• Tidak ada hasil yang ditemukan

2. Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. Orang yang mengganggu rumahtangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "2. Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. Orang yang mengganggu rumahtangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Perihal mengganggu rumahtangga (PMR) 1. Jangan memijak benang arang.

Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang.

2. Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang.

Orang yang mengganggu rumahtangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.

Hubungan Keluarga (HK)

1. Lantai dan dinding bertelinga belaka.

Jika bercakapkan sesuatu rahsia di tempat yang sulit atau di rumahtangga sendiri sekalipun hendaklah beringat barangkali ada orang yang bersembunyi dekat atau siapa-siapa yang lalu-lalang akan mendengar rahsia itu.

2. Sehari kahwin sehari tua, sehari beranak sehari gila.

Pada hari seseorang itu kahwin pada hari itulah ia termasuk pada bilangan orang-orang tua kerana hendaklah ia mengambil fikiran tua dan berkelakuan tua. Dan pada hari ia beroleh anak maka daripada hari itulah ia berkelakuan seperti orang gila, kerana dengan kesukaannya itu menimanglah ia anaknya itu sambil membutirkan beberapa perkataan-perkataan manja dan lain-lainnya kepada anaknya yang belum tahu bercakap atau mengerti barang sepatah pun perkataan itu dan mengilalah ia dengan demikian hal beberapa lama sehingga beransur-ansur anaknya mengerti perkataan-perkataan yang didengarnya itu sehingga besar boleh bercakap adanya.

3. Tegak sama tinggi duduk sama rendah, bersukat sama separas.

Orang-orang yang bersahabat sama ikhlas itu tiada menunjukkan kelebihan taraf atau kekayaan satu dengan lain.

4. Merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba jua.

Mengambil marah oleh tersalah seseorang yang dikasihi dalam pekerjaan kita sendiri marah yang tiada sampai, apabila ia beroleh kemalangan ditolong jua supaya jangan kesusahannya itu sampai kepada kita.

5. Perkataan yang lemah lembut itu melenggu hati manusia yang keras.

Seseorang yang keras hati itu tiada boleh kita menolaknya dengan kekerasan, hendaklah dengan pujuk rayu.

6. Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. 7. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali manusia seorang tiada terkawal.

Bidal ini dan yang mendahulunya bersamaan ertinya: hati manusia tiada boleh dipaksa melainkan hendaklah dipujuk supaya ia menjadi jinak.

(2)

8. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Orang yang bersaudara atau kaum kerabat tiada ambit peduli dalam sesuatu hal itu maka kita og lain pula melebih-lebih hendak ambil tahu atau seumpamanya.

9. Belanga kurang, senduk melebih-lebih.

Orang yang empunya kewajipan tidak mengambil berat dalam hal rumah tangganya seperti anak isterinya dan saudara-saudaranya yang dalam penjagaannya, maka orang lain pula hendak lebih bersusah payah.

10. Laki pulang kelaparan,dagang ladu ditanakkan, anak diriba diletakkan,kera di hutan disusui. Perihal kemurahan yang berlebih-lebihan atau pada bukan tempatnya, pada halnya kita kemiskinan, itu tiada jua baiknya.

11. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.

Kemurahan pada yang bukan-bukan tempat, sebab menolong perbelanjaan anak atau seumpamanya kepada orang lain dibiarkan tanggungannya sendiri dalam kesusahan.

12. Merajuk pada yang kasih, marah pada yang takut.

jika kita hendak berbesar hati biarlah kepada saudara (atau orang-orang) yang peduli dan mengambil berat kepada kita, dan begitu juga jika kita hendak menunjukkan kemarahan biarlah kepada orang yang kita ada berkuasa di atasnya dan ia takut kepada kita.

13. Meminta kepada yang ada, dan berkaul kepada keramat.

Meminta sesuatu itu hendaklah daripada orang yang ada yang demikian itu padanya atau berkuasa memberi.

14. Merasalah kamu ringan bebanan itu jika diangkat dengan sesukaan hati

Jika kamu perbuat sesuatu pekerjaan yang berat dengan tiada dipaksai orang, hanyalah dengan ikhlas dan hati yang senang dan suka, tiadalah terasa oleh kamu keberatannya itu. Ataupun suatu pekerjaan yang berat itu menjadi ringan bila suka kamu mengerjakannya.

15. Badan bersaudara, emas perak tidak bersaudara, kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa.

Bagaimana sekalipun berkasih-kasih maka dengan mudahnya dapat jua diceraikan oleh emas perak kerana jaranglah orang yang berani rugi kerana orang lain daripada dirinya hanya bapa itulah sahaja yang kerap tiada sampai hati dan hendak berugi-rugi kerana anak tetapi anak jarang sekali.

16. Jikalau kasih akan padi buangkanlah akan rumput.

Jika kasih akan anak isteri hendaklah berhenti daripada mengasihi orang lain yang seumpama kasih akan dia.

(3)

17. Kita semua mati tetapi kubur masing-masing.

Sungguhpun orang yang berkaum kerabat dan bersanak saudara itu berhimpunan, tetapi adalah masing-masing itu menyara hal dirinya jua.

18. Kita sekalian mati tetapi kubur masing-masing.

Sungguhpun orang yang berkaum kerabat dan sanak saudara itu berhimpun, tetapi adalah masing-masing itu menyara hal dirinya jua.

19. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan.

Anak orang lain dinafkahkan anak buah sendiri kelaparan tidak dipedulikan. Ataupun menolong orang lain, tidak hendak menolong sanak-saudara sendiri yang dalam kesusahan.

20. Bersaksi ke langit.

Sanak saudara atau sahabat kita, kita jadikan saksi dalam sesuatu perkara yang menyatakan kebenaran kita.

21. Bagai aur hergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. Bertolong-tolongan seorang dengan seorang dalam sebarang apa perkara.

22. Ringan sama dijinjing berat sama dipikul. 23. Cangkat sama didaki lurah sama dituruni.

24. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicip. seperti yang terdahulu itu juga). Dalam sebarang perkara semuafakat menanggung atau mengerjakan tidak berlebih berkurang

25. Sama seperahu.

Orang-orang yang bersama-sama dalam suatu hal yang mendatangkan kebimbangan jika berlaku sesuatu kesusahan kesekaliannya menanggung.

26. Pisang sesikat digulai sebelanga tanda muafakat bersama-sama. Bertolong-tolongan seorang dengan seorang dalam sebarang perkara.

27. Air dicincang tiada putus.

Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. 28. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.

Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

29. Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam.

(4)

30. Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar. Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan.

31. Berdiang di abu dingin.

Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.

32. Biar mati berkapankan kain cindai jangan kain kadut.

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. Kadut = kain karung. 33. Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

34. Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga.

Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. 35. Ditatang di anak lidah.

Sangat kasih akan anak isterinya. 36. Getikkan puru di bibir.

Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya. Getik = menggetil. 37. Harapkan anak, buta mata sebelah;harapkan teman, buta keduanya.

Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri.

38. Ibarat beban, belum lepas daripada bahu (=kepala).

Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan). 39. Ibarat perahu takkan karam sebelah.

Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya. 40. Jauh di mata, dekat di hati.

Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. 41. Jerat semata bunda kandung.

Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan.

42. Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain.

Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. Raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dsb. untuk mengharumkan.

(5)

43. Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan;setidak-tidaknya bertempiaran kelak. Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

44. Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput.

Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. 45. Kalau getah meleleh, kalau daun melayang.

Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.

46. Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal.

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya. 47. Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. Penggalan =potongan.

48. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput.

Jika kasihankan anak isteri, hendaklah berhenti dari mengasihi perempuan lain.

49. Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam.

Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya.

50. Keluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing. 51. Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi.

Anak dan isteri hendaklah dijaga dengan baik-baik. 52. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. 53. Bersama-sama dalam senang dan susah.

Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin. 54. Lemah melapis condong menopang.

Tolong-menolong satu sama lain. 55. Masin lagilah garam sendiri.

Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain. 56. Mati anak berkalang bapak, mati bapak berkalang anak.

(6)

57. Mendapat sama berlaba, merugi sama kehilangan. Hidup yang seia-sekata.

58. Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk.

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. Seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

59. Obat jerih pelarai demam. Anak atau barang yang disayangi.

60. Orang yang selancaran alu, atap yang berjahit, bendul bertekan. Perkauman yang dekat menurut adat.

61. Parak awak sajalah siangi.

Jagalah diri sendiri atau kaum keluarga sahaja, jangan dihiraukan hal orang lain. 62. Rosak bawang ditimpa jambak.

Menjadi rosak kerana perbuatan (kawan, kaum, dsb.) sendiri. 63. Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper. Kerana sayang pada seorang sahaja, disia-siakan keluarga yang banyak.

64. Sebagai di rumah induk bako.

Merasa aman dan tenteram. Bako = sekalian keluarga daripada pihak bapa.

65. Sebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang.

Kaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. Kincah ( mengincah) = membersihkan.

66. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai. Seia-sekata; sehina semalu.

67. Seorang cecak, semuanya merasa pedih.

Kalau seorang berbuat salah, maka kaum keluarganya akan turut merasa malu. Cecak = cubit. 68. Seutas rotan ditarik, bergegar hutan belukar; riuh bunyi kera dan lotong.

Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.

69. Suku tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih.

Referensi

Dokumen terkait

Pada hari ini, Rabu tanggal 4 Februari 20L5, saya yang dengan Keputusan Rektor Universitas Negeri Malang Nomor 2.2.39lUN}2lKPl2OL5 tanggal 2 Februari 20t5, dosen yang

Tidak seperti sistem operasi lain yang hanya menyediakan satu atau 2 shell, sistem operasi dari keluarga unix misalnya linux sampai saat ini dilengkapi oleh banyak shell

 Sel mikroba secara kontinyu berpropagasi menggunakan media segar yang masuk, dan pada saat yang bersamaan produk, produk samping metabolisme dan sel dikeluarkan dari

Meskipun lebih dari separo responden istri migran menyatakan bahwa dengan perginya suami untuk bekerja ke Malaysia beban pekerjaan rumah tangga menjadi semakin berat,

Dewan penelitian pengupahan nasional mendefinisikan upah sebagai berikut: “Upah adalah suatu penerimaan sebagai suatu imbalan dari pemberi kerja kepada penerima kerja untuk

Dengan kata lain bahwa, masyarakat nelayan (pesisir) sebagai subjek untuk melakukan tindakan ekonomi belum memiliki peluang memperbaiki akses pasar lebih luas, dan masih

Dalam merencanakan struktur gedung yang berada di wilayah yang terdapat intensitas gempa, sebaiknya menggunakan Sistem Rangka Pemikul Momen Khusus (SRPMK) dan

120 | http://www.jurnal.umb.ac.id/index.php/JSAI barang yang sudah mau kadaluarsa yang sudah ditentukan Efficiency - Adanya revisi invoice setelah penerbitan invoice