• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR. 4.0"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PELAKSANAAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITI DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM : POTENSI DAN CABARAN

Fatin Nur Fatimah Binti Ishak

(cik.atin35@gmail.com)

Dr. Mohd Isa bin Hamzah ABSTRAK

Seiring dengan perkembangan teknologi dunia, sistem pendidikan juga tidak ketinggalan mengadaptasikan teknologi terkini di dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara teknologi pembelajaran yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengkaji dalam bidang pendidikan adalah teknologi Augmented Realiti. Walau bagaimanapun, berbanding dengan bidang sains, matematik dan bahasa, kajian tentang perlaksanaan teknologi Augmented Realiti masih kurang dieksplorasi. Oleh itu, kertas konsep ini menekankan kepada potensi dan cabaran di dalam melaksanakan teknologi Augmented Realiti ini di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini amatlah penting untuk membantu pihak perlaksana dasar pendidikan iaitu para guru untuk membuka mata dan mendalami teknologi Augmented Realiti ini agar teknologi ini dapat diaplikasikan sebaiknya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Kata kunci:teknologi pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran, guru

PENGENALAN

Ledakan dunia teknologi pada masa kini memberi satu cabaran baru kepada semua pihak yang berada di dalam sistem pendidikan termasuklah para guru yang menjadi peneraju utama yang akan berhadapan dengan para pelajar. Pelbagai inovasi dan kaedah pembelajaran baru sentiasa diperkenalkan untuk menambahbaik mutu pengajaran guru seterusnya memastikan guru dapat menghasilkan pembelajaran bermakna.

Menurut Siti Hayati (2016), kemahiran dan kecekapan menguasai media teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang sering dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kreativiti, inovasi dan kognitif. Ini membuktikan kepentingan dan tuntutan untuk para guru menguasai kemahiran teknologi pada zaman kini.

Selain pada guru, pelajar-pelajar juga turut sama terdedah dengan perkembangan teknologi pada zaman kini. Berbeza dengan beberapa dekad yang lalu di mana para pelajar hanya menerima secara total apa jua yang diajar oleh para guru. Ini memberikan cabaran baru kepada para guru untuk memastikan mereka bergerak seiring dan lebih ke hadapan berbanding dengan para pelajar.

Peredaran masa juga menjadikan persekitaran pembelajaran kini berubah daripada pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan murid. Tuntutan kemodenan pengajaran dan pembelajaran kini menuntut untuk para guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dan juga fasilitator sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Di antara teknologi di dalam pedagogi pendidikan terkini ialah teknologi Augmented Realiti. Di mana ianya merupakan satu teknologi yang telah digunapakai secara meluas di dalam bidang-bidang lain. Namun, di dalam bidang pendidikan, telah wujud beberapa kajian yang dilakukan oleh para penyelidik berkenaan dengan

(2)

pengaplikasian teknologi Augmented Realiti ini di dalam cabang-cabang bidang pendidikan seperti bidang sains, bahasa dan sebagainya.

Namun, bagi bidang Pendidikan Islam kajian mengenai pengaplikasian ini masih kurang dijalankan. Sedangkan ianya mempunyai potensi dan manfaat yang besar kepada semua pihak terutamanya guru dan pelajar. Oleh itu, kertas konsep ini akan menjelaskan tentang potensi dan kepentingan teknologi Augmented Realiti ini di dalam bidang pengajaran Pendidikan Islam.

Sebagaimana menurut Fullan 2011, sebarang pembaharuan yang ingin dilakukan pastinya akan mempunyai cabaran tersendiri apabila ianya mula dilaksanakan. Oleh itu, kajian pada kali ini juga akan memberi perhatian kepada beberapa cabaran yang dihadapi dalam mengaplikasikan teknologi Augmented Realiti ini. Ini supaya pada masa hadapan cabaran-cabaran ini dapat di atasi dengan sebaiknya.

TEKNOLOGI AUGMENTED REALITI

Teknologi Augmented Realiti telah mula dipelopori semenjak empat puluh tahun yang lalu. Ianya mula digunakan di dalam bidang ketenteraan, perubatan, kejuruteraan reka bentuk, robotik, pembuatan, rawatan psikologikal dan sebagainya. (Azuma, Baillot, Behringer, & Feiner, 2001)

Teknologi Augmented Realiti membawa satu dimensi baru dalam dunia pendidikan. Ianya memberikan satu cara baru bagi pengguna berinteraksi dengan alam maya. Melihatkan kepada manfaat yang diterima oleh bidang-bidang lain dalam pengaplikasian teknologi Augmented Realiti, ianya juga dapat meningkatkan pencapaian pelajar serta meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dunia pendidikan zaman kini lebih menggunakan sumber pembelajaran dua dimensi. Walaupun pembelajaran dua dimensi lebih dikenali ramai, namun ianya bersifat lebih statik. Sebaliknya, pembelajaran yang menggunakan tiga dimensi ini menyediakan persembahan kandungan pembelajaran yang lebih dinamik dan lebih kompiten.

Berbeza dengan teknologi Virtual Realiti yang membawa pengguna menyelami alam maya sepenuhnya, teknologi Augmented Realiti menggabungkan alam maya dengan alam realiti. Di mana pengguna membawa objek di alam realiti ke dalam dunia maya. Oleh itu, walaupun pengguna dapat merasai objek secara maya namun mereka masih berada di alam realiti. Ini akan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan.

Menurut Azuma (1997), beliau menggariskan tiga ciri teknologi Augmented Realiti iaitu menggabungkan alam maya dan alam realiti, boleh berinteraksi dengan pengguna secara realiti dan menyediakan imej secara tiga dimensi. Oleh itu, teknologi Augmented Realiti ini membenarkan para pengguna untuk berinteraksi di dalam dunia visual tanpa tenggelam sepenuhnya di dalam persekitaran yang sintetik itu.

Teknologi Augmented Realiti memerlukan peralatan seperti peranti, komputer, alat input dan juga alat pengesan. Terdapat tiga jenis alatan yang boleh digunakan dalam teknologi Augmented Realiti iaitu “Head Mouted Display”, “Handheld Display” dan “Pinch Gloves”.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Pendidikan Islam merupakan antara bidang pengajaran yang diberikan tumpuan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ini selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengingini para pelajarnya menjadi warganegara Malaysia yang

(3)

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Matlamat tersebut dicapai melalui keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sumber :Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Oleh itu, bidang Pendidikan Islam ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan untuk membentuk peribadi muslim yang dapat memahami, mengamalkan dan menghayati Islam secara menyeluruh. Oleh sebab itu, bidang Pendidikan Islam ini juga memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan. Melalui bidang Pendidikan Islam ini juga murid dibimbing untuk membangunkan diri serta masyarakat yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Di dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah terdapat empat bidang yang diberikan penekanan iaitu bidang Al-Quran, bidang Hadis, bidang Ulum Syariah dan bidang Jawi. Di dalam bidang Ulum Syariah pula dipecahkan kepada bidang akidah, ibadah dan juga akhlak. Murid bukan sekadar dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, malah mereka dididik untuk mengamal dan menghayati ilmu yang dipelajari.

Kurikulum Pendidikan Islam ini juga digubal untuk melahirkan pelajar yang mampu mengintegrasikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Murid juga dibimbing agar boleh menghubungkait antara ilmu aqli dan ilmu naqli untuk memberi sumbangan kepada masyarakat terutamanya masyarakat Islam.

PERBINCANGAN

POTENSI TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY KEPADA PELAJAR

Melihat kepada manfaat-manfaat yang telah diperolehi oleh bidang-bidang yang telah mengaplikasikan teknologi Augmented Realiti ini, bidang Pendidikan Islam juga mempunyai potensi yang besar seandainya teknologi Augmented Realiti ini dapat dimanfaatkan juga.

Teknologi Augmented menjanjikan pelajar satu pengalaman pembelajaran yang baru. Ini kerana persembahan tiga dimensi yang digunakan dapat merubah pandangan perspektif pelajar seolah-olah memegang objek sebenar. Objek tiga dimensi ini juga boleh diubah-ubah sudut pandangannya tanpa menggunakan “mouse’ atau “keyboard” sebagaimana pembelajaran yang menggunakan dua dimensi. Pengalaman ini pastinya menyeronokkan pelajar.

Salah satu cabang daripada bidang Ulum Syariah Pendidikan Islam adalah bidang ibadah. Bidang ini banyak melibatkan objek-objek dan pergerakan-pergerakan tertentu. Contohnya, hukum fe’li atau dalam bahasa mudahnya pergerakan di dalam solat. Dengan mengaplikasi teknologi Augmented Realiti dapat memudahkan guru untuk menjelaskan dengan lebih-lebih terperinci tentang pergerakan-pergerakan tersebut. Guru juga boleh menunjukkan pergerakan tersebut dari arah sudut hadapan, sudut belakang, kiri dan kanan kepada pelajar dengan lebih mudah.

Selain itu, manfaat daripada teknologi Augmented Realiti ini adalah ianya berpotensi untuk diwujudkan di dalam bentuk “buku teks Augmented Realiti”. Walaupun teknologi semakin pesat membangun, penggunaan buku sebagai medium untuk pengajaran dan pembelajaran tetap tidak boleh dinafikan. Oleh itu, buku teks Augmented Realiti ini dicetak secara kebiasaan namun ianya tetap boleh dimbas menggunakan alat-alat Augmented Realiti untuk digunakan di dalam kelas.

Selain bidang ibadah, bidang sirah juga merupakan antara cabang di dalam bidang Ulum Syariah Pendidikan Islam. Bidang ini banyak menekankan sejarah-sejarah

(4)

kehidupan Nabi Muhammad dan para sahabatnya. Dengan mengaplikasikan teknologi Augmented Realiti ini, selepas memahami petikan cerita di dalam buku teks, para pelajar boleh mengimbas gambar kaabah di dalam buku teks untuk melihat rupa bentuk kaabah di Mekah secara tiga dimensi. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan dinamik.

Teknologi Augmented ini juga dapat menggalakkan kolaborasi di antara pelajar. Sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Kiyokawa 2002, teknologi Augmented Realiti ini dapat membantu pelajar untuk berkolaborasi secara bersemuka berbanding dengan teknologi lain yang menggunakan sepenuhnya kolaborasi skrin. Jadi, selain mengurangkan penggunaan pendedahan kepada skrin yang lama, ianya juga dapat mengasah kemahiran komunikasi dan bekerja di dalam satu pasukan di antara pelajar itu sendiri.

Contohnya ialah di dalam bidang akhlak. Di mana selepas menggunakan teknologi Augmented Realiti untuk melihat adab-adab di dalam kehidupan seharian, Pelajar boleh membina pengetahuan baru tentang kepentingan adab tersebut melalui perbincangan di dalam kumpulan pula. Aktiviti sebegini dapat membantu pelajar untuk lebih aktif di dalam kelas disamping lebih kreatif dalam mengeluarkan idea-idea yang bernas.

Hasil kajian (Logical Choice, 2011) menunjukkan bahawa perlaksanaan teknologi Augmented Realiti di dalam pengajaran dapat meningkatkan minat murid, meningkatkan rasa ingin tahu murid dan menyeronokkan murid kerana mereka dapat berinteraksi secara nyata dengan objek maya tiga dimensi. Sesuatu pertambahan pengetahuan baru akan berlaku dengan lebih cepat jika ianya dapat menarik minat murid. Ini kerana keterujaan mereka itu akan meningkatkan daya tumpu mereka dalam memahami sesuatu konsep pembelajaran.

POTENSI TEKNOLOGI AUGMENTED REALITI KEPADA GURU

Teknologi Augmented Realiti ini bukan hanya memberikan manfaat kepada para pelajar, bahkan juga kepada para guru. Ini kerana Teknologi Augmented Realiti lebih berpusatkan pelajar. Oleh itu, guru tidak lagi perlu berperanan sebagai pemberi maklumat. Sebaliknya, guru hanya bertindak sebagai fasilitator untuk membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini memberikan guru lebih ruang untuk memberi perhatian dan fokus kepada setiap individu pelajar.

Kurikulum Pendidikan Islam menekankan penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan kandungan pengajaran kepada murid. Keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaranadalah bergantung kepada kreativiti guru merancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan, kaedah serta teknik secara bersepadu dan sistematik.

Untuk menjadikan sesuatu sesi pembelajaran itu berkesan, ianya memerlukan inisiatif guru untuk mewujudkan kaedah pembelajaran yang pelbagai. Hal ini disokong oleh Robiah Sidin &Nor Sakinah Mohamad (2007). Di mana mereka menyatakan bahawa penggunaan kepelbagaian kaedah dalam pembelajaran seperti kaedah konstruktivisme adalah lebih berkesan. Dengan penggunaan teknologi Augmented Realiti memberikan satu pilihan kepada guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran konstruktivisme.

Pembelajaran Konstruktivisme ialah suatu kaedah pembelajaran yang menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

(5)

membina pengetahuan baharu. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar serta mengamalkannya sepanjang hayat.

Pembelajaran konstruktivisme bukan hanya membantu pelajar untuk memahami konsep dan pembelajaran secara teratur bahkan secara sistematik. Ini kerana mereka perlu menaakul dan berfikir secara kreatif untuk memahami sesuatu pengetahuan baru. Sebagai contohnya, di dalam bidang akhlak, pelajar perlu memahami implikasi sesuatu adab yang hendak diamalkan supaya ianya memberikan kesan yang mantap apabila dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

Teknologi Augmented Realiti juga dapat membantu guru menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menarik. Ini sekaligus membantu guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Kajian yang dijalankan oleh Siti Fatimah Ahmad & Ab.Halim Tamuri (2010) menunjukkan sebanyak 60.7% guru j-QAF sangat bersetuju bahawa penggunaan teknologi sebagai BBM dapat menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan berbanding pengajaran secara tradisional.

Dengan penggunaan teknologi Augmented Realiti, guru mempunyai ruang yang lebih untuk membuat refleksi tentang keseluruhan pengajaran mereka. Oleh itu, guru berpeluang untuk memperbaiki dan menambahbaik aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kemahiran pelajar serta bahan yang dibangunkan untuk pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa. Aszoura Mohamed Salleh (2007).

CABARAN PERLAKSANAAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITI DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Memandangkan teknologi Augmented Realiti ini masih baru di dalam dunia pendidikan, ianya belum diteroka secara meluas. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran mengenai ilmu teknologi Augmented Realiti ini masih lagi kurang dalam kalangan guru. Sedangkan tahap pengetahuan dan kemahiran adalah antara elemen utama dalam pengaplikasian sesuatu teknologi di dalam pengajaran.

Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum), kompetensi (pedagogi pengajaran) dan kemahiran penggunaan teknologi supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang (Zolkefli, 2017).

Selain itu, isu kekangan masa menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru. Sebagaimana di dalam kajian menyatakan bahawa guru dibebankan dengan tugas perkeranian. Kesannya, menurut Sandra Rahman et.al, 2013; Yahya Othman & Roselan Baki, 2015; Norijah Mohamed et.al.(2014) menyatakan bahawa guru menghadapi masalah masa dalam menghabiskan silibus pengajaran yang telah ditetapkan.

Antara cabaran lain dalam melaksanakan teknologi Augmented Realiti ini adalah untuk mendapatkan sokongan pihak pentadbiran sekolah. Menurut Hasnuddin Ab Rahman et al. (2015), di dalam kajian yang dilakukannya menyatakan bahawa antara kekangan yang timbul adalah aspek sokongan dari pengurusan sekolah itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan sokongan pihak pentadbiran sekolah memainkan peranan yang penting untuk memastikan kelancaran sesuatu teknologi itu dapat digunakan di sekolah. Jika pihak pentadbiran sekolah tidak dapat melihat keberkesanan dan kepentingan sesuatu teknologi itu untuk diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru pastikan akan patah semangat dan tidak berminat untuk terus mengaplikasikannya.

(6)

RUMUSAN

Teknologi Augment Realiti bukan hanya mengubah pedagogi guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, bahkan juga merubah cara baru dalam penggunaan komputer dan gadjet berteknologi. Jurang di antara dunia maya dan dunia realiti juga dapat dikecilkan. Ini menjadikan pelajar dapat berinteraksi dan memperolehi maklumat tiga dimensi secara semula jadi.

Untuk menjadikan dunia pendidikan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa, seharusnya teknologi Augmented Realiti ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Selain memberikan pengalaman pembelajaran baru kepada para pelajar, guru-guru juga dapat menambahbaik mutu pengajaran mereka.

Memandangkan teknologi Augmented ini masih baru di dalam dunia pendidikan, ianya masih memerlukan kerjasama erat di antara pihak guru, sekolah, Kementerian Pendidikan, pakar-pakar teknologi Augmented Realiti dan juga para penyelidik bidang pendidikan untuk sama-sama merekabentuk dan mengkoordinasi pelbagai lagi disiplin ilmu di dalam dunia teknologi Augmented Realiti untuk disesuaikan dengan dunia pendidikan di Malaysia.

RUJUKAN

Akçayır, M., & Akçayır, G. (2017). Advantages and challenges associated withaugmented reality for education: A systematic review of the literature.Educational Research Review, 20, 1-11.

Azuma, R. T. (1997). A survey of augmented reality. Presence: Teleoperators

&VirtualEnvironments, 6(4), 355-385.

Bacca, J., Baldiris, S., Fabregat, R., Graf, S., & Kinshuk. (2014). Augmented realitytrends in education: A systematic review of research and applications.Educational Technology &Society, 17(4), 133-149.

Bal, E., & Bicen, H. (2016). Computer hardware course application throughaugmented reality and QR code integration: Achievement levels and views ofstudents.

Procedia Computer Science, 102, 267-272.

Barfield, W. (2015). Fundamentals of wearable computers and augmented reality.Boca Raton: CRC Press.

Behzadan, A. H., Dong, S., & Kamat, V. R. (2015). Augmented reality visualization:A review of civil infrastructure system applications. Advanced

EngineeringInformatics,29(2), 252-267.

Branch, B. M. (2009). Instructional design: The ADDIE approach. New York:SpringerScience + Business Mediaa, LLC.

Cai, S., Chiang, F. K., Sun, Y., Lin, C., & Lee, J. J. (2017). Applications of augmentedreality-based natural interactive learning in magnetic field instruction.InteractiveLearning Environments, 25(6), 778-791.

Cascales-Martínez, A., Martínez-Segura, M. J., Pérez-López, D., & Contero, M.(2017).Using an augmented reality enhanced tabletop system to promotelearning ofmathematics: A case study with students with specialeducational needs. EURASIAJournal of Mathematics, Science

andTechnology Education, 13(2), 355-380.

Chiang, H. H. (2016). A study of interactions among ambiguity tolerance, classroomworkstyles, and English proficiency. English Language Teaching, 9(6), 61-75.

(7)

Chiang, T.-H.-C., Yang, S.-J.-H., & Hwang, G.-J. (2014). An augmented reality-basedmobile learning system to improve students’ learning achievements andmotivations in natural science inquiry activities. EducationalTechnology &Society, 17(4), 352365.

Chu, H. C. (2014). Potential negative effects of mobile learning on students’ learningachievement and cognitive load - A format assessment perspective.EducationalTechnology & Society, 17(1), 332-344.

Del Bosque, L., Martinez, R., & Torres, J. L. (2015). Decreasing failure inprogrammingsubject with augmented reality tool. Procedia ComputerScience, 75, 221-225.

Delello, J. A. (2014). Insights from pre-service teachers using science-basedaugmentedreality. Journal of Computers in Education, 1(4), 295-311. Demir, K. & Akpinar, E. (2018). The effect of mobile learning applications

onstudents’academic achievement and attitudes toward mobile learning.Malaysian OnlineJournal of Educational Technology, 6(2), 48-59. Di Serio, Á., Ibáñez, M. B., & Kloos, C. D. (2013). Impact of an augmented

realitysystem onstudents’ motivation for a visual art course. Computers

&Education, 68, 586-596.

Dunleavy, M., & Dede, C. (2014). Augmented reality teaching and learning. In J.Spector, M. Merrill, J. Elen, & M. Bishop (Eds.), Handbook of Research

onEducational Communications and Technology (pp. 735-745). New

York:Springer.

Edison, S. W., & Geissler, G. L. (2003). Measuring attitudes towards generaltechnology: Antecedents, hypotheses and scale development. Journal

ofTargeting, Measurement and Analysis for Marketing, 12(2), 137-156.

El Sayed, N. E., Zayed, H. H., & Sharawy, M. I. (2011). ARSC: Augmented realitystudent card an augmented reality solution for the education field.

Computers& Education, 56(4), 1045-1061.

Estapa, A., & Nadolny, L. (2015). The effect of an augmented reality enhancedmathematics lesson on student achievement and motivation. Journal of

STEMEducation, 16(3), 40-48

Gün, E. T., & Atasoy, B. (2017). The effects of augmented reality on elementaryschool students’ spatial ability and academic achievement. Eğgitim ve Bilim,42(191), 31-51.

Ibáñez, M. B., Di Serio, Á., Villarán, D., & Kloos, C. D. (2014). Experimenting withelectromagnetism using augmented reality: Impact on flow student experienceand educational effectiveness. Computers &Education, 71, 1-13. Küçük, S., Yılmaz, R. M., Baydaş, O. & Goktaş, Y. (2014b). Augmented

RealityApplications Attitude Scale in Secondary Schools: Validity and ReliabilityStudy. Education and Science, 39(176), 383-392.

Küçük, S., Yılmaz, R., & Yüksel, G. (2014a). Augmented reality for learning English:Achievement, attitude and cognitive load levels of students. Education

andScience, 39(176), 393-404.

Kysela, J., & Štorková, P. (2015). Using augmented reality as a medium for teachinghistory and tourism. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 174, 926-931.

Liou, H.-H., Yang, S. J. H., Chen, S. Y., & Tarng, W. (2017). The influences of the2D image-based augmented reality and virtual reality on student learning.Educational Technology & Society, 20(3), 110-121.

(8)

Martín-Gutiérrez, J., Fabiani, P., Benesova, W., Meneses, M. D., & Mora, C. E.(2015). Augmented reality to promote collaborative and autonomous learningin higher education. Computers in Human Behavior,51(Part B), 752-761.

Owen, W. N., & Sweeney, R. B. (2002). Ambiguity tolerance, performance,

learning,and satisfaction: A research direction. Paper presented at ISECON

2002, SanAntonio,TX. Radu, I. (2014). Augmented reality in education: A meta-reviewand cross-mediaanalysis. Personal and Ubiquitous Computing, 18(6),1533-1543.

Saeed, N., Yang, Y., & Sinnappan, S. (2009). Emerging web technologies in highereducation: A case of incorporating blogs, podcasts and social bookmarks in aweb programming course based on students’ learning styles and technologypreferences. Educational Technology & Society, 12(4), 98-109. Salmi, H., Thuneberg, H., & Vainikainen, M. P. (2017). Making the invisibleobservable

by Augmented Reality in informal science education context.International

Journal of Science Education, Part B, 7(3), 253-268.

Shahsavar, Z., & Hoon, T. B. (2011). Does cognitive style affect bloggers’ attitude inan online learning environment? GEMA Online® Journal of LanguageStudies, 11(1), 159-171.

Sırakaya, M. (2015). Effects of augmented reality applications on

students’achievement,misconceptions and course engagement (Unpublished

doctoraldissertation, Gazi University, Turkey).

Sirakaya, M., & Kilic-Cakmak, E. (2018a). Effects of augmented reality on studentachievement and self-efficacy in vocational education and training.InternationalJournal for Research in VocationalEducation and

Training,5(1), 1-18.

Sırakaya, M., & Kiliç-Çakmak, E. (2018b). Investigating student attitudes towardaugmented reality. Malaysian Online Journal of Educational

Technology,6(1), 30-44.

Tayebinik, M., & Puteh, M. (2013). The role of ambiguity tolerance in participationin online EFL courses. British Journal of Educational Technology, 44 (6),E207-E208.

Wang, Y. H. (2017). Exploring the effectiveness of integrating augmented realitybased materials to support writing activities. Computers & Education, 113,162-176. Wojciechowski, R., & Cellary, W. (2013). Evaluation of learners’ attitude

towardlearning in ARIES augmented reality environments. Computers &

Education,68, 570-585.

Wu, H. K., Lee, S. W. Y., Chang, H. Y., & Liang, J. C. (2013). Current status,opportunities and challenges of augmented reality in education.

Computers &Education, 62, 41-49.

Xue, H. (2017). Augmented reality application for training in maritime operations. Aproof of concept AR application developed for Microsoft HoloLens

(Master’sthesis, UiT Norges Aarktiske Uuniversitet).

Yen, J.-C., Tsai, C.-H., & Wu, M. (2013). Augmented reality in the higher education:Students’ science concept learning and academic achievement in astronomy.Procedia Social and Behavioral Sciences, 103, 165-173.

Yoon, S. A., & Wang, J. (2014). Making the invisible visible in science museumsthrough augmented reality devices. TechTrends, 58(1), 49-55.https://doi.org/10.1007/s11528-013-0720-7

(9)

Yuen, S., Yaoyuneyong, G., & Johnson, E. (2011). Augmented reality: An overviewand five directions for AR in education. Journal of Educational

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

638/BPBD/2016 tanggal 26 Agustus 2016 tentang Perpanjangan Penetapan Status Siaga Darurat Penanggulangan Bencana Asap Akibat Kebakaran Hutan dan Lahan di Provinsi

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas