• Tidak ada hasil yang ditemukan

barang buatan tempatan lebih baik dari brangan import

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "barang buatan tempatan lebih baik dari brangan import"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Posted on 29th August 2013 in TIPS&INFO by rizalkalam

Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Peribahasa ini jelas menggambarkan betapa kita sebagai rakyat negara yang tercinta ini haruslah menyokong segala aktiviti yang boleh membantu negara. Antaranya ialah rakyat mestilah

menyokong produk tempatan. Sudah tiba masanya bagi rakyat kita untuk tidak lagi mengagungkan barangan luar barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dengan ini muncul satu persoalan yang menuntut jawaban ; apakah kebaikan membeli barangan buatan tempatan?

Antara kebaikan membeli barangan tempatan ialah menjimatkan perbelanjaan keluarga. Menurut laporan yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , faktor perdana yang menyumbang masyarakat lebih gemar mengagung-agungkan barangan import biarpun harganya mahal ialah mereka beranggapan bahawa barangan import lebih berkualiti. Pada hemat masyarakat, barangan yang harganya lebih murah biasanya tidak berkualiti, manakala barangan yang mahal pasti berkualiti tinggi. Masyarakat kini seyogianya memantapkan pemahaman dan menstabilkan tanggapan terhadap kualiti barangan tempatan biarpun harganya jauh lebih murah. Misalnya, pengiktirafan ISO 9001 kepada jenama-jenama tempatan membuktikan kualiti barangan tempatan sekarang sudah setaraf dengan jenama antarabangsa. Oleh sebab itu, dengan membeli barangan tempatan perbelanjaan keluarga dapat dikurangkan kerana produk tempatan tidak dikenakan cukai yang banyak.

Selain menjimatkan perbelanjaan keluarga, kebaikan seterusnya ialah meningkatkan imej negara. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui pembelian barangan tempatan, kita dapat

mempromosikan jenama tempatan di mata dunia. Cuba kita bayangkan dan imaginasikan satu hari sekiranya kita melihat kenderaan jenama tempatan seperti Perodua, Proton, dan Modenas

memenuhi jalan-jalan raya di luar negara. Bagaimana pula jika hak penyiaran animasi animasi karya studio tempatan seperti Upin dan Ipin, Usop Sontorian, Keluang Man, dan Kampung Boy dibeli dan ditayangkan secara ekstensif dan eksklusif oleh syarikat penyiaran terkenal seperti NHK TV, TBS, BBC dan SKY TV. Sudah pasti nama negara akan menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia. Dengan keadaan sedemikian, benarlah kebaikan membeli barangan tempatan adalah meningkatkan imej negara.

Pada waktu yang sama, pembelian barangan tempatan turut membawa kebaikan memajukan industri tempatan selain meningkatkan imej negara. Hal ini berlaku demikian kerana dengan pembelian barangan tempatan secara meluas, pengusaha-pengusaha tempatan kekurangan produk yang dikeluarkan oleh mereka. Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi komen menerusi laman sesawang mahupun tinjauan dengan turun padang sendiri mendengar kritikan pengguna. Hal ini akan menjadi teras penggerak perkembangan industri bagi menghasilkan produk yang lebih artistik, futuristik, dan tinggi nilai estetik bagi keselesaan pengguna. Natijahnya, benarlah kebaikan yang dibawa oleh pembelian barangan tempatan turut merangkumi memajukan industri tempatan.

Sebagai penghias bicara akhir, rakyat Malaysia haruslah menyahut seruan kerajaan menerusi

kempen yang dianjurkan seperti “Belilah Barangan Buatan Malaysia”dengan memberikan

sepenuh galakan dan sokongan serta memberikan peluang kepada industri tempatan untuk berkembang dan menempah nama dalam pasaran global. Pengusaha industri tempatan pula janganlah sentiasa berada di takuk lama dan tidak mahu melakukan perubahan biarpun dunia

(2)

semakin maju persis peribahasa “ibarat sepuluh jong masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor jua”. Mereka juga seyogianya menerima kritikan dan komen yang dilemparkan kerana seorang

cendekiawan Arab pernah berkata “Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur,”tambahan pula sasterawan Cina juga pernah menyatakan “Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik”. Dengan ini besarlah harapan saya agar lebih ramai rakyat membeli barangan tempatan kerana sesungguhnya banyak faedah dan manfaat yang boleh diperoleh menerusinya

——————————————————————————————————————————— Kejatuhan nilai ringgit sejak bulan Julai 1997 yang Ialu telah menjerumuskan Malaysia dalam kancah kegawatan ekonomi yang agak teruk. Nilai ringgit yang pada suatu ketika dahulu hanya sekitar RM2.50 bagi setiap AS$1.00 kini mencecah angka RM3.80 bagi setiap AS$1.00. Keadaan sebegini memberikan impak yang buruk kepada ekonomi negara. Harga barang semakin

meningkat, manakala harga saham semakin menjunam hingga menyebabkan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar. Sebagai akibatnya, ribuan pekerja menjadi penganggur.

Untuk berdepan dengan situasi begini, pelbagai langkah perlu diambil. Salah satu caranya ialah mengamalkan sikap berjimat cermat. Setiap rakyat Malaysia daripada segenap lapisan perlu mempraktikkan amalan berjimat dalam perbelanjaan harian mereka. Jika selama ini sikap terlalu mengagung-agungkan barangan luar negara begitu ketara, kini tibalah masanya mereka

memartabatkan barangan buatan tempatan. Dengan kata-kata lain, rakyat Malaysia perlu mengubah persepsinya terhadap barangan buatan tempatan.

Tak kenal maka tak cinta. Sebenarnya, banyak manfaatnya mengutamakan barangan buatan tempatan ini. Dari segi harga, temyata bahawa barangan buatan tempatan lebih murah jika dibandingkan dengan harga barangan import. Hal ini dapat dibuktikan dengan harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss. Harga motosikal tersebut, yang berkuasa kuda 110 ialah sekitar RM4500.00 sebuah. Sebaliknya harga sebuah motosikal buatan Jepun yang mempunyai kuasa kuda yang sama melebihi RM5000.00. Hal ini bermakna bahawa dengan membeli barangan buatan tempatan, seseorang itu dapat menjimatkan perbelanjaan untuk memiliki barangan yang sama.

Selain harganya murah, kualiti barangan buatan tempatan setanding juga dengan kualiti barangan import, malah ada yang lebih baik mutunya sehingga menarik minat pelancong asing dan pelbagai pihak di luar negeri. Barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dompet, dan sebagainya mendapat tempat yang istimewa di hati para pelancong dan para pengimport luar negeri. Kasut Bata keluaran Malaysia, misalnya, pernah mengalahkan kasut buatan negara lain dalam suatu pertandingan kualiti kasut dalam satu pesta antarabangsa di ltali. Lebih daripada itu, Malaysia adalah antara pengeluar alat pendingin hawa yang terbaik di dunia dan diberikan

pengiktirafan oleh banyak badan standard kualiti antarabangsa. Jika orang luar memandang tinggi terhadap barangan buatan tempatan, sepatutnya rakyat Malaysia lebih menghargai dan

mengiktirafnya.

Dengan membeli barangan buatan tempatan, rakyat Malaysia dapat juga membantu

perkembangan industri setempat. Sambutan yang diberikan terhadap sesuatu barangan tempatan akan memungkinkan syarikat tersebut meluaskan pasarannya sehingga ke luar negeri. Keadaan ini akan meningkatkan kemakmuran negara dan sekali gus akan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia juga. Sambutan yang diberikan terhadap kereta Proton, misalnya, telah memungkinkan pengeluarnya memasarkan kenderaan tersebut hingga ke Britain, Filipina, Singapura, Brunei dan negara-negara lain.

Perkembangan industri tempatan akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat setempat. Apabila barangan buatan tempatan mendapat sambutan, maka pengeluaran atau produktivitnya tentulah meningkat. Industri akan bertambah maju dan secara tidak langsung keadaan ini akan mengurangkan kadar pengangguran yang dihadapi negara. Sedikit banyak perkembangan ini dapat mengurangkan masalah sosial yang berpunca daripada

(3)

masalah pengangguran. Di samping itu, perkembangan yang sihat ini dapat juga membantu rakyat Malaysia menikmati pelbagai prasarana yang diperlukan.

Manfaat yang lebih penting daripada amalan membeli barangan buatan tempatan, khususnya dalam keadaan ekonomi yang muram sekarang, ialah tindakan itu dapat membantu negara mengurangkan kesan kegawatan ekonomi. Hal ini demikian kerana, amalan ini dapat menyekat pengaliran keluar mata wang tempatan dan mengurangkan import. Sebagai hasilnya, nilai ringgit dapat distabilkan daripada kedudukannya sekarang.

Dengan nilai ringgit yang rendah, harga barangan import sekarang secara relatif menjadi lebih mahal daripada harganya dahulu. Keadaan tersebut sudah tentulah meningkatkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia. Untuk berdepan dengan situasi itu, alternatif yang terbaik yang sepatutnya diamalkan oleh rakyat Malaysia sejak dahulu lagi ialah memberikan sokongan terhadap barangan tempatan. Berikanlah kerjasama terhadap kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara. Barangan buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.

——————————————————————————————————————————— Barangan Import Vs Barangan Tempatan

E-melkan Ini BlogThis!

Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest

Kategori: Bahasa Malaysia PBSMR, Kerangka Karangan, Penulisan PBSMR, Penulisan PT3, Penulisan SPM

Apa khabar, semua? Saya menerima beberapa respon berkenaan Kerangka Karangan - Barangan Tempatan Lebih Baik daripada Barangan Import [sila klik di sini]. Terdapat segelintir pelajar yang menghadapi kesukaran menyediakan isi-isi apabila topik ini dijadikan tajuk perbahasan dan pelajar dikehendaki menjadi pihak pembangkang. Dalam erti kata lain, pelajar perlu mengutarakan

mengapa barang-barang import lebih baik berbanding produk keluaran tempatan. Saya harap isi-isi di bawah ini dapat membantu kalian.

Pendahuluan

Huraikan apa itu barangan import dan barangan tempatan.

Kecenderungan masyarakat Malaysia membeli barangan buatan import berbanding barangan buatan Malaysia.

Isi-isi

Barangan import lebih berkualiti - meskipun harga barangan import jauh lebih mahal jika

dibandingkan dengan produk tempatan - barangan import lebih bermutu dan tahan lama - [Berikan contoh - tas tangan import yang menggunakan fabrik tahan lasak dan material terpilih berkualiti tinggi pastinya lebih tahan lama - tidak perlu kerap berganti bag - alah membeli menang memakai Barangan import lebih banyak pilihan yang menepati citarasa pengguna - pilihan untuk produk tempatan masih terhad. [Contoh - kereta keluaran tempatan (beri beberapa contoh) masih belum mampu menyaingi kepelbagaian kereta import di pasaran (beri beberapa contoh)] - pengguna dapat menikmati lebih banyak pilihan - memenuhi citarasa dan kehendak mereka

Membeli barangan import dapat memberi kepuasan peribadi kepada pengguna - hobi pengguna yang gemar mengumpul sesuatu barangan - menggalakkan mereka membeli barangan dari luar negara - tujuan menambahkan koleksi dan dapat memberi kepuasan peribadi kepada pengguna [Contoh - penggemar kasut/minyak wangi pasti akan turut membeli barangan tersebut yang

(4)

diimport untuk menambah koleksi mereka - penggemar perabot mewah - membeli perabot-perabot yang diimport - tidak terdapat di Malaysia

Lambang status dan taraf hidup - bukanlah untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk - kebanyakan pengguna yang membeli barangan import mempunyai taraf hidup dan status sosial yang tinggi dalam masyarakat - sebagai salah satu cara apresiasi terhadap diri/simbol kejayaan yang mereka kecapi - tidak salah asalkan tidak membazir

Penutup

Barangan import atau luar negara lebih baik daripada barangan buatan tempatan - mampu memenuhi citarasa pengguna - tidak salah membeli barangan import sekiranya berkemampuan - tepuk dada tanya selera

——————————————————————————————————————————— “Kemaslahatan membeli barangan buatan tempatan yang berformat ucapan”

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para peniaga, dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan. Saya seorang pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang keemasan ini untuk menyampaikan ucapan sempena jualan mega yang dilancarkan baru-baru ini. Perkara yang ingin saya kongsikan kepada tuan-tuan dan puan-puan pada pagi ini ialah kepentingan membeli barangan buatan Malaysia

Para hadirin,

“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak pengguna tempatan amnya, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan juga telah membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan. Hal ini telah memungkinkan pengeluaran barangan buatan Malaysia menjadi lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import.

Untuk menggapai visi kudsi Wawasan 2020 yang diwara-warakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, sektor industri di negara kita perlulah disokong sepenuhnya agar dapat dinaik taraf dan memenuhi kehendak pasaran. Kerajaan telah melancarkan kempen “Belilah Barangan

Buatan Malaysia”sejak awal tahun 1988, tujuannya adalah untuk membuka mata rakyat pro-Barat

tentang kualiti barangan tempatan. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong barangan buatan Malaysia, siapakah lagi membeli barangan buatan Malaysia? Saya akan cuba menghuraikan kepentingan membeli barangan tempatan kepada tuan-tuan dan puan-puan.

Hadirin dan hadirat yang budiman,

Dewasa ini, Asia Tenggara sedang dilanda iklim kegawatan ekonomi yang gawat. Hal ini telah membelenggu rakyat dalam negara tetangga sebelah sini. Sesetengah tempat menghadapi masalah kekurangan bahan makanan, malah di negara kita, kadar inflasi semakin meningkat. Apakah langkah yang paling proaktif untuk menangani masalah inflasi ini? Pada pandangan saya, pendekatan yang terbaik untuk memerangi permasalahan ini adalah dengan membeli barangan keluaran tempatan. Hal ini berlaku demikian kerana melalui langkah ini, kita akan dapat

mengelakkan pengaliran mata wang ke luar negara. Jika keadaan ini dapat kita elakkan, sudah pasti dana utama negara akan meningkat seterusnya dan membendung masalah inflasi.Usahlah kita bersusah payah membazirkan wang membeli kenderaan import. Usahlah kita memandang jenamanya yang menuntut nilai yang tinggi sedangkan negara kita mempunyai kenderaan yang sama kualitinya. Lihatlah kereta-kereta nasional berjenama Proton seperti Proton Saga, Proton Waja, dan Proton Perdana. Bukankah kereta ini setanding dan setaraf dengan kereta-kereta import?

Menurut laporan yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri , faktor perdana yang menyumbang masyarakat lebih gemar mengagung-agungkan barangan import ialah mereka beranggapan bahawa barangan import lebbih berkualiti. Saya di sini boleh memberitahu kalian bahawa tanggapan mereka adalah salah sama sekali kerana mereka sering menganggap bahawa barangan yang harganya lebih murah biasanya tidak berkualiti, manakala barangan yang mahal pasti berkualiti tinggi. Lantaran itu, mengapakah kita masih membayar lebih untuk barangan import yang sama kualitinya sedangkan negara kita juga mempunyai barangan lebih berkualiti

(5)

berbanding barangan import? Tepuk dada tanyalah selera. Hal ini telah membuktikan bahawa barangan tempatan lebih murah jika dibandingkan dengan barangan import. Oleh itu, kita dapat menjimat pembelajaran ketika kita membeli barangan tempatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sejak akhir-akhir ini, negara kita telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan yang berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1) dan pasaran kenderaan antarabangsa. Justifikasinya,

kejayaan ini telah menunjukkan bahawa negara kita mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Persis pepatah Melayu berbunyi “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”. Selain dapat berbelanja secara

berhemah, sedikit sebanyak kita dapat membantu anak bangsa kita sendiri dan membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Dengan membeli barangan tempatan, kita dapat membuktikan bahawa rakyat Malaysia merupakan bangsa yang berdikari tanpa

memerlukan bantuan dari negara atas angin. Selain itu, kita dapat memberikan impak positif dan menjadi teladan kepada negara-negara lain.

Akhir kalam, amalan membeli barangan buatan Malaysia seyogia ada dalam jiwa masyarakat kerana amalan ini banyak mendatangkan faedah kepada rakyat tempatan. Jika sikap ego ini tidak kita kikiskan, negara kita akan runtuh. Oleh itu, saya menyeru agar hadirin dan hadirat menyokong

kempen “Belilan Barangan Buatan Malaysia”ini demi kebaikan negara dan warga keseluruhannya.

Rakyat haruslah menjangka sehabis tangan dalam usaha melancarkan pembangunan negara seperti yang dikatakan dalam tema kebangsaan tahun 2008 “Perpaduan teras kejayaan”. Malaysia Boleh! Sekian, terima kasih.

——————————————————————————————————————————— Dilema Barangan Buatan Malaysia

Jana kekuatan ekonomi

Pernah menonton rancangan Buletin Utama? Rancangan berita yang disiarkan setiap hari jam 8 malam di TV3.

Diakhir rancangan berita ini akan dipaparkan iklan yang khusus menyeru seluruh warga 1Malaysia agar terus menyokong, dengan membeli barangan buatan Malaysia - serta jadilah pengguna yang bijak.

Sememangnya usaha yang dibuat pihak kerajaan ke arah mempromosi dan menggalakkan rakyat agar membeli dan menggunakan barangan buatan tempatan merupakan suatu langkah yang murni dan baik - perlu diteruskan.

Dengan membeli barangan tempatan bukan sahaja membantu mempertingkatkan sumber kekayaan dalaman negara, malah kesan gandaan kepada ekonomi dan sosial juga begitu signifikan.

Sokongan berterusan pengguna akan membolehkan syarikat tempatan mengekalkan prestasi jualan dan penghasilan, seterusnya membantu golongan petani yang membekalkan barangan keperluan asas (petani mendapat rezeki) kepada perusahaan juga dapat terus berkembang. Apabila perusahaan yang dibentuk melalui kekuatan dalaman ini dapat mengharungi gelombang krisis ekonomi, mereka (pengusaha tempatan) ini akan dapat mengekalkan peluang pekerjaan buat rakyat dan masyarakat setempat yang terlibat.

Dengan pendapatan yang berterusan, para pekerja ini akan dapat terus berbelanja dan akhirnya duit itu akan kembali berkitar secara berterusan di dalam struktur pengekonomian setempat. Malah, dalam konteks yang lebih umum lagi, penggunaan produk tempatan secara tidak langsung akan dapat membantu mengurangkan bebanan import negara (jangka pendek) dan menjadi titik tolak ke arah pemerkasaan penghasilan dalaman negara (self-contained economy) bagi jangka panjang.

(6)

Contoh mudah dengan apa yang saya maksudkan oleh 'self-contained economy' adalah dengan melihat cara negara Thailand membangunkan teknologi dan produk pertanian tempatan sehingga bukan sahaja berjaya memperkasa eksport ke luar negara (hingga boleh mempengaruhi harga beras serantau), malah secara jangka panjang tidak risau jikalau berlaku krisis kekurangan bahan asas makanan (beras).

Itu contoh negara luar yang percayakan produk tempatan untuk keuntungan ekonomi dalaman dan luaran. Bagaimana pula dengan negara kita?

Berkesankah langkah kerajaan bagi menggalakkan rakyat membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia?

Jawapannya: "Ya, berkesan, dan Tidak, tidak begitu berkesan". Untung besar vs untung kecil

Tiada orang ingin melabur pada perniagaan yang untungnya kecil. Inilah dilema yang sering menjadi sebab mengapa kempen untuk membeli barangan buatan Malaysia masih belum begitu berjaya.

Para pengusaha tempatan sendiri nampaknya menghadapi kepayahan bagi mempercayai kemampuan sumber dalaman bagi menggerakkan perniagaan mereka.

Mudah kata, biarpun menghasilkan 'produk tempatan' di bawah jenama 'buatan Malaysia', ramai pengusaha sebenarnya mengimport bahan mentah mereka daripada negara luar.

Salahkah tindakan mereka itu? Tidak juga. Ini kerana mereka juga perlu memikirkan strategi untuk meminimakan modal, bagi memaksimakan untung perniagaan.

Contoh terkini dapat diperhatikan di dalam siaran Buletin Utama sebentar tadi di mana sebuah syarikat pembekal susu lembu segar tempatan terpaksa 'membuang' lebih 75,000 liter susu lembu (berlanjutan selama 2 bulan) berikutan 2 daripada 3 kilang yang membeli susu enggan menerima bahan mentah berkenaan.

Alasan yang diberi, menurut berita, susu yang import dari China (dan Thailand serta Indonesia) adalah jauh lebih murah berbanding bahan mentah (susu) yang disedia syarikat milik tempatan tersebut - rujuk foto.

Sumber: Berita harian online

Justeru, bagaimana untuk menjayakan kempen 'belilah barang buatan Malaysia' jika para pengusaha sendiri lebih mementingkan periuk nasi masing-masing dan tidak menyokong penghasilan tempatan?

Itu belum lagi dikira kesan rantaian iaitu terhadap masa depan para pekerja di ladang lembu berkenaan dan pihak-pihak lain yang berurus-niaga dengan syarikat tempatan tersebut. Pastinya kesemua yang berada di dalam 'rantaian' perkhidmatan terbabit akan menanggung risiko dan bebanan kewangan, malah jikalau berterusan mereka boleh 'gulung tikar'.

Satu lagi contoh yang relevan yang dapat kita perhatikan adalah perkembangan di dalam industri pembinaan negara. Dari mana datangnya bahan binaan berkualiti rendah, dibeli pada harga yang rendah (mengupah buruh yang rendah)? Digunakan pula untuk membina makmal sekolah, studium, kompleks pentadbiran kerajaan, rumah untuk golongan miskin dan banyak lagi? Jika ditanya kepada pengusaha, jawapan mereka lain pula. Bukan mereka tidak menyokong industri tempatan.

(7)

Mereka kata pembekal tempatan tidak mampu memenuhi permintaan bekalan bahan mentah yang diinginkan.

Ini kerana dalam banyak keadaan, sesetengah pengeluar masih berstatus IKS (industri kecil dan sederhana) dengan kapasiti pengeluaran dan penghasilan yang terhad. Justeru, untuk memenuhi permintaan berskala besar adalah sukar.

Contoh lagi - bagaimana untuk pengusaha IKS tempatan mampu membekalkan 10,000 liter jus salak kepada Pasaraya Mydin, yang umum tahu menjual harga murah? Jika modal untuk membeli salak tempatan adalah RM8.00/kg, berbanding salak dari Indonesia iaitu RM3.00/kg? Dan bekalan tempatan sendiri tidak mencukupi untuk menampung keperluan 10,000 liter yang diminta?

Dilema inilah yang membuka pintu untuk para pengusaha aksess kepada bahan mentah yang diimport dan membuat untung secara maksima. Mangsanya? Fikirlah sendiri.

Bijak, dan jangan sampai kena pijak

Justeru, kempen pengguna bijak dan membeli barangan buatan Malaysia janganlah hanya tersandang di bahu para pengguna, malah pihak-pihak yang terlibat di dalam 'rantaian

penghasilan' produk itu juga harus 'dikempen' dan dididik agar mendahulukan penggunaan bahan mentah dan sumber (buruh, modal, perkhidmatan sokongan) tempatan. Dan mana yang terkurang atau tiada kepakaran, barulah diimport.

Ini kerana kita ingin memastikan 'pengguna yang bijak' bukanlah slogan kosong atau sebenarnya kita menjadi pengguna yang tertipu dengan muslihat para pengusaha yang pintar dalam membuat iklan hinggakan dalam sedar kita sebenarnya menggunakan barangan berkualiti rendah yang murah, yang diimport (dari China, Thailand, etc.), yang cuma dilekatkan label 'Buatan Malaysia'. Sekian.

——————————————————————————————————————————— Barang Buatan Malaysia Berkualiti ? Kecurigaan yang Masih Terbenam Dilubuk Hati

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang

sememangnya pun tidak menguntungkan diri kita. Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, tanggapan sedemikian perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh”dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang

menembusi pasaran luar negara. Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, pendingin hawa dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran. Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, langsyir, cadar serta pelbagai jenis produk lain telah dihasilkan oleh pengusaha tempatan untuk menandingi produk luar negara.

Dalam usaha mempopularkan barang-barang buatan tempatan dalam kalangan warga tempatan, kita perlu mengubah diri serta pemikiran kita. Yang paling penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagung-agungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Seandainya kera di hutan disusukan , anak di pangkuan mati kebuluran. Rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Tindakan

mengutamakan barangan tempatan, membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak. Pertama, tindakan ini akan mengelakkan aliran keluar wang dari negara kita. Kedua, tindakan sedemikian akan menggalakkan pembangunan industri tempatan yang dapat bersaing

(8)

dengan pengeluar antarabangsa demi menghasilkan produk tempatan yang lebih berkualiti dan berdaya saing.

Rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan. "Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai barang sedemikian untuk diedarkan kepada pengguna. "Senarai itu boleh diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga

Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan. Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun hasil daripada pengurangan dalam pengimportan barang asing. Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha mengubah persepsi masyarakat yang serong tentang kualiti barang-barang tempatan. Langkah ini akan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import.

Seterusnya, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dalam kalangan rakyat negara ini yang turut menyumbang kepada penurunan ringgit disebabkan mereka mudah memperoleh kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang. Pembelian sesuatu barang itu perlu dilakukan setelah mempertimbangkan kualiti serta keperluan barangan tersebut. Realitinya, kita harus membeli barang-barang yang berkualiti dan tidak sembarangan dalam melakukan

pembelian. Kita harus mengikis tanggapan bahawa barangan yang diimport sentiasa berkualiti. Adakalanya, barang yang dimport lebih rendah kualitinya jika dibandingkan dengan barangan yang dikeluarkan di dalam negara sendiri.

Peranan media dalam konteks ini tidak dapat dinafikan. Pihak media boleh memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media perlu bersedia membantu kerajaan dalam usaha membangunkan semangat pembelian barangan buatan Malaysia dengan mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan Malaysia. Promosi serta pemasaran yang lebih agresif melalui media akan memberi satu status dan imej yang baru kepada barang-barang buatan tempatan. Pengiklanan yang bertaraf antarabangsa perlu demi menaikkan imej barang-barang keluaran dalam negara. Ini akan memberi keyakinan kepada penduduk tempatan untuk membeli barang-barang domestik. Jangan pula kita lupa bahawa barang-barang tempatan juga standing dari segi kualitinya jika dibandingkan dengan barang-barang import malah mungkin lebih baik mutunya.

Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk membantu merangsangkan ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi. Dalam hal ini, semua agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing.

Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan dengan pengeluaran, promosi dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan tidak sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar terhadap harga barang tempatan. Di kawasan bandar, yang berinfrastruktur yang baik, rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia pada harga yang berpatutan tetapi penduduk di kawasan pedalaman terpaksa menghadapi

masalah harga barangan yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pihak kerajaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani masalah ini.

Semua pihak tidak kira agensi kerajaan atau pihak swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta tempatan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekaligus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka. Rakyat juga perlu memberi peluang dan galakan kepada anak- anak tempatan dengan membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import. Institusi kerajaan, swasta dan rakyat perlu mengutamakan produk berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju dan memperoleh pasaran yang lebih luas.

(9)

Usaha Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) perlu diberi perhatian dengan menggalakkan sinergi antara pihak kerajaan dengan swasta. R&D tidak dapat

berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan. Semua pihak perlu memberi galakan kepada pembangunan sains dan teknologi terutamanya yang berhubung kait dengan penghasilan produk yang berteknologi tinggi. Hadiah dan peruntukan perlu disediakan untuk para saintis dan pengkaji untuk menghasilkan produk ciptaan tempatan yang mempunyai daya saing global.

Kesimpulannya, tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan sedemikian terdapat di negara kita. Diharapkan kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan dan tidak setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa. Biarlah segala usaha yang dilaksanakan itu demi mempopularkan barang-barang buatan tempatan berkekalan persis kata orang tua-tua alang-alang mandi biar basah dan tidak alang kepalang sahaja. Jika bukan kita, rakyat Malaysia, yang mengutamakan dan memilih barangan buatan tempatan, siapa lagi?

Referensi

Dokumen terkait