ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
1
KAEDAH BINA KADAR
KAEDAH BINA KADAR
OBJEKTIF:
Objektif Am : Mengetahui keperluan dan kegunaan kadar harga, jadual kadar
harga, asas pengiraan kadar harga; bahan, buruh, loji,
pengurusan dan keuntungan, pengiraan kadar harga; kerja konkrit menggunakan mesin penggaul konkrit dan pembancuhan dengan tangan. Pengiraan kadar kerja korekan; menggunakan tangan dan jentera. Pengiraan kadar kerja bata dan kerja tetulang.
Objektif Khusus Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
Menerangkan kegunaan dan kepentingan kadar harga
dalam kerja – kerja taksiran
Menghuraikan asas pengiraan kadar harga;
Kos bahan
Kos buruh
Kos loji dan kelengkapan
Kos pengurusan
Kadar keuntungan
Mengira kadar harga kerja korekan dengan menggunakan
tangan
Mengira kadar kerja korekan dengan jentera.
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
2
KAEDAH BINA KADAR
KAEDAH BINA KADAR
3.0 PENGENALAN
Didalam kerja – kerja binaan terdapat beratus – ratus matabenda kerja( item of works ) yang terlibat. Semasa kerja – kerja di tapak kontraktor akan menggunakan berbagai cara dan teknik untuk menyiapkan kerja termasuklah menggunakan bahan binaan, buruh dan kelengkapan dapat berjalan dengan memuaskan.
Semua perkara di atas memerlukan perbelanjaan kewangan kontraktor. Bagi kontraktor yang berpengalaman, mereka kurang menghadapi masalah kerana mereka biasanya menyimpan segala maklumat dan data tentang kerja- kerja yang telah disiapkan
Walaubagaimana pun harga- harga bagi setiap matabenda akan sentiasa berubah dari semasa kesemasa bergantung kepada keadaan ekonomi, masalah buruh, kenaikan harga, cukai, kehendak undang-undang dan sebagainya.
Oleh itu pengetahuan harga bahan binaan, pasaran dan harga buruh serta loji amatlah penting untuk membantu seseorang pemborong dan ahli-ahli iktisas didalam menentukan harga yang paling munasabah untuk setiap mata benda kerja.
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
3
KAEDAH BINA KADAR
3.1 KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN KADAR HARGA DALAM KERJA
TAKSIRAN
Ahli ikhtisas seperti Jurukur Bahan akan menggunakan unit kadar diperingkat mereka bentuk bangunan untuk mendapatkan harga anggaran sesuatu projek bagi tujuan – tujuan yang berikut :
Mengetahui peruntukan kewangan pihak majikan
Mengetahui kesesuaian rekabentuk berdasarkan had peruntukan yang dibenarkan oleh pihak majikan
Sebagai maklumat dan rekod untuk rujukan dan anggaran projek-projek dimasa akan datang.
3.2 DASAR – DASAR BINA KADAR
Unit kadar adalah bagi mata benda kerja yang dikira pada unit ukuran tertentu dimana
ianya meliputi kesemua harga – harga yang mempengaruhi kos seperti bahan, buruh, peralatan, pengurusan dan perolehan kepada syarikat.
Oleh itu dasar – dasar bina kadar adalah :
Kos bahan Kos buruh
Kos loji dan kelengkapan Kos pengurusan
Kadar keuntungan
Tetapi tidak semua matabenda kerja mengambil kira semua factor diatas. Ia bergantung kepada jenis dan cara kerja yang akan dilaksanakan di tapak bina.
Contohnya:
Kerja penggalian dengan tangan
Hanya kos buruh, tanggungan syarikat dan keuntungan sahaja yang perlu diambil kira.
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
4
KAEDAH BINA KADAR
Mengambil kira faktor kos buruh, bahan, tanggunagn syarikat dan keuntungan.
Membancuh konkrit menggunakan jentera Kelima-lima kos diatas perlu diambil kira.
3.2.1 Kos Bahan
Faktor – faktor yang menentukan kos bahan adalah :
Harga asal bahan
Harga yang tidak mengambil kira kadar keuntungan, kos
pengangkutan dan lain-lain. Merupakan harga bahan di kilang atau harga dari pembekal atau juga dikenali sebagai harga pasaran.. Harga asal bahan akan berubah –ubah dari masa ke semasa dan juga dari satu tempat ke satu tempat.
Kos pengangkutan ke tapak bina
Bayaran yang dikenakan bagi tujuan mengangkut bahan binaan ke tapak bina. Ini termasukaln sebarang tambahan kos untuk membawa bahan binaan ke tapak . Biasanya pembekal menentukan harga yang tertentu mengikut tempat . Semakin jauh tapak bina dari kilang atau gudang, maka semakin tinggi kos pengangkutannya. Kos pengangkutan termasuk juga kon untuk menurunkan barang samada menggunakan tenaga buruh atau menggunakan jentera seperti “ fork lift “ atau menggunakan kren.
Kos Menyimpan
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
5
KAEDAH BINA KADAR
Pembaziran dan Kerosakan
Bagi bahan – bahan yang mudah rosak atau tidak digunakan sepenuhnya hendaklah dikira sebagai pembaziran. Dianggarkan antara sepuluh hinngga lima belas peratus bahan-bahan binaan di tapak bina mengalami pembaziran dan kerosakan. Nilaian pembaziran berbeza bergantung kepada jenis bahan, jenis kerja dan kecekapan kerja. Pembaziran dikira dari peringkat pesanan hingga ke masa proses pembinaan. Secara amnya nilai pembaziran mengikut jenis bahan adalah seperti berikut :
Simen 5%
Genting 2%
Kayu 5%
Keluli 10%
3.2.2 Kos Buruh
Kos buruh adalah bayaran kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu bidang pekerjaan. Bayaran kepada pekerja berbeza mengikut kemahiran seseorang pekerja. Secara amnya terdapat empat jenis buruh yang terdapat dipasaran ;
Tukang
Orang yang mahir malaksanakan sesuatu bidang pekerjaan dalam segi pertukangan seperti tukang kayu, tukang besi, penurap bata tukang melepa tukang paip dan sebagainya. Tukang akan dibayar upag mengikut kadar harian atau jam ( sehari adalah 8 jam kerja ). Upah tukang boleh mencapai RM 80.00 sehari bergantung kepada
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
6
KAEDAH BINA KADAR
Buruh Separuh Mahir
Pekerja yang bekerja sebagai pembantu kepada tukang. Biasanya pekerja separuh mahir diperlukan apabila terdapat banyak kerja-kerja yang sama perlu dilaksanakan oleh tukang. Kadar upahnya adalah antara RM 25.00 hingga RM 40.00 sehari.
Buruh Kasar
Buruh yang kurang mahir melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka melakukan kerja mengikut yang diarahkan oleh tukang atau buruh separuh mahir. Di tapak bina buruh kasar diperlukan untuk melakukan kerja – kerja seperti mengangkut bahan binaan,
membuang bahan binaan dan membersihkan tapak bina. Bayaran untuk buruh kasar adalah antara RM 15.00 hingga RM 25.00.
Kepala
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
7
KAEDAH BINA KADAR
Angkatap Buruh
Kemahiran dan keupayaan buruh tidak sama diantara satu sama lain. Oleh itu, kemahiran perlu diukur secara angkatap buruh. Angkat buruh bermaksud purata masa yang diambil oleh seseorang pekerja menyiapkan sesuatu kerja sehingga siap mengikut unit – unit tertentu. Unit – unitnya adalah seperti jam/m, jam/m2, jam/m3 dan jam/kg.
3.2.3 Kos Loji dan Kelengkapan
Kontraktor akan menggunakan berbagai loji dan kelengkapan untuk melaksanakan kerja – kerja di tapak bina dengan tujuan menjimatkan masa dan tenaga. Boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Loji Tidak Berjentera
Merupakan alatan asas dalam kerja pertukangan. Biasanya dimiliki sendiri oleh kontraktor. Harga –harga untuk loji tidak berjentera dimasukkan sebagai kos pengurusan syarikat kontraktor. Contoh – contoh loji tidak berjentera adalah seperti peranca, tangga, kereta sorong, peralatan tangan, bakul, baldi dan sebagainya.
Loji Berjentera
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
8
KAEDAH BINA KADAR
dengan menganalisa harga penggunaan alat-alat itu sejam sehari dan juga upah buruh yang mengendalikan peralatan tersebut .
Jenis –jenis peralatan berjentera adalah seperti lori, jentolak, jengkorek, penggaul konkrit , penggetar konkrit, alat pemadat dan sebagainya.Peralatan berjentera sama ada disewa atau dibeli sendiri oleh kontraktor bergantung kepada kedudukan kewangan kontraktor atau berdasarkan keperluan sam ada secara berterusan atau sekali sekala.
Cara – cara menganalisa jentera
Analisa jentera yang disewa
Biasanya kadar sewaan adalah termasuk jentera, pemandu dan
minyak. Kadar semasa ialah antara RM 90.00 hingga RM 160.00 sehari.
Analisa jentera yang dibeli
Jentera kepunyaan sendiri diperolehi melalui pembelian terus dari syarikat pembekal loji.. Modal yang banyak diperlukan dan kontraktor perlu mengendalikan sendiri jentera berkenaan.
Pada asasnya kos – kos yang ditanggung oleh kontraktor adalah :
Kos susutan bagi satu jentera yang digunakan sehingga jentera tersebut dijual dengan harga terpakai.
Kos kehilangan pelaburan iaitu kewangan yang digunakan
untuk membeli jentyera merupakan satu pelaburan. Kontraktor sebenarnya menanggung faedah atas pelaburan yang dibuat.
Kos selenggaraan iaitu menyelenggara jentera supaya dapat
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
9
KAEDAH BINA KADAR
Kos pengangkutan iaitu pengangkutan ke tapak bina
sepanjang tempoh kerja.
Kos kendalian jentera iaitu upah pemandu dan pembantu serta
penggunaan bahan api.
3.2.4 Kos Pengurusan Syarikat
Kos pengurusan syarikat ialah kadar perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat untuk mengurus dan mentadbir kakitangan dan kelengkapan pejabat. Perkara – perkara tersebut termasuklah :
Gaji, elaun dan lain – lain bayaran untuk semua kakitangan syarikat. Sewa pejabat, gedung setor, bengkel dan lain – lain.
Bayaran elektrik, telefon, pos, insuran, telek,telegraf dan lain – lain.
Kelengkapan pejabat seperti perabut, mesin taip, komputer, mesin fotokopi, kertas, alat tulis dan lain-lain.
Bayaran untuk mengendalikan bengkel dan untuk perkakas – perkakas yang tidak berjentera
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
10
KAEDAH BINA KADAR
Contoh :
Katakan wang masuk atau wang pembalikan syarikat untuk setahun adalah RM 1,000,000.00, Manakala kos pengurusan setahun adalah RM 50,000.00.
Nilaian peratus kos pengurusan = Kos Pengurusan --- Wang Masuk
= RM 50,000.00
--- x 100 % RM 1,000,000.00
= 5%
3.2.5 Kadar Keuntungan
Bagi menjamin perniagaan kontraktor dapat berjalan dengan sempurna, maka syarikat memerlukan sedikit peruntukan untuk menampung kos tanggungan pengurusan dan pentadbiran sesuatu kontrak.
Kadar keuntungan dikira secara peratus daripada semua kos bahan, buruh dan loji. Keuntungan yang dikira adalah keuntungan kasar ( gross profit ). Keuntungan kasar terdiri daripada:
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
11
KAEDAH BINA KADAR
Kadar peratusan yang diambil adalah berbeza antara satu firma dengan satu firma yang lain bergantung kepada saiz kontrak, jenis kerja, beban kerja sedia ada, risiko kontrak dan jangka masa kontrak.
Sekiranya kontraktor mahu keuntungan bersih sebanyak 5%, maka
Keuntungan kasar = Keuntungan bersih + Kos Pengurusan = 5% + 5%
= 10%
Biasanya kadar peratus keuntungan adalah antara sepuluh peratus hingga lima belas peratus.
3.3 MEMBINA KADAR KERJA PENGGALIAN
Terdapat dua cara kerja penggalian yang biasa di jalankan di tapak bina bergantung
kepada isipadu tanah yang hendak digali serta kerumitan kerja yang dihadapi:
Kerja penggalian dengan tangan ( Manual)
Menggunakan peralatan tangan seperti cangkul dan penyodok. Sesuai untuk kerja-kerja kecil dan di tempat yang sempit.
Kerja Penggalian dengan Jentera
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
12
KAEDAH BINA KADAR
Pertambahan Isipadu tanah
Apabila tanah digali dan tanah itu hendak dibuang ke tempat yang lain, isipadu tanah tersebut telah bertambah daripada isipadu asalnya. Oleh itu factor pertambahan isipadu hendaklah diambil kira semasa membina kadar kerja penggalian. Peratus pertambahan berbeza-beza mengikut jenis tanah yang digali.Peratus pertambahan isipadu selepas penggalian adalah seperti dalam jadual 4.4.
Jenis tanah Peratus Pertambahan Isipadu
Pasir Tanah liat Tanah Biasa Batu bata
10% 20% 25% 50%
Jadual 3.0 : Jadual Pertambahan Isipadu tanah
Pengiraan kos kerja penggalian hendaklah mengambil kira kos perkara –perkara Berikut :
Kos untuk menggali
Kos untuk mengangkut dan membuang tanah yang telah digali Kos untuk mengembalikan, mengisi dan menghentak
Kos untuk meratakan bahagian dasar korekan, dan
Kos untuk memampan dan menupang sisi penggalian sekiranya perlu.
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
13
KAEDAH BINA KADAR
3.3.1 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Tangan
Bagi tujuan membina kadar kerja penggalian dengan tangan maklumat tentang angkatap buruh untuk kerja penggalian dan kadar upah buruh sehari ( 8 jam ) adalah diperlukan.
Contoh angkatap buruh untuk kerja penggalian dengan tangan adalah seperti jadual 3.1 :
Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh
1 Menggali peparit tidak melebihi 1.5 meter dalam
Menggali peparit melebihi 1.5 meter dalam tetapi tidak melebihi 3.00 meter dalam
Mengangkut keluar tanah yang digali dari tapak pembinaan jaraknya tidak melebihi 100 meter.
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
14
KAEDAH BINA KADAR
Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh
6
Jadual 3.1 : Jadual angkatap buruh untuk kerja korekan
Peringatan :
Jadual angkatap buruh ini bukanlah angka yang sebenar. Angka – angka yang diberi merupakan andaian sahaja untuk tujuan contoh pengiraan nanti.
Contoh 1
Menggali peparit tidak lebih 1.5 meter dalam, angkut dan buang tanah yang
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
15
KAEDAH BINA KADAR
1. Kos Buruh
Masa untuk menggali peparit tidak lebih 1.5 m dalam 1.74 jam ( Rujuk jadual angkatap buruh)
Masa untuk mengangkut dan membuang tanah yang 1.00 jam Digali pada jarak tidak lebih 100 meter
Pertambahan isipadu tanah adalah 25% ( anggap tanah biasa )
= 25 x 1.00 jam (masa untuk angkut dan buang) 0.25 jam ---
100
--- Jumlah masa yang diambil untuk menggali, mengangkut dan 2.99 jam Membuang
Katakan upah buruh bekerja sehari adalah = RM 25.00 sehari
Upah buruh sejam adalah = RM 25.00 --- 8 jam = RM 3.13
Jumlah upah buruh adalah = 2.99 jam x RM 3.13 RM 9.36
2. Keuntungan dan pengurusan ( 10 % )
= 10 x 9.36 RM 0.94
---- 100
---
Harga untuk satu meter padu kerja penggalian RM 10.30
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
16
KAEDAH BINA KADAR
Contoh 2:
Menggali timbusan (bulk) ke atas tanah biasa, mengangkut dan membuang jauhnya tidak melebihi 100 meter. Berapakan harga untuk menggali satu meter padu. ( tanah yang dikorek adalah tanah biasa )
1. Kos Buruh
Masa untuk menggali timbusan tanah biasa 1.00 jam Masa untuk angkut dan buang tanah yang di
Korek pada jarak tidak lebih 100 meter 2.61 jam Pertambahan isipadu tanah ( 25%)
= 100
25
x 2.61 jam 0.65jam
4.26 jam
Jumlah masa untuk kerja penggalian
Jumlah kos buruh = 4.26 jam x RM 3.13 RM 13.33
2. Keuntungan dan Pengurusan ( 10% ) RM 1.33
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
17
KAEDAH BINA KADAR
Contoh 3
Menggali permukaan tanah subur purata kedalaman 250mm,ratakan dan tolak tanah yang digali pada jarak tidak lebih 100 meter dari tapak. Bina kadar untuk kerja pengggalian bagi satu meter persegi.
Kos Buruh
Masa menggali tanah permukaan 1.00 jam Membawa keluar tanah yang digali 2.61 jam Pertambahan isipadu tanah ( 25% )
= 25 x 2.61 0.65 jam
---
100 ---
Jumlah masa kerja penggalian 4.26 jam
Kos buruh = 4.26 jam x RM 25.00 RM 13.31 ---
8 jam
3. Keuntuntungan dan pengurusan (10%)
= 10 x 13.31 RM 1.33 ---
100
Kos kerja penggalian untuk satu meter padu RM 14.64
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
18
KAEDAH BINA KADAR
Kos kerja penggalian untuk satu meter persegi
= 14.64
1000 250
RM 3.66
Ooo….Untuk mendapatkan
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
19
KAEDAH BINA KADAR
3.3.2 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Jentera
Terdapat banyak jentera untuk kerja – kerja penggalian bergantung kepada cara dan tujuan penggalian. Setiap jentera pula mempunyai keupayaan masing – masing. Jadual 4.4.2 dibawah menunjukkan daya keluaran jentera bergantung kepada jenis dan keupayaan jentera.
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
Jadual 3.2 (b) : Jadual Purata Pengeluaran dan Penggunaan Minyak.
Contoh 1:
Penggalian bilik bawah tanah, bermula dari paras tanah lebih dari 1.50 m dan
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
21
KAEDAH BINA KADAR
3. Kos Minyak
Minyak Disel = 4.55 liter x RM 0.70 RM 3.19
Minyak Pelincir = 0.24 liter x RM 3.60 RM 0.86 --- RM 4.05 ---
Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak
= RM 50.00 + RM 6.50 + RM 4.05
= RM 60.55
4. Daya Pengeluaran
Dayapengeluaran jentera adalah 19.11 m3 sejam ( Rujuk jadual yang dilampirkan )
Kos jentera untuk menggali 19.11m3 tanah = RM 60.55
Kos menggali satu meter padu = RM 60.55
--- x 1 RM 3.17 19.11
5. Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)
= 10 x 3.17 RM 0.32 ---
100
Kadar Harga untuk satu meter padu RM 3.49
Contoh 2
Bahan lebihan penggalian, campak dari tapak purata jarak 50.00m dari tempat penggalian.
1. Kos Jentera ( 2.30m3 Dumper )
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
22
KAEDAH BINA KADAR
2. Kos Buruh
Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM 4.00 RM 4.00
--- RM 4.00
3. Kos Minyak
Minyak Disel = 3.41 liter x RM 0.70 RM 2.39
Minyak Pelincir = 0.11liter x RM 3.60 RM 0.40 --- RM 2.79 ---
Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak
= RM 20.00 + RM 4.00 + RM 2.79
= RM 26.79
4. Daya Pengeluaran
Dayapengeluaran jentera adalah 12.30 m3 sejam ( Rujuk jadual yang dilampirkan )
Kos jentera untuk menggali 12.30m3 tanah = RM 26.79
Kos menggali satu meter padu = RM 26.79
--- x 1 RM 2.18 12.30
5. Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)
= 10 x 2.18 RM 0.22 ---
100
---
Kadar Harga untuk satu meter padu RM 2.40
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
23
KAEDAH BINA KADAR
Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan – soalan berikut sebelum meneruskan unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas dihalaman sebelah.
3 – 1 Nyatakan faktor – faktor yang perlu diambil kira untuk membina kadar kerja – kerja binaan.
3 – 2 Dalam menentukan harga bahan – bahan binaan terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira. Nyatakan perkara – perkara tersebut.
3 – 3 Huraikan perkara –perkara berikut :
a. Pertambahan isipadu tanah b. Upah Buruh
c. Angkatap Buruh.
3- 4 Kirakan kos kerja pengorekan untuk satu meter padu bagi asas papak melebihi 1.5 m dalam. Pengorekan dibuat dengan tangan dan dibuang sejauh 50 meter dari tempat
pengorekan dengan menggunakan kereta sorong. Jenis tanah ialah tanah biasa.
MAKLUMAT
1. Pengorekan dengan tangan tidak melebihi 1.5 m dalam 2.30 jam/m3 2. Pengorekan dengan tangan melebihi 1.5 m dalam tetapi
Tidak melebihi 3.00m dalam 3.40 jam/m3 3. Pengisian tanah yang telah dikorek kedalam kereta
Sorong. 1.10 jam/m3
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
24
KAEDAH BINA KADAR
4. Mengangkut keluar tanah yang telah dikorek menggunakan
Kereta sorong. 0.43 jam/m3
5. Upah buruh sehari RM 35.00
6. Keuntungan dan Pengurusan 10%
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
Pertambahan isipadu tanah bermaksud tanah yang telah digali telah bertambah isipadunya disebabkan berlakunya pergemburan tanah dimana ruang – ruang diantara tanah telah diisi oleh udara. b. Upah Buruh
Upah yang dibayar kepada buruh setelah menyempurnakan sesuatu kerja. Kadar upah buruh berbeza – beza mengikut kemahiran dan jenis kerja. Upah buruh di bayar mengikut kadar harian iaitu selama lapan jam sehari.
c. Angkatap Buruh
Angkatap buruh adalah masa yang diperlukan oleh seorang buruh melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga siap. Masa ini dikira secara purata setelah dibuat beberapa kajian.Unit – unit untuk angkatap buruh sama ada jam/m, jam/m2, jam/m3 atau jam/kg bergantung kepada jenis kerja.
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
26
KAEDAH BINA KADAR
3 – 4 Kos Buruh
Masa untuk mengorek tidak melebihi 1.5 m dalam 2.30 jam Masa untuk mengisi dalam kereta sorong 1.10 jam
Pertambahan isipadu tanah = 100
25
x 1.10 jam 0.28 jam
Masa untuk mengangkut keluar tanah yang telah
dikorek dengan kereta sorong 0.43 jam
Pertambahan isipadu tanah = 100
25
x 0.43 0.11 jam
Jumlah masa untuk 1m3 kerja korekan 4.22 jam
Upah buruh sejam = RM 8
00 . 35
= RM 4.38
Jumlah upah buruh = 4.22 jam x RM 4.38 RM 18.48
Keuntungan dan pengurusan 10% RM 1.85
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
27
KAEDAH BINA KADAR
SOALAN 1
Berdasarkan maklumat yang diberi kirakan kos kerja pengorekan bagi asas papak yang menggunakan jentera pengorek.
Saiz asas papak : 1.50m x 1.5m x 300 mm tebal Dalam korekan : 1.60 m
Bilangan asas papak : 12
Jenis tanah : Tanah biasa
DATA
Jentera pengorek
Sewa jentera RM 150.00/jam Keupayaan mesin 3.00m3/jam
Pengendali 1 orang
Pembantu 1 orang
Angkatap Buruh
Korekan lebih 1.5m dalam 1.45 jam/m3 Angkut keluar tanah 1.50 jam/m3 Timbus kembali dan padat 1.10 jam/m3
Lain – lain
Upah Pemandu RM 70.00/hari Upah pembantu RM 30.00/hari
Keuntungan 10%
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
28
KAEDAH BINA KADAR
SOALAN 1
Kos Jentera
Kadar sewa sejam RM 150.00
Kos Buruh
Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM 8 70
RM 8.75
Penbantu ( Banksmen ) = 1 orang x RM 8 30
RM 3.75
RM 12.50
Kos Minyak
Minyak Disel = 4.55 liter x RM 0.90 RM 4.10
Minyak Pelincir = 0.24 liter x RM 5.60 RM 1.34 --- RM 5.44
Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak
= RM 150.00 + RM 12.50 + RM 5.44
= RM 167.94
Daya Pengeluaran
Dayapengeluaran jentera adalah 3 m3 sejam
Kos jentera untuk menggali 3m3 tanah = RM 167.94
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /
29
KAEDAH BINA KADAR
--- RM 55.98 3
Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)
= 10 x 55.98 RM 5.60 ---
100
Kadar Harga untuk satu meter padu RM 61.58
Isipadu korekan asas
= 12 (1.5 x 1.5 x 1.6) = 12 x 3.6 m3
= 43.2 m3