• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

.

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PRASISWAZAH

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

JABATAN BENDAHARI BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR

09-424 5336/5337/5359 emel : collection1@ump.edu.my

(2)

1 KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1.0 Tujuan 2

2.0 Peraturan Pembayaran 2-3

3.0 Peraturan Pembayaran Bagi 4-5

Semester III Prasiswazah

4.0 Peraturan Pembayaran Bagi Pelajar 5 Yang Mengambil Latihan Industri

5.0 Pelajar Diploma, Sarjana Muda 5-6 Dalam Semester Lanjutan

6.0 Peraturan-Peraturan Lain 8-12

7.0 Tindakan terhadap Pelajar Yang 13 Gagal Menjelaskan Bayaran

(3)

2

PERATURAN PEMBAYARAN YURAN PELAJAR PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

1.0 TUJUAN

1.1 Pembayaran yang dimaksudkan adalah meliputi semua bayaran yang diwajibkan ke atas pelajar seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Universiti Malaysia Pahang.

2.0 PERATURAN BAYARAN

2.1 Pelajar Baharu

2.1.1 Pelajar prasiswazah baharu tempatan wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya semasa hari pendaftaran.

2.1.2 Pelajar baharu antarabangsa prasiswazah wajib menjelaskan yuran selewat-lewatnya semasa hari pendaftaran.

(4)

3 2.2 Pelajar Kanan

2.2.1 Pelajar Prasiswazah

2.2.1.1 Semua pelajar kanan prasiswazah yang tidak berpenaja wajib menjelaskan semua yuran pelbagai dan yuran asrama selewat-lewatnya pada minggu ke-empat (ke-4) kuliah.

2.2.1.2 Semua pelajar kanan prasiswazah yang berpenaja atau tidak berpenaja wajib menjelaskan semua yuran penuh dan hutang tertunggak selewat-lewatnya pada minggu ke- tujuh (ke-7) kuliah.

2.2.2 Pelajar Yang Tamat Biasiswa/Pinjaman Atau Sedang Memohon Perlanjutan Biasiswa/Pinjaman

2.2.2.1 Pelajar prasiswazah yang ditamatkan biasiswa/pinjaman atau sedang memohon perlanjutan biasiswa/pinjaman wajib menjelaskan semua yuran pengajian selewat-lewatnya pada minggu ke-tujuh (ke-7) kuliah.

(5)

4

2.2.3 Pelajar Berpenaja Yang Tidak Ditaja Sepenuhnya

2.2.3.1 Pelajar prasiswazah hendaklah menjelaskan perbezaan yuran yang tidak ditaja oleh penaja selewat-lewatnya minggu pada minggu ke-tujuh (ke-7) kuliah.

3.0 PERATURAN PEMBAYARAN BAGI SEMESTER III PRASISWAZAH

3.1 Jenis yuran yang dikenakan (Untuk subjek yang ditawarkan sahaja)

3.1.1 Yuran Perkuliahan

Yuran perkuliahan yang dikenakan mengikut jumlah jam kredit yang diambil seperti berikut:

Jenis Kursus Kadar Yuran Diploma– pelajar tempata RM 25.00/jam kredit (Semua Kursus)

Ijazah– pelajar tempatan RM60.00/jam kredit (Semua Kursus)

Ijazah– pelajar tempatan RM400.00/jam kredit (UMP-GMI)

Ijazah– pelajar antarabangsa RM250.00/jam kredit (kejuruteraan)

Ijazah – pelajar antarabangsa RM200.00/jam kredit (bukan kejuruteraan)

(6)

5

Dwi Ijazah UMP HsR dan HsKA RM110.00/jam kredit (Subjek Flying Professor)

Dwi Ijazah UMP HsR dan HsKA RM60.00/jam kredit (Subjek Bukan Flying Professor)

3.1.2 Yuran Asrama

Mengikut perkiraan bilangan hari berdasarkan tempoh Semester III. Pengecualian hanya diberikan kepada pelajar yang tidak menginap di asrama dari tarikh semester III bermula.

4.0 PERATURAN PEMBAYARAN BAGI PELAJAR YANG MENGAMBIL LATIHAN INDUSTRI

4.1 Kadar yuran Latihan Industri adalah berdasarkan kepada kadar semasa mengikut program dan kursus yang telah ditetapkan.

(7)

6

5.0 PELAJAR PRASISWAZAH DALAM SEMESTER LANJUTAN

5.1 Pelajar prasiswazah yang mengikuti semester lanjutan (melebihi tempoh pengajian semester lazim) yang mengambil 9 jam kredit bagi kursus Diploma dan 12 jam kredit bagi kursus Sarjana Muda atau kurang layak memohon caj yuran perkuliahan mengikut kadar berikut:

Jenis Kursus Kadar Yuran

Diploma (Semua Kursus) RM 25.00/jam kredit Ijazah (Semua Kursus) RM 60.00/jam kredit Ijazah– pelajar tempatan RM400.00/jam kredit (UMP-GMI)

Ijazah– pelajar antarabangsa RM250.00/jam kredit (kejuruteraan)

Ijazah– pelajar antarabangsa RM200.00/jam kredit (bukan kejuruteraan)

Dwi Ijazah UMP HsR dan HsKA RM110.00/jam kredit (Subjek Flying Professor)

Dwi Ijazah UMP HsR dan HsKA RM60.00/jam kredit (Subjek Bukan Flying Professor)

(8)

7

5.2 Yuran-yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya.

5.3 Tiada pengurangan yuran kepada pelajar yang masih berada dalam semester lazim.

5.4 Tiada pengurangan yuran kepada pelajar yang menjalani Latihan Industri dalam semester tambahan.

5.5 PELAJAR PROGRAM DWI IJAZAH HsR DI JERMAN DALAM SEMESTER LANJUTAN

5.5.1 Yuran yang dikenakan adalah yuran pentadbiran sebanyak RM50/semester sahaja semasa berada di semester lanjutan.

5.5.2 Namun semua urusan yuran tambahan yang dikenakan oleh HsR (jika ada) perlu dibayar sendiri oleh pelajar.

Pelajar juga perlu menanggung sendiri semua kos belanja sara hidup, visa dan insurans semasa mengikuti pengajian semester lanjutan di HsR Jerman. Hanya tiket penerbangan balik ke Malaysia (1 kali sahaja sepertimana penjanjian) akan dibayar oleh UMP (pelajar opsyen 1 sahaja).

5.5.3 Sekiranya terdapat caj tambahan dikenakan oleh pihak HsR ke atas pelajar semasa mengikuti semester lanjutan di Jerman, pelajar bertanggungjawab untuk membuat bayaran sendiri kepada pihak HsR.

(9)

8 6.0 PERATURAN-PERATURAN LAIN

6.1 Penarikan Diri Dari Asrama Semasa Pengajian (Prasiswazah)

6.1.1 Pelajar yang mendaftar dan berhenti atau menarik diri dari mendiami asrama selepas 14 hari semester bermula dikehendaki menjelaskan pembayaran yuran asrama sepenuhnya.

6.1.2 Pelajar baharu dan kanan yang mendaftar dan berhenti dalam tempoh 14 hari semester bermula dan telah menjelaskan bayaran penuh yuran penginapan layak memohon baki bayaran bagi bilangan hari yang tidak menginap bergantung kepada peraturan dan keputusan dari pihak kolej berkenaan.

6.1.3 Pelajar yang telah membuat pengesahan setujuterima tawaran penginapan di asrama akan dikenakan caj yuran 1 semester.

6.2 Tindakan Tatatertib

6.2.1 Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib samada diberhentikan atau digantung pengajian dikehendaki menjelaskan semua bayaran bagi semester di mana tarikh hukuman dikuatkuasakan.

(10)

9 6.3 Menarik Diri Dari Pengajian

6.3.1 Pelajar Baharu

a. Bayaran Yuran Kemasukan

Tiada bayaran akan dikembalikan kepada pelajar yang menarik diri dari Universiti selepas hari pendaftaran.

b. Yuran Pengajian

Pelajar baharu yang menarik diri dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pendaftaran, bayaran akan dikembalikan setelah ditolak bilangan hari mendiami asrama.

c. Pelajar baharu yang menarik diri pengajian selepas tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran dikehendaki menjelaskan semua yuran semester berkenaan.

6.3.1.1 Pelajar Baharu Dwi Ijazah UMP – HsKA &

UMP-HsR

a. Pelajar baharu tidak berpenaja yang menarik diri selepas tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran dikehendaki menjelaskan semua yuran semester berkenaan dengan kadar sepertimana pelajar Ijazah Sarjana Muda program lazim yang setara

(11)

10 6.3.2 Pelajar Kanan

a. Pelajar kanan yang mendaftar dan menarik diri selepas tempoh 14 hari selepas semester bermula dikehendaki menjelaskan semua yuran semester berkenaan.

6.3.3 6.3.2.1 Pelajar Kanan Dwi Ijazah UMP – HsKA &

6.3.4 UMP-HsR

a. Pelajar kanan Tahun 1 tidak berpenaja yang mendaftar dan menarik diri selepas tempoh 14 hari selepas semester bermula dikehendaki menjelaskan semua yuran semester dengan kadar sepertimana pelajar Ijazah Sarjana Muda program lazim bidang yang setara

b. Pelajar kanan Tahun 2 dan seterusnya (berpenaja dan tidak berpenaja) yang mendaftar dan menarik diri selepas tempoh 14 hari selepas semester bermula dikehendaki menjelaskan semua yuran semester dengan kadar yuran Dwi Ijazah yang ditetapkan.

(12)

11 6.4 Penangguhan Pengajian

Pelajar yang diluluskan permohonan penangguhan pengajian oleh Pihak Berkuasa Universiti pada sesuatu semester dikehendaki menjelaskan yuran seperti berikut:

a. Dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran

Hanya akan dikenakan yuran asrama mengikut tempoh menginap. Manakala semua yuran lain dikecualikan.

b. Selepas 14 hari dari tarikh pendaftaran

Hanya akan dikenakan Yuran Pelbagai dan Yuran Asrama.

Manakala yuran perkuliahan dikecualikan.

6.5 Cuti Sakit

Pelajar yang diluluskan permohonan penangguhan disebabkan cuti sakit oleh Pihak Berkuasa Universiti pada sesuatu semester, yuran hanya akan dicaj seperti berikut :-

a. Dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran

Hanya akan dikenakan yuran asrama mengikut tempoh menginap. Manakala semua yuran lain dikecualikan.

b. Selepas 14 hari dari tarikh pendaftaran

Hanya akan dikenakan Yuran Pelbagai dan Yuran Asrama.

Manakala yuran perkuliahan dikecualikan.

(13)

12 6.6 Pemulangan balik wang (refund)

6.6.1 Pemulangan balik Bon Peribadi (Personal Bond) bagi pelajar antarabangsa yang telah menamatkan pengajian di UMP akan dibayar melalui arahan kredit bank. Bagi tujuan ini, pelajar mestilah mengemukakan butiran akaun bank samada akaun bank di Malaysia atau negara asal pelajar. Pembayaran balik kepada pihak ketiga adalah tidak dibenarkan.

6.6.2 Universiti boleh menyelaraskan sebarang lebihan yang akan dibayar kepada pelajar dengan apa-apa yuran atau bayaran yang masih tertunggak.

6.6.3 Semua permohonan untuk pemulangan balik wang (refund) hanya akan diproses bagi permohonan transaksi tahun kewangan semasa sahaja kecuali bagi akaun deposit. Sekiranya permohonan adalah transaksi yang telah melangkaui tahun perakaunan universiti, maka tiada lagi pemulangan akan dibuat. Tahun kewangan universiti adalah berakhir pada setiap 31 Disember.

(14)

13

7.0 TINDAKAN TERHADAP PELAJAR YANG GAGAL MENJELASKAN PEMBAYARAN

Pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan seperti berikut:

7.1 Pelajar berpenaja

a. Ditahan keputusan dan transkrip peperiksaan

b. Tidak dibenarkan akses kepada sistem eComm, KALAM dan UDAS serta semua sistem akademik yang berkuatkuasa pada semester baharu

c. Tidak dibenarkan menghadiri konvokesyen

7.2 Pelajar tidak berpenaja

a. Ditahan daripada membuat pra-pendaftaran dan pendaftaran kursus sebenar

b. Tidak dibenarkan akses kepada sistem eComm, KALAM dan UDAS serta semua sistem akademik yang berkuatkuasa pada semester semasa dan baharu

c. Ditangguhkan Pengajian Diambil Kira d. Ditahan daripada menduduki peperiksaan e. Ditahan keputusan dan transkrip peperiksaan f. Tidak dibenarkan menghadiri konvokesyen

Jika yuran dan lain-lain tuntutan Universiti masih tidak dibayar, Universiti berhak membuat tuntutan atau mengambil tindakan undang-undang walaupun pelajar telah berhenti dari Universiti.

(15)

14

8.0 Peraturan ini hendaklah dibaca bersama dengan peraturan – peraturan lain universiti yang berkuatkuasa.

Disediakan oleh :

Bahagian Kewangan Pelajar Jabatan Bendahari, UMP

1. Kemaskini pertama, 7 September 2015 2. Kemaskini ke-2, 23 Januari 2016 3. Kemaskini ke-3, 8 Oktober 2016 4. Kemaskini ke-4, 5 Februari 2018 5. Kemaskini ke-5, 4 Mac 2019 6. Kemaskini ke-6, 27 Julai 2020 7. Kemaskini ke-7, 30 Ogos 2021

Kelulusan JTK Kali ke 20 Bil 3/2013 13/12/2013 Kelulusan JTK Kali ke 21 Bil 1/2014 28/3/2014 Kelulusan JTK Kali ke 22 Bil 2/2014 20/10/2014 Kelulusan JTK Kali Ke 25 Bil.3 /2015, 19/10/2015 Kelulusan JTK Kali ke 29 Bil 3/2016 8/10/2016 Kelulusan JTK Kali ke 33 Bil 3/2017 14/8/2017 Kelulusan JTK Kali ke 39 Bil 1/2019 15/2/2019 Kelulusan JTK Kali ke 43 Bil 1/2020 13/3/2020 Kelulusan JTK Kali ke 49 Bil 3/2021 17/8/2021

Referensi

Dokumen terkait

Dibawah ini adalah tipe data/ field yang digunakan untuk pembuatan form yang benar, kecuali….. Fungsi date picker pada pembuatan form dengan menggunakan Microsoft Word

Pembayaran yuran dan kos perkhidmatan Program Francais dengan UPSI adalah sebanyak 25% daripada yuran pengajian pelajar bagi setiap semester... Cagaran (Jaminan

2.2.1.1 Semua pelajar kanan siswazah yang tidak berpenaja wajib menjelaskan semua bayaran yang telah ditetapkan selewat-lewatnya sebelum atau pada hari

 Kad Pendaftaran Pelajar akan disediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.  Kad Pendaftaran Pelajar WAJIB dipakai di dalam kawasan kampus.  Kad

Pelajar baharu yang menarik diri dari Universiti dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran, bayaran akan dikembalikan setelah ditolak bayaran Yuran Kemasukan.. Tiada

 Kad Pendaftaran Pelajar akan disediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.  Kad Pendaftaran Pelajar WAJIB dipakai di dalam kawasan kampus.  Kad

Semua bayaran perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Calon yang tidak menjelaskan yuran TIDAK AKAN didaftarkan. Semua pembayaran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN

Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama / bayaran pelbagai di Bank Islam (M) Berhad (BIMB).. Pihak Politeknik