Sebanyak 65 peratus gagal disebabkan disiplin dan integriti yang lemah manakala 35 peratus gagal kerana masalah perniagaan yang diceburi. Untuk tahun 2005 sebanyak 107 daripada 1040 usahawan bumiputera yang dilahirkan daripada skim yang diperkenalkan sejak tahun 2000 didapati gagal dalam perniagaan mereka. Daya tahan usahawan amat penting sebagai kawalan diri yang akan digunakan bagi sebarang halangan yang dihadapi. Segala tindakan dan usaha dalaman yang dilakukan oleh seseorang usahawan boleh mengekalkan perniagaannya dalam pasaran dengan menggunakan semua kelebihannya secara optimum. Malahan dapat menangkis segala serangan atau anasir yang boleh melemahkan perniagaan. Pada masa yang sama juga mampu mengambil tindakan untuk melemahkan pesaing-pesaing terdekat (George, 2002).

(5)

Dalam era globalisasi, daya tahan sangat diperlukan supaya individu dapat menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan dan bertindak cepat menghadapi krisis serta tidak melepaskan sebarang peluang (Glicken 2006; Maddi & Khoshaba 2005; Siebert 2000). Oleh itu daya tahan usahawan ini perlu ditingkatkan dalam menentukan kemajuan, keupayaan dan kecemerlangan sesuatu bidang yang diterokai itu dalam dunia yang begitu kompetitif dan tanpa sempadan. Banyak peluang yang boleh diterokai oleh para usahawan kita di peringkat global. Namun hanya mereka yang benar-benar mempunyai daya tahan dengan cabaran tersebut akan terus maju dan mampu meneroka dengan lebih jauh khususnya dalam usaha mengekalkan survival masing-masing. Kewujudan usahawan Melayu adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang telah diberi penekanan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990. Walaupun banyak kelebihan dan kemudahan yang diperoleh usahawan Melayu terutamanya dari kerajaan namun masih beroperasi pada tahap yang kurang cekap (Noorasiah & Rahmah, 2007)

Metodologi

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan data-data berkaitan tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka. Daya tahan yang dikaji meliputi kecekapan kendiri, kecekapan sosial dan kecekapan kognisi usahawan Melayu PKS. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan sokongan kaedah temubual bagi menjelaskan lebih mendalam dapatan kajian yang diperolehi daripada analisis kuantitatif. Selain itu, kajian ini dijalankan menerusi kaedah tinjauan deskriptif secara deduktif (Neuman, 1993). Jenis tinjauan yang digunakan dalam kajian ini ialah tinjauan semasa atau keratan lintang (cross-sectional survey) yang memungut data sekali sahaja daripada suatu sampel pada suatu masa (Creswell, 2005).

Oleh itu kajian tentang daya tahan di kalangan PKS usahawan Melayu di negeri Melaka ini dilakukan dengan menggunakan borang soal-selidik daripada adaptasi soal selidik Understanding Tecnopreneurial Self-Challenge (UTS) yang dibina oleh Multimedia Development Corporation (MDeC 2010). Kajian ini dijalankan di negeri Melaka yang terdiri daripada 10,568 usahawan Melayu yang terlibat dalam bidang peruncitan (MTESB, 2009). Pemilihan kajian terhadap seluruh daerah di negeri Melaka adalah berdasarkan maklumat populasi usahawan Melayu PKS peruncitan yang telah dicatatkan dalam buku statistik Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka.

Sampel dalam kajian ini ialah usahawan-usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka seramai 628 orang responden. Bilangan populasi kajian ini adalah seramai 10,568 di tiga buah daerah Melaka iaitu di daerah Jasin seramai 3665 orang, di daerah Melaka tengah seramai 4101 orang dan di daerah Alor Gajah pula seramai 2802 orang usahawan Melayu peruncitan PKS. Dalam kajian ini, teknik persampelan yang diaplikasikan ialah pensampelan rawak berstrata. Untuk tujuan tersebut penyelidik telah mengsegregasikan populasi kajian kepada sub-populasi (strata) berdasarkan lokasi, jantina, kelulusan, tempoh perniagaan dan umur usahawan Melayu peruncitan PKS di negeri Melaka. Selain itu, seramai 6 orang usahawan Melayu PKS dipilih untuk proses temubual. Usahawan ini dipilih berdasarkan skor mereka dalam soal selidik yang telah diedarkan dan mewakili setiap daerah di negeri Melaka. Pemilihan dibuat menggunakan persampelan bertujuan (purposive sampling). Persetujuan diperolehi daripada usahawan Melayu PKS peruncitan yang dipilih terlebih dahulu sebelum proses temubual dijalankan.

Dapatan dan Perbincangan

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang meliputi latar belakang responden, tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka dan perbezaan dalam daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka berdasarkan jantina, umur, kelulusan pendidikan, lokasi dan tempoh perniagaan. Berdasarkan jadual 1.2 bilangan sampel yang paling ramai adalah responden perempuan iaitu 443 orang (70.5%) berbanding responden lelaki yang berjaya diperoleh seramai 185 orang (29.5%). Kumpulan umur yang menjadi majoriti adalah kumpulan umur 31 hingga 40 tahun (36.1%) berjaya diperoleh daripada kajian lapangan. Ini diikuti pula kumpulan umur 41 hingga 50 tahun dan kumpulan umur 30 tahun ke bawah dengan melibatkan seramai 164 (26.1%) orang

(6)

usahawan dan 146 ( 23.2%) orang usahawan masing-masing. Manakala kumpulan umur yang terakhir pula kumpulan umur 51 tahun ke atas yang dapat diperoleh seramai 92 (14.6%) orang usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka.

Responden dalam kajian ini mempunyai pelbagai kelulusan pendidikan. Kajian menunjukkan majoriti responden berkelulusan sekolah menengah iaitu seramai 383 (61.0%) berbanding dengan kelulusan sekolah rendah seramai 87 (13.9 %), usahawan kelulusan sijil/diploma seramai 106 orang (16.9 %), usahawan berkelulusan ijazah seramai 45 orang (7.2 % ) dan usahawan berkelulusan ijazah lanjutan seramai 7 orang (1.1%).

Jadual 1.2 Profil Kajian Usahawan Melayu PKS Peruncitan Di Negeri Melaka

Latar belakang Responden Frekuensi Peratusan

Jantina Lelaki

Perempuan 185443 29.570.5

Umur 30 tahun ke bawah

31-40 tahun 41-50 tahun 51 tahun ke atas 146 226 164 92 23.2 36.0 26.1 14.6 Kelulusan Pendidikan Sek. Rendah

Sek. Menengah Diploma Ijazah Lanjutan Ijazah 87 383 106 45 7 13.9 61.0 16.9 7.2 1.1 Tempoh Perniagaan 1 hingga 2 tahun

3 hingga 6 tahun 7 hingga 10 tahun 10 tahun ke atas 142 229 119 138 22.6 36.5 18.9 22.0 Lokasi Perniagaan Bandar

Luar Bandar 399229 63.536.5

Profil tempoh perniagaan menunjukkan seramai 142 orang (22.9%) responden kajian ini mempunyai tempoh perniagaannya 1 hingga 2 tahun. Manakala usahawan yang telah memulakan perniagaan 3 hingga 6 tahun seramai 229 orang (36.5 %) juga merupakan majoriti responden berbanding tempoh perniagaan 7 hingga 10 tahun seramai 119 orang( 18.9 %). Bagi usahawan yang mempunyai tempoh perniagaan lebih 10 tahun ke atas adalah seramai 138 orang ( 22.0 %). Lokasi perniagaan pula yang berjaya diperoleh telah menunjukkan majoriti usahawan bandar seramai 399 orang (63.5 %) berbanding usahawan luar bandar seramai 229 orang ( 36.5 %).

Penilaian daya tahan berdasarkan aspek-aspek yang melibatkan kecekapan kendiri, kecekapan kognisi dan kecekapan sosial pula dapat dilihat berdasarkan hasil menggunakan dua kaedah iaitu analisis deskriptif dan berdasarkan temu bual.

a. Taburan Sampel Bagi Daya Tahan Mengikut Jantina.

Berdasarkan Jadual 1.3 didapati tahap min daya tahan di kalangan usahawan lelaki atau usahawan perempuan adalah tinggi dengan skor min 3.82. Walaupun terdapat perbezaan skor min antara usahawan lelaki dan usahawan perempuan namun perbezaan itu sangat rendah dan tidak dapat digunakan untuk menyatakan adanya perbezaan tahap daya tahan mengikut jantina.

Secara keseluruhan tahap aspek-aspek daya tahan mengikut jantina adalah tinggi kecuali bagi tahap aspek kecekapan kognisi yang menunjukkan skor min yang sederhana iaitu 3.11. Sementara tahap min aspek kecekapan kendiri dan kecekapan sosial menunjukkan skor min yang tinggi dengan masing-masing adalah 3.93 dan 4.04.

(7)

Jadual 1.3 Taburan Sampel Bagi Daya Tahan Mengikut Jantina.

Pemboleh ubah Lelaki Perempuan Keseluruhan

N Min S.P N Min S.P N Min S.P Tahap Daya Tahan 185 3.75 .31 443 3.85 .24 628 3.82 .27 Tinggi K. kendiri 185 3.85 .36 443 3.97 .31 628 3.93 .33 Tinggi K. kognisi 185 3.18 .42 443 3.08 .43 628 3.11 .43 Sederhana K. sosial 185 3.92 .42 443 4.09 .40 628 4.04 .41 Tinggi

b. Taburan Sampel bagi Daya Tahan Mengikut Umur

Merujuk jadual 1.4 didapati skor min tahap daya tahan mengikut pelbagai kumpulan umur adalah tinggi iaitu 3.82. Walaupun terdapat perbezaan skor min di antara usahawan berdasarkan kumpulan umur pada setiap aspek daya tahan tetapi masih lagi rendah dan tidak dapat digunakan untuk menyatakan adanya perbezaan tahap daya tahan mengikut kumpulan umur.

Jadual 1.4 Taburan Sampel Bagi Daya Tahan Mengikut Umur.

Pemboleh ubah

Mengikut Umur

<30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun >50 tahun

Keseluruhan

N Min SP N Min SP N Min SP N Min SP N Min SP Tahap

D. Tahan 146 3.79 .26 226 3.85 27 164 3.80 .27 92 3.81 .27 628 3.82 .27 T Kendiri 146 3.90 .32 226 3.95 .32 164 3.94 .32 92 3.93 .36 628 3.93 .33 T Kognisi 146 3.12 .43 226 3.17 .45 164 3 .05 .41 92 3.02 .41 628 3.11 .43 S Sosial 146 3.98 .42 226 4.07 .42 164 4.02 .42 92 4.09 .36 628 4.04 .41 T Berdasarkan skor min mengikut tahap aspek kecekapan kognisi mengikut kumpulan umur menunjukkan tahap yang sederhana iaitu 3.11. Manakala skor min bagi tahap aspek kecekapan sosial dan kecekapan kendiri adalah 4.04 dan 3.93. Ini menjelaskan tahap aspek kecekapan sosial adalah tinggi berbanding tahap aspek daya tahan lain mengikut kumpulan umur yang dikaji.

c. Taburan Sampel bagi Daya Tahan Mengikut Lokasi

Berdasarkan jadual 1.5 mendapati usahawan di bandar atau di luar bandar mempunyai tahap daya tahan yang tinggi iaitu dengan skor min 3.82. Walaupun terdapat perbezaan skor min tahap daya tahan antara usahawan mengikut lokasi perniagaan tetapi perbezaan tersebut masih lagi rendah dan tidak dapat digunakan untuk menyatakan adanya perbezaan tahap daya tahan. Di antara ke tiga-tiga aspek daya tahan, kecekapan kognisi menunjukkan skor min yang sederhana iaitu 3.11 berbanding tahap aspek kecekapan sosial adalah 4.04 yang tertinggi dan diikuti pula tahap aspek kecekapan kendiri iaitu 3.93.

Jadual 1.5 Taburan Sampel Bagi Daya Tahan Mengikut Lokasi

Pemboleh ubah Bandar Luar Bandar Keseluruhan

N Min S.P N Min S.P N Min S.P Tahap Daya Tahan 399 3.82 .26 229 3.83 .27 628 3.82 .27 Tinggi K. Kendiri 399 3.93 .31 229 3.93 .34 628 3.93 .33 Tinggi K. Kognisi 399 3.09 .43 229 3.14 .43 628 3.11 .43 Sederhana K. Sosial 399 4.03 .41 229 4.05 .42 628 4.04 .41 Tinggi

(8)

d. Taburan Sampel Bagi Daya Tahan Mengikut Kelulusan

Secara keseluruhan berdasarkan Jadual 1.6 didapati tahap daya tahan mengikut kumpulan kelulusan pendidikan yang dikaji adalah tinggi dengan skor min 3.82. Walaupun terdapat perbezaan skor min, tahap min daya tahan antara kumpulan kelulusan pendidikan tetapi perbezaan tersebut masih lagi rendah dan tidak dapat digunakan untuk menyatakan terdapat perbezaan tahap daya tahan.

Tahap aspek-aspek daya tahan mengikut kelulusan pendidikan secara keseluruhan adalah tinggi khususnya berbanding tahap aspek kecekapan kognisi mengikut kelulusan pendidikan menyatakan dengan skor min yang sederhana iaitu 3.10. Tahap aspek-aspek daya tahan mengikut kelulusan pendidikan skor min yang tertinggi adalah tahap aspek kecekapan sosial pada nilai min 4.04 dan tahap aspek kecekapan kendiri 3.93.

Jadual 1.5 Taburan Sampel Bagi Daya Tahan Mengikut Kelulusan

Pemboleh ubah Mengikut Kelulusan

SR SM S/DIP IJA L/IJA Keseluruhan N Min SP N Min SP N Min SP N Min SP N Min SP N Min SP T DT 87 3.78 .25 383 3.80 .26 106 3.84 .26 45 3.98 .32 7 3.93 34 628 3.82 .27 T KKd 87 3.89 .34 383 3.92 .32 106 3.92 .29 45 4.13 .36 7 4.01 .29 628 3.93 .33 T KKn 87 2.94 .36 383 3.09 .42 106 3.13 .45 45 3.40 .43 7 3.53 .53 628 3.10 .43 S KSs 87 4.05 .42 383 4.02 .40 106 4.05 .44 45 4.11 .44 7 4.16 .42 628 4.04 .41 T e. Taburan Sampel Bagi Daya Tahan Mengikut Tempoh Perniagaan

Berdasarkan Jadual 1.6 mendapati usahawan mengikut tempoh perniagaan adalah tinggi dengan skor min 3.82. Walaupun terdapat perbezaan skor min tahap daya tahan mengikut tempoh perniagaan tetapi perbezaan itu masih rendah dan tidak dapat digunakan untuk menyatakan perbezaan tahap daya tahan. Pada masa yang sama secara keseluruhan aspek yang berkaitan juga pada tahap yang tinggi tetapi paling tinggi skor adalah aspek kecekapan sosial dengan skor min 4.04.

Jadual 1.6 Taburan Sampel Bagi Daya Tahan Mengikut Tempoh Perniagaan.

Pemboleh ubah Mengikut Tempoh Perniagaan

1- 2 tahun 3 – 6 tahun 7- 10 tahun >10 tahun Keseluruhan N Min SP N Min SP N Min SP N Min SP N Min SP Tahap DT 142 3.84 .25 229 3.80 .27 119 3.79 .33 138 3.87 .27 628 3.82 .27 T K. Kd 142 3.95 .33 229 3.91 .32 119 3.90 .34 138 3.40 .33 628 3.93 .33 T K. Kn 142 3.00 .45 229 3.11 .44 119 3.18 .41 138 3.16 .41 628 3.11 .43 S K.Ss 142 4.10 .41 229 4.02 .40 119 3.96 .46 138 4.08 .37 628 4.04 .41 T

Manakala, dapatan kajian kualitatif hasil daripada temu bual yang dijalankan mengenai tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan menunjukkan, kebanyakan peserta memberikan jawapan yang sangat positif bahawa tahap daya tahan adalah tinggi. Hasil temu bual bersama dengan responden menunjukkan bahawa tahap daya tahan sangat penting dan amat perlu ketika berhadapan dengan tekanan dan cabaran yang dihadapi. Pengaruh elemen kendiri usahawan memainkan peranan utama dalam meningkatkan daya tahan usahawan. Sungguh pun demikian dapatan temu bual mendapati aspek-aspek dalam kendiri iaitu optimis, ketabahan dan kecergasan juga merupakan faktor-faktor yang menyumbang ke arah peningkatan daya tahan usahawan. Elemen kendiri di kalangan usahawan boleh meningkatkan jangkaan prestasi usahawan melalui sikap yang positif berhadapan dengan cabaran. Sehubungan itu usahawan akan sentiasa optimis apabila berhadapan dengan cabaran perniagaan. Hasil temu bual juga menunjukkan elemen yang penting dalam kendiri selain optimis adalah ketabahan. Ketabahan bermaksud Kebolehan diri menangani setiap cabaran

(9)

dalam perniagaan dan mampu bertahan dalam dunia perniagaan. Usahawan bersetuju ketabahan mampu berdaya tahan ketika berhadapan dengan masalah perniagaan yang dijalankan. Seterusnya boleh meningkatkan tahap daya tahan usahawan tersebut. Seterusnya aspek lain yang boleh membantu usahawan meningkatkan daya tahan dalam perniagaan ialah kecergasan. Kecergasan bermaksud kemampuan fizikal yang baik dan sihat untuk melakukan kerja. Oleh itu usahawan tidak mempunyai halangan dalam menghadapi persaingan dalam perniagaan, malah mampu menangani sebarang masalah yang dihadapi.

Selain faktor kendiri, faktor kognisi juga boleh meningkatkan daya tahan usahawan. Ianya melibatkan aspek-aspek merancang, formulatif, kreatif dan kritis. Usahawan yang berupaya untuk merancang adalah aspek yang amat perlu dalam meningkatkan tahap daya tahan usahawan untuk menghadapi cabaran perniagaan. Pernyataan yang dibuat oleh responden menunjukkan usahawan yang mempunyai perancangan yang teliti mampu berdaya tahan dalam perniagaan. Selain daripada elemen merancang, usahawan juga perlu mempunyai elemen kreatif dan kritis dalam menjayakan perniagaan yang dijalankan. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa melalui elemen kreatif dan kritis telah membantu usahawan meningkatkan jangkaan prestasi perniagaan yang diusahakan. Seterusnya aspek fomulatif juga penting dalam faktor kognisi yang boleh meningkatkan daya tahan usahawan. Formulatif yang dimaksudkan adalah mengawal dan menilai organisasi dan aspek ini mempunyai pengaruh terhadap peningkatan jangkaan prestasi perniagaan usahawan. Hasil temu bual menunjukkan bahawa usahawan yang boleh mengawal dan menilai perniagaan yang dijalankan boleh meningkatkan tahap daya tahan ketika berhadapan dengan masalah perniagaan yang dijalankan.

Selain faktor kognisi dan faktor kendiri, faktor sosial juga mempengaruhi peningkatan daya tahan usahawan. Melalui dapatan temu bual peserta kajian telah menunjukkan elemen ini sangat penting dalam menentukan kejayaan perniagaan yang dijalankan. Antara aspek yang penting dalam faktor sosial ialah aspek selamat. Aspek selamat dalam faktor sosial ini bermaksud menjamin keselamatan usahawan dalam perniagaan. Oleh itu usahawan perlu memikirkan tentang keselamatan perniagaan daripada mengalami kerugian. Usahawan yang selamat dapat meningkatkan daya tahan ketika berhadapan dengan masalah perniagaan yang dijalankan. Seterusnya aspek kepercayaan iaitu memperolehi kepercayaan rakan kongsi juga penting dalam sosial. Usahawan yang memperolehi kepercayaan juga dapat meningkatkan daya tahan ketika berhadapan dengan masalah perniagaan yang dijalankan. Selain itu, aspek peluang dalam sosial menunjukkan usahawan perlu bertindak jika berkebolehan untuk mencari peluang yang ada. Usahawan yang bertindak demikian boleh meningkatkan daya tahan. Aspek komunikasi dalam sosial amat penting kerana ianya dapat menentukan sama ada usahawan boleh memiliki kemahiran komunikasi yang baik dalam perniagaan.

Kesimpulannya, hasil temu bual telah dapat mengukuhkan dan menerangkan dengan lebih jelas hasil dapatan soal selidik berkaitan daya tahan usahawan. Dapatan kajian menggambarkan bahawa tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka adalah tinggi. Hal ini berlaku kerana dorongan pelbagai faktor yang mencakupi kecekapan kendiri, kecekapan kognisi dan kecekapan sosial. Secara keseluruhan tahap daya tahan berdasarkan demografi berada pada tahap yang tinggi pada skor min 3.82. Dapatan menunjukkan usahawan perempuan mempunyai skor min 3.85 lebih tinggi daripada skor min usahawan lelaki 3.75. Manakala bagi peringkat umur min skor yang tertinggi berbanding peringkat umur yang lain adalah peringkat umur 31-40 tahun dengan skor min 3.85. Bagi usahawan di luar bandar pula skor min 3.83 lebih tinggi berbanding usahawan di bandar dengan skor min 3.82. Usahawan yang berkelulusan ijazah menunjukkan skor min yang paling tinggi berbanding usahawan berkelulusan lain pada skor min 3.94. Kebanyakan usahawan yang mempunyai skor min tinggi terhadap daya tahan adalah di kalangan usahawan yang memulakan perniagaan dalam tempoh perniagaan 10 tahun ke atas dengan skor min 3.87.

Bahagian ini bertujuan menjawab persoalan kajian yang ke dua iaitu “ Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap Daya Tahan Perusahaan Kecil dan Sederhana Usahawan Melayu. Analisis inferensi menggunakan ujian-t dan ujian ANOVA bagi faktor Jantina, Lokasi, Umur, Kelulusan Pendidikan dan Tempoh Perniagaan Terhadap Daya Tahan pula menunjukkan.

(10)

i. Tahap Daya Tahan Mengikut Jantina

Jadual 1.7 Hasil Ujian-t Terhadap Tahap Daya Tahan Mengikut Jantina.

Latar Belakang N Min Sisihan Piawai nilai-t Nilai Signifikan

Lelaki 185 3.751 .307 -4.188 .000

Perempuan 443 3.848 .243

Keseluruhan 628 3.820 .267

Jadual 1.7, Tinjauan menunjukkan hasil ujian-t bagi melihat tahap daya tahan mengikut jantina. Berdasarkan Jadual 1.7, skor min tahap daya tahan usahawan Melayu lelaki PKS peruncitan adalah 3.751, manakala skor min usahawan Melayu perempuan PKS peruncitan adalah 3.848 dengan nilai t = -4.188 (p=0.00). Nilai p = 0.00 adalah rendah daripada 0.05 (p<0.05), ini bererti perbezaan latar belakang iaitu jantina mempengaruhi tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka. Dii. Daya Tahan Mengikut Kumpulan Umur Jadual 1.8 Hasil Ujian ANOVA Terhadap Tahap Daya Tahan Mengikut Kumpulan Umur. Latar Belakang N Min Sisihan Piawai F Nilai Signifikan 30 tahun ke bawah 146 3.791 .261 2.094 .100

31- 40 tahun 226 3.854 .270

41- 50 tahun 164 3.803 .274

51 tahun ke atas 92 3.806 .253

Keseluruhan 628 3.820 .267

Jadual 1.8 di atas menunjukkan skor min tahap daya tahan bagi usahawan Melayu PKS peruncitan daripada kumpulan umur 30 tahun ke bawah iaitu min 3.791, kumpulan umur 31-40 tahun min 3.854, kumpulan umur 41- 50 tahun adalah min 3.803 dan kumpulan umur 51 tahun ke atas min 3.806 dengan nilai F = 2.094 ( p= 1.00). Nilai p = 1.00 lebih tinggi daripada 0.05 (p > 0.05). Ini bererti perbezaan latar belakang iaitu kumpulan umur tidak mempengaruhi tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka. iii. Tahap Daya Tahan Mengikut Lokasi Perniagaan Jadual 1.9 Hasil Ujian-t Terhadap Tahap Daya Tahan Mengikut Lokasi Perniagaan. Latar Belakang N Min Sisihan Piawai Nilai-t Nilai Signifikan Bandar 399 3.816 .263 -.430 .667

Luar Bandar 229 3.826 .275 Keseluruhan 628 3.820

Jadual 1.9 di atas menunjukkan skor min tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan berdasarkan lokasi perniagaan bandar adalah min 3.816 manakala lokasi perniagaan luar bandar adalah min 3.893 dengan nilai t = -.430 (p = .667). Nilai p = .667 lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Ini bererti perbezaan latar belakang iaitu lokasi tidak mempengaruhi tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka.

(11)

iv. Tahap Daya Tahan Mengikut Kelulusan Pendidikan

Jadual 1.10 Hasil Ujian ANOVA Terhadap Tahap Daya Tahan Mengikut Kelulusan Pendidikan. Latar Belakang N Min Sisihan Piawai F Nilai Signifikan

Sekolah Rendah 87 3.783 .254 5.132 .000 Sekolah Menengah 383 3.803 .257 Sijil/Diploma 106 3.837 .264 Ijazah 45 3.975 .324 Lanjutan Ijazah 7 3.930 .336 Keseluruhan 628 3.820 .267

Jadual 1.10 menunjukkan skor min tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan lulusan sekolah rendah adalah 3.783, lulusan sekolah menengah adalah 3.803, lulusan Sijil/diploma adalah 3.837, lulusan ijazah adalah 3.975 dan lulusan lanjutan ijazah adalah 3.930 dengan nilai F = 5.132 ( p = .000). Nilai p = .000 lebih rendah daripada 0.05 (p < 0.05). Ini bererti perbezaan latar belakang mengikut kelulusan pendidikan mempengaruhi tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka. v. Tahap Daya Tahan Mengikut Tempoh Perniagaan Jadual 1.11 Hasil Ujian ANOVA Terhadap Tahap Daya Tahan Mengikut Tempoh Perniagaan. Latar Belakang N Min Sisihan Piawai F Nilai Signifikan 1 – 2 tahun 142 3.836 .252 2.994 .030

3 – 6 tahun 229 3.795 .273 7 – 10 tahun 119 3.788 .267

10 tahun ke atas 138 3.870 .267

Keseluruhan 628 3.820 .267

Jadual 4.22 adalah hasil analisis ANOVA yang menunjukkan skor min tahap daya tahan usahawan mengikut tempoh perniagaan iaitu 1- 2 tahun sebanyak 3.836, tempoh perniagaan 3- 6 tahun adalah 3.795, tempoh perniagaan 7 – 10 tahun adalah 3.788 dan tempoh perniagaan 10 tahun ke atas adalah 3.870 dengan nilai F = 2.994 ( p = .030). nilai P = .030 lebih rendah daripada 0.05 ( p< 0.05). Ini bererti perbezaan latar belakang mengikut tempoh perniagaan mempengaruhi tahap daya tahan usahawan Melayu PKS peruncitan di negeri Melaka.

Rumusan

Implikasi kajian yang dibuat membuktikan seorang usahawan perlu mengusahakan perniagaan agar berdaya maju, terus membina daya saing dan berusaha mencari jalan meningkatkan daya tahan. Malangnya, ramai usahawan tidak berusaha mengenal pasti apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan daya maju, daya saing atau daya tahan perniagaan mereka. Keghairahan mencari peluang dan kecenderungan mengambil risiko sering melalaikan usahawan daripada meneliti kesan sesuatu keputusan atau tindakan mereka. Apabila seorang usahawan memutuskan untuk mengusahakan sesuatu perniagaan, sewajarnya usahawan tersebut merancang satu perniagaan yang berdaya maju. Ini bermakna merancang perniagaan berdaya untung dan mampu meningkatkan nilai pemegang saham. Selain memastikan perniagaan diusahakan itu mampu berdaya maju dan berdaya saing, usahawan juga harus mempunyai matlamat untuk memastikan perniagaannya dapat bertahan lama.

(12)

Secara umumnya, semua perniagaan sangat rapuh pada peringkat awal, khususnya untuk satu atau dua tahun pertama. Untuk mencapai tahap daya maju seperti disasarkan, ada baiknya jika usahawan memahami terlebih dulu ciri yang diperlukan untuk membina daya tahan supaya perniagaan dapat melepasi tempoh genting peringkat permulaan dengan jayanya. Membina daya tahan perniagaan bererti mencari jalan memastikan perniagaan diusahakan adalah satu usaha jangka panjang. Usahawan boleh merancang perniagaan berdaya maju tetapi pada masa yang sama mesti menerapkan ciri tertentu untuk membina daya tahan perniagaan. Perkara utama perlu diberi perhatian oleh usahawan jika ingin perniagaan bertahan lama di pasaran ialah menjaga integriti diri dan perniagaan. Usahawan perlu membuktikan kepada semua pemegang kepentingan bahawa perniagaannya diurus secara jujur, beramanah dan bertanggungjawab. Selain menjaga integriti, usahawan hendaklah membina keupayaan diri dan perniagaan secara berterusan jika ingin mengukuhkan daya tahan perniagaan. Keupayaan diri boleh ditingkatkan dengan berusaha menambah ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.

Untuk membina daya tahan supaya dapat meneruskan perniagaan juga, usahawan perlu mampu bangun semula dengan cepat apabila mengalami halangan atau masalah. Untuk menjadi usahawan yang berdaya tahan, setiap kesilapan atau kesalahan ketika mengurus perniagaan hendaklah dijadikan iktibar dan pengajaran berguna bagi mengharungi masa depan. Setiap kesilapan sudah pasti memberi beban kos dan kesan kewangan kepada perniagaan. Amat penting kesilapan sama tidak diulangi. Bantuan dan nasihat daripada badan-badan yang terlibat juga perlu bagi membantu usahawan Melayu membina keyakinan khususnya dalam daya tahan. Bantuan kewangan bukan matlamat utama tetapi daya kecekapan kendiri, kognisi dan sosial perlu diutamakan dalam mengekalkan daya tahan perniagaan.

Rujukan

Buerah Tunggak 2011. Budaya usahawan yang Berjaya Skudai :Johor.

Creswell, J.W. 2005. Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research Ed. Ke-2. Upper Saddle River, NJ : Pearson Education Inc./Merril Prentice Hall.

George Chan Hong Nam. 2002. Seminar Peluang-Peluang Perniagaan dalam Perbadanan Komputer Berhad, Miri :Sarawak.

Glicken, M.D., ed. 2006. Learning from Resilience People: Sage publication. Maddi, S.R. & Khosaba., ed. 2005. Resilience at Work, N: Amacom.

Mohamed Mohamad Nazar. 2001. Usahawan Melayu dan bukan Melayu adakah sifat mereka berbeza? Jurnal Pembangunan Sosial UUM 2 :15-37.

Mohd Hasan Mohd Osman. 2007. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan kredit mikro di negeri Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Zarif. 2003. Strategi Untuk merealisasikan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Unit Perancang Ekonomi Negeri. Jabatan Perdana Menteri.

Muhamad Asri dan Zaimah Darawi. 2012. Transformasi dan Prestasi Perniagaan Usahawan Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Johor Baru. Prosiding PERKEM VII Fakulti Ekonomi Pengurusan, Jilid 1 (2012) 696 – 708.

Neuman, W.L. 1993. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Boston: Allyn and Bacon Inc.

Noorasiah Sulaiman & Rahmah Ismail. 2007. Kecekapan Teknik Firma Usahawan Melayu Dalam Sektor Perkhidmatan. Jurnal teknologi UTM 46(E):113-130.

Siebert. Al. 2000. Resiliency and Longevity. http:/www.resiliencycenter.com/article/ resilong.shtml.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan meningkatnya perkembangan media digital, proses membangun brand telah menjadi multi- arah, saling berhubungan dan sebagian di luar kendali pemasar, karena

Pemanfaatan limbah fly ash dari pabrik minyak nabati sebagai bahan subtitusi semen dalam pembuatan batako telah dilakukan untuk mengatasi permasalahan lingkungan.. Fly

Setelah kita membuat table untuk Master Grup Akun, untuk mempermudah pelaporan di akuntansi, saya sarankan anda membuat 1 ( satu ) table yang menyimpan data –

Agar sisi seni dan aspek penggambaran transformasi kupu-kupu sebagai simbol tranformasi diri manusia ini menjadi lebih menarik, karya ini akan ditampilkan dalam bentuk

Tujuan dari pemberian asuhan keperawatan ini adalah untuk mengkaji, menganalisis, merencanakan tindakan, berupa meningkatkan latihan batuk efektif, memberikan posisi semi fowler

Berdasarkan analisis statistik pada seluruh variabel dapat disimpulkan bahwa terdapat hubungan bermakna antara paparan asap pembakaran lilin batik dengan fungsi paru maupun kategori

Hasil penelitian menunjukan bahwa ada pengaruh yang signifikan terhadap kemampuan membaca pemahaman anak tunarungu Kelas V Di SLB-B Karya Mulia Surabaya setelah